Datuk Zaid Ibrahim telah di_isytiharkan sebagai calon PR/PKR dalam Pilihan raya Kecil Parlemen Hulu Selangor. Nampaknya semua orang 'endorse' Zaid jadi calon...tapi tidak aku. Aku masih terluka dan terasa hati dengan perlakuan Zaid yang sanggup menyeret Kerajaan Kelantan pada satu masa dulu kerana Kelantan telah mewartakan Hukum Hudud. Masa tu dia dengan UMNO. Sejak masuk PKR dia belum lagi meminta maaf daripada rakyat dan Kerajaan PAS Kelantan. Apakah dengan memakai topi PR/PKR sekarang Zaid telah ter-ampun. Dia lawan hukum Hudud, dan kita semua tahu apa akibatnya melawan hukum Allah. Jika selagi Datruk Zaid tidak bertaubat dan meminta ampun maaf di atas keterlanjurannya menyaman Kelantan , maka pada aku Zaid tidak layak menjadi calon PR.
Jadi siapa yang layak?,,,,Setelah dikejutkan dengan peristiwa YB PKR dan DAP melompat menjadi katak bebas tidak lama dahulu, aku rasa PASlah yang paling patut elok bertanding di sana..Ramai ahli professional dalm PAS boleh diketengahkan untuk menjadi calon. PAS. So, DSAI jgn terus bikin gurauan dan umum calon PKR. Dah check ke? dah tengok latar belakang dia? Adios....
Sheikh Sambal.
12/04/2010
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Zaid tokoh yang telah teruji
Nazri Abdullah : Harakahdaily |
HULU SELANGOR, 13 April: Datuk Zaid Ibrahim (gambar) yang dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mewakili Pakatan Rakyat adalah tokoh yang telah teruji, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mana ada menteri Umno yang sanggup letak jawatan untuk pertahankan hak rakyat,” ujarnya yang mengumumkan Zaid sebagai calon PR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Pengumuman itu dibuat kira-kira jam 11.00 malam ini di hadapan lebih 2,000 orang memenuhi Dewan Komuniti Serendah.
Zaid yang berucap selepas diberikan laluan oleh Anwar berkata, beliau menyedari dan menginsafi amanah yang dipikul itu sangat berat.
“(Tuan Guru) Nik Aziz sewaktu bercakap dengan saya minta kita semua bekerja untuk umat. Saya bukan asing di Selangor, saya tahu masalah orang Selangor, saya tahu masalah orang Hulu Selangor.
“Saya boleh menjadi suara untuk semua rakyat di sini,” ujarnya.
Berucap sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon PR yang ditonjolkan PKR itu.
“Saya mengarahkan seluruh jentera PAS seluruh kawasan Hulu Selangor turun padang dan bekerja keras. Calon yang dipilih adalah yang terbaik untuk bawa suara rakyat ke parlimen.
“Pilihan raya kecil ini medan rakyat untuk tegur kerajaan, rakyat perlu jadi hakim,” ujarnya.
Zaid adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas kapasiti senator yang pernah mencetuskan kontroversi apabila bertindak melepaskan jawatannya selepas beberapa bulan saja dilantik sebagai menteri ekoran tidak dapat menerima penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pengamal media, orang awam dan ahli politik.
Dalam memperjuangkan isu-isu seperti ISA, Zaid di antara tokoh pemimpin Umno yang paling berani apabila mengirim surat terbuka kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi di samping mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan akta tersebut.
Pada 3 Disember 2008, beliau dipecat daripada Umno ekoran beberapa tindakannya termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang dan menyalahi peraturan parti.
Antaranya dilaporkan pernah menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Melawati, Shah Alam.
Justeru Zaid menyertai PKR di Bangi, Selangor pada 13 Jun 2009.
Sehubungan itu, Anwar menyifatkan Zaid sebagai serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia dalam memperjuangkan isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman.
Sepanjang penglibatan Zaid bersama PKR, beliau dilihat sebagai tokoh amat komited dalam usaha merangka dasar bersama PR sehingga berjaya merapatkan lagi jurang pakatan yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.
.
No comments:
Post a Comment