29 April 2010

Pembohong Jadi Senator

Ada satu pantun dua kerat yang popular pada zaman Reformasi tapi masih relevan sampai sekarang, yang berbunyi seperti berikut;
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Bercakap Bohong Lama Lama Jadi Menteri...

Ezam Mohd Nor pernah mengatakan bahawa dia ada menyimpan 6 kotak dokumen yang berisi maklumat mengenai salah laku para pemimpin UMNO. Tetapi selepas beliau mengkatak ke pangkuan UMNO, beliau mengaku semua itu adalah pembohongan semata-mata. Dalam laporan Malaysiakini hari ini, dia dikatakan menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Maka sahlah dia ni kaki pembohong. Sekarang dilantik pula menjadi Senator. Dan mengikut tradisi UMNO/BN Senator boleh dilantik menjadi Menteri. Dah lama Ezam menunggu untuk jadi menteri. Sekarang semakin dekatlah jawatan menteri dapat kepadanya. Lompat sana sini, dulu maki UMNO dan sekarang maki Anwar dan PKR.

Tak lama lagi pantun di atas akan terrealisasi.... mmmmm ...adoi hai....


.

28 April 2010

ANALISIS PRK P094

Artikel ini aku kutip dari Blog Dr Hamirdin. Satu analisis yang menarik untuk dibaca dan diambil ikhtibar darinya. Semua rakan PR perlu meniliti kelemahan (dan kekuatan) dari peristiwa PRK Hulu Selangor untuk dijadikan sebagai panduan kepada 'peperangan' yang lebih besar pada PRU ke-13 nanti. Dan PRK yang paling dekat ialah PRK Sibu, Sarawak. Harap PR ambil perhatian....

...........>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<................

Assalamualaikum,
Sebagai kumpulan yang telah terbiasa dengan kekalahan dalam pilihanraya raya, saya rasakan tiada apa apa kejutan yang berlaku dalam pilihan raya kecil P094 Hulu Selangor. Cuma analisis yang dibuat ini adalah daripada rakan, dan diharap pihak rakan yang lain perlu melihatnya sebagai teguran, bukan kutukan.

Hulu Selangor adalah tempat tradisi calon India, jadi kita perlu raikan keadaan ini. Sekiranya PKR meletakkan seorang calon orang India warganegara Malaysia, [di sini saya gunakan istilah Indsia bermaksud orang India warganegara Malaysia, berbeza dengan orang India di India dan lain lain] maka masyarakat Indsia akan ada representasi dalam parlimen, samada BN menang atau pun PR yang menang. Ini tidak diraikan oleh PKR.
Sebahagian masyarakat Indsia memberikan ketaatan mereka kepada MIC. Yang tidak memberikan ketaatan mereka kepada MIC memberikan pula ketaatan kepada Hindraf. Apa yang diperlukan oleh PKR ialah mendapatkan restu daripada Hindraf agar calon yang mereka letakkan, yang bukan terdiri daripada orang Indsia, direstu oleh Hindraf ini, dan dengan itu undi kumpulan ini boleh pergi kepada PKR.

Sudah tentu untuk mendapatkan restu ini, Hidraf akan meletakkan harga, tetapi, kalau kemenangan ingin diraih, maka kemenangan tersebut perlu dibayar dengan harga. Kadang kadang harga itu mahal, tetapi semuanya boleh dirunding semula selepas kemenangan dicapai.



Apabila Hindraf tidak memberi restu, maka PKR tidak dapat undi secukupny daripada kelompok yang menentukan menang atau kalah.

Jentera pilihanraya PKR juga adalah lemah. Jentera pilihanraya yang kuat ialah jentera PAS. yang tidak memerlukan pelincir kewangan dan gigih bekerja. Tidak memberi kepercayaan penuh kepada jentera PAS untuk membantu gerakerja adalah satu sifat ego yang merugikan.

Perlu diingat, PKR tidak punya jentera yang mantap. Tetapi PKR punyai pengundi. PAS punyai jentera yang mantap, tetapi pengundi yang terhad. DAP juga tidak punya jentera pilihanraya, tetapi punyai pengundi yang sedia mematuhi isyarat pemimpim mereka. Jelas, ketiga komponen ini saling memerlu antara satu dengan yang lain. Oleh itu, central command perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan ini dan bersedia menggunakan apa yang ada ditangan.

Menangani prk sebuah kawasan parlimen memerlukan jentera yang ramai. Ditolak prk Permatang Pauh, ini adalah satu satunya prk parlimen yang ditandingi oleh PKR, dan jelas, kelompongan dari segi tenaga kerja menggugat peluang untuk menang. Apabila perkampungan pengundi Cinsia (saya gunakan istilah ini untuk orang Cina warganegara Malaysia) dikepung oleh ganster BN, central command PRK tidak punyai tenaga untuk menuetralkan keadaan, dan dengan itu, sebahagian pengundi Cinsia tidak keluar mengundi kerana tidak mahu menyusahkan diri berhadapan dengan gangster BN.



Bagaimana pula dengan jentera PKR yang dineutralkan oleh BN dengan menghulurkan wang kepada mereka? Inilah yang menjejaskan prestasi pada hari pembuangan undi.


.

SEMINAR EKONOMI ISLAM 2010:- Pengurusan Kewangan Harta Pusaka, Wasiat & Hibah



Seminar Ekonomi Islam untuk meningkat kesedaran umat Islam tentang pentingnya menguruskan kewangan secara berhemah. Dan juga tentang pengurusan harta pusaka secara sistematik dengan menulis Wasiat dan Hibah. Seminar ini akan mengupaskan secara mendalam bagaimana penulisan Wasiat dan Hibah dapat memudahkan pengurusan harta pusaka (dan hutang piutang) kita selepas kita meninggal dunia.... Amanah Raya Berhad akan menguruskan segala keperluan pengurusan harta pusaka/hutang dengan cara professional dan transferen.

Warisan Mukmin Sdn Bhd yang mengelola seminar ini adalah agen Amanah Raya Berhad.
 
MARILAH RAMAI-RAMAI SERTAI SEMINAR INI.
 
 
.

26 April 2010

SARAPAN PAGI BERSAMA TGNA: Pengalaman Yang Terindah...

Aku malas nak layan berita petang ni , so periksa email je lah. Dapatlah satu email seorang kawan Cina, aku panggil Chew, dia forward satu email yang dia dapat dari kawan dia. Mungkin ramai yang dah baca email ni atau baca blog si pencerita, tapi aku nak kongsikan juga di sini...
Bila aku baca isinya..tak semena-mena, meleleh air mata aku. Aku seorang yang sangat susah menitiskan airmata. Tapi karektor TG ni sungguh menyentuh perasaanku.... Kalau hangpa tak percaya...sila baca...sapa sayang TG pasti tersentuh hatinya..

..........>>>>>>>>>>><<<<<<<<<.............


SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR.



Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..



Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..





* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja..

24 April 2010

Gulu-Gula Pilihanraya Bertaburan Di Hulu Selangor....

Gula-gula pilihanraya Hulu Selangor sedang rancak turun. Semalam Najib tebar rasuah pilhanraya lagi. Bekas peneroka Felda Sungai Buaya yang kena tipu dek Mat Tyson dulu di bagi RM1000 sorang dan lagi RM49,000 dalam bentuk bank darf. Lepas tu disiksa pulak jiwa mereka dengan janji manis pilhanraya bahawa tanah mereka akan dibayar dengan pampasan sebanyak RM160,000 seekar. Rata-rata tanah yang kena ambil dulu ialah 10 ekar seorang. Dalam kertas semua peneroka tersebut adalah jutawan. Tapi...ada tapinya.... akan dibayar kalau calon BN menang!! Ha ha ha....itulah Najib dan janji manis rasuah politknya.

Begitu juga kepada penduduk Serendah. Kalau mahu UiTM dibangunkan di sana mesti undi BN. Penduduk dihukum kalau tak undi BN, iaitu takkan ada projek UiTM itu. Secara terang pendudul Hulu Selangor diancam dengan tiada pembangunan kalau undi PKR. Sehingga begitu sekali.

Sungguh lapok cara mereka berkempen..tapi mungkin itulah yang memberi undi kepada mereka kerana kebanyakan orang kampung di Hulu Selangor takut ancaman tiada pembangunan datang arah mereka. Mungkin pengundi muda tidak akan terpengaruh kerana mereka lebih berinfomasi...dengan adanya media baru di internet... Tapi kalau baca Utusan Meloya dan Berita Hairan dan menonton TV3suku...maka tak ke manalah mereka....

20 April 2010

Pakatan Sedia Hadapi Sabotaj Dari Dr. Halili

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak melihat kemasukan Datuk Dr Halili Rahmat ke dalam Umno semalam sebagai satu ancaman besar kepada gerak kerja Pakatan Rakyat di Hulu Selangor. Perkara ini sudah dijangkakan lebih awal dan pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon adalah pemilihan yang paling tepat.
PAS juga sudah mendapat maklumat lebih awal bahawa Dr. Halili telah mengarahkan penyokong-penyokong setianya menyamar untuk mensabotaj gerak kerja Pakatan di Hulu Selangor dan kita telah terlebih dahulu bertindak membuka bilik-bilik gerakan disetiap UPU sebagai sokongan kepada jentera PKR.
Gabungan Jentera Pakatan dari seluruh negara tidak mampu dihalang oleh Dr. Halili dan penyokong-penyokong yang membelot kepada PKR. PAS berterima kasih, kerana akhirnya Dr. Halili mengakui identiti sebenarnya, dan ini memudahkan gerak kerja Pakatan di Hulu Selangor.
Untuk gelombang seterusnya PAS akan mengerakkan full enforcement dari setiap negeri, bagi memastikan gerak kerja berganda dapat dilakukan. Beberapa Markas PAS di UPU Hulu Selangor juga dijadikan markas utama bagi memudahkan gerak kerja. Petugas PAS diminta melaporkan diri di markas-markas yang telah ditetapkan, dan menumpukan kerja-kerja kempen mengikut jadual yang ditetapkan.
BN akan terus berputih mata melihat kesatuan erat komponen Pakatan di Hulu Selangor, yang selama ini sering digambarkan mengalami masalah. Hakikatnya jentera BN di Hulu Selangor belum mampu disatukan ekoran pemboikotan ahli-ahli Umno yang tidak puas hati terhadap Najib kerana memberikan kerusi calon kepada MIC.
PAS akan terus memberikan komitmen membantu jentera PKR untuk kebaikan rakyat di Hulu Selangor yang sudah lama diabaikan BN. Walaupun mereka sudah menang 11 penggal di Hulu Selangor dan menguasai tiga DUN hingga ke hari ini, tetapi masih banyak kekurangan dan pembangunan yang gagal dilaksanakan. Setiap kali pilihanraya mereka berjanji, tetapi habis Pilihanraya mereka tidak peduli lagi. Yang pasti janji BN dulu, Kini dan selamanya tetap sama, iaitu pembangunan dan pembangunan. Itu sahaja yang mereka tahu.
PAS yakin, rakyat yang bijak akan pasti menolak BN di Hulu Selangor. Undilah calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim sebagai signal bahawa rakyat Hulu selangor benar-benar mahukan perubahan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Allah Suka Pada Orang Yang Bertaubat... Bila Allah Suka Makhluk Semua Suka

Zaid mengaku dia pernah minum alkohol di zaman jahiliahnya. Dan sekarang katanya dah bertaubat. Kita sebagai umat Islam terima dengan baik sangka. beliau dah pergi mengerjakan haji tahun lepas. Itu dah cukup bukti bahawa beliau serius dalam meninggalkan zaman jahiliahnya.


Jangan kita terperangkap dengan mainan UMNO. Serangan peribadi begitu akan memerangkap diri mereka sendiri akhirnya. Awam tahu perangai kebanyakan pemimpin UMNO. Kalau mereka terus-terusan menyerang Dato' Zaid, akibatnya akan kena pada mereka bila masyarakat akan kata 'berkokok hebat tapi ekor bergelumang tahi'. Sebab itu awal-awal lagi Datuk Hishamudin menafikan orang UMNO yang bawak keluar cerita Dato Zaid kaki botol. Takut kena batang hidung sendiri. Bersepah dalam internet gambar dia minum arak. Aku malas nak 'link'kan di sini. Korang carilah sendiri.
Allah suka pada orang yang bertaubat. Manusia bukan maksum macam nabi. Kita memang selalu membuat kesalahan. Ada yang besar dan ada yang kecil. Secara sembunyi atau pun terang-terangan. Hakikatnya memang manusia selalu berbuat dosa. Bila manusia meminta ampun dari Allah swt, Allah akan ampunkan kerana Dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.


Segala dosa yang terdahulu Allah ampunkan. Jadi orang yang diterima taubatnya umpama budak kecil yang tiada dosa.

"SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. "
Al Baqarah:222

19 April 2010

Daripada Kamala Baiklah Zaid...

Wahai para pengundi Hulu Selangor P094,
Siapakah yang akan kau pilih?
P Kamalanathan - India MIC atau Zaid Ibrahim orang kontroversi PKR bekas menteri UMNO.
Kawasan Parlimen Hulu Selangor adalah majoriti pengundi Melayu. TGHH kata bagi 100% pada Zaid. So kita bagi sokongan 1000% pada Zaid. Kesah lama dia kita maafkan saja. Dia pun dah bertaubat pergi haji. So Tuan Haji Zaid Ibrahim adalah orang paling sesuai untuk dipilih ke Parlimen.
Kamalanatahn budak MIC ni tak payah pilih. Kalau masuk Parlimen nanti jadi pak angguklah macam lain-lain. Kita mahu orang yang vokal dan berprinsip. Yang berani mengatakan apa yang betul dan berani mengambil risiko. Ini terbukti pada Dato' Hj Zaid Ibrahim. Beliau menyanggah akta zalim ISA dan membayar harga yang mahal dari pendirian beliau. Orang beginilah yang kita mahu. BERANI BERSUARA. Bukan angguk saja macam puppet.

Wahai orang-orang Hulu Selangor ! UNDILAH ZAID IBRAHIM DEMI KEPENTINGAN RAKYAT!!!

14 April 2010

Zaid tokoh yang telah teruji ...

Datuk Zaid Ibrahim telah di_isytiharkan sebagai calon PR/PKR dalam Pilihan raya Kecil Parlemen Hulu Selangor. Nampaknya semua orang 'endorse' Zaid jadi calon...tapi tidak aku. Aku masih terluka dan terasa hati dengan perlakuan Zaid yang sanggup menyeret Kerajaan Kelantan pada satu masa dulu kerana Kelantan telah mewartakan Hukum Hudud. Masa tu dia dengan UMNO. Sejak masuk PKR dia belum lagi meminta maaf daripada rakyat dan Kerajaan PAS Kelantan. Apakah dengan memakai topi PR/PKR sekarang Zaid telah ter-ampun. Dia lawan hukum Hudud, dan kita semua tahu apa akibatnya melawan hukum Allah. Jika selagi Datruk Zaid tidak bertaubat dan meminta ampun maaf di atas keterlanjurannya menyaman Kelantan , maka pada aku Zaid tidak layak menjadi calon PR.
Jadi siapa yang layak?,,,,Setelah dikejutkan dengan peristiwa YB PKR dan DAP melompat menjadi katak bebas tidak lama dahulu, aku rasa PASlah yang paling patut elok bertanding di sana..Ramai ahli professional dalm PAS boleh diketengahkan untuk menjadi calon. PAS. So, DSAI jgn terus bikin gurauan dan umum calon PKR. Dah check ke? dah tengok latar belakang dia? Adios....


Sheikh Sambal.
12/04/2010




>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


Zaid tokoh yang telah teruji
Nazri Abdullah : Harakahdaily

HULU SELANGOR, 13 April: Datuk Zaid Ibrahim (gambar) yang dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mewakili Pakatan Rakyat adalah tokoh yang telah teruji, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mana ada menteri Umno yang sanggup letak jawatan untuk pertahankan hak rakyat,” ujarnya yang mengumumkan Zaid sebagai calon PR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Pengumuman itu dibuat kira-kira jam 11.00 malam ini di hadapan lebih 2,000 orang memenuhi Dewan Komuniti Serendah.
Zaid yang berucap selepas diberikan laluan oleh Anwar berkata, beliau menyedari dan menginsafi amanah yang dipikul itu sangat berat.
“(Tuan Guru) Nik Aziz sewaktu bercakap dengan saya minta kita semua bekerja untuk umat. Saya bukan asing di Selangor, saya tahu masalah orang Selangor, saya tahu masalah orang Hulu Selangor.
“Saya boleh menjadi suara untuk semua rakyat di sini,” ujarnya.
Berucap sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon PR yang ditonjolkan PKR itu.
“Saya mengarahkan seluruh jentera PAS seluruh kawasan Hulu Selangor turun padang dan bekerja keras. Calon yang dipilih adalah yang terbaik untuk bawa suara rakyat ke parlimen.
“Pilihan raya kecil ini medan rakyat untuk tegur kerajaan, rakyat perlu jadi hakim,” ujarnya.
Zaid adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas kapasiti senator yang pernah mencetuskan kontroversi apabila bertindak melepaskan jawatannya selepas beberapa bulan saja dilantik sebagai menteri ekoran tidak dapat menerima penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pengamal media, orang awam dan ahli politik.
Dalam memperjuangkan isu-isu seperti ISA, Zaid di antara tokoh pemimpin Umno yang paling berani apabila mengirim surat terbuka kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi di samping mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan akta tersebut.
Pada 3 Disember 2008, beliau dipecat daripada Umno ekoran beberapa tindakannya termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang dan menyalahi peraturan parti.
Antaranya dilaporkan pernah menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Melawati, Shah Alam.
Justeru Zaid menyertai PKR di Bangi, Selangor pada 13 Jun 2009.
Sehubungan itu, Anwar menyifatkan Zaid sebagai serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia dalam memperjuangkan isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman.
Sepanjang penglibatan Zaid bersama PKR, beliau dilihat sebagai tokoh amat komited dalam usaha merangka dasar bersama PR sehingga berjaya merapatkan lagi jurang pakatan yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.


.

12 April 2010

Kita.......dan Mentari

Mentari berlabuh
Di ufuk Barat
pada kita
Tapi terbit pula di ufuk Timur
pada mereka..
Begitulah rasa manusia
Tentang alam fana...
hanya melihat diri
sendiri..

Tidak pada Mentari..
cahayanya beri pada alam...
tiada kenal pada Timur atau Barat
sinar meluas untuk semua
hingga ke hujung waktu
tiada jemu




Sheikh Sambal
12 April 2010 /
27 Rabiul Akhir 1431


.

10 April 2010

Keluhan Pengguna Kereta Lama...Harga Insuran Terlalu Tinggi!


Sheikh Sambal menerima sepucuk (sebuah?) email dari seorang pengguna yang meminta disiarkan keluhannya dalam blog SS. Setelah membaca email ini, SS tertanya-tanya apakah objektif sebenar kerajaan BN membiarkan ini berlaku. Adakah kerajaan mahu menggalakkan rakyat untuk membeli kereta baru (Proton lah tu...) atau mahu membuang kereta-kereta lama dari jalanraya-jalanraya di Malaysia kerana terlalu banyak kemalangan membabitkan mereka (pengguna kereta buruk ini...hic!). Begitu 'murni'lah niat BN begitu. Inilah dia prinsip kerajaan 'Rakyat di dahulukan...' supaya rakyat selamat memandu kereta, eloklah pakai kereta baru yang lebih selamat!... Soal mampu atau tidak itu cerita lain...janji tokeh kereta makain kaya. Yang tak mampu beli yang baru pula, bolehlah mengkayakan tokeh insuran pula!!

Sheikh Sambal

........................................


Harga insurans kenderaan semakin mahal
 
Sudah banyak kita dengar keluhan pengguna kenderaan lama yang terpaksa membayar lebih kadar insuran untuk memperbaharui road tax. Syarikat insurans telah menaikan lagi kadar harga insurans kenderaan motor lama lebih 100%, kita sebagai pengguna dipaksa atau terpaksa membeli insurans untuk memperbaharui road tax. Kepada pemilik kenderaan lama yang telah berusia akan mengalami kesukaran untuk memperbaharui road tax kerana hanya syarikat insurans tertentu saja yang menerima dengan kadar harga insurans yang sangat tinggi. Kalau dulu ada rebet sekarang ini semakin lama kenderaan itu semakin mahal pula harga insuransnya.
 
Kepada pengguna kenderaan yang menggunakan 3th party sekarang terpaksa membayar lebih macam bayaran 1st party sedangkan harga kenderaan yang sudah lebih 10 tahun kalau dijual semula tentulah harganya tidak sama dengan harga kenderaan baru.
 
Kepada pengguna kenderaan lama apa yang harus kita lakukan sekarang kalau semakin lama kita guna kenderaan itu semakin mahal pula harga insurans kita terpaksa bayar. Kalau kita tidak mahu bayar insurans motor kita tidak dapat renew road tax, bila tidak ada road tax JPJ dan Polis pula yang tunggu dekat tepi jalan siap sedia saman kenderaan yang tidak ada road tax, jadi kepada pengguna yang memiliki kenderaan lama yang sudah tentu dah habis hutang hidup dalam keadaan tertekan. Kalau nak beli kenderaan baru kena lagi bayar hutang bulanan dan harga kenderaan baru pula mahal dan harga minyak juga mahal ini pulak harga insurans juga mahal.Semuanya mahal dan semua harga Barang Naik (BN). Yang menghairankan masih lagi ada golongan yang hidup tertekan ini suka sokong BN. Kita pun tidak faham sikap manusia atau golongan ini yang bermati-matian sokong BN sedangkan mereka ini juga yang marah bila Barang Naik(BN).
 
Kita sebagai pengguna sepatutnya bersatu hati menghadapi keadaan begini, tidak kira dia bekerja dengan kerajaan,swasta,sendiri dan sebagainya seharusnya melakukan sesuatu terhadap syarikat insurans yang mencekek darah pengguna ini.
 
Kalau semua pengguna kenderaan boikot semua syarikat insurans ini sudah pasti mereka akan lingkup tapi sanggupkah pengguna kenderaan motor di Malaysia lakukan seperti di negara maju lain? Kuasa pengguna boleh mengubah cara perniagaan di mana-mana saja tapi sanggupkan pengguna kita melakukannya???
 
Kalau semua pengguna menggunakan hak mereka menuntut keadilan dalam hak pengguna sudah pasti pihak yang tidak bertanggungjawab ini tidak dapat menekan kita sesuka hati mereka.
 
Kita minta kerajaan bertindak dengan segera masalah yang dihadapi oleh pengguna ini atau kita akan minta ahli-ahli parlimen pakatan membahaskan perkara ini dengan kadar segera sebab ianya melibatkan orang awam.
 
Kita minta kerajaan bertindak segera keatas syarikat-syarikat insurans ini supaya menurunkan semula kadar insurans kenderaan lama seperti kadar asal.
 
Kepada pengguna kenderaan lama yang semakin hari semakin bertambah marilah kita lakukan sesuatu agar hak kita sebagai pengguna tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
Dimana slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan" kalau kita sebagai pengguna masih lagi ditekan dan ditindas sesuka hati oleh pihak tentu dalam kes ini pihak insuranslah yang bertanggungjawab menekan pengguna.
 
Kita berharap rakyat malaysia dapat berfikir secara waras dan matang, janganlah kita terus diperbodohkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Marilah kita ubah kerajaan yang tidak memberi keadilan pada golongan marhean seperti pengguna kenderaan lama yang terus ditekan dan ditindas ini.
 
Bersatu kita teguh, berpecah kita runtuh.
 
Sekian harap maklum
 
Dari pihak pengguna kenderaan tertindas
 
PS: Diminta dapat menyiarkan keluhan hati pengguna kenderaan motor lama ini dalam keluaran website/blog tuan,

09 April 2010

Ingin Ku Tulis Sebuah Puisi Merdu (Buat Ummi Tercinta)

Telah lama tergenang di hatiku
Sebuah puisi merdu untukmu
Tapi pena tiada mahu bertamu
Lalu ku pendam beku sehingga kini
Walau Ku tahu dikau selalu singgah di sini
Di sudut kalbuku, menulis nota rindu
Lalu ku balas dengan puisi merdu
Yang tiada tertulis
Hanya tergenang di situ
Di hatiku
Usahlah kau jemu menjenguk lagi
Menulis nota di pintu hati
Akan ku balas dengan puisi
Pada menyatakan rindu ini
Sebuah puisi merdu
Untukmu...



Ali Almurady
24 Rabiul Akhir 1431
9 April 2010

08 April 2010

APCO UMNO.....UMNO APCO Hey!

Kal se Malaysia Parlimen mey,
UMNO APCO bohot dajlij hey,
Isko APCO Isko UMNO,
APCO ke maksud UMNO ta?
Dono APCO orr UMNO baraber hey?
Mey pata nahi...
Bas bas... UMNO orr APCO
Dono log
Wapas chalo!!
Mera watan...
dono sika NAHI!!!!


Sheikh Sambal
8 April 2010

.

06 April 2010

Surat TGNA kpd Nga Kor Ming..... Buat Peringatan Pada Yang Lupa...

13 Rabiul Akhir 1430

9 April 2009



YB Encik Nga Kor Ming

EXCO Kerajaan Negeri Perak

Pejabat EXCO Negeri Perak

30000 Ipoh

PERAK DARUL RIDZUAN.





Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera





Yang Berhormat,



Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”



Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.



Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.



Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.



Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.





* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *





(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)

Menteri Besar Kelantan

Merangkap

Mursyidul Am PAS

Kebakaran Lagi....


Sejak Februari SS telah mengalami 3 kebakaran. Pada 22Feb, rumah sewa SS terbakar. Kebakaran kecil sahaja tetapi, terpaksa pindah rumah lain sebab tuanrumah perlu membersih dan memperbaiki rumahnya yang rosak. Dia kena cuci seluruh dalaman rumah sebab hitam dek jelaga. Pendawaian perlu dibaiki dan sistem penggera pasang baru. Lampu dan penghawa dingin bahagian bawah rumah memang kena ganti.
 Genap sebulan dari tarikh itu, sekolah anak-anak SS pula terbakar. Bukan sekolah tetapi asrama putera. Blok A tingkat 2, atas sekali, musnah dijilat api. Tingkat 2 tu dihuni oleh pelajar-pelajar tingkatan 1. Kesian budak-budak tu. Baru nak belajar hidup berdikari dah kena uji dengan kebakaran teruk. Nasib baik Blok B tidak terbabit. PIBG dan pihak sekolah memutuskan semua pelajar dipindahkan ke Blok B. Tingkat atas yang memang dikosongkan kini dihuni oleh pelajar-pelajar dari blok yang terbakar. Kesian. Katil semua cukup tetapi almari tak cukup. Jadi buat sementara, simpan baju dalam beg ajalah.
Pada hari ahad lepas, 4/4/10 sebuah rumah dalam kejiranan rumah baru SS di Kpg. Pulau Melayu pula terbakar. Dan inilah kebakaran yang paling teruk sekali. Bomba tak sempat selamatkan rumah itu. Habis tinggal tunggul sahaja. Tunggu Bomba datang dah 30 minit. Api terlampau besar dan cepat maraknya. Tinggal sehelai sepinggang para penghuni rumah tersebut. Khabarnya 22 orang semuanya yang terlibat. Rumah kampung jenis bertiang tinggi yang biasa kita tengok di Sarawak ini. Tapi dah tukar sikit. Bahagian bawah rumah dibuat bilik-bilik juga. Khabarnya kebakaran disebabkan api lilin yang tak dipantau. Tak taulah betul ke tidak. Biarlah pihak polis dan Bomba siasat.
Api kecil-kecil memang kawan. Tapi kalau tersalah kawan dia jadi besar dan makan kawan. Begitulah. SS berdoa semuga semua yang menjadi mangsa api ini supaya redho dengan ketentuan Allah.

Sudah Tapi Belum....

Mata Belum mengantuk
Tapi otak sudah
Tidur...

Minda
Belum penat
Tapi ingatan sudah
Kabur...

Hati
Belum pasrah
Tapi jiwa sudah
Menyerah....

Kalahkah?

Menangkah?

Pulang pada Tuhan...




Sheikh Sambal
06 April 10