08 July 2009

RWMF: Risiko Penularan Besar Selsema Babi


Rainforest World Music Festival (RWMF) akan bermula esok di Kampung Budaya, Damai, Kuching. Di jangka lebih 20,000 orang yang rata-rata pelancung asing akan menghadiri pesta muzik ini. Tahun ini adalah tahun ke-12 pesta muzik tradisional dari kawasan hutan hujan seluruh dunia. Selain itu ada juga persembahan muzik tradisi dari tempat-tempat seperti Amerikas, Eropah, India dan China.

Setiap tahun pengunjung datang untuk menikmati RWMF di Kuching. Kini ia telah menjadi satu tarikan pelancung yang dimanipulasi sungguh oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk menarik tukaran wang asing yang lumayan.

Dalam keadaan Selsema Babi menular secara exponential, kerajaan sepatutnya mengambil langkah yang lebih bertanggungjawab, iaitu membatalakan RWMF!. Bukankah kemasukan Selsema Babi H1N1 ke Malaysia disebabkan oleh para pelancung atau rakyat kita yang balik dari negara-negara yang menghadapi penularan serius penyakit ini.

Kerajaan baru-baru ini menyuruh para pelajar Malaysia supaya tidak balik ke Malaysia kerana takutkan penularan Selsema Babi yang lebih teruk. Tetapi bila ada kepentingan kewangan (pertukaran wang asing dari para pelancung), sanggup pula mengambil risiko untuk menggalakkan para pelancung datang untuk meramaikan RWMF di Kuching.
Sedangkan pelancung yang datang pada kadar biasa pun ramai pembawa H1N1 bolos lalu menjangkiti orang tempatan, inikan pula dengan kedatangan pelancung secara beramai-ramai pada satu masa. Sarawak setakat ini telah ada 16 confirmed cases Selsema Babi. Kita takut selepas RWMF ini kes-kes baru Selsema Babi akan melonjak tinggi.
Apa persiapan Sarawak untuk menghadapi kemungkinan ini? Yang kita tahu persiapan yang sedang lancar di buat ialahpersiapan untuk mengaut duit dari para pengunjung RWMF!.



No comments: