Apa di takut dengan Islamic State,
Cuma salahfaham yang bukan sikit,
PAS dah kata Welfare State..,
DAP asyik tuduh Islamic State?
Welfare State Negara Berkebajikan,
Berhidmat untuk rakyat bukan diri sendiri,
Tak seperti 'Negara Islam' yang di umpan,
Oleh UMNO mazhab Hadhari.
Undi diberi amanah rakyat,
Mandat kepada lima negeri,
Menteri Besar sudah diayat,
Kalau tak berhidmat, nyah kau pergi!
PKR di Selangor DAP di Penang,
Orang PAS tetap setia membantu,
Negara Berkebajikan PAS dah bilang,
PKR dan DAP sudah pun setuju.
100 hari MB Ir. Nizar minta,
Untuk tunjukkan bukti yang nyata,
Guan Eng, Khalid dan Azizan pun kata,
Tok Guru Nik Abdul Aziz tunjukkan cara.
Kebajikan rakyat yang paling utama,
Bukan pencakar langit dan pesta pesta,
Rumah si miskin perlu di bina,
Geran tanah pada yang dah berpuluh2 tahun teroka.
Masjid dan kuil jangan di main,
Jika tak cukup mintalah tambah,
Hormatkan ugama dan kepercayaan lain,
Selagi tidak memecah belah!
Air percuma tiket free,
Kepada rakyat hadiah di beri,
Tanda terima kasih yang tak terperi,
Amanah di jaga rasuah di gari!
Kelantan contoh negara kebajikan,
Warga emas, armalah diberi peruntukan,
Kerja 5 hari, sabtu dan ahad rehat badan,
Boleh juga pegi KB Mall atau Tesco shopping sakan.
Jadi kenapalah Islamic State nak di takutkan,
Hak semua di jamin kerajaan,
Hanya terminologi saja jadi mainan,
Kerana Islamic State = Negara Berkebajikan.
Baruka Bordal
8hb Mac 2008.
No comments:
Post a Comment