09 July 2009

Bangunan Baru DUN Sarawak: Pembaziran Atau 'Masterpiece'?

Bangunan DUN Sarawak yang baru siap. Akan dirasmikan pada hujung julai dan pertama kali akan digunakan untuk Persidangan Raja-Raja Melayu hujung bulan ni.

Nota: Bangunan putih sebelah DUN itu ialah Astana bekas tempat kediaman Rajah Brooke, kini diduduki oleh TYT Sarawak

Sore di tebingan Sungai Sarawak

Mentari makin berlabuhdi balik Gunung Serapi

Pemandangan DUN Baru Sarawak waktu senja.... di tebingan Sungai Sarawak yang mengalir manja..



DUN baru
Tampak dari kamarku...
Aku pun terfikir
Bagaimanalah nasib nelayan di sebelah tebing sana
Hidup miskin dihimpit fana
Berjirankan DUN mewah melata
Sepinggan nasi terpaksa dikira
Tapi negeri kaya raya
Punya DUN baru
Yang berharga beratus juta
Nelayan Sungai Sarawak
Mata sedap memandang
Hati geram
Nasi hari ini
Berlauk apa...
Ikan masin? Kalau ada..
Mungkin juga Siput babi
Di celah paya.....
.
.
.
.
.
Sheikh Sambal
16 Rejab 1430












3 comments:

abu zahra said...

Jum tuan sambal tumis..kita gempur sarawak...kita cerahkan negeri sarawak dengan cahaya bulan..Takbir!!!

skono said...

Negeri sendiri pun belum pandai nak urus..tak payah nak menyusahkan negeri org pulak!!!!!!

Kami anak Sarawak pandai nak urus negeri kami sendiri...tanpa buat kecoh ....

Sheikh Sambal said...

Skono,
Kalau mu anak Sarawak pandai sangat urus negeri mana pergi duit royalti minyak, hasil balak dan lain lain hasil bumi? Sepatutnya rakyat Sarawak lebih kaya dari orang Semenanjung kerana sumber asli yang banyak. Kenapa banyak lagi orang miskin di negeri ini. Pergilah ke kawasan ulu sikit... apa yang rakyat ada??

Pandai sangatlah mengurus negeri macam tu....