08 October 2009

Darah Pejuang di Bagan Pinang


Sememangnya merah darah pahlawan,
Mengalir panas di Bagan Pinang
Demi kalimah yang satu..
Biar tersembur darah wira
Parti Islam tetap dijunjung dipertahan jua..

Datanglah samseng !
Datanglah 3 jalur mega !
Bawalah besi, belantan dan senjata
Darah merah biar mengalir
Hatta nyawa pejuang wangsa
Islam tetap wahid tempatnya

Walaupun kau tetak
Kau pancung putus!
Pejuang akan terus cekal
Membawa bendera kalimah
Biar tegak menongkah langit Bagan Pinang..

Amuklah samseng berjalur-jalur
Bawa olehmu perang tempur
Parti Islam kan tetap menang
Atas korban darah merah pejuang
yang mengalir di Bagan Pinang....
....


Sheikh Sambal
19 Shawal 1430


Bila Terdesak Mereka Mengganas!!

Malam tadi Markaz PAS di Bagan Pinang diserang oleh orang UMNO dan lebih enam orang pemuda PAS ditumbuk. Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki terbabit telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ. Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.
Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka. Berita lanjut di sini.
Ketua DPP Ustaz Nasarudin Tantawi telah mengerahkan semua pemuda negeri datang ke Bagan Pinang untuk mengawal keselamatan. Memang keselamatan kita, kita yang kena jaga. Polis memang tak boleh diharap. Buatlah laporan bertimbun sekali pun, takkan ada tindakan. Tapi lihatlah kalau orang UMNO yang kena tumbuk tau kena tepuk, melilau mereka mencari pembuat angkara.
Sepatutnya PAS telah belajar dari peristiwa di Ijok. 4 orang pemuda PAS Hulu Langat kena belasah oleh samseng UMNO dari Kelang. Akibat dari itu seorang terpaksa dimasukkan ke ICU dan yang lain terpaksa dirawat diwad biasa. Laporan polis dibuat tetapi sehingga hari ini tiada tangkapan atau apa-apa siasatan dibuat. Yang peliknya, dalam TV malam tu, ditunujkkan budak UMNO dipapah masuk ke dalam ambulan dan dituduh PAS yang pukul.
Ingat, UMNO akan melakukan apa saja untuk menang di Bagan Pinang. Mereka dalam keadaan yang tertekan. Seperti binatang yang cedera, mereka akan mengamuk bila ada peluang. Poster dan banner mereka dijatuhkan cuma alasan untuk bertindak liar. Dan itulah yang terjadi malam tadi.
Provokasi awal yang dilakukan oleh Ketua 'Puteri' UMNO Dato' Azeez bahawa beliau ditumbuk (baca:ditepuk) pada hari penamaan calon adalah 'run-up' kepada provakasi yang lebih hebat. Peristiwa malam akan digoreng oleh media mereka dan PAS akan digambarkan sebagai pihak yang ganas dan UMNO adalah mangsa, walaupun yang sebaliknya yang sebenarnya berlaku.
Lujanah Keselamatan PAS perlu lebih berjaga-jaga. Ini adalah 'perperangan'. Kita mesti bersiap siaga sentiasa. Perkara yang lebih buruk boleh berlaku. Semua markaz dikawal rapi oleh pemuda-pemuda berani kita.
Hari-hari terakhir ini amat penting. Tindakan UMNO akan lebih ganas kerana mereka lebih tertekan. Semuga semua petugas PAS cekal menjalankan tugas mereka. Mari kita semua bersolat hajat dan munajat kepada Allah agar turun pertolongan Allah kepda PAS di Bagan Pinang. Amin...

07 October 2009

Keputusan Bagan Pinang : Zulkefly 2 : Isa Samad 1

Tengoklah jari Sdr Zul dan Isa . Zul tunjuk 2 Isa cuma 1.....jadi awal lagi Zulkefly dah kalahkan Isa 2:1....he he he....

06 October 2009

GEMPAR!!...GAMBAR AZEEZ KENA TUMBUK....(tepuk)

Ni dia gambar Azeez kena TUMBUK...(baca: tepuk!)


Laporan Harakah tentang peristiwa tumbuk ini ... dan juga salah paham Azeez tentang apa itu TUMBUK apa itu tepuk!!


he..he...he... Azeez..Azeez...

Bencano Sini...Bencano Sano....!

Minggu lopeh rayo baru ni... memang minggu bencano. Bagi den sendiri, hari rayo ke- 3 ado bencano dalam keluargo...mak sedaro sakit mengojut, masuk sepital wad ICU dan meningal dunio esok eh. Tu bencano kocik dalam keluargo...
Dari bencano kocik tu datanglak bencano bosar. Gompo bumi kek Padang, Sumatera Barat. Lobih 1100 orang sah mati. Tu nangkoo kerajaan. Tak masuk lai yang hilang dan tetimbuih dalam tanah runtuh. Lobih 30 m dalam keno timbuih. Terkubur tak sompek kapan dan mandi... (semugo Allah ampunkan doso mereko...)
Yayasan AMAL Malaysia dah hantar pasukan untuk menolong sedaro maro kito kek sanun. Kerajaan Malaysia pun dah hantar pasukan SMART untuk operasi mencari dan menyelamat. Semalam misi mencari dan menyelamatkan pun dah ditamatkan sobab dah 6 hari..sumo dianggap matilah tu... Sekarang misi menolong mangso yang hidup pulak.
Tak beberapo jam gompo bumi kek Indonesia, berlakulak gompo dalam Lautan Pasifik yang menyobabkan Tsunami di Samoa, American Samoa dan Tongga. Kemusanahan yang berlaku hampir serupa macam kek Acheh dulu.
Di Filipina Taufan Ketsana membadai Pulau Luzon dan Indochino. Habih Ketsana, datang pulak Taufan Parma bawak banjir dan kemusnahan. Tak habih Parma dah mulo pulak Super Typhoon yangmenghalo ko Taiwan dan Jopun.
India pulak 2, 3 bulan lopeh kemarau ...tup..tup minggu ni, 1juta orang terpakso dipindahkan sobab tompek yang kemarau tu..dah bah pulak!
Ado arang alim ponah bagi tau den , segalo yang menimpo dunio ni adolah sobab dari perbuatan manusia. Kok elok perbuatan manusio mako eloklah hasil eh. Kok buruk tingkah laku tu yang fasad fil ard tu.. mako bencano turun. bilo bencano turun abih semuo kono godam...baik abid atau alim, dongan ahli maksiat sekali kono gulung. Cumo besok kek akhirat, masing-masing poi tompek memasinglah...
Zaman dulu, Allah bagi bencana taraf maksima pado bangso yang engkar. Habih satu kampung atau daerah. Zaman sekarang pun samo gak...banjir bosar, tsunami, gompo, kemarau, tanah runtuh,jerubu, hutan terbakar, atau apo pun, tu sumo balo dari Allah. Ingatan dari Allah supayo manusio balik ke pangkal jalan.
Mano yang dah tersilap buek salah tu mintaklah ampun. Kok nak bertanding lai pun buleh, tapi janganla pulak menipu. Kang turun balo lagi!! Walaupun askar tak bulih poi mngundi cam orang lain, bagilah peluang orang lain bagi penorangan. Ni tak...asyik nak menipu jo kojo!! Aden takut satuyo....kok tsunami turun kek Podiksen.
Kok tak tsunami laut....tsunami undi pado PAS/PR... kan balo tu pado UMNO/BN!! Tak nak balo... SPR jangan cennekel...UMNO jgn main tipu!!

03 October 2009

Sandal Raya, Bagan Pinang Dan Pencuri!!

Jumaat lepas (13 Shawal/2 Okt) Sheikh Sambal solat Jumaat di Masjid IKBN Miri. Memang SS suka solat Jumaat di sini sebab Khutbah Jumaat yang dibaca/karang oleh Khatib yang diberikan amanah untuk membaca khutbah. Khutbah nya lebih hidup(lively) dan mendasar kepada manhaj harakiah.

SS tak nak cerita tentang khutbah tapi tentang sandal raya. Dah banyak kali SS solat di mana-mana masjid di Sarawak, baik Kuching, Bintulu atau Miri, tak pernah SS risau tentang kasut/sandal atau selipar dikebas orang. Masa mula-mula sampai Sarawak dulu ada gak risau tapi diremehkan oleh kenkawan yang dah lama mastautin di Tanah Kenyalang ini bahawa orang Sarawak tak curi kasut kat masjid. Benar juga kata2 kawan SS tu. Sejak 2 tahun lepas SS tak pernah hilang kasut atau sandal baik yang baru cun melecun mahal atau yang burok tak da harga. Kot ada pun "hilang" cuma sekejap orang pinjam gi ambil air sembahyang/wudhuk.

Sama seperti Jumaat yang lepas2 penulis tak risau lansung tengah hari tu, SS pakai SANDAL RAYA pegi solat jumaat. Sandal tu SS beli kat E&E Bintang Plaza, Miri @ RM79.90 jenama Lee Cooper. Dah lama tak pakai sandal kulit jadi raya tahun ni belilah.

Khatib hari tu Ustaz Arisan. Memang bersemangat dan penuh insaf kalau dengar ceramah atau khutbah dia. Selesai solat jumaat, selepas bersalaman dan berbasa-basi dengan sahabat2 jemaah, SS pun beredar ke tempat letak kasut di belakang...depan pintu masuk. Macam tak percaya sandal baru sandal raya SS kena kebas! Ada sorang budak Sabah, mungkin student IKBN pun hilang selipar. Sibuk dia marah2. Katanya selipar buruk pun orang kebas!

Pencuri yang memang SS tak sangka ada, buat kerja masa orang tengah solat Jumaat. Sandal baru kulit dan mahal memanglah jadi tarikan tetapi kenapa selipar buruk budak Sabah tu kena jugak! Itu SS memang tak paham! Mungkin masa 'terkecoh-kecoh' nak mencuri tu dia sapu semua apa yang sempat. Iyalah.. takut dilihat orang. Allah melihat dia tak takut!.

Mungkin kalau SS letak sandal tu sebalah pintu masuk di sebelah sisi, bukan belakang, mungkin tak kena curi sebab pencuri tu boleh dilihat oleh orang yang sembahyang tepi pintu.... kan pencuri tak takut Tuhan tapi takut nampak dek orang...!

Tapi ada lagi peristiwa 'mencuri' tapi di Bagan Pinang...iaitu pukul curi! Datuk Abd Azeez (Mamak Ketua Putera Umno) kata dia kena pukul curi masa mengiringi calon di Bagan Pinang. TV pun tunjuklah ada macam bengkak di lehernya....(tapi nampak macam bengkak extra kolesterol je...) Dia pun buatlah laporan polis dan 'X" ray di hospital. Maka berkokoklah media UMNO/BN tentang kes pukul curi itu.

Dulu masa di PRK Ijok, sahabat SS kena belasah dek samseng UMNO kem Kelang...sampai masuk ICU kawan tu...berapa hari tak sedar. Buat laporan polis...polis sikit pun tak ambil kesah! Yang herannya, dalam TV malamnya, keluarlah gambar pemuda UMNO dipapah masuk ambulan... aiks!? yang separuh mati kena pukul orang PAS tapi yang disiarkan dalam TV mamat UMNO dipapah masuk ambulan!.. Memang pandai depa tu buat drama!...

Tapi betul Azeez kena pukul? Atau Azeez saja nak 'curi' perhatian media dan para pengundi Bagan Pinang dan seterusnya dapatlah 'mencuri' undi dari para penyokong PAS/PR. He he he....mungkin juga bak kata Mahathir dulu ..'Dia pukul diri sendiri...!'

Mmmmmm....dalam politik macam2 boleh jadi!

02 October 2009

SIS Kian Melampau !!

1. Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina [ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak .

2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang - kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang - undfang syariah dalam negara ini .

3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis - habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar - benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak .

4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat kejam .]

5. Hujjah yang dikemukan ini nyata menunjukkan kejahilan mereka terhadap hukuman Islam . Mereka tidak melihat kepada hikmah dan unsur spiritual yang terdapat di dalam satu - satu perlaksanaan hukum Islam . Mereka hanya menilai dari unsur luar pula dengan cara yang salah dan menanggapinya dengan persepsi yang asing dari pandangan syara' dan maqasid syari'yyah .

6. Lebih menghairankan , mereka hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah , kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia , sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita . Sedang sebatan dalam hukuman Islam tersangat jauh bezanya dengan sebatan dalam hukum sivil .

7. Sebatan mengikut cara Islam :
a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah.

8. Adapun sebatan mengikut kaedah sivil pula :
a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .

9. Jika SIS dan JAG terus menerus begini seperti mempunyai dendam terpendam terhadap Mahkamah Syariah dengan mengambil langkah menentang keputusannya malah mengheret persepsi mereka yang separuh masak terhadap Islam , suka saya tegaskan Dewan Pemuda PAS Pusat sedia berhadapan dengan SIS dan JAG demi memelihara kesucian Islam sekaligus membetulkan tanggapan salah mereka terhadap Islam .

10. Kami sedia turun dalam apa jua medan atau forum , wacana atau debat dan dialog atau bahas . Sila anjurkan dan kami akan hadhir . Tindakan SIS dan JAG sudah keterlaluan . Saya tidak faham , apa yang mereka mahu ? Nak jaga maruah ? maruah siapa ? maruah apa yang mereka nak jaga ?

11. Kalau dihukum itu menjatuhkan maruah , maknanya minum arak itu tidak menjatuhkan maruah . Jika sebat pesalah dengan 6 rotan menggunakan kaedah cara sebatan Islam [ biarpun jumlah sebatan itu tidak menepati hukuman Islam ] dianggap kejam , maknanya membiarkan orang mabuk lalu mengheret berlakunya pelbagai jenayah ekoran mabuk seperti berzina atau membunuh itu tidak kejam .

12. Persoalannya , kenapa hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah syariah dianggap kejam sedang hukuman yang sama diputuskan oleh mahakamah sivil mereka sepi dan membungkam seribu bahasa . Saya nak tanya , apa sebenarnya yang mereka mahu ?

13. Sekali lagi saya cabar Dr. Hamidah Marican Pengarah Eksekutif Sistem In Islam membuka gelanggang debat ilmiyyah dan jemput kami Dewan pemuda PAS Pusat bagi kita membahaskan Benarkah Sebat Kartika satu Kekejaman yang Menjatuhkan Maruah ?

14. Apakah langkah yang diambil oleh SIS dan JAG sebagai tindakan sengaja mahu memberi tekanan ke atas Mahkamah Syariah dan pihak berkuasa agama dalam negara ini untuk tidak bertindak ke atas pesalah - pesalah agama ? atau mereka suka dan bangga melihat negara ini bebas tanpa batas atas nama hak asasi lalu semua boleh berbuat apa sahaja sekalipun suatu yang bertentangan dengan agama ?

15. Tindakan SIS dan JAG ini menimbulkan interpersepsi yang bersimpang siur dan paling dekat , orang - orang yang beriman dan bertaqwa melihat mereka ini berniat jahat terhadap agama Islam dan tidak keterlaluan jika ramai yang menganggap SIS dan JAG berlaku biadab terhadap Islam amnya dan mahkamah Syariah khasnya .
..
Ustaz Nasaruddin Tantawi
..
..
..

Tazkirah Juma'at 13 Shawal 1430

Daripada Abu Mas'ud iaitu 'Uqbah bin 'Amral-Anshari al-Badri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:“Barangsiapa yang memberikan petunjuk atas kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu." (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Barangsiapa yang mengajak ke arah kebaikan, maka ia memperolehi pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dan dari pahala-pahala mereka yang mencontohinya itu, sedang barangsiapa yang mengajak ke arah keburukan, maka ia memperolehi dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka yang mencontohnya itu." (Riwayat Muslim)
..
..
..

Sheikh Sambal Is Back From Long Raya!!

Salam pada semua!
Ampun dan maaf SS kepada semua pengunjung dan followers sebab SS cuti lama... blog tak update dan sunyi senyap sejak puasa dulu...
Kini SS dah kembali online...
Selamat Hari Raya pada semua....
SS harap ucapan ni tak terlambat sangat!!.....
Maaf Zahir Bathin!!