26 October 2009

Tok Guru 'Mason' ?

Ana dapat satu SMS dari seorang anak muda yang cenderung dengan dengan perjuangan PAS. Seorang yang idealistik dalam menubuhkan Negara Islam Malaysia. Walaupun begitu beliau agak terkesan dengan teori konspirasi tentang usaha Zionis dan Yahudi Antarabangsa yang mahu menguasai dunia melalui Gerakan Freemason dan Illuminati.

Memang betul, kalau dilayan teori konspirasi ini maka Umat Islam akan sentiasa dalam keadaan resah gelisah, ibarat hidup dalam kuali panas. Ini kerana terpengaruh dengan teori yang megatakan bahawa tindak tanduk manusia di alam jagat ini telah ditentukan atau dikawal oleh sekumpulan golongan 'elite' yang menganggotai illuminati dan Freemason.

Apa yang kita risau ialah kesan pengaruh teori ini yang menyebabkan fahaman umat Islam yang terpengaruh itu terlencung, seolah-olah Allah tiada peranan dalam tindak tanduk manusia, semuanya dikotak-katikkan oleh Freemason dan Illuminati.

Sememangnya kita harus berhati-hati dan berwaspada selalu. Musuh Islam memang sentiasa akan mengambil kesempatan di atas kelalaian kita. Tetapi kewaspadaan itu (bila terlampau) juga akan menyebabkan minda kita dengan mudah dapat diprogramkan. Yakni hasutan halus masuk dan menyakinkan kita bahawa golongan 'elite' Yahudi kini menguasai segala urusan dunia tanpa orang Islam dapat berbuat apa-apa. Hasilnya, penyerahan bulat-bulat umat Islam kepada musuh mereka disebabkan kelampauan dalam kewaspadaan yang menjurus menjadi satu kepercayaan.

Olehitu, tanpa disedari kepercayaan Umat Islam bukan lagi kepada Allah swt tetapi kepada kuasa Illuminati/Freeamason!. Freemasonlah yang berkuasa dalam segala-galanya bukan Allah. Na'uzubillahi min zaalik.

Terbaru ada satu artikel dari blog http://mistisfiles.blogspot.com/ yang mendakwa bahawa Tun Mahathir, DS Anwar dan TGNA tergolong dalam linkungan Freemason. Dalam tulisan itu Mahathir dikatakan sememangnya anggota Mason dan Anwar pula menjadi Mason semasa dia dalam keadaan yang sangat lemah kerana dizalimi di penjara. Tok Guru pula terpengaruh oleh hasutan Freemason kerana telah tua, letih dan nyanyuk. Mindanya dengan senang terpengaruh dengan hasutan Mason. Dalam lain perkataan Tok Guru menjadi Mason secara tanpa sedar (Mason 'Jadi-jadian'), yakni di'Mason'kan.
Perkara ini dikuatkan bila TGNA berkeras tidak mahu UMNO dan PAS bergabung atau bersatu dalam bentuk apa sekalipun. Kenyataan TGNA menentang UMNO diputar belitkan menjadi kelihatan sangat pelik. Kenyataan TGNA dilukis di dalam media seperti orang yang tidak waras bercakap. Tetapi jikalah TGNA setuju dengan pergabungan UMNO/PAS, sudah tentu beliau menjadi orang yang paling waras dalam Maysia raya ini.
Sebenarnya TGNA dituduh menjadi 'Mason' kerana beliau konsisten menentang penyatuan dengan UMNO.
Penulis artikel itu telah membuat tuduhan yang sangat melampau dan tidak masuk akal. Sheikh Sambal berkata begini kerana;
1. Kenapa Mahathir dijadikan isu bila sebenarnya Mahathir tiada kuasa lagi dalam Malaysia. Beliau bukannya lagi PM dan cakap tidak diambil pusing oleh orang ramai kecuali pada unsur hiburan dan sindirannya. Jika benarlah dia adalah anggota Freemason, zaman itu dah berlalu. Mahathir dah tamat tempoh. Buat apalah freemason/Illuminati beriya-iya mahukan Mahathir. Lebih baik 'recruit' Najib. Diakan PM Malaysia sekarang.
Itulah yang hairannya, nama Najib lansung tidak disentuh dalam artikel itu. Hanya Mahathir, Anwar dan TGNA. Apakah Najib tidak ada nilai komersial kepada Gerakan Freemason. Bahkan..beliau sedang memegang tampuk kuasa sekarang. Tiada lansung Najib di'implicated' dalam hal ini. mmmmm....ini membuatkan kita tertanya-tanya.
2. Anwar sedang menghadapi zaman sukar. Parti PKR dalam keadaan kucar-kacir. Di Sabah dan Sarawak nama Anwar semakin tawar bila dia meletakkan bukan orang tempatan sebagai ketua PKR di sana. Adakah Anwar wakil umat Melayu sekarang. Tidak kelihatan begitu. Beliau nampak begitun banyak kompromi kepada bangsa bukan Melayu. Oleh kerana Melayu adalah Islam di Malaysia, maka Anwar bukan lagi 'the driving force' di kalangan mereka. Jadi, Anwar bukan sangat bermakna kepada Freemason dan Illuminati. Beliau mungkin salah seorang anggotanya tetapi dalam konteks sekarang tidak penting lagi.
3. TGNA adalah seorang yang kuat berpegang kepada Agama Islam. Beliau disayangi oleh semua, Bangsa Melayu dan Buklan Melayu. Hidupnya yang sederhana memikat hati rakyat. Orang yang akrab dengan Tuhan tentunya dalam peliharaan Tuhan. Allah swt adalah tempatnya mengadu sepanjang masa. Doa TGNA selalu makbul. Kemungkinan Freemason mempengaruhinya agak jauh kerana beliau dilindungi Allah. Beliau tidak maksum tetapi doanya didengari Tuhan. Pastilah Allah swt melindubginya dari tipudaya musuh-musuh Islam.
Memanglah Tok Guru sudah tua dan letih tetapi itu fizikalnya. Iman dan minda Tok Guru cergas umpada remaja belasan tahun. Pandangan Tok Guru jauh dan pengalamannya yang lalu mengajar beliau menjadi bijaksana dan berhikmah.
Olehkerana tentangan hebatnya terhadap 'Unity Government' bersama UMNO, maka timbul isu 'mason' ini. Tanggapan penulis Hikayat Tiga Masons Melayu:Mahathir,Anwar dan Nik Aziz terhadap Tok Guru mudah dipengaruhi oleh Zionis/Freemason/Illuminati sangat liar. Sungguh celupar dan kurang ajar. Halangan TGNA untuk PAS berpakat dengan UMNO dijadikan modal untuk menuduh beliau adalah penghalang kepada perpaduan Melayu/Islam dan seterusnya seorang Mason? TGNA sebenarnya sudah tahu kebobrokan UMNO. Beliau telah terkena dahulu. Bagaimana PAS dihalau seperti anjing kurap oleh UMNO setelah mereka menjadi kuat. TGNA tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sebab itulah beliau menghalang pakatan antara PAS dan UMNO. Olehkerana itu beliau dituduh telah menjadi tali barut Freemason dan penentang perpaduan Melayu.
Olehitu, ana menyeru kepada semua ahli dan penyokong2 PAS dan Islam agar tidak melayan tuduhan talibarut Freemason terhadap TGNA. Lebih banyak kalian melayan dan memikirkan perkara yang karut ini, maka satu kerja tak jadi. Marilah kita tumpukan minda dan gerak usaha untuk memajukan PAS sebagai alternatif kepada UMNO dan sebagai peneraju dalam Pakatan Rakyat.
Sheikh Sambal
15:15 27/10/2009

4 comments:

muslimism93 said...

Salam..x taw nk ckp pe..tapi inilah yg membuat hati gelisah memikirkannya..Anas dah tahu akan perkare ini sejak di bangku sekolah,dari darjah 2,makin hari makin bertambah pengetahuan akannya,tapi apakan daya,tidak punya bukti kukuh bahkan tidak mampu untuk berkata apa-apa sehingga pada suatu saat Anas dah berjaya berdikari untuk mencari akan sesuatu dan juga berjaya mencari bukti unutk mengatakan akan sesuatu[harap paham tulisan nih :)]

Anas harap sgt dari seseorang itu mampu unutk membangkitkan akan perkara ini tapi tidak juga menjadi...menangis teresak dibuat nyer,tapi inilah lumrah alam,x mmpu untuk diubah ku..yg mmpu hanyalah ikut rentak terkini..

*tapi Pak Itam gerakan ini telah menyedarkan diri Anas dari sesiuatu perkara yg cukup gusar memikirkan nya..mmng benar Allah yg mengatur segala kejadian alam,tapi masih ada tangan2 halus(Dajjal) juga mengatur untuk melawan,sperti teori PAS=PKR=UMNO..apa pandangan Pak Itam,rse nyer agak mustahil untuk katekan kebetulan,bahkan ia mungkin disengajakan....

*tapi tentang ini(Mason) hanyalah sesuatu yg disengjankan timbul atas daya sendiri cari masalah,hahaha(ada gak terpikir time tuh nk masuk kat blog nih,hahaha,tetiba lak jadi sperti yg dirancang)..ini dilakukan bagi lengkapkan diri untuk menempuh segala daya usaha pada masa akan datang..(tapi time Anas nk anta mesej kat Pak Itam,Anas doa dulu,jika ade seseorang bagi mesej yg Anas x sengaja timbul pada mse kejadian,maka perlulah Anas menghantar mesej yg disebut ini ke Pak Itam)..hahaha,memng bunyi mcm klakar,tapi itulah yg Anas buat,berserah saje..:)

*Anas dah taw perkare ini bakal terjadi,mmng tergelak jugaklah bile dah berlaku,x tersangke...tapi walauapepun,tentang post Pak Itam kali ini,mmng bagus,tapi nape lame dah x update ?..kat blog MF tuh,Anas suke sgt bce,dah lah same ngan besday(13.6.1993)tapi ikut masihi..lagi satu,Pak Itam taw mse bile lah pula blog nih(MistisFiles)?

terima kasih atas nasihat,keep going to forword ,but look at the back abaout our history..lme gak jenguk ni,hehehe

sambal pedas said...

cuba u baca elok2 posting dr mistifiles tu,penulis nak ajak kita semua supaya sangka baik dengan tiga2 tokoh tu dan mendoakan mereka.

perbuatan kutukmengutuk mereka haya menambah dosa.itu yg sy faham dr posting tu.jgn keliru

Sheikh Sambal said...

Anas,
teruskan perjuangan...tapi hati2 di jalanan...selalu rujuk pd orang yg a'lim..

sambal pedas,
mistifle tulis kutukan berlapis pd 3 tokoh itu... kita bebas utk terjemah apa yg dimaksudkan...

muslimism93 said...

yes !! mmng dah lme tunggu !!

haha,berbuah gak hasilnyer,kat blog tuh mmng doa kan ,tapi ade satu lagi yg disuruh lagi,keep thinking...

saye x keliru pon.rse2 saye dah bagi komen yg katekan posting tuh bagus !!

mmng rmai yg kate,posting tuh inilah itulah,tgk2 x bce sampai habis,sedih dgr,huhuhu...

*tentang TGNA,hanya perlu ambil tindakan,x kate dah di'mason'kan..boleh kate tindakan itulah hanyalah duduk diam2 dan teruskan berfikir..tindakan gak tuh..bile sampai tahap kritikal,kite patut biarkan melarat..no way !! must have some way to solve it !! this is the point !!

mmng rmai yg x puas hati time isu KERAJAAN PERPADUAN diperhangat kan oleh meddia.ade yg nk kuasa utk kerajaan perpaduan,ade yg nk tapi kne lakukn Hukum Islam terlebih dahulu,bahkan byk lagi ..

way to solve is biarkan dua2 parti melarat kritikal,sampai satu tahap biarkan media memburukkan PAS,biarkan dulu,tgklah smpai suatu ketika,PAS buat perubahan..dgn ape ? yes,KERAJAAN PERPADUAN yg digembar-gemburkan..pasti media time tuh terkejut besar.dan byk blog tidk kire blog pengkritik mahupon dari mne2 pihak pasti akan mengambil isu ini nk letak kat blog,mse itulah PAS akan cukup terkenal malah lebih dari ape2 hiburan ketika itu..

segla pengkritik akan kate,wah !! x sangka PAS buat ini.malah org UMNO x berani nk buat !!

mse itulah PAS perlu ambil kesempatan yg cukup hebat gilang gemilang nyer..pengkhianatan pada mase dulu perlu diambil kire,tapi benarkah bolah berlaku ??

pegang kate kunci ini,mse itu PAS terkenal di semua mate .....

sekadar pandaangan budak kecik ..hahahaha