30 September 2010

Tanah Kenyalang - Ke Mana Pergi Sumber Negeri Selama Ini...

Setiap kali aku memandu sekeliling negeri ini ,Tanah Kenyalang, aku sentiasa bertanya ke mana perginya segala hasil mahsul negeri yang kaya raya ini. Kalau dibanding keluasan tanahnya, sebesar Semenanjung Tanah Melayu. Balaknya melambak.Kayu-kayannya bermutu tinggi. Mana ada Kayu Belian di tempat lain. Petroleum dan gas telah dipungut sejak 100 tahun lalu dan masih banyak dalam perut buminya. Telaga minyak yang pertama di Malaysia terletak di atas Bukit Kanada di Miri. Mula operasi penghasilan minyak pada tahun 1910. Tahun ini 2010, Sarawak Shell Berhad merayakan 100 tahun Telaga Minyak Miri No.1. Seratus tahun royalti minyak dan gas pergi mana? Ok sebelum merdeka Orang Putih kebas bawak balik Eropah. Tapi selepas merdeka pula mana duit minyak yang berbilion setahun tu?

Kalau ikut duit dari hasil mahsul negeri, Sarawak sudah patut mempunyai sistem jalanraya sehebat 'Autobahn' Negara German dan semestinya tanpa tol!. Rangkaian keretapi yang menghubungkan setiap bandar besar dan kecil dah sepatutnya ada lamdah. Kalau dikatakan negeri ini tak sesuai dengan jalan keretapi sebab bentuk mukabumi yang banyak sungai dan bukit-bukau dan berpaya. Itu alasan yang sangat dangkal kerana teknologi prasarana kita kini diekspot ke luar negeri. Berapa banyak syarikat-syarikat pembinaan Malaysia pergi ke luar negara membina jalanraya dan prasarana orang.

Sarawak memang kaya raya. Rakyatnya tak ramai. Dengan harta sumber asli yang banyak dan berbagai, sepatutnya Orang Sarawak tak payah bayar cukai pun. Jika harta negeri diagihkan seadilnya, pasti tiada lagi orang miskin di negeri yang indah ini. Tapi... realitinya, tol perlu dibayar pada siapa nak pakai jambatan di beberapa tempat. Yang lagi lawak peliknya, motosikal pun kena bayar tol. Di Semenanjung, bawaklah motosikal sebesar gajah pun, tol tetap percuma.

Aku sedih setiap kali memandu dari Bintulu ke Sibu. Jalan amat menyedihkan. Aku sedih bila melalui Jambatan Tun Salehuddin di Kuching. Orang kampung disekitar terpaksa bayar tol walaupun pakai motosikal. Walaupun hanya 50sen tapi itu banyak bagi orang kampung yang kerja nelayan di Sungai Sarawak.

Aku sedih bila melawat kampung di gigi air dan pinggir-pinggir sungai. Rumah usang dah senget dicelah-celah kapal gah yang diparkir di jeti sebelah. Letrik tak ada. Air minum masak air sungai. Hidup miskin dengan hasil ikan sungai yang semakin kurang hari ke hari.

Aku sedih bila masuk ke kampung dan rumah-rumah panjang di pendalaman. Jalan tanah merah yang digunakan menjadi bubur di kala musim hujan dan pekat berdebu di kala musin kering. Kaum Iban memang perkasa. Mereka tahan dengan keadaan hidup begitu. Tapi walaupun perkasa mereka, apakah dosa mereka tidak diberikan prasarana yang sepatutnya. Tanah adat mereka dirampas dan diberikan kepada syarikat kroni untuk dijadikan ladang kelapa sawit. Ada tanah hutan mereka dijarah hasil hutan kayu kayannya dan mereka dipujuk dengan bayaran RM250 seekar. Syarikat yang menjarah itu ada saham orang berkuasa.

Aku sedih melihat anak muda Melayu mabuk di Tebingan Sungai Sarawak. Anak-anak sekolah bergaya makan pil khayal di sekolah. Botol Langkau Cap Apek (sejenis arak murahan) bersepah di kampung-kampung. Masalah arak makin membarah di kalangan masyarakat Melayu tetapi pemimpin tempatan buat endah tak endah. Bilamana Lembaga Kebajikan Masjid berbangga dengan duit tabungan berjuta-juta, anak-anak orang Islam terbiar jahil di jalanan.

Baitulmal punya banyak harta tetapi umat Islam masih terkebelakang. Apa salah diusahakan kebajikan mereka sewajarnya. Berikan mereka pancing untuk mengail, bukan sedekah yang habis dimakan sekali hadap. Kawaan pendalaman perlu dibela. Bila pimpinan negeri datang, hanya kala itulah orang kampung dapat makan sedap sikit. Para penguasa pula datang ke sana pakai helikopter, mana nak nampak jalan balak yang hanya dapat dilayan dengan kenderaan pacuan 4Roda. Manalah orang kampung mampu memiliki 4WD. Jalan kaki la....atau pakai perahu menyusuri sungai yang meliok-liok alirnya. Sepatutnya dapat sampai dalam masa 1 jam jadi 4 jam naik perahu.

Banyak lagi yang aku sedih bila menganggapi negeri ini. Aku mahu ada perubahan di sini. Semuga pilihanraya yang akan datang membawa angin baru. Pimpinan yang lebih amanah dan bertanggung jawab dan dapat menguruskan hasil mahsul negeri dengan baik dan adil. Itu saja yang aku harapkan...untuk kaum kerabat negeri tanah bertuah ini.


Sheikh Sambal

20 September 2010

Raya Tahun Ini Raya Hantu...

Raya tahun tak ubah seperti raya hantu. Tah apa yang merasuk RTM, Media Prima dan Astro, tiap=tiap berhantu. Jangan Pandang Belakang lah, JPB Congkak lah, Susuk lah, 40 Hari Pocong Bangkit lah dan macam-macam hantu lagi. Tiap-tiap malam hantu masuk rumah orang di Malaysia raya ni. Bukaklah mana channel.....ada je cerita hantu. Yang komedi seram ada, yang seram sejuk pun ada.
Maka anak-anak orang Islam pun terkesan dengan cerita setan ni. Dia pun ingat betullah setan yang kena belengu tu dah lepas dan kini merasuk dalam rumah-rumah satu Malaysia. Kita beraya siang hantu beraya dalam rumah kita malamnya pulak. Maka nak-anak kita (kita pun sama!) jadilah penakut tak tentu arah. Nak pergi kencing pun mesti berteman....jadi bila masanya nak belajar jaga aurat sesama anak-anak. Silap-silap anak-anak lelaki temankan anak-anak perempuan pegi kencing. Aku tengok kau punya, kau tengok aku punya! Adoi! Cerita hantu punya pasal , lain jadinya!
Tahyul Melayu tahap gaban!!

Sekarang sapa nak ambik tanggung jawab? TV3? Datuk Media Prima? Rais Yatim? PM Najib? Sapa nak jawab nanti. Semua tu kena termasuk sapa yang mengundi BN sekali! Sapa undi PAS dan PR terlepaslah (tapi kalau suka dan redho, terkena jugak).

Tahyul dalam masyarakat Melayu memang tebal. Tapi semakin nipis bila banyak kuliah, tazkirah dan majlis ilmu. Tapi tu dapt pada sapa yang kerja majlis ilmu. Yang jenis tak mau pergi surau dan anti surau, tak ke manalah. Jadi, bila kena sergah dek hantu TV terus terkejut ketakutan. Malangnya anak-anak Pak Lebai pun join sekaki. Bapak pergi surau tak ajak anak bini. Depa tertonyoklah depan TV tengok cerita hantu. Maka hantu pun masuk dalam jiwa. Patut takut pada Tuhan, anak bini Pak lebai takut pada hantu dan bayang-bayang....hu hu hu... Lama-lama anak bini orang PAS jadilah penyokong dan barua UMNO. Sebab dah takut Tuhan...hu hu hu... puncanya TV dan hantulah...

Pada semua sahabat dan rakan saudara Islamku....marilah kita jauhkan diridan anak bini kita dari tahyul dan khurafat hantu dalam apa saja bentuk....Marilah kembali ke Jalan Allah..

Sheikh Sambal.

14 September 2010

Daulat Tuanku Sultan Yang Baru

Sheikh mengucapkan tahniah kepada rakyat Kelantan kerana mendapat seorang Sultan yang baru, yang amat disenangi oleh rakyat jelata. Walaupun Sheikh Sambal bukan rakyat Kelantan tetapi tumpang gembira dengan lipatan baru sejarah Kesultanan Kelantan. Memang susurgalur ke arah perlantikan Tengku Faris menjadi Sultan Kelantan yang ke-29 penuh dengan liku kontroversi tetapi sememangnya berbaloi. Baginda adalah seorang yang dilihat berjiwa rakyat dan berkelakuan begitu juga.

Mana Sultan atau Tengku Mahkota atau Raja Muda yang berani baca khutbah? Juga imamkan solat hajat rakyat di stadium. Memakai jubah biasa dan bergaul bersama jelata di masjid dan pekan-pekan. Turun bertanya khabar kepada rakyat yang dirundung mungkin biasa dilakukan oleh mana sultan tetapi cerita rakyat mengatakan baginda turun menolong nelayan tua menarik pukat seorang diri tanpa diketahui oleh oleh orang tua tersebut adalah keajaiban.

Beruntunglah rakyat Kelantan mendapat Sultan yang benar2 berjiwa rakyat dan berguru dan dinasihati oleh seorang Tok Guru yang tawadhuk dan tinggi ilmunya. Semuga Negeri Kelantan bertambah makmur di bawah naungan Baginda Sultan yang baru.

Allahu akbar! Daulat Tuanku!

03 September 2010

Kenapa Masjid Negeri Sarawak Tak Pasang Pembesar Suara Luar?

Masjid Negeri Sarawak, Petrajaya, Kuching. Dibelakang tu ialah Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara.
Setiap kali aku pegi solat Jumaat di Masjid Negeri @ Petrajaya, Kuching, aku pasti kecewa.  Masjid ini sangat besar dan luas kawasannya tapi pembesar suara luar tidak dipasang. Kemudahan itu ada. Pandang ke atas dan anda akan dapati setiap penjuru masjid ada speaker besar. Tak tahulah apa yang ditakuti oleh pengurusan masjid sehingga tidak berani untuk memasang pembesar suara ini. Bukan masjid ini di tengah-tengah bandar atau pun di kelilingi oleh perumahan penduduk bukan Islam, kalau itu yang ditakutkan. Masjid India di tengah-tengah Bandaraya Kuching tu pun pasang speaker luarnya semasa solat Terawih. Ini Masjid Negeri Sarawaklah! kenapa ada kekangan? Kalau rosak speaker luar tu takkan dah 3 tahun aku solat di sana tak baiki-baiki lagi...? Heran sungguh...!

Jadi azan dan khutbah hanya dapat didengari dalam ruang dewan solat sahaja. Di kawasan wudhuk tak dengar, di kawasan belakang hujung masjid pun tak dengar. Padahal ramai para hadhirin Jumaat duduk di sana. Bila tak dengar khutbah jawabnya mereka berborak sakanlah. Orang tua macam tu, budak-budak apatah lagi...

Satu lagi yang aku tengok, walaupun dalam ruang dewan solat masih ada orang tua ganyut yang suka berborak sesama mereka semasa khatib sedang membaca khutbah. Aduh...kalau budak-budak aku tak heran tapi bila orang tua bergurau senda, mahu rasanya aku pelangkung kepalamereka....

Kepada pengurusan Masjid Negeri, tolonglah pasang pembesar suara di seluruh pelusuk masjid supaya semua orang yang datang dapat mendengar azan dan khutbah.....

Tok Uban Testing The Market

Recent announcement by Tok Uban to step down if the people do not want him was merely a test on his acceptance by the people. That was what the Editor of Sarawak Tribune, Paul Si, accused our beloved Tok Uban of doing. And he has now been suspended since. He..he..he... that is the price of poking Taib Mahmud on the wrong side.

However, looking into Sarawakian newspapers nowadays, you'll see various groups either political or social are voicing their tremendous support to Taib. So, it seems that what Paul Si said is so true after all. The market now is reacting to Taib's calculated announcement and everybody is trying their best to chuckle Taib's ego and announce their unnerving support for his leadership. One of the first group to announce their support to Taib was pemuda PBB of Sibu. Now nearly everyday they shall be groups from various quarters are asking Tok Uban to stay on to steer Sarawak flagship.

Taib is a veteran politician who knows how to control his lots. The fear of not being chosen to become a candidate in the coming state election is enough tool to garner support from his BN old ship. By playing with this tool and the recent market testing, Taib would know who is loyal to him and who is about to make trouble. From here on, he'll manuevere his driving into the political midts of the ruling Titanic.

So far, he seems to get the intended result he wants, that is the open supports from various sections in BN/PBB. How true that is, depended on the day when the election bells are rang and when the result start pouring in....

Until then let us watch how the old guard is playing out his strategies in staying on to his precious seat. All da best Tok Uban.

02 September 2010

Berbuka di Kpg Bedup, Sg Buluh, Serian

Sheikh Sambal berpeluang mengikut rombongan Ahli Kariah Masjid Al Muhajirin Matang Jaya, Kuching untuk berbuka puasa di sebuah kampung Saudara Kita Bidayuh Muslim di Serian. Kampung Bedup, Sg. Buluh, Serian terletak lebih kurang 10km dari Bandar Serian. Perjalanan dari Bandaraya Kuching memakan masa lebih kurang 1 jam.
Surau An Nur, Kampung Bedup, Sg Buluh, Serian.
Masyarakat Bidayuh ini mula menganut Agama Islam sekitar tahun 70an dan 80an dahulu. terutamanya semasa Tun Abdul Rahman Yaakob menjadi KM Sarawak. Tun Rahman memang bayak jasa dalam mengembangkan Islam di kalangan masyarakat pribumi Sarawak. Di bawah Pertubuhan Dakwah Islamiah Bukan Kerajaan (NGO)yang dinamakan sebagai Angkatan Nahddatul Islam Bersatu atau ringkasnya BINA pada 3 Mei 1968 M, Tun Rahman telah mengembling sumber yang ada untuk mengislamkan ramai suku kaum Dayak di Sarawak.Kini BINA telah bertukar menjadi HIKMAH (Harakah Islamiah).

SS bersama dengan penduduk kampung sedang menunggu waktu berbuka.
Salah satu kaum yang menyambut dakwah BINA ialah Kaum Bidayuh di Kg Bedup, Sg Buluh ini. Ada 3 kampung di sini. Hanya satu sahaja kampung Bidayuh Muslim. Ada lebih kurang 40 buah rumah dengan lebih kurang 150 orang penduduk. Masuk sahaja ke Kg Bedup, kita akan nampak sebuah surau berdiri megah. Surau AnNur. Di sinilah tempat masyarakat Islam bersosial. Ada sebuah KAFA juga dibina disebelah surau ini. Anak-anak kampung belajar fardhuain di sini. Seorang ustaz ditugazkan mengajar anak-anak kampung.
Muslimah Masjid Al Muhajirin sedang bermesra dengan kaum ibu Kg Bedup sambil menunggu waktu iftar.
Dibandingkan dengan Kg Hj Taha di Bakong, Miri dan Kg Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan, Sarikei - Kg Bedup jauh lebih baik. Jalan masuk ke kampung sudah ditar dan kemudahan api letrik dan air paip juga ada. Mungkin sebab Kg Bedup ini dekat dengan Kuching.
Anak-anak muda Kg Bedup - penerus dakwah Islamiah di kalangan penduduk Bidayuh.

Sheikh Sambal sembat berbual mesra dengan Imam no.2 Surau An Nur,  Hj Zakaria selepas solat teraweh. Beliau masuk Islam bersma seluruh keluarganya sekitar tahun 80an. Menantu beliau berkahwin dengan seorang ustaz dan anak beliau juga lulusan agama. Beliau tinggal di kampung sebelah di mana rumah beliau dikelilingi oleh rumah-rumah orang bukan Islam. Walaubagaimanapun, beliau tidak mempunyai masalah dengan keadaan itu kerana rata-rata penduduk di sini bersaudara.
Ustaz Md Ahir, sedang memeberi tazkirah kepada jemaah.
Dalam tazkirah sebelum solat terawih oleh Ustaz Md Ahir,Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Islam Sarawak, menekankan agar penduduk Islam menunjukkan akhlak yang baik kepada masyarakat bukan Islam agar ia menjadi dakwah dan sumber hidayah untuk lebih ramai penduduk tempatan memeluk Islam. Nampaknya itulah yang sedang dilakukan oleh Hj Zakaria dan ahli kariah Surau An Nur.

Hj Zakaria (berjanggut putih), Imam No 2 Surau An Nur
Semuga Kg Bedup menjadi kampung contoh Bidayuh Muslim di Sarawak ini dan Islam tersebar luas di kalangan Kaum Dayak. Sama-samalah kita doakan.


Sheikh Sambal.
22 Ramadhan 1431