30 September 2008

SELOKA HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Sebulan berpuasa sabar menanti,
16 September dah berlalu pergi,
Pak Lah masih Perdana Menteri.

Sebulan berpuasa sekejap saja,
Lapar dahaga banyak pahala,
Najib dan Pak Lah mengira masa,
2010 tukar ke Mac 2009 pula.

Lailatul Qadar malam yang hebat,
Seribu bulan anugerah Ilahi,
Berbondong PAS memberi qudrat,
Nak angkat Anwar Memanda Menteri.

Akhir puasa hari selasa,
Hari rabu kita beraya,
Penat menanti dah tak kuasa,
Entah bila lah Anwar PM Malaysia.

Bulan mulia jangan menipu,
Pesanan ustaz pada semua,
Kesan 916 sangat merapu,
Terpaksa MT membincang agenda.

Sabarlah anak belajar puasa,
Hadiah menanti puasa penuh,
Anwar menggertak PM terasa,
Turun 10 sen tetap mengeluh.

Hari raya mengumpul duit,
Bajet tiada tabung dicungkil,
Bila agaknya berakhirnya perit,
BN diganti Pakatan yang adil.

(Iklan penaja: Sabarlah sayang...sekejaaap je lagi.....)

almurady
30 Ramadhan 1429

26 September 2008

Hari al-Quds, dan Annapolis Summit



Hari al-Quds, dan Annapolis Summit
oleh Faisal Tehrani
http://tehranifaisal.blogspot.com/

Hari ini ialah hari al-Quds. Pernah anda mendengar hari al-Quds? Apa itu hari al-Quds?

Setiap hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan telah diisytiharkan oleh al-marhum Imam Khomeini Sebagai 'Hari AL Quds' iaitu hari pembebasan Palestina dan Masjidil Aqsa. Imam Khomeini, pendiri Republik Islam Iran, dalam sebuah pesan beliau yang amat penting pada tahun 1980, menyebut Hari Quds Internasional, sebagai “hari pembaharuan kehidupan Islam”.

Apakah yang harus kita lakukan?

Kita sewajarnya lebih peka terhadap konspirasi musuh. Dengan menghadiri peringatan hari Al Quds Sedunia, kaum muslimin akan mengumumkan penentangan terhadap kaum imperialis dan zionis dunia, lantas berdiri bersama saudara kita di Palestina. Gunakan segala kemampuan yang ada pada diri untuk menyebarluaskan kesedaran terhadap al-Quds dan gerakan anti penindasan zionisme.

Kita menyanjung tinggi usaha Dr Halimah Ali exco PAS dalam kerajaan Selangor mendorong Kerajaan Negeri Selangor untuk bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) serta Muslim Care Society Malaysia (Muslimcare) dalam menganjurkan program sihat untuk membebaskan Al Quds dan Masjidil Aqsa sempena Naqbah 60 tahun kewujudan negara haram Israel. Kerja untuk menumbuhkan ingatan masyarakat terhadap hari al-Quds ini amat kita sanjungi (lihat
sini).

Kita juga turut sama berasa syahdu dan terharu apabila Presiden PAS sebak dalam muktamar lalu ketika membacakan ucapannya yang menyentuh isu Palestin. Menurut Haji Tuan Guru Abdul Hadi Awang: 'PAS ingin menegaskan sekali lagi bahawa dunia Barat mesti memperakui bahawa rakyat Palestinlah yang menjadi mangsa keganasan Zionis-Israel hasil penaklukan haram serta rampasan ke atas bumi mereka. Sikap Zionis-Israel dan Barat yang terus menerus mengamalkan dasar ‘double standard’ terhadap isu Palestin adalah amat di kesali. Namun kita yakin insyaAllah, di hari yang terdekat ini seluruh bumi Palestin akan di bebaskan dan kita umat Islam akan dapat kembali beribadat di Masjid Al-Aqsa yang menjadi Qiblat pertama umat Islam.'

Tetapi, sekejap pernahkah anda mendengar Annapolis Summit? Mungkin Presiden PAS tidak pernah mendengar mengenainya.

Pada 27 November 2007 di Annapolis, Maryland, George Bush menghimpunkan boneka-bonekanya untuk menekan Palestin. Memang dalam pementasan di Annapolis itu ia akan kelihatan seperti Palestin diwakili. Baca 'Who Will Be The Best Actor At Annapolis?' (Klik
sini)

HAMAS yang mentadbir Palestin hari ini setelah menang dalam pilihanraya yang sah membantah Annapolis Summit dan bukan setakat membantah, HAMAS malah tidak diundang.

Untuk anak-anak muda yang hanya berbaju PAS tetapi berbadan parti lain; HAMAS adalah gerakan Islam, dan sebagai gerakan Islam ia mempunyai hubungan genetik dengan PAS. HAMAS menyatakan Annapolis Summit sebagai "a great shock for Palestinians because it opened the door for direct normalization with the occupation (Israel) amid (its) continued escalation and aggression." (Klik
Sini)

Bukan sahaja HAMAS, sepuluh kumpulan pejuang Palestin yang berpangkalan di Damsyik menolak Annapolis Summit dan sebagai reaksi menganjurkan sebuah konferens lain pada 7-9 November 2008 dengan hasrat menghantar satu mesej jelas bahawa komuniti antarabangsa harus memboikot Annapolis Summit, (Lihat AlKhadr, Mohammed, "Palestinian factions prepare for their conference to coincide with fall meeting," Aljazeera.net, Oct. 21, 2007, http://www.aljazeera.net/NR/exeres/A22E982D-C779-498B-8C12-4E9BB7A450BD.htm)

Dalam erti kata lain, rakyat Palestin tidak diwakili sebenarnya di Annapolis Summit.

Mahmoud Abbas pemimpin boneka di Palestin bagaimanapun berusaha membawa seberapa banyak pihak ke Annapolis Summit termasuk Malaysia. (Lihat laporan ini "President meets Malaysian prime minister: we coordinate to reach best results in peace conference," Alayam, Oct. 21, 2007, http://www.al-ayyam.com/znews/site/template/Doc_View.aspx?did=68412&Date=10/21/2007) atau klik
sini.

Kerajaan Malaysia ada diundang (klik
sini).

Dan benar, kerajaan Malaysia ikut hadir (klik
sini). Aturcara Annapolis Summit dapat dibaca di sini. Tidak dapat dipastikan apakah pendirian sebenar Malaysia di Annapolis Summit. Yang pasti peranan Malaysia di Annapolis Summit adalah kecil.

Meskipun pendirian Malaysia tidak diketahui. Tetapi, pendirian sebenar sekumpulan manusia lain dapat dikesani menerusi laman maya.

Dalam usaha untuk menjayakan Annapolis Summit yang tidak mewakili rakyat sebenar Palestin, sekumpulan manusia telah beria-ia mengutus surat kepada George Bush. Inisiatif manusia di The New America Foundation, International Crisis Group(ICG) dan US/Middle East Project telah menyiapkan draf dan surat awal kepada Presiden Bush berkaitan Annapolis Summit ini, beberapa minggu sebelum Oktober 2007. Mereka menuntut supaya formula Annapolis Summit mematuhi Resolusi PBB 242 dan 338, parameter Clinton tahun 2000, Arab Peace Initiative tahun 2002, dan Road Map 2003. Tuntutan itu antara lain supaya Palestin dibelah dua seperti kuih apam beras warna hijau. Baitul Maqdis juga dicadangkan supaya dikerat. Sebelah beri kepada Zionis, sebelah lain beri kepada Mahmoud Abbas (nah, inilah alasan HAMAS yang merupakan kawan PAS dan Hezbullah menolak Annapolis Summit).

Surat sekumpulan manusia itu dapat ditemui di
sini, dan kelihatannya ada 'orang' telah menandatangani surat ini atas kapasiti peribadi. Mungkinkah dia tidak tahu apa yang ditandatanganinya. Mungkinkah Presiden PAS yang sebak di muktamar ketika membicarakan hal Palestin itu tahu?

Entah tak tahu. Sumpah dalam masjid al-Aqsa tak tahu.

Tetapi katakanlah mereka, tahu, tidakkah ini sesuatu yang tidak ikhlas terhadap HAMAS, sahabat dan saudara kita semua?

Sebagai aktivis gerakan Islam yang meraikan hari al-Quds esok tentulah kita menolak Annapolis Summit dan agenda Amerika di sebaliknya. Tambah-tambah rakyat Palestin sebenar tidak diwakili.

Tetapi apakah semua orang yang meraikan hari al-Quds esok benar-benar memahami apa yang diraikan?

Lagi tentang al-Quds, rujuk
sini.

Baca penuh tentang kekejaman Zionis
di sini.

(Nota: Artikel ini di ambil dari Faisal Tehrani)


25 September 2008

Tabligh Tangkap Hati Orang

Betullah kata TGNA hati manusia takkan dapat dilentur dengan kekerasan. ISA mungkin boleh memenjarakan orang dalam jeriji besi tapi hati orang itu takkan dapat dipenjara. Jiwanya akan sentiasa berolah dan bebas memikir apa saja.
Hati perlu dibentuk dengan kelembutan. Orang-orang tua memang faham hal ini. Sebab itu kita ada pepatah yang berbunyi "air yang menitis batu lama-lam akan lekuk". Hati manusia boleh diibaratkan seperti batu. Ia amat keras dan sangat susah diubah. Umpama air yang menitis, pendekatan yang lembut dan berterusan akan dapat mengubah hati ke arah mana saja yang hendak ditujukan. Sudah tentu faktor lain seperti suasana sekeliling, pendidikan dan sosio-ekonomi memainkan peranan, tetapi pendekatan dengan tuturkata lembut dan nasihat berterusan lebih berupaya mengubah seseorang 180 darjah.
Jemaah Tabligh amat faham tentang hal ini. Kita lihat ribuan contoh dalam Jemaah Tabligh yang mengiyakan pandangan ini. Ramai kutu atau gengster tegar berubah menjadi pendakwah yang cukup komited. Saya sendiri pernah berjumpa dengan bekas banduan dengan hukuman rotan, penagih dadah dan pemuda liar telah menjadi pendakwah Tabligh yang 'joz' (bersemangat tinggi). Tabligh berjaya mengubah hati mereka kerana kerja yang berterusan untuk menangkap hati. Seorang purana sati (orang lama) pernah memberi tahu saya, "Tangkap Hati Dan Badan Akan Mengikut"
Falsafah tangkap hati inilah yang perlu dalam perjuangan PAS atau gerakan Islam yang lain. Para sahabat yang merantau menyebarkan dakwah keseluruh alam tidak tahu berbahasa orang tempatan tetapi dengan falsafah "tangkap hati" ini Islam tersebar ke seluruh alam. Saad Bin Abi Waqas r.a telah pergi ke China tanpa mengetahui bahasa China tetapi kini ada beratus juta China Muslim. Jauh lebih ramai dari umat Melayu Malaysia. Kalau hati dah terpikat, cakap apa saja pasti melekat.
Tugas kita sekarang adalah tangkap hati bukan tangkap orang (sumbat dalam ISA).

24 September 2008

K.U Marahkan Anwar

Semalam K.U talipon marah-marah. "Apo yo lai yang ditunggu dek Nuar ni? Den nak balik kampung hujung minggu ni, kono isi minyak. Baju raya budak-budak bolum settel lai. Kuih rayo nak kono boli. Nak buek sendiri topong gula sumo mahal...boli lagi mahal!!" Terkedu aku mendengar celoteh K.U. Tak sempat aku nak balas, dia membebel lagi. "Hari tu kato 16 Sept, hari Malaysia konon...hah! sampai maso, sekor BN pun tak ado istihar masuk Pakatan. Anwar ni boto ko, waghih?. Aden harap bona dia jadi PM. Sok minyak turun kato eh..minyak turun yang lain-lain nanti ikut turun...gaji den jgn lak turun...he he he.." "Ni pelabur dah ramai keluar bawak duit RM120B. Habih ekonomi kito. Anwar kato Pak Lah dogil, tak nak bagi dio take over. Apo ingat Pak Lah tu anak ayam ko? Tontulah dio sayang kerusi eh tu. Lombong omeh tu..mano buleh lopeh.." kata K.U dalam ceramah panasnya.
Aku cuma boleh menyabarkan dia sekali-sekala. Aku faham. Anak K.U ramai, tinggal pulak di bandarraya Shah Alam. Semua perkara perlukan duit. Dengan gaji RM3,000 sebulan dikira K.U masih boleh bernafas. Bagaimana orang yang gaji RM1,500 dengan anak 4 orang tinggal di tengah-tengah KL. Hidup amat menyesakkan. Tidak hairanlah makin banyak kes bunuh diri di kalangan rakyat berpendapatan rendah.
"Kau tau wagih?" K.U menyampuk lamunanku. "Semalam den dongar dalam radio IKIM ado sorang ibu hilangkan diri di Kuching. 7 orang anak ditinggalkan eh. Bebudak tu sumo kocik-kocik lai. Akak yang tuo baru 16 tahun dan yang kocik sekali umur setahun setongah. Kesian den dongar berito tu. Apolah bebudak tu tau. Camano nak cari makan. Maso pemberito tu datang melawat, bebudak tu dah berapo hari tak makan." Suara K.U ada nada sebak tatkala menceritakan kesah yang didengarnya dari radio.
"Aden tak salahkan omak eh..mungkin dio poi cari kojo tompek lain..Aden marah dengan Anwar!" "Pulak!" itu saja yang aku dapat respon pada K.U "Kau tau sobab apo den salahkan Anwar? Sobab dio berlambek-lambek nak menyelamatkan Malaysia ni!. Kito toksah harapkan Pak Lah..dio tak kan buek apo-apo!. Abih cerito koridor yo.! Nasib negaro ni dalam tangan si Nuar tulah.." "Lagi lambek dio take over lagi menderito kito sumo!!" lalu K.U terus letak talifon selepas berbasa-basi denganku minta maaf sebab menjadikan aku tempat dia melepaskan marahnya.
Aku terpinga-pinga selepas bercakap dengan K.U. Memang Anwar janji 16 September. Tapi kita kena ingat perkara ini bukan mudah. Tukar kerajaan bukan semudah menukar baju. Kita faham hal itu tetapi harapan rakyat terlalu tinggi. Dengan keadaan harga barangan yang tinggi dan kos sarahidup yang semakin menyempit, kesabaran semakin menirus. Kita tidak mahu rakyat turun kejalanan merusuh disebabkan harga barang makanan seperti yang terjadi di Haiti. Amat malang kalau itu berlaku.
Setelah meletakkan harapan yang tinggi menggunung DS Anwar harus segera memujuk rakyat jelata. Jangan lagi beretorik tentang demokrasi dan kroni busuk. Jika Pak Lah tidak mahu memamggil sidang khas Dewan Rakyat, kenapa tidak DS Anwar membuat makluman khas bahawa dalam sidang yang akan datang PR akan mengusulkan undi tidak percaya pada PM dan kabinetnya. Lagipun 23 September dengan 13 Oktober bukannya jauh sangat.
Kita juga mengharapkan agar DYMM Agong melakukan sesuatu seperti yang disuarakan oleh pakar perlembagaan Prof. Abd Aziz Bari. Sehingga itu berlaku, kita harap rakyat bersabar, lebih-lebih lagi waris aku K.U. Kalau kita boleh tunggu 51 tahun, apa sangatlah 4, 5 bulan, waima 4 tahun lagi dalam PRU13.

22 September 2008

Lailatul Qadar

Beberapa Info Berguna Berkenaan Malam Al-Qadar
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerna beliau telah melihat tandanya dan zaman lain umumnya), sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )
Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

19 September 2008

Dengar Sini...

Dato Presiden TGHA lagi sekali menegaskan bahawa PAS akan menyertai perubahan kerajaan dengan syarat Islam yang memandu. Kerajaan baru itu mestilah diterajui oleh orang Islam. Itu syarat PAS. Justeru... Dengar sini DSAI! Islam mesti didaulatkan. Kami bersama-sama TGHA akan menyokong kamu selagi syarat ini dipenuhi. Dengar sini DSAI....Jika kamu tidak penuhi syarat ini kami takkan teragak-agak meninggalkan perubahan yang hendak kamu bawa.
Dengar itu...dan kita akan berjaya.....

18 September 2008

Salam Balik... Salam Balik...

"Salam Balik... Salam Balik..." Begitulah kalau budak-budak berkelahi...kita yang tua akan suruh budak-budak tu salam balik.. maksudnya berbaik-baik semula, berkawan macam biasa dan kembali bermain. Alam budak-budak sebenarnya adalah bayangan kepada alam dewasa. Bergaduh dan bersalah faham adalah perkara biasa. Walau dalam organisasi apa pun, salah faham dan pertelingkahan akan terjadi. Ini adalah lanjutan dari sifat manusia yang beraqal, bernafsu dan pelupa.
Sebagaimana gaduh zaman anak-anak begitulah episod 'pertentangan' TGNA dan Hj Mustafa Ali. Kita para penyokong dan pendokong PAS jadi kaget akan peristiwa ini. Bagaimana TGNA yang jarang sekali berceramah membidas pimpinan lain dalam PAS tiba-tiba melempiaskan kemarahan langsung kepada Hj Mustafa Ali berkenaan isu 916. Jelas sekali nampak ada pecahan dalam pimpinan. Maka geng antihusam dan erdogan seakan-akan diiyakan.
Alhamdulillah, hari ini kita mendapat berita gembira bahawa TGNA dan Hj Mustafa Ali dah bertemu empat mata untuk meleraikan kekusutan. Kita harap pertemuan tersebut telah merapatkan semula silturahim antara saf pimpinan.
Walaubagaimanapun perkara pokok yang dibangkitkan oleh TGNA harus diselesaikan. Iaitu keputusan Muktamar mesti didaulatkan oleh semua. Dalam pada itu kita mahu juga agar perkara begini tidak dilempiaskan pada khalayak. Khilaf pimpinan patut dibawa dalam syura bukan dalam ceramah umum!.
Justeru...dah salam balik.... sila teruskan wadah mendaulatkan Islam!! Kami para pendokong dan penyokong akan sentiasa menolong....



PAS Tahu Senarai Itu

PAS tahu senarai MP lompat
Jimadie Shah Othman Sep 18, 08 11:31am - Malasiakini BM
Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu. Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang (foto).Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

16 September 2008

Selamat Hari Malaysia (Baru?)

Selamat Harijadi Malaysia!! Hari ini Malaysia terbentuk dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura (2 tahun kemudian Singapura memilih untuk mencarta hidupnya sendiri). 16 September 1963 hari Malaysia lahir. Hari ini sepatutnya kita raikan dengan penuh semangat persekutuan. Hari ini Malaysia sudah berumur 45 tahun. Sudah cukup matang dan amat dewasa untuk membuat keputusan sendiri.
Berbagai pengalaman pahit manis telah kita hadapi. Perubahan keadaan sosio ekonomi yang hebat telah berlaku dari sebuah negara pertanian menjadi negara industri dan kini sesak dengan teknologi maklumat. Alam maya telah menjadi sumber kekuatan dan boleh menggoncang kuasa.

Adakah kita bertambah baik dengan banyak perubahan yang berlaku. Perubahan ketara dalam masyarakat, ekonomi, alam sekitar dan pemikiran. Kita perlu muhasabah diri kita. 45 tahun kita Malaysia, adakah kita benar-benar lebih baik dari dari dulu. Dulu kita lebih miskin tetapi Masyarakat kita sangat utuh dengan sifat-sifat terpuji. Sekarang kita lebih berada tetapi bagaiman sifat-sifat kita? Adakah pembangunan yang kita hadapi benar-benar berbaloi dengan 45 tahun sejarah kita Malaysia?.
Banyak perkara yang kita sepatutnya lebih baik dari apa yang kita ada sekarang. Kita mempunyai hasil sumber asli dan industri yang lumayan dan kalau kekayaan ini dibahagikan dengan adil kita sebetulnya tidak patut mendengar rintihan anak yang tidak dapat ke sekolah kerana ibu bapanya tidak mampu membayar dan membeli itu-ini. Rancangan Bersamamu TV3 juga tidak perlu ada jika kemewahan negara diagihkan secara adil.
Telah 45 tahun kita jadi Malaysia, selama itu jugalah kita melihat negara kita diteraju oleh kumpulan elit yang sama. Setiap kali pilihanraya berbagai janji ditabur dan memberi harap kepada rakyat. Tabur banyak-banyak tunai sikit-sikit. Sehinggakan rakyat meluat dan kita lihat 8 Mac lalu bila rakyat memberikan kata putus. Maka adalah kita lihat usaha-usaha untuk berubah tetapi angin perubahan itu agak lambat dan tersekat. Rakyat mahukan angin segar bukan angin yang dikitar semula seperti angin aircond.
Untuk mendapatkan angin segar kita perlu buka pintu dan tingkap. Biar angin dari luar yang segar dan banyak oksigen masuk ke dalam untuk mengisi paru-paru kita yang sesak dengan berbagai keperitan. Bila banyak oksigen segar kita akan dapat berfikir dengan lebih baik. Itulah yang Malaysia perlukan. Angin baru.
Olehitu, hari ini kerajaan yang ada harus membuka pintu dan tingkap dan membenarkan angin segar Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan. Hanya dengan angin baru PR sahaja Malaysia akan lebih cemerlang dari semua segi. Bukan dengan angin hapak BN yang menyesakkan. Selamat Hari Malaysia. Selamat Hari Malaysia Baru.



13 September 2008

Teresa dan Tan Pulak Kena...UPDATE

Adakah ini Operasi Lalang yang baru? Teresa Kok dan pemberita Sinchew Tan Hoon Cheng pun dah kena tahan di bawah ISA. Teresa kena tahan mungkin ekoran dari kehangatan berita tentang petisyen laungan azan di pagi subuh dan pengahapusan tulisan Jawi di Seputih. Itu satu justifikasi walaupun kita tak dapat menerima undang-undang draconian ISA itu.
Tetapi pemberita yang menjalankan tugas membuat liputan berita juaga ditahan ISA adalah amat malang. Kalau berita yang dilapurkan itu memang fitnah dan mala-fide serta menghasut, bolehlah pemberita itu dikenakan tindakan. Tetapi dalam situasi ini dia melaporkan perkara yang memang berlaku dan orang yang dilaporkan itu telah pun didapati bersalah oleh partinya. Orang yang mengocakan api sentimen kaum tidak ditahan tapi orang yang melaporkannya pula yang kena. Amat malang kepada media kita, kebebasan akhbar telah diISAkan dengan penahanan Tan. Ini boleh dikira sebagai satu amaran kepada pemberita-pemberita di luar sana supaya jangan melaporkan sesuatu yang boleh menggugat harmoni penguasa walaupun ia benar.
Adakah penahanan RPK, Teresa dan Tan bersangkut paut dengan 916?. Entahlah semakin dekat dengan 916 semakin rancak politik tanahair berkompang.
...................UPDATE......................15sept08
1) Penahanan RPK dan Teresa dilanjutkan 60hari tapi Tan Hoon Cheng telah dibebaskan semalam
2) Masih belum ada MP yang isytihar keluar dari BN
3) PR akan membuat Rapat Umum anti-ISA serta Hari Malaysia malam ini di Stadium Kelanajaya

