06 June 2008

Mana Mungkin Petronas Bungkus?? Kita mintak sikit jer!!

Boss Petronas,Hassan Merican, kata Petronas akan bengkrap dalam 10 tahun, kalau bagi semua untungnya digunakan untuk subsidi minyak. La...apalah kampung sangat fikiran mamat ni!.Kita bukan nak semua. Ambil sebahagian jer.... baki tu hang gunalah untuk pelaburan dalam industri minyak. Yang kita marah sangat ialah mana pegi segala sumbangan Petronas kepada kerajaan selama ini.


“Since the formation of Petronas in 1974 to last year, the company gave the Government RM335.7bil out of a total profit of RM570bil,” Hassan said.

Hah!! beratus-ratus billion ringgit semenjak 1974....sepatutnya dah tak ada rakyat yang layak terima zakat... RM335.7bil bukan sikit anak..bhai!! Sepatutnya infrastruktur asas kita dah merayap sampai ke setiap ulu. Setiap rakyat ada rumah dengan api dan air paip. Pelajaran dan perkhidmatan kesihatan percuma dan sudah tentunya tak ada tol yang mengenyangkan kroni sahaja. Tarif api dan air yang terendah di Asia, sepatutnya.

Itu tak payah usik baki RM234.30bil untung Petronas tu!!

Mana duit ni semua pergi? BN mesti jawab.... di Parlimen!!


No comments: