17 February 2010

Maulidur Rasul: Rendahnya mentaliti Umno

Apabila Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Pulau Pinang batalkan perarakan sempena Maulidul Rasul saw. tanpa usul periksa Timbalan Perdana Menteri terus buat kenyataan menyanggah kerajaan Pulau Pinang, Pak Lah Badawi yang sudah tidak ada kepentingan politik pun tumpang komen sekali. Yang sangat dikesalkan, Mufti Perak Harussani juga komen sama tanpa tahu hujung pangkal.
Kalau pemimpin UMNO buat kenyataan seumpama itu saya tidak sangat hairan, sebab mereka sentiasa memutarkan isu untuk kepentingan politik mereka, perkara yang tidak wujud pun direka supaya wujud. Tujuannya nak bagi orang Islam dan orang Melayu marah dan sensitif terhadap isu ini. Lim Guan Eng akan dilabel anti Melayu dan anti Islam. Inilah kerja UMNO, mereka porak perandakan Selangor, sebelum tu Perak sampai tumbang, Kedah juga cuba diusiknya, sekarang giliran Pulau Pinang pula. Apa punya UMNO, dengki, jahat, busuk hati, celaka.
Persoalannya buat ke tak buat perarakan, itu hak kerajaan negeri, tak timbul soal batal ke tak batal. Penganjur sambutan Maulidur Rasul ialah Kerajaan Negeri, terpulanglah pada kerajaan nak buat perarakan ataupun tidak sempena sambutan maulid nabi peringkat negeri. Yang penting sambutan diadakan, difahamkan kerajaan negeri menganjurkan selama tiga hari tiga malam. Perak sejak lepas-lepas sehari sahaja iaitu perhimpunan sebelah pagi sahaja, kalau ada malam pun forum atau ceramah.
Di Pulau Pinang, kerajaan PR yang dipimpin DAP boleh anjur sehingga tiga hari tiga malam. Semua dipenuhi dengan program-program islamik yang ada beberapa acara Ketua Menterinya hadir sama. Tahun lepas, Lim Guan Eng turut serta dalam perarakan dan berada di atas pentas. KM BN yang lepas-lepas ada ke turut serta ?
Lain lah kalau sebelum ini, kerajaan tak pernah buat perarakan, kemudian ada permohonan dari Ngo Islam atau UMNO nak berarak sempena sambutan maulid nabi, tetapi permohonan ditolak oleh Kerajaan Negeri, barulah UMNO nak melalak ke, demontrasi ke, atau jajalah merata kampung seluruh negara konon Lim Guang Eng anti Islam dan sebagainya, barulah ada munasabahnya. Ini, kerajaan Negeri tak katapun nak batal, tiba-tiba Utusan melapor batal, Timbalan PM boleh melalak tak tentu pasal, apa punya mentaliti pemimpin UMNO macam ini. Pak Lah pun serupa je. Perarakan maulid nabi dulu-dulu memang menjadi acara tahunan sambutan maulid nabi, entah tahun bila saya pun tak ingat, perarakan tidak lagi diadakan, ada ke UMNO sensitif dengan pembatalan ini, PAS pun kisah dengan pembatalan perarakan ini.
PAS tak nampak pentingnya perarakan, buat pun tak kisah, tak buat pun tak kisah, pada PAS yang penting penghayatan sunnah junjungan besar Rasulullah saw. Perarakan maulid nabi dibuatnya, tapi aurat tak ditutupnya, hukum hudud ditolaknya, solat berjamaah ditinggalkannya, solatpun tidak kadang tu, dan macam-macam lagi yang mereka tak buat amal Islam pun. Bila perarakan kononnya batal, bukan main marah Muhyiddin, tapi apa usaha beliau untuk menghalang sambutan hari kekasih, orang Melayu ramai terlibat pulak tu.
Mufti Perak, satu-satunya mufti yang disegani kerana tegas terhadap isu-isu umat Islam pun sama rupanya, melatah buat kenyataan tanpa usul periksa. Di Perak, apabila perarakan maulid rasul ditiadakan sejak zaman Ramli Ngah Talib, ada ke UMNO dan mufti Perak buat kenyataan menyanggah kerajaan negeri. Ada ke umat Islam dan orang Melayu terasa tersinggung ketika itu ?
Sejak tulah, perarakan tidak pernah dibuat di Perak, PAS pun tak kisah, sebab itu, bila PR ambil alih, kita pun tak buat perarakan sama. Tetapi sambutannya cukup luar biasa, tak cukup tempat untuk ramai. Yang lepas-lepas, kerusi tak penuh pun. Ini kata pegawai-pegawai kerajaan yang setiap tahun terlibat dengan maulid nabi.
Lim Guan Eng yang dilabel anti Melayu dan Islam oleh UMNO memberi peruntukan yang agak besar untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, zaman BN ini lebih kurang 12 juta setahun, Guan Eng umum 24.3 juta untuk tahun 2010. Kontraktor Bumiputra yang dapat projek dan tender kerajaan adalah 70 % berbanding kontarktor bukan bumi.
Menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dan suri teladan dalam amalan keadilan di Pulau Pinang. Pemimpin UMNO siapa para sahabat dan ulama yang jadi suri teladan dalam amalan pentadbiran di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka.




Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Nizar.
http://misabah.blogspot.com

12 February 2010

Laporan Polis Terhadap Facebooker Lynette & Joanna

Beberapa NGO Islam di Miri telah membuat satu laporan polis terhadap seorang Lynette Lincoln dan Joanna Ann kerana menghina Nabi Muhammad.
Apa nak jadi dengan masyarakat kita. Sudah tidak ada lagi sensitiviti sehinga sanggup menghina Nabi Junjungan orang Islam. Apakah Lynette dan Joanna terlalu kampung sehingga tidak tahu bahawa Facebook adalah ruang yang terdedah pada dunia. Lambat laun sesiapa pun akan dapat menatap komen kita walaupun bukan 'friend' kita. Satu kebodohan tahap gaban!
Kita akan lihat apa tindakan polis selepas laporan ini dibuat. Aduka Taruna telah ditangkap kerana menghina Almarhum Sultan Johor. Blogger yang menghina TGNA dan DSAI dengan gambar rekaan yang sangat mengaibkan juga sekarang sedang menghadapi tuduhan. Lynette ini juga patut dihdapakan ke pengadilan kerana menghina Nabi Muhammad. Tidak dia sedar umat Islam akan bangkit mempertahankan Rasululllah @ Nabi Muhammad jika baginda dihina, waima secara gambar, kartun, kata atau tulisan.
Satu 'Group' 'Lynette Lincoln and Joanna Ann, should appologize to all MUSLIMS' telah dibina dalam Facebook dan kini telah mempunyai lebih 37000 ahli dan sedang berkembang pesat.
Kalau fikir-fikir balik, semua ini berpunca dari pertikaian penggunaan kalimah 'ALLAH'. Kalau dari awal kerajaan mengawal extremist Melayu dari berarak dan membakar gereja mungkin Lynette dan Joanna ini tak tulis apa yang mereka tulis dalam Facebook mereka.
Tapi mari kita lihat dari sudut positif. Inilah masanya untuk kita beri kefahaman dan penjelasan kepada orang-orang bukan Islam tentang Nabi Muhammad dan keindahan Islam...
S.S

11 February 2010

Jabu: Anwar Mari Sini Tengok Sendiri !

Jemputan TS Alfred Jabu kepada DSAI untuk berkunjung ke Sarawak dan saksikan sendiri akan kemajuan yang telah di nikmati oleh rakyat Sarawak membuat ana tertawa pecah perut. Semasa berucap dalam majlis makan malan yang dianjurkan oleh Sokanjaya, Kelab Sukan JKR Bahagian Betong pada Sabtu lepas Alfred Jabu mengajak Anwar datang melihat sendiri akan kepesatan kemajuan di Sarawak.

Itulah, Jabu ni masuk pendalaman tak pernah naik kereta. Naik helikopter dari bandar ke kawasan ulu takkan tau apa yang rakyat di kampung-kampung dan pendalaman hadapi setiap hari. Tak payah pergi jauh-jauh. Setakat keluar 30km dari kawasan bandar dah nampak apa yang Jabu katakan itu adalah pemanis mulut sahaja. Sebagai contoh. Lihat sahaja kampun-kampung yang terletak di luar bandar Miri. Kampung Kelult di Bekenu boleh di buat contoh. Masuk sahaja ke jalan kampung, anda akan dapati jalan tidak berturap berdebu dan berlopak sana-sini. Itu tak sampai 30 minit saja dari Bandaraya Miri.

Jabu memang betul tentang kemajuan di bandar-bandar besar seperti Bandaraya Miri. Tetapi bukankah kemajuan mesti dinikmati oleh semua. Bukan kawasan bandar sahaja. Kampung dan ulu jalan tanh merah dan minum perigi.

Lampu neon di Bandaraya Kuching dan Miri terang benderang tetapi di Ulu Kota, Pakan, anak sekolah buat kerja rumah dan baca buku dengan peilta.

Jabu seperti hidup dalam mimpi. Macam dah asyik naik helikopter sana sini mana nak nampak kesusahan rakyat jelata.Bila pergi ke mana-mana disambut oleh orang kampung yang melayannya seperti raja. Maklumlah orang perintah.
Tak payahlah jemput Anwar datang. Awak sendiri sahaja pergi tengok keadaan rakyat awak sendiri. Tapi jangan naik helikopter. Naik kereta. Kalau takut tersangkut dalam lumpur jalan tanah merah tu, bawaklah kenderaan pacuan 4 roda. Terutama musin hujan . Nanti baru awak tahu hidup sebenar rakyat yang melata....
Dah berpuluh tahun Sarawak merdeka, majoriti rakyat pendalaman masih hidup dalam kekurangan. Yang kaya raya hanya tokeh-tokeh balak dan ladang sawit yang besar-besar.
Jabu perlu melihat semua itu dari bawah, bukan pemandangan indah dari celah-celah awan.

09 February 2010

Seloka Memanda Negeri Sebuah

Ada negeri emas sebuah,
Letaknya dia di Semenanjung Indah,
Rakyatnya ramai rezeki melimpah,
Negerinya makmur Sultannya ramah.

Datanglah musim memilih ketua,
Berebutlah yang mahu mendapat kuasa,
Rakyat memilih yang berkenan di jiwa,
Membeli janji yang ditabur mesra.


Ada yang ikhlas memberi diri,
Berkhidmat untuk rakyat sendiri,
Hukum nan adil bekalan hakiki,
Rakyat menilai undi diberi.


Ramai juga yang kelinking berkait,
Manis dimulut bukan sedikit,
Janji ditabur berbukit-bukit,
Bila menang mengumpul duit.


Arakian berlalu pesta mengundi,
Kertas dikira berkali-kali,
Memanda lama bersedih hati,
Undinya kurang tidak terperi.
Sultan berkenan terima mengadap,
Memanda baru penuh beradab,
Ilmunya tinggi tawaduk bersikap,
Gembiralah rakyat negeri segenap.


Cina India Mamak Melayu,
Hidup harmoni bersatu padu,
Yang tiada bertanah dapat selalu,
Pelabur datang berpusu-pusu.

Memanda pandai banyak bahasa,
Rakyat sayang tidak terhingga,
Adil saksama dasar terbuka,
Walaupun pembangkang diberi juga.


Hasad dengki orang yang kalah,
Benci dan marah mendidih menanah,
Helah diatur strategi diolah,
Tampuk perintah mesti dijarah.


Mesyuaratlah mereka sambil menjeling,
Jangan didengar walaupun dinding,
Lompatan katak harus dirunding,
Umpan dihulur katak menginding.


Memanda Perdana memasang tuba,
Katak bertiga sudah terkena,
Dilarikan sampai ke Putra Indra,
Jurutulis dipanggil berita disua.


Huru hara haru biru,
Negeri sebuah tidak menentu,
Memanda dilucut Sultan yang satu,
Hemat baginda sokongan layu.


Dititah Memanda menanggalkan dusturnya,
Arahan perdana sudah diterima,
Walhal negeri akan bencana,
Maka baginda disembah derhaka.


Memanda memujuk Sultan yang kasa,
Dibubarkan sahaja Dewan yang mulia,
Tetapi di mana entah silapnya,
Nasihat berguna tiada mengena.


