Gambar bulan awal bulan Julai 2010: Masih dalam pembinaan. |
Kita sama-sama doakan mudah-mudahan Allah menjadikan Surau Al Azhar ini sebagai titik bermulanya Sinar Islam gemilang di kawasan pendalaman Sarawak. Walaupun telah ada beberapa surau dibina oleh kerajaan di kawasan Saudara Baru, tetapi Surau Al Azhar AMAL ini punyai signifikan tersendiri. Ia merupakan hasil pungutan sedkah dari umat Islam sekitar Bintulu, Miri dan Kuching dan tempat2 lain juga.
Pembinaannya diselenggara oleh AMAL, HIKMAH dan JAIS, tetapi masyarakat tempatanlah yang banyak memberikan tenaga kerja dan keringat. Kontraktor telah bertukar dua kali, di mana kedua-duanya adalah terdiri dari Orang Iban tempatan yang belum Islam.
Lawatan dan pengurusan AMAL, terutamanya dari Pengerusi AMAL Sarawak, Sdr Muhtar Suhaili dan Ustaz Ibrahim selaku Pengurus Projek, amat membanggakan. Semuga kita dapat lagi menjayakan projek yang seumpamanya di tempat penginapan Saudara Kita (Baru) yang lain..yang banyak berselerak di pendalaman Sarawak ini.
Tahniah kepada Sdr Azhar dan seluruh penduduk Kampung Saudara Kita, Ulu Kota, di atas kurniaan Allah ini. Semuga surau ini akan dimeriahkan seperti yang sepatutnya. Kita percaya dan berharap, 2 pelajar dari kampung ini, yang dihantar ke Pusat Tarbiah BISMIC di Bangi, Selangor akan balik dan meneraju Surau Al Azhar AMAL di Ulu Kota sebagai Pusat Penerangan Islam di rantau sana. Amin...Amin..Amin.. Ya Rabbil A'lamin..
2 comments:
tahniah2...bangga dengan usaha sungguh2 kalian~ HEBAT!
Ya Tuan Afnan...untuk expidisi ziarah siri ke-8, anda dijemput sama turun ke Ulu Kota.... Selamat Datang Ke Sarawak!
Post a Comment