29 October 2011
17 October 2011
Rawatan Cara Islam
Asalamualaikum semua.
Allah hantar penyakit sebagai ujian kepada manusia. Allah hantar juga penawar kepada setiap penyakit. Carilah penawarnya pasti ada keerna itu janji Allah. Cuma maut sahaja yang tiada penawarnya. Setiap yang bernyawa itu akan merasai mati..
Perubatan moden hari ini bapanya adalah orang Islam. Avesana cakap orang putih, Ibnu Sina cakap kita. Dari penyelidikan yang dlakukan oleh Ibnu Sina yang berpandukan Al Quran telah mengubah 'iklim' perubatan dunia. Perubatan penyakit fizikal didokongi oleh orang Islam. Ini sakit fizikal. Sakit spiritual
Sakit rohani dan spiritual yang para doktor tak dapat periksa ada ubatnya dalam Sistem Rawatan Islam. Semuanya ada dipandu oleh Al Quran. Setiap bangsa ada budaya sakit spiritual ini. Bangsa Melayu apatah lagi. Tengok sahaja TV d Malaysiaraya ini. Ada sahaja cerita hantu, seram sejuk dan seram kelakar, di pertontonkan kepada masyarakat untuk tujuan mencari publisiti dan sedikit wang.
Gabungan doa, ayat-ayat ruqyah syari'yah, air, garam dan yang sewaktu dengannya sudah cukup untuk menyembuhkan penyakit kronik yang para doktor pening kepala apa sebabnya. Hasil ujian makmal dan keadaan pesakit berlawanan. Doktor kata orang ini sohat tapi lihat dari segi fizikalnya dia sangat sakit.
Doa adalah senjata mukmin, berguna bukan sahaja untuk mempertahankan diri atau serangan dalam suasana perang, Tetapi doa berupaya juga untuk memerangi penyakit orang-orang Muslim. Dengan doa perawat Islam dapat mencipta apa saja cara untuk melawan sakit spiritual yang biasanya disebabkan oleh gangguan jin atau syaitan,.Tetapi perlu diinagat NIAT memainkan peranan yang sangat penting dalam prubatan Islam. Niat di dalam hati dan bergabung pula dengan doa dan ayat2 ruqyah dan selawat, berupaya untuk menghapuskan atau melenyapkan apa sahaja. Setiap sesuatu itu bermula dengan niat, maka niatlah untuk menentukan segalanya.
Marilah bersama kita mantapkan Sistem Perubatan Islam ketahap yang sepatutnya. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.
Sekian. Wasalam.
Sheikh Sambal
Wasalam.
08 October 2011
Nota Mudah Memahami Hukum Hudud. - Siri Pertama
Nota Mudah Memahami Hukum Hudud. - siri pertama
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الحَكَمُ الْعَدْلُ اللطيف الخبير له ملك السموات و الأرض و هو على كل شئ قدير و الحمد لله الذي فضل العلماء بإقامة الحُجَجِ الدينية و معرفة الأحكام و الصلاة و السلام على رسول الله أرسله الله بشيرا و نذيرا بين يدي الساعة فأدى الأمانة و بلغ الرسالة و نصح الأمة و جاهد في الله حق جهاده و على أصحابه إمامِ كلِّ إمامٍ و من تبعه و نصره و والاه
Muqaddimah.
1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke 36 :
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا
maksudnya :
"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."
2. Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia. Lihat ketetapan Allah swt di dalam surah al Maaidah, ayat 49 :
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
maksudnya :
"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."
3. Hudud adalah ketetapan syara' yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. Tiada siapa yang memiliki authoriti untuk meminda ketetapan Allah swt hatta Rasul saw sekalipun. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah, ayat 229.
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
maksudnya :
"demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang - orang yg zalim"
4. Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56.
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Insafi juga penegasan Allah swt di dalam surah al A'araf ayat 40 - 41.
إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ
"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."
5. Hudud memberi keadilan dan mengembalikan kehidupan yang sejahtera dan aman. Tidak perlu takut dan cuak kepada hukum Hudud ini kecuali satu golongan sahaja iaitu penjenayah justeru hukum Hudud adalah hukum yang dijatuhkan keatas penjenayah yang telah sabit kes. Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada. Firman Allah swt. di dalam surah al Maaidah ayat 42 :
سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."
Sebarkan Kasih Sayang
Sebarkan kasih sayang ke seluruh alam. Mudah saja dengan buat 3perkara;
- Sebarkan Salam - tak kira sapa bagi salam selalu. dengan salam kasih akan bercambah
- Beri makan - selalu beri makan kpd sesiapa saja. - orang makan pemberian kita bertambah sayang dia
- Eratkan hubungan silaturrahim - hubungan yg baik meningkatkan kasih sayang - sentiasa jadi org yg pemurah dan pemaaf...silaturrahim akan subur
09 September 2011
Siapa Pejuang Dan Siapa Barua?
Berita kaki Bernama; kini Persatuan Polis pencen pula mendesak kerakyatan Mat Sabu dilucutkan! Wah....senang sangat nak lucut kerakyatan orang. Bila tak sebulu dengan pendapat dia, lucut kerakyatan... Inilah mentaliti UMNO. Bukan nak bagi hujah tapi bagi hukum. Hukum kalau logik tak apa gak. Ini hukum katun.
Mat Sabu kata Mat Indera sebenarnya hero bukan pengganas. Bukan cakap kosong. Mat Sabu ada hujah yang kuat. Mata-Mata Melayu yang dilawan dek Mat Indera sebenarnya barua British. Tahun 1950 Malaya masih dijajah British. Ikut logik hujah Mat Sabu, sapa lawan British adalah pejuang yang mahu memerdekakan Tanah Melayu dari terus dijajah oleh Orang Inggeris. Orang tempatan yang tolong penjajah berkuasa adalah barua penjajah. Itulah perbezaannya. Macam kata Bush lahanat "either you with me or against me' Barua atau pejuang.
Mat Indera : Pejuang Kemerdekaan atau Pengkhianat? |
Mat Indera pejuang kata Mat Sabu. Begitu juga kata veteran Umno Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya " 25 Tahun Merdeka" walaupun tak sebut nama Mat Indera secara terang-terangan. dalam mukasurat 357-358 beliau tulis;
Tapi bila Mat sabu yang cakap macam apa yang Tan Sri Abdul Samad, terus Mat Sabu kena sembur oleh Umno. Macam tuduhan pun dibuat. Media pencacai Umno apa lagi. Mat Sabu digambarkan penyokong komunis.Kalau boleh nak dicap terus Mat Sabu ni komunis. Lalu kerakyatannya pun nak dilucutkan sebab dia sokong komunis!.
Disebabkan survival Umno terancam maka mereka akan buat apa saja. Mat Sabu yang nak betulkan fakta sejarah yang dinoda oleh Inggeris dan kemudian oleh anak didik mereka (baca:Umno) dicap pengkhianat dan mahu dilucutkan kerakyatannya. Pendatang tanpa izin pula diberikan kerakyatan dan jadi pengundi sewenang-wenangnya untuk memastikan undi Umno bertambah dan menang dalam pilihan raya. Itu saja... Bukan apa sangat cerita Mat Indera atau Bukit Kepong. Benda yang dipertahankan Umno ialah survival mereka. itu saja... Itu saja...
07 September 2011
Adakah Rosli Dhoby Juga Pengkhianat?
Sebelum tanggal 31 Ogos 1957, Malaya masih lagi dijajah oleh British. Jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak.
Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan
kerajaan penjajah British?
Adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya?
Kita minta mereka yang pernah bertugas dengan pemerintah British dahulu fikir baik-baik mengapa mereka sanggup bermati-matian mempertahan pemerintahan penjajah British sehingga sanggup menangkap dan membunuh perjuang kemerdekaan selain komunis.
Sekali lagi kita tegaskan bahawa apa yang Mohamad Sabu maksudkan bukan menyokong perjuangan komunis tetapi membela nasib perjuang kemerdekaan yang di anggap sebagai pengganas atau pemberontak.
Jadi bagaimana pula dengan nasib Rosli Dhoby, adakah beliau juga dianggap pengkhianat negara kerana membunuh gabenor British?Adakah mata-mata atau polis yang berjaya menangkap Rosli Dhoby boleh dianggap sebagai hero?
Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang Sarawak yang menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir DuncanStewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember
1949.
Beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut atas permintaan ibu beliau yang diugut akan ditembak.
Fikir-fikirlah sendiri siapa yang kejam semasa zaman tersebut? Kita juga pernah mendengar kerajaan BN pernah mengampunkan pengganas komunis yang menyerah diri dan memberi beberapa keistimewaan sekiranya mereka meninggalkan perjuangan.
Kemungkinan tidak mustahil ada di kalangan mereka dalam pemerintah sekarang walaupun mereka tidak mengangkat senjata tetapi ideologi mereka masih ada terpahat dalam hati.
Kita minta para pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para perjuang kemerdekaan dianggap pengkhianat dan mereka yang bekerja dengan pemerintah penjajah pula dianggap sebagai hero.
PAS juga minta para pengkaji sejarah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik perkauman dan sebagainya.
PAS sama sekali tidak pernah merestui perjuangan komunis dan minta agar pemimpin BN jangan memutar belitkan kenyataan Mat Sabu kononnya PAS menyokong komunis.
Penulis merupakan timbalan pesuruhjaya III PAS Sarawak dan yang dipertua PAS Miri.
Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan
kerajaan penjajah British?
Adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya?
Kita minta mereka yang pernah bertugas dengan pemerintah British dahulu fikir baik-baik mengapa mereka sanggup bermati-matian mempertahan pemerintahan penjajah British sehingga sanggup menangkap dan membunuh perjuang kemerdekaan selain komunis.
Sekali lagi kita tegaskan bahawa apa yang Mohamad Sabu maksudkan bukan menyokong perjuangan komunis tetapi membela nasib perjuang kemerdekaan yang di anggap sebagai pengganas atau pemberontak.
Jadi bagaimana pula dengan nasib Rosli Dhoby, adakah beliau juga dianggap pengkhianat negara kerana membunuh gabenor British?Adakah mata-mata atau polis yang berjaya menangkap Rosli Dhoby boleh dianggap sebagai hero?
Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang Sarawak yang menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir DuncanStewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember
1949.
Beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut atas permintaan ibu beliau yang diugut akan ditembak.
Fikir-fikirlah sendiri siapa yang kejam semasa zaman tersebut? Kita juga pernah mendengar kerajaan BN pernah mengampunkan pengganas komunis yang menyerah diri dan memberi beberapa keistimewaan sekiranya mereka meninggalkan perjuangan.
Kemungkinan tidak mustahil ada di kalangan mereka dalam pemerintah sekarang walaupun mereka tidak mengangkat senjata tetapi ideologi mereka masih ada terpahat dalam hati.
Kita minta para pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para perjuang kemerdekaan dianggap pengkhianat dan mereka yang bekerja dengan pemerintah penjajah pula dianggap sebagai hero.
PAS juga minta para pengkaji sejarah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik perkauman dan sebagainya.
PAS sama sekali tidak pernah merestui perjuangan komunis dan minta agar pemimpin BN jangan memutar belitkan kenyataan Mat Sabu kononnya PAS menyokong komunis.
26 August 2011
Emas & Perak: Pelindungan Harta Anda
Seminggu dua ni kita melihat harga emas telah meroket naik dari $1600/oz ke $1800/oz. Kalau tengok pula carta kenaikan emas sejak 10 tahun dahulu, sememangnya harga emas naik bagaikan Roket Appollo 11 menuju bulan. Bagaimana pula dengan Perak? Bukan Perak Dr Zambri. Kalau Perak si Zambri tak naik naik pun. Dia curi ikut pintu belakang ada.
Logam perak telah mula meroket pada tahun lepas sekitar bulan June - Julai. Dari $15/0z sekarang harga perak adalah sekitar $40/oz. lebih dari 100% kenaikan. Memang garang!!
Kelantan buat dinar dan dirham sejak tahun 2007. Ramai orang yang tak paham tentang emas dan perak memperolok-olokkan Kelantan. Ada yang sanggup kata Kelantan mahu kembali ke zaman gelap (dark ages). Memang bodo abis pandangan itu. Dah tak mengaji pasal hadis tentang dinar dan dirham, mana nak paham. Dah tu ngutuk Tok Guru kata kolot nak balik ke zaman kuno pakai matawang dinar dan dirham.
Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham." (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)
Hehehe..sajala bagi hadis Bahasa Inggeris. Biar mamat mana yang kata dinar dirham tu kuno tercengang-cengang sikit. Paham tak? Kalau tak paham pergi ambik kamus tu.
Masanya amat dekat. Ekonomi dunia akan hancur tak lama lagi. Tanda-tandanya semakin terang. Dolar Amerika semakin kuyu disebabkan pencetakan yang tak terkawal. Pantang ada sedu ekonomi Federal Reserves akan cetak bertrilion-trilion duit dolar Amerika. Inilah senjata Yahudi untuk mengawal dunia.
Kalau Bush Cassidy terpaksa menggadai nyawa untuk merompak keratapi, puak Soros dan sekutu Zionis hanya perlu 'membayar' segala komoditi dunia dengan 'kertas tandas' bak kata Tun Mahathir. Amerika cetak duit dia dan bayar pada Malaysia untuk ambik kita punya bijih, minyak, kelapa sawit dan balak. Mereka dapat barangansebenar (komoditi) yang boleh digunakan untuk memajukan negara mereka, kita dan dunia dapat kertas aku-janji untuk nilai yang tertulis.
Maka kita peganglahlah duit kertas Amerika tu. Sekali duit Amrika jatuh harga, apa jadi dengan nilai duit yang kita pengang. Sepatutnya boleh beli Mercedes sekarang boleh beli kancil sahaja, padahal jumlahnya tak menurun. Yang turun ialah kuasa membeli.
Itulah yang terjadi pada Zimbabwe 2 tahun lepas. Robert Mugabe perkosa negeri dia sampai bankrab. Rakyat nak beli 3 biji telur terpaksa bawa duit kertas dolar zimbabwe pakai kereta tolak. 100 billion dolar Zimbabwe untuk 3 biji telur. Bayangkan....
Jangan ingat itu hanya boleh berlaku tempat lain. Malaysia tak boleh berlaku. Sebenarnya negara kita pernah melalui pengalaman pahit ini. Pernah baca atau diberitahu tentang duit pokok pisang zaman Jepun? Berguni-guni duit zaman Jepun ini dibuanmg orang jadi sampah sebab tak bernilai. Sapa yang seronok simpan duit kertas Jepun tu dulu menangis tak berlagu bila simpan jadi kosong nilai!!
Perkara ini akan terjadi pada akhir zaman. Nabi dah sebut dah. Maka memang ia akan terjadi dimana satu apa pun tak bernilai kecuali dinar dan dirham (emas dan perak).
Untuk menyelamatkan harta kita eloklah menukar simpanan kita kepada logam mulia emas dan perak. Samada barang kemas atau jongkong emas dan perak tetap berharga dan akan jadi barangan yang didambakan oleh dunia. Tukar ASB anda yang tak tentu hukum hakamnya itu kepada emas dan perak.
Kepada sesiapa yang mahu melakukan pertukaran ini atau mahu membeli emas dan perak sekarang, sila talipon ana 0133640105.
Sekian.
25 August 2011
Puasa Kita Macamana ?
Dah 25 hari puasa. Apa yang dah kita dapat? Allah suruh kita semuga bertaqwa. ' La a'l lakum tat takuun ' Bagaimana ya? Solat kita makin bertambah tak? Khusuk? Sedeqah?
Terawih jgn ada lompong. Tak tahu tahun depan dapat terawih ke tidak kita ni. Macam Imam 1 Masjid piasau. Tak sempat solat terawih meninggal lepas solat sunat ishak di dalam masjid.
Begitulah hidup ini. Nyawa ni bukan kita punya. Allah yang punya. Dia berhak ambik pada bila-bila masa yang dia mahu.
Terawih jgn ada lompong. Tak tahu tahun depan dapat terawih ke tidak kita ni. Macam Imam 1 Masjid piasau. Tak sempat solat terawih meninggal lepas solat sunat ishak di dalam masjid.
Begitulah hidup ini. Nyawa ni bukan kita punya. Allah yang punya. Dia berhak ambik pada bila-bila masa yang dia mahu.
14 August 2011
Ihya Ramadhan YAM Miri
Sempena bulan Ramadhan yg yang mulia ini, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Miri) tidak melepaskan peluang untuk meningkatkan usaha keasyarakatnnya di kalangan masyarakat tempatan Miri. Program Ihya Ramadhan telah dijadualkan di beberapa buah surau dan masjid sekitar Miri, termsuk di Kompleks Anak Yatim Hamidah.
Jadual di bawah adalah program terdekat YAM Sarawak (Unit Miri)
Yayasan Amal Malaysia Unit Miri dengan menjemput penduduk tempatan di mana majlis akan diadakan untuk sama-sama mengimarahkan majlis iftar dan tazkirah ramadhan ini.
Pengerusi YAM Unit Miri
Jadual di bawah adalah program terdekat YAM Sarawak (Unit Miri)
Bil | Program | Tarikh |
1 | Majlis Ifta r& tazkirah di Masjid Nur Hijrah, Pulau Melayu | 08/08/11 |
2 | Majlis Iftar & tazkirah di Surau IKBN, Permyjaya | 10/08/11 |
3 | Majlis Iftar & tazkirah di Surau Kg Katong, Lopeng | 11/08/11 |
4 | Majlis Iftar tazkirah di Rumah Anak-anak yatim Kompleks Kebajikan Hamidah | 17/08/11 |
5 | Majlis Iftar & tazkirah di Surau Lambir | 20/08/11 |
6 | Majlis Iftar & tazkirah di Surau Tudan Fasa 4 | 25/08/11 |
7 | Ziarah Raya Eidulfitri ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei | 16-18/08/11 |
Yayasan Amal Malaysia Unit Miri dengan menjemput penduduk tempatan di mana majlis akan diadakan untuk sama-sama mengimarahkan majlis iftar dan tazkirah ramadhan ini.
Pengerusi YAM Unit Miri
01 August 2011
Puasa Mengikut Cara Rasulullah s.a.w
Posted on Sunday, July 31 @ 08:40:59 PDT Oleh: zharifjenn
Sahabat yang dihormati Allah, Ramadhan yang kita nanti-nantikan telah tiba untuk sekali lagi kita berada di dalamnya. Ini tanda Allah masih sayang kepada hamba-hambanya dengan memberi sekali lagi peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Berpuasa adalah aktiviti terpenting dalam bulan ini. Persoalannya bagaimana tips-tips yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk puasa kita dinilai tinggi oleh Allah? Mari kita telusuri satu persatu.
Rasulullah s.a.w Bersahur
Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan dan minum di siang hari dimulakan. Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur? Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda: Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan. (HR: al-Bukhari)
Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari cirri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya: Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur (HR: Muslim)
Rasulullah Menyegerakan Berbuka
Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum. Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim: Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa. Perbuatan melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu isu remeh. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazaar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka. Penjual juga masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang. Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian. Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h: Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya. Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun r.h berkata: Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.Dari Abi ‘Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat...” Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah diantara mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?” Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin): “Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w”.
Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma
Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa. Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi katanya: Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.Ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai diantara kita yang sering meninggalkan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga kekenyangan lalu melewatkan bersolat maghrib. Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan selepas baginda solat.
Tidur Qailulah
Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya. Antara kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor, perbuatan itu dinamakan dengan Qailulah. Ini untuk memudahkan kita bangun di waktu malam mengerjakan amal ibadat. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Ibn Majah: Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam. Apa yang terjadi hari ini pada sesetengah masyarakat kita, mereka tidak menerapkan sunnah ini bahkan perbuatan mereka menyalahi sunnah ini. Mereka terutama anak-anak muda menghabiskan waktu siangnya dengan tidur sepanjang hari dan hanya bangun untuk berbuka puasa sahaja. Berpuasa bukanlah bulan tidur kerana keletihan. Puasa adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana padanya pahala dilipatgandakan.
Menjaga Lidah
Terlalu rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikitpun pahala dari amalan tersebut. Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Antara faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga lidah. Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa. Umumnya perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadith yang dilaporkan oleh Ahmad dan al-Tabarani: Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala) Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari:Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata "Saya berpuasa". Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang dilaporkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah: Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya.
Memberi Makan Orang Yang Berpuasa
Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa. Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah di dalam hadith-hadith baginda yang mulia. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya. Bagi mereka yang dijemput untuk berbuka puasa bersama, wajib baginya untuk memenuhi undangan tersebut. Ini kerana, berpuatan membelakangi undangan tersebut dicela oleh Rasulullah dan ianya seoalah-olah telah menentang Rasulullah s.a.w. Adalah sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa. Antara doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut: Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, dan berilah minum orang yang memberiku minum (riwayat Muslim).Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang telah kau rezekikan kepada mereka(riwayat Muslim).
Doa Ketika Berbuka Puasa
Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab berdasarkan hadith-hadith sahih yang warid dari baginda s.a.w. Kita disyorkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda seperti yang dilaporkan Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban: Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi... Rasulullah s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba’ al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadith ini sebagai hasan. Doa tersebut adalah: Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.Marilah sama-sama kita berpuasa sepertimana puasanya Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah dimensi hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadat. Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam. Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat. Wallahu A’lam. - Sumber : zharifalimin blog
Ramadhan: meletakkan Islam dan perintah Allah mengatasi segala kepentingan
Posted on Sunday, July 31 @ 09:06:39 PDT Buletin Online
Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Bulan kita dijemput menjadi tetamu Allah SWT, menyahut seruan Allah SWT dengan firmanNya yang bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu di kalangan mengikut Nabi-nabi di zaman dahulu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Ta’ala”.
Di bulan yang mulia ini, kita dihidangkan oleh Allah SWT dengan rezeki makanan rohani dan jasmani, yang menyuburkan kehidupan kita di alam dunia dan menuju ke alam akhirat. Kita dihidangkan bukan sahaja dengan amalan puasa yang diwajibkan. Pahalanya, berlipat kali ganda tidak terhingga hanya diketahui oleh Allah SWT. Diampunkan dosa dalam masa setahun sekiranya kita menunaikan puasa dengan sempurna mengikut syarat rukun dan adap-adapnya. Dihidangkan dengan ibadah-ibadah wajib yang telah sedia ada seperti sembahyang lima waktu dilipat-gandakan pahalanya. Disamping ibadat-ibadat yang sunat yang biasa dilakukan dan ibadat sunat yang dikhususkan di bulan Ramadan seperti sembahynag terawih, bertadarus al-Quran. Semua ibadah-ibadah ini ialah untuk membersihkan roh dan menguatkan rohani kita. Kita dihidangkan juga dengan makanan-makanan jasmani seperti bersahur, berbuka puasa. Di mana makanan sahur dan buka puasa adalah makanan yang dikaitkan dengan puasa. Bukan sebarangan seperti makanan-makanan lain. Ianya, mengandungi keberkatan yang tersendiri. Inilah ibadat yang merupakan hadiah yang sangat berharga daripada Allah SWT yang wajib kita terimanya. Di mana pulangannya, kembali kepada kita. Allah Ta’ala tidak berhajat kepada apa-apa faedah. Itu ialah sumbangan percuma yang mahal harganya daripada Allah SWT. Kita hendaklah mengambil kesempatan ini dengan sepenuh-penuhnya. Kemuncak daripada ibadat yang kita tunaikan sepanjang sebulan. Sekiranya dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka, kita mencapai matlamat dan tujuan yang dinyatakan oleh Allah SWT. Sifat “taqwa”, kepatuhan kepada Allah SWT sehingga menjadi sifat yang tertanam di dalam hati yang membentuk peribadi kita. Mengerjakan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang merupakan penentuan, martabat, harga diri manusia. Kerana Allah SWT meletakkan harga diri manusia bukan dengan keturunan, warna kulit, harta benda tetapi dengan ukuran ketaqwaan kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud; “Wahai manusia, sesungguh kami telah mencipta kamu kepada seorang lelaki dan seorang perempuan. Berbangsa-bangsa, bersuku kaum supaya kamu berkenalan antara satu sama lain. Dan yang paling baik di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling banyak bertaqwanya kepada Allah SWT”. Ibadat puasa meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Apabila kita sanggup meninggalkan perkara-perkara yang dilarang walau pun perkara yang dihalalkan di masa yang lain. Sudah tentu melatih diri kita untuk meninggalkan perkara yang dilarang sepanjang hidup kita.
Sekiranya kita bersedia meninggalkan makan minum, meninggalkan hubungan antara lelaki dan perempuan atau suami dan isteri. Yang diizinkan oleh Allah SWT dibulan Ramadan, yang menjadi keperluan naluri manusia rukun hidup. Kita sanggup melaksanakan perintah Allah SWT dengan penuh kesabaran, dengan penuh keimanan. Percaya kepada janji Allah SWT. Maka, melatih diri kita menjadi seorang yang sungguh bertaqwa kepada Allah SWT. Ini merupakan suatu natijah yang sangat penting daripada keimanan seseorang itu kepada Allah SWT. Di sinilah juga, Allah memilih dibulan yang mulia berlakunya peristiwa-peristiwa yang besar yang menguji umat Islam dalam menjalani kehidupan dunia sebelum bertemu dengan Allah SWT. Allah Ta’ala memilih dibulan ini diturunkan al-Quran Karim yang menjadi kitab petunjuk kepada umat Islam.
Yang membeza antara perkara yang betul dan perkara yang salah. “Bulan Ramadan yang diturunkan baginya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan yang membezakan antara perkara yang betul dan perkara yang salah”. Oleh kerana berlakunya pertembungan di antara perkara yang benar dengan perkara yang salah. Maka, Allah Ta’ala memilih berlakunya perang Badar di bulan Ramadan. Peperangan yang memaksakan Nabi SAW dan para sahabatnya yang kecil jumlahnya, yang kurang kelengkapannya berdepan dengan musuh-musuh Islam. yang menegakkan kebatilan, kezaliman dan kejahatan. Walau pun mereka tahu benarnya Islam. Baiknya diri Nabi SAW, tidak ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Melainkan kerana melaksanakan perkara yang baik yang diperintah oleh Allah SWT. Perkara yang jahat, itu pun disanggah dan ditentang habis-habisan. Memaksakan berlakunya pertembungan secara bersenjata di bulan Ramadan. Yang menentang itu di kalangan bangsa Arab, keluarga Nabi SAW. Peristiwa yang sangat menguji perasaan hati nurani umat Islam yang dipimpin oleh Nabi SAW. Allah Ta’ala pilih peristiwa yang menyayat hati berlaku di bulan Ramadan. Mereka yang sanggup meletakkan Islam perintah Allah mengatasi segala kepentingan yang lain. Sanggup melakukan peristiwa Badar ini. Maka Allah memberi keistimewaan kepada mereka yang terlibat dalam perang badar dengan firmanNya mengikut riwayat hadis Qudsi yang bermaksud, “Hai, ahli Badar buat apa yang kamu mahu lakukan. Aku ampunkan dosa-dosa kamu”. Keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada ahli Badar kerana mereka menjadi orang beriman sebenarnya. Yang sanggup sabar menghadapi ujian. Adalah menjadi suatu hikmat yang besar Allah pilih peristiwa ini berlaku di bulan Ramadan. Marilah kita mengambil kesempatan ini bukan sahaja membentuk peribadi dengan mengerjakan ibadat yang diwajibkan dan disunatkan. Dalam masa yang sama kita membuka minda kita dengan mengkaji, mempelajari dan memahami kisah-kisah yang berlaku di bulan yang mulia ini. Supaya kita meninggalkan bulan yang mulia ini dengan keadaan menjadi orang Islam dan orang yang beriman yang sebenarnya dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sekian, selamat berpuasa. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS
Subscribe to:
Posts (Atom)