30 June 2008

PKR Sepatutnya Tahu....!!

Itu yang aku marah dengan PKR... bodoh tak bertempat. Azmin kata mamat yang tuduh Anwar liwat dia tu adalah spy BN/UMNO. Dan dia join PKR masa PRU12 sebagai pekerja sukarela. Azmin kata PKR pun memang tak cukup kakitangan lalu buka pintu luas-luas ambil dia sebagai penolong. Hah! Senang sangatlah orang nak sabotaj engkau!! Pejabat pimpinan samalah macam kubu tempat simpan rahsia dan tempat perancangan dasar dan straregi. Alih-alih engkau bagi sapa-sapa jer masuk tanpa usul periksa !!?? Joli kataklah kawan dalam tu kaut rahsia dan strategi engkau!
Dalam masa yang sama dia akan terus menyelinap dan mengabui mata semua orang dan semua akan ingat dia orang kita. Kalau sejak PRU 12 mamat Saiful tu berkeliaran dalam ofis Anwar, maka senang sangatlah diorang plan untuk strike. Tup! Tup! Dah Anwar kena tuduh meliwat lagi!. UMNO/BN pandai..dia hantar budak muda, muka ala-ala kiut sikit pergi dekat Anwar. Pasang jerat la. So keluarlah dalam surat khabar Anwar liwat "Pembantu Khas" dia!! So kan dah kono!!

Salah PKR lah juga sampai anasir musuh dapat masuk dengan mudah... Bagi mengelakkan pekara ini berulang lagi, ambillah iktibar dan pengajaran dari perkara seperti di bawah;

1) Usul Periksa
Kok iya pun tak cukup kakitangan, takkan biarkan orang yang entah datang dari pelusuk mana entah duduk bekerja dalam pejabat pemimpin. Sepatutnya orang seperti itu di letakkan bekerja di atas jalan pasang bendera dan tampal poster. Hendak sangat volunteer, nah ambik poster , pergi tampal!! Bukan duduk dalam ofis pimpinan tertinggi!!.

2) Sekuriti Pejabat
Jangan jadikan pejabat bagai pasar - sesapa saja bebas keluar masuk. Setiap ahli yang datang ke pejabat samada atas urusan parti atau peribadi mestilah direkodkan.

3) Unit Keselamatan Pimpinan (UKP)
UKP bergerak untuk keselamatan pimpinan. Bolehlah di katakan body guards pimpinan. Ia mesti bebas dari kerja-kerja kepartian biasa. Teristimewa bila pimpinan adalah seperti Anwar Ibrahim yang sedang mengejar tampuk pemerintahan. Bukan sahaja diri dia, tetapi ahli keluarga mesti sentiasa diawasi. Empat orang UKP mesti sentiasa berada bersama beliau walau di mana. (Tapi kalau Saiful yang jadi UKP alamat keluar berita...' Anwar Liwat Bodyguard' ha! ha! ha...!)

2 comments:

Anonymous said...

caya la Bro....hentam PKR...memang betul la sepatutnya kita kena berhati-hati utk menerima ahli-ahli @ petuga-petugas sukarelawan baru utk menyertai kita, kalau blh org baru jgn diletakkan ditempat yg penting...

Sheikh Sambal said...

itulah...PKR namo bosar tapi pengurusan organisasi hampeh. Sekarang ni pulak dah macam2 punya serabut dalam PKR Selangor. DSAI sibuk pandang Putrajaya belakang rumah berserabai. Tu terlepas pandang jugaklah tu bagi peluang budak Saifool tu buat kecoh dalam PKR (setakat PKR takpa gak, ni satu dunia kecoh - boleh tahan gak mamat tu).