09 September 2011

Siapa Pejuang Dan Siapa Barua?

Berita kaki Bernama; kini Persatuan Polis pencen pula mendesak kerakyatan Mat Sabu dilucutkan! Wah....senang sangat nak lucut kerakyatan orang. Bila tak sebulu dengan pendapat dia, lucut kerakyatan... Inilah mentaliti UMNO. Bukan nak bagi hujah tapi bagi hukum. Hukum kalau logik tak apa gak. Ini hukum katun.

Mat Sabu kata Mat Indera sebenarnya hero bukan pengganas. Bukan cakap kosong. Mat Sabu ada hujah yang kuat. Mata-Mata Melayu yang dilawan dek Mat Indera sebenarnya barua British. Tahun 1950 Malaya masih dijajah British. Ikut logik hujah Mat Sabu, sapa lawan British adalah pejuang yang mahu memerdekakan Tanah Melayu dari terus dijajah oleh Orang Inggeris. Orang tempatan yang tolong penjajah berkuasa adalah barua penjajah. Itulah perbezaannya. Macam kata Bush lahanat "either you with me or against me' Barua atau pejuang.
Mat Indera : Pejuang Kemerdekaan atau  Pengkhianat?

Mat Indera pejuang kata Mat Sabu. Begitu juga kata veteran Umno Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya " 25 Tahun Merdeka"  walaupun tak sebut nama Mat Indera secara terang-terangan. dalam mukasurat 357-358 beliau tulis;

“Kita melihat beberapa orang Melayu terlibat dalam gerakan Komunis selepas pengisytiharan Dharurat tahun 1948. Adakah mereka ini komunis atau didorong oleh semangat Nasionalisme yang meluap-luap? Perkara inilah menjadi teka-teki kepada kebanyakan pengkaji sejarah kita.“Kalau kita mahu menganggap mereka berfahaman komunis disebabkan terlibat secara langsung dalam pemberontakan bersenjata komunis, bagaimanakah kita mahu memberi penilaian kepada tokoh-tokoh seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan To’ Gajah Imam Rasu? Atau kepada perjuangan Dato’ Dol Said di Naning, Dato’ Maharajalela di Pasir Salak, To’ Janggut di Pasir Puteh dan Rosli Dhobi di Sarawak? Mereka juga melakukan pemberontakan bersenjata menentang Inggeris yang menjadi kerajaan di Tanah Melayu”

Tapi bila Mat sabu yang cakap macam apa yang Tan Sri Abdul Samad, terus Mat Sabu kena sembur oleh Umno. Macam tuduhan pun dibuat. Media pencacai Umno apa lagi. Mat Sabu digambarkan penyokong komunis.Kalau boleh nak dicap terus Mat Sabu ni komunis. Lalu kerakyatannya pun nak dilucutkan sebab dia sokong komunis!. 

Disebabkan survival Umno terancam maka mereka akan buat apa saja. Mat Sabu yang nak betulkan fakta sejarah yang dinoda oleh Inggeris dan kemudian oleh anak didik mereka (baca:Umno) dicap pengkhianat dan mahu dilucutkan kerakyatannya. Pendatang tanpa izin pula diberikan kerakyatan dan jadi pengundi sewenang-wenangnya untuk memastikan undi Umno bertambah dan menang dalam pilihan raya. Itu saja... Bukan apa sangat cerita Mat Indera atau Bukit Kepong. Benda yang dipertahankan Umno ialah survival mereka. itu saja... Itu saja...


07 September 2011

Adakah Rosli Dhoby Juga Pengkhianat?

Sebelum tanggal 31 Ogos 1957, Malaya masih lagi dijajah oleh British. Jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak.

Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan
kerajaan penjajah British? 

Adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya?

Kita minta mereka yang pernah bertugas dengan pemerintah British dahulu fikir baik-baik mengapa mereka sanggup bermati-matian mempertahan pemerintahan penjajah British sehingga sanggup menangkap dan membunuh perjuang kemerdekaan selain komunis.

Sekali lagi kita tegaskan bahawa apa yang Mohamad Sabu maksudkan bukan menyokong perjuangan komunis tetapi membela nasib perjuang kemerdekaan yang di anggap sebagai pengganas atau pemberontak.

Jadi bagaimana pula dengan nasib Rosli Dhoby, adakah beliau juga dianggap pengkhianat negara kerana membunuh gabenor British?Adakah mata-mata atau polis yang berjaya menangkap Rosli Dhoby boleh dianggap sebagai hero?

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang Sarawak yang menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir DuncanStewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember
1949.

Beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut atas permintaan ibu beliau yang diugut akan ditembak.

Fikir-fikirlah sendiri siapa yang kejam semasa zaman tersebut? Kita juga pernah mendengar kerajaan BN pernah mengampunkan pengganas komunis yang menyerah diri dan memberi beberapa keistimewaan sekiranya mereka meninggalkan perjuangan. 

Kemungkinan tidak mustahil ada di kalangan mereka dalam pemerintah sekarang walaupun mereka tidak mengangkat senjata tetapi ideologi mereka masih ada terpahat dalam hati.

Kita minta para pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para perjuang kemerdekaan dianggap pengkhianat dan mereka yang bekerja dengan pemerintah penjajah pula dianggap sebagai hero.

PAS juga minta para pengkaji sejarah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik perkauman dan sebagainya.

PAS sama sekali tidak pernah merestui perjuangan komunis dan minta agar pemimpin BN jangan memutar belitkan kenyataan Mat Sabu kononnya PAS menyokong komunis.

Penulis merupakan timbalan pesuruhjaya III PAS Sarawak dan yang dipertua PAS Miri.