Kita akan lihat bagaimana PR melakukan perubahan untuk kebaikan rakyat atau sebaliknya. Jadi mari semua, kita kaji kad laporan kerajaan PR di 4 negeri!!
Selangor
- Tan Sri Khalid Ibrahim nampaknya agak teragak-agak untuk melakukan perubahan yang mendadak. Kebanyakan polisi kerajaan lama belum diubah atau mungkin diteruskan, seperti setinggan sifar (walaupun dengan carayang lebih berperikemanusiaan).
- Sikap bertegas TS Khalid untuk memberi 20m3 air percuma kepada penduduk Selangor harus dipuji dan sekarang rakyat Selangor sedang menikmati air percuma itu.
- Penduduk Bandar Seri Mahkota Cheras juga amat berpuas hati dengan prestasi konsisten kerajaan Selangor menyokong perjuangan untuk mendaptkan semula hak laluan ke Lebuhraya Grand Saga tanpa sekatan. Setelah beberapa demontrasi dan keganasan Polis, Menteri Kerjaraya telah mengarahkan halangan dibuang dan laluan dinaik taraf. Kini Penduduk BMC tidak perlu lagi memandu sejauh 6km dan membayar tol 90sen sebelum dapat meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
- Kejutan Dato' Hassan Ali mengharamkan aktiviti Islam Hadhari di seluruh Negeri Selangor. Nampak seperti kebudak-budakan atau tindakan balas dendam. Sepatutnya lebih baik Dato' Hassan buat saja tak perlu bising-bising. Mungkin ada muslihat Dato' Hassan mengumumkannya di dalam Sidang DUN. Yang saya nampak, impak kepada Islam Hadhari amat besar. Perkara ini diikuti pula oleh Pulau Pinang. Kelantan tak perlu buat hebahan sebab Islam Hadhari secara terangnya tak pernah bertapak di Kelantan. Eloklah Perak lakukan saja, tak perlu buat pengumuman besar-besaran.
- Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan untuk menguruskan sendiri sumber pasir negeri yang mana ia akan menyumbang sebanyak RM250j keapada kerajan negeri. Idea yang baik. Cara lama adalah diusahakan oleh pihak swasta yang diberikan lesen untuk melombong pasir dan kerajaan negeri mendapt perolehan royalti sebanyak RM20j sahaja. Dahulu perusahaan melombong pasir di bolot oleh puak-puak UMNO dengan cara (selalunya) alibaba. Lesen nama Melayu (ada kaitan politik) tapi pengusaha Cina. Ada lesen dikeluarkan di tempat tapi pasir dilombong di tempat lain. Cara baru ini dapat membendung penyelewengan sebegini. Selain itu kesan kepada alam sekitar juga dapat dikawal dengan lebih baik. Apa yang kita harap kerajaan negeri Selangor tidak hanya memandang kepada keuntungan yang bakal diperolehi sahaja, ia juga mesti melihat kesan sampingan, samada secara langsung ataupun tidak, ke atas alam sekitar dan masyarakat setempat. Walaubagaimanapun ini masih diperingkat makluman, belum jadi realiti lagi. Bagaimana cara kerajaan negeri menguruskan pasir ini masih belum diketahui.
- Bermula dengan kontrovesi perlantikan MB. Biasalah dapat pemerintahan secara terkejut. Pujian harus diberikan kepada DYMM Raja Muda Perak Raja Nazrin kerana baginda telah menyelesaikan masalah ini dengan amat baik sekali. Ir Nizar memang layak. Dari segi merit, DAP tidak patut langsung mempertikakan perlantikan itu.
- Kehebatan Dato' Seri Ir Nizar banyak membantu untuk mengatur perintahan PR. Kebolehannya bertutur dalam Bahasa Cina, India dan Inggeris menyebabkan dia mudah diterima oleh masyarakat berbilang kaum.
- Kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury mengundang banyak kontroversi. Sepatutnya DS Ir Nizar berbincang dengan Sultan Perak dahulu sebelum bertindak. Bukankah peranan MB menasihati Sultan. Kalau betul caranya dan bertepatan dengan apa yang diadukan, kita pasti Sultan Sendiri akan menukar atau memecat pegawai agama negerinya. Penglibatan Karpal Singh mendebatkan bidang kuasa Sultan telah digunakan oleh UMNO dan juak-juaknya sebagai modal untuk menghentam kerajaan PR. Laporan polis telah dibuat ke atas YB Karpal, tapi yang hairannya selama ini UMNO sesuka hati menderhaka kepada Sultan-Sultan (kes terbaru ; Sultan Terengganu dan Sultan Perlis - kes perebutan jawatan MB) tidak pula diambil tindakan.
- Melantik ketua-ketua kampung melalui pemilihan secara demokrasi. Ketua kampung tidak lagi dilantik oleh kerajan negeri tetapi dipilih oleh orang-orang kampung sendiri melalui proses pengundian. Olehitu hanya orang yang disukai ramai sahaja yang akan menjadi ketua kampung. Kalau ketua kampung menyeleweng, penduduk kampung boleh mengundi dia keluar pula. Inilah dia kuasa rakyat kuasa keramat!
Pulau Pinang
- Peralihan kuasa dijalankan dengan licin. TS Koh Tsu Koon memberi kerjasama yang sangat professional. Malangnya semangat prefessional Tsu Koon tidak ditiru oleh bekas-bekas MB BN yang lain. Khir Toyo menghilangkan diri, sehingga ada sms yang menjadikan kehilangan Khir Toyo sebagai bahan lawak. Tajul Rosli tidak keluar-keluar dari rumah beberapa hari, sungguh panjang rajuknya. Dokumen-dokumen penting kerajaan juga kabarnya banyak yang hilang.
- MB Lim Guan Eng mempertikaikan perlaksanaan DEB kerana ketidaktelusan dan bergelumang dengan kronisma. Guan Eng bukan mempertikaikan DEB itu sendiri cuma perlaksanaannya, tapi UMNO dan juak-juaknya terus melenting menghentam Guan Eng dan DAP yang dituduh berhasrat untuk menghapuskan hak-hak keistimewa orang-orang Melayu. Tidakkah UMNO faham bahawa hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Untuk menghapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu, DAP memerlukan 2/3 ahli Parlimen menyokongnya. DAP tidak ada ahli Parlimen sebanyak itu!. Kalu diteliti, salah satu keistimewaan orang Melayu adalah Kesultanan Melayu. Siapakah yang menghikis kuasa raja-raja? Siapakah yang mengambil tanah rezab Melayu (Geran Merah) untuk di komersialkan tanpa diganti dengan jumlah kawasan yang sama? Kini tanah rezab Melayu yang ada jauh lebih kecil jumlah kawasannya berbanding pada zaman kolonial British dahulu. Jadi siapakah sebenarnya yang mahu menghapuskan Hak-hak Keistimewaan Orang-orang Melayu?
- Kerajaan PR P.Pinang telah menaikkan gaji guru-guru sekolah agama rakyat dan menambah peruntukkan untuk sekolah-sekolah tersebut. Sikap berbaik-baik MB Lim dengan orang Islam patut sangat diberi pujian. Beliau tidak kekok menghadiri majlis Maulud Nabi peringkat negeri duduk di atas pentas bersama-sama pemimpin Islam yang lain. Malah beliau ikut bersama-sama berarak (mungkin tidak bersalawat) bersama-sama rakyat Islam P.Pinang menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w). Sikap yang ditunjukkan oleh MB Lim sangat toleran kepada Islam. Kenyataan MB Lim untuk mengikuti jejak langkah Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mentadbir P.Pinang adalah satu lagi bukti bahawa beliau tidak akan menyisihkan Islam/Melayu dalam pentadnirannya. Dalam hal ini saya rasa MB Lim lebih Islam dari kebanyakkan pemimpin beragama Islam kita!
- Berjaya membawa masuk perlaburan asing ke dalam P.Pinang dalam masa yang singkat. Satu kejayaan yang tidak dapat dicapai oleh Gerakan semasa memerintah. Tsu Koon membantah kenyataan yang mengatakan kejayaan itu dicapai oleh DAP. GERAKAN memainkan peranan penting dalam membawa masuk perlaburan tersebut, katanya. Biarlah Guan Eng ...berilah dia sedikit kredit.
- Sikap terbuka Guan Eng di dalam menawarkan peranan berkongsi urusan pemerintahan negeri dengan tokoh-tokoh dari Barisan Nasional (BN), bukan sahaja mengagumkan, malah mengejutkan kita semua. Tawaran kepada bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Dato' Lee Kah Choon sebagai Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Invest Penang dan jawatan Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Sikap Guan Eng sangat professional demi untuk memajukan negeri. Tetapi sikap pemimpin BN sangat memualkan. Berbagai ancaman dan surat tunjuk sebab di lemparkan kepada Lee Kah Choon sehingga beliau akhirnya meninggalkan Parti Gerakan. Pekara yang sama dihadapi oleh Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Dr Tan Kee Kwong kerana menerima jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan PR Selangor. Baru-baru ini, Tan menjadi sasaran kritikan pemimpin Gerakan apabila menerima tawaran kerajaan PR Selangor untuk mengetuai sebuah badan petugas mengenai halehwal tanah. Hairan...apabila PR membuka pintu dan peluang untuk orang BN yang berkebolehan untuk berjasa kepada rakyat pemimpin mereka pula bersungguh-sungguh tidak membenarkan itu berlaku. Adakah sebenarnya keikhlasan BN untuk memajukan negara ini?
- Guang Eng telah melambungkan cadangan jambatan P.Pinang kedua di biayai sepenuhnya oleh PETRONAS. Lalu secara tanpa sedar Naib Presiden Bahagian Pembangunan dan Perancangan Korporat Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Datuk Nasarudin Md. Idris berkata, syarikat petroleum negara itu akan hanya terbabit dalam projek-projek infrastruktur yang berkaitan dengan industri minyak dan gas seperti kompleks petrokimia di Kertih, Terengganu. Ha Ha Ha.. seluruh Putrajaya diabiayai oleh Petronas dan ada 8 jambatan yang gah-gah dan canggih. Sepatutnya cadangan Guan Eng diteliti dan diberikan merit yang sewajarnya demi kesejahteraan rajyat, bukan dibakulsampahkan begitu saja.
- Dan Guan Eng naik kelas ekonomi bila bermusafir dalam urusan rasmi. Sesuatu yang sukar di lakukan oleh seorang Ketua Menteri dari negeri yang kaya! Inilah contoh kepimpinan melalui teladan.
Kedah
- Pemilihan MB Kedah berjalan dengan baik tanpa kontroversi. PAS telah bersiap sedia dengan calon MB bila PAS merampas Kedah dari UMNO/BN. YAB Ustaz Azizan Pesuruhjaya Pas Kedah calon terbaik setakat ini.
- Kerajaan Pas Kedah membatalkan projek petrokimia di Yan, biar pun ia bakal mendatangkan keuntungan besar kepada kerajaan negeri. Tanah di kawasan tersebut cukup subur dan dianggap kelas A untuk tanaman padi. Jadi mengambil kira keistimewaan tersebut kerajaan negeri membuat keputusan membatalkan projek petrokimia yang pernah dicadangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Kerajaan negeri mahu mempertahankan status sebagai jelapang padi dan tidak membiarkan kesuburan tanah digunakan bagi faedah lain. Walaubagaimanapun projek tersebut tidak dibatalkan terus tetapi dipindah laut.
- Hadiah tiket percuma untuk rakyat Kedah dan seterusnya Kedah menjadi juara Piala Malaysia
- MB Ust Azizan menolak peruntukan pagar baru (atas nasehat polis) bagi rumah MB. In adalah untuk mengelakkan penggunaan duit rakyat bagi kepentingan peribadi.
Seratus hari memang belum banyak perubahan dapat dibuat tetapi sedikit sebanyak polisi dan cara pentadbiran semakin jelas. Kita mahu kerajaan 5 negeri PR terus membela nasib rakyat. Rakyat akan tetap menyokong selagi mereka di dalam landasan yang betul. Bak kata pepatah Melayu, " Raja Alim Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disangah!"
Ingat Pakatan Rakyat, kami sentiasa meneliti tindak tanduk kamu. Jika kamu menyeleweng dari tujuan asal membela nasib rakyat dan menegakkan keadilan, kami akan hukum kamu di dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
No comments:
Post a Comment