30 June 2009

PAS Di Bumi Kenyalang

Harapan untuk PAS bertapak di Bumi Kenyalang dapat dirasakan di kalangan orang-orang Melayu dan Bumiputra yang selama ini menyokong BN. Hasil pemerhatian dan perbualan penulis dengan kawan-kawan dan para pengundi di Kuching, Miri dan Bintulu, PR nampaknya mempunyai peluang untuk menambah kerusi di DUN Sarawak pada pilihanraya negeri yang akan datang.

PAS telah mula mengorak langkah di sini dan perbincangan bersama PKR dan DAP nampaknya amat positif. Seorang bekas ketua cawangan PBB di Bintulu amat teruja bila diberutahu bahawa PAS akan bertanding di tempatnya. Beliau yang 2 PRU sebelum ini mengundi DAP kini berharap dapat mengundi parti PAS yang dikaguminya. Bukan setakat mahu mengundi, malah mengisi borang untuk menyertai PAS juga beliau tidak sabar.

Sambutan PAS di Sarawak telah bermula sejak tahun 2003 bila PAS ditubuhkan di Kuching. PAS telah bertanding di Beting Maru dan juga Parlimen Batang Lupar dalam PRU lepas. Walaupun kalah, sokongan yang diperolehi amat menggalakkan. Kita tidak hilang wang deposit dan bayak cawangan telah tertubuh. Kini selain dari Kuching dan Batang Lupar, PAS akan melebarkan sayapnya di semua bandar-bandar besar dan kawasan sekitarnya.

Kelab Penyokong PAS pun telah bergerak di Kuching dan di Parlimen Batang Lupar. Kini usaha untuk mengembangkannnya ke seluruh Sarawak sedang berjalan. Kaum Iban adalah majoriti di Sarawak. Merekalah yang banyak menyokong PAS di Batang Lupar dalam PRU baru lalu. Kini ramai lagi mahu menolong untuk menggerakkan KKP di semua tempat yang PAS akan bertanding.

Pengaruh Anwar Ibrahim di Sarawak sangat besar. Kerjasama PAS dan PKR nampaknya dapat merapatkan orang-orang Iban dan Orang Ulu untuk bersama PAS dan PR.

Melihat kepada suasana yang ada sekarang kita amat yakin bahawa DUN Sarawak akan dapat diisi dengan wakil-wakil dari PAS dan PR. Tidak mustahil kita akan tambah negeri PR di Pulau Borneo ini.

27 June 2009

Conspicious Media Blockade on MJ's Faith

The world mourns Michael Jackson (or shall I say Mikaeel Jackson) MJ in short. The whole day the world electronic and printed media talk about MJ. Internet awashed with MJ news. Instant commentators specializing in Mj appeared every where.

I was one of the early ones to blog about MJ's death. Bloggers came in throng to write about MJ. Suddenly Iran's Ahmadinejad win of the Presidential election where fraudulent was accused and North Korea warning nuclear bombardment if attacked by the U.S didn't make impact. The news industry was partying on MJ's death news.

The world knows that in November 2008, MJ converted to Islam. He made relation with the Arab worlds and Muslims all over were ecstatic with the news. Even tough they were people doubting his conversion but lets take that at face value. MJ died a Muslim.

But the media were conspicuously SILENT about. I scanned through most the Internet news feed but none talked about MJ's faith. Obituaries talked about his life history from childhood star to the sudden death. But again none regarding his conversion. This is indeed very strange. It seems as if the world is gaged about the Muslim MJ. Why? One answer is that the people who control the world media do not want to give Islam a free publicity. That is why no mention about this important stage of MJ's life.

What we would like to know is, will MJ's body be shrouded in the white 'kafan' cloth.Will 'Solat Janazah' be performed on him. And final question, will he be buried in Islamic cemetery?
The Islamic world demand the news about their fellow brother. MJ might had not been a perfect Muslim but he was a Muslim nonetheless.

So being a Muslim MJ should be buried in accordance to Islamic rites and his brother Jermine (or Muhammad Abd Aziz) must see that MJ be accorded with one. The Muslims all over the world must be informed about it.



26 June 2009

Mikaeel Jackson Pulang Ke Rahmatullah


Mikaeel atau Michael Jackson telah pulang ke rahmatullah semalam. Semuga Allah swt mengampunkan segala dosanya. Semuga rohnya dicucuri rahmat. Mikaeel telah memeluk Islam pada hujung tahun lepas.


Selamat jalan Mikaeel.... semuga Allah mengasihanimu di alam barzah..

25 June 2009

Seloka Bekenu


Ada tempat nama Bekenu,
Tanah subur beralun-alun,
Ada Kedayan Iban & Melayu,
Hidup bersama bertahun-tahun.

Setengah jam dari Miri,
Ladang sawit berselang kampung,
Pembangunan ada sikit sekali,
Jalan masuk ke ladang dan gedung.


Pengangkutan di Miri memnag hebat,
Jalan yang cantik diturap lagi,
Bekenu hanya kampung berkarat,
Jalannya dhaif berlopak bergerigi.


Orang kampung dibuai janji,
Manis bunyinya sungguh sempurna,
Pilihanraya datang dan pergi,
Jauh kemudahan penduduk ternganga.


Pejuang rakyat akan ke sini,
Datang membela itu yang pasti,
Segala hak yang patut diberi,
Akan dibising di dalam DUN nanti.


Bekenu akan mendapat bela,
Parti Islam akan ke sana,
Masyarakat dibela dan diperkasa,
Bak kata pepatah 'Pas Untuk Semua'.

(bersambung.....)







23 June 2009

Water Filter Untuk Di Jual...Sangat Murah!!!





NANO Teknologi
TERBARU







• Ion Perak Nano bertindak untuk menghapuskan bakteria dalam air, ia berkesan untuk membunuh lebih daripada 650 jenis bakteria.
• Resin Pertukaran Ion berkesan untuk mengurangkan kandungan kalsium dan magnesium dalam air, agar air menjadi lebih lembut dan lebih sedap diminum.
• Molekul air dibentuk semula supaya menjadi lebih kecil, bertenaga dan berstruktur heksagon.
• Batuan mineral membebaskan mineral utama dan mineral surih yang diperlukan dan baik untuk kesihatan.
• Air dijana dengan ion negatif, beralkali lemah, sedap diminum dan juga berkesan untuk menjaga kesihatan badan.
• Air berion negatif berkesan untuk meningkatkan keaktifan sel-sel dan menurunkan paras trigliserid dan kolesterol. Pada masa sama juga berfungsi untuk melegakan kepenatan, anti pengoksidaan, mengimbangi kandungan gula dalam darah dan menyelaraskan lipid dalam darah.

refre to OSBGLOBAL for more product info.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<



Harga Pasaran: RM3,300 /no



Harga Runtuh : RM2,000/no (O.N.O)

UPDATE! HARGA RUNTUH LAGI!! KINI RM1,900/no !!!

Interested pleas email: almuradey@gmail.com or comment below.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<



19 June 2009

Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi

Idris Ahmad -
Harakah/Jun 18, 09 9:20:58 pm MYT

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.
Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.
Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.
Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.
Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.
Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.
Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.
Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.
Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.
Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."
Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.
Bersandarkan nas syara'
Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.
Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.
Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.
Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_

18 June 2009

K.U: Tok Guru vs Nasha?

Pagi-pagi lagi K.U talipon ana. Risau benar bunyinya. Dalam nafas yang tercungap-cungap dia tanya betul ke Tok Guru suruh Ustaz Nasha keluar Pas masuk UMNO. Ana pun baru saja dengar cerita gempar tersebut. Nak komen banyak-banyak kang kok salah. Tapi apa-apa hal pun ana suruh sahabat ana tu bertenang dulu.
"K.U kau bawak duduk dulu. Bertonang. Napeh kau dalam talipon macam ribut!. Dulu den dah kobar kan. Isu Kerajaan Perpaduan ni jorek UMNO. Kapal tongah nak tenggolam. Macam-macamlah jaharo eh. Dalam Muktamar Pas hari tu pun bukan ado pun cerito nak berpadu dengan UMNO. Presiden tak sontuh lansung pasal Kerajaan Perpaduan (KP) ucapan dasar.
Cumo maso sidang akhbar ado lak tukang pencachai UMNO hulur soalan pasal Kerajaan Perpaduan. presiden komen sikit dan huru haro negaro lopeh tu.
Macam Tok Guru cakaplah, idea KP ni cumo lontaran peribadi semato-mato. UMNO gunokan segalo media yang ado untuk memporak perandokan PR. Memang huru-haro. Tengok kau K.U, tak pasal-pasal tercungap-cungap gelabah.
Orang surat kabar memang suko bondo sensasi ni. Ontah iyo ontah tidak Tok Guru suruh Ustaz Nasha beronti. Putar bolit BERNAMA tak kan kau tak tau. Kok iyo pun, ni kiro tingkah anak beranaklah. Sok Ustaz Nasha poi lah jumpo Tok Guru. Cium tangan elok-elok mintak mahap. Kang ok lah tu. Ala cam cerito Dato' Mustafa Ali ngan Tok Guru dulu. Jumpo balik ompek mato dah setel." berbuih mulut ana menonangkan K.U (tapi tak la sampai cam Dato Shabery dalam TV hari tu....he he he..)
"Iyo ko?" kato K.U. " Den bukan apo...takut kang tak pasal-pasal masuk UMNO botul2 si Ustaz Nasha tu! Maklumlah cakap-cakap Tok Guru ni masin" " Kau tengok apo jadi ngan Ustaz Nakhaie...masuk UMNO tak yo dapek jadi mentori...." sambung K.U lagi.
Ana kata pada K.U biarlah kita serahkan pada pucuk pimpinan untuk menyelesaikan perkara ini. Pas ada Majlis Syura. Maka Majlis Syuralah yang patut bincang hal-hal segenting begini.
K.U masih tak berapa puas. " Kau ingat memang Ustaz Nasha nak jadi mentori ko?. Sampai nak berpadu dengan UMNO."
"La... kan den dah bagi tau...dalam muktamar hari tu Ustaz Nasha torang-torang cakap tak ada niat Pas nak berbaik ngan UMNO. Kau bacolah Harakah. Mano ado cerito pasal nak kawin ngan UMNO. Ini sumo putar bolit mdia UMNO!" jawab ana. Hati mula panas dengan sikap K.U yang seakan-akan percaya dengan 'spining' yang dibuat oleh media UMNO.
"Kito kono siqah dan wala' pada pimpinan" Ana mula bersyarah. "Adab kito pado gerakan Islam adalah kita percaya dan taat kepado pimpinan. Kalau pimpinan kato tak ado pakatan atau perbincangan dengan UMNO pasal KP, tak adolah tu. Jangan kito percayo pulak pado media dan internet yang cerito macam-macam". " Jemaah kito ni jemaah Islam. Jemaah UMNO jemaah sekular. Mano buleh bersamo. Kecuali UMNO tukar dasar dio kepada Quran dan Sunnah. Hah..maso tu..Pas nak bubar masuk UMNO lako sado eh pun tak po!. Dio dah jadi Islam cam kito. Perjuangan kito dah samo untuk mendapekkan redho Allah di mukobumi ni. Mentadbir bumi ni macam yang Allah suruh. Hah...tu baru bulih berpadu..."
"Ohh...cam tu ko..." kata K.U " Kok camtu den sorah pada Tok Guru lah, Presiden dan sumo saf pimpinan..." "Cilako UMNO ni...buek sosak kepalo otak den yo!" lalu K.U terus letak talipon.
Ana masuk bilik air ambil wuduk dan solat dhuha dan solat hajat. Semuga keruh politik dalam Pas cepat jernih semula....

16 June 2009

Jalan-Jalan Yang Berturap 'Janji' - Pakej Rangsangan Apa??

Pergilah mana kampung di luar Miri. Kampung Muhibbah contohnya sudah 3o tahun menunggu jalan kampung itu ditar. Dari jalan besar Miri - Bintulu ada banyak jalan menyimpang masuk ke kampung-kampung dan rumah panjang keadaannya masih teruk. Jalan masuk ke Rumah Panjang Lepung Ajai yang baru terbakar baru-baru ini, hanya ditinggalkan tidak berturap sudah sekian lama. Batu grewel dihampar tunggu untuk diturap dengan tar tunggu punya tunggu jalan yang berbatu itu pun menjadi semakin parah. Penduduk sekitar jalan terpaksa berperang dengan debu setiap hari. Bila hari panas debu naik bagai jerebu. Bila hujan jalan becak tidak keruan. Sekali datang pilihanraya berkoyan-koyan janji ditabur untuk membina jalan yang sempurna bagi kegunaan orang kampung. Tetapi janji hanya tinggal janji. Begitulah bertahun-tahun. YB berganti YB tapi jalan kampung masih 'berturap' janji menteri.
Mana pakej stimulus pertama dan kedua?.
PM Najib kata "sehingga 5 Jun lalu, sebanyak RM1.4 bilion dibelanjakan untuk menyiapkan 10,979 projek yang turut melibatkan projek-projek kecil seperti menaik taraf dan baik pulih jalan luar bandar, jambatan, sekolah dan hospital membabitkan perbelanjaan sebanyak RM500 juta"
Dan PM Kata lagi, ".. program penyelenggaraan infrastruktur awam (PIA) dan projek infrastruktur asas (PIAS) bernilai RM173 juta bagi 2,686 projek di Sabah dan Sarawak yang secara langsung membantu meningkatkan aktiviti ekonomi dan kualiti hidup rakyat luar bandar di kedua-dua negeri berkenaan"
Wah.. megah sungguh PM Najib berkokok dalam Parlimen mengatakan rakyat bertuah dapat faedah rangsangan ekonomi. Tapi tak nampak pun di Sarawak ni. Seperti yang penulis katakan tadi, pergilah ke kawasan pendalaman di luar kota besar seeperti Miri, Bintulu dan Sibu. Bukan dalam sangat pun, keluar sahaja dari kawasan bandar dalam 20km nampaklah jalan-jalan kampung persis laluan balak. Barbatu grawel dan berdebu dan ada juga jalan tanah merah.
Projek menurap semula jalan Miri-Lutong baru sahaja siap. Sejak 6 Bulan lepas penduduk bandar Miri terpaksa bersesak kerana kerja-kerja memotong dan menurap semula jalan besar Miri - Lutong yang masih dalam keadan baik. (Lihat tulisan SS berkenaan isu ini) Itulah yang hairannya. Jalan yang masih cantik Miri-Lutong tiba-tiba dikorek lapisan atas dan diturap semula tetapi jalan-jalan kampung yang sangat mendambakan turapan tar, masih berbatu grawel dan berdebu. Tidak ada rasionalnya projek itu kecuali tujuannya untuk memerah peruntukan rangsangan ekonomi tanpa perlu bersusah-payah masuk ke kampung-kampung dan pendalaman. Mana perginya janji politikus tempatan dan nasional.
Tak lama lagi musim pilihanraya DUN Sarawak. Kita akan lagi sekali berpesta dengan janji-janji bakal YB dan menteri. Harapan rakyat marhaen untuk kehidupan yang lebih baik hanya jadi mainan bibir kempen pak menteri.

Wajah-wajah Penyokong Presiden Mahmoud Ahmadinejad

Sehari dua ini media Barat memberikan gambaran yang pilihanraya Presiden Republik Islam Iran penuh dengan penipuan dan penyelewengan. Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden (yang pernah menyatakan kerisauannya ekoran seorang politikus tempatan dituduh meliwat oleh mangsanya) kali ini dengan penuh yakin menyatakan ada yang tidak kena pada pilihanraya Presiden di Republik Islam Iran.
Gambar-gambar rusuhan oleh pengikut pencabar terdekat Presiden Mahmoud Ahmadinejad iaitu Mir Houssein Mousavi muncul merata-rata (lihat di blog http://pedulipalestina.blogspot.com). CNN, BBC malah al-Jazeera dan al-Arabiya membayangkan keadaan di Tehran adalah di luar kawalan dengan pihak berkuasa mengganas di mana-mana. Semalam petang di Damansara, di hadapan Wisma UN rakyat Iran di Malaysia turut melakukan protes (lihat foto di atas).
Terdapat banyak faksi (fakta-fiksi) dan khabar angin tersebar sehingga mengelirukan pemerhati politik antarabangsa. Benarkah Mahmoud Ahmadinejad seorang hardliner yang langsung tidak mendapat dokongan rakyat kelas pertengahan dan terpelajar? Benarkah pula wanita Iran yang 'moderat' (berskarf dan bukannya bercadur sebagai mana wanita 'konservatif') menolak Ahmadinejad misalnya? Benarkah agaknya golongan muda menolak Mahmoud Ahmadinejad? Benarkah Mahmoud Ahmadinejad tiada pengikut? Benarkah Ayatullah Ali Khamenei pundak 'sistem teokrasi' di Iran telah ditolak rakyat Iran? Inilah helah media antarabangsa yang pintar memanipulasi berita.
Buktinya, lihat foto-foto (30 keping semuanya) di bawah. Wajah penyokong-penyokong 'singa umat Islam' - Mahmoud Ahmadinejad - yang keluar ke jalan raya menunjukkan sokongan mereka. Dan kemeriahan keraian tersebut menjadi lebih istimewa di hari ulang tahun kelahiran Saidatina Fatimah Zahra, belahan jiwa Rasulullah saw.

15 June 2009

SIS Mahu Usul Ditarik Semula....

SIS mahu PAS tarik balik usul untuk mereka disiasat oleh Majlis Fatwa. Apa takut kena siasat ke SIS? Kalau awak tak salah apa nak takut.
Lain kali jangan memandai-mandai cakap pasal Islam kalau tak tahu. Jangan ikut perasaan sahaja. Islam ada nas Al Quran, Hadith Sohih, Ijmak Ulamak dan Qaul. Kalau tak faham belajar. Bukan main hentam ikut kepala otak kalian.
Sdr Khalid Samad mengaku ada sedikit kesilapan dalam penggunaan istilah dalam usul. Tetapi tidak mencacatkan usul. Usul sudah diterima dalam muktamar dan kini telah menjadi pendirian parti. PAS adalah parti yang gentlemen tapi tegas. Sekali usul diterima takkan ditarik balik semata-mata atas gesaan dari NGO yang selalu perleceh Islam.

12 June 2009

Mir Houssein Mousavi

Hari ini, Republik Islam Iran akan memilih seorang Presiden baharu. Sekiranya terdapat jumlah undi yang hampir sama banyak, pilihanraya pusingan kedua akan berlangsung sekali lagi minggu hadapan dengan dua calon tertinggi (terdapat empat calon) bakal berdepan untuk kali terakhir.
Barat, khusus Amerika Syarikat memberi perhatian besar kepada calon Presiden - Mir Houssein Mousavi yang disifatkan sebagai calon jalur moderat di Republik Islam Iran.
Sesuatu yang harus anda ketahui ialah terma seperti moderat, liberalis, sederhana, ekstrimis, keras dan konservatif di Republik Islam Iran sama sekali tidak dapat 'terpakai' atau sama dengan apa yang ada di Malaysia mahupun apa yang difahami di Barat. Mereka yang masih terkial memahami wilayatul faqih akan bingung dengan permainan terma ini di Iran. Justeru istilah konservatif dan moderat di Iran tidak sama sekali menyerupai istilah 'konservatif' dan 'erdogan' dalam PAS. Kesederhanaan dan janji lunak golongan moderat di Iran tidak sama dengan kecenderungan dan keliberalan pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan terhadap Amerika dan Israel.
Ambil sahaja Presiden sekonservatif Mahmoud Ahmadinejad, hampir dua tahun lalu beliau adalah Presiden yang berani membuka ruang untuk membenarkan wanita menonton perlawanan bola sepak kebangsaan di stadium. Ini bermakna penonton wanita menyaksikan perlawanan bola yang pemainnya adalah lelaki secara terbuka di awam (sesuatu yang sebelumnya tidak berlaku). Pun keizinan Mahmoud Ahmadinejad tersebut divetokan oleh Ayatullah al Uzma Ali Khamenei, pemimpin tertinggi Republik Islam Iran dan pemimpin politik umat Islam syiah usuli seluruh dunia. Alasan beliau 'persekitaran di stadium tidak sesuai untuk wanita'. Jika ingin menonton, ya lihat sahaja menerusi siaran langsung di televisyen.
Justeru jika ada yang menyangkakan Mir Houssein Mosavi seorang reformis dan bukan konservatif. Fikirkan semula.
Ambil sahaja Zahra Rahnavard, isteri Mir Houssein Mousavi berusia 61 tahun. Seorang nenek, pelukis,dan mantan canselor sebuah universiti. Beliau jua adalah seorang penulis drama pentas. Salah sebuah drama pentas beliau yang paling diingati ialah mengenai Salman Rushdie yang digambarkan sebagai 'iblis'. Nah, sebagai seorang moderat Rahnavard sama sekali tidak seperti orang itu (yang liberal dalam konteks Barat) di mana sanggup dan tergamak memuji Salman Rushdie penghina Nabi Muhammad saw sebagai 'profound writer'.
Zahra Rahnavard juga penulis esei yang diketahui umum di Barat berjudul The Colonial Motives for the Unveiling of Women and The Beauty of the Veil yang jelas menyatakan kepentingan hijab sebagai menjaga maruah wanita Islam. Hijab menurut beliau menjaga wanita "from being mere (sex) objects and makes them intellectually and spiritually valued people."
Betul, sebagai reformis Zahra Rahnavard dalam tahun 2000 menganjurkan kempen untuk membenarkan wanita mengenakan cadur yang bukan sahaja hitam. Ini bermakna mereka menuntut hijab yang lebih berwarna-warni. Pun itu tidak bermakna beliau bersetuju supaya hijab ditanggalkan dari kepala wanita Islam.
Siapa pula Mir Houssein Mousavi yang mencabar Mahmoud Ahmadinejad ini? Benarkah beliau kurang berbahaya? Beliau adalah Perdana Menteri Republik Islam Iran ketika Ayatullah Ali Khamenei menjadi Presiden antara tahun 1981-89. Mendiang Ronald Reagan, Presiden Amerika Syarikat pernah melabel beliau "terrorist kingpin" sebagai mengecam peranan Mousavi dalam menyokong dan mendanai gerakan revolusi dan pemberontakan di Amerika Tengah. Benar, beliau adalah penasihat untuk bekas Presiden 'reformis' Iran Mohammad Khatami dalam tahun 90an tetapi beliau juga antara pemimpin Iran yang bertanggungjawab memimpin Iran ketika perang dengan Iraq (yang merupakan proksi Amerika dan Arab Saudi awal tahun 80an). Terdapat dakwaan beliau juga antara beberapa orang tokoh politik Iran yang mempunyai sumbangan dalam penubuhan Hezbullah, gerakan Islam yang amat digeruni Amerika, zionis dan Arab Saudi di Lubnan dan Timur tengah amnya.

11 June 2009

1 Malaysia Keliru...

Muktamar PAS yang baru lalu banyak impaknya. Satu Malaysia tahu Ustaz Nasharudin Mat Isa menang tapi undi tak sampai 50 %. Gabungkan undi Husam dan Abang Mat, Usta Nasha kalah. Jadi boleh dikatakan majoriti ahli PAS tidak pro Ustaz Nasha (atau pro-perundingan/muqabalah dengan UMNO). Impaknya, TGHH dan Ustaz Nasha walaupun menang tetapi tentangan terhadap idea berbincang yang boleh membawa kepada Kerajaan Perpaduan amat besar dalam PAS. Kalau dilihat dalam dunia siber sekarang, rata-rata bloggers tidak tertarik dengan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. PAS bukan parti autokratik dan bodek. Apa yang Presiden kata semua mesti kata ya. Dan ya lah yang diangguk oleh semua, supaya habuan tak lari dan nama terpilih lagi. PAS bukan begitu. PAS ikut demokrasi dan mesyuwarah.
Presiden dan AJKnya jangan sewenang-wenang mahu Kerajaan Perpaduan. Hari ini sebut Kerajaan Perpaduan, hari esok Murshidul kata karut!. Timbalan Presiden yang baru dilantik semula kata TGNA bukan suara PAS. Ada betulnya. TGNA bukan suara PAS tapi TGNA rohnya. Pangkat TGNA ikut cakap orang putih ialah 'Spiritual Leader'. Cakap Melayu, Spirit ialah Roh. Leader pula Ketua. Ha ha... cakap TGNA memang bukan suara rasmi PAS tetapi kata-katanya mempengaruhi Roh PAS. Bila TGNA kata KARUT...maka akan jadi karutlah cadangan itu bila tak diterima oleh segala roh dalam PAS.
1 Malaysia keliru dengan konsep Kerajaan Perpaduan lontaran Dato Presiden. Yang pasti PAS takkan membelakangkan PKR dan DAP dalam PR. Itu jelas daripada ucapan-ucapan para pemimpin di Muktamar yang baru lalu. Idea Kerajaan Perpaduan telah dikemukan oleh Dato' Presiden beberapa bulan sebelum itu tetapi ditarik semula kerana ahli-ahli tidak dapat terima. Ditambah pula ada cerita perjumpaan senyap-senyap geng Timbalan Presiden dengan Paklah. PR bergegar. Maka TGHH tarik semula idea Kerajaan Perpaduannya.
Tapi dalam Muktamar baru-baru ini keluar lagi isu yang sama. Benar..kalau ia berlaku pun hampir mustahil kerana terlalu idealistik seperti yang cuba dihurai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man dalam blog Cina Islam. Suasana yang ada sekarang tidak sesuai dengan Pas mahu berpadu dengan PR dan BN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Ramai orang bukan Islam yang mengundi PAS tempoh hari mengundi PAS semata-mata benci kepada UMNO. Mereka bukan sayang PAS. Jadi bila PAS dilihat oleh mereka seperti mahu bergabung dengan UMNO, maka kita akan saksikan penghijrahan mereka semula kepada mengundi BN. Bukan kerana mereka sayangkan BN tetapi mereka jadi keliru dan takut pada PAS.
Apa yang PAS perlu lakukan sekarang ialah 'damage control'. Dari segi organisai PAS keluar dengan hebat dari Stadium Melawati, Shah Alam. Muktamar yang terhebat pernah dianjurkan. Tiada perpecahan dalam parti. Pertandingan merebut jawatan tertinggi parti habis dalam stadium sahaja. PAS memang semakin kuat dan mantap nampaknya.
Tetapi pimpinan tertinggi kini perlu menjelaskan sejelas-jelasnya tentang Kerajaan Perpaduan. Satu Malaysia keliru dengan konsep ini. Ia terlalu tinggi dan idealistik untuk digapai oleh ahli-ahli PAS. Ahli-ahli PR lebih-lebih lagilah.
Jika PAS tak mampu memberikan penjelasan yang terang benderang....maka lebih baiklah simpan sahaja fail Kerajaan Perpaduan itu, itu pun kalau sayang tak mahu mengtongsampahkannya.

09 June 2009

Ajaran Sesat Yang Berbahaya

Memang sudah sampai masanya Sister In Islam (SIS) disiasat oleh Majlis Fatwa Negara. Usul yang dibawa oleh Perwaklian Shah Alam dan diterima oleh Muktamar PAS ke 55 tanpa bahas amat bertepatan sekali. Ajaran Islam Liberal yang dibawa mereka sangat merbahaya kepada aqidah umat Islam. Kita gempar satu ketika dulu bila seorang wanita Dr Aminah Wadud mengimami dan mengadakan solat Jumaat di sebuah gereja di Amerika Syarikat. Jelas sekali sesatnya. Aminah Wadud inilah orangnya yang mengasaskan SIS di Malaysia.
Mereka menyokong kuat penubuhan Interfaith Commission (IFC) yang membolehkan Islam ditukar-tukar ajarannya dan bertindak seperti mahakamah yang mendengar aduan-aduan terhadap Islam.
Islam Liberal yang dibawa oleh golongan ini ternyata akan membawa kemusnahan kepada Islam di Malaysia. Akan jadi kucar kacir kefahaman Islam dan masyrakat akan jadi haru biru keliru. Akhirnya orang Islam akan jadi seperti mereka di Eropah sekarang tidak mahu beragama lagi. Tunggulah bala akan turun jika itu berlaku.
Banyak kenyataan SIS menentang syariat. Ia menentang poligami yang dibolehkan dalam Islam. Apa saja yang tak sesuai dengan faham kebebasan akan ditentang oleh SIS. Ingat dulu bila JAIS menangkap orang Islam yang minum. SIS tampil membela mereka mengatakan minum arak adalah dosa peribadi, jadi tidak boleh didakwa. Jelas ini bertentangan dengan hukum syarak yang membolehkan peminum arak dirotan.
Majlis Fatwa perlu bergegas untuk menyiasat SIS. Majlis juga mesti mengeluarkan fatwa berkenaan Islam Liberal.
PAS memang tepat mendesak Majlis Fatwa bertindak. Kalau bukan PAS siapa lagi?



07 June 2009

Sajak Altantunya Oleh Bang Mat Sabu

'Atantuya'
oleh Hj Mohammad Sabu
yang dideklamasikan semasa Wacana Seni di Shah Alam pd 5/6

Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga


Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama


Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa


Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku


Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah...

TAHNIAH! PAS SEMAKIN MANTAP!

Tahiah kepada PAS kerana Muktamar berjaya dgn cemerlang. SS dapat ikuti melalui webTV pas...tapi ada sangkut2 sikit waktu puncak. Syabas team IT Pas kerana usaha kalian muktamar kali ni dpt diikuti di seluruh dunia.
3 usul dibahaskan dan diterima oleh muktamar; usul DPP untuk mewujudkan semula MECD, usul DMPP tentang pemulihan sistem Kehakiman dan usul Rembau untuk menghapuskan PPSMI. Satu usul tergempar telah dibawa oleh perwakilan Tambun, Perak agar satu Suruhanjaya Bebas di bentuk untuk menyiasat pengambilan secara haram Kerajaan Negeri Perak oleh Umno/BN. Usul tergempar ini juga telah diterima sebulat suara oleh muktamar.
SS tengok mutu perbahasan sangat baik dan menyegarkan. Ia tidak meleret-leret bodek sana bodek sini. Tidak ada perwakilan yang sengaja menjadikan muktamar sebagai pentas untuk menghibur para perwakilan dengan ucapan berbunga-bunga atau gurau lawak yang mengjengkelkan. Ada hujah padat dan bersemangat dan ada juga sinis dan dalam maksudnya. Semua ini menunjukkan kematangan PAS dan para muktamirin.
Ada suara-suara sumbang di luar sana mengatakan (lebih menuduh sebenarnya) pemimpin PAS gatal nak kahwin dengan UMNO. Ini jelas dilihat dalam beberapa thread dalam Tranunbkite. Para pencacai UMNO masuk membuka thread dan bersungguh-sungguh memfitnah pemimpin mahu bersengkongkol dengan UMNO. Tetapi amat jelas kita lihat dari ucapan para pemimpin hari ini mengatakan tiada lansung kompromi dengan UMNO. PAS bebas untuk bertemu dan berbincang dengan semua pihak tetapi bukan berpakat dengan UMNO dan meninggalkan Pakatan Rakyat. PR akan terus didokong dan dalam masa yang sama misi da'awah diteruskan kepada semua pihak ,baik UMNo, NGO, parti-parti politik atau sesiapa sahaja.
Kerajaan Perpaduan bukan bermakna PAS bergabung dengan UMNO tetapi pemantapan Pakatan Rakyat dalam kerajaan persekutuan nanti. Kita tidak akan masuk BN tetapi membuka pintu kepada ahli-ahli UMNo/BN untuk bersama-sama kita dalam PR.
Jadi UMNO tak payahlah perasan yang PAS mahu menyunting bunga busuk di taman BN. Tak da sapa yang gatal mahu kawin dengan hang!!
Bang Mat walaupun kalah kepada Ust Nasha, masih mesra bersenda dengan lawannya.

"Tak pa..., tak pa.... En UMNO, kami tak kemaruk geng dengan hang"

Wah...khusuk sungguh ahli Kelab Penyokong mendengar ucapan.... "aney..., ada paham ka tu?'

Tengok hidung dah tau...ini mesti pemerhati asing..kan? kan?

Khusuk juga para pemerhati dari Pakatan Rakyat... kang tah hapa pulak ditulis dalam blog LKS.
"Kak Zah, Bang Nuar mana? " Walaupun Husam kalah, perjuangan tetap sama.
Tan Sri Khalid , syabas dan terima kasih kerana bagi stadium.




05 June 2009

PAS Jangan Shiok Sendiri !!! Mantapkan Organisasi Dan Da'awah.

Muktamr PAS ke 55 sedang berlansung di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor. Gegak gempita bunyinya. Dulu PAS tak pernah termimpi dapat pakai Stadium selain di KB untuk buat muktamar. Inilah hebatnya kalau kita dapat memerintah sesebuah negeri (atau negara), kerana segala yang dulu di'haram'kan kini tidak lagi. Dulu Tok Guru TGNA nak ceramah di Selangor mana dapat. Tak ada tauliah. Semua masjid dikawal ketat oleh Khir Toyo. Orang UMNO pekat kadi nazir dan ajk masjid. Masjid yang dulu diambil alih oleh umno secara paksa dan menangkap imam yang engkar telah kembali bergerak aktif dengan aktiviti yang berilmu dan beramal.
Kini stadium pun kita dah dapat buat ceramah besar-besaran. Khir Toyo dan konco2nya dah jadi pembangkang di DUN Selangor. Baru dia tahu segala tindakannya menahan usaha agama di masjid-masjid dulu dah dapat balasannya sekarang.
PAS semakin kuat dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. PAS bukan lagi 'melukut di tepi gantang' tetapi 'beras wangi tinggi kualiti'.
Muktamar kali ini akan diikuti oleh semua lapisan. Bagaimana PAS menangani perebutan jawatan akan menjadi model akhlak kepada parti-parti lain terutamanya Pakatan Rakyat. 'Kumpulan Erdogan' atau Ulama semuanya bekerja untuk Islam. Kita ahli-ahli PAS akan menyokong siapa sahaja yang menang.
Walaubagaimanapun masih banyak yang perlu PAS lakukan. Di Selangor PAS perlu lebih ke depan bukan jadi pak pacak mengiyakan segala kata PKR dan DAP. Usaha mesti ditingkatkan untuk meramaikan lagi ahli dan kelab penyokong.
PAS jangan shiok sendiri berkokok di laman tetapi organisasi kucar-kacir. Mantapkan organisasi PAS sebagai gerakan Islam. Hanya PAS yang berteraskan Islam dan Da'awah sahajalah yang akan terus relevan sehingga bila-bila. Jika PAS menyeleweng dari jalan ini....maka PAS akan jadi seperti UMNO dan lain2 parti sekular..


04 June 2009

Mantapkan jati diri dengan ilmu - Ketua Ulama'

Ditulis oleh Muktamar PAS ke-55
THURSDAY, 04 JUNE 2009 08:08

KUALA LUMPUR - Ulamak diseru agar memiliki jati diri dengan kelengkapan yang mantap seperti ilmu menerusi tarbiyah dan kemahiran untuk menerajui kepimpinan dan perubahan alam parti dan negara.

Menurut Ketua Dewan ulamak PAS Pusat, Dato' Mohd daud Iraqi pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS pusat kali ke-48.

"Ulamak biar ada jati diri dan ini perlu kepada tarbiyah dan kemahiran agar tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak," katanya.

Beliau mengakui bahawa kemampuan yang dimiliki ulamak adalah berbeza antara satu sama lain.

"Kemampuan ilmu yang dimiliki ulamak adalah tidak sama," ujarnya.

Namun,beliau tetap menekankan agar para ulamak sentiasa memenuhi dada mereka dengan ilmu pengetahuan.

Beliau turut menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa ulamak dalam PAS dipinggirkan.

"Dalam PAS tiada masalah ulamak dipinggirkan tetapi sekali sekala jadi begitu kerana kelemahan yang dimiliki oleh ulamak sendiri," katanya lagi.

Sementara itu beliau turut menyatakan bahawa ulamak pelapis hendaklah diperkasakan.

"Saya menyatakan bahawa ulamak pelapis ini kelihatan kurang menonjol kerana mereka 'malu alah' dan memberi laluan kepada yang lebih berpengalaman sebagai tanda hormat," demikian tegasnya.

Empat peranan utama Muslimat - Ustaz Nasharudin


PDF Cetak Emel
THURSDAY, 04 JUNE 2009 03:19
SHAH ALAM, 4 Jun - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Md Isa berkata, kaum wanita dan lelaki perlu berganding bahu bersama dalam usaha menegakkan agama Allah.


Beliau dalam ucapan perasmian Dewan Muslimat kali ke-49 sebentar tadi turut menegaskan bahawa PAS akan terus memperkasa muslimat PAS dan wanita Malaysia keseluruhannya.


Menyentuh tentang peranan muslimat, beliau menggariskan empat peranan utama iaitu Wanita muslimah sebagai individu muslim, Wanita muslimah sebagai isteri solehah, wanita muslimah sebagai ibu mithali dan Wanita muslimah sebagai penggerak dan pejuang gerakan.


Mengulas soal musawah atau kesamarataan pula, beliau berkata Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bentuk kesamarataan antara wanita dan lelaki.

Malah, dalam aspek seperti perlaksanaan ibadah, kewajipan berdakwah, kewajipan menuntut ilmu dan aspek keadilan, maka hak-hak tersebut adalah sama bagi semua wanita dan lelaki. Namun begitu, ada beberapa aspek yang membezakan antara wanita dan lelaki. Sebagai hamba, tegas beliau, wajiblah kita menerima perbezaan tersebut sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.


Seperti sedia maklum, Timbalan Presiden yang hadir bersama isteri itu turut bertanding mempertahankan jawatannya pada muktamar Pas pusat yang akan berlabgsung esok.