Memanda Lanun pula dilantik,
Jika melawan akan dijentik,
Si kepala merah sedia membidik,
Rakyat diluku berbijik-bijik.


Merayulah Memanda yang sah,
Supaya Sang Lanun segera diubah,
Tetapi rintihan sentiasa disanggah,
Jentera negeri dipesong arah.


Memanda melawan berkali-kali,
Di bawah pokok bersidang sendiri,
Hendak ke Dewan tiada diberi,
Si Kepala Merah tegak berdiri.


Cubalah pula pergi mengadu ,
Lembaga Hakim rajuk diseru,
Hujah diberi bertalu-talu,
Gembira sekejap Lanun mengutu.


Pergi pula ke Lembaga Agung,
Keadilan di situ sentiasa disanjung,
Tetapi kecewa bertambah murung,
Kalah jua dengan dengan lima kosong.


Rakyat jelata sedih meratap,
Memanda Lanun mengetap-ngetap,
Mana dinar mahu disonglap,
Negeri sebuah biarlah bankrap.


Sultan dipujuk supaya sejuk,
Rakyat patutnya memegang tampuk,
Menentu siapa Memanda yang elok,
Supaya aman tidak direngkuk.


Bersambung.......


Sheikh Sambal

9 Feb 2010

Nota: Seloka di atas hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan sesiapa pun yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

SIARAN LANSUNG DARI MAHKAMAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA.

SIAPA MB PERAK YANG SAH...
SILA LAWAT LINK DI ATAS....
UNTUK MAKLUMAT TERKINI

05 February 2010

Tazkirah Jumaat: Amalan Yang Untuk Masuk Syurga &Terjauh Dari Neraka

Hadith Riwayat Tirmidzi - Lidah Oh Lidah:
Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata (kepada Rasulullah SAW):
"Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam Syurga dan menjauhkan aku dari Neraka."

Jawab Nabi SAW: "Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu: Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah."

Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya?"

Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah."

Sabda baginda: "Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad."

Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini?"

Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah."

Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata: " Awas, jaga ini (lidah) baik-baik."

Aku bertanya: " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya? "

Baginda lalu menjawab: "Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam Neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "

Ehsan dari PKIP.
.

02 February 2010

Gaji Naik......Rasuah Turun?

Utusan Online
KUALA LUMPUR 1 Feb. – Kerajaan akan mengumumkan kadar baru gaji dan elaun anggota polis berpangkat sarjan ke atas, yang mampu meningkatkan taraf hidup anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengumuman mengenainya dijangka dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein esok.
Melalui skim gaji dan elaun baru tersebut, pegawai polis berpangkat inspektor dijangka menerima gaji bulanan lebih RM3,000 manakala sarjan pula bakal menikmati imbuhan lebih RM2,000 sebulan.
Kenaikan terbesar melibatkan inspektor baru yang akan menerima gaji permulaan RM2,060 berbanding RM1,492 sebelum ini, di samping kenaikan beberapa imbuhan lain seperti elaun rumah dan elaun sara hidup.
Pemegang diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga dibenarkan menyertai PDRM dengan pangkat sarjan dan akan menikmati gaji permulaan RM1,500. Gaji pangkat sarjan sebelum ini ialah RM890.
Peningkatan itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2009. Dengan pengumuman kenaikan itu, kesemua anggota dan pegawai terlibat bakal mendapat ‘durian runtuh’ melalui bayaran tunggakan bermula tarikh tersebut.
Hishammuddin ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara itu esok.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan, anggota polis berpangkat sarjan, inspektor dan pegawai kanan akan menerima kadar gaji dan elaun yang tinggi melalui skim gaji baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Laporan itu menyebut, skim gaji baru itu telah diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan disokong oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan PDRM.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi tidak menafikan atau menidakkan laporan tersebut sebaliknya enggan memberikan ulasan lanjut.
“Jika apa yang dilaporkan akhbar itu benar, benar lah. Jika tidak benar, maka tidaklah.
“Saya tidak boleh ulas lanjut. Tunggulah sidang akhbar yang akan diadakan.
“Perkara itu (kenaikan gaji dan elaun) masih dalam perbincangan dengan pegawai-pegawai,” katanya.

......>>>>>>>>>>>>>..........<<<<<<<<<<<<<.........

