13 August 2008

Selamat Bermuktamar PAS

Muktmar PAS akan bermula esok dengan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimah akan bermuktamar. Banyak perkara yang akan dibincangkan terutamanya isu-isu panas mutakhir ini. Isu muqabalah/muzakarah sudah tentunya akan menjadi isu penentu perjalanan muktamar kali ini. Walaupun banyak isu lain, isu pimpinan tertinggi menemui UMNO secara sulit akan menjadi isu yang paling hangat. Jika Ustaz Nasharuddin dan geng tidak dapat menangkis hujah-hujah berapi yang akan dilemparkan kepada mereka, sudah pasti kredibiliti mereka akan terjejas teruk dan akan menggugat kedudukan mereka sekarang.
Pemuda PAS akan membincangkan penubuhan satu badan pelobi umpama SUQIU yang diangotai oleh badan NGO Islam untuk memperjuangkan nasib umat Islam. Usaha ini patut disokong oleh semua pihak. Kita percaya dengan adanya badan pelobi yang kuat, kerajaan akan lebih sensitif dengan keperluan umat Islam dan musuh-musuh Islam akan lebih berhati-hati dalam mendepani isu-isu Islami.
Dewan Muslimat juga akan membincangkan soal penubuhan "Dewan Muslimat Muda" atau "Puteri PAS". Usul ini dijangka akan hangat diperdebatkan. Apakah ada keperluan kepada penubuhan satu sayap baru dalam PAS? Ia seolah-olah meniru UMNO menubuhkan Puteri UMNO, maka akan berkokoklah orang UMNO bahawa PAS meniru jejak mereka. Kita rasa Dewan Muslimat sudah memadai sebagai sayap kiri PAS. Muslimat Muda patut digerakkan tetapi dalam satu sayap kepada Dewan Muslimat itu sendiri. Biarlah Muslimat Muda jadi pelengkap kepada Dewan Muslimat bukan sebagai pesaing seperti apa yang berlaku kepada Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO, yang akhirnya bercakaran sesama sendiri.
Apa yang patut Dewan Muslimat perkasakan ialah Amal Nisa'. Biar Amal Nisa' setanding dengan Unit Amal Dewan Pemuda. Setelah Amal Nisa' benar-benar mantap, barulah boleh melangkah untuk menubuhkan sayap baru. Rata-rata kita lihat, Amal Nisa' tidak berfungsi. Ketuanya mungkin ada tetapi hanya pada nama. Realitinya Amal Nisa' tidak berjalan. Sejak Amal Nisa' membuat penamaan semula tempoh hari, ia hanya tinggal ada nama dan unifom sahaja. Pergerakan yang efektif amat jauh sekali dari kelihatan. Mungkin pendedahan yang amat sedikit oleh media PAS, Harakah atau memang tidak ada aktiviti yang berbaloi untuk dipaparkan. Kita harap Dewan Muslimat patut melihat isu ini dengan serius!.
Dewan Ulamak pula harus terus melakukan check and balance ke atas semua sayap-sayap PAS. Ulamak adalah waris para nabi, olehitu haruslah Dewan Ulamak mendepani segala isu-iau dengan kacamata Nas dan Ijmak Ulamak. Dewan Ulamak tidak patut menjadi rubber stamp kepada usaha atau keputusan yang dilakukan oleh pimpinan. Dewan Ulamak mesti mendaulatkan Islam lebih dari yang lain kerana mereka adalah golongan yang lebih memahami Islam. Pentarbiahan kader-kader PAS mesti terus dilakukan. Program Usrah untuk segenap lapisan samada pimpinan atau akar umbi mesti dimantapkan. Kita tidak mahu kader-kader PAS bercakap atau berceramah berdegar-degar tetapi solat jemaah ditinggalkan. Kita tidak mahu ada pimpinan kita bercakap sahaja pandai tetapi dalam perlakuan tidak banyak bezanya dengan UMNO. Sehingga kini belum ada pemimpin PAS didakwa kerana rasuah atau salah guna tetapi jika Tarbiah Islamiah dilalaikan, jangan hairan jika suatu hari nanti ada pimpinan PAS yang merengkok dalam penjara kerana kesalahan rasuah dan sebagainya. Nauzubilallahi min zaalik!.
Dewan Ulamak perlu melakukan sesuatu untuk menambat hati para ulamak muda. Ramai ustaz-ustaz lepasan Al Azhar atau lain-lain institusi Islam tidak mahu menyertai Gerakan Islam. Malah ada yang berfikiran sama seperti orang sekular yang lain bahawa Islam adalah hak individu. Maka lebih seronok bekerja makan gaji dan tidak melibatkan diri dengan gerakan. Dewan Ulamak harus mencari satu formula untuk menarik ustaz-ustaz/ustazah-ustazah ini untuk berjuang bersama PAS. Gerakkan mereka dari tidur lena, kita akan lihat Islam akan lebih tersohor. PAS akan lebih cemerlang!.
Walau apa pun isu-isu yang akan diperdebatkan, PAS akan keluar dari Muktamar kali ini lebih kuat dan mantap. PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat dan akan menyokong Anwar Ibrahim dalam Pilahanraya Kecil Permatang Pauh. Walaupun begitu PKR dan DAP, jangan ambil kesempatan terhadap PAS. Don' take PAS for granted. Selagi Islam dimuliakan dan diletak di tempatnya, PAS akan tetap bersama mereka. Ingat! jika Islam dipinggirkan, kita tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan pakatan yang tidak memberi kita faedah!. Ingat itu!!

No comments: