27 November 2008

PERISTIWA SERANGAN MUMBAI

Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian dari peristiwa yang sedang berlaku di pusat perdagangan India, Mumbai. Setakat posting ini ditulis 125 orang telah mati termasuk 14 orang pasukan keselamatan India dan 5 orang penyerang. Mujahidin Deccan (Dhakka), sebuah organisasi jihadi yang tidak dikenali telah mendakwa bertanggung jawab ke atas serangan di 10 lokasi strategik di Mumbai. 3 hotel ternama iaitu Taj Mahal, Oberoi dan Trident telah menjadi kawasan perang sejak 25 jam yang lalu. Selain dari hotel-hotel itu, pusat kebudayaan Yahudi, Nariman House, stesen keretapi dan beberapa lagi kawasan awam di Mumbai juga di serang.
Peperangan sedang berlaku di Kashmir di mana pejuang-pejuang kemerdekaan Kashmir berperang untuk membebaskan negeri mereka dari kekuasaan India. Mumbai dan Delhi telah beberapa kali menjadi sasaran serangan bom oleh Mujahidin India. Tetapi serangan kali ini adalah yang terbesar didakwa dilakukan oleh Mujahidin Deccan, sebuah organisasi mujahidin yang tidak dikenali. Seperti biasa PM India menuduh Pakistan memainkan peranan dalam serangan ini. Rata-rata pengalisis berita hairan bagaimana sebuah kumpulan kecil yang tidak dikenali berupaya melakukan satu serangan yang terancang serentak di sepuluh tempat di Mumbai.
Petunjuk-petunjuk yang didapati setakat ini menuduh kumpulan ini berpusat di Pakistan atau dilatih di sana. Setakat pukul 2.40pagi ini, 5 orang penyerang telah terbunuh dan masih ada seorang penyerang di dalam Hotel Taj tetapi cedera dan sedang cuba ditangkap atau dibunuh oleh komando-komando India.

Apa yang kita takuti, umat Islam India akan dijadikan sasaran balas dendam seperti yang berlaku di Amerika selepas peristiwa Sepember 11. Islamophobia akan bertambah teruk dan umat Islam akan lebih didendami. Apa yang sebenar India dan Dunia lupa adalah punca kenapa anak-anak muda Islam bertindak untuk melawan kerajaan (establishment). Kita tahu India tidak berlaku adil di Kashmir. Penduduk Kashmir rata-rata miskin papa. Mereka terpingir dari kemajuan dan Delhi meletakkan beribu-ribu tentera di Kashmir untuk menekan gerakan kemerdekaan di sana. Keadaan ini membuatkan umat Islam Kashmir dan tempat lain di India menyimpan dendam kesumat untuk membalas perbuatan zalim Kerajaan India.

Kata-kata ahli politik India samada parti pemerintah Kongres atau pembangkang BJP sangat sinonim seperti kata-kata George Bush selepas 9/11. Amerika menyerang Afghanistan kerana menuduh negara itu menjadi pusat organisasi Al Qaeda. Apakah India selepas 11/26 akan menggunakan segala kekuatan untuk menyerang Pakistan kerana India menuduh serangan Mumbai didalangi oleh Pakistan.

Amat malang kalau India mengulangi jalan yang diambil oleh Amerika. India perlu ingat bahawa 13.4% dari warganegaranya adalam Muslim iaitu negara ketiga di dunia mempunyai penduduk Islam teramai. Jika India melakukan seperti Amerika, maka India boleh terjatuh ke dalam kancah perang saudara.

Apapun apa yang berlaku di Mumbai tidak boleh di terima. Tetapi kenapa reaksi yang sama tidak ada apabila orang-orang kampung yang miskin dibom dengan Cruise Misiles di sempadan Pakistan - Aghanistan. Apakah kerana mereka miskin maka media tidak perlu memberi liputan yang adil. Kalau dibanding bom tangan dan AK47 Mujahidin Dhakka dengan Cruise Misiles dan bom Hellfire Aparchie Amerika, amat tidak setara. Tetapi kerana yang diserang adalah kepentingan kapitalis dan yang perit dan terbunuh ialah orang-orang kaya, maka tiba-tiba dunia digemparkan dengan berita ini. Berbagai berita TV dibuat secara lansung dari minit ke minit. Mumbai digambarkan seperti dalam kawasan perang. Sikap double standard ini sangat memualkan. Apakah nyawa orang miskin di Pakistan tidak berharga? Atau sebab yang dibunuh di Pakistan dan Afghanistan adalah orang Islam maka dunia tidak perlu digemparkan dan Amerika tidak perlu dikutuk kerana melakukan serangan yang sangat bacul itu.

Begitu juga nasib orang-orang Islam di Palestin. Tidak ada lansung usaha masyarakat dunia untuk benar-benar mengajar Israel agar tidak menzalimi orang-orang Palestin. Saban hari Palestin dibasahi darah anak watannya tetapi Israel tetap dilindungi oleh Amerika dan Dunia Barat.

Sebenarnya inilah punca segala-galanya. Umat Islam di zalimi dan ditindas. Jika Amerika dan Dunia Barat tidak menyokong Israel dan India serta menghukum mereka kerana menindas Palestin dan Kashmir, sudah tentu Osama Binladen dan Al Qaeda atau mana-mana organisasi militan Islam yang lain akan meletakkan senjata dan hidup aman dikampung halaman masing-masing.

Selagi dunia tidak menyelesaikan masalah Palestin, Kashmir, Mindanau, Patani, Chechnya atau di mana-mana tempat yang penduduknya ditindas; kumpulan-kumpulan Mujahidin di sana atau di mana-mana sahaja, akan bangun untuk menuntut keadilan dengan cara yang mereka faham.
India perlu realistik dalam tindakan mereka sekarang kerana kumpulan-kumpulan mujahidin sedang melihat mereka dengan teliti. Tindakan yang zalim kepada orang Islam India atau Kashmir akan mengundang peristiwa ulangan seperti Serangan Mumbai. India mesti berhati-hati. Janganlah jadikan nafsu dendam sebagai penunjuk jalan kepada penyelesaian kepada aktiviti keganasan di India. Selesaikan masalah Kashmir dengan memberi penduduk Kashmir kebebasan untuk memilih kerajaan mereka, samada memerintah sendiri, bersatu dengan Pakistan atau terus hidup di bawah India.

Jangan biarkan pelampau Hindu bermaharajalela kerana peristiwa penyembelihan umat Islam Gujerat oleh puak Hindu adalah antara sebab mengapa kumpulan Mujahidin India (dan Dhakka) bangun untuk membalas dendam dengan cara yang mereka fahami.














25 November 2008

PPIM Jangan Jadi Alat!

Penulis sangat terperanjat dan sedih dengan tindakan Persatuan Pengguna Islam (PPIM) menyokong agar undang-undang zalim ISA dikekalkan di Malaysia ini. Semalam PPIM bersama-sama dengan 32 NGO Melayu (yang membentuk Majlis Pemuafakatan Ummah atau PEWARIS) berarak Wisma Sejarah ke Balai Polis Jalan Ampang untuk membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang memainkan isu-isu perkauman.

Presiden PPIM Datuk Dr. Ma'amor Osman yang juga merupakan Setiausaha Agung PPIM mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan supaya mengekalkan penggunaan ISA bagi menjamin keharmonian negara ini daripada diganggu-gugat oleh anasir-anasir jahat. "ISA masih relevan dan melalui ISA, keharmonian negara dapat dikekalkan, dan dalam prinsip Islam pencegahan adalah lebih baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pewaris di Wisma Sejarah semalam.

Sangat menyedihkan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak orang Islam sangat lantang juga memperjuangkan akta zalim ISA. Tidak tahukah Dr. Maamor dan PPIM bahawa orang Islamlah yang paling lama di kurung tanpa bicara dalam kem tahanan Kemunting? Sepatutnya Dr. Maamor memperjuangkan nasib para tahanan Islam yang telah di tahan tanpa bicara ada yang sudah merengkok di sana selama 8 tahun. Sedarkah Dr. Maamor bahawa bukan sahaja orang yang kena tahan sahaja merana, keluarga mereka juga sangat terseksa. Ada anak-anak mangsa ISA yang terpaksa berhenti sekolah kerana terlalu miskin disebabkan pencari rezeki atau 'bread winner' mereka diambil dari mereka.
Nasib penjenayah yang dipenjarakan mungkin lebih baik dari segi 'ketidakpastian' kerana mereka telah dibicarakan di mahkamah dan mereka tahu apa salah mereka dan berpapa lama mereka di penjara. Berlainan dengan tahanan ISA kerana mereka tidak pernah dibicarakan secara adil di mahkamah dan mereka ditahan tanpa ada had waktu. Terpulang kepada Menteri Dalam Negeri untuk melepas atau terus menahan mereka. Ketidaktahuan mengenai sampai bila mereka ditahan itulah yang menyeksakan. Jika benar mereka yang ditahan itu mengancam negara, ayuh bawa mereka ke mahkamah untuk diadili.
Islam adalah agama yang sangat adil dan Dr Maamor sangat arif tentang hal ini. Mengapalah tidak diperjuangkan agar mangsa-mangsa ISA itu dapat keadilan?.
Apa yang saya nampak, PPIM kini telah dijajah oleh UMNO untuk meneruskan agenda politik perkauman mereka. Dengan ISA mereka mahu menyekat kehendak rakyat Malaysia untuk mendapatkan keadilan. Sesiapa sahaja yang dilihat boleh menggugat keselamatan mereka maka ISA akan digunakan. Mungkin ISA ada baiknya tetapi keburukannya jauh lebih teruk. Seperti arak, arak ada kebaikannya yakni boleh digunakan sebagai bahan perubatan tetapi keburukannya sangat besar sehingga Allah mengharamkannya dan dihukumkan najis. Sehingga begitu sekali.
ISA merosakkan institusi suci keluarga, menghalang keadilan, menyekat da'wah, menyiksa para tahan secara fizikal dan mental, menyeksa ahli keluarga mangsa sehingga ada ibu yang terpaksa bekerja sebagai GRO untuk menampung perbelanjaan mereka anak beranak dan berbagai lagi perkara buruk yang timbul disebabkan oleh ISA. Jika memakai konsep yang sama, keburukan lebih banyak dari kebaikan, maka penulis menegaskan disini bahawa ISA itu HARAM.
Olehitu sebagai sebuah organisasi Islam, PPIM juga patut mengharamkan ISA dan bukan membenarkan diri menjadi alat dan bersubahat.


23 November 2008

Isu Ladang Babi: RTM,TV3 mala-fide Terhadap Kedah

UALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Media pro Umno-Barisan Nasional (BN) sekali lagi cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang didukungi oleh PAS,KeADILan dan DAP.

Jika sebelum ini, media cetak memainkan peranan dengan menjadi agen penyebar dakyah dan permainan licik politik BN,kini media elektronik menjadi senjata apabila RTM dan TV3 cuba memutarbelitkan fakta untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini mendedahkan bagaimana kerajaan Kedah dijadikan mangsa dengan corak pemberitaan yang memesongkan dan berniat jahat.

Menurutnya, siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang 19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19 November 2008 mendedahkan tembelang sebenar kedua-dua stesen televisyen tersebut apabila menyiarkan berita yang jauh terpesong dan berniat jahat.

"Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakal membuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.

"Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satu pembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatat dalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009),"jelasnya.

Tambahnya,siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikan Kerajaan dan berbentuk provokasi.

"Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapat aduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.

"Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulu melalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk: Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman,"katanya lagi.

Helmi juga mendedahkan,sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada 20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusan Kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya masih menggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.

Baca lagi di sini

22 November 2008

Dulu Micheal Kini Mikaeel

Micheal Jackson telah memeluk Islam dan mengambil nama Mikaeel. (lihat laporan Daily Telegraph) Alahamdulillah. Setelah bertahun-tahun spekulasi bahawa Jacko akan memeluk Islam akhirnya menjadi kenyataan. Marilah sama-sama kita doakan agar Mikaeel mendapat taufik dan hidayah untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup. Pengislamannya telah sempurnakan di depan seorang imam dengan disaksikan oleh Yusuf Islam (Cat Stevens).

Semuga dengan Islamnya Micheal Jackson akan menjadi sumber hidayah kepada berjuta-juta peminat setia beliau di seluruh dunia. Kita harap Yusuf Islam dapat menolong membimbing Mikaeel untuk mempelajari, memahami dan mengamalkan Islam yang sebenar. Siapaleh....kalau Islam yang di jumpai Mikaeel adalah Islam Liberal atau pun Islam ala Ayah Pin.

Pada tahun 1964 seorang Cassious Clay telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Muhammad Ali tetapi Islam yang di anutinya adalah Islam dari kumpulan sesat Nation Of Islam Setelah menyedari bahawa ajaran Nation Of Islam adalah sesat, Muhammad Ali telah bertaubat dan memeluk Islam mazhab Sunnah Wal Jamaah. Semuga Mikaeel tidak tersesat oleh berbagai fahaman yang menyeleweng seperti yang berlaku pada Muhammad Ali semasa awal keislamannya. Kita percaya Cat Steven akan menyuluh jalan untuk Mikaeel kerana beliau pernah melalui jalan itu. Micheal cuma perlu ikut dengan sabar.

Mikaeel perlu meninggalkan dunia glamor Hollywood yang penuh dengan pura-pura untuk memudahkan perjalanannya. Sementara itu apa khabar agaknya dengan abang Micheal, Jermaine Jackson atau nama Islamnya Muhammad Abdul Aziz?



21 November 2008

Anak Raja: Melayu vs Arab

Kita hairan kenapa orang hollywood suka sangat berinteraksi dengan kerabat Di Raja negara-negara orang Islam. Semalam saya telah menulis tentang bagaimana Michael Jackson di saman oleh anak raja Bahrain untuk duit yang dilaburkan baginda bagi kegiatan seni Micheal. [lihat sini]
Jika Micheal memperbodohkan anak raja Arab, di negara kita berlainan pula. Di sini anak raja kita pula mengenakan hero-hero hollywood. Dari laporan yang saya petik dari The Malaysian Insider, anak raja Negeri Sembilan, Tunku Imran dan syarikat Petra Group (syarikat kerabat Kelantan) telah disaman pula oleh Bruce Willis untuk mendapatkan kembali duit sebanyak USD900ribu dari jumlah pelaburan beliau sebanyak USD2juta untuk satu perusahaan usahasama yang tidak menjadi.

Saya tidak berminat untuk mengulas tentang aktiviti usahasama ekonomi anak-anak raja ini. Apa yang saya nak utarakan di sini ialah kehebatan anak raja kita berbanding anak raja Arab. Anak raja kita dapat berjuta-juta dollar dari orang-orang glamor hollywood manakala anak raja Arab pula hilang berjuta-juta dollar kepada mereka. Siapa lebih terer Arab atau Melayu? Lu pikirlah sendiri!!







20 November 2008

Anak Raja Kena "Kencing"

LONDON: Anak seorang raja Arab dari Bahrain, Sheikh Abdulla bin Hamad Al Khalifa, telah mengheret raja pop Michael Jackson ke mahkamah atas dakwaan penyanyi itu meminjam AS$7 juta daripada beliau bagi menghasilkan sebuah album dan autobiografi yang tidak pernah diterbitkannya. Para peguam berkata pelanggan mereka telah membiayai perbelanjaan penyanyi Amerika Syarikat itu sebagai satu pinjaman bertulis dan projek perakaman bersama dengan putera raja itu, yang juga seorang penulis lirik amatur. Jackson pula mendakwa wang itu adalah satu hadiah. (berita klpos)


Komen Sheikh Sambal: Padan muka hang. Duit banyak tak bawak bersedeqah. Berapa ramai orang Islam yang merempat tak makan hidup dalam keadaan dhoif. Daripada dia suap si Michael yang dah kaya(p) tu baiklah tolong orang susah. Inilah sebenar kejayaan musuh-musuh menjauhkan duit orang Islam dari kemaslahatan orang Islam. Sekarang pi lah saman Micheal yang dah sengkek tu...dia kata hang hadiah kat dia.....uhuk! uhuk! uhuk! kena tipu...




17 November 2008

California Wildfires - Satu Lagi Balasan Allah Ke Atas Amerika

Kekejaman dan keganasan Amerika terhadap negara-negara orang Islam seperti Iraq, Afghanistan, Pakistan dan lain memang tidak dapat disangkal lagi. Atas alasan memerangi keganasan Amerika telah menghantar beratus ribu askar dengan kelengkapan moden untuk memerangi orang Islam di Iraq dan Afghanistan. Di Pakistan, Amerika telah beberapa kali melancarkan 'cruise missiles' ke kampung-kampung pendalamn Pakistan kononya untuk memburu Osama dan Taliban. Setiap kali berita datang dari kawasan itu, kitra dapati ramai orang awam, wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa. Madrasah dan Masjid sudah tidak terkira lagi ditembak oleh si pengecut Amerika.

Umat Islam hanya dapat menadah tangan memohon doa dan perlindungan dari Allah s.w.t. Sesungguhnya doa itu adalah senjata mukmin dan doa orang-orang yang teraniya itu amat makbul. Nah, kita lihat bagaimana Allah menghantar tenteranya, api dan angin untuk memberi balasan kepada Amerika ke atas keganasan yang mereka lakukan. Buntulah Bush dan sekutunya. Ke arah manakah pula nak di halakan munjung meriam mereka bagi menyerang balas. Mungkinkah ke langit?

Lihatlah bagaimana Allah s.w.t membalas ke atas orang-orang yang zalim.





Warkah Untuk Ibu

Di bawah ini ku sisipkan sebuah warkah dari seorang anak yang terlalu merindui ibunya. Penulis sebenar warkah ini tidak diketahui, aku cuma mendapatnya dari email yang telah di'forward'kan entah beberapa kali. Warkah ini sungguh meruntun rasa dan sayang kepada ibu. Marilah kta ambil ibrah dari warkah yang ditulis dari seorang anak soleh yang manja ini. Kepada yang masih mempunyai ibu berkhidmatlah dan sayangilah ibu anda. Kepada sesiapa yang sudah tiada ibu atau bapa, selalulah menghantar doa dan pahala kepada mereka. Sesungguhnya hanya doa dari anak yang solehlah yang selalu diharap oleh mereka di barzakh sana.


Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.....
Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...... dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ....
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. .
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut......
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital....
.. Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat... kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....
Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..
kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ....ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam..... airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ......
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....
Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ......
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu... lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak..!
Takpa la....nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak... mak tunggu ya..!
Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak.... kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas... makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan... . Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ....?

Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak....
cukup la sampai sini dulu.... kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk universiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,

Yang Benar,
Anak mak yang dah tak degil.

14 November 2008

LPG Filipina Turun Lagi...Kita Entah Bila...

Kerajaan Filipina telah menurunkan harga LPG (membalikkan harga atau Rollback) bermula dari 12.01am 13/11/08. {lihat link di sini..} Atas gesaan kerajaan syarikat minyak di Filipina seperti Pilipinas Shell Petroleum Corp dan Petron Corp. telah mula menjual LPG 10 Peso sekilogram lebih murah. Harga 11kg silinder LPG telah diturun sebanyak 11o Peso (RM1=13.647P) atau RM8.06.
Harga LPG untuk kenderaan juga telah diturunkan juga antara 4P ke 6p seliter.
Filipina adalah negara pengimport minyak walupun mereka mengeluarkan minyak tetapi tidak cukup untukk kegunaan sendiri. Malaysia pula adalah pengekspot minyak dan minyak yang kita keluarkan adalah yang bermutu tinggi. Hairan bin ajaib Filipina mampu menurunkan harga minyak dan LPG tetapi kita negara yang mempunyai minyak sendiri masih tidak menurunkan harga minyak sepatutnya dan harga LPG kita masih tinggi.
Menteri sibuk menyuruh pekedai dan peniaga menurunkan harga barangan kerana telah menurunkan sedikit harga minyak tetapi tidak peduli pada harga LPG kita yang masih tinggi. Sebab itulah harga makanan masih mahal, sebab kos gas memasak terlalu tinggi. 14kg LPG silinder masih lagi RM25 (mungkin lebih di kawasan pendalaman). Jika Filipana boleh menurunkan harga sebanyak RM0.73 sekilogram kenapa Malaysia tidak boleh?. Jika diambil nisbah yang sama, 14kg LPG silinder kita sepatutnya boleh dibeli pada harga RM14.78.
Aduhai......bilalah agaknya rakyat marhein boleh menikmati harga gas dan minyak yang lebih murah....

13 November 2008

Menasabkan Anak Kepada Suami Ibu Sekalipun Perkahwinan Kurang Daripada Enam Bulan

Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut;

“Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”

Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.
Maksud Fatwa:
Seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh 6 bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya.

Senario:
Di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di ‘bin’ kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam ertikata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.
Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut.
Pihak ibubapa pula, amat sukar untuk menerangkan masalah tersebut kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibubapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini dibincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis. Setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai, maka keputusan tersebut dibuat.

Antara Asas Alasan:
Dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi s.a.w.: “Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini disebutkan oleh Nabi s.a.w apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya. Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi s.a.w, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d. Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ”.
Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina. Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi s.a.w yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.
Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).

NAMUN: Keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan, dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Kebaikan Fatwa Ini:
Menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat.
Menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurang tempoh perkahwinan.
Membantu ibubapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

Kesannya:
Pihak pendaftaran hendaklah memberikan hak berbinkan suami ibu (bapa) kepada anak yang lahir sama ada kurang atau lebih daripada enam bulan tempoh perkahwinan ibunya, dengan syarat si suami tidak membantah.


Yang benar,

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)
http://drmaza.com/home/

12 November 2008

PETUA-PETUA DI DAPUR

1. KUPAS BAWANG
Untuk mengelakkan mata berair semasa kupas bawang, rendam bawang didalam bekas berair.
2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih, tidak berbau, warna kulit yg bersinar, insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.
3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.
Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang dihiris.
4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawa kemudian dibilas dengan air mengalir.
5. MEMUTIHKAN NASI
Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa memasak nasi.
6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
Letakkan cili kering di dalam bekas beras dan gaul.
7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pastikan niat yang ikhlas berserta doa yang baik-baik dan kemudian setiap bahan mestilah dibasuh dengan air yang mengalir, berselawatlah banyak-banyak semasa memasak dan selepas siap semua masakan mestilah ditutup .
(dipetik dari petua Chef Sabri @ http://chefsabri.blogspot.com/)

10 November 2008

Pentomen Alam Barzakh

Potong Buang Dan Transplant Yang Baru.

Aku setuju dengan kenyataan Pak Lah yang mengatakan bahawa kalau baik UMNO baiklah rakyat. Kita lihat dalam UMNO sekarang sedang berlaku perang yang hebat. Berbagai tuduh menuduh dan laporan demi laporan di buat kepada polis dan BPR. Ada pasal kes tumbuk menumbuk dan baling kerusi, ada juga kes 'tumbuk rusuk' dan rasuah politik. Juga dilaporkan ada lima bahagian gagal bersidang selepas tarikh akhir masa yang diberi untuk bersidang berakhir. Bebagai masalah tidak puas hati tentang calon dan ahli-ahli yang tidak layak mengundi.
Oleh kerana UMNO sekarang adalah tonggak kerajaan BN maka apa yang berlaku dalam UMNO sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesejahteraan Malaysia. Sekarang keadaan UMNO sangat tidak baik dan kita tengok kesan yang terjadi pada Malaysia. Urustadbir buruk, penyelewengan kuasa, jenayah yang semakin bertambah, mutu kehidupan yang menurun, masalah ekonomi yang semakin meruncing, masalah akhlak remaja dan 'retua' (meminjam kata Dto Fazillah Kamsah) yang membarah dan berbagai masalah dan mala-petaka menimpa tanah bertuah ini.
Seperti pengubatan penyakit barah, bahagian yang diserang barah itu harus dibedah dan buang. Nampaknya itulah yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk mengubati 'penyakit' yang sedang melanda negara. Potong dan buang parti politik yang dah busuk ini dan transplant yang baru.

07 November 2008

Obama Dan Agenda Yahudi

Ramai orang bergembira Barrack Obama memenangi pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. Seluruh dunia termasuk umat Islam jadi alpa dan pana bila seorang kulit hitam berketurunan Kenya benar-benar dapat jadi Presiden Amerika, orang yang paling berkuasa di dunia ini. Obama telah berjaya memukau dunia dengan mendendangkan lagu perubahan, 'Obama For Change' janjinya disulam dengan oratory skill yang hebat.
Dunia telah penat dan sakit hati pada Bush kerana sifatnya yang bongkak dengan dasar luar yang ganas. Bila Obama muncul dengan janji 'Change'nya kita terus terpesona dengan harapan umat Islam akan terbela di bawah Obama.
Tunggu dulu .Jangan cepat menaruh harapan kerana anda akan kecewa. Perkara pertama yang dilakukan oleh Obama setelah ialah melantik Chief Of Staff dalam kabinetnya di Rumah Putih dan orang yang dilantiknya ialah Rahm Emanuel (Hebrew: רם עמנואל‎). Siapakah Rahm Emanuel? Petikan di bawah yang saya salin dari Wikipedia amat detail untuk menggambarkan siapa orang ini.

He was born in Chicago, Illinois. His first name, Rahm, means "high" or "lofty" in Hebrew, while his last name, Emanuel, means "God is with us." According to his father, his son is the namesake of Rahamim, a Lehi combatant who was killed. Rahm’s surname was adopted by his family in 1933, after Rahm’s paternal uncle, Emanuel Auerbach, was killed in a skirmish with Arabs in Jerusalem. His father, the Jerusalem-born Benjamin M. Emanuel, is a pediatrician and former member of the Irgun, a militant Zionist group active in the British Mandate of Palestine between 1931 and 1948. Leaders within the mainstream Jewish Agency, Haganah, Histadrut, as well as British authorities, routinely condemned Irgun operations as terrorist and branded it an illegal organization as a result of the group's attacks on civilian targets. {....}
When his family lived in Chicago, he attended Bernard Zell Anshe Emet Day School, a Jewish day school. After his family moved to Wilmette, he attended public school: Romona School, Wilmette Junior High School, and New Trier West High School. He graduated from Sarah Lawrence College in 1981, and went on to receive a master's degree in Speech and Communication from Northwestern University in 1985.
Emanuel was a civilian volunteer in the Israel Defense Forces during the 1991 Persian Gulf War, serving in one of Israel's northern bases, rust-proofing brakes.[14][15] Emanuel's wife, Amy Rule, a graduate of the Wharton School of the University of Pennsylvania, converted to Modern Orthodox Judaism shortly before her wedding.[14] They are members of Anshe Sholom B'nai Israel, a modern Orthodox congregation in Chicago.[16] They have three children, son Zacharias and daughters Ilana and Leah.
Emanuel is a long time close friend of fellow-Chicagoan David Axelrod, Chief Strategist for the 2008 Barack Obama presidential campaign. Axelrod signed the ketubah at Emanuel's wedding, an honor that goes to a best friend.[17] Rabbi Asher Lopatin of Anshe Sholom B'nai Israel Congregation is quoted as saying: "It's a very involved Jewish family"; "Amy was one of the teachers for a class for children during the High Holidays two years ago."[16] Emanuel has said of his Judaism: "I am proud of my heritage and treasure the values it has taught me."[16]
During his original 2002 campaign, Emanuel "indicated his support of President Bush's position on Iraq, but said he believed the president needed to better articulate his position to the American people".
Emanuel, whose father was in Irgun, is a strong supporter of AIPAC,(The American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) is an American lobbying group that advocates for pro-Israel policies to the Congress and Executive Branch of the United States. It has been consistently ranked among the most powerful and most influential lobbies in Washington. and personally introduced fellow Chicagoan Barack Obama to the organization's directors during the 2008 presidential campaign.

Sesiapa sahaja tidak akan dapat menduduki Rumah Putih jika tidak meletakkan agenda Yahudi sebagai perkara utama. Obama mungkin berkulit hitam tetapi hatinya pro yahudi. Dasar-dasar yang akan dibawa oleh Obama sudah tentunya akan menyebelahi Israel di Asia Barat. Memanglah Obama berjanji akan mengeluarkan tenteranya dari bumi Iraq tetapi beliau secara konsisten menegaskan peperangan sebenar ialah di Afghanistan dan bertegas akan menambah tenteranya di sana.

Peperangan di Iraq adalah untuk mengawal minyak Iraq dan ini telah berjaya. Amerika kini adalah pengawal sebenar pengeluaran inyak di Iraq. Misi Amerika di sini sudah berjaya. Mereka kini perlu menumpukan kekuatan tentera mereka ke Afganistan kerana mereka mahu menyekat kemaraan Islam di bawah panji hitam Osama Bin Ladin. Bukankah ada hadis menyatakan bahawa Islam akan bangkit dari Khurasan (kawasan Afganistan dan sekelilingnya). Para Mujahidin ini akan membawa panji-panji hitam mara ke arah Barat untuk berbai'ah dengan Imam Mahdi.

Orang Yahudi amat takut ini akan berlaku, lalu menaja Obama untuk membawa 'perubahan' dan membantai Afghanistan supaya bala tentera Imam Mahdi tidak sempat berkumpul dan bergerak ke barat.

Muka manis Obama nampaknya macam baik. Ramai orang Islam akan terpesona dengannya kerana bapa dan kerabat sebelah bapanya beragama Islam. Mungkin Obama anak orang Islam tetapi agamanya bukan Islam. Dia telah Murtad. Agendanya adalah agenda Amerika yang dibisik oleh Yahudi Zionis.

Ramai orang akan kecewa tapi jangan cakap aku tak bagi amaran.



Langkah Pertama ...Warkah Untuk Abu Aiman

Langkah pertama
itu langkah keramat
membawa kalimat dalam niat
penuh rahmat
Langkah kedua
mengisi ruang
biar penuh biar jenuh
mengajar diri dengan tawajuh
Langkah ketiga berjalan terus
ilmu ditimba dicerna diguna
disebar merata
biar ada manfaat ada makrifat
pupuk minda masyarakat
biar semua mendapat
berkat.

Sheikh Sambal
8 zulkaedah 1429

05 November 2008

Pesanan Untuk Najib

DS Najib,
Tahniah kerana telah terpilih tanpa bertanding untuk menjadi Presiden UMNO. Nampaknya orang UMNO sudah penat untuk berlawan di pucuk setelah berbulan-bulan menikam DS Abdullah supaya berhenti. Mahu tidak mahu DS Abdullah terpaksa akur kepada tekanan dari berbagai arah kiri, kanan, depan, belakang samada dari dalam UMNO sendiri mahupun dari parti-parti komponen BN. Tekanan dari pihak pembangkang sudah tentulah tidak perlu disebut lagi.
DS Najib,
UMNO kini yang boleh dikatakan dalam keadaan yang tenat. Ia seperti harimau tua yang sedang cedera, kedarat untuk memburu tiada lagi hanya mengharapkan apa yang ada di hadapan mata. Apa saja yang dapat dimaklan akan dibaham walaupun tikus kecil yang hanya sangkut celah gigi. Isu kecil seperti papan tanda dan perlantikan pemangku ketua PKNS diperbesarkan untuk dijadikan modal meraih sokongan. Ingatlah bahawa isu-isu seperti ini tidak banyak mendatang manfaat kepada UMNO, cuma sedikit tetapi ia boleh tersasar menjadi isu perkauman jika tidak ditangani secara berakal.
DS Najib,
Tahniah juga kerana sempat menyelamatkan diri dari skandal pembelian helikopter Eurocopter EC-725 Cougar. Tahukah DS jika anda terjebak amat susah untuk DS keluar kerana komplikasi kemasaan (timing) peralihan DS dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan. Sedangkan kes Altantunya dan Scorpene pun DS tenat dibuatnya, inikan pula satu lagi skandal pembelian helicopter. Tentu DS lega terlepas dari bala ini lebih-lebih lagi bila PAC mengesahkan bahawa tiada penyelewengan dalam prosedur pemerolehan helikopter itu. Semuanya mengikut prosedur standad antarabangsa. Tentunya standad tersebut diikuti, cuma yang tidak diikuti adalah harganya. Brazil beli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta sebuah jika transaksi jadi kenyataan. Walaupun prosedur tiada apa yang salah, adakah keupayaan kita berunding yang lemah (lihat posting saya tentang perkara ini).
DS Najib,
Pembentangan Pengembangan Bajet 2009 semalam menyaksikan usaha DS untuk meredakan kerisauan rakyat tentang kemelesetan ekonomi yang sedang menerjah kehidupan. RM7b yang dapat dijimatkan dari penarikan subsidi minyak tempoh hari mesti dibelanjakan dengan sebaik-baiknya. Rancangan DS untuk meningkat perbelanjaan dalam bidang teras seperti pembinaan (melalui pembinaan banyak rumah murah) dan meningkatkan modal insan boleh diterima. Sememangnya banyak perancangan kerajaan yang baik-baik, dari kementerian apa pun, tetapi yang merosakkanya adalah implementasi yang menyeleweng. Projek-projek mega untuk memangkinkan ekonomi tersasar menjadi pemangkin poket tertentu. Tender terbuka yang sepatutnya terbuka diberi secara terus tanpa telus. Tau-tau sahaja kompeni si anu-si anu telah dapat projek ratusan juta. DS harus mengkaji semula akan kewajaran rundingan terus terhadap projek-projek mega yang DS cadangkan. Kita tidak mahu 'ripple effect' dari projek-projek mega negara, yang diharapkan untuk menggerakkan ekonomi, tidak menjadi kerana penyelewengan oleh pihak yang berautoriti.
DS Najib,
Anda ini berada di ambang kuasa tertinggi di Malaysia. Jawatan Presiden UMNO kini hanya berada dihujung jari DS. Datang bulan Mac '09 DS akan menjadi Presiden UMNO dan jika BN masih lagi memerintah Malaysia, DS akan menjadi PM Malaysia yang ke-6. DS perlu terlebih dahulu mengemaskan UMNO sebelum dapat mengemaskan Malaysia. Rasuah politik sangat membarah dalam UMNO. DS perlu membersihkan parti DS jika mahu UMNO dihormati semula oleh kawan dan lawan. Lihat sahaja sekarang MCA pun sudah berani menyuarakan rasa marah pada UMNO secara terang-terangan. Konsep ketuanan Melayu yang diperjuangkan UMNO selama ini kini dipersoalkan oleh MCA dan Gerakan, rakan kongsi dan penyanjung UMNO dalam kerajaan. Mungkin konsep ini tidak relevan lagi sekarang. Zaman globalisasi mendambakan bangsa yang berdaya saing untuk maju. Konsep tuan dan hamba tidak lagi sesuai dan tidak akan membawa bangsa Melayu ke mana-mana. Jika DS mahu UMNO terus relevan, konsep ketuanan bangsa ini harus ditinggalkan dan diganti dengan ketuanan rakyat.
DS Najib,
Melayu ugamanya Islam dan bahasanya Melayu. Itulah Melayu mengikut perlembagaan Malaysia. Bukanlah Melayu itu mesti jadi tuan baru jadi Melayu. Melayu yang memegang Islam sekuat-kuatnya sahaja dapat membawanya ke mercu kejayaan. Sejarah telah membuktikan bahawa dengan Islam sesuatu bangsa itu akan menjadi cemerlang. Sekali ia meninggalkan Islam hilanglah daya maju dan daya saingnya. Lihatlah Turki sebagai contoh. Dulu semasa Islam menjadi tonggak, Turki adalah tuan di Eropah tetapi sejak Kamal Attaturk membawa Turki meninggalkan Islam, Turki kini menjadi pengemis di pinggir Eropah. Tentunya kita tidak mahu Malaysia serupa nasibnya seperti Turki.
Ketahuilah DS, UMNO yang DS pangku selama ini mengarah ke arah jalan yang dilalui Turki. Sekurang-kurangnya Turki di bawah Erdogan kini cuba balik ke pangkal jalan. Tetapi Malaysia di bawah UMNO semakin menjauh. Lihat sahaja program Islam Liberal yang sedang hebat menyerang keutuhan Islam asli. UMNO seolah-olah membiarkan sahaja dan dalam banyak hal menggalakkannya (hiburan yang melampau, misalnya). Kita lihat akhlak Melayu baik yang tua mahupun orang muda, semakin parah. Ini berlaku di depan mata Islam Hadhari yang dibawa oleh PM Abdullah. Gejala dadah, rempit, bohsia, riddah (murtad) dan jenayah semakin berleluasa dan majoriti pelakunya adalah orang Melayu. PM Abdullah seperti tidak dapat membendung gejala-gejala negatif ini. Bagaimana pula DS? Dapatkah DS membendung segala gejala-gejala tersebut di kala DS jadi PM nanti?
Ingatlah, selagi pemerintahan DS tidak menjalankan hukum-hukum Allah selagi itulah masalah-masalah yang dihadapai oleh PM-PM yang terdahulu akan mengganggu DS. Olehitu, sekali lagi diingatkan, selagi DS tidak mengambil undang-undang yang beteraskan Al Quran selagi itulah masalah Melayu dan Malaysia tidak akan selesai.
DS Najib,
Demokrasi Malaysia perlu lebih dibuka. Mungkin tidak seluas demokrasi di Amerika tetapi pihak pembangkang perlu di berikan peluang yang sama. Akses kepada media perlu diberi kapada semua bukan dibolot oleh BN semata-mata. Undang-undang drakonian ISA perlu dibuang. Badan Kehakiman mesti diberikan maruahnya semula dengan memberi mereka kebebasan bekerja tanpa campurtangan pihak eksekutif.
Berikan taring kepada BPR bukan hanya gusi yang tidak dapat mengunyah, hanya menelan segala kes-kes berprofil tinggi yang singgah di sana. Letakkan BPR di bawah tanggung jawab Yang Di Pertuan Agaong atau Parlimen supaya tiada penguasa yang boleh menempelak mereka.
Akhirkata DS Najib,
Waktu untuk DS berbulan madu telah lama tamat. Kerja keraslah untuk meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan negara kita yang tercinta. Malaysia perlu dinakhodai secara bersih, telus dan berhemah bukan dinodai ikut serakah rimba. Ingat! para pengundi kini bukan lagi seperti zaman Tun Mahathir. Mereka lebih bermaklumat dan matang memilih. Pakatan Rakyat adalah pilihan mereka bila datang PRU13, jika DS kecundang memimpin bangsa Malaysia.

03 November 2008

Unsur Suspense Dari TGHH

Harakahdaily melaporkan semalam bahawa ada pemimpin UMNO telah menyertai PR. Keyataan ini telah dibuat oleh TG Dato' Presiden PAS dalam sidang media yang diadakan selepas beliau merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke-12 yang diadakan di Dewan Dato' Seri Amar DiRaja, Chukai. Pengasahan ini adalah lanjutan dari berbagai dakwaan dan kenyataan yang di buat oleh pimpinan PR sejak selepas PRU12 lalu.
Apa yang menghairankan adalah DS Anwar tidak lagi berapa menekankan perkara ini di media tetapi usaha menggembang gempurkan perkara peralihan kerajaan di ambil alih pula oleh pimpinan PR yang lain khususnya Dato' Presiden PAS. Lim Kit Siang juga di lihat seperti mengiyakan peralihan kuasa bila sudah acapkali bermesyuarat dengan pimpinan PR yang lain khusus membincangkan hal tersebut.
Rakyat sebenarnya semakin tawar hati dengan retorik pengambilalihan kuasa kerajaan pusat oleh PR. Kenyataan demi kenyataan yang dibuat sebenarnya tidak membantu menyakinkan hati rakyat. 16 September berlalu tanpa ada apa-apa kejutan yang besar. Perishtiharan keluar BN oleh parti Yong Teck Lee SAPP telah dijangka begitu juga dengan perletakan jawatan oleh Datuk Zaid Ibrahim. Mana perginya 31 ahli parlimen BN yang mahu melompat itu?
Sebagai pendokong parti Islam PAS kita amat risau bila Dato' Presiden pula membuat kenyataan umum tentang peralihan kuasa kerajaan persekutuan. Lebih-lebih lagi tentang ada pemimpin UMNO yang akan menyertai PR. Bagaimanapun apabila diminta untuk mendedahkan siapakah pemimpin Umno yang telah menyertai Pakatan Rakyat, beliau menjawab "bila tiba masanya" beliau akan mendedahkannya.
Unsur suspense memang ada disini tetapi bukan suspense tentang siapa orangnya tetapi benar atau tidak perkara itu akan berlaku. Jika betul berlaku alhamdulillah, tetapi jika ia tidak berlaku maruah Presiden PAS akan terjejas kerana membuat kenyataan palsu.
Kita pasti TGHH berpegang kepada KEBENARAN tetapi jika pemimpin UMNO itu tidak jadi menyertai PR atau itu cuma mainan politik UMNO untuk memerangkap TGHH dilihat bercakap bohong, apa akan jadi kepada kewibawaan Presiden PAS dan parti Islam itu sendiri?
Rakyat kini mahu perkara yang nyata (actual) bukan dakwaan dan kenyataan yang berbau harapan. Bak kata pepatah Inggeris "Action speaks louder than words" dan "Walk the Talk".

02 November 2008

PERMATA BUAT ISTERI KU

Tanggal 2 November, hari yang paling keramat bagiku kerana isteriku yang tersayang dilahirkan ke dunia. Di kala itu aku baru darjah dua, hanya sibuk dengan sekolah, mandi sungai dan lembu di sawah. Hujung minggu aku ralit melukis helikopter dan ultraman sebelum sempat mencapai sabun dan ubat gigi. Tiada kanvas besar dan water colour cuma tanah putih laman ibu dan ranting mangga..
Tiada juga ku tahu kami terpisah oleh laut yang luas di China selatan. Tetapi memang sudah tertulis di Lauh Mahfuz bahawa bayi perempuan kacukan Kayan Sbob, Melanau dan Belanda itu akan menjadi pasangan jiwaku 19 tahun 8 bulan kemudian.
Memang sungguhlah Allah itu maha adil, dipertemukan kami dalam suasana yang tak terduga. Mudah pula semua halangan dan rintangan. Maka terijabqabullah dua hati satu jiwa dan bersatulah alam dua dunia.

Hari ini Hari Lahir Isteriku. Ibu kepada anak-anakku. Tiada hadiah yang mampu memberi harga kepada kasih sayang dan cintanya.

Cuma puisi indah gambar hatiku buatmu, di sini ku sisipkan sebuah puisi permata buat isteriku tercinta.....

Selamat Hari Lahir Sayangku....




PERMATA BUAT ISTERI
Lirik/Puisi: Abdul Aziz HM

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isterikU