25 August 2011

Puasa Kita Macamana ?

Dah 25 hari puasa. Apa yang dah kita dapat? Allah suruh kita semuga bertaqwa. ' La a'l lakum tat takuun ' Bagaimana ya? Solat kita makin bertambah tak? Khusuk? Sedeqah?
Terawih jgn ada lompong. Tak tahu tahun depan dapat terawih ke tidak kita ni. Macam Imam 1 Masjid piasau. Tak sempat solat terawih meninggal lepas solat sunat ishak di dalam masjid.

Begitulah hidup ini. Nyawa ni bukan kita punya. Allah yang punya. Dia berhak ambik pada bila-bila masa yang dia mahu.

14 August 2011

Ihya Ramadhan YAM Miri

Sempena bulan Ramadhan yg yang mulia ini, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Miri) tidak melepaskan peluang untuk meningkatkan usaha keasyarakatnnya di kalangan masyarakat tempatan Miri. Program Ihya Ramadhan telah dijadualkan di beberapa buah surau dan masjid sekitar Miri, termsuk di Kompleks Anak Yatim Hamidah.

Jadual di bawah adalah program terdekat YAM Sarawak (Unit Miri)


Bil
Program
Tarikh
1
Majlis Ifta r& tazkirah di Masjid Nur Hijrah, Pulau Melayu
08/08/11
2
Majlis Iftar & tazkirah di Surau IKBN, Permyjaya
10/08/11
3
Majlis Iftar & tazkirah di Surau Kg Katong, Lopeng
11/08/11
4
Majlis Iftar tazkirah di Rumah Anak-anak yatim Kompleks Kebajikan Hamidah
17/08/11
5
Majlis Iftar & tazkirah di Surau Lambir
20/08/11
6
Majlis Iftar & tazkirah di Surau Tudan Fasa 4
25/08/11
7
Ziarah Raya Eidulfitri ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei
16-18/08/11








Yayasan Amal Malaysia Unit Miri dengan menjemput penduduk tempatan di mana majlis akan diadakan untuk sama-sama mengimarahkan majlis iftar dan tazkirah ramadhan ini.




Pengerusi YAM Unit Miri



01 August 2011

Puasa Mengikut Cara Rasulullah s.a.w

Posted on Sunday, July 31 @ 08:40:59 PDT Oleh: zharifjenn

Sahabat yang dihormati Allah, Ramadhan yang kita nanti-nantikan telah tiba untuk sekali lagi kita berada di dalamnya. Ini tanda Allah masih sayang kepada hamba-hambanya dengan memberi sekali lagi peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Berpuasa adalah aktiviti terpenting dalam bulan ini. Persoalannya bagaimana tips-tips yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk puasa kita dinilai tinggi oleh Allah? Mari kita telusuri satu persatu.
Rasulullah s.a.w Bersahur
Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan dan minum di siang hari dimulakan. Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur? Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda: Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan. (HR: al-Bukhari)
Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari cirri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya:  Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur  (HR: Muslim)
Rasulullah Menyegerakan Berbuka
Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum.  Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim: Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa. Perbuatan melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu isu remeh. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazaar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka. Penjual juga masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang. Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian. Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h: Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya. Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun r.h berkata:  Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.Dari Abi ‘Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat...” Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah diantara mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?” Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin): “Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w”.
Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma
Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa. Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi katanya: Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.Ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai diantara kita yang sering meninggalkan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga kekenyangan lalu melewatkan bersolat maghrib. Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan selepas baginda solat.
Tidur Qailulah
Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya. Antara kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor, perbuatan itu dinamakan dengan Qailulah. Ini untuk memudahkan kita bangun di waktu malam mengerjakan amal ibadat. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Ibn Majah: Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam. Apa yang terjadi hari ini pada sesetengah masyarakat kita, mereka tidak menerapkan sunnah ini bahkan perbuatan mereka menyalahi sunnah ini. Mereka terutama anak-anak muda menghabiskan waktu siangnya dengan tidur sepanjang hari dan hanya bangun untuk berbuka puasa sahaja. Berpuasa bukanlah bulan tidur kerana keletihan. Puasa adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana padanya pahala dilipatgandakan.
Menjaga Lidah
Terlalu rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikitpun pahala dari amalan tersebut. Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Antara faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga lidah. Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa. Umumnya perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadith yang dilaporkan oleh Ahmad dan al-Tabarani:  Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala) Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari:Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata "Saya berpuasa".  Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang dilaporkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah: Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya.
Memberi Makan Orang Yang Berpuasa
Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa. Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah di dalam hadith-hadith baginda yang mulia. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya. Bagi mereka yang dijemput untuk berbuka puasa bersama, wajib baginya untuk memenuhi undangan tersebut. Ini kerana, berpuatan membelakangi undangan tersebut dicela oleh Rasulullah dan ianya seoalah-olah telah menentang Rasulullah s.a.w. Adalah sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa. Antara doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut: Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, dan berilah minum orang yang memberiku minum (riwayat Muslim).Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang telah kau rezekikan kepada mereka(riwayat Muslim).
Doa Ketika Berbuka Puasa
Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab berdasarkan hadith-hadith sahih yang warid dari baginda s.a.w. Kita disyorkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda seperti yang dilaporkan Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban: Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi... Rasulullah s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba’ al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadith ini sebagai hasan. Doa tersebut adalah: Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.Marilah sama-sama kita berpuasa sepertimana puasanya Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah dimensi hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadat. Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam. Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat. Wallahu A’lam. - Sumber : zharifalimin blog
Ramadhan: meletakkan Islam dan perintah Allah mengatasi segala kepentingan
Posted on Sunday, July 31 @ 09:06:39 PDT Buletin Online
Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Bulan kita dijemput menjadi tetamu Allah SWT, menyahut seruan Allah SWT dengan firmanNya yang bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu di kalangan mengikut Nabi-nabi di zaman dahulu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Ta’ala”.
Di bulan yang mulia ini, kita dihidangkan oleh Allah SWT dengan rezeki makanan rohani dan jasmani, yang menyuburkan kehidupan kita di alam dunia dan menuju ke alam akhirat. Kita dihidangkan bukan sahaja dengan amalan puasa yang diwajibkan. Pahalanya, berlipat kali ganda tidak terhingga hanya diketahui oleh Allah SWT. Diampunkan dosa dalam masa setahun sekiranya kita menunaikan puasa dengan sempurna mengikut syarat rukun dan adap-adapnya.  Dihidangkan dengan ibadah-ibadah wajib yang telah sedia ada seperti sembahyang lima waktu dilipat-gandakan pahalanya. Disamping ibadat-ibadat yang sunat yang biasa dilakukan dan ibadat sunat yang dikhususkan di bulan Ramadan seperti sembahynag terawih, bertadarus al-Quran. Semua ibadah-ibadah ini ialah untuk membersihkan roh dan menguatkan rohani kita.  Kita dihidangkan juga dengan makanan-makanan jasmani seperti bersahur, berbuka puasa. Di mana makanan sahur dan buka puasa adalah makanan yang dikaitkan dengan puasa. Bukan sebarangan seperti makanan-makanan lain. Ianya, mengandungi keberkatan yang tersendiri.  Inilah ibadat yang merupakan hadiah yang sangat berharga daripada Allah SWT yang wajib kita terimanya. Di mana pulangannya, kembali kepada kita. Allah Ta’ala tidak berhajat kepada apa-apa faedah. Itu ialah sumbangan percuma yang mahal harganya daripada Allah SWT.  Kita hendaklah mengambil kesempatan ini dengan sepenuh-penuhnya. Kemuncak daripada ibadat yang kita tunaikan sepanjang sebulan. Sekiranya dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka, kita mencapai matlamat dan tujuan yang dinyatakan oleh Allah SWT.  Sifat “taqwa”, kepatuhan kepada Allah SWT sehingga menjadi sifat yang tertanam di dalam hati yang membentuk peribadi kita. Mengerjakan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang merupakan penentuan, martabat, harga diri manusia. Kerana Allah SWT meletakkan harga diri manusia bukan dengan keturunan, warna kulit, harta benda tetapi dengan ukuran ketaqwaan kepada Allah SWT.  Firman Allah yang bermaksud; “Wahai manusia, sesungguh kami telah mencipta kamu kepada seorang lelaki dan seorang perempuan. Berbangsa-bangsa, bersuku kaum supaya kamu berkenalan antara satu sama lain. Dan yang paling baik di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling banyak bertaqwanya kepada Allah SWT”. Ibadat puasa meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Apabila kita sanggup meninggalkan perkara-perkara yang dilarang walau pun perkara yang dihalalkan di masa yang lain. Sudah tentu melatih diri kita untuk meninggalkan perkara yang dilarang sepanjang hidup kita.
Sekiranya kita bersedia meninggalkan makan minum, meninggalkan hubungan antara lelaki dan perempuan atau suami dan isteri. Yang diizinkan oleh Allah SWT dibulan Ramadan, yang menjadi keperluan naluri manusia rukun hidup. Kita sanggup melaksanakan perintah Allah SWT dengan penuh kesabaran, dengan penuh keimanan. Percaya kepada janji Allah SWT. Maka, melatih diri kita menjadi seorang yang sungguh bertaqwa kepada Allah SWT. Ini merupakan suatu natijah yang sangat penting daripada keimanan seseorang itu kepada Allah SWT.   Di sinilah juga, Allah memilih dibulan yang mulia berlakunya peristiwa-peristiwa yang besar yang menguji umat Islam dalam menjalani kehidupan dunia sebelum bertemu dengan Allah SWT. Allah Ta’ala memilih dibulan ini diturunkan al-Quran Karim yang menjadi kitab petunjuk kepada umat Islam.
 Yang membeza antara perkara yang betul dan perkara yang salah.   “Bulan Ramadan yang diturunkan baginya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan yang membezakan antara perkara yang betul dan perkara yang salah”. Oleh kerana berlakunya pertembungan di antara perkara yang benar dengan perkara yang salah. Maka, Allah Ta’ala memilih berlakunya perang Badar di bulan Ramadan. Peperangan yang memaksakan Nabi SAW dan para sahabatnya yang kecil jumlahnya, yang kurang kelengkapannya berdepan dengan musuh-musuh Islam. yang menegakkan kebatilan, kezaliman dan kejahatan.  Walau pun mereka tahu benarnya Islam. Baiknya diri  Nabi SAW, tidak ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Melainkan kerana melaksanakan perkara yang baik yang diperintah oleh Allah SWT. Perkara yang jahat, itu pun disanggah dan ditentang habis-habisan. Memaksakan berlakunya pertembungan secara bersenjata di bulan Ramadan. Yang menentang itu di kalangan bangsa Arab, keluarga Nabi SAW. Peristiwa yang sangat menguji perasaan hati nurani umat Islam yang dipimpin oleh Nabi SAW. Allah Ta’ala pilih peristiwa yang menyayat hati berlaku di bulan Ramadan. Mereka yang sanggup meletakkan Islam perintah Allah mengatasi segala kepentingan yang lain. Sanggup melakukan peristiwa Badar ini.  Maka Allah memberi keistimewaan kepada mereka yang terlibat dalam perang badar dengan firmanNya mengikut riwayat hadis Qudsi yang bermaksud, “Hai, ahli Badar buat apa yang kamu mahu lakukan. Aku ampunkan dosa-dosa kamu”. Keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada ahli Badar kerana mereka menjadi orang beriman sebenarnya. Yang sanggup sabar menghadapi ujian. Adalah menjadi suatu hikmat yang besar Allah pilih peristiwa ini berlaku di bulan Ramadan.  Marilah kita mengambil kesempatan ini bukan sahaja membentuk peribadi dengan mengerjakan ibadat yang diwajibkan dan disunatkan. Dalam masa yang sama kita membuka minda kita dengan mengkaji, mempelajari dan memahami kisah-kisah yang berlaku di bulan yang mulia ini. Supaya kita meninggalkan bulan yang mulia ini dengan keadaan menjadi orang Islam dan orang yang beriman yang sebenarnya dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.  Sekian, selamat berpuasa.  Dato’ Seri Abdul Hadi Awang  Presiden PAS

31 July 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Sheikh Sambal mengucapkan kepada semua sahabat dan pengunjung, selamat berpuasa dan beramal ibadat sepanjang bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa (Al Baqarah : 183)


Mari kita perbanyakkan membaca Al Quran pada Ramadhan ini. Juga zikirrullah dan solat malam. Bulan Ramadhan juga menjanjikan byk godaan makanan yang berbagai jenis muncul di Bazar Ramadhan yang tumbuh bagai cendawan, olehitu, berwaspadalah. Jagalah puasa kita betul-betul jgn sampai kita cuma dapat lapar dan dahaga sahaja.


Selamat Berpuasa kepada semua. Ramadhan Mubarak!!

29 July 2011

GOLDEN CHURN CREAMY BUTTER - ADA LEMAK BABI !!!!

Harimau Patah Taring....

malaysiavssingapore23july2011.png malaysia vs singapore, malaysia vs singapore 2nd leg, malaysai vs singapore 28july 2011, result latest malaysia vs singapore 28july 2011, ticket info malaysia vs singapore 2011, malaysia vs singapore 28july at stadium bukit jalil
Walaupun disokong oleh 80 ribu penyokong setia Harimau Malaya tak larat menyekat permainan licik SingaPura. Sheikh Samabl tengok awal2 dah macam hapa terus malas tengok lagi. Tah hapa yang kena dengan pasukan Rimau kita. Bagai tersampuk oleh aura sang Singa. Lakonan hebat begitu dapat juga mengikat Rimau kita yg ganas dalam igauan penonton.

Image Detail
Singa memang pandai berlakon...sungguh menghiburkan..

Apa-apa pun secara semula jadi taring harimau akan tumbuh semula setiap kali ia patah atau tercabut. Walaupun kalah dalam pusingan kelayakan piala dunia ini, Harimau Malaya ada masadepan yang cerah dengan ramainya pemain muda dalam skuad.

Taring patah...akan tumbuh kembali...usah berputus asa...kerana "ada jalaaannnnnyyaaa..."
Sekarang pun kita lihat demam bola sepak telah kembali ke dalam masyarakat. Bola sepak kita boleh menjadi seperti dulu seperti zaman Super Mokhtar. Dengan integriti dan kekuatan dalaman yang penting untuk menolak sebarang rasuah bolasepak yg mula menular semula, pasukan kita boleh maju.

Jika rasuah dapat masuk semula dalam rencah bolasepak negara maka harapan kita untuk melihat Malaysia bermain cemerlang di pentas antara bangsa hanya akan tinggal harapan sahaja. Ikrar pemain kita pada perlawan akhir Piala Malaysia yang lalu harus dipantau selalu.

Polis harus membuka mata terhadap mana-mana persuah bolasepak (punters) dan jangan memberi mereka peluang menyogok para pemain muda kita. Bukan sibuk tangkap orang BERSIH saja. Jangan jkadi barua UMporNo sahaja. Jangan makan rasuah polis hoi..tapi benteras rasuah. Dalam masa yang sama, FAM harus juga membuat pengisian rohani kepada para pemain agar mereka kebal dari rasuah ini.

Jangan pula pemain tak rasuah , para pentadbir pula haprak makan rasuah. Pasukan pentadbiran mesti bersama-sama para pemain berusaha menjauhkan penyakit rasuah ini. Kalau dah jadi barah, stadium kita akan kosong semula. Mainlah engkau dengan sapa pun penonton non-tegar tak akan datang menonton.

Jauhkan rasuah bolasepak...majulah sukan untuk negara berkebajikan...


Sheikh Sambal.
29 Julai 1201

07 July 2011

Majlis Makan Malam Bersama Presiden PAS di Miri

Alhmadulillah sambutan Majlis Makan Malam Pas Miri sempena Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum ke-13 sangat menggalakkan. Dalam ruang yang agak sempit, hampir 300 orang datang untuk meraikan majlis makan malam tersebut.

TGHH yang tiba di Miri pukul 10pagi semlam bersama rombongan selepas selesai program di Kota Kinabalu. Mazlan Aliman yang bersama dalam rombongan itu telah dinafikan kemasukannya ke Sarawak khabarnya dengan arahan dari Pejabat KM. Selepas segala usaha rayuan untuk menjijak kaki ke dunia Miri gagal, Mazlan akhir terpaksa balik ke KK dan seterusnya ke KLIA.

TGHH disambut oleh AJK Pas Kawasan Miri dan terus dibawa ke progran yang telah sedia atur untuk beliau. Antaranya ialah berjalan santai menemui kaum Tiong Hua di 7-UP Cafe. 

Di sebelah petang TGHH telah dibawa ke kampung setinggan di Pujut 3. TGHH dibawa menyaksi betapa kehidupan orang miskin tegar bandar cuba meneruskan hidup yang teramat mencabar untuk mereka. Di sana TGHH telah berpeluang memberi sumbangan berupa keperluan seharian kepada penduduk kampung Pujut  3.

Sebelah malam bermula dengan program Majlis Makan Malam pada pukul 8mlm hingga ke pukul 11mlm. Perlancaran tabung pilihan raya disudahkan dengan acara penyampaian cek olok-olok oleh setiap dewan Pas di Miri.

Semuga Pas Kawasan Miri akan berkembang maju dan beroleh Parlimen Miri pada PRU 13 kan datang.

TAKBIRRR!!


Sheikh Sambal

06 July 2011

Bila Takut Memuncak...

Sheikh Sambal hari berpeluang untuk jadi pengiring @ pemandu kpd rombongan TGHH yang datang berkunjung ke Miri. Awal pagi SS dah siap baguh kereta dan menunggu di airport Miri. Pukul 10pg TGHH pun sampai. Bersama beliau sepatutnya ada Mazlan Aliman yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Tunggu punya tunggu...Mazlan tak juga keluar. Lihat sini...


PA TGHH terima panggilan dari sahabat yang bersama Mazlan, katanya Mazlan Aliman kena tahan oleh Imegresen Sarawak.! Berita yang sungguh mengejutkan! Khabarnya pihak Imigresen mendapat arahan dari Pejabat Ketua Menteri supaya mengahalang Mazlan Aliman dari masuk ke Sarawak.


Sebelum Miri Mazlan bersama rombongan TGHH berkunjung ke Sabah. Tidak ada masalah di sana. Masuk ke Miri, lain pulak jkadinya.


Begitulah kalau dah takut dengan bayang-bayang. Mazlan bukannya penjenayah atau ketua gengster. Beliau hanya seorang aktivis yang memperjuangkan hak rakyat terhadap tanah mereka. Mungkin itulah yang ditakuti oleh TokUban. Takut Mazlan cakap pasal tanah orang Sarawak yang banyak kena tibai dek puak2 BeEnd.


Sabarlah Mazlan. Sekarang ni zaman internet.Hang tak dapat masuk sini tak pe, ucapam hang melambak dalam You Tube. Orang Sarawak boleh dengar jugak. Tak tau lah kalau pejabat TM nak sensor internet pulak lepas ni....


Teruskan perjuang membela rakyat!



01 July 2011

KUNING vs MERAH


Warna Kuning sangat dihormati oleh orang Melayu. Warna Kuning warna diraja. Lambang keagungan raja-raja Melayu. Tak seperti warna merah yang hanya layak dipijat seperti karpet merah, warna Kuning dipakai dibadan atau dibuat pengikat atau pembalut sesuatu yang sangat berharga.

Maka warna Kuning itulah yang dijadikan warna perjuangan rakyat untuk mendapatkan keadilan dalam sistem demokrasi di Malaysia ini. Kerana warna Kuning warna yang menggambarkan keagungan keadilan yang diperjuangkan. Pilihanraya yang adil dan telus akan melahirkan kepimpinan negara yang dimahu rakyat jelata. Pemimpin yang benar-benar dipilih rakyat bukan dengan cara penipuan atau manipulasi sistem pilihan raya yang ada. 

BERSIH 2.0 berpangkal dengan warna Kuning. Dengan tekat untuk  membersihkan sistem pilihanraya kita maka BERSIH 2.0 mengajak para pencinta keadilan turun menunjuk rasa bahawa sistem yang ada perlukan pembaikan. Perhimpunan rakyat dalam BERSIH 2.0 bukan untuk menghuru-harakan negara tetapi sebaliknya. Seperti warna Kuning yang kita agungkan, begitulah juga sistem pilihanraya yang kita dambakan. Sistem yang agung yang dapat melahirkan pemimpin yang benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat bukan untuk towkey, bini atau penasihat antarabangsa( hic).

Yang marah sangat dengan warna Kuning adalah dari golongan merah sahaja. Lambang merah Umngok hanya membawa erti kaki panas baran yang sentiasa berdengki. Rakyat mahu berhimpun secara aman tetapi golongan merah inilah sedaya upaya menahan dan menghalang ia dari berlaku. Apabila tak tertahan oleh aliran rakyat yang membuak, maka dihantarlah si kepala merah untuk membuat onar.

Si Kepala Merah inilah yang menjadikan huru-hara. Kalau mereka ini tidak menyepak dan menyembur dan menembak, perhimpunan tentunya menjadi suatu yang santai dan seronok. Para peniaga pastinya akan untung besar dengan kedatangan para PELANCUNG TEMPATAN ke Kuala Lumpur. Mak Menteri Ng Yen Yen yang kebingungan menari rentak si merah umngok kata negara akan rugi RM1 bilion. Entah mana diceduk perkiraan itu entahlah. Agaknya tuan Merah yang sedang marah pada rakyat itu yang mengajar..patutlah bangang semacam..

Seperti karpet merah, golongan merah ini patut dipijak sahaja dalam PRU13 nanti.....kalau rakyat bersatu menghumban mereka, sudah tentu manipulasi sistem pilihanraya yang mereka pegang akan terurai..

Marilah kita pakai baju Kuning Bersih. Tanda kita daulatkan Raja kita. Tanda kita cintakan keadilan sejagat.


Sheikh Sambal
1:35am 1julai2011

29 June 2011

Seloka BERSIH 2.0


Kuning KL melaut tentunya,
Rakyat jelata menunjuk rasa,
Pening kepala Jib Tunya,
Mengenang SPR digempak massa.

Utusan belasah kiri dan kanan,
PERKOSA mengigau nak bunuh Cina,
Pesanan rakyat disia-siakan,
BERSIH 2.0 memang mengena..

Rais Yatim mohon dihenti,
BERSIH 2.0 dikutuk tidak terperi,
Habis di kautim media sendiri,
Namun sejuta memberi undi..

BERSIH tentu lawanya kotor,
Kepala BN dah penuh sampah,
Manakan rugi peniaga Kuala Lumpur,
Ratus ribu datang nak membeli belah...

Nanti pelancung habis lari,
Kata menteri bangang sendiri,
Eh...bukankah kita dalam negeri,
Melancunglah juga di KL nanti..!

Sembilan tujuh tarikh keramat,
BERSIH 2.0 bawa amanat,
Rakyat jelata jadi penggiat,
Polis jangan jadi laknat..

300 ribu orang Mat Sabu,
Kawanya LGE tak mahu kalah,
Pusu berpusu hala yang tentu,
Gugup UMNgok resah gelisah...


Sheikh Sambal
                                                                     12:51am 28Jun2001