30 June 2009
PAS Di Bumi Kenyalang
27 June 2009
Conspicious Media Blockade on MJ's Faith
The world knows that in November 2008, MJ converted to Islam. He made relation with the Arab worlds and Muslims all over were ecstatic with the news. Even tough they were people doubting his conversion but lets take that at face value. MJ died a Muslim.
But the media were conspicuously SILENT about. I scanned through most the Internet news feed but none talked about MJ's faith. Obituaries talked about his life history from childhood star to the sudden death. But again none regarding his conversion. This is indeed very strange. It seems as if the world is gaged about the Muslim MJ. Why? One answer is that the people who control the world media do not want to give Islam a free publicity. That is why no mention about this important stage of MJ's life.
What we would like to know is, will MJ's body be shrouded in the white 'kafan' cloth.Will 'Solat Janazah' be performed on him. And final question, will he be buried in Islamic cemetery?
The Islamic world demand the news about their fellow brother. MJ might had not been a perfect Muslim but he was a Muslim nonetheless.
So being a Muslim MJ should be buried in accordance to Islamic rites and his brother Jermine (or Muhammad Abd Aziz) must see that MJ be accorded with one. The Muslims all over the world must be informed about it.
26 June 2009
Mikaeel Jackson Pulang Ke Rahmatullah
Selamat jalan Mikaeel.... semuga Allah mengasihanimu di alam barzah..
25 June 2009
Seloka Bekenu
Tanah subur beralun-alun,
Setengah jam dari Miri,
Ladang sawit berselang kampung,
Pembangunan ada sikit sekali,
Jalan masuk ke ladang dan gedung.
Pengangkutan di Miri memnag hebat,
Jalan yang cantik diturap lagi,
Bekenu hanya kampung berkarat,
Jalannya dhaif berlopak bergerigi.
Orang kampung dibuai janji,
Manis bunyinya sungguh sempurna,
Pilihanraya datang dan pergi,
Jauh kemudahan penduduk ternganga.
Pejuang rakyat akan ke sini,
Datang membela itu yang pasti,
Segala hak yang patut diberi,
Akan dibising di dalam DUN nanti.
Bekenu akan mendapat bela,
Parti Islam akan ke sana,
Masyarakat dibela dan diperkasa,
Bak kata pepatah 'Pas Untuk Semua'.
(bersambung.....)
24 June 2009
23 June 2009
Water Filter Untuk Di Jual...Sangat Murah!!!
NANO Teknologi
TERBARU
• Ion Perak Nano bertindak untuk menghapuskan bakteria dalam air, ia berkesan untuk membunuh lebih daripada 650 jenis bakteria.
• Resin Pertukaran Ion berkesan untuk mengurangkan kandungan kalsium dan magnesium dalam air, agar air menjadi lebih lembut dan lebih sedap diminum.
• Molekul air dibentuk semula supaya menjadi lebih kecil, bertenaga dan berstruktur heksagon.
• Batuan mineral membebaskan mineral utama dan mineral surih yang diperlukan dan baik untuk kesihatan.
• Air dijana dengan ion negatif, beralkali lemah, sedap diminum dan juga berkesan untuk menjaga kesihatan badan.
• Air berion negatif berkesan untuk meningkatkan keaktifan sel-sel dan menurunkan paras trigliserid dan kolesterol. Pada masa sama juga berfungsi untuk melegakan kepenatan, anti pengoksidaan, mengimbangi kandungan gula dalam darah dan menyelaraskan lipid dalam darah.
refre to OSBGLOBAL for more product info.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Harga Pasaran: RM3,300 /no
Harga Runtuh : RM2,000/no (O.N.O)
UPDATE! HARGA RUNTUH LAGI!! KINI RM1,900/no !!!Interested pleas email: almuradey@gmail.com or comment below.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
19 June 2009
Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi
SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.
Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.
Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.
Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.
Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.
Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.
Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.
Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.
Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."
Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.
Bersandarkan nas syara'
Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.
Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.
Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.
Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.
Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_
18 June 2009
K.U: Tok Guru vs Nasha?
16 June 2009
Jalan-Jalan Yang Berturap 'Janji' - Pakej Rangsangan Apa??
Wajah-wajah Penyokong Presiden Mahmoud Ahmadinejad
15 June 2009
SIS Mahu Usul Ditarik Semula....
12 June 2009
Mir Houssein Mousavi
11 June 2009
1 Malaysia Keliru...
09 June 2009
Ajaran Sesat Yang Berbahaya
Mereka menyokong kuat penubuhan Interfaith Commission (IFC) yang membolehkan Islam ditukar-tukar ajarannya dan bertindak seperti mahakamah yang mendengar aduan-aduan terhadap Islam.
Islam Liberal yang dibawa oleh golongan ini ternyata akan membawa kemusnahan kepada Islam di Malaysia. Akan jadi kucar kacir kefahaman Islam dan masyrakat akan jadi haru biru keliru. Akhirnya orang Islam akan jadi seperti mereka di Eropah sekarang tidak mahu beragama lagi. Tunggulah bala akan turun jika itu berlaku.
Banyak kenyataan SIS menentang syariat. Ia menentang poligami yang dibolehkan dalam Islam. Apa saja yang tak sesuai dengan faham kebebasan akan ditentang oleh SIS. Ingat dulu bila JAIS menangkap orang Islam yang minum. SIS tampil membela mereka mengatakan minum arak adalah dosa peribadi, jadi tidak boleh didakwa. Jelas ini bertentangan dengan hukum syarak yang membolehkan peminum arak dirotan.
Majlis Fatwa perlu bergegas untuk menyiasat SIS. Majlis juga mesti mengeluarkan fatwa berkenaan Islam Liberal.
PAS memang tepat mendesak Majlis Fatwa bertindak. Kalau bukan PAS siapa lagi?
07 June 2009
Sajak Altantunya Oleh Bang Mat Sabu
oleh Hj Mohammad Sabu
yang dideklamasikan semasa Wacana Seni di Shah Alam pd 5/6
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga
Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama
Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa
Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku
Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah...
TAHNIAH! PAS SEMAKIN MANTAP!
SS tengok mutu perbahasan sangat baik dan menyegarkan. Ia tidak meleret-leret bodek sana bodek sini. Tidak ada perwakilan yang sengaja menjadikan muktamar sebagai pentas untuk menghibur para perwakilan dengan ucapan berbunga-bunga atau gurau lawak yang mengjengkelkan. Ada hujah padat dan bersemangat dan ada juga sinis dan dalam maksudnya. Semua ini menunjukkan kematangan PAS dan para muktamirin.
Ada suara-suara sumbang di luar sana mengatakan (lebih menuduh sebenarnya) pemimpin PAS gatal nak kahwin dengan UMNO. Ini jelas dilihat dalam beberapa thread dalam Tranunbkite. Para pencacai UMNO masuk membuka thread dan bersungguh-sungguh memfitnah pemimpin mahu bersengkongkol dengan UMNO. Tetapi amat jelas kita lihat dari ucapan para pemimpin hari ini mengatakan tiada lansung kompromi dengan UMNO. PAS bebas untuk bertemu dan berbincang dengan semua pihak tetapi bukan berpakat dengan UMNO dan meninggalkan Pakatan Rakyat. PR akan terus didokong dan dalam masa yang sama misi da'awah diteruskan kepada semua pihak ,baik UMNo, NGO, parti-parti politik atau sesiapa sahaja.
Kerajaan Perpaduan bukan bermakna PAS bergabung dengan UMNO tetapi pemantapan Pakatan Rakyat dalam kerajaan persekutuan nanti. Kita tidak akan masuk BN tetapi membuka pintu kepada ahli-ahli UMNo/BN untuk bersama-sama kita dalam PR.
Jadi UMNO tak payahlah perasan yang PAS mahu menyunting bunga busuk di taman BN. Tak da sapa yang gatal mahu kawin dengan hang!!
"Tak pa..., tak pa.... En UMNO, kami tak kemaruk geng dengan hang"
Wah...khusuk sungguh ahli Kelab Penyokong mendengar ucapan.... "aney..., ada paham ka tu?'
Tengok hidung dah tau...ini mesti pemerhati asing..kan? kan?
Khusuk juga para pemerhati dari Pakatan Rakyat... kang tah hapa pulak ditulis dalam blog LKS.
"Kak Zah, Bang Nuar mana? " Walaupun Husam kalah, perjuangan tetap sama.
Tan Sri Khalid , syabas dan terima kasih kerana bagi stadium.
05 June 2009
PAS Jangan Shiok Sendiri !!! Mantapkan Organisasi Dan Da'awah.
Kini stadium pun kita dah dapat buat ceramah besar-besaran. Khir Toyo dan konco2nya dah jadi pembangkang di DUN Selangor. Baru dia tahu segala tindakannya menahan usaha agama di masjid-masjid dulu dah dapat balasannya sekarang.
PAS semakin kuat dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. PAS bukan lagi 'melukut di tepi gantang' tetapi 'beras wangi tinggi kualiti'.
Muktamar kali ini akan diikuti oleh semua lapisan. Bagaimana PAS menangani perebutan jawatan akan menjadi model akhlak kepada parti-parti lain terutamanya Pakatan Rakyat. 'Kumpulan Erdogan' atau Ulama semuanya bekerja untuk Islam. Kita ahli-ahli PAS akan menyokong siapa sahaja yang menang.
Walaubagaimanapun masih banyak yang perlu PAS lakukan. Di Selangor PAS perlu lebih ke depan bukan jadi pak pacak mengiyakan segala kata PKR dan DAP. Usaha mesti ditingkatkan untuk meramaikan lagi ahli dan kelab penyokong.
04 June 2009
Mantapkan jati diri dengan ilmu - Ketua Ulama'
Ditulis oleh Muktamar PAS ke-55 |
THURSDAY, 04 JUNE 2009 08:08 |
KUALA LUMPUR - Ulamak diseru agar memiliki jati diri dengan kelengkapan yang mantap seperti ilmu menerusi tarbiyah dan kemahiran untuk menerajui kepimpinan dan perubahan alam parti dan negara. Menurut Ketua Dewan ulamak PAS Pusat, Dato' Mohd daud Iraqi pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS pusat kali ke-48. "Ulamak biar ada jati diri dan ini perlu kepada tarbiyah dan kemahiran agar tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak," katanya. Beliau mengakui bahawa kemampuan yang dimiliki ulamak adalah berbeza antara satu sama lain. "Kemampuan ilmu yang dimiliki ulamak adalah tidak sama," ujarnya. Namun,beliau tetap menekankan agar para ulamak sentiasa memenuhi dada mereka dengan ilmu pengetahuan. Beliau turut menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa ulamak dalam PAS dipinggirkan. "Dalam PAS tiada masalah ulamak dipinggirkan tetapi sekali sekala jadi begitu kerana kelemahan yang dimiliki oleh ulamak sendiri," katanya lagi. Sementara itu beliau turut menyatakan bahawa ulamak pelapis hendaklah diperkasakan. "Saya menyatakan bahawa ulamak pelapis ini kelihatan kurang menonjol kerana mereka 'malu alah' dan memberi laluan kepada yang lebih berpengalaman sebagai tanda hormat," demikian tegasnya. |
Empat peranan utama Muslimat - Ustaz Nasharudin
THURSDAY, 04 JUNE 2009 03:19 |
SHAH ALAM, 4 Jun - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Md Isa berkata, kaum wanita dan lelaki perlu berganding bahu bersama dalam usaha menegakkan agama Allah. Beliau dalam ucapan perasmian Dewan Muslimat kali ke-49 sebentar tadi turut menegaskan bahawa PAS akan terus memperkasa muslimat PAS dan wanita Malaysia keseluruhannya. Menyentuh tentang peranan muslimat, beliau menggariskan empat peranan utama iaitu Wanita muslimah sebagai individu muslim, Wanita muslimah sebagai isteri solehah, wanita muslimah sebagai ibu mithali dan Wanita muslimah sebagai penggerak dan pejuang gerakan. Mengulas soal musawah atau kesamarataan pula, beliau berkata Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bentuk kesamarataan antara wanita dan lelaki. Malah, dalam aspek seperti perlaksanaan ibadah, kewajipan berdakwah, kewajipan menuntut ilmu dan aspek keadilan, maka hak-hak tersebut adalah sama bagi semua wanita dan lelaki. Namun begitu, ada beberapa aspek yang membezakan antara wanita dan lelaki. Sebagai hamba, tegas beliau, wajiblah kita menerima perbezaan tersebut sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Seperti sedia maklum, Timbalan Presiden yang hadir bersama isteri itu turut bertanding mempertahankan jawatannya pada muktamar Pas pusat yang akan berlabgsung esok. |