Apasal gaji sarjan ke atas saja naik? Kenapa gaji konstabel biasa tidak naik? Walhal konstabel tulah yang jadi kaldai buat kerja. Kalau gaji sarjan dulu RM890 sebulan gaji kopral dan lans kopral berapa? Gaji konstabel biasa pasti lebih lebih lagi murah. Patutlah abang polis selalu dikatakan buat 'operasi' cari makan. Gaji tak cukup untuk tampung kehidupan di Malaysia raya ini.
Hishamudin a.k.a Kerismudin sepatutnya menaikkan juga gaji polis dari Inspektor ke bawah bukan dari Sarjan ke atas. ASP, DSP, KPN dan tah hapa-hapa lagi pangkat polis di atas nun dah tentunya bergaji besar. Lagi sekali inilah hadiah Kerajaan BN kepada abang-abang polis yang selalu jadi kaldai tunggangan.
Pantang ada demo aman sikit, polis di kerah 'jaga' keamanan. Yang ramai 'bergadai nyawa' adalah Inspektor ke bawah. Dengan kereknya mereka akan mencota mana-mana pendemo yang berani sanggah mereka. Tup-tup yang naik gaji ialah Sarjan ke atas.Yang tukang kejar orang 'jahat' tu gaji dok tahap tu jelah.
Sudah sampai masanya polis pangkat bawahan ini dinaikkan gaji mereka di atas tahap miskin. Setiap konstabel biasa patut dapat gaji minima RM1500.00 sebulan. Dengan cara ini maka akan kuranglah 'operasi cari makan' para polis-polis ini.

Jangan nak nafikan. Polis mintak rasuah tepi jalan adalah rahsia yang terbuka. Semua orang tahu. Sampaikan pantang saja ada 'roadblock' orang ramai dah mula menyangka itu polis (atau JPJ) sedang cari makan. Padahal mungkin saja mereka sedang dalam 'hot pursuit' penjahat yang dikehendaki.
Sebab apa polis (atau JPJ) terpaksa 'cari makan' tepi jalan? Sebab kesempitan hidup. Gaji kecik. Duduk bandar. Belanja besar. Anak-anak sekolah. Semua mau pakai duit. Usaha iman di dalam jabatan pula kurang. Dosa rasuah macam lalat hinggap di pipi saja. Kipas-kipas lari. Buat lagi.

Oleh sebab gaji naik hanya untuk sarjan ke atas saja, maka kehidupan polis biasa takkan berubah. Bahkan akan bertampah teruk keran moral jadi rendah disebabkan tak dapat kenaikan gaji seperti bos-bos yg pangkat besar. Maka 'cari makan' tepi jalan akan berjalan seperti biasa demi untuk mengisi perut dan keperluan hidup.

Najib perlu adil dengan seluruh jentera kerajaan. Upah yang perlu diberi juga pada orang bawahan. Jangan kira orang yang berpangkat sahaja.! Selagi itu tidak berlaku...ungkapan Satu Malaysia itu hanyalah pemanis mulut sahaja, nafasnya tetap busuk.



.


.


29 January 2010

Facebook Lubuk Undi

Ramai ahli politik telah beralih ke laman sosial popular FACEBOOK untuk berkempen. Antara yang dah lama bertapak di sana ialah DSAI dan TGNA. Peminat dan pengikut ramai dan tak kurang juga pencacai.
Facebook ini lubuk undi. Banyak pengundi muda dan tak kurang juga yang tua ramai berpelseran di sini. Bahasanya mudah dan santai. Bukan setakat itu, ia juga menjadi medan untuk mendekatkan silaturahim sesama sahabat. Ada yang berpuluhan tahun tidak pernah bersua tetapi bertemu semula di laman soaial ini.
Pengasas Facebook katanya Yahudi dan dipantau CIA dan MOSAD. Memanglah kita tidak dapat lari dari itu. Dah memang Amerika yang menjuarai industri maklumat. Apa yang kita boleh guna untuk mencapai objektif kita. Selagi ia bersesuaian dengan syariat. Billion orang menggunakan Facebook untuk bersosial. Maka mengapa tidak pendokong Islam seperti PAS menggunakan ruang yang sama. Di sini lubuk undi.

27 January 2010

Beza PAS dan Umno dalam isu "Allah"

Harakahdaily
http://peguampas.blogspot.com
Saya ingin mulakan tulisan ini dengan mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah di atas istiqamahnya pendirian Tuan Guru Presiden PAS yang secara jelas menyatakan bahawa Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain .
Ustaz Hadi menyatakan “ kita tidak boleh melarang mereka ( bukan Islam ) dari menggunakan nama Allah meskipun Allah bagi mereka bukan seperti yang kita yakini iaitu Tuhan yang Esa.” Bagi saya sikap Tuan Guru Presiden ini melambangkan konsistennya budaya PAS iaitu ilmu mendahului emosi, kebenaran mendahului perasaan.
Jika emosi yang menjadi sandaran pegangan PAS sudah tentu PAS boleh dengan mudah mengerahkan para penyokongnya dan umat Islam negara ini mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menentang keputusan Yang Arif Hakim Lau Bee Lan yang membenarkan akhbar Herald menggunakan kalimah Allah di dalam edisi melayu akhbar tersebut.
Namun, tidak seperti Umno , PAS tidak membuat sesuatu pendirian berdasarkan emosi. Bagi PAS jika ajaran Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh mana-mana manusia di dunia ini maka itu jugalah pendirian parti Islam ini. Ya, mungkin mudah sahaja pendirian seperti ini dimanipulasi oleh mereka yang ingin memanipulasi. Bagi golongan “muta’asibin ( yang taksub ) pendirian PAS ini dianggap satu pendirian yang lunak dan lembut dan sekadar ingin menjaga hati para pengundi bukan Islam.
PAS peka mengambil pendirian sepertimana yang PAS ambil akan mengundang persepsi seperti itu apatah lagi sejak awal Umno memang tidak pernah bercita-cita untuk mendidik rakyat untuk memahami isu ini menurut perspektif yang betul baik perspektif Islam atau perspektif Perlembagaan.
PAS melihat isu ini dari sudut keadilan. Keadilan adalah bersifat mutlak dalam Islam. Ianya bermakna keadilan mesti dilakukan dalam apa juga keadaan dan kepada mana-mana orang. Kehebatan ajaran Islam tentang perspektif keadilan terserlah apabila ia mengarahkan keadilan itu ditegakkan walaupun ke atas musuh. Permusuhan atau perseteruan tidak boleh menjadi alasan untuk mengkrompomi keadilan. Kesediaan Rasullulah s.a.w memotong tangan puteri kesayangannya sendiri jika Fatimah terbukti mencuri memperlihatkan betapa tingginya nilai keadilan yang Islam perjuangkan.
Siapa tidak kenal kebobrokan bangsa Yahudi. Apa yang tidak dilakukan oleh orang Yahudi ke atas para Nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w. Namun tidakkah kita sedar asbabun nuzul ( sebab turun ayat ) surah Al-Nisa ayat 105 menunjukkan bagaimana Islam membebaskan tuduhan ke atas orang Yahudi yang dianiyai dengan tuduhan palsu oleh orang Islam sendiri.
Tu‘ma ibnu Ubayriq , seorang Islam yang mencuri baju besi tetapi kemudiannya meletakkan baju curi tersebut di rumah orang Yahudi. Meskipun Tu’ma bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak mencuri dan menuduh orang Yahudi itu yang mencuri dan dalam keadaan kaum Tu’ma meminta Rasulullah s.a.w membela Tu’ma namun ayat Allah membebaskan bangsa Yahudi yang dianiyai itu.
Jika emosi dan taksub menjadi taruhan dan sandaran sudah tentu orang Islam yang dibela ( kerana seagama ) dan Yahudi ( berlainan agama dan zalim dengan orang Islam ) dibiarkan terbiar dianiaya.Tetapi itulah Islam. Keadilannya merentasi garisan perkauman dan keagamaan.
Dalam konteks keadilan itulah PAS mengambil keputusan bahawa adalah tidak adil kita melarang orang Kristian dari menggunakan kalimah Allah. Ada hujah yang menyatakan bahawa Allah bagi orang Kristian tidak sama dengan Allah menurut fahaman orang Islam. Jawab PAS betullah tu. Jika dari awal lagi mereka berpendirian seperti kita sudah tentu mereka sudah Islam.
Sebab itu para Rasul diutuskan untuk berda’wa kerana disamping manusia yang kafir mentauhidkan Allah dalam konteks RububiyyahNya iaitu meyakini Allah sebagai Rabb ( Pentadbir / Penjaga ) alam semesta ini mereka tidak mengesakan Allah yang sama sebagai Tuhan yang selayaknya disembah.
Apabila Hakim Lau Bee Lan menyatakan bahawa Allah bukan ekslusif untuk orang Islam sahaja , dari segi Islam di mana silapnya ? Sepertimana kata Yusuf Al-Qardhawi sebaik sahaja kita buka Al-Quran dan membaca Al-Fatihah kita sudah disajikan dengan kalimah “Allahu rabb al-‘alamin” bukan Rabb Al- Muslimin au Rabb al-masihiyyin . Jika dari segi Islam tidak salah adilkah kita untuk menyatakan ianya salah hanya kerana yang menggunakan kalimah itu adalah orang Kristian.
Dalam penghakimannya Hakim Lau Bee Lan menyatakan “adalah tidak munasabah dan tidak rasional bagi pihak KDN kerana dalam satu masa tidak melarang perhimpunan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam ibadat mereka dan aktiviti keagamaan mereka tetapi dalam masa yang sama kalimah yang sama tidak boleh digunakan dalam penerbitan yang tujuannya membantu pengganut Kristian dalam ibadat dan aktiviti keagamaan mereka. Secara jujur saya setuju dengan alasan Hakim itu. Kenapa adanya sikap double standard di situ ?
Siapa yang membaca kesemua 57 mukasurat penghakiman Hakim Lau Bee Lan akan tentu terkejut apabila para peguam akhbar the Herald membangkitkan secara terperinci bersama-sama bukti dokumentari bagi menunjukkan bahawa kalimah Allah telah lama digunakan oleh orang Kristian, peguam KDN dikatakan tidak langsung menyangkal hal tersebut.Sebagai contoh peguam Herald menyatakan sudah 15 abad Kristian dan Arab Muslim telah menggunakan kalimah Allah bagi merujuk Tuhan yang Esa. Bahasa melayu telah menjadi Lingua Franca kepada penganut Katolik sejak berkurun-kurun khususnya yang tinggal di Melaka dan Pulau Pinang dan telah mengamalkan dan ber”sembahyang” dalam bahasa Melayu.
Kalimah God telah diterjemah sebagai Allah dalam “Istilah Agama Kristian Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia” yang diterbitkan pertama kali oleh Catholic Bishops Conference of Malaysia pada tahun 1989 . Kamus Melayu-Latin yang diterbitkan sejak tahun 1631 telah menterjemah perkataan “Deus” (Kalimah Latin untuk God ) sebagai “Alla” dalam terjemahan Melayu. Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, kalimah “Allah” telah digunakan secara terus menerus dalam edisi Matthew’s Gospel di Malaysia pada tahun 1629 dan dalam Bible Melayu pertama yang lengkap pada tahun 1733 dan Bible Melayu yang Kedua Lengkappada tahun 1879 sehingga sekarang .
Munshi Abdullah yang dianggap bapa kesusasteraan Melayu telah menterjemah Gospels ke dalam Bahasa Melayu pada tahun 1852 dan beliau telah terjemah perkataan “God” sebagai “Allah”. Telah ada Bible yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu yang wujud sebelum 1957 yang mana terjemahannya telah dibuat oleh British and Foreign Bible Society di mana kalimah “Allah” telah digunakan .
Apabila peguam KDN tidak menyangkal dan mempertikaikan fakta-fakta di atas mengapa kita harus marah apabila Mahkamah memutusakn bahawa ia tidak ada pilihan selain menyatakan bahawa kenapa dengan tiba-tiba sahaja kalimah Allah kini tidak boleh digunakan oleh Herald ?
Perlukan saya beritahu KDN bahawa di dalam perbicaraan Mahkamah kaedah yang dipakai adalah “ apabila sesuatu fakta itu tidak disangkal ianya dikira dipersetujui atau diterima".


.
.