Pada hari minggu lepas ahli-ahli AMAL Unit Miri sibuk memunggah, memilih dan menyusun kain baju terpakai yang disedekahkan oleh para penderma. Kain baju terpakai yang masih elok di susun lipat untuk dijadikan modal jualan kepada orang ramai. AMAL Charity Shoppe (ACS) telah kehabisan barang jualan terpakai setelah sekotak pakaian terpakai yang tersimpan selama ini telah disedekahkan kepada mangsa kebakaran di Kpg Pulau Melayu tempoh hari.
Ada 17 guni beras berisi pakaian terpakai telah diproses untuk dijual oleh ACS. Dari 17 guni itu, hanya 2/3 yang masih elok. Banyak juga pakaian yang koyak rabak disedekahkan orang. Ada juga spender roti kirai dimasukkan dalam guni-guni tersbut. Itulah yang memburaikan gelak sedang para ahli sibuk memilih.
Apalah pakaian koyak rabak dan pakaian dalam terpakai juga mahu disedekah. Bukahkan Allah dan Nabi menyarankan barang yang baik saja disedekah. Tapi mungkin para dermawan itu tak sempat nak pilih mana yang elok mana tak, maka dimasukkan semua dalam guni. Walaubagaimana pun begitu ACS mengucapakan ribuan terima kepada para dermawan atas segala pakaian yang disedekahkan.
ACS akan mencari masa dan tempat sesuai untuk menjadikan pakaian itu sebagai duit. Salah satu cara ialah membuka meja jualan dalam majlis aktivit AMAL. Pakaian terpakai tersebut akan dijual pada harga yang tersangat murah. Melihat pada kualiti pakaian yang diproses pada hari minggu itu mungkin harus dijual tidak melebihi RM2 sehelai. Ini sebenarnya sangat murah. Kita mengharapkan jumlah yang banyak dapat dijual. Dengan jumlah yang tinggi terjual, harga yang murah 'gila' itu akan dapat imbangkan
Konsep 'CAR BOOT SALE' jugamungkin dapat digunakan untuk menjual barang-barang terpakai ini. Semasa penulis belajar di England dulu, penulis selalu mengunjungi Car Boot Sale pada hujung minggu di sekitar Newcastle. Kawasan jualan tersebut biasanya dianjurkan oleh sesebuah badan yang akan memungut sedikit yuran untuk kos pentadbiran. Di situ sesiapa sahaja yang mahu menjual barangan terpakai mereka boleh berbuat begitu tanpa perlu memiliki premis dan lesen perniagaan. Mereka hanya perlu meletakkan barangan terpakai mereka dalam but kereta yang dibuka kepada orang ramai untuk memilih dan membeli. Yayasa AMAL mungkin boleh menganjurkan pesta jualan Amal begini setiap minggu berkonsepkan Car Boot Sale seperti yang penulis terangkan tadi. Cara ini ACS akan dapat menjual pakaian terpakai mereka disamping dapat juga mengumpul dana melalui yuran yang dikutip.
YAM melalui ACS juga akan dapt mendekati diri dengan masyarakat setempat. AMAL untuk semua akan mudah direalisasikan cara 'engagement' begini.
Segala dana yang terkumpul akan digunakan untuk membiayai berbagai aktiviti kebajikan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.
Semuga ACS maju jaya. ALLAHUAKBAR!!
.
.