30 July 2008

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

(Artikel di bawah adalah petikan dari al-azim.com)

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj
Sebelum Israk dan MikrajRasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil.
Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ): Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S. v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud.

Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas MikrajRasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik sahaja Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).

Atas Nama Strategi

Muzakarah sana muzakarah sini
Muqabalah sana muqabalah sini
Pakat sana pakat sini
Runding sana runding sini
Tawaran sana tawaran sini

Apa nak jadi
Perjuangan kerana Allah
Telah mati?
Atas nama political strategy
Pesan Tok Guru tolak tepi

Ahh...
Yang penting kita jadi pak menteri
Kita jadi pembuat dasar dan polisi
Islam akan kuat
Tiada yang berani ganggu gugat
Senang nanti kita ibadat
Hidup bahagia penuh berkat

Tiadakah kau sedar..
Wahai sahabat
Di depan sana ada jerat
Sekali engkau masuk, takkan kau sempat
Tiada mungkin engkau selamat
Hidup dalam seranah umat

Aduhai...
Kan menangislah para du'at
Kasih zimmi tinggal serat
Jayalah Munafiqeen
Atas titis darah para Mujahideen
Dalam sesak tangis para Siddiqeen
Tersia-sialah perjuangan yang lama
Atas nama strategi sahsiah
Hanya tinggal lelah....

Almurady
27 Rejab 1429

29 July 2008

PAS-UMNO....Keliru?

Di bawah ini disiarkan sepucuk email dari seorang pejuang hardcore PAS berkenaan isu muqabalah yg melanda PAS-UMNO, yang menyebabkan ramai ahli keliru dan tidak sedikit penyokong kini menjauhkan diri.

Asalamualaikum,

Melihat kepada perkembangan terkini politik negara khususnya isu PAS-UMNO ini ana sebagai ahli diperingkat bawahan agak risau dan terasa amat rungsing bila memikirkan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan pusat dan yang terbaru kenyataan maaf YB Mahfuz kepada ahli dan penyokong PAS menambahkan lagi kerisauan ana tentang parti gerakan Islam yang amat kami kasihi.

Persoalannya kenapa perlu pimpinan PAS merahsiakan perkara tersebut diperingkat awal sehingga Pak Lah nyatakan dalam berita TV barulah maklumat sebenar diperolehi, letih jugak nak membalasa sms serta menjawab soalan-soalan dari kengkawan yg non malay/muslim dan juga dari saudara, sahabat-sahabat yg menyokong Parti Islam terbesar ni kerana kita sendiri tidak dapat maklumat yang jelas dari pimpinan sehingga YB Mahfuz terpaksa buat kenyataan maaf berkenaan isu ini.

Ana lihat pula sekarang semacam ahli serta penyokong PAS sekarang ini seumpama sudah ter`makan’ dgn propaganda media BN yang bagi ana macam `orang hilang akal’ melaporkan berita PAS-UMNO ini sehingga habis semua penganalisis politik, pensyarah diarah untuk membuat kenyataan dengan tujuan mengkucar –kacirkan lagi berita tersebut.

Kerisauan ana bukannya sangat kepada ahli PAS yang `hard-core’ tapi kepada ahli PAS yang masih baru, penyokong-penyokong PAS yang dah mula berjinak dgn PAS terutamanya kaum India, Tionghua serta kaum-kaum yang lain, isu ini jikalau dibiarkan terlalu lama dengan kenyataan demi kenyataan dikeluarkan dari pimpinan kita ini membuatkan rakyat makin keliru.

Ana amat berharap dan berdoa semoga isu ini diselesaikan sebaik mungkin dgn secepatnya supaya rakyat tidak terkeliru dan makin berserabut dan ana amat yakin dengan kebijaksanaan pimpinan PAS Pusat yang amat ana hormati dan kasihi dapat membuat yang terbaik.

Semoga pimpinan PAS serta keseluruhan ahli PAS serta seluruh muslimin muslimat sentiasa dilindungi dan diberi petunjuk serta hidayah oleh ALLAH S.W.T untuk berhadapan dengan situasi seperti ini didalam perjuangan untuk memartabatkan Islam dibumi Malaysia ini khususnya.


ALLAHUAKBAR…ALLAHAKBAR…ALLAHUAKBAR….


ABU AIMAN
Beranang
Selangor

28 July 2008

Saiful Tak Pernah Di Liwat Pun!!!



(Salinan laporan diambil dari Malysia Today)

Melihat dari laporan doktor dari Pusrawi ni memang sah dah DSAI tak bersalah. Patut lah sampai hari ini dakwaan tak dapat dibuat ke atas DSAI. Rupanya pemalsuan bukti tergendala. Begitulah mereka merancang Allah juga merancang, tapi sesungguhnya rancangan Allah lah yang lebih baik...

Semuga dengan terbentangnya laporan ini, usaha PR untuk mengambil alih kerajaan tidak terbantut lagi! Allahu Akbar!!

PAS + UMNO = PAS Baru?

Dan gegak gempitalah suasana politik Malaysia apabila TGNA membuat kenyataan supaya UMNO dan PAS dibubarkan dan ditubuhkan sebuah parti baru yang berteraskan Islam. Maka berpestalah Media Arus Perdana cuba memutarbelitkan kenyataan itu. Dan seperti biasa, Karpal Singh akan terkejut dan melatah agar di kaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Falsafah TGNA tidak di fahami oleh Karpal Singh. TGNA sebenarnya menyeru orang UMNO agar meninggalkan UMNO dan masuk kedalam PAS. Dasar PAS adalah Dasar Islam jadi kemasukan lebih ramai ahli baru akan menguatkan lagi PAS. Apakah orang UMNO akan berduyun masuk PAS? Suatu yang susah di cerna, bukan? Lalu TGNA langsung melontarkan cadangan agar UMNO dan PAS dibubarkan dan dibentuk satu parti baru yang berdasarkan Islam. Dalam kata lain parti PAS tapi dengan nama yang lain. Dasar dan perjuangannya tetap sama seperti PAS yang asal. Kalau DAP boleh bekerjasama dengan PAS sekarang, apa yang nak ditakutkan dengan "PAS Baru" Kerana segalanya sama dengan ahli yang lebih ramai.

Lagi pun, telah berulang kali dinyatakan oleh TG Presiden bahawa PAS akan tetap bersama PR. Kalau Karpal tidak mempercayai TG Presiden siapakah lagi yang harus dipercayai? Khir Toyo dan media arus perdana? Ha ha ha..

Betulkah Ustaz Nasharudin mengatakan orang Melayu dah mula mempercayai kes liwat DSAI?. Nampak sangat Karpal terlalu mudah mempercayai media UMNO. Apakah yang sebenarnya dinyatakan oleh Ust Nasharudin perlu dipastikan terus dengan beliau bukan mencedok apa kata media!...

24 July 2008

Muqabalah Bukan Muzakarah...ingat tu Pak Lah

TG Nik Abd Aziz Nik Mat kata eloklah ditutup cerita pasal muzakarah UMNO-PAS sebab yang berlaku cuma Muqabalah (pertemuan biasa). Jika muzakarah diadakan ia perlu kepada format tertentu dan diuruskan secara rasmi.
UMNO yang dibelengu masalah sokongan Melayu sekarang nak gunakan PAS atas nama Muzakarah perpaduan Melayu dan Islam untuk menyelamatkan diri. Tapi dulu masa dia menang besar dalam PRU11 2004, pandang kita pun tak mau. Tiap-tiap hari caci kita dalam media.Sekarang sibuk pulak menyonsongkan pipi mintak dicium padahal hidung tak manjung pun.
Bila pimpinan PAS setuju jumpa secara tak rasmi, PM hebohkan muzakarah dah bermula. Dah 3 kali muzakarah berlaku. Eh.. bila pulak ada muzakarah. Yang berlaku cuma muqabalah. Jadi eloklah kita tutup cerita muzakarah ni seperti yang TGNA sarankan. Muqabalah bila-bila boleh berlaku, dalam lif, tengah minum di kantin, lobi Parlimen, rumah kenduri atau pejabat. Kerana ia hanya muqabalah jadi tak usahlah diperbesar-besarkan.

23 July 2008

Kos Selenggara Perdana V6 Executive...RM43,807.49/sebuah/setahun

Kos senggara mahal Kerajaan Terengganu bayar RM175,229.97 servis sebuah Perdana V6

Oleh NOR AZIAH JAAFAR

KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar di sini hari ini, ia merupakan kos tertinggi yang terpaksa dibayar oleh kerajaan negeri untuk servis sebuah kereta model itu sejak tahun 2004 hingga sekarang.

Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan RM130,000.

“Kerajaan Terengganu tidak mampu lagi membiayai kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive." baca lagi...


..................................

Komen aku;-

1)Kalau setahun kos penyelenggaraan sebuah kereta Perdana V6 Executive lebih RM40 ribu, tentu kereta-kereta itu dibuat tidak mengikut spesifikasi tertentu atau ada sesuatu yang serius yang tak kena model itu. Olehitu semua Perdana V6 patut dipangggil balik ke kilang untuk dibetulkan apa yang silap. Tapi kita tak pernah pulak dengar dari pengguna lain, Perdana V6 banyak masalah. Adat kereta baru, biasanya lepas 5 tahun baru buat hal. Apakah kerajaan Terengganu beli Perdana V6 yang masih lagi pakai enjin Orient? Musahil.

2)MB Terengganu tidak yakin dengan barang buatan tempatan. Mana ada kelas pakai Proton, Mercedes barulah nampak kelas gitu... Aduh, Kalu MB dah berfikiran begitu, tentu rakyat akan ikut. Jangan beli batik Terengganu, batik Indon lebih lawa. Jangan melancong ke Terengganu, melancong ke Siam lebih menarik.. Maka Kerajaan Terengganu(dan Malysia)akan lebih mundur dari sekarang kerana perusahaan tempatan tidak diberikan sokongan sewajarnya.

3)Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah kata “Penyenggaraan kereta-kereta itu terbuka untuk dilakukan di mana-mana bengkel kerana tidak semua daerah di Terengganu mempunyai pusat servis Proton,” - Kenapa tidak di hantar ke Pusat Servis Proton di Kuala Terengganu? Atau sengaja di hantar ke bengkel-bengkel kroni yang mengenakan harga yang tidak munasabah kerana ada komisyen menanti untuk orang yang berkuasa?

4)Semua kereta baru sepatutnya dihantar ke Pusat Servis Proton kerana masih dalam Warranty. Kenapa ini tidak berlaku? Atau sekurang-kurangnya, dihantar ke bengkel milik kerajaan negeri (kalau ada) atau ke bengkel JKR. Jangan pula kata JKR tak ada bengkel. Nanti pecah perut aku gelak.

5)MB kata RM3.43 dibelanjakan untuk membeli 14 buah Mercedes E200 tersebut bukan dari duit royalti. Hah! Kalau macam tu mesti dari duit pembayar cukai Terengganu. Sudahlah Kerajaan Terengganu di nafikan wang royalti minyak (pembayaran royalti akan hanya disambung semula pada September tahun ini), pendapatan Kerajaan Negeri dari percukaian pula digunakan sewenang-wenangnya untuk para Exco hidup mewah dan selesa. Para pembayar cukai putih matalah. Mana accountability kerajaan negeri? Esok datang pilihanraya undilah lagi!

6)Adakah kereta rasmi kerajaan dilanyak sepuas-puasnya oleh exco terdahulu sehingga menyebabkan banyak kerosakannya yang serius menyebabkan kos maintenancenya melambung tinggi. Jika difikirkan semula di manakah logiknya perkara ini. Exco bukan keluar hutan masuk hutan. Kalau exco perlu bermusafir ke kawasan hulu untuk menjalankan tugas rasmi, tentulah ada kenderaan 4WD untuk kegunaan khas seperti itu. Kerajaan perlu menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini.

7)Semua pemandu Perdana V6 tersebut mesti dipanggil oleh satu Jawatankuasa Khas untuk diaudit penggunaan kereta-kereta itersebut. Jika pemandu-pemandu itu tidak pandai menjaga kereta, mereka perlu dilatih dan diberikan ilmu penjagaan dan pemanduan kereta secukupnya. Jika tidak nanti, kereta Mercedes E200 yang baru itu pun akan tinggi maintenancenya jika ilmu penjagaan dan pemanduan kereta pemandunya tidak memadai.

8)MB kata Mercedes E200 lebih selamat dan selesa. Iyakah? Perdana V6 tak selamatkah? Proton perlu memberi perhatian khusus tentang hal ini. Bagaimana kita nak menjual Proton kalau ciri keselamatan kereta kita tidak baik. Sia-sialah perlaburan yang berbilion-bilion RM selama ini. Tak apalah... kita boleh pam lebih banyak duit dari perutbumi Terengganu untuk membiayai kos membuat penambahbaikan ke atas Proton. Biar nanti kereta kita setanding dengan kereta luarnegara dari segi keselamatan dan keselesaan.

8) Mengikut laporan Utusan, Kerajaan negeri membuat keputusan pembelian itu dengan mengambil kira kenaikan harga minyak petrol dan nilai terpakai yang tinggi dalam pembelian kereta berkenaan. Lagilah tidak logik. Kalau kenaikan minyak petrol tinggi
sepatutnya Kerajaan Negeri membeli kereta yang berkuasa rendah, barulah jimak minyak. MyVi atau Viva sudah tentu memberikan penjimatan yang tinggi bukan Mercedes E200. Bayangkan MB pergi kerja pakai Viva! Saya berani jamin yang dia akan menang besar dalam pemilihan akan datang. PAS tak usah harap nak rampas Terengganu. Menteri Besar yang begini sepatutnya diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Surat Terbuka Kepada Pak Lah - Dari Seorang Ahli UMNO Rembau

Saya dapat surat ni dari email seorang kawan. Mungkin ramai dah baca tapi saya siarkan di sini sebab saya suka bahasanya yang agak dalam. Walaupun ia adalah satu nurkilan satira, banyak sindiran sinis yang di hadapkan kepada kerajaan Pak Lah. Kepada Karim, ese ucapkan selamat maju jayo...bilo makan ubi tu ingat-ingatlah pak mentoghi..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kepado pak lah... PM paling sey sayang...

Namo sey ni KARIM...pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN
ROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...tak kona'????
menantu PAK LAH tu laaaaa....suko bona' sey ngan dio tu...ghaso nk buek
menantu lak...

Sey nulih surat ni bukan apo...sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lah
sobab naik'an hargo minyak ari tu..
lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang lain pun naik gak
laaaa...banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak....HIDUP PAK
LAH!!!!!!!

Sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung
yg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring
yor...

Sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn..
anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh
sekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk b o kojo pun buleh la
jadi mat rompit kek SENAWANG tu...dapek gak la duit sesikit...buleh gak la
menoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bn

Ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey...nk buek
tompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) sey
tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat...

Rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluan
sey..

Bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. ado
la untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 "ok la tuuuu"

Sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jual
datsun kotak mancis sey tu... dapek gak la duit....tokih2 pun ado la
hasil'eh..

Team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak pun
naik beska' poie sekolah...ado la 5 km...dokek yor tuuuuu...
walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona'eh terlobih cukup untuk keluargo sey...

Buek permulaan nk ngubah kehidupan sey..
sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi.... tak akan guno'an topung untuk
buek kodok

Sey nak ganti'an bogheh ngan ubi... tiap hari sey ngan keluargo akan
berposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo)
sey akan buek minyak masak sendiri
itu antaro caro sey ngubah caro hidup..
ade banyak laie caro
semuo kerano UMNO dan bn...

Dan sey mintak bona' pak lah naik'an laie hargo minyak yg ado..
bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolah
rumah sey nih org pembangkang...dio slalu guno highway, biar padan muko
dio...tu la...suko bona' nyokong pembangkang...PAKATAN RAKYAT konon...palo
hayah dio tu...

Nanti pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikat
bilo dh nak dokek2 pilihanrayo nanti...
insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah...
tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu....

Jgn lupo pak lah.. naik'an laie hargo minyak..
jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anak
bini'eh nk mentodarah....tak dapek pulak nak menyopping sakan kek obe sea tuh...
sey totap nyokong pak lah..

Akhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO, hidup
bn..

Sekian timo kasih..

ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupo
gak tuan punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak...

Pocah kaco, pocah golas,
dah baco, harap baleh.

21 July 2008

Jangan Tertipu Dengan Tohmahan

Tulisan di bawah saya ambil dari komen seorang pengunjung di Malaysia Today yang memberi ulasan pada tulisan blogger Tulang Besi bertajuk "Pendedahan Dalang2 Yang Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional" . Ahli-ahli Pas memang sepatutnya berhati-hati dengan perangkap dan umpan yang dijaja oleh para munafiqeen. Silalah baca hingga habis..ada pengajaran yang amat berguna.

written by tboonjye86, July 20, 2008 | 13:44:43

Jangan Tertipu Dengan Tohmahan. Baca..

" Saya baru membaca satu artikel daripada seorang blogger Nur Aflah yang selalu dipetik oleh Malaysiakini untuk ruang blog di lamannya. Artikel yang cukup mengemparkan iaitu "Tulang Besi dedah dalang-dalang Pemimpin PAS di Malaysiakini" (Links).

Saya cuba mencari artikel berkenaan di Malaysiakini tetapi tidak berjumpa berkenaan artikel ini, lalu saya melawat laman Tulang Besi dan mendapati artikel ini memang wujud. Sila lihat di Pendedahan Dalang2 Yang Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional (Links)

Daripada pengamatan pembacaan saya, saya lebih suka mengesaki artikel ini dirancang untuk menyerang beberapa pemimpin PAS dengan tuduhan liar seolah-olah mereka yang berjuang lama dalam PAS adalah mereka yang tamak, haloba dan tidak mengedahkan prinsip-prinsip Islam.

Cercaan secara halus adalah bertujuan untuk melemahkan kepimpinan PAS. Idea muzakarah/dakwah yang telah dikemukan oleh Presiden PAS yang sebenar adalah baik dan mengikut lunas-lunas Islam telah dikaburkan seolah-olah PAS dan UMNO hendak bergabung.

Secara halus artikel ini juga cuba melagakan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini Tulang Besi telah menulis dalam laman Tranung Kite menyerang Dewan Ulama secara halus dalam membahaskan isu sokongan Dewan Ulama kepada Presiden PAS. (http://www.tranungkite.net/v7/...=0&thold=0). Jika dibaca dan diteliti, tulisan tersebut lebih kepada menyerang Dewan Ulama PAS dan menjadikan Ustaz Ahmad Awang sebagai 'bola' untuk permainan ini.

Cara dan penulisan Tulang Besi sama juga menjadikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai 'bola' untuk menyerang mereka yang mengkritik pentadbiran Pakatan Rakyat yang sudah tidak mengikut lunas-lunas Islam malah banyak perkara telah tersasar daripada kepentingan Melayu.

Islam perlu diselamatkan, Melayu juga perlu dijaga. Rasanya tidak salah sebagai seorang Islam perkara ini perlu diberikan peringatan kepada pemimpin PKR agar jangan terlalu gopoh nanti kita akan menyesal kemudian hari. Pegalaman dan kefahaman berpolitik Islam perlu jelas tetapi Tulang Besi nampak telah lari daripada landasan ini seperti ada agenda dalam PKR untuk menyerang mereka yang cuba menasihati PKR agar tidak terbabas. Sikap dan perilakunya lebih keUMNOan.

Manipulasi dan permainan isu cukup hebat menyebabkan fakta sebenar telah diselewengkan.

Setahu saya tidak wujud perjumpaan antara pemimpin PAS dengan Najib di London. Pemimpin PAS yang pergi ke London ialah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan Dato' Harun Taib. Mereka sepatut ke London atas pertemuan dengan kepimpinan dunia Islam, tetapi oleh kerana Yusof al-Qadawi tidak boleh masuk ke London disebabkan visanya telah disekat, maka pertemuan telah diadakan di Paris. Jadi kesempatan di London hanya sekadar pertemuan dengan pelajar di sana. (Maklumat ini boleh diperolehi dengan bertanyakkan persatuan pelajar di sana)

Dato' Mustafa Ali tidak pergi pun ke London, macam mana beliau dikatakan membuat hubungan dan perancang kepada pertemuan ini.
Tawaran-tawaran yang disebutkan adalah tidak berasas sama sekali. Jangan terlalu mudah diperbodohkan. Cuba renung tawaran yang disebutkan dan berfikir tanpa emosi. Adakah mudah untuk komponen BN hendak memberi semua ini? Atau UMNO nak tinggalkan BN bergabung dengan PAS. Bodoh sangat orang yang membuat cerita ini.

Telliti tawaran yang disebut pada perenggan awal penulisan tualng Besi;



a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 12 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat


Paling bodoh bagi pendapat saya ialah PAS akan mendapat kerusi yang dimemangi oleh PKR dan DAP dalam PRU-12. Ini bermakna jika PAS akan memperolehi 80 kerusi dan PAS boleh menjadi kuasa yang paling kuat dalam kerajaan yang dibentuk.... PAS boleh menepi 2/3 parlimen. Bodohnya UMNO kalau dia orang nak bagi.

Dua peranggan yang saya baca dalam tulisan Tulang Besi (kononnya Ahli PAS Dalaman) sudah cukup untuk saya membuat kesimpulan bahawa tulisan ini adalah pengkhianat kepada PAS dan berniat jahat untuk meragukan ahli-ahli dan penyokong PAS kepada kepeimpinan PAS yang telah utuh selama ini.

Tulisan ini juga adalah bertujuan menfitnah PAS agar masyarakat Malaysia yang cenderung untuk menyokong PAS mula meragui PAS.

Awas dengan musuh dari dalam dan luar.

PAS Termakan Umpan?

Hari ini heboh dalam akhbar tentang kenyataan PM Abdullah berkenaan pertemuan beliau dengan 'beberapa orang pembuat keputusan' dalam PAS. Telah tiga pertemuan berlaku.

Harakahdaily mengeluarkan kenyataan TG Hj Abdul Hadi yang mengaku tentang adanya pertemuan antara pimpinan peringkat tertinggi PAS dan PM Abdullah. Dato'Presiden PAS seperti dalam keadaan tertekan terpaksa mengiyakan pertemuan tersebut. PM Abdullah menyebutnya sebagai pertemuan tetapi Dato' Presiden sebut muzakarah.

Apa kesan dari kenyataan akhbar PM ini?

Waktu ini adalah waktu kritikal bagi UMNO. Asakan dari dari luar (faktor Anwar Ibrahim) dan dalam UMNO(dari gang Mahathir, Ku Li & Najib)dan komponan BN yang tidak puas hati, membuatkan PM Abdullah tersepit. Nasib baik timbul(?) isu Liwat Anwar Ibrahim dan isu Altantunya Najib, memberikan sedikit ruang kepada Abdullah untuk bernafas. Ruang ini digunakan Abdullah dengan sebaik mungkin dengan membuat smash hit pada bola tanggung yang diberikan oleh PAS. Akibat pukulan itu retak halus telah mula menyengat perpaduan PAS.

Political mileage PM meningkat mendadak dengan pendedahan ini. Beliau akan dilihat sebagai penyelamat UMNO (dengan menggunakan PAS). Bahagian2 UMNO akan bermesyuarat agong dalam bulan Ogos ini, jadi dengan naiknya kredibiliti Abdullah, Bahagian2 UMNO seluruh negara akan menyokong Abdullah. Maka Abdullah akan menjadi lebih kuat untuk terus menjadi PM melangkaui 2010.

Bulan September pula adalah tarikh keramat PR akan mengambil alih kerajaan persekutuan. Dengan kenyataan tentang perbincangan PAS/UMNO, PR akan kelihatan berpecah, maka ahli2 Parlimen BN yang sudah setuju untuk melompat mungkin akan menilai semula kesanggupan mereka. Maka harapan Anwar untuk menjadi PM Malaysia akan berkecai.

Itulah orang yang kita sangka tidur selama ini sebenarnya pandai menguja umpan kepada PAS. Jika sekali PAS termakan umpan tersebut, PAS akan mundur 20 tahun kebelakang. Umpan Abdullah seakan-akan umpan yang pernah di acukan oleh Mahathir selepas PRU 1999. Waktu itu adalah umpan Negara Islam. Bila PAS termakan umpan tersebut(mengeluarkan Dokumen Negara Islam), padahnya adalah pada PRU 2004, PAS hilang DAP sebagai rakan BA dan ramai pengundi bukan Islam. PAS juga terlepas banyak kerusi Parlimen, terlepas Terengganu dan hampir terlepas Kelantan.

Jika PAS termakan umpan UMNO kali ini,percayalah PAS akan menghadapi banyak kekalahan dalam PRU13. Sokongan yang dinikmati PAS dari para pengundi bukan Islam akan lenyap. Kerusi-kerusi Parlimen yang di menangi PAS di kawasan majmuk seperti Hulu Langat dan Kota Raja tak mungkin dapat dikekalkan jika pengundi Bukan Islam beralih arah.

Pertemuan itu dibuat adalah semata-mata untuk menyelamatkan UMNO. Apa yang jelas kelihatan tanpa perlu disuluh-suluh lagi adalah UMNO dalam nazak. Ia amat memerlukan talian hayat. Dan Talian hayat itu ada pada PAS. Soalannya kenapa ada pemimpin PAS yang sanggup atau mahu menyelamatkan UMNO? UMNO adalah nemesis PAS. Jika UMNO berkubur baiklah untuk PAS. Tak perlu PAS beri talian hayat pada UMNO.

TG Nik Abdul Aziz menafikan pertemuan itu adalah pertemuan rasmi PAs/UMNO tetapi cuma peringakat individu sahaja. Sejak malam 8hb Mac 2008 TG Nik Abd Aziz konsisten menidakkan kerjasam PAS/UMNO. Malah semasa menjawab soalan pemberita TG Nik Abd Aziz seolah-olah menjauhkan diri dari pimpinan yang mahukan pertemuan dengan UMNO. PAS secara tulus mesti mengkaji semula rasionalnya membuat contact dengan UMNO. Tidakkah ini akan melukakan hati rakan-rakan dalam PR. Bukankah kita telah berjanji dengan para pengundi kita dan rakan PR bahawa PAS tetap bersama PR. Tiada keperluan untuk kita berbincang dengan UMNO lebih-lebih lagi jika perkara yang dibincangkan adalah isu asobiah Ketuanan Melayu dan perpaduan Melayu. PAS adalah Parti Islam bukan parti bangsa Melayu. Keadilan Islam untuk semua bukan untuk Melayu sahaja.
PAS memperjuangkan Islam sebagai teras pemerintahan dan cara hidup. UMNO adalah parti asobiyah Melayu. Kenapa nak menyempitkan ruang lingkup PAS kepada Bangsa Melayu.

Apa perlunya pimpinan PAS sekarang bermuzakarah dengan UMNO. Dulu kenapa UMNO tidak pernah melayan ajakan PAS untuk bermuzakarah. Kenapa sekarang beriya-iya sangat mahukan PAS? PAS perlu belajar dari sejarah Kelantan.

Kenyataan PM Abdullah telah mengundang rekah dalam Parti PAS. Kini telah timbul dua golongan, di mana satu cenderong untuk berbaik-baik dengan UMNO dan membuka ruang kerjasama dan satu golongan lagi tidak mahu bersengkokol dengan parti yang pernah menikam PAS dari belakang.

Sebagai ahli biasa kita amat risau dengan perkembangan ini. Adalah lebih baik pimpinan peringkat tertinggi mengadakan muzakarah khas dengan semua sayap PAS (Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulama dan Pesuruhjaya semua negeri)untuk mengambil ketetapan secara syura tentang hubungan PAS/UMNO.

ISLAM MESTI DIUTAMAKAN DARI YANG LAIN-LAIN. Kepentingan individu, jawatan atau habuan dunia mesti dijauhkan sama sekali!!

17 July 2008

Oh Parlimen.. Oh Parlimen...

Speaker Dewan Rakyat pun bertempik... "Usul ini tak mengikut peraturan mesyuarat, ayatnya tak betul, maka ia ditolak!" Dolah rasa lega. Baru semalam dia terkincit-kincit risau. Kalau Dewan Rakyat jadi berdebat, habislah dia kena telanjang dek geng pembangkang. 'Silap haribulan budak-budak aku pun tumpang sama membelasah aku.Bukan boleh harap sangat MP aku ni..' perlahan-lahan Dolah mengurut dadanya. Dia yakin benar memang ada MP dari partinya, Parti BestakEndah (BeEnd), akan melompat ke PartianwaR(PR). Mana boleh biar Dewan yang mulia ini bahas perkara yang tak betul, fikir Dolah sambil membelek-belek gambar perahu layar yang masih dalam pembinaan di Oyurgan, Turkiye. Memang Dolah tak pernah lekang dengan gambar itu. 'Patrick ni pun satu' kata Dolah 'Entah bilalah nak siap LoyarHadari'aku. Punggung Dolah terasa kembang bila memikirkan tentang LoyarHadari.Dolah teringin benar belayar mengelilingi dunia dengan LoyarHadari. Jin mesti dibawa bersama. Dia akan membahagiakan Jin dalam LoyarHadari. 'Ohhh... Alangkah bestnya...'mmmmmm..zzzz,...

Ini tak adil!! kata Ipoh Timur. 'Usul ini adalah penting. Soal keselamatan negara!' tambah Ipoh Timur. Permatang Pauh dari tadi tercegat berdiri meminta laluan. Dia langsung tak percaya bahawa ayat yang dikarangnya sepanjang malam dengan Bang Nuwar salah. Itulah yang dikatakan oleh Tuan Speaker, ayat salah. Apa yang tak betul? Nahu atau pun ejaan. Permatang Pauh pening memikirkan hal itu. Tak mungkin Bang Nuwar yang kelulusan Kesusesasteraan Melayu salah karang. Dia bangun meminta laluan untuk bertanya pada Tuan Speaker alasan sebenar usul yang dibwanya itu ditolak. Pokok Sena dan Bandar Kulim semakin bising menghentak meja tak puas hati. Semua MP pembangkang marah. Alasan yang diberikan oleh Speaker tak masuk akal.

MP BeEnd pula bising mengejek-ngejek MP PR. Rembau melompat-lompat kesukaan sambil menggaru ketiak. 'Selamat aku!' jerit hatinya. Kalau undi tak percaya itu lulus nescaya dia dan abah mentuanya gulung tikar. Siapa lagi nak dengar cakapnya kalau Dolah tak lagi jadi PM Mimbabwe. Dia amat bersyukur abahnya selamat. Sudahlah projek PMumur40nya tergendala sejak 8 Mac lalu. Ini semua sebab Nuwar. Kalau Nuwar tak pergi keliling negeri berkempen ajak rakyat tolak BeEnd, tentu projeknya masih berjalan. Rembau mengerling ke arah abahnya yang tersengguk-sengguk atas kerusi PM. Kesian abah baru sepenggal jadi PM dah orang tak puas hati. Abahnya bukan kacau orang dia cuma tidur sikit-sikit.

Tiba-tiba Pasir Mas bangun marah-marah pada Bukit Gelugor. 'Hoi Singh! kau jangan kurang ajar! Isu ini tak boleh dibahaskan' kata Pasir Mas bila melihat Bukit Gelugor cuba untuk meminta laluan bercakap. Pasir Mas memang takkan bagi can pada Bukit Gelugor. Apa saja yang dibawa olehnya akan dibangkang habis-habisan. Bukit Gelugor terping-pinga memandang pada Pasir Mas. Dia cuma nak menggaru janggutnya kerna dagu gatal bukan minta laluan nak berbahas. Dia tak faham kenapa Pasir Mas sakit hati sangat padanya. Pasir Mas bukan dari BeEnd dia Bebas dalam PR. Tapi perangainya selalu menyakit hati MP PR. Kalau Gua Musang naik jadi PM tentu dia orang pertama lompat pulak ke BeEnd. Memang kenalah gelaran dia AlKataki.

Dalam kecoh-kecoh itu Kinabatangan bangun tanpa minta laluan dari Speaker terus menunjukkan jari tengahnya pada Permatang Pauh dan menempelak,'Hoi Permatang Pauh! mentang-mentanglah kau dah tak bocor lagi bulan-bulan nak tunjuk ek pulak!. Mengada-ngada mau undi PM kesayangan kita semua ini tak percaya!' Kinabatangan cukup marah dengan usul itu. Kalau PR menang undi nanti melepaslah dia dari peruntukan RM1b yang Dolah janji. Kesah pendatang haram tu boleh kira lain kali tapi RM1b itu mesti mau jadi. Kinabatangan akan pertahankan mati-matian kerusi Dolah tapi jauh dalam hatinya janji dengan Nuwar akan ditunaikan juga...

Tak sempat Permatang Pauh membalas kata-kata cacian Kinabatangan Tuan Speaker menempelak semua ahli diam. 'Usul ini di tolak!! Sekarang Dewan bersurai' katanya lalu meluru keluar dari Dewan yang semakin riuh rendah bak pasar Chow Kit.

Anwar Released On Police Bail

DSAI have been released on police bail. He is not charged but will need to report to the police station on 18 August. So what is his next move? To go for a by-election and confirm his ticket as our next PM....hmmm???

16 July 2008

The Arrest Of Anwar...The System On Trial!


The arrest of Dato' Seri Anwar Ibrahim may look like the police is just doing their job but it actually caries much further significance. Being a world figure, DSAI predicament is watched and followed by millions of people all over the world. Thanks to the Net, systems of our establishment is now put on trial, be it the police, the AG, the judiciary as well as our mainstream media.

The whole world is scrutinising the events that unfolding in our beloved Malaysia. Will we see the repeat of judicial embarrassment this time or justice rules. So far the police scored zero the unnecessary high handed way of arresting DSAI. DSAi has made it very clearly that he shall present himself at the IPK by 2pm yesterday and will co-operate fully with the police investigation. So then why should the police UTKs in balaclava to intercept Anwar car on his way home from ACA Putrajaya. The way of the arrest oe would surely thought that DSAI is a wanted terrorist.

While we ask for DSAI supporters to remain patient and calm, we urge the systems to carry out their duties justly and not bowing to the whims of the powers that be!!

Fuel Hike Debate....Bravo Anwar!


The debate last night was actually lop sided. Why? Because Datuk Ahmad Shabery Cheek was no match to Dato' Seri Anwar . Anwar won the debate hands down. But however credits should be given to Shabery for the bravery to face the master of orator. Anwar was full of facts and well into the topic in hand while Shaberi was more on personal attacks against and trying to paint the UMNO/BN government to look good.

The points made by Anwar showed that he did his homework and understand very well the mechanisms of economics in oil pricing. He explained in limited time how he shall get the oil price reduced by 50sen the next day he takes over the federal government, by cutting the cakes enjoyed by IPP, cleaning the government from leakage due to corruption and bad management.

Times and times again Anwar mentioned that he shall not take Petronas profit away. What he shall do is to use the allocated existing government allowance from Petronas to subsidise the fuel for the rakyat. RM1b from saving from revising IPP agreement, RM1b from Petronas special allowance and the rest from cleaning the corruption and bad governance. There you have RM5b for the 50sen subsidy. Anwar showed the world what he can do but Shabery just going around oil hike due to global effect and Anwar asking the mass to demonstrate.

Anwar gentlemanly tackled the issues in the debate and shy away from attacks on Shabery's self, except for that one moment where he countered Shabery being ex-46 man. But he recovered and just stop short at that. While Shabery kept on hitting Anwar below the belt with his supporters shouting and clapping in agreement.

One thing last night, i saw that Anwar oratory skill was a bit sluggish probably due to the pressure of impending possible arrest or he not used to small audience in an enclosed atmosphere. Shaberiy spoke so well that he was foaming in the mouth!!

Debates like this should be encouraged and made a regular engagement. That way will give the rakyat opportunity to evaluate and choose their leaders.

13 July 2008

Undi Tidak Percaya Pada Pak Lah...

Semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan BN yang lantang mengkritik PM AAB mesti menyokong usul ini. Manakala, ahli-ahli yang lain dari UMNO dan BN yang selama ini menyokong dan membodek AAB patut ambil sikap berkecuali, demi kesejahteraan Malaysia. Tulisan dari Kickdefella, di bawah menerangkan kenapa.

Usul Hilang Percaya Tidak Dapat Dielakkan
by Kickdefella : 13 07 2008

Usul hilang percaya pada Abdullah tidak dapat tidak, harus dibentang dan wajib disokong oleh ahli-ahli Parlimen dari UMNO terutama Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.


Pengumuman Abdullah tentang proses penyerahan kuasa kepada Timbalannya Najib Razak pada Jun 2010 menandakan bahawa,


• Tekanan terhadap Abdullah supaya melepaskan jawatannya begitu kuat di dalam UMNO.

• Majlis Tertinggi UMNO telah menerima bahawa Abdullah adalah liabiliti kepada UMNO dan menyokong tekanan akar umbi supaya Abdullah berundur.
• Tiada pihak yang didalam UMNO yang menggesa Abdullah menarik balik keputusannya dan ini bermakna, UMNO secara keseluruhannya menolak kepimpinan Abdullah.
• Parti-parti rakan UMNO dan komponen BN tidak merasa terkejut atau menolak cadangan penyerahan kuasa Abdullah itu.

Oleh yang demikian, ini bererti,
• Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menikmati sokongan majoriti ahli-ahli partinya.

• Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menikmati sokongan majoriti pemimpin-pemimpin partinya.
• Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menikmati sokongan majoriti ahli-ahli parlimen UMNO dan parti-parti komponen BN.

Berdasarkan kesimpulan tersebut,

• Abdullah tidak boleh kekal sebagai Perdana Menteri apabila dia tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

• Abdullah tidak boleh menjadi Perdana Menteri apabila dia tidak lagi mewakili majoriti anggota Dewan Rakyat.

Maka dengan itu,

• Satu Usul Hilang Percaya terhadap kepimpinannya perlu dibentangkan, dibahaskan dan satu undian perlu dilakukan.
Apabila usul ini dibawa ke peringkat pengundian, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, demi perpaduan Barisan Nasional tidak boleh menyokong usul tersebut, tetapi demi masa depan Barisan Nasional mereka haruslah,

• Menggunakan ruang masa waktu perbahasan untuk membahaskan kelemahan dan kepincangan kepimpinan Abdullah yang telah mengakibatkan pretasi buruk Barisan Nasional dan mengakibatkan Barisan Nasional kehilangan 4 buah negeri termasuk Negeri Perdana Menteri sendiri, kehilangan kerusi-kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kehilangan majoriti 2/3 di Negeri Sembilan dan gagal menawan semula Kelantan.
• Bertindak untuk berkecuali sewaktu pengundian di buat.
Oleh yang demikian, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional tidak dilihat menyokong usul pembangkang dan melanggar etika Barisan Nasional, tetapi pada waktu yang sama bersetuju bahawa kepimpinan Abdullah tidak harus diteruskan.


Tengku Razaleigh Hamzah, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan lain-lain ahli Parlimen Barisan Nasional yang lantang menyelar Abdullah seharusnya bertindak konsisten sewaktu Usul ini dan tidak pula bersikap seperti lalang dan menampakkan diri mereka tidak ada bezanya dengan Abdullah sendiri yang tidak pernah konsisten didalam keputusannya.

Kenyataan Abdullah berhubung proses penyerahan kuasa kepada Najib pada Jun 2010 adalah satu penipuan dan jelas sekali tidak sah kerana,

• Penggal Abdullah sebagai pemimpin UMNO akan tamat Disember ini, oleh yang demikian beliau tidak boleh mengakui beliau masih Presiden UMNO sehingga Jun 2010.

• Abdullah hanya boleh mengaku menjadi Presiden sehingga 2010 selepas pemilihan pucuk pimpinan UMNO Disember ini dan jika Abdullah menang pemilihan tersebut.
• Najib bukan Timbalan Presiden UMNO sehingga 2010 oleh itu bagaimana Abdullah yang juga bukan Presiden sehingga 2010 boleh melantik Najib menerajui UMNO selepas Jun 2010.
• Oleh yang demikian bagaimana Abdullah boleh mahu melantik Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Jun 2010?
• Perlantikkan Perdana Menteri bukan bidang kuasa Abdullah tetapi hak YDP Agung.
Beberapa faktor lain yang menyebabkan usul hilang percaya pada Abdullah harus dibahaskan dan dibuat pengundian,
• Abdullah telah gagal mempertahankan kedaulatan Negara sebaliknya merelakan pencabulan kedaulatan Negara oleh pihak luar.

• Abdullah telah mengusulkan supaya pencabulan kedaulatan Negara dihalalkan menerusi Iskandar Malaysia dimana warga asing boleh memasuki kawasan Iskandar tanpa memerlukan kelulusan imigresen dan tanpa dokumen yang sah.
• Abdullah membenarkan Perairan Negara di Selat Melaka dikawal oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Singapura.
• Abdullah telah membenarkan Tentera Komando Singapura menggunakan Pengkalan ‘Special Warfare’ di Gemas sedangkan ini bererti beliau telah kompromi pengkalan strategik Angkatan Tentera Malaysia.
• Abdullah telah hilang kewibawaannya dan terdedah kepada ugutan Amerika Syarikat apabila syarikat milik anaknya terbabit didalam skandal ‘supplying nuclear parts’ kepada negara ketiga.
• Asset milik anaknya, iaitu kapal milik syarikat anaknya telah ditahan kerana membawa ‘nuclear parts’ untuk pihak negara ketiga.
• Abdullah telah diberitahu oleh Presiden Amerika Syarikat bahawa pembabitan syarikat milik anaknya itu adalah boleh mengakibatkan anaknya di tahan dan diklasifikasikan sebagai bersimpati dengan pengganas.
• Pembabitannya sendiri didalam skandal Oil for Food di Iraq juga menyebabkan beliau terpaksa akur dengan tekanan luar untuk mempertahankan kedudukannya.

Oleh yang demikian, Abdullah terdedah kepada ugutan oleh kuasa besar yang boleh mengakibatkan beliau terpaksa kompromi keselamatan dan kedaulatan Negara jika ingin terus menjadi pemimpin Malaysia.

Ahli-ahli Dewan Rakyat dari Barisan Nasional harus bertindak sebagai berkecuali sewaktu pengundian usul hilang percaya. Ahli-ahli Dewan Rakyat dari Pakatan Rakyat dan Bebas harus bertindak menyokong usul hilang percaya ini.

Abdullah perlu meletakkan jawatannya segera selaps beliau tidak lagi menikmati kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

11 July 2008

Pilih Pakatan Rakyat ganti kerajaan Umno/BN

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Thu Jul 10, 08 4:35:35 pm MYT (Harakahdaily)
Permintaan Umno supaya "Yang di-Pertuan Agong campurtangan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera" (Utusan Malaysia, 8 Julai 2008) ibarat mengesahkan satu perkara sahaja iaitu Umno yang telah mengangkat kedua-dua belah tangan. -->
Dia sendiri telah secara muktamad mengesahkan kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu. Sudah selama 50 tahun dia membela(?).
Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas; agama, bangsa, tanah dan air.
Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran.
Jika orang Umno asyik minta Yang Di-Pertuan Agong campur tangan untuk memperbetulkan setiap kali kesalahan yang dibuat mereka, sedarkah Umno bahawa Yang di-Pertuan Agong inipun adalah Raja bagi seluruh warganegara.
Apa kata jika mereka pun mengangkat memorandum balas membantah dasar-dasar diskriminasi Umno terhadap segala ketidakadilan Umno.
Ini semua bertolak dari perletakan paksi perjuangan yang salah. Jika Umno dari awal tidak meletakkan paksi bangsa dalam perjuangannya, bahkan meletakkan Islam sebagai asas, saya percaya keadaan tidak jadi setenat ini.
Apabila Umno membesar-besarkan bangsa, mengibar keris telanjang, mengacah dan mengucup keris berterusan, orang bukan Melayupun boleh gerun.
Apabila naluri manusia terasa terancam, mereka pada logiknya juga akan menggunakan sentimen bangsa sebagai perisai pertahanan yang sama. Mereka akan mengumpul dan menggunakan persamaan dan perkongsian sentimen sebagai benteng pertahanan.
.......baca lagi....

09 July 2008

PROTES Kecoh... Unit Amal Yang Salah?

PROTES kecoh Unit Amal yang salah. Begitulah bunyi laporan Malaysiakini versi Bahasa Melayu. Perkara ini dibangkitkan semasa mesyuarat post-mortem Perhimpunan PROTES semalam.
Kenapa Unit Amal pula yang salah bila yang buat hal ialah Carburator Dung.
UnitAmal disalahkan kerana ke semua 700 anggota Unit Amal telah meninggalkan stadium seawal 2.30ptg selepas tidak puas hati dengan persembahan sebuah band Lawan Tetap Lawan. Itu kata laporan dalam media, tapi apakah sebenarnya sebab Unit Amal meninggalkan stadium?
Ketahuilah bahawa Unit Amal adalah sayap kanan Dewan Pemuda PAS yang berprinsipkan Quran dan Sunnah. Lahirnya Unit Amal adalah untuk menegakkan a'mal ma'aruf dan nahi mungkar. Piagam Unit Amal perlu difahami sebetulnya sebelum mudah menyalahkan Unit Amal. Tetapi yang hairannya, yang menuding jari adalah penyelaras Protes dan juga bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan sekretariatnya Aiman Athirah al-Jundi, juga setiausaha Muslimat. Tidakkah Dr Hatta dan Aiman Athirah faham tentang prinsip Unit Amal?
Unit Amal tidak akan sama sekali bersengkokol dengan perkara mungkar!. Perhimpunan Protes tempoh hari berselang dengan konsert punk rock. Dari segi falsafahnya mungkin tiada salah punk rock itu, tapi dari segi penyampaian dan perilaku persembahan amat menyalahi tatasusila berugama. Unit Amal bersedia bertugas atas sebab memperjuangkan nasib rakyat atas derita kenaikan harga minyak. Tetapi apabila motif perjuangan itu telah jadi samar di sebabkan oleh perjalanan acara yang tersasar, tiada sebab lagi untuk Unit Amal meneruskan misi.


Amat tidak logik jika Unit Amal bertugas mengawal keselamatan ahli band punk rock yang menjerit-jerit dalam kebisingan muzik mereka. Amat tidak logik lagi kalau Unit Amal menjadi body guards pula kepada penyanyi punk rock yang membontotkan penontonnya dalam ekspresi lagu Mari Nyanyi Menjilat nya. Jika itu berlaku tentulah hilang kredibiliti Unit Amal sebagai badan da'awah Islami. Sudah tentu Unit Amal akan berkubur dalam Mu'tamar Agong Pemuda yang akan datang!.

Dr Hatta Ramli dan Aiman Athirah sepatutnya faham hal ini. Sebagai pengerusi dan sekretariat Protes, kenapa dibenarkan ada unsur-unsur konsert kurang sopan?. Menurut Carburetor Dung mereka sudah memang biasa melakukan ekspresi muzik dan nyanyian mereka begitu. Tidakkah Dr Hatta ambil tahu hal ini? Atau adakah kerana terlampau mahu menyukakan hati PKR dan DAP maka Unit Amal ( baca PAS) boleh melanggar prinsip dan dasar parti?. Dari sumber yang rapat dengan pimpinan Unit Amal Negeri Selangor, saya diberitahu bahawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Protes, Unit Amal telah memberi amaran bahawa jika ada konsert yang tidak Islamik Unit Amal akan menarik diri. Da'wah telah dijalankan, jadi Dr Hatta dan Jawatankuasa Protes sepatutnya tahu. Salahkan diri sendiri (Jawatankuasa Protes), bukan Unit Amal!.

Secara peribadi saya amat bersyukur kerana Unit Amal telah menarik diri dari Himpunan Protes itu. Jika Unit Amal terus bertugas pada hari itu, nescaya UMNO dan BN pasti berjolikatak hari ini mengeji dan mempersendakan Unit Amal dan PAS, di atas perkara yang memalukan itu.

Mat Rempit....Imam Rempit

Tok Guru Nik Abdul Aziz menyarankan, semasa menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam (7 Julai 08), agar kurikulum JPJ diselitkan dengan tazkirah tentang pentingnya menjaga nyawa pada bakal-bakal penerima lesen baru. Tok Guru kata, iman perlu diasah dalam hati bakal pemegang lesen agar lebih bertanggung jawab menjaga nyawa sendiri dan pengguna jalanraya yang lain. Untuk melakarkan iman dalam hati pengguna jalanraya khasnya para Perempit, Kerajaan Negeri Kelantan telah menyediakan RM1.5juta untuk membangunkan satu litar lumba di Tanah Merah, Kelantan. Di situ Mat-Mat Rempit akan diberikan peluang untuk mengasah bakat mereka di samping ditarbiah untuk menjadi insan mukmin yang sejati. Program membawa Mat-Mat Rempit kepada kemantapan iman ini akan dapat melahirkan imam-imam di kalangan Mat Rempit.

Keberanian Mat-Mat Remit yang luar biasa memang tersohor. Dengan iman yang sahih keberanian luarbiasa itu akan dapat dijanakan kepada keberanian memperjuangkan agama Islam yang murni seperti para remaja zaman Nabi s.a.w seperti Ali Bin Abi Talib, Tariq Ibnu Ziad, Amru Bin Al 'As dan Khalid Ibnul Walid.




Telah banyak litar lumba dibina di tempat lain tapi gejala rempit semakin menjadi-jadi. Semuga dengan adanya litar lumba baru yang diasaskan atas iman dan amal ini akan dapat mengurangkan gejala rempit di kalangan remaja Kelantan.

Walaupun peruntukan telah ada, perlaksanaannya haruslah dijalankan dengan baik. Janganlah projek Imam Rempit ini menjadi satu lagi projek "hangat-hangat tahi ayam". Janganlah nanti litar ke mana, iman Mat Rempit semakin merana.

06 July 2008

Where is P.I Bala?....gone for fishhead curry la..

PI Bala is missing together with wife and 3 children. His nephew has made missing person report to the police yesterday.. But according to his first lawyer Mr Americk Singh, he went for fish head curry with his ASP friend in Brickfields in the evening after he made public the first SD. The next day PI Bala came back with a surprised 2nd SD denying the 1st one. Wah... that fishhead curry had really got into him to realize that he lied in the 1st SD. I just wonder whether Americk Singh told him that if he lied, he could be jailed for perjury. Moreover, he was an ex-policeman, surely he has learned that part of law? That fishhead curry with his ASP friend was really fishy, wasn't it?

But hey..now he is nowhere to be found! Even the police is asking that if anybody knows the whereabouts of Bala, to come forward to help them. They are eager to investigate the two SDs signed by Bala. Now, I'm more dumbfounded!! why do police can't locate Bala when he went eating fishhead curry with an ASP and the next day he went for press conference with another lawyer, Arulampalam Mariam Pillai, looking really perturbed!! A person who has made world news and became very popular in the process, cant just fade in thin air.

Is this a warning any potential whistle bower to keep quiet? If you do, you will go missing too. Or, is this a witness protection program thingy? Due to his statement regarding TPM involvement in Altantunya's affair (regardless whether he has retracted it), he is being protected from whatever harm until he is produced in court. I dunno, I really hope he is NOT being punished for "whistling".

...(additional update)....
Poor Bala has not got the sanctitty of the Turkish Embassy nor has he got the backing of the Americans. Anwar Ibrahim should have thought the outcome and consequences of such blatant declaration of TPM's supposed involvement the Altantunya saga. Anwar has all the political mileage in Bala's SD but has not mde an attempt to give some degree of protection to him and his family. Is Bala only a sacraficial lamb to Anwar? Anwar was seem so joyful when Bala made the 1st SD but nowhere to be seen when Sivara and Americk Singh made the press conference to react on the 2nd SD. Was he busy answering phone calls again like when they did to deny Saiful's allegation on Anwar sexual prowess. Whatever it is Anwar should provide certain degree of protection to Bala. At least Bala should have with his lawyer when meeting the ASP. Sure the ASP would not just eat fish head. Bala's SD was the first thing on his mind and he should have got certain tasks on Bala.

What ever happen to Bala now, Anwar should take full responsibility!!

04 July 2008

Bala: It Was Not True....(uhuk! uhuk!)

New turn of event...the PI, P. Balasubramaniam, retracted his earlier Statutory Declaration (SD) with another new SD as reported just now in the Star Online. Ha hah! What have we got here...a man with a gun pointed at his head or a man flushed with ransom money??? Well the report did mention; "A visibly perturbed Balasubramaniam remained mum on Friday when met by pressmen who had rushed to a hotel here where his new lawyer Arulampalam Mariam Pillai accompanied him for the brief press conference" I dunno about you guys but I think this man is in fear for his life. And he got a new lawyer. Eh..? what happen to his earlier lawyer with whom he disclosed the first SD. I hope he's safe some where...







Private investigator P.Balasubramaniam (left) talking with his new lawyer Arulampalam Arulampalam Mariam Pillai after the press conference Friday where he retracted the earlier statutory declaration, denying that Abdul Razak Baginda said anything to him that linked the Deputy Prime Minister to Mongolian murder victim Altantuya Shaariibuu. - Bernama

UNTUK SEKEPING POLISI.....part 2

Semalam aku hantar lagi satu email. Saja bertanya khabar sambil selit soalan cepu emas, bila polisi aku nak siap?. Seperti biasa Nawi akan memberikan beberapa alasan yang agak manasabah. Aku tak kesah sangat bila polisi itu akan siap, yang penting bila ia bermula. Maklumlah kita bukan tahu bila datangnya musibah. Kalaulah tiba-tiba ada kemalangan atau sakit apa saja yang perlu rawatan di hospital, masa itulah polisi keramat itu berguna. Nawi amat faham hal itu, tapi biarlah dia buat kerjanya dahulu. Aku bagi masa lagi seminggu, kalau Company Of Nyawatimur (CON) masih belum menghidupkan polisi itu, aku rujuklah balik dengan Syarikat Takdafool Incas Malaisinea (STIM).

Dulu aku pernah bersama dengan CON. Lama jugak, ada lebih kurang lima tahun. Masa tu STIM belum ada. Aku bukan faham sangat pasal polisi pun, cuma saja tolong kawan. Nawi aku kenal sejak belajar di Benggaland dulu. Dia balik awal dari aku, nak bisnis katanya. Aku balik dua tahun kemudian. MAsa aku balik, Nawi dah jadi wakil CON, dah ada kereta, ada rumah dan awek lawa. Aku baru nak belajar hidup, menumpang pulak di rumah dia. Masa tu aku baru dapat kerja dengan sebuah syarikat konsultan di Bangsal, Kota Lumpur. Nawilah yang mengenalkan aku dengan polisi CON. Memandangkan dia sedang naik dalam organisasi CON, aku pun belilah satu polisi CON. Bukan faham sangat pun lebih pada tolong kawan.

Satu hari aku belek-belek laporan akhbar tentang perlaburan CON di Malaisinea, aku terperanjat bila tengok CON juga melabur dalam syarikat perjudian Gunting Hairan. Aku tak mahu bersubahat, jadi mulai hari tu aku tak bayar premium bulanan sampai polisi tu mati sendiri. Marah agaknye Nawi pada aku. Sebenarnya bukan faktor subahat saja yang buat aku berhenti, faktor ekonomi meleset pun iya juga.

Wakil STIM ada talipon tanya khabar aku semalam. Kesian dia, berbuih mulutnya menerangkan kelebihan polisi takafulnya. Aku dengar sajalah. Kalau bukan STIM lambat hari tu dah tentu aku ambil polisi STIM. Sekarang aku dah mula curiga, STIM lambat ke CON yang lambat. Dulu STIM suruh buat check-up aku malas sebab nak cepat. Lambat lah nak kena buat check-up lagi. Kan aku dah bagi check-up yang 2007 dulu. Tapi tak nak sebab coverage aku dekat 500k. Kena buat baru. Malaslah. Tu yang aku talipon Nawi mintak rujuk dengan CON. CON dah ada polisi yang Islamik dah. CON kata kalau STIM boleh bagi 500k, CON boleh bagi 1m. Fuyo!! aku pun kata ok. Bagi check-up yang terbaru yang aku buat untuk CON. Nawi boleh adjust. Last-last kena jugak buat check-up yang lain, sebab yang itu tak cukup kuat. Kena buat yang baru Nawi kata. Aku pun ikutlah, walaupun CON yang bayar tapi lambat jugak jadinya. Coverage campur anak bini semua lebih kurang 500k juga.
Hmmm....Nak cepat konon akhirnya lambat jugak CON...kono con dah aku....!!!

02 July 2008

Poi Parlimen Naik Basikal - Apo Nak Di Kato

Alahai...Ahli Parlimen PR telah memulakan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh PM dan TPM, iaitu berbasikal ke Parlimen. Itulah cara yang terbaik untuk mula mengubah cara hidup. Dalam keadaan harga minyak dan berbagai barang keperluan melonjak langit, berbasikal ke mana-mana patut dijadikan budaya. Badan sihat udara pun jadi nyaman. Tiada lagi asap kenderaan yang menyesakkan paru-paru. Untuk ahli-ahli parlimen itu, ini aa lagu untuk depa....





Poi Parlimen Naik Basikal
Tongah Hari Tongah Paneh
Apo Dayo Minyak mahal
Apo Nak Di Kato

Kalau Buleh Nak Jadi Perdano Menteri
Minyak Petrol Semuo Free



Sawah leba terbiar banyak
Air pili mahal sekali
Sunyi sopi takdo oghang
Apo nak dikato

Kalau boleh nak bising-bising
Macam dalam... Parlimen

Tanak nasik bogheh siam
Ghogo eh mak Ai..mahal sekali
Bogheh tempatan takdo lai
Apo nak dikato

Ramai oghang dah makan ubi
Kek Sungai Petani...

Minyak mentah melambung tinggi
Petronas untung BANYAK sekali
Tapi petrol takdo subsidi
Apo nak dikato

Ramai oghang dah jalan kaki
Poket kosong tak do baki....

by: SambalTumis