12 September 2008

RPK Kena ISA Tapi Ahmad 3 Tahun Gantung Dari UMNO

Berita RPK kena tahan ISA tidak memeranjatkan. Malah Selepas JAWI dan geng membuat aduan polis mendakwa RPK menghina Islam, ia seakan amaran awal bahawa beliau akan kena tangkap. Tapi yang ironisnya blog Malaysia Today telah dilepaskan dari gam gajah MCMC. Blog lepas tapi editor blog pulak yang masuk dalam. Jadi MT tak menyengat lagilah bila RPK tiada.
Yang jelas ini adalah seperti suatu penangkapan double standard. Begitulah yang disarankan oleh Sdr Kamarudin Jaafar dlam laporan Harakahdaily hari ini. Jika benar RPK menggugat keselamatan negara kerana menghina Islam, kenapa Ahmad Ismail tidak ditahan juga. Beliau telah dengan terang-terang mengeluarkan kenyataan yang sangat berbau perkauman. Keadaan hormoni kaum jelas tergugat dengan berbagai pihak memberikan kenyataan balas yang pedas dan sampai ada mengoyak gambar pemimpin parti dan juga ugutan bunuh pada wartawan. Bukankah itu juga menggugat keselamatan negara? Kenapa RPK sahaja yang ditahan?
MT adalah blog yang sangat berpengaruh sehingga dapat mengubah persepsi masyarakat bukan Melayu untuk menyokong Barisan Rakyat dalam PRU12 yang lalu. RPK merupakan duri yang sangat bisa menyucuk-nyucuk kesabaran para penguasa. Beliau dengan berani mendakwa penglibatan pucuk tertinggi BN dalam skandal-skandal besar. Sehinggakan membuat akuan bersumpah.
MT banyak menyiarkan kebobrokan pemimpin negara termasuk polis dan kehakiman. BN jadi tak tentu disebabakan oleh RPK. Jadi dengan adanya laporan polis mendakwa RPK menghina Islam, kerajaan mempunyai asas untuk menahan beliau dibawah ISA. ISA akan menutup mulut RPK sehingga bila pun kta tak tahu kerana sekarang pun ada tahanan ISA yang dah lebih 6 tahun merengkok di Kemunting. Paling tidak pun RPK tak akan bising lagi sehingga PRU 13.
Mungkihkah ada blogger-blogger lain timbul seberani RPK? Kalau adapun mereka dah mula kena kacau polis. Aduh... nampaknya Blogshpere tidak bebas lagi.

11 September 2008

Kesilapan Kerap Muslim Semasa Ramadhan

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh Utz Zaharuddin Abd Rahman
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT. Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18) Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa.. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain. Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih) Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :- Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian, SEBAR-SEBARKAN LAH.

10 September 2008

Running Numbers

Well it seems that the hot date 16 September or 916 has moved. Malaysia wont see a new government on 916 anymore. It could be longer according to DSAI. If it does not happen on 916 it could be on 920. DSAI cited the reasons being most of the MPs has been shipped out to Taiwan to 'learn farming'. They will only be back on 917.
We know that PR has 82 from 222 seats in Parliament. However 1 from that 82 is an independent who we do not know for sure whose side he is even though he was elected under the PAS banner. Lets just assume that he is with PR so PR has 82 and we need another 30 to get a simple majority to rule Malaysia on 916. But 49 of the 140 BN MPs has gone out to Taiwan until 917. So we should still have 91 BN MPs here in this country. But the 49 are mostly from BNBBC who sit in the back benches. Why DSAI concentrate on the BBC is a good question? Now that the 49 BBC has gone away, why doesn't DSAI tackle the 91 MPs who are staying put in Malaysia (may be 1 or 2 are overseas attending functions or on holiday). Anyway, say 90 MPs are here which represent enough number for DSAI to grab them and form a new government.
That is easy said then done. Perhaps DSN (Dato Seri Najib) already knew who would jump over to the other side. So he picked up everyone of them and send them to Taiwan to escape the exodus to PR. But come to think about it, is it not a stupid move. If some MPs want to defect they can do it wherever they are. But perhaps also, while in Taiwan they would not be allowed to contact anybody, making it impossible announce defection. Defection not in style (with media coverage and all) would not do, would it. So the MPs defection while in Taiwan is therefore ruled out.
Then 916 would not happen. This date is a tarikh keramat. 916 is the day Sabah and Sarawak joined Malaya to form Malaysia. Then DSAI cannot from a new government on Malaysia day. So by failing DSAI to form a new government on Malaysia day is an achievement to DSN. At least he can still be the TPM on 916. But now DSAI has mentioned that 916 could be delayed to 920 or any day for that matter. So the rakyat still can have a new Malaysia after 916.
One thing for sure is the humorous rumours that laid out the plan for DSAI to "topple" AAB starting from 905 to 916 is just rumours after all. According to the rumours today 910 AAB is supposed to announce his resignation. Ha.. ha.. ha.. it is very funny indeed.
No matter when the actual date is that DSAI takes over, does not really matter actually. The important thing is that the Rakyat is anxious to have new faces as their ministers. It would be nice to see the likes of DSTGH (Dato Seri TG Hadi) and LKS sit in the Malaysian cabinet. It would be really nice to see Hj Mat Sabu as our Internal Minister looking after the police and all (but he has to be appointed a Senator first).
916 may be off but we have other numbers to go by. DSN may be triumphant when sending the 49 BBC to Taiwan on 908 until 917 but the rakyat can wait for 920, 921, 922, 923, or whatever date it could be. The sight of DSN cowing the 49 BBC away is already a triumph to us..he he he

Apa PASKAL Buat Di Teluk Aden?

Unit Komando TLDM, PASKAL (Pasukan Khas Laut), dengan 3 buah kapal KD Pahang, KD Lekiu dan kapal sokongan KD Sri Inderapura dah sampai di Teluk Aden. TPM Najib walaubagaimanapun menafikan ada tindakan ketenteraan untuk membebaskan dua kapal MISC Bunga Melati 2 dan Bunga Melati 5 yang di rampas lanun. Tugas mereka hanyalah untuk memerhati dan menerima tebusan bila mereka di bebaskan dan mengiringi kapal-kapal tersebut balik bila episod rampasan itu berakhir. Selain 2 kapal MISC Malaysia, 13 kapal lain dari Russia, France, Spain, Holland, Germany, Japan, Nigeria, Thailand dan Iran di serang lanunn sejak dari Februari hingga September. Hairan jugak ya, kalau setakat hendak memberikan rawatan kecemasan dan mengiring balik, askar laut biasa pun boleh pergi. Selalunya, kalau komando yang pergi bukan untuk buat kerja biasa. Tentu ada misi luarbiasa dalam perancangan. Bagaimanapun kita doakan misi mereka berjaya dan semua anak-anak kapal dan muatan selamat.

Kawasan perairan Teluk Aden memang terkenal dengan lanun. Ini diburukkan dengan suasana perang di Somalia. Melanun dan mengambil tebusan adalah cara yang mudah untuk puak-puak yang berperang itu mendapatkan wang untuk menampung kos perang mereka. Kapal-kapal komersial yang merentasi Teluk Aden untuk keluar masuk ke Terusan Suez memang jadi lauk bagi lanun-lanun ini. Hanya keamanan di Somalia sahaja jawaban kepada masalah ini. Selagi puak-puak ini berperang selagi itulah kita satu dunia akan terkesan dengan hal mereka. Lihat sahajalah episod rampasan ini. Kita tidak senang duduk dibuatnya.

Somalia pernah aman sekejap apabila puak Mujahidin yang digelar Islamic Courts bangkit dan menghalau para warlords yang bersengketa dari Mogadishu. Mereka telah menjalankan undang-undang Islam di Somalia dan negeri telah mula aman. Walaubagaimanapun, seperti di Afghanistan, Amerika tidak senang hati bila melihat Islam memerintah. Amerika melalui bonekanya Eritria, telah menghantar tentera dengan dilengkapi senjata moden untuk menghalau tentera Mujahidin Islamic Courts dari Somalia. Mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Islamic Courts tetapi tidak berjaya menghalau mereka keluar sepenuhnya. Jadi, seperti Afghanistan, Somalia kembali bersengketa.

PBB kelihatan tidak sanggup lagi mendepani masalah di Somalia. Tentera Eritria yang kononnya datang untuk memberikan keamanan kepada Somalia masih berkampung di sana tetapi keamanan yang dijanjikan jauh panggang dari api. Mereka nyata tidak dapat membendung geng-geng perang yang bermaharajalela di sana. Apa yang perlu dibuat adalah PBB harus menggantikan tentera Eritria dan bertindak sebagai tentera pengaman seperti yang dibuat NATO di Kosovo dulu. Setelah geng-geng perang ini dihalau, Islamic Courts mesti dikembalikan untuk memerintah Somalia. Bukankah telah terbukti mereka dapat memberikan keamanan kepada Somalia dengan pemerintahan dan undang-undang Islam. Amerika mesti membetulkan kembali kesalahan mereka. Mereka mesti membenarkan Islam memerintah di Somalia. Hanya itu sahaja yang akan dapat menyelesaikan masalah lanun di Teluk Aden!!

Tetapi mahukah Amerika berbuat begitu...? Tentu tidak, selagi Amerika masih lagi berselekeh dengan Islamophobia!!

09 September 2008

DSKT Tidak Mengecewakan Sebagai Pembangkang

Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor-Utusan Online

SHAH ALAM 8 Sept. - Kerajaan campuran negeri Selangor diingatkan agar bersikap tegas dengan tidak melayan mana-mana pihak mendesak yang mahukan azan solat di surau dan masjid di negeri itu tidak lagi menggunakan pembesar suara.
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (gambar) membuat desakan ekoran ada usaha pihak yang dipercayai didalangi salah sebuah parti yang membentuk kerajaan negeri itu, membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara.
''Bagi UMNO, kita mahukan kerajaan negeri bertegas, jangan mudah mengalah kerana apa yang kelihatan ketika ini PKR (Parti Keadilan Rakyat) seolah-olah mengalah membiarkan sahaja perkara itu berlaku, manakala Pas pula tidak memainkan peranan.
''Ini sesuatu yang menghina Islam sedangkan Islam adalah agama rasmi, mempunyai peruntukan menggunakan Kumpulan Wang Disatukan untuk pembangunan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas beberapa laporan mendakwa azan di Masjid Seksyen 5, Kota Damansara yang baru siap dan digunakan menjelang Ramadan lalu, tidak menggunakan pembesar suara dipercayai mempunyai kaitan dengan bantahan penduduk kawasan berkenaan.
Selain itu, katanya, usaha menyediakan petisyen membantah azan seperti itu juga pernah dilakukan sekumpulan penduduk di Puchong sejak Mei lalu.


Saya tidak mahu komen pasal usaha melarang azan, tapi tentang DS Khir Toyo sebagai ketua pembangkang. Nampaknya beliau semakin menyengat. Inilah dinamakan check and balance. Itulah kelebihan kita ada pembangkang yang aktif dalam sesebuah negeri/negara. Tapi yang hairannya masa DSKT memerintah dulu hebat sungguh dia melaungkan kempen 'Pembangkang Sifar'. Kempen itu agak berjaya bila PAS kehilangan semua kerusi dalam PRU 11 2004. Hanya DAP yang tinggal.

Kini bila DSKT jadi pembangkang, kita kata pada dia dan BN jadilah pembangkang yang sihat dan kuat. Biar mereka gegar sidang DUN Selangor. Biar mereka teliti segala tindakan Dato MB dan Exco PRnya. Kerajaan perlukan satu pihak yang sentiasa memerikasa apakah tindakan atau polisi yang dipakai memberikan keuntungan kepada rakyat. Bukan untung hanya kepada golongan sendiri dan kroni, macam zaman DSKT dulu.

Apa pun DSKT teruskan usaha check and balance anda bersama suku sakat anda. Pantaulah Kerajaan PR Selangor. Kalau tidak nanti PR Selangor akan jadi macam BN Selangor dulu-dulu.




08 September 2008

SAR Dalam PR

Kerajaan PR memang benar-benar berusaha mengisi kemenangan Kerajaan PR dengan baik. Pembangunan dibuat bersungguh-sungguh dan kepentingan rakyat diberikan keutamaan tanpa mengira bangsa dan ugama.
Baru-baru ini UMNO terpaksa bersetuju dengan Kerajaan PR bila MB Nizar meluluskan 400 ekar tanah kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina untuk kegunaan mereka bagi diusahakan untuk menampung perbelanjaan mereka. Memang RM30k peruntukan kerajaan setahun amat tidak mencukupi.
Lalu untuk menutup malu (kerana mereka tidak pernah berbuat begitu selama 50 tahun memerintah) UMNO mendesak agar sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) juga diberikan layanan yang sama. Macamlah Kerajaan PR Perak yang diterajui oleh PAS akan mengabaikan SAR. UMNO seperti terlupa merekalah yang bersungguh-sungguh mahu membunuh SAR. Rakyat takkan lupa tindakan mereka memberhentikan peruntukan per kapita kepada SAR. Banyak SAR yang terpaksa gulung tikar akibat tindakan mereka. Berapa ramai anak Melayu Islam yang terpaksa berhenti dan terpaksa menerima aliran sekolah kebangsaan. Berapa ramai pula guru-guru SAR yang terpinggir dan tersiksa oleh sebab tindakan UMNO itu. Semua itu seolah-olah dilupai oleh UMNO dan tiba-tiba menjadi pejuang SAR.
Tak payahlah UMNO nak mengingatkan PR sebab PR dari awal lagi telah menjalankan kewajiban untuk memertabatkan SAR. Lihat tindakan Kerajaan PR di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Peruntukan untuk SAR telah ditambah dan gaji guru-guru KAFA juga dinaikkan. Peruntukan per kapita