26 October 2009
Tok Guru 'Mason' ?
24 October 2009
Program Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz @ Miri 30/10 - 01/11/09
Ceramah Perdana sempena Majlis Penutup Citra Ibadah & Konvokesyen IKBN Miri 2009
Tarikh: 30/10/2009
Masa: 8.30mlm
Tempat: Dewan Serbaguna IKBN Miri
Penceramah: Dato' Abu Hassin Din Al Hafiz
Tajuk: Terampil Dunia, Cemerlang Akhirat
Datanglah beramai-ramai untuk sama-sama mengisi ilmu di dada dan memeriahkan lagi Majlis Penutup Citra Ibadah & Konvokesyen IKBN Miri 2009 kali ini.
.............................
Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan Dato' Abu Hassan mengadakan kuliah atau ceramah,
sila hubungi
Ustaz Ridzuan
019 556 5645
17 October 2009
RON: Rakyat dirOmpak Najib...
16 October 2009
YB Lee: Gusar Memikirkan PAS....
15 October 2009
Khas Buat Pendokong Perjuangan Islam - Muhasabah PRK Bagan Pinang
Jumaat, Oktober 16, 2009
Pandangan dari seorang Pensyarah...
Cadangan buat PAS yang kalah teruk dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.
1. Akuilah bahawa PAS sememangnya telah kalah dan jangan terlalu kerap menyalahkan musuh. Sebaliknya akuilah kelemahan sendiri.
2. Kemenangan tidak selalunya berpihak kepada yang benar.Kerana ada kalanya kekalahan itu memang wajar sebagai satu bentuk tarbiah.
3. Janganlah selalu bersifat angkuh kerana ahli-ahli PAS sudah mula bersifat angkuh dan terkena penyakit ahli politik yang sombong dalam mengejar pangkat dunia dan kedudukan.
4. Kekalahan di Bagan Pinang mungkin akibat dari ahli-ahli PAS yang meninggalkan solat ketika berkempen dan berkelakuan tidak beradab ketika berdepan penyokong lawan.
5. Zikir, taubat, solat malam mungkin diabaikan dan terlalu kurang di amalkan.
6. Waspadalah dengan budaya berpolitik yang mengejar jawatan (dalam pilihanraya) kerana ia lebih banyak menanamkan sifat takabbur dan melenyapkan rasa tawadhuk serta rendah diri. Inilah penyakit yang sudah mula merebak di kalangan wakil rakyat PAS.
7. Kekalahan mungkin juga disebabkan wujudnya bibit perpecahan di kalangan pemimpin PAS yang sering bertelagah pendapat (meskipun kononnya digambarkan sebagai sikap keterbukaan tetapi ia amat jelas bahawa tiadanya kesatuan hati).
8. Ingatlah musuh bukan menang dengan sebab kekuatannya tetapi ia menang dengan sebab maksiat dan kelemahan sendiri.
Moga PAS menerima kritikan saya ini dengan terbuka jika sekiranya mahu terus mara. Peliharalah Islam dalam diri maka akan tertegaklah Islam dalam negara.
Perjalanan memartabatkan Islam bukan semudah yang disangka, ia adalah perjalanan yang sangat jauh........
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Nisa ayat 19 :" Maka boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".
Ustaz Zuridan Daud (Pensyarah UMP)
12 October 2009
Masa Untuk Muhasabah Diri...
11 October 2009
08 October 2009
Darah Pejuang di Bagan Pinang
Mengalir panas di Bagan Pinang
Demi kalimah yang satu..
Biar tersembur darah wira
Parti Islam tetap dijunjung dipertahan jua..
Datanglah samseng !
Datanglah 3 jalur mega !
Bawalah besi, belantan dan senjata
Darah merah biar mengalir
Hatta nyawa pejuang wangsa
Islam tetap wahid tempatnya
Walaupun kau tetak
Kau pancung putus!
Pejuang akan terus cekal
Membawa bendera kalimah
Biar tegak menongkah langit Bagan Pinang..
Amuklah samseng berjalur-jalur
Bawa olehmu perang tempur
Parti Islam kan tetap menang
Atas korban darah merah pejuang
yang mengalir di Bagan Pinang....
....
Bila Terdesak Mereka Mengganas!!
Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka. Berita lanjut di sini.
07 October 2009
Keputusan Bagan Pinang : Zulkefly 2 : Isa Samad 1
06 October 2009
GEMPAR!!...GAMBAR AZEEZ KENA TUMBUK....(tepuk)
Laporan Harakah tentang peristiwa tumbuk ini ... dan juga salah paham Azeez tentang apa itu TUMBUK apa itu tepuk!!
he..he...he... Azeez..Azeez...
Bencano Sini...Bencano Sano....!
03 October 2009
Sandal Raya, Bagan Pinang Dan Pencuri!!
SS tak nak cerita tentang khutbah tapi tentang sandal raya. Dah banyak kali SS solat di mana-mana masjid di Sarawak, baik Kuching, Bintulu atau Miri, tak pernah SS risau tentang kasut/sandal atau selipar dikebas orang. Masa mula-mula sampai Sarawak dulu ada gak risau tapi diremehkan oleh kenkawan yang dah lama mastautin di Tanah Kenyalang ini bahawa orang Sarawak tak curi kasut kat masjid. Benar juga kata2 kawan SS tu. Sejak 2 tahun lepas SS tak pernah hilang kasut atau sandal baik yang baru cun melecun mahal atau yang burok tak da harga. Kot ada pun "hilang" cuma sekejap orang pinjam gi ambil air sembahyang/wudhuk.
Sama seperti Jumaat yang lepas2 penulis tak risau lansung tengah hari tu, SS pakai SANDAL RAYA pegi solat jumaat. Sandal tu SS beli kat E&E Bintang Plaza, Miri @ RM79.90 jenama Lee Cooper. Dah lama tak pakai sandal kulit jadi raya tahun ni belilah.
Khatib hari tu Ustaz Arisan. Memang bersemangat dan penuh insaf kalau dengar ceramah atau khutbah dia. Selesai solat jumaat, selepas bersalaman dan berbasa-basi dengan sahabat2 jemaah, SS pun beredar ke tempat letak kasut di belakang...depan pintu masuk. Macam tak percaya sandal baru sandal raya SS kena kebas! Ada sorang budak Sabah, mungkin student IKBN pun hilang selipar. Sibuk dia marah2. Katanya selipar buruk pun orang kebas!
Pencuri yang memang SS tak sangka ada, buat kerja masa orang tengah solat Jumaat. Sandal baru kulit dan mahal memanglah jadi tarikan tetapi kenapa selipar buruk budak Sabah tu kena jugak! Itu SS memang tak paham! Mungkin masa 'terkecoh-kecoh' nak mencuri tu dia sapu semua apa yang sempat. Iyalah.. takut dilihat orang. Allah melihat dia tak takut!.
Mungkin kalau SS letak sandal tu sebalah pintu masuk di sebelah sisi, bukan belakang, mungkin tak kena curi sebab pencuri tu boleh dilihat oleh orang yang sembahyang tepi pintu.... kan pencuri tak takut Tuhan tapi takut nampak dek orang...!
Tapi ada lagi peristiwa 'mencuri' tapi di Bagan Pinang...iaitu pukul curi! Datuk Abd Azeez (Mamak Ketua Putera Umno) kata dia kena pukul curi masa mengiringi calon di Bagan Pinang. TV pun tunjuklah ada macam bengkak di lehernya....(tapi nampak macam bengkak extra kolesterol je...) Dia pun buatlah laporan polis dan 'X" ray di hospital. Maka berkokoklah media UMNO/BN tentang kes pukul curi itu.
Dulu masa di PRK Ijok, sahabat SS kena belasah dek samseng UMNO kem Kelang...sampai masuk ICU kawan tu...berapa hari tak sedar. Buat laporan polis...polis sikit pun tak ambil kesah! Yang herannya, dalam TV malamnya, keluarlah gambar pemuda UMNO dipapah masuk ambulan... aiks!? yang separuh mati kena pukul orang PAS tapi yang disiarkan dalam TV mamat UMNO dipapah masuk ambulan!.. Memang pandai depa tu buat drama!...
Tapi betul Azeez kena pukul? Atau Azeez saja nak 'curi' perhatian media dan para pengundi Bagan Pinang dan seterusnya dapatlah 'mencuri' undi dari para penyokong PAS/PR. He he he....mungkin juga bak kata Mahathir dulu ..'Dia pukul diri sendiri...!'
Mmmmmm....dalam politik macam2 boleh jadi!
02 October 2009
SIS Kian Melampau !!
2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang - kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang - undfang syariah dalam negara ini .
3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis - habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar - benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak .
4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat kejam .]
5. Hujjah yang dikemukan ini nyata menunjukkan kejahilan mereka terhadap hukuman Islam . Mereka tidak melihat kepada hikmah dan unsur spiritual yang terdapat di dalam satu - satu perlaksanaan hukum Islam . Mereka hanya menilai dari unsur luar pula dengan cara yang salah dan menanggapinya dengan persepsi yang asing dari pandangan syara' dan maqasid syari'yyah .
6. Lebih menghairankan , mereka hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah , kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia , sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita . Sedang sebatan dalam hukuman Islam tersangat jauh bezanya dengan sebatan dalam hukum sivil .
7. Sebatan mengikut cara Islam :
a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah.
8. Adapun sebatan mengikut kaedah sivil pula :
a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .
9. Jika SIS dan JAG terus menerus begini seperti mempunyai dendam terpendam terhadap Mahkamah Syariah dengan mengambil langkah menentang keputusannya malah mengheret persepsi mereka yang separuh masak terhadap Islam , suka saya tegaskan Dewan Pemuda PAS Pusat sedia berhadapan dengan SIS dan JAG demi memelihara kesucian Islam sekaligus membetulkan tanggapan salah mereka terhadap Islam .
10. Kami sedia turun dalam apa jua medan atau forum , wacana atau debat dan dialog atau bahas . Sila anjurkan dan kami akan hadhir . Tindakan SIS dan JAG sudah keterlaluan . Saya tidak faham , apa yang mereka mahu ? Nak jaga maruah ? maruah siapa ? maruah apa yang mereka nak jaga ?
11. Kalau dihukum itu menjatuhkan maruah , maknanya minum arak itu tidak menjatuhkan maruah . Jika sebat pesalah dengan 6 rotan menggunakan kaedah cara sebatan Islam [ biarpun jumlah sebatan itu tidak menepati hukuman Islam ] dianggap kejam , maknanya membiarkan orang mabuk lalu mengheret berlakunya pelbagai jenayah ekoran mabuk seperti berzina atau membunuh itu tidak kejam .
12. Persoalannya , kenapa hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah syariah dianggap kejam sedang hukuman yang sama diputuskan oleh mahakamah sivil mereka sepi dan membungkam seribu bahasa . Saya nak tanya , apa sebenarnya yang mereka mahu ?
13. Sekali lagi saya cabar Dr. Hamidah Marican Pengarah Eksekutif Sistem In Islam membuka gelanggang debat ilmiyyah dan jemput kami Dewan pemuda PAS Pusat bagi kita membahaskan Benarkah Sebat Kartika satu Kekejaman yang Menjatuhkan Maruah ?
14. Apakah langkah yang diambil oleh SIS dan JAG sebagai tindakan sengaja mahu memberi tekanan ke atas Mahkamah Syariah dan pihak berkuasa agama dalam negara ini untuk tidak bertindak ke atas pesalah - pesalah agama ? atau mereka suka dan bangga melihat negara ini bebas tanpa batas atas nama hak asasi lalu semua boleh berbuat apa sahaja sekalipun suatu yang bertentangan dengan agama ?
15. Tindakan SIS dan JAG ini menimbulkan interpersepsi yang bersimpang siur dan paling dekat , orang - orang yang beriman dan bertaqwa melihat mereka ini berniat jahat terhadap agama Islam dan tidak keterlaluan jika ramai yang menganggap SIS dan JAG berlaku biadab terhadap Islam amnya dan mahkamah Syariah khasnya .
Tazkirah Juma'at 13 Shawal 1430
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Barangsiapa yang mengajak ke arah kebaikan, maka ia memperolehi pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dan dari pahala-pahala mereka yang mencontohinya itu, sedang barangsiapa yang mengajak ke arah keburukan, maka ia memperolehi dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka yang mencontohnya itu." (Riwayat Muslim)