16 March 2011

Terkejut Besar Orang Malaya!

Dalam dua tiga hujung-minggu ni ramai rombongan dari Semenanjung bermusafir ke Miri. Ada yang memang tugas rasmi parti dan ado juga atas jemputan. Setiap kali ada tetamu dari Malaya (kata orang Sarawak untuk Semenanjung Tanah Melayu) datang, maka ada saja program yang PAS Miri buat untuk mengisi masa mereka di sini. Salah satu programnya adalah ZIARAH FAKIR MISKIN dan pemberian sumbangan ikhlas dari para penderma berupa barangan keperluan seharian.
Mereka akan dibawa masuk kampung keluar kampung masuk rumah panajang keluar rumah panjang. Sambil mereka beramah mesra dengan penduduk tempatan mereka juga ditaklimatkan tentang keadaan penduduk setempat.

Di Miri ada banyak kampung setinggan dan juga kawasan penempatan semula orang kampung yang tanah kena ambil paksa-rela oleh kerajaan. Itu di keliling bandar Miri sahaja. Keluar sedikit dah kira pendalaman di mana banyak rumah-rumah panjang kaum Iban didirikan.

Dan setiap kali kami bawa orang-orang Malaya ini melawat kampung-kampung dan rumah-rumah panajang mereka akan terkejut besar mendapati kehidupan masyarakat kampung yang dhaif dan miskin. Rumah yang dibina di tepi sungai dalam paya adalah pemandangan biasa. Air tenang bergenang dibawah rumah busuk dengan sampah sarap. Mereka tidak punya wang untuk menambak tanah tapak rumah jadi hiduplah dalam paya.
Lebih menyedihkan orang-orang kampung yang ditempatkan semula setelah kerajaan mengambil tanah kampung asala mereka untuk dibangunkan menjadi kawasan pernigaan atau bandar baru. Sudahlah pampasan ciput, tanah gantian pula diberi di kawasan paya dan perlu dibeli atau dibayar premiumnya. Mereka ini rata-rata orang miskin. Premium RM10 ribu amat tinggi bagi mereka. Duit pampasan telah lama habis dibelanjakan untuk menampung kehidupan yang semakin menyengat dengan segala harga yang asyik naik.

Ada yang sampai menitiskan airmata melihat keadaan masyarakat ini. Negeri mereka kaya raya dengan hasil mahsul bumi yang melimpah ruah. Negeri Sarawak sangat luas. Hampir sama atau mungkin besar sedikit dari keluasan Semenanjung Tnah Melayu. Umatnya sedikit, lebih kurang dua juta sahaja. Kalau ikutkan jumlah penduduk dan kekayaan negeri, sepatutnya orang Sarawak adalah yang terkaya di dunia!! Tapi hakikatnya mereka antara yang termiskin.!

Banding dengan Malaya, taraf kehidupan masyarakat ini terkebelakang 30 tahun. Api letrik dan air paip adalah suatu yang asing jika anda berada di luar 30km radius dari bandar. Bahkan setinggan yang dalam kawasan bandar seperti Kpg. Pasir, Lutong, Miri pun tiada api letrik.Mereka terpaksa menggunakan mesin janakuasa (genset) untuk mendapatkan tenaga letrik. Dengan harga petrol yang tinggi, belanja minyak petrol untuk genset itu menjangkau sehingga RM350 sebulan. Begitulah kata penduduk Kpg Pasir malam tadi semasa Sheikh Sambal mengiringi rombongan Ustaz Idris (Ketua Penerangan PAS Pusat).

Bayangkan. RM350 sebulan untuk tenaga letrik. Kalau kita boleh pasang air-cond 12 jam tanpa henti. Sejuk hingga mengelatuk. Kalau genset rosak, kenalah seribu dua untuk membaikinya pula!.

Begitulah kehidupan masyarkat miskin bandar dan luar bandar di Miri. Keadaan yang sama jika anda pergi di mana sahaja di Sarawak ini. Tak jauh juga bezanya di Sabah. Sebab itulah setiap kali orang Malaya datang melawat, mereka tentu akan terkejut besar!

Sheikh Sambal.

1 comment:

Anonymous said...

Ya, mungkin karena itu