11 May 2010

Sibu: Masanya Nak Mintak Macam-Macam

Inilah masanya penduduk Sibu akan mendapat berbagai imbuhan dan janji manis. Pak Menteri itu dan ini sibuk merasmi sana dan sini. Ada saja jabtan kerajaan membuat majlis yang mesra rakyat. Tiba-tiba Pak Menteri menjadi terlalu penyayang dan lumayan pemurahnya. Ada saja sumbangan untuk apa saja persatuan.
Dan baru kita ketahui rupa-rupanya kerajaan ada banyak duit.

Naik taraf Lapangan Terbang Sibu RM150j(sini), projek tebakan banjir RM1b(sini), sumbangan RM500k kepada SMKA Sibu dan berbagai lagi. Itu belum kira berbagai projek 'mee segera' di sekitar Parlimen Sibu. Tak sempat sebut nak apa dah nak bagi. Mana prosedur biasa yang sepatutnya diikut? Demi untuk menang maka gula-gula pilhanraya ditabur sini sana. Ada-ada saja 'keperluan rakyat yang didahulukan'.
Ini maknanya kerajaan kita memang kaya tapi rakyat akan dapat menikmatinya kekayaan dengan segera bila  ada pilihanraya. Adakah kita perlu menunggu wakil rakyat kita mati baru dapat macam-macam? Kenapa tunggu wakil rakyat mati dulu baru janji-janji pilhanraya dulu disegerakan?

Oh ya... sekarang juga masanya kita akan lihat ramai ahli parti pembangkang baru sedar mereka rupanya salah sokong. Ada saja ahli parti pembangkang hantar borang mahu menyertai BN. Dulu tak sedar salah sokong ...sekarang baru nampak perjuangan pembangkang tidak membawa makna. Apa yang dia nampak sebenarnya? RM? Maka berbondong-bondonglah ketua itu ketua ini dan pengikutnya masuk BN (sini).

Patutnya rakyat Sibu buat macam saranan Tok Guru di Kelantan. "Bagi duit ambik, bagi kain pakai tapi undi tetap PAS!" Apa saja yang diberi ambil dan nikmatilah kerana itu memang rakyat punya, tetapi undilah untuk perubahan. Majoriti orang Sibu ialah orang Cina. BN bukan pilihan orang Cina di mana-mana sekarang. maka BN akan membuat berbagai janji dan sumbangan untuk mendapatkan undi kaum ini. Mereka kini anak emas, jadi jangan lepas peluang...


Sheikh Sambal.

No comments: