.
.
Sekali aku baca laporan berita AP di atas aku rasa nak tergelak ada, kesal ada, kesian ada dan marah pun ada. Pendek kata perasaan aku tak tentu arah nak beriaksi bagaimana. Kerjaan Terengganu ni tak ada kerja yang lebih berfaedah ke? Memanglah, kadar perceraian di kalangan orang Melayu Islam semakin kritikal saban hari. Bulan depan datang lagi musim nikah kawin. Ramailah yang bernikah tapi malangnya ramai juga yang bercerai, dan perceraian ni tak ikut musim. Ia berlaku sepanjang tahun. Ini kerja gila. Kalau waktu UMNO memerintah Selangor dulu, biasa kita dengar ustaz-ustaz kena tangkap, waima, bekas mufti Kerajaan Selangor Sendiri, Allahyarham Dato' Ishak pun ditekan dan dipersoalkan tauliah memberi kuliah agama. Memanglah, waktu itu UMNO panas punggung bila dengar perkara haq diwar-warkan di masjid-masjid dan surau-surau. Itu dulu. Sekarang apa kes pulak?
Adakah sebab JAIS tak boleh setuju dengan pengangan aliran Salafi Ibn Tayimiah Dr Asri dan geng, maka ditangkap kawan tu. Come on la JAIS.... Bukankah Nabi dah kata perbezaan pendapat itu adalah rahmat bagi umatnya. Tak bolehkah JAIS meraikan perbezaan pendapat? Kalau ada hujah masing-masing, maka berbincanglah secara ilmiah. Bukan tangkap bila tak dapat jawab!
Apa Dato' Hassan buat. JAIS kan bawah Dato' Hassan Ali. Walaupun Dato' Hassan dalam keadaan agak panas dalam iklim PAS sekarang, Dato' Hassan perlu kawal ustaz-ustaz yang berperangai macam budak-budak dalam JAIS.
Kita dah cukup dengan kontroversi di Selangor, tolong jangan tambah lagi. Banyak kerja yang masih belum selesai. Amalan rasuah yang masih berleluasa perlu dibenteras.
Cerita pasal rasuah, SS baru sahaja lalui kesah getir di Pejabat Tanah Shah Alam. Ana jual rumah pada seorang adik ana dan sekarang dalam proses pertukaran nama dari pemaju kepada ana dan kemudian kepada adik ana tu. Fail dan presenatasi lawyer dah serahkan pada bulan mei 2009 lepas, tapi sampai sekarang tak setel lagi, dah masuk 6 bulan. Ana tak tahu samada peguam ana tak buat kerja atau pejabat tanah buat kerja macam siput.
Jadi nak cepat ana mintak tolong seorang kawan yang selalu berurusan di pejabat tanah Shah Alam. Bila dia pergi tanya, ada ke pegawai tu mintak duit RM2000 sebagai pelincir untuk cepatkan proses pertukaran nama. Kepala hotak dia!! Ini Selangor! Kerajaan Pakatan Rakyat! Mana integriti pegawai2 kerajaan. Tanpa segan silu mintak rasuah. Itu yang buat ana kecewa!
JAIS kenapa tak nak tangkap perasuah yang bermaharaja lela di Pejabat Tanah Shah Alam tu...dan di semua pejabat Kerajaan Tempatan. Ini sibuk tangkap Dr Asri. Walaupun Dr Asri tu berfahaman Salafi Ibn Tayimiah (atau Wahabi ikut cakap kasarnya), dia tak rasuah. Bukannya berdosa bagi kuliah tak ada tauliah JAIS. Hampeh!




Jumaat, Oktober 16, 2009
Pandangan dari seorang Pensyarah...
Cadangan buat PAS yang kalah teruk dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.
1. Akuilah bahawa PAS sememangnya telah kalah dan jangan terlalu kerap menyalahkan musuh. Sebaliknya akuilah kelemahan sendiri.
2. Kemenangan tidak selalunya berpihak kepada yang benar.Kerana ada kalanya kekalahan itu memang wajar sebagai satu bentuk tarbiah.
3. Janganlah selalu bersifat angkuh kerana ahli-ahli PAS sudah mula bersifat angkuh dan terkena penyakit ahli politik yang sombong dalam mengejar pangkat dunia dan kedudukan.
4. Kekalahan di Bagan Pinang mungkin akibat dari ahli-ahli PAS yang meninggalkan solat ketika berkempen dan berkelakuan tidak beradab ketika berdepan penyokong lawan.
5. Zikir, taubat, solat malam mungkin diabaikan dan terlalu kurang di amalkan.
6. Waspadalah dengan budaya berpolitik yang mengejar jawatan (dalam pilihanraya) kerana ia lebih banyak menanamkan sifat takabbur dan melenyapkan rasa tawadhuk serta rendah diri. Inilah penyakit yang sudah mula merebak di kalangan wakil rakyat PAS.
7. Kekalahan mungkin juga disebabkan wujudnya bibit perpecahan di kalangan pemimpin PAS yang sering bertelagah pendapat (meskipun kononnya digambarkan sebagai sikap keterbukaan tetapi ia amat jelas bahawa tiadanya kesatuan hati).
8. Ingatlah musuh bukan menang dengan sebab kekuatannya tetapi ia menang dengan sebab maksiat dan kelemahan sendiri.
Moga PAS menerima kritikan saya ini dengan terbuka jika sekiranya mahu terus mara. Peliharalah Islam dalam diri maka akan tertegaklah Islam dalam negara.
Perjalanan memartabatkan Islam bukan semudah yang disangka, ia adalah perjalanan yang sangat jauh........
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Nisa ayat 19 :" Maka boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".
Ustaz Zuridan Daud (Pensyarah UMP)