28 May 2008

Krisis Bekalan Beras: Salah Siapa?

Seperti biasa kami sekeluarga pergi membeli-belah untuk barang-barang keperluan dapur semalam. Supermarket yang biasa kami kunjungi itu seperti biasa ramai dengan pelangan yang sibuk memilih barang-barang keperluan sambil menolak troli masing-masing. Semua itu perkara biasa saja tapi ada perkara yang luar biasa berlaku di bahagian jualan beras. Memang kami sekeluarga datang untuk membeli beras yang akan kehabisan tak lama lagi dan memang bahagian beraslah tempat pertama di dalam supermarket itu yang kami kunungi.

Terdapat dua pasangan kelamin sedang memilih-milih jenama beras mana yang harus dibeli. " Apasal beras mahal sangat ni!" tanya lelaki yang berbaju merah pada isterinya. Si isteri seperti dalam keadaan terkejut hanya mampu mengiyakan soalan suaminya.

"Tak ada langsung beras gred super tempatan" kata seorang lagi lelaki berbaju kuning. Isteri beliau pula puas membelek beberapa paket beras 10kg untuk mencari beras super tempatan yang barangkali biasa mereka beli.

Saya pun hairan di mana perginya beras jenis gred super tempatan. Kenapa yang ada cuma beras gred super spesial tempatan dan beras import samada dari Thailand danVietnam. Mana perginya beras super tempatan?


Sebenar apa yang terjadi ada jawapan yang amat mudah. Beras gred super tempatan adalah bahan kawalan manakala jenis-jenis lain tidak dikawal dimana harga ditentukan oleh pasaran. Harga super temapatan 15% hancur adalah RM16.50 untuk kampit 10kg. Manakala gred yang sedikit atas yakni super spesial tempatan berharga sekitar RM28.00 sekampit 10kg. Harga beras wangi Thailand lebih RM40 sekampit 10kg. Rata-rata harga beras telah melambung sebanyak 20%-25%!! Harga naik mendadak sebanyak RM5 ke atas!.

Jadi para pemborong dan peniaga beras samada menyorok beras kawalan super tempatan dan menjual hanya beras bukan kawalan ataupun memalsukan gred super tempatan menjadi super spesial tempatan. Seorang pengilang di Jitra telah di tangkap baru-baru kerana memalsukan gred super tempatan kepada super spesial tempatan semata-mata kerana mahu memanipulasi pengredan beras untuk mengaut keuntungan yang sangat lumayan.

Tidak di nafikan harga beras dunia meningkat disebabkan kekurangan bekalan dan sudah pastinya ini memberikan impak kepada suasana beras negara kita. Tetapi soalannya adakah kita patut menghadapi krisis kekurangan beras kronik di negara yang amat subur ini? Apa saja yang di tanam pada tanah bertuah Malaysia pasti akan tumbuh subur. Kita mempunyai tanah yang subur, hujan banyak dan cahaya matahari sepanjanag tahun. Tiga faktor ini cukup menjadikan Malaysia sebuah negara yang di cemburui kesuburannya. Jadi kenapa kita masih menghadapi krisis bekalan beras? BN mesti jawab nih!!!! 50 tahun UMNO BN perintah Malaysia ..beras makin kurang...tapi Malaysia tanah subur?

No comments: