06 January 2010

Kalau Sarjan Hebat...Jeneral & Menteri?

Sheikh Sambal tak dapat menahan rasa kagum dan haibah terhadap seorang sarjan yang didakwa melesapkan Enjin F5E milik TUDM (lihat laporan UM). Memang Sarjan tersebut berhak diberikan tabik spring 3 kali!!
Berita malam tadi sungguh mengujakan dan memeranjatkan SS. Terasa bangga pula jadi rakyat Malaysia yang mempunyai orang-orang yang hebat begini.
Kita tak cakap soal hukum hakam di sini, cuma tentang kebolehan dan keupayaan seorang pegawai pangkat rendah yang mampu mengeluar dan menjual 2 Enjin Jet F5E yang berharga RM50m setiap satu.

Hal begini jika diikutkan perlu izin bertulis dari berbagai pihak daripada ATM/TUDM dan badan-badan kerajaan yang berwajib. Bagaimana pula tentang LOGISTIK dan peraturan dan prosedur yang ketat (kerana ia melibatkan keselamatan negara) yang perlu diatasi. Sarjan tersebut berupaya melakukannya semua ini tanpa disedari. Hanya selepas setahun lebih bila Menteri Pertahanan yang baru mendedahkan tentang kehilangan 2 enjin jet ini.

Sekarang disyaki enjin-enjin tersebut berada di Uruguay. Uruguay bukan dekat seperti Seberang Takir atau Semenyih. Uruguay nuuun.. di Benua Amerika Selatan, di sebalik dunia Malaysia ni. Kalau kita tengahari sana tengah malam! Apa cerita?

Hebat!. Sungguh hebat sarjan itu bersama dengan kawannya seorang pengarah syarikat. Dua orang saja dah berupaya menghilangkan RM100juta harta negara!! Dari segi keupayaan, hamba mahu tabik spring lagi terhadap sarjan dan kawanya itu. Tabik! Tabik! Tabik!
Sheikh Sambal terfikir pula, kalau sarjan kita dah macam tu, bagaimana pula keupayaan yang pangkat-pangkat atas lagi. Kapten, Leftenan, Kolonel, General dan Menteri?? Berapa banyak lagi yang boleh lesap tanpa kita sedari?

Malaysia Boleh!! Semua Boleh!!

Ya Allah.... Selamatkan Malaysia....
.
UPDATE

PETALING JAYA 6 Jan. - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan, N. Tharmendran, 42, dan seorang ahli perniagaan, K. Rajandran Prasad, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan bersubahat mencuri dan melupuskan dua enjin jet pesawat. - UTUSAN

.

.

04 January 2010

Bila UMNO Bertakbir!

Dua tiga hari lepas kita tengaok UMNO dan geng-geng yang sewaktu dengannya sibuk bertakbir di seluruh negara. Isunya ialah bertelingkah dengan Mahkamah Tinggi yang membenarkan puak Kristian menggunakan nama atau kalimah ALLAH dalam penerbitannya.
Satu Malaya UMNO usung kain rentang yang membingit marah kepada mahkamah dan puak Kristian.
Nama 'ALLAH' cuma untuk orang Islam sahaja! kata mereka. Nasib baik mereka tak kata ALLAH untuk orang Islam sahaja...kalau itu sah kena taubat dan mengucap lagi sekali...
Sana-sni UMNO buat demonstrasi. Pastinya tanpa permit. Kalau kita berkumpul ramai-ramai bantah kezaliman mereka pasti pula isu perhimpunan haram jadi justifikasi untuk menembak air asid pada kita!! Tapi bila UMNO buat perhimpunan haram, semua jadi halal pula.
NGO-NGO UMNO berpusu buat bantahan dan laporan polis. Jangan sesekali Orang Kristion menyebut nama ALLAH dalam buletin dan akhbar mereka. ALLAH suci dari sebutan mereka. Mereka tidak layak menggunakan kalimah ALLAH sebab mereka bukan Islam. ALLAH hanya untuk orang Islam di Malaysia. Kata mereka.
UMNO dan para NGO pengampu pun bertakbir. Bukan senang dapat peluang bertakbir begini. Selama ini mereka hanya mampu bertempik, HIDUP! HIDUP! UMNO dan sesiapa menteri yang nak di ampu mereka. Kini peluang untuk bertakbir datang, maka peluang ini digunakan sebaik-baiknya. Asyik PAS saja yang bertakbir sana sini, mereka pun tergiur gak nak bertempik bertakbir. Lantaklah apa nak jadi. Orang Kristian jangan berani tulis ALLAH dalam akhbar mingguan atau apa saja tulisan mereka. ALLAH cuma untuk orang Islam Malaysia. Takbir! Takbir! Takbir! Puas hati hati. Begitu sekali rasa mereka.
Kalaulah UMNO dan geng NGO mereka bertakbir dan berdemo untuk menunjukkan jijik dan getik kepada kezaliman dan rasuah yang bermaharajalela di Malaysia ini, kan lebih menggembirakan kita. Kebetulan mereka memegang kuasa di Malaysia ini dan jika mereka pula berhempas pulas untuk membenteras rasuah dan penyelewengan sebagaimana mereka mahu membenteras orang Kristian dari menggunakan kalimah ALLAH, alangkah cantik dan baiknya. Malaysia tentu sudah menjadi negara maju dan makmur lama tanpa payah menuggu 2020. Ini tidak, semakin dekat kita dengan 2020 semakin parah kita dengan skandal dan penyelewengan dalam negara. PKPZ, Enjin Jet, Altantunya, bumbung runtuh, 60% peruntukan pembangunan lesap dan banyak lagi.
UMNO dan geng NGO engkau semua mari berdemo untuk menyatakan marah dan sesal pada semua penyelewengan dan skandal-skandal ini. Ada berani??!!

31 December 2009

Polis & Pesta Tahun Baru

Polis di Pulau Pinang akan turun padang untuk mengawal orang ramai yang berpesta sakan menyambut tahun malam ini. Polis tidak mahu peristiwa ahli RELA kena belasah oleh kaki parti (party revellers) semasa sambutan malam Krismas 24 Disember lepas. Dalam peristiwa itu beberapa anggota RELA telah dibelasah dengan topi keledar oleh pemuda-pemuda liar yang berseronok meraikan malam Krismas.
Itulah semangat Satu Malaysia, merayakan semua hari besar semua kaum dan berseronok membelasah polis dan RELA semua kaum.
Kali ni Polis dan RELA tak rela diperbudakkan oleh geng mabuk pesta ini. 4000 anggota Polis telah bersiap sedia untuk menggempur kalau mereka berani kacau Polis.
Siapa yang ajar budak-budak ni bertindak ganas? Minuman keras dan tapak pesta telah tersedia. Mereka pun gunalah. Bila dah mabuk, apa pun mereka berani buat. Nasib baik tak mati anggota RELA hari tu.
Malam ini pesta tahun baru ada di merata pelusuk tanahair. Letihlah polis dan RELA. Jangan sibuk jaga orang sedang berpesta sehingga keselamatan rakyat lain tergugat. Seperti dulu, bila polis sibuk mengacau dalam perhimpunan aman di ibukota, tempat lain tertinggallah. Maka sang perampok dan peragut berpesta juga.
Pada orang-orang yang mahu berpesta malam ini ingatlah sikit. Janganlah sampai menyusahkan orang lain. Kalu kamu nak minum jangan tempat awam. Pergi minum tempat yang Tuhan tak nampak!. Nanti bila mabuk taklah menyusahkan orang lain.!!
Kepada abang-abang Polis dan RELA bertugaslah dengan adil dan saksama. Janganlah Perhimpunan BERSIH sahaja kamu siram air asid, perhimpunan pesta-pestaan ini pun elok disiram mamat-mamat yang mabuk dan tak tentu akhlak tu!!

30 December 2009

Tok Guru: Blog Celaka !

TGNA memang tepat menuding celaka kepada bloggers yang membuat fitnah dan berita palsu. Spekulasi yang dibangkitkan oleh sebuah blog yang mengatakan bahawa Dato' Husam akan meletakkan jawatan membuat TGNA naik hangin.
Tok Guru kata beliau sayang pada Husam kenapa bloggers ini mengapi-apikan berita yang tidak benar. Nyata fitnah yang disebarkan terkena muka mereka bila Tok Guru menyumpah celaka ke atas mereka. Dalam sidang medianya semalam TGNA menegaskan bahawa Dato' Husam tidak akan melepaskan jawatan dan menemplak blogger yang membuat berita palsu itu.
Berikut adalah petikan berita Harakandaily dari sidang media beliau semalam..
Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.
Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau. “Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.
Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”
Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”
“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

23 December 2009

Halal "Bak Kut Teh": Pada Pati, Tidak Pada Nama

KUALA LUMPUR, Malaysia – A Malaysian government-backed campaign to popularize a well-known ethnic Chinese soup by making a version that avoids pork and fulfills Islamic dietary rules sparked criticism Tuesday by activists who fear it will confuse Muslims.
A halal version of "bak kut teh," a herbal broth traditionally made with pork ribs, was introduced at a Tourism Ministry food fair last weekend to promote local cuisine. The new version contains chicken, seafood or vegetables instead of pork, which Islam prohibits.
However, some Muslims object to the use of "bak kut teh" to identify the revamped recipe, saying the name is synonymous with pork among people in Muslim-majority Malaysia and neighboring Singapore, where the dish is beloved by the ethnic Chinese community.
"Bak kut teh" means "meat bone tea" in a Chinese dialect, but the meat is generally understood to be pork.
"This will cause misunderstanding among the public. It might even lead some Muslims to wonder whether it is all right to eat pork," said Ma'mor Osman, secretary general of the Malaysian Muslim Consumers Association.
The association plans to send a complaint to the Tourism Ministry, urging it to find a new name for the halal version, Ma'mor told The Associated Press.
The Department of Islamic Development, a government group that oversees Islamic policies, reportedly said it won't allow the dish to be formally certified as halal if it continues to be named "bak kut teh."
Islamic authorities are worried that Muslims will wrongly assume that the soup's pork version is suitable for consumption, the department's deputy director, Lokman Abdul Rahman, told the Utusan Malaysia newspaper.
Tourism Ministry officials who could comment on the matter were not immediately available. The ministry has spearheaded many culinary promotion efforts this year, hoping to project Malaysia as a travel destination for a wide variety of unique dishes.
By SEAN YOONG,Associated Press Writer - Tuesday, December 22

************************

Apahal Menteri Pelancungan sibuk nak promosi Bak Kut Teh(BKT) halal? Tiada dalam kamus, BKT halal. Memang sah BKT itu sejenis hidangan sup herba daging babi. Kalau pun ditukar dagingnya kepada ayam atau kambing atau seafood, ia bukan BKT lagi. Harus diletak nama lain, bukan BKT halal. Kalau BKT halal, samalah macam kita tukar nama 'Kambing' jadi 'Babi Halal'. Bukankah itu pelik pada tahap gaban!

Tau lah Menteri Pelancungan tu etnik Cina dan mungkin niatnya baik untuk memperkenalkan BKT yang digilai orang kaum Cina dalam versi halal. Tapi dia perlu fahami persepsi orang Melayu pada apa saja yang berkait dengan babi tetap dipandang jijik. Walaupun JAKIM mungkin boleh memberikan sijil halal oleh sebab ingredientnya halal, namanya pada orang Melayu Islam tetap 'tidak halal'.

Cipta saja nama lain. Herba yang digunakan boleh saja sama dan isinya boleh jadi ayam atau kambing atau makanan laut. Letak saja nama 'Sup 1 malaysia'. Pasti PM Najib suka. KPI Ng Yen Yen pasti dapat markah A++.
Begitu juga nama hidangan di hotel 5 bintang yang banyak sudah menterbalikkan maksud dan makna sebenar sesuatu makanan yang asalnya adalah haram. Contohnya, Turkey Bacon (Bacon Ayam Belanda), Chicken Ham dan Beef Hamburger. Bacon dan Ham adalah nama-nama bahagian daging babi. Bukankah pelik jadinya bila daging halal diberikan nama babi!!

Halal mungkin pada patinya bukan pada nama!

Aduss!! Lalu meloya pulak tekak Melayu aku ni!!!

Uwweekkk!! Uwwekkk!! Uwwekk!!


.

22 December 2009

Tok Pa Usah Kelentong la......!

Mustafa Muhammad kata Kelantan memang patut dapat Wang Ehsan sebab kawasan pengeluaran minyak ialah 3 batu nautika dari pantai. Dia kata Wang Ehsan itu sama seperti Terengganu. Tapi Terengganu dah dapat balik Royaltinya. Pengeluaran minyak di Terengganu lebih dari 3 batu nautika juga. Kalau Terengganu dapat Royalti, Kelantan pun patut dapat juga.
Adakah ini bermakna selepas Kelantan dapat ditawan BN Wang Ehsan itu akan bertukar jadi Royalti?
Dia kata jumlah Wang Ehsan itu sama saja dengan royalti cuma cara pembayaran sahaja berbeza. Apa Tok Pa ni cakap merapu putar belit nak bodohkan orang Kelantan. Kalau sama kenapa tak bagi ikut Royalti melalui pembayaran rasmi kepada Kerajaan Negeri Kelantan megikut perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri pengeluar minyak dan gas.
Adakah sebab UMNO tak dapat kontrol duit royalti maka dinamakan wang ehsan. Esok bila dah boleh kontrol tukarlah kepada royalti? Begitu ?
Belajar tinggi-tinggi jadi menteri tapi guna kepala lutut! Peh! Apa punya kelentong! Orang bodoh pun malas nak percaya.....
.

11 December 2009

Pendapatan Petronas Berkurangan, Ekonomi Negara Terkesan!

Parlimen Malaysia,
10hb Disember 2009
—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

Kami menyambut baik usaha PETRONAS yang mengumumkan prestasi separuh tahun bagi tahun kewangan yang akan berakhir pada 31hb Mac 2010. Tatkala kami hargai sumbangan PETRONAS untuk meningkatkan pendapatan Negara, berjumlah 48.6% dari jumlah keseluruhan pendapatan, kami juga merasa bimbang dengan merudumnya keuntungan syarikat tersebut kerana ianya bersangkutan langsung dengan kedudukan ekonomi Negara.

Pendapatan PETRONAS berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 billion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%. Sepanjang 5 tahun ini, PETRONAS adalah entiti yang memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan Negara. Untuk tahun kewangan 2008 sahaja, sumbangan PETRONAS merupakan 44.9% dari pendapatan Negara. Kebergantungan terhadap PETRONAS ini mengaburi kita dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka untuk memulihkan kewangan Negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998.

Sepanjang 5 tahun ini, penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS oleh kerajaan telah membengkak sekitar 21% setiap tahun. Ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber PETRONAS oleh kerajaan bertambah sebanyak 21% dari apa yang digunakan pada tahun sebelumnya. Ini juga bermaksud sepanjang 5 tahun ini, wang yang disedut oleh kerajaan telah meningkat lebih dari dua kali ganda. Misalnya pada tahun 2005, petronas menyumbang sebanyak RM31.2 billion dari jumlah keseluruhan belanjawan Negara. Namun pada tahun 2008, jumlah wang PETRONAS yang membentuk belanjawan Negara adalah sebanyak RM 74 billion-peningkatan sebanyak 130% sepanjang 5 tahun ini.

Akibat dari ketagihan menggunakan sumber PETRONAS, syarikat ini tidak lagi mampu menampung ketirisan serta perbelanjaan boros oleh kerajaan pusat. Sedangkan pengunaan oleh kerajaan bertambah 21% setiap tahun, keupayaan PETRONAS hanya berkembang pada tahap sekitar 16% setiap tahun. Jelasnya kerajaaan barisan nasional memerah lebih dari apa yang termampu dilakukan oleh PETRONAS.Tambah memburukkan keadaan kerajaan pusat membentangkan belanjawan yang berjumlah RM 208billion untuk tahun 2009 dan pakej ransangan yang berjumlah RM 60 billion, ketika unjuran pendapatan tahun 2009 berasaskan harga minyak mentah bulan September 2008. Saya sewaktu membahaskan belanjawan 2009 telahpun menggesa kerajaan supaya menyemak semula belanjawan yang dibentangkan kerana perubahan mendadak serta keadaan tidak menentu harga petroleum ketika itu. Walaupun begitu saranan saya dan rakan-rakan ditolak oleh kerajaan umno-barisan nasional.

Selepas hampir 1 tahun berlalu, kita berdepan dengan keadaan sukar kerana kerajaan sememangnya tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi menunaikan janji-jani yang dibuat, kerana keuntungan PETRONAS berkurangan sebanyak 50%. Ini bermakna pendapatan kerajaan untuk perbelanjaan dan pakej ransangan akan berkurangan separuh dari jumlah yang dijanjikan.

Perkembangan ini menjejaskan kedudukan ekonomi Negara. Anggaran kami menunjukkan sasaran pertumbuhan kerajaan terlalu optimistik kerana kekurangan dana untuk dibelanjakan. Makanya sasaran untuk mengurangkan defisit belanjawan Negara pada tahun hadapan juga perlu disemak semula berdasarkan pendapatan Negara yang semakin berkurangan ini.

Kami menyeru kerajaan barisan nasional agar memastikan ketelusan dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia berhubung kesan dari merudumnya keuntungan PETRONAS terhadap prestasi ekonomi Negara. Kami berpendirian adalah baik untuk kepentingan Negara sekiranya YAB Menteri Kewangan menjelaskan secara terperinci kepada Dewan Rakyat, semakan semula unjuran pendapatan Negara untuk tahun 2010 serta dampaknya kepada perbelanjaan untuk tahun 2010.Sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian kepada beberapa mustahak yang menyangkuti kepentingan umum:

1)Memastikan ekonomi Negara tidak lagi bergantung kepada sumber petroleum dan gas semata-mata. Industri pembuatan yang bernilai serta berdaya tinggi dan perkhidmatan perlu dijadikan sector utama memacu pertumbuhan ekonomi.

2)Memastikan penggunaan dana PETRONAS telus untuk penelitian umum agar pembaziran serta ketagihan yang sama tidak berulang sepertimana yang berlaku dari tahun 2005-2009.

3)Menstrukturkan semula subsidi gas dan pembayaran royalti agar tidak ada lagi ketirisan. Subsidi gas hanya menguntungkan sesegelintir berikutan perjanjian IPP yang berat sebelah seperti sekarang mengakibatkan ketirisan dan korupsi.

4)Kerajaan Malaysia mesti bertindak untuk menjadi pemudah cara/fasilitator kepada PETRONAS untuk mendapatkan kawasan baru di luar Negara untuk menampung keperluan tempatan yang meningkat

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT


.

08 December 2009

Syabas MB Kedah!

Azizan minta rakyat tegur kesilapan kerajaan negeri
Nazri Abdullah

ALOR SETAR, 8 Dis: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak meminta rakyat negeri itu menegur dan memberitahu tindakan silap dan boleh dianggap zalim yang dilakukan kerajaan negeri.
Berucap pada himpunan bulanan bersama kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman semalam beliau memberitahu, kerjasama rakyat itu sangat perlu bagi memudahkan kerajaan negeri bertindak segera bagi membetulkan segala kesilapan demi kesejahteraan rakyat negeri itu."Saya mintak semua rakyat tolong tunjuk di mana kerajaan sekarang buat zalim supaya kita dapat baiki.
"Kita mengaku tak semua kita buat adil, kita tak mahu nak jawab depan Tuhan," katanya ketika berucap dihadapan kakitangan dan pegawai kerajaan negeri semalam.
Pada perhimpunan tersebut beliau turut mengingatkan kesemua kakitangan kerajaan negeri cermat dalam menunaikan tanggungjawab pentadbiran agar tidak menzalimi rakyat.
Beliau tidak menolak kemungkinan, kerajaan negeri tidak terlepas dari melakukan perkara tersebut dalam urusan pentadbiran.
"Kita ni pegawai kerajaan. Saya menteri besar, ni ketua jabatan dan exco, kadang-kadang kita buat perkara zalim kat orang, sengaja dan tidak sengaja."Saya tekan sangat jangan buat zalim pada orang," katanya .
Lebih lebih lagi katanya, doa orang dizalimi langsung tidak terhijab dan akan dimakbulkan Allah.
Sehubungan itu semua kakitangan di semua peringkat ujarnya perlu berhati-hati agar tidak terjerumus dalam melakukan tindakan yang boleh disifatkan sebagai zalim.
*******************
Kalaulah Najib dan semua pembesar negara seperti Azizan..sudah tentu Malaysia tercinta ini akan jadi negara tersohor di seluruh dunia. Bila pemimpin beramanah dan berakhlak, rakyat akan ikut sama dan Malaysia akan jadi negara yang "BALDATUN TOIYIBUN, WA ROBUN GHAFUUR".... Negeri yang baik dan Tuhan yang mengampuni...
Segala matlamat untuk menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi akan tercapai dengan mudah, kerana negra sudah penuh berkat dan rahmat... Najib dan UMNO/BN paham ke ni?

07 December 2009

Tambang Haji Naik Lagi.....Jemaah Haji Malaysia Mampu?

Tabung Haji sedang mengkaji untuk menaikkan tambang haji mulai tahun hadapan atas alasan kos penginapan telah bertambah. Dulu naik sebab kos pengangkutan tinggi. Bila minyak turun harga , tidak pula TH turunkan tambang haji. Sekarang bila kos penginapan naik harga tambang naik lagi. Habis tu, keuntungan dari harga minyak yang lebih rendah simpan mana?
Adakah sebab jemaah haji Malaysia berbelanaja besar hampir RM80 juta selama 2 bulan di Makkah dan Madinah membuatkan TH mahu menaikkan harga? TH jaki ke tengok orang kita berbelanja besar di sana. Orang kita pun satu hal, pergi Mekah banyak sangat bershopping. Alangkah baiknya kalau masa yang terluang tu dipenuhkan dengan ibadat. Dah pergi jauh-jauh bersusah payah korban masa tenaga dan wang ringgit, lagi mahu shopping sakan kat sana.
Cubalah simpan duit tu, beli tasbih kat Jalan Masjid India je untuk buat ole-ole orang kampung....tapi tak ada pulak berkat Mekah nya ye tak?
Walaubagaimanapun, kita minta TH berpada-pada untuk menaikkan tambang. TH dah untung besar dalam bidang pelaburan lain, eloklah bagi subsidi pada jemaah kita untuk ke Mekah. Ingatlah, tanpa pencarum tabung haji, TH takkan dapat laba dan boleh berniaga macam-macam.
TH asalnya duit para penabung untuk ke Mekah..itulah niat asal TH diwujudkan. Janganlah sebab nampak para jemaah haji kita banyak duit, maka TH terus nak menaikkan tambang haji. Berilah sedikit keistimewaan kepada para pencarum dan penabung tabung haji.
.