Aku ballik kampung pada hujung minggu lepas. Dah lebih dua bulan tak mejenguk orang tua dan kampung halaman, tempat aku belajar menjadi orang. Alhamdulillah, Omak dan kaum kerabat semuanya sihat.
Temponar dalam arus perubahan.
Sejak Pakatan Rakyat menang di Selangor, tidak banyak perubahan fizikal kelihatan, kecuali di kampung sebelah iaitu Temponar (Kg Batang Benar) yang nampak ada perubahan ketara. DAP buat pertama kalinya telah menang di sini, DUN Nilai (dalam Parlimen Seremban). Jalan sempit yang selama ini menghantui penduduk kampung dan pengguna jalan singkat yang hendak ke Nilai, telah dilebarkan dan dibina retaining wall di tebing-tebing yang merbahaya. Sedikit sebanyak ia telah membuka mata orang-orang kampung yang rata-rata penyokong kuat UMNO bahawa tidak mengapa mengundi pembangkang, keamanan tetap terpelihara dan pembangunan masih berjalan. Bahkan lebih baik lagi kerana kerajaan BN telah ada pesaing untuk dilihat siapa yang lebih menonjol membuat kebajikan kepada masyarakat.
Persaingan Sihat BN/PR
Sikap menunjuk-nunjuk kapada masyarakat bahawa mereka lebih baik dari yang lain, memberikan impak yang positif pada kawasan yang direbuti. Pembangunan infrastruktur diberikan keutamaan dan wakil rakyat (dan juga pesaingnya) akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakyat untuk membela mereka. Tak kesahlah samada wujud keikhlasan atau tidak, yang pentingnya masyarakat setempat mendapat manafaat.
Itu kampung sebelah. Di kampung aku, BN yang mengekalkan kerusi DUN Semenyih. Kini dah 51 tahunn BN menguruskan kampungku. Ada pembangunan tapi banyak lagi yang perlu dibuat. Memanglah jalan di sini lebih lebar dari Temponar tapi penyelenggaraannya agak longggar. YB Johan Aziz yang baru menang di sisi, perlu melihat perkara ini dengan lebih teliti. Ada satu jalan yang menghubungkan Kg Kuala Pajam (kampung aku) dengan Kg Sesapan Batu Kelubi, yang melalui Kg Sg Semata, agak dhaif keadaannya. Jalannya kecil dan berlubang-lubang. Jalan ini adalah jalan pintas bagi kebanyakan penduduk kampung kerana ia lebih dekat untuk ke Semenyih dan tidak banyak bumper. Wakil rakyat BN mesti prihatin dengan keadaan begini di semua kampung-kampung dalam DUN Semenyih. Kalau tidak pesaingnya dari geng PR dengan YB Ahli Parlimen PAS Hulu Langat akan mengalahkannya dalam menambat hati pengundi-pengundi DUN Semenyih.
UMNO Yang Parah
Di kampung aku, perubahan dari segi fizikal tidak berapa kelihatan tetapi aura perubahan memang ada. Walaupun DUN Semenyih dimenangi oleh BN tetapi YB Semenyih adalah pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Rasa diri sebagai orang menang dan orang kalah tetap terasa di kampung aku ni. Sejak awal pagi 9 Mac lagi suasana begitu sudah dirasai. Puak-puak UMNO yang selama ini menyangka mereka akan kekal memerintah Selangor terpangu-pangu kebingungan. Umpama orang yang mamai bangun dari tidur yang panjang yang dikejutkan dengan mimpi yang sangat ngeri, mereka mula mengelabah memindahkan segala perkakas dan barang-barang dalam stor surau ke rumah pengerusi surau. Sudah tentu segala barang dan perkakasan tersebut adalah milik awam atau harta wakaf tetapi fahaman mereka harta wakaf untuk UMNO sahaja.
Dengan fahaman begitu mereka menyangka PAS yang baru memenangi Selangor bersama PKR dan DAP akan mengambil alih pemilikan barang-barang surau itu. Sebab itulah mereka bergegas menyelamatkan 'harta' mereka dari dirampas oleh puak-puak PAS. Biar penduduk-penduduk kampung tak dapat menggunakan perkakas surau itu asalkan jangan sampai jatuh ke tangan orang-orang PAS. Sungguh jelek pemikiran mereka. Oleh kerana terlampau lama mengeksploitasi harta awam bagai harta sendiri, mereka sudah tidak dapat lagi membezakan mana wakaf mana persendirian.
Apa yang puak-puak UMNO ini fikirkan? Mereka takut PAS akan merampas harta wakaf dan menjualkannya kepada peniaga besi lusuh yang bersepah di sekitar Beranang? Demi Tuhan, PAS adalah parti Islam, parti yang mengutamakan halal haram sebelum bertindak. Parti yang berlandaskan hukum nas dan ijmak ulamak. Mana mungkin PAS akan melakukan seperti apa yang mereka sangkakan. Impak kekalahan pada malam 8 Mac memang telah menumpulkan daya fikir mereka. Lalu mereka membuat kesimpulan bahawa PAS akan melakukan seperti apa yang mereka biasa lakukan, merompak hak rakyat. Sebab itulah segala perkakas dan harta awam (baca harta mereka) hendak diangkut mereka ke tempat 'selamat'. Hal ini bukan sahaja berlaku di kampung ana tapi di berbagai tempat dalam negeri-negeri yang dimenangi oleh PR. Sungguh menjelekkan.
JKKK vs JKKP
Kabinet kampung telah mula dirombak. Kabinet ketua kampung yang selama ini bertonggakkan kebobrokan UMNO kini telah diganti dengan orang yang lebih berwibawa dan telus. Kerajaan Negeri Selangor telah menemuramah semua bakal-bakal ketua kampung yang baru dan melantik orang yang benar-benar layak dan komited untuk berkhidmat untuk rakyat disamping mendukung aspirasi kerajaan negeri. JKKK juga dilantik dari pelbagai lapisan masyarakat yang benar-benar mahu berkhidmat untuk masyarakat kampung.
Walaubagaimanapun Kerajaan Persekutuan BN tidak mahu menyokong iltizam dan usaha Kerajaan Negeri di bawah PR. Di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah yang di terajui oleh Mat Tyson, kerajaan Persekutuan menubuhkan JKKKP di dalam negeri-negeri PR. Kata Mat Tyson JKKKP ini ditubuhkan untuk memastikan kemajuan kampung berjalan lancar tapi sebenarnya ia adalah pertubuhan yang tidak sah.
Cuma ada satu sahaja JKKK dalam sesebuah negeri yang dilantik mengikut undang-undang negeri, bukan JKKKP yang dilantik oleh Mat Tyson untuk menyibuk dalam pentadbiran negeri. Mat Tyson telah menyalahi semangat federalism dengan melantik JKKKP yang rata-rata adalah orang kuat UMNO kampung. Diberikan pula elaun dari duit rakyat untuk JKKKP yang hanya akan memecah-belahkan rakyat. JKKK dan JKKKP akan bercanggah dalam banyak hal dalam pentadbiran kampung dan ini sesungguhnya akan merugikan orang-orang kampung sendiri. Inikah yang sebenarnya dikehendaki oleh Mat Tyson dan UMNO ; memecahbelahkan masyarakat?
Harapan Rakyat
Dengan kemenangan PR di Selangor, aku harap pengurusan negeri lebih teratur dan berintegriti. Pertangungjawaban diberikan keutamaan dalam segenap hal. Ekonomi negeri perlu dipacu dengan lebih baik dan tidak ada hanky-panky dalam melaksanakan amanah yang dimandatkan oleh rakyat.
Kita yakin Kerajaan PR Negeri Selangor dapat menunaikan amanah ini dengan baik, begitu juga dengan semua kabinet peringkat kampung yang baru dilantik.
No comments:
Post a Comment