28 July 2010

Bila Guru Boleh Berpolitik

Sambutan berbelah bagi bila kebenaran guru boleh masuk politik. Baguslah. Dulu memang para gurulah yang memikul tanggung jawab politik negara. Merekalah yang menyedarkan rakyat tentang kuasa politik mereka. Mereka mengajar rakyat tentang kepentingan memilih pemimpin yang betul-betul memperjuangkan nasib rakyat. Dan biasanya merekalah yang menjadi penggerak parti politik baik pro atau anti kerajaan.
Guru adalah orang yang membaca. Mereka juga menulis. Merekalah yang ada ilmu dan ilmu disebarkan melalui tulisan. Perjuangan nasib bangsa ditintakan untuk tatapan khalayak. Akhbar dan majalah menjadi wadah untuk ilmu politik disampaikan kepada rakyat jelata. Maka rakyat pun sedar tentang nasib mereka. Bila rakyat sedar akan apa yang berlaku atau dilakukan ke atas mereka, mereka pun bersatu di bawah naungan guru-guru yang mengajar mereka. Itulah guru. Mengajar dan menyedarkan jelata akan hak politik mereka.


Guru pula ada banyak cabang fahamnya. Yang baca buku sosialis maka ke arah situlah dibawa pengikutnya. Yang faham Islam, kepada gerakan Islamlah pula. Yang Nasionalis ke parti kebangsaanlah mereka. Pendek kata guru akan membawa pengikut atau murid-murid mereka kepada fahaman masing. Di sinilah demokrasi tumbuh mekar.


Inggeris pada masa dulu mahu mengekang fahaman komunis dengan mengajar orang Melayu tentang fahaman Kebangsaan. Maka lahirlah sekolah-sekolah Melayu yang melahirkan ramai pemimpin UMNO. Sekolah-sekolah pondok yang membawa fahaman Islami melahirkan pula para ulama yang cenderung mahu Islam memerintah maka lahirlah PAS pecah dari UMNO yang tidak mahu Islam menjadi dasar parti. Semua gerakan kumpulan ini digerakkan oleh pendukung yang bertaraf guru kebanyakannya.


Jadi bila kerajaan membenarkan guru-guru kembali boleh aktif dalam politik, petanda baik untuk masyarakat lebih celik politik. Walaubagaimana pun, perlaksaannya agak mencurigakan. Kenapa perlu mendapat kelulusan dari pihak atasan dahulu baru boleh memegang jawatan politik. Nah.... inikah sebenar muslihatnya. Siapakah orang atasan itu. Bolehkah dia berlaku adil kepada semua parti dan fahaman politik.
Kalau orang atasan itu adalah pemimpin UMNO, mahukah dia memberi kebenaran kepada orang bawahnya aktif dlam parti musuh? Apakah jaminan para guru yang menyokong parti pembangkang akan selamat bila dia diketahui bossnya yang dia adalah musuh politik. Adakah ini sebenarnya muslihat untuk 'menangkap' para guru yang menyokong pembangkang? Pastinya diskriminasi akan berlaku jika kebenaran adalah hak orang atasan.
Kebenaran untuk para guru berpolitik sepatutnya tidak bersyarat. Barulah itu adil dan demokrasi namanya. Kalau tidak, ia hanyalah gimik muslihat UMNO sahaja...



.
Sheikh Sambal.
.

Simpan Dinar Emas Untuk Menunaikan Fardhu Haji

Simpan Dinar Emas Untuk Menunaikan Fardhu Haji


Kalau berminat mahu membeli syiling Dinar atau pun Emas Keping (Gold Bullion) sila hubungi 0133640105

21 July 2010

Sushi King: We Are Not a HALAL Restaurant.

(Below is an email I received from Sushi King recently, regarding my enquiry about their Halal status.. - SS)

Dear Sir,


Thank you for your email. For your information, we are not a Halal
restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim
us as Pork free. All our meat based products like chicken and beef are Halal
Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.

We hope that this clarifies.


Thank you.



Warmest Regards,

Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext 283
Fax: 03-56325200
Website: http://www.sushi-king.com/

20 July 2010

Bila Sakit Datang Menyapa...

Bila sakit datang menyapa,
Tersentak kita dalam alpa,
Baru teringat pada Yang Esa,
Minta sembuh minta kembali sedia kala.

Waktu sihatkita  lupa,
Buat dosa berona noda,
Lupa solat lupa ibadat,
Menjamu nafsu tak kira tempat.

Allah Maha Pengasih,
DiberiNya sakit,
Supaya ingat,
Supaya kembali kepada ibadat.

Kalau susah pula datang menimpa,
Sabar... itu ubatnya,

Bukankah dalam Al-Insyirah sudah tersurat

 إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
" sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan"

Itu janji...Ia pasti,,,
Sakit dan kesusahan,
Hanyalah..
Ujian...



.
Sheikh Sambal
8 Syaaban 1431
20 Julai 2010
.

Najib Melawat Miri...Usaha FACE SAVING...lor...

Sah lah PRN Sarawak semakin sangat hampir. Najib datang melawat Miri pulak, cuba buat muka baik dengan penduduk Miri. Baru jer...naikkan harga barang keperluan.. sekarang buat silap mata la pulak.. ' Orang Miri jangan risau, Kerajaan Persekutuan akan memberikan perhatian yang terbaik pada Miri...' Uweekkk!!


Lepas kelentong lebih kurang di Permyjaya, Najib akan bergerak pula ke Ulu Baram..buat silap mata kat sana pula. Pastinya nak tabur janji peruntukan bagi Orang Penan sejuk.

"Jib, satu aku nak ingat kat ko, Orang Penan bukan bodoh spt yg ko sangka... siaplah Ulu Baram pun akan hilang dari gengaman ko tak lama lagi... Hantarlah samseng pegi gertak mereka. Rogollah perempuan mereka..namun Penan sudah sedar sekarang bahawa BN hanya bertanam tebu di tepi bibir sahaja."

Najib mungkin telah sedar bahawa Miri akan mengikut Sibu. Dia datang nak ajak warga Miri supaya 'you help me, I help you' lah ni. Tabur duit..silakan..Orang-orang Miri memang menunggu duit turun dari Putrajaya. Memang patut pun. Selama ini habis sumber alam, hasil mahsul Sarawak dikebas oleh kroni Tok Uban dan kuncu-kuncu dari Malaya.. Orang Sarawak nganga sajalah. Bila datang Najib bawak duit..mintak banyak-banyak.

Mintak apa saja. Masjid untuk umat Islam di Senadin dah patut sangat diberi. Si Dawood Mamak ntah hapa yang dibuatnya..Mintak masjid di Senadin macam mintak pada tunggul. Sementara tu, SIB sedang buat projek Gereja Besar di kawasan Kg Melayudi Pujut Padang Kerbau..(depan Boulevard).
Umat Islam Senadin terpaksalah solat Jumaat jauh di Lutong. Kalau Najib tak bagi peruntukan di Senadin...kesianlah teramat pada mereka. Nanti YB Peter Chin mungkin lingkuplah dalam PRU 13 nanti....siaplah nko!

Walau bagaimana pun, kita harap Najib akan beri apa yang sepatutnya pada rakyat Miri. Dan kalau pergi Ulu Baram tu...eloklah pakai kenderaan 4WD...baru dia tahu bagaimana keadaan rakyat yang setia mengundi BN di sini. Kalau nko naik heli kopter gi sana...tak dak can lah jalan dapat turapan ajaib sempena kedatangan PM...Kesianlah lagi pada orang rumah panjang ...yang ditipu dgn janji-janji manis setiap kali pilihanraya datang...

Owwhhh... akhirkata; 'Sarawak maju dalam Malaysia'.. ungkapan yang sungguh memualkan... lihatlah di sekeliling anda...



.
Sheikh Sambal
.


19 July 2010

Penyelarasan Semula Subsidi: BN = BARANG NAIK

Penyelarasan Semula Subsidi: Sebuah Puisi...
Nasrudin Hassan At Tantawi

1. Kalau harga petrol naik 5 sen satu liter ertinya RM2.00 bagi setiap 40 liter. Saya sebut demikian sebab mana ada kereta yang bubuh minyak satu liter sahaja. Begitu juga dengan gas, naik harga 10 sen satu kilo, maka satu tong naik RM 1.40. Justeru, tidak pula pernah saya dengar ada orang beli gas hanya satu kilogram.

2. Gula juga mengalami kenaikan harga mendadak pada kadar 25 sen satu kilo menjadikan harganya kini RM 1.75 sekilo.

3. Syahdunya kali ini kerajaan cukup bijak menyembunyikan "agenda" apabila mewajarkan kenaikan harga barang ini dengan menggunakan istilah penyelarasan semula subsidi demi kepentingan ekonomi negara, sebagai sebuah puisi yang mampu mengulit rakyat.

4. Saya melihat pelarasan subsidi ini tidak adil kepada rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak tetap. Mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang keperluan ini berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dan mereka yang mendapat pembiayaan kerajaan.

5. Allah swt telah memberikan anugerah kekayaan yang melimpah ruah kepada negara ini melalui hasil mahsul dan bahan mentah yang begitu banyak. Kekayaan ini adalah nikmat Allah untuk dirasai oleh seluruh hambaNya. Malangnya hasil kekayaan ini hanya berlegar dikalangan orang - orang kaya dan pembesar dikalangan mereka. Sepatutnya hasil kekayaan negara yang dibahagikan kepada rakyat untuk dinikmati bersama itu, bukan subsidi tetapi mengembalikan hak rakyat kepada rakyat untuk dinikmati.

6. Ingat, rakyat bukan pengemis dalam negara sendiri yang berdaulat sehingga apa jua hasil negara yang patut dinikmati oleh rakyat disebut sebagai subsidi . Kini, Masyarakat atau rakyat yang berpendapatan rendah terus dihambat resah dan dibelenggu rasa bimbang berdepan dengan peningkatan taraf hidup pada hari ini . Pastinya apabila minyak setiap kali diisi mengalami kenaikan RM 2.00 [untuk setiap 40 liter] dan gas RM 1.40 setiap satu tong serta gula 25 sen sekilo akan menyaksikan kenaikan harga barangan lain dipasaran .

7. Walaupun kerajaan berjanji untuk mengawal kenaikan barang di pasaran tetapi pengalaman kita sebelum ini hanya menyaksikan satu kegagalan yang berterusan . Mereka pantaulah buat sehari dua ini, kemudian rakyat akhirnya pasrah begitu sahaja dengan kenaikan harga barang yang tiada siapa lagi bangkit berjuang membela nasib rakyat tertindas selepas itu.

8. Istilah Penyelarasan subsidi juga dilihat sebagai istilah tidak tepat dan wajar dilakukan oleh kerajaan . Lantaran apalah ertinya , sebuah kerajaan jika tidak memberi kepada rakyat akan nikmat yang wajar dinikmatinya. Rakyat berhak memiliki agihan saksama kekayaan negara. Kecualilah negara kita adalah sebuah negara yang miskin dan tidak mempunyai sebarang hasil, di darat mahupun laut.

9. Alasan kerajaan ialah untuk mengawal dan mengimbang ekonomi negara lalu "pelarasan semula subsidi dilakukan." Kalau benar sekalipun untuk tujuan peningkatan dan penumbuhan ekonomi negara kerajaan tidak perlu malah tidak berhak mengambil dan meragut hak rakyat menikmati hasil negara ini . Kenapa tidak kerajaan membaik pulih kebocoran dan ketirisan yang berlaku pada pembendaharaan ekonomi negara dan sistem pengendalian kewangan negara.

10. Selayaknya langkah awal dan drastik yang wajib diambil oleh kerajaan ialah mengelakkan pembaziran dan pemborosan wang negara pada projek yang tidak mendatang keuntungan kepada rakyat. Pembiayaan wang negara pada jumlah yang besar kepada syarikat konsultan seperti APCO, kapal selam yang tidak boleh menyelam dan projek - projek mega yang dilihat sebagai bukan keutamaan berbanding kebajikan rakyat yang wajib diperjuangkan oleh kerajaan.

11. Kerajaan dilihat lebih zalim dan tidak bertanggungjawab apabila menaikkan harga barang, mereka terus mendiamkan diri dari berbuat sesuatu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah dan tidak tetap demikian juga kepada penganggur yang semakin meningkat kadar bilangan mereka.

12. Tidak mustahil, ekoran kos kehidupan yang mula meningkat naik, meletakkan masyarakat lebih tertekan untuk bersaing dalam dunia yang tidak adil kepada mereka. Akhirnya keadaan ini menjerumuskan mereka ke dalam kancah jenayah yang mereka sendiri tidak merestuinya seperti mencuri, menyeludup dan sebagainya. Sementara kerajaan juga dilihat bersikap acuh tidak acuh dalam membina dan mendidik spiritual rakyat agar mereka menjadi insan yang soleh dan bermoral.


Nasrudin Hassan At Tantawi
Ketua Pemuda PAS

CERAMAH BN (BARANG NAIK) OLEH BANG MAT SABU @ MIRI

15 July 2010

Pasir...Oh... Pasir!

Bila cakap bab pasir aku memang menyinga. Lanun curi pasir bukan kira ada lesen ke tidak. Dapat lesen tempat lain tapi habis ditarahnya dulu...
Kampung aku selalu kena serang dek lanun pasir ni. Aku ambik gambar aku buat bising tapi tak ada apa-apa yang berlaku. Ketua kampung aku yang baru Datuk Kassim di Kg Kuala Pajam, sama dengan aku melawan lanun. Dulu masa PR belum perintah Selangor teruk juga. Lepas PR ambik Selangor pun sama. Ada tempat lebih teruk lagi. Masa Umno pegang Selangor lanun-lanun pasir ikut kroni dan berpuak-puak. Tapi bila PR ambil alih, lanun masuk ikut syarikat KSSB. Niat MB Khalid memang mulia. Jadikan pasir yang selama ini jadi hak milik lanun-lanun geng umno kepada asset Kerajaan Negeri Selangor. Perlombongan pasir dikawal dalam satu badan dan untungnya dapat kepada kerajaan untuk rakyat.
Ialah.....bila iman tak kuat dan lanun pasir tabur duit depan mata geng dalam KSSB..dunia iman pun gelap. Maka pengawalan pasir yang sepatutnya telus jadi kabus. Pasir Selangor dilombong habis-habisan. Memanglah apa yang ditunjukkan Umno dalam media nampak terlampau berat sebelah, tapi yang pastinya perolombongan pasir telah menyebabkan bencana dahsyat pada alam sekitar.
Aku ingat kalau Datuk Kassim kat kampung aku tak berkeras menghalau lanun dari kampung akau...pasti kawasan lombong tiggal dihujung kampung aku tu jadi macam di Paya Indah dan Hulu Selangor.
Aku sokong pembangkan Negeri Selangor pukul kerajaan PR habis-habisan. Memang patut kena cam tu. Biar mereka sedar.
Walau bagaimanapun, Najib dan geng-geng Umno dia jangan tak pandang lanun pasir di Johor juga. Tun Mahathir pun dah buat bising pasal lanun seludup pasir pada Singapura. Sekurang-kurangnya lanun pasir di Selangor jual pasir kepada kontraktor buat LCCT ke-2 di Sepang. Masih dalm negeri. Esok rakyat Malaysia juga yang dapat guna LCCT 2 tu. Tapi kalau pasir di seludup dek lanun yang bersengkokol dengan 'VIP' yang berkeasa ke Singapura, apa Malaysia dapat? Kena kencing lagi dek Singapura adalah...
Najib patut tangkap juga lanun dan VIP pasir yang seludup pasir ke Singapura kerana mereka ini bukan sahaja menyamun pasir bahkan melakukan pembelotan tahap gaban terhadap negara. Ikut undang2 Najib, mereka tulah patut kena ISA...



.
Sheikh Sambal
.

14 July 2010

What about sand smuggling in Johor — The Malaysian Insider

July 14, 2010JULY 14 — The Selangor state government must take action to stop all illegal sand mining activities in the state. No ifs. No buts.
It does not matter that the illegal activities started during the previous Barisan Nasional (BN) administration.
But the hypocrisy of the attacks against the Selangor Pakatan Rakyat (PR) government cannot be ignored.
Why is Datuk Seri Najib Razak and Tan Sri Muhyiddin Yassin silent on illegal sand smuggling operations in Johor?
Illegal sand mining and smuggling actvities in Johor were recently highlighted by Tun Dr Mahathir Mohamad as well as by The Star.
According to a report in The Star the Johor state government is losing RM40 million a month due to illegal sand mining.
By all means go after the crooks in Selangor but don’t be shy about exposing the powerful and well connected sources behind sand smuggling in Johor.
What Najib and company have to realise is that while most Malaysians want wrongs to be exposed, they value fair-mindedness and just behaviour more.
What they disdain is hypocrisy.

13 July 2010

PAS Sarawak Semakin Mantap

Rombakan kabinet PAS Sarawak baru-baru ini telah memberikan nafas baru kepada Gerakan Islam Negeri Sarawak. Sedikit sebanyak pergeseran dalaman telah terungkai dan kini PAS Sarawak lebih runcing hala tuju dan gerakm kerjanya.

Pilihan raya negeri akan berlaku dalam masa lebih kurang 6 bulan lagi. Dengan gerak kerja yang lebih teratur dalam organisai yang jelas, PAS akan membuat kejutan di Sarawak. Para pendokong dan penyokong Parti Islam kini lebih teratur kerjanya sementelah Perhubungan Negeri telah kembali teratur. Syabas kepada PAS Pusat yang menyegerakan rombakan organisasi Perhubungan Negeri. Bila kepala dah teratur dan rapi, badan dan ekor akan turut kemas dan cantik.

Semuga PAS Sarawak semakin kukuh dalam berjihad memantapkan kerja dakwah dan siasah di Tanah Kenyalang ini.


.

Sheikh Sambal.
.

12 July 2010

Fairy Cave Ok....Tapi Kolam Air Panas Paku, Bau; Indah Papan Tanda Dari Rupa

11/07/2010 (28 Rejab 1431H) Hari Ahad. Hari cuti begini memang SS suka menjelajah kawasan sekitar. Kebetulan minggu ini SS berada di Kuching maka, SS ambil kesempatan untuk melawat Fairy Cave (Gua Pari-Pari) di Bau, kira-kira 1jam memandu dari Kuching. 

Fairy Cave menakjubkan. Kita terpaksa memanjat tangga lebih kurang setinggi 6 tingkat bangunan untuk sampai ke pintu Gua. Gua batu kapur ini menunjukkan keindahan ciptaan Allah. Tidak sebesar Niah atau Mulu tetapi cukup untuk menginsafkan kita tentang kebesaran Allah.

 Depan Fairy Cave kini ada sawah luas..indah pemandangannya. Pasti yang mengusahakan sawah ini petani Cina yang ramai mengusahakan tanah pertanian di Bau ini.Ada orang menggelarkan mereka Cina Bukit. Bukit tak bukit, mereka memang rajin dan industrious. Dulu masa SS pertama kali datang ke sini pada tahun 2007, sawah depan gua tu tak ada lagi, hanya belukar. Ini satu perkembangan yang baik.

Walau bagaimana pun, Gua Pari-Pari patutnya ditingkatkan lagi nilai estetik dan perlancongannya. Kebersihan perlu diutamakan. Jangan benarkan orang ramai membakar colok didalam gua ini.SS dapati bila ada batu stalagmit yang berupa pelik, ada saja orang sembahayang di situ (membakar colok) dan membiarkan sampah/tinggalan colok tercocok dan bertaburan di situ.



Dalam perjalan pulang ke Kuching SS dan sahabat, Rith, singgah pula ke Kolam Air Panas, Paku...setelah terlihat ada papan tanda warna cokelat tepi jalan besar yang menunjukkan arah kawasan perlancongan tersebut. Melihat papan tanda tersebut menaikkan selera untuk berendam dalam kolam air panas semula jadi. Kata orangkhasiat mandi Hot Spring boleh menyegarkan badan. So SS dan Rith pun membelok ke arah Kolam Air Panas Paku seperti yang ditunjuk oleh tanda arah itu.
Masuk saja ke simpang jalan depan sikit kami dah hilang punca. Selepas bertanya, kami pun ditunjukkan kepada satu jalan kecil masuk ke kawasan lkampung. Jalan Air Panas elok sahaja. Ada bahagian yang baru diturap. Kami memandu jauh ke dalam kampung tapi tak jumpa kolam air panas tersebut, sehinggalah kami sampai ke hunjung kampung yang jalannya terus masuk ke sebuah gereja. Kami pusing semula dan bertanya pada seorang tua berkaca mata hitam yang sedang berbasikal.

'Lorong Air Panas 5', kata orang tua yang santai itu. Kami pun cari Lorong 5 dan terjumpalah papan tanda kecil yang menunjuk ke arah Kolam Air Panas. Aiks..kat tepi jalan besar tadi sikit punya gah... tetapi papan tanda kat dalam ni pula hanya sebesar kertas A4 dan hanya denga tulisan tangan...sungguh menyedihkan.

Lorong masuk tidak berturap. Lebih Kurang 30 meter dari jalan utama, nah....itu lah di Kolam Air Panas Paku. Airnya berwarna keruh kehijauan dan nampak seperti air longkang. Dikelilingi paya. Keadaannya sangat tidak terurus. Dua keping kayu papan selebar sekaki dijadikan titian untuk ke tengah kolam. SS rasa airnya lebih kurangsekitar 40 darjah selsius.

Sungguh menyedihkan keadaan kolam ini. Potensi perlancongan telah diperkosa oleh pengurusan yang jelek. Jika tidak mahu menguruskan kawasan ini, janganlah dibuat papan tanda besar di tepi jalan besar yang mengiklankan kawasan perlancongan yang harus dilawati. Menteri Perlancongan Sarawak harus disalahkan kerana tidak mengambil endah tentang kawasan ini.

Alangkah  baiknya kalau Kampung Sibulung yang punya kolam ini dapat manfaat dari industri perlancongan Sarawak yang agak besar. Ini tidak. Potensi yang ada dibazirkan sahaja. Amat memalukan kalau ada pelancong yang pergi mencari kolam ini seperti SS dan Rith hari ini dan mendapati kolam air panas itu hanyalah paya yang ada air panas dengan air yang bertakung warna keruh kehijauan.

Bagai longkang!.

I rest my case......



.

Sheikh Sambal

.

08 July 2010

Expidisi Ulu Kota Siri 7: Mencari Redha Petara (Updated With Photos)

Hujung minggu lepas 2 - 4 Julai 2010 Sheikh Sambal (SS) bersama dengan Sheikh Muhtar(SM) (Pengerusi AMAL Sarawak), Sdr Shukrani (Miri) dan Sdr Nuzul (Kuching) telah menjalankan satu expisi ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei untuk memantau pembinaan Surau Al Azhar AMAL, Kpg Saudara Kita, Ulu Kota.

SS, Muhtar dan Shukrani bertolak dari Miri pada pukul 8mlm dan sempat singgah di Mardhiah Resort (dulu; Villa Mardhiah) Bintulu untuk solat Ishak. SM sempat tengok bola Brazil kena dek benam Belanda.

Menunggu sarapan pagi @ gerai makan atas pasar.

Perjalanan ke Sarikei berjalan lancar dan samapai di sana pukul 4pg, terus ke Masjid Sarikei. Dulu masa expidisi yang lepas masjid ini hanya buka bila dah dekat waktu subuh tapi kalai ini Masjid Sarikei terang benderang dan ada beberapa orang sedang bermunajat dan qiam. Wah... hebat ahli qariah sini. Kami rehat sekejap sebelum mempersiapkan diri untuk berqiam dan solat subuh.

Sdr Nuzul naik coach dari Kuching dah sampai awal lagi dan berehat di King's Inn. Selepas Subuh dan rehat dalam sejam kami bersarapan bersama Sdr Azhar yang telah menunggu di Sarikei bersama anak dan anak buahnya (Jeffri dan Abd Rahman). Azhar adalah dalam rangka ke Kuching dan Kula Lumpur untuk menghantar anak2nya itu belajar di BISMIC, Darul Tsaqafah, BB Bangi. Program BISMIC ini adalah program untuk melatih para da'i dari Sabah& Sarawak. Semuga Jeffri dan Abd Rahman akan menjadi da'i yang ikhlas dan cemerlang.

Selesai sarapan kami membeli barang2 keperluan untuk dibawa ke Ulu Kota, spt lauk pauk, beras dan minyak diesel. Lebih kurang pukul 8pg kami bertolak ke pendalaman Ulu Kota. Anak2 Azhar tinggal di Pejabat Hikmah, Sarikei sementra menunggu Azhar kembali semula esoknya untuk meneruskan perjalanan ke Kuching.
Bila masuk di dalam dan sampai di jalan 'Tahap 3', kami ditunjukkakn oleh Azhar untuk menggunakan jalan baru, yang baru di tolak 3, 4 hari lepas. Kerajaan sedang membina jalan baru ke Ulu Kota. Eh... jangan lega dulu. Ini bukan jalan baru macam jalan PLUS. Ia cuma jalan tanah merah/jalan balak yang baru dibuka. Hanya 4WD saja yang dapat lalu. Sekarang musin hujan.Musim tersangkut lah...
Jalan tanah merah/kuning yang baru ditolak tetapi tidak dipadatkan - menyebabkan ia jadi bubur bila dilalui oleh banyak kenderaan. Inilah hadiah kerajaan kepada penduduk pendalaman sarawak yang setia mengundi mereka.
Sepanjang jalan ke dalam hujan mencurah-curah. Alhamdulillah, Hilux SM gagah membelah jalan baru yang kurang berbukit-bukit spt jalan yang selalu kami pakai. Jalan baru ini jauh sikit tapi lebih rata. Tapi sebab baru di tolak dan tak di'compact', tentunya akan menjadi bubur dalam musim hujan begini....

Sampai di Bukit AMAL (nama asal Bukit Alum tapi kami tukar nama sebab bukit inilah yang paling mencabar) pukul 10pg. Hujan lebat masih berterusan. Tuai Banduk yang memiliki rumah di kaki Bukit AMAL tidak kelihatan. Setelah melepaskan qada hajat, kami mahu meneruskan perjalanan tetapi Azhar menasihatkan agar jalan kaki sahaja sebab Bukit AMAL terlalu licin dan berselut disebabkan baru sahaja ditolak 'lipan' (buldozer). Walaubagaimanapun SM seperti biasa yakin Hiluxnya akan berjaya mendaki bukit tersebut.

Doa dibaca dan minyak pun ditekan. Hilux SM meluncur naik tetapi tersekat tak sampai suku ketinggian. Hujan masih lebat mencurah. Kami mengundur kembali ke bawah dan mencuba sekalai lagi. Aduh...cubaan kalai kedua hanya berjaya naik 2 inci depan sikit dari cubaan yang pertama. Azhar mengulangi nasihatnya. SS, Nuzul dan Shukrani terkomat kamit berdoa dan berzikir memohon nusrah Allah. SM mengundur sedikt dan mencuba kali ke-3 dan kali itu maju 3 meter ke depan tetapi tak semena-mena Hilux menggelongsor kebelakang dan hampir masuk ke parit. Hujan masih lebat mencurah.

Kan dah terpuruk...SM sedang memikirkan hujah untuk menjawab bidasan SS
SM cuba untuk bergerak kembali ketengah jalan tetapi hanya roda berpusing kuat tanpa kereta bergerak ke hadapan. Yang pastinya ia semakin dekat mahu terperosok ke parit. Kami turun untuk memeriksa keadaan Hilux dan betullah kata Azhar kita terpaksa berjalan kaki sahaja ke kampung beliau. Untuk ditalak keadaan amat berbahaya sebab kalau kereta Hilux itu membidaskemabali boleh menyebabkan si penolak tersepit antara kereta dan dinding bukit. Ngeri...kalau berlaku.
Nasib tak masuk parit tu...kalau tak kena pakai kren la pulak...
SS dan Azhar turun ke kaki bukit untuk meminta tolong daripada Motor Grader yang parking di sebelah rumah Tuai Banduk, tetapi malangnya operator mesin tersebut tiada di rumah kongsinya. Nampaknya memang terpaksa sungguh menapak ke Kpg Saudara Kita.
Menapaklah jawabnya...sebab licin, selipar dan kasut tak dapat pakai.....batu-batu kecil tajam menanti kaki-kaki mulus sang pengembara...
Dalam hujan yang makin berusai, kami hanya memngambil barang2 yang perlu dan meninggalkan yang lain untuk meneruskan penapakan ke kampung Azhar. Hujan pun berhenti. Bukit AMAL diseliputi kabus (awan) di puncaknya. SS dan Sdr Nuzul (geng slow) rilek-rilek berjalan mendaki bukit yang amat tinggi dirasa sambil cuba untuk tidak jatuh tergelincir kerana selut yang licin. Parit kecil di tepi jalan memberikan gerip yang baik sebab tak ada selut melekat di situ, dan itulah laluan yang kami gunakan untuk menuju puncak. Azhar yang memikul bekalan ayam dan ikan telah jauh ke hadapan. Shukrani dan SM yang muda belia pun laju mendaki meninggalkan SS dan Sdr Nuzul jauh melayan kaki.

Hui...jauh tu..kena tinggal..
Sampai setengah bukit perut pula memulas minta dikosongkan. Melilau SS mencari port yang sesuai. Terjumpa tempat yang strategik dalam hutan ditepi jalan di situ fauna dan flora mengucapakan terima kasih yang termamat kerana mendapat baja percuma. Dapat juga SS melakukan sunnah istinjak dengan daun-daun kayu di situ. Selepas berbasa basi dengan belukar di situ, SS pun bergegas mencari parit untuk bersuci secara Melayu...(bukan sekadar bilas sahaja...)

Jalan tanah merah yang baru ditolak - sangat licin lepas hujan


Tinggi lagi tu nak daki-curam sebelah gaung

SS dan Nuzul teruskan pendakian dengan setiap sepuluh langkah berhenti melayan pinggang sambil ambil gambar dan borak2 santai. Sedikit demi sedikit lama-lama sampailah kami berdua di Kpg Saudara Kita dan disambut oleh SM yang dah agak bosan berehat. Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Dalam perjalanan (pendakian) kami juga terserempak dengan dua 'lipan' yang sedang belerja menolak tanah. Jalan lama yang sudah kerasmenjadi' loose material' menyebabkan kereta 4WD yang tak punya tayar bunga kasar (offroad) akan tentunya mengalami nasib seperti Hilux hitam SM yang ditinggalkan di nun bawah sana... SM rupanya dah meminta pertolongan dari operator Lipan tersebut untuk menarik keretanya nanti. Kunci dah diberi bersama doa gar keretanya jangan 'lari' :)
Indahnya hidup di kayangan.....

Walaupun letih dan pinggang merayu minta diurut, Sheikh Nuzul tetap memberikan senyuman manis kepuasan...Indahnya alam ciptaan Ilahi....

Selepas berbasa basi bersama suadara mara Azhar kami berehat sebentar sebelum menuju ke air terjun bukit untuk mandi. Anak air bukit ini terletak tidak jauh disebelah lembah belakang Surau Al Azhar yang sedang dibina. Nak sampai ke situ agak mencabar juga dengan jalan menyusur denai dilereng bukit. Salah pijak boleh jatuh masuk gaung....

Kami mandi di situ. Air sejuk menyegarkan. Paip buluh yang dibelah tengah mencurahkan air tanpa henti. Badan letih menjadi segar walaupun kaki masih berdenyut-denyut. Kami berwudhuk di situ dan balik ke rumah Azhar untuk makan tengah hari dan solat Zuhur. Jam waktu itu sudah pukul 2 ptg.
Senyaman air bukit begitulah nyaman hati ini...semesra bumi yang disirami
Hujan yang telah berhenti tadi menyambung mencurahkan rahmatNya. Sambil menikmati lauk manok (ayam) masak sup kicap berempah, SM mencadangkan untuk memanggil kontraktor surau, Encik Sylvester & Camung, untuk dipanggil dari Rumah Banduk. Sdr Ishak volunteer untuk berjalan ke 'rumah panjai' untuk memanggil mereka. Kali ni, oleh kerana, tiada kereta, lawatan ke Rumah Banduk tidak dimasukkan dalam aturcara lawatan. Cukuplah tadi dah berjalan mendaki dan menurun bukit.Esok nak kena jalan lagi..

Sylvester dan Camung datang selepas Solat Asar. Kami berbincang hangat di tapak projek. Kualiti kerja yang agak cincai dan lambat tmengakhiri perbincangan yang disambung di dalam rumah Azhar dengan pemberhentian kontrak Sylvester. Camung yang kali ini banyak berbahasa Inggeris dalam perdebatannya (rupanya bila dia mabuk, dia cakap omputih...) akhirnya juga setuju untuk berhenti dan menerima bayaran habis kerja sebanyak mana yang ada, sebanyak RM10,050.00. Perjanjian henti kontrak pun ditanda tangani oleh semua pihak disaksikan oleh Azhar selaku Ketua Kaum Islam Iban di situ dan Sdr Nuzul.
Surau Al Azhar AMAL yang sepatutnya siap pada bulan ini tetapi terbengkalai kerana masalah barang dan kontraktor
Semasa SS dan SM melawat tapak bersama kontracktor, Sdr Nuzul mengambil kesempatan untuk mengajar para muallaf di situ membaca Fatihah dan Surah Al Kautsar. Ini untuk memudahkan mereka solat kepada Petara Allah. Anak2 yang selalu mewarnai kedatangan kami ke Ulu Kota, kali ini tidak ada di rumah. Mereka duduk di asrama sekolah dan tidak dapat balik ke rumah mereka pada kali ini. Kalau mereka ada, salah satu program ialah mengajar budak2 ini membaca Al Quran.

Di sebelah malam, selepas tazkirah oleh SM dan Tuan Nuzul, makan malam pun dihidang. Habis makan borak2 sekejap dan tepat pukul 9.27mlm enjin diesel genset pun dipadamkan. Awal orang sini tidur. Sebelum tidur, Sdr Nuzul menawarkan 'insect repellant' untuk di sapu pada badan yang terdedah kepada Sang Nyamuk yang cukup berkeliaran di sana. SS agak skeptikal tetapi layan juga. Ternyata kali ini kaki SS yang biasanya menjadi favorite hisapan Sang Nyamut tidur nyenyak tanpa gangguan menggaru sana sini. Ingat tu, next time kita pergi Ulu Kota mesti bawa insect repellant untuk keselamatan kulit anda.

Selepas gelap kami pun tidur sambil termimpi-mimpi mendaki gunung dan bukit bukau...sungguh mengerikan.... Pagi sebelum subuh waktu dinihari, kami bangun untuk berqiam meraikan kedatangan ke Ulu Kota.

Selepas Tazkirah Subuh dan minum kopi bujang kami pun memulakan perjalanan pulang. Waktu ketika itu lebih kurang pukul 6.45pg. Hujan sepanjang malam, malam tadi rupanya masih mengekalkan momentumnya bawa ke pagi.

Buah kundur? Di tanam oleh orang tempatan di tepi jalan ke rumah panjang.
Seperti biasa Sdr Nuzul dan SS melayan kaki berlambat-lambat mendaki dalam berjalan pulang. Ramai juga para ibu bapa dari rumah panjai menemani anak2 mereka untuk pergi ke Simpang Empat (tempat menunggu kendaraan 4WD) untuk pulang ke asrama sekolah mereka di Pakan. Kesian SS melihat mereka.Terpaksa bertungkus lumus meredah selut dengan berkaki ayam untuk kembali ke sekolah... Semua group yang SS dan Nuzul nampak jauh dibelakang sebentar tadi telah memotong kami tanpa kelihatan letih.

Dah 24 jam kami terputus dengan dunia luar. Celcom yang dulu sarat dengan 'sales gimmick' mengatakan bahawa Celcom ada di mana2 ternyata salah. Ulu Kota jauh dari rungan lingkup roaming Celcom.. Tapi dalam perjalanan pula ada di kawasan2 puncak tertentu mendapat 3-5Bar signalnya. SS ambil ksempatan untuk menalipon keluarga yang ditinggalkan di Miri. Mungkin Celcom perlu merealisasikan apa yang dijanjikan dulu secepat mungkin.

Orkid liar yang banyak tumbuh di sepanjang jalan - SS ada bawak balik anak dia nak cuba tanam...idup ke tak?
Sampai sahaja kami di Kaki Bukit AMAL, kereta Hilux SM tidak kelihatan. Aiks...takkan dah cabut kata hatiku.. Rupa2nya SM Azhar dan Shukrani pergi ke Rumah Panjai Alum untuk berunding dengan kontraktor baru bagi menyiapkan projek Surau Al Azhar yang terbengkalai. Kak Duraini yang datang menemani Nur Shuhana (anaknya yang telah masuk Islam bersama2 dengannya) untuk kembali ke sekolah memberitahu SS dan Nuzul bahawa SM dan lain2 telah pergi ke Rumah Alum untuk berbincang.

Ada 'penjaga' di tepi jalan masuk ke rumah Panjai Alum
SS dan Nuzul pun terus berjalan ke Rh Alum. Sampai di sana, rupanya SM telah pun selesai berunding bersama Sdr Mambang ak MgPili kontraktor baru yang akan memperbaiki dan menyiapkan surau tersebut. SS rasa yang ini lebih berwibawa dari yang dulu. Sekurang2nya beliau mempunyai kenderaan 4WD untuk memudahkan pengankutan kuli dan barang2 serta dia berbincang dalam bahasanya sendiri :).
Penyerahan kontrak baru kepada Sdr Mambang Ak MgPili untuk menyiapkan Surau Al Azhar
Perjanjian pun di meterai dan separuh bayaran dibuat sebagai 'advance' pun dibayar oleh SM kepada Mambang dengan menggunakan cek. Tarikh siap ialah 31 August 2010. Kalau lebih cepat lebih bagus...

Sheikh Nuzul sempat bermesra dengan penghuni Rumah Panjai Alum - keluarga Sdr Mambang

Kami pun keluar dari Ulu Kota pada pukul 9.30pg dengan berbekalkan Perjanjian Baru dengan Kontraktor yang baru... Semuga kita belajar dari kesilapan-kesilapan yang dahulu... Perjalan balik baim sahaja. Sdr Nuzul bersama Azhar dan 2 orang anaknya menaiki bot express ke Kuching.

SS, Shukrani dan SM meneruskan perjalan balik ke Miri melalui Jembatan Lanang. Semalam Shukrani membawa kami (yang tidur masa tu)melalui Jambatan Durin. Jauh..tapi jalannya cantik sikit. Kami selamat sampai ke Miri pada pukul 7malm. Singgah di Masjid Luak untuk solat Maghrib dan jamak Ishak.

Otot-otot kaki yang masih sakit terperanjat , berjaya juga akhirnya sampai ke rumah menemui keluarga tercinta.. ALHAMDULILLAH...


.
Sheikh Sambal.

.