Setiap kali aku memandu sekeliling negeri ini ,Tanah Kenyalang, aku sentiasa bertanya ke mana perginya segala hasil mahsul negeri yang kaya raya ini. Kalau dibanding keluasan tanahnya, sebesar Semenanjung Tanah Melayu. Balaknya melambak.Kayu-kayannya bermutu tinggi. Mana ada Kayu Belian di tempat lain. Petroleum dan gas telah dipungut sejak 100 tahun lalu dan masih banyak dalam perut buminya. Telaga minyak yang pertama di Malaysia terletak di atas Bukit Kanada di Miri. Mula operasi penghasilan minyak pada tahun 1910. Tahun ini 2010, Sarawak Shell Berhad merayakan 100 tahun Telaga Minyak Miri No.1. Seratus tahun royalti minyak dan gas pergi mana? Ok sebelum merdeka Orang Putih kebas bawak balik Eropah. Tapi selepas merdeka pula mana duit minyak yang berbilion setahun tu?
Kalau ikut duit dari hasil mahsul negeri, Sarawak sudah patut mempunyai sistem jalanraya sehebat 'Autobahn' Negara German dan semestinya tanpa tol!. Rangkaian keretapi yang menghubungkan setiap bandar besar dan kecil dah sepatutnya ada lamdah. Kalau dikatakan negeri ini tak sesuai dengan jalan keretapi sebab bentuk mukabumi yang banyak sungai dan bukit-bukau dan berpaya. Itu alasan yang sangat dangkal kerana teknologi prasarana kita kini diekspot ke luar negeri. Berapa banyak syarikat-syarikat pembinaan Malaysia pergi ke luar negara membina jalanraya dan prasarana orang.
Sarawak memang kaya raya. Rakyatnya tak ramai. Dengan harta sumber asli yang banyak dan berbagai, sepatutnya Orang Sarawak tak payah bayar cukai pun. Jika harta negeri diagihkan seadilnya, pasti tiada lagi orang miskin di negeri yang indah ini. Tapi... realitinya, tol perlu dibayar pada siapa nak pakai jambatan di beberapa tempat. Yang lagi lawak peliknya, motosikal pun kena bayar tol. Di Semenanjung, bawaklah motosikal sebesar gajah pun, tol tetap percuma.
Aku sedih setiap kali memandu dari Bintulu ke Sibu. Jalan amat menyedihkan. Aku sedih bila melalui Jambatan Tun Salehuddin di Kuching. Orang kampung disekitar terpaksa bayar tol walaupun pakai motosikal. Walaupun hanya 50sen tapi itu banyak bagi orang kampung yang kerja nelayan di Sungai Sarawak.
Aku sedih bila melawat kampung di gigi air dan pinggir-pinggir sungai. Rumah usang dah senget dicelah-celah kapal gah yang diparkir di jeti sebelah. Letrik tak ada. Air minum masak air sungai. Hidup miskin dengan hasil ikan sungai yang semakin kurang hari ke hari.
Aku sedih bila masuk ke kampung dan rumah-rumah panjang di pendalaman. Jalan tanah merah yang digunakan menjadi bubur di kala musim hujan dan pekat berdebu di kala musin kering. Kaum Iban memang perkasa. Mereka tahan dengan keadaan hidup begitu. Tapi walaupun perkasa mereka, apakah dosa mereka tidak diberikan prasarana yang sepatutnya. Tanah adat mereka dirampas dan diberikan kepada syarikat kroni untuk dijadikan ladang kelapa sawit. Ada tanah hutan mereka dijarah hasil hutan kayu kayannya dan mereka dipujuk dengan bayaran RM250 seekar. Syarikat yang menjarah itu ada saham orang berkuasa.
Aku sedih melihat anak muda Melayu mabuk di Tebingan Sungai Sarawak. Anak-anak sekolah bergaya makan pil khayal di sekolah. Botol Langkau Cap Apek (sejenis arak murahan) bersepah di kampung-kampung. Masalah arak makin membarah di kalangan masyarakat Melayu tetapi pemimpin tempatan buat endah tak endah. Bilamana Lembaga Kebajikan Masjid berbangga dengan duit tabungan berjuta-juta, anak-anak orang Islam terbiar jahil di jalanan.
Baitulmal punya banyak harta tetapi umat Islam masih terkebelakang. Apa salah diusahakan kebajikan mereka sewajarnya. Berikan mereka pancing untuk mengail, bukan sedekah yang habis dimakan sekali hadap. Kawaan pendalaman perlu dibela. Bila pimpinan negeri datang, hanya kala itulah orang kampung dapat makan sedap sikit. Para penguasa pula datang ke sana pakai helikopter, mana nak nampak jalan balak yang hanya dapat dilayan dengan kenderaan pacuan 4Roda. Manalah orang kampung mampu memiliki 4WD. Jalan kaki la....atau pakai perahu menyusuri sungai yang meliok-liok alirnya. Sepatutnya dapat sampai dalam masa 1 jam jadi 4 jam naik perahu.
Banyak lagi yang aku sedih bila menganggapi negeri ini. Aku mahu ada perubahan di sini. Semuga pilihanraya yang akan datang membawa angin baru. Pimpinan yang lebih amanah dan bertanggung jawab dan dapat menguruskan hasil mahsul negeri dengan baik dan adil. Itu saja yang aku harapkan...untuk kaum kerabat negeri tanah bertuah ini.
Sheikh Sambal
9 comments:
ASSALAMU'ALAIKUM.
berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.
tuan yg tengok mcm tu saja dah rasa perit, bagi rakyat sarawak sendiri yg bertahun tahun menanggung lebih rasa siksa nya.
nak cerita panjang2 pun takdak guna, semua dah maklum, pemerintah negeri ada kroni sana sini, baik keluarga anak pinak sedara sepupu sepapat kumpul kekayaan berlipat ganda. akhirnya rakyat habuk pun takdak.
prasarana yg diberi kerajaan di bandar2 besar mmg nampak gah di mata. tapi sebaliknya apa yg berlaku di luar2 bandar.
jalan2 ke sekolah masih becak mcm lumpur, piping air, mandi air kotor, takdak karan (letrik) ada yg masih guna generator.
rais dan salang lancar WiFi di luar bandar (pacak lah kuali wifi sebanyak mana) kunun nak bagi org kpg celik IT.. tiang letrik haram tgk bersambung dari desa ke desa... yg ada cuma generator yg di jana minyak petrol yg harga sekarang ini semua rakyat maklum.
semua rakyat nak perubahan, tapi apa TINDAKAN rakyat? kata nak tukar kerajaan.. election bertukar election.. pemerintah yg sama memerintah..
BN Sarawak, baik PBB, SUPP, SPDP, PRS.. waima apa sekalipun.. mereka mmg dah well establish kat serawak..
PR Sarawak, PAS, PKR, DAP dan SNAP.. apa org sarawak kata.. "eh parti semenanjung tok, iboh gago nak masuk serawak tok, sama juak sekda juak perubahan selagik sigek duak kerusi DUN jak menang, sik juak dapat polah apa2, dudok cangok2 nunggu state election lain, dlm DUN kenak halo kelua dewan mun dah bersora, giney nak berkokok PR serawak?"
aku salute dgn CINA... mereka berani tegakkan pendirian mereka.. dan mereka zahirkan pada hari pengundian..
tapi mcm mana pula MELAYU dan masyarakat bumiputra yang lain?
kekadang cakap saja lebih tapi TINDAKAN zerooooo... mulut kata nak.. tapi hati?
tapi bila dah calon CINA dari BN kah PR ka menang DUN masing2.. MELAYU akan berlalak mcm org meroyan, melayu TERPINGGIR, melayu DI ANAK TIRIKAN, kami nak MELAYU jaga DUN kami..
samalah bila mcm ni.. 2 parang bagi satu sorang kat 2 orang nak bertetak.. hayunlah sekuat hati nak tetak masing2... BERANI MMG BERANI.. mengalah kan PERKATAK dan PEKIDAK..
tapi bila di bagi satu PENSEL dan KERTAS UNDI... dok pangkah dalam petak mengundi.. TAKDAK sapa pun yang TENGOK memangkah..
MASIH LAGI PANGKAH APA????
PANGKAHLAH BALAK-BALAK SUMBAT DALAM KEPALA HOTAK SAMPAI MATI.. DAN SAMPAI WHITE RAJAH MATI memerintah sarawak pun darah masih warna BIRU..
wallahu a’lam bish-shawabi
Sdr Ano,
begitulah keadaannya... walau bagaimanapun kita jgn discredit pengundi Melayu dan Bumiputera... mereka telah lama ditakutkan,,,oleh kerana tahap pelajaran bg kaum pribumi dan jumlah bagi kaum Melayu...menjadikan mereka seperti terbegantung dgn BN...itu semua akan berakhir dan bertukar... dgn kemasukan PAS dan PKR ke Sarawak...golongan muda 2 masyarakat ini akan berubah...
Jgn lupa SNAP bukan parti org Semenanjung...jadi PR Sarawak ada kekuatan dan peluang untuk menang di sini..
Allahu Akbar
sokong ano..
pengundi melayu dan kaum pribumi harus ZAHIRKAN protes terhadap kerajaan BN semasa pilihanraya negeri jika inginkan perubahan.
Kadang kadang saya terfikir kenapa? Masaalah orang melayu/muslim bumiputera hanya lebih berani bercakap politik dikedai kopi saja. Merekalah hero nombor satu bila keritik kerajaan. Hangat hangat tahi ayam.Time pilihanraya semua kecut. Puji melambong. Bila habis pilihanraya baru itu kerajaan tidak betul.Semua salah. Tapi saya lihat ada perubahan kepada mentaliti orang iban sekarang. Kemungkinan akan membuat kejutan. Saya dengar kempen secara senyap telah mula dijalankan dirumah rumah panjang untuk menolak BN.Kebanyakan pengundi muda iban dan educated iban sudah mula bersuara dan tidak heran kawasan majoriti mereka akan berpaling tadah daripada BN. Kalau ini terjadi kawasan melayu/muslim bumiputera yang mendewa dewakan pimpinan Tun Rahman/Taib akan merasa bahang akibat sokongan terhadap BN selama ini.Abg Jo dan lain wakil BN yang mempunyai pengundi berbagai kaum harus hati hati. Pilihanraya kali ini nanti dalam kadaan yang berbeza dari tahun 2006 dulu.Majoriti pengundi cina akan berpaling kepada PR. Kemungkinan besar pengundi melayu urban akan bertukar selera. Expose tentang harta kekayaan luar negara Taib yang tersebar luas dalam internet akan mempengaruhi pengundi urban melayu.Pengundi solid BN masih lagi di kawasan pesisir melayu/muslim bumiputera.
Sdr Joni,
memang ada perubahan di kalangan masyarakat Iban...tapi kita tak tau bagaimana nanti kotak undi akan dimanupilasi...sbb kawasan luar bandar susah kita nak pantau.. BN ada macam2 cara nak menipu. Kotak undi boleh ditukar dlm perjalanan...SPR naik heli...PR mana nak cari heli... adoi...
Walaubagaimanapun, kalau seluruh rakyat Sarawak berubah, BN dan segala jentera nya takkan dapat buat apa2.... yang penting sekarang PR m,esti kerja kuat utk menumbangkan Tok Uban dan segala penyamunnya...
SS dan Joni,
pernah kah awak tgk purata anak muda mudi sarawak yg berdaftar sebagai pengundi?
berapa peratusan anak muda melayu dan pribumi yg mendaftar sebagai pengundi?
jiran-jiran sebelah,belakang,depan rumah SS dan Joni sudah mendaftar sebagai pengundi ka?
jangan pandang belakang!
Anonymous 16:22(4/10),
Ya memang ramai anak muda Sarawak yg malas mendaftar. Tak payah org lain, anak2 buah saya pun dah berbuaih mulut suruh gi daftar...buat derk jer..
Baru2 ni saya bawak borang utk dorang daftar..tah dah isi ke belum tu..
Inilah masalah nya..terlalu complacent dgn keadaan. Bukan org muda saja..org tua pun ramai yg tak daftar.! masa kami buat culaan di satu tempat dulu....70% orang yg saya tanya, belum mendaftar...ada yg tak nak daftar pun...dorang kata undi pun BN tetap memerintah... dorang tak nampak kepentingan mengundi...tapi bising kerajaan BN korup dan tak adil!!
aduss......
Sdr SS,
nah! tengoklah.. itu lah kenyataan nya sikap melayu dan kaum pribumi..
kah.. kah.. kah.. kerabat sahabat! sendiri pun belum sign up! apa barang!
tak yah lah jenguk jauh belakang atau ke kaum bangsa lain..
tengok dalam, belakang, depan dan sebelah rumah kita..
jika benar anda 'berjihad' ingin merobah kerajaan KORUP..
mengGALAS cabaran dari parti yg anda wakili..
jangan hanya petah bercakap!
Sdr Ano,
Perjuangan terus berjalan...sapa yg mahu mari bersama..sapa yg tidak mahu tinggallah..
walaupun kaum kerabat sendiri belum siap tetapi kesedaran telah mula ... dulu pak mentua saya ketua pbb di cwg tempat dia..sekarang adalah penyokong kuat PAS...
jgn tuduh apa barang.... perubahan akan datang...jihad terus dgn istiqamah dan sabar... orang muda lebih mudah dibentuk dari generasi tua..mereka akan berubah.. org kiri kanan depan belakang akan turut berubah...
kita akan GALAS perjuangan ini...anda takkan mahu lihat sahaja...
Post a Comment