11 August 2009

Tak Cukup Duit Atau Duit Yang Tak Cukup Melayan Karenah Kita

Assalamualaikum

Dalam kata lain adakah kita ada masalah tak cukup duit atau duit yang tak cukup melayan karenah kita? Do you have problem of not enough money or your money do not have enough of you?
Bila ada duit, dapat bonus mula lah kita rancang beli itu beli ini, tukar itu ini; akhirnya lepas bonus habis baru kita sedar duit tak cukup nak bayar hutang, nak sara keluarga, dan keperluan-keperluan asas yang lain.
Kalau ini berlaku pada anda maknanya anda kena kanser duit; betapa banyak duit sekalipun tak akan cukup , seperti sebatang pokok yang pada asalnya memerlukan air untuk hidup tetapi apabila terlebih air, pokok pun boleh sakit…bayangkan, bonus yang anda dapat berbulan-bulan gaji katalah gaji RM 4000 x 5 = RM 20,000.
Dengan 20 k itu sepatutnya menjadi :

duit menyelesaikan keperluan asas yang penting seperti berkahwin, tunaikan Haji, membeli
rumah, tolong besarkan rumah famili kat kampung, bayar hutang piutang untuk tingkatkan
aliran tunai (CASH FLOW) bulanan, modal untuk buat duit; i.e. deposit untuk beli rumah
sewa, modal memulakan perniagaan kecil-kecilan, modal pelaburan jangka panjang.

Cuba tuan-tuan fikirkan, ke mana bonus yang telah dibelanjakan bertahun-tahun lamanya , katalah dah 5 tahun bekerja . Bonus tahun pertama ke mana, dan seterusnya. Cuba buat satu jadual (table) tengok ke mana bonus kita pergi selama bertahun-tahun dah bekerja. Kalau tuan-tuan tidak ada sesuatu yang besar yang telah dicapai , maka teliti semula perbelanjaan. Contoh jadual yang baik – bonus dimanfaatkan sebaik mungkin:

Tahun bekerja Jumlah bonus Perbelanjaan Bonus

1 RM 5000 Belanja kawin
2 RM 8000 Deposit rumah
3 RM 10000 Pergi Haji
4 RM 15000 Tolong besarkan rumah kat kampung
5 RM 20000 Deposit pelaburan beli rumah sewa

Kalaulah bonus anda hilang begitu sahaja ataupun digunakan untuk membeli liabiliti seperti i-phone, tukar kereta baru setiap kali bonus, beli set sofa baru, dan sebagainya, maka anda tidak akan ke mana-mana.
Sebaliknya beli lah aset, apa dia aset? Setiap benda yang boleh bawa wang masuk dalam poket kita secara berkala, samada harian, bulanan atau tahunan. Kalau beli kereta sekalipun boleh buat kereta sewa dan dapat tingkatkan aliran tunai bulanan, maka itu juga belian asset. Tapi kalau tidak mendatangkan sebarang hasil ataupun menyebabkan wang keluar dari poket, itulah liabiliti.

Selain daripada bonus, termasuk juga elaun-elaun yang banyak kalau ditugaskan jaga projek ke, oversea dll

Dan apa yang lebih besar lagi ialah bagaimana kita nak beli aset sebagai pelaburan akhirat; sebagai contoh membeli rumah yang sesuai untuk kegunaan PASTI. Saya tidak bermaksud tuan-tuan cekik darah dengan mengenakan sewa yang tinggi kepada PASTI, tetapi disewakan cukup sekadar mampu membayar bayaran bulanan. Setelah selesai tempoh pembiayaan, pindahkan nama rumah kepada PASTI. Dengan cara ini PASTI mampu memiliki bangunan sendiri. Ada yang bertanya, kat mana untungnya? Tuan-tuan sedarkah bahawa tuan-tuan telah membuat pelaburan yang terbesar iaitu pembinaan generasi Islam akan datang yang akan menjadi pejuang-pejuang agama Allah? Pulangannya tidak terkira dengan jari mahupun kalkulator/komputer yang paling canggih dalam dunia.

Pernah di radio IKIM ada satu ulasan buku yang menarik, buku karangan Dr Kailani, “Kebangkitan generasi Salahuddin dan kembalinya Jerusalem ke pangkuan Islam”. Perspektif yang diambil cukup menarik, sedikit berbeza daripada buku-buku yang lain; iaitu kejayaan pembukaan Kostantinopel bermula dengan gerak kerja pembinaan GENERASI SALAHUDDIN oleh ulama’-ulama’ seperti Imam Al-Ghazali, Syeikh Abdul Kadir Aj-Jailani dan sebagainya. Kemenangan Islam bertitik tolak kepada pembinaan GENERASI ISLAM , bukan seorang dua tokoh sahaja. Yang tidak tokoh pun penting untuk kemenangan Islam.

Ok. Keuntungan bukan semata-mata bermaksud dapat duit, kalau itu dalam minda semua, maka terheretlah kita dalam geng kapitalis. Orang gila sahaja yang kejar duit kerana duit tidak akan cukup selama-lamanya. Keuntungan dari sudut Islam seperti dalam doa yang kita baca :
“ Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah waqina ‘azabannar” . Itulah keuntungan sebenar bagi orang-orang yang mengetahui.

Justeru ayuh kita tengok aliran tunai masing-masing, tengok setiap sen dan ringgit yang dibelanjakan. Belajar bagaimana nak memperbaiki aliran tunai bulanan. Dan bagaimana nak menjadikan membanyakkan aset dan mengurangkan liabiliti.

Apa sumbangan anda untuk menjadikan ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN? Tepuk dada tanya iman. Bermula dari diri. Tak guna duit berkepuk di dalam bank, ada syarikat dan sebagainya tapi membiarkan perjuangan Islam kesempitan wang, Murabitun hidup kepayahan dan kesusahan, sedang kita memakai kereta besar, rumah yang cantik dengan perabot dan tv flat skrin 40 inci!

In short, PLAN YOUR BONUS WISELY!

No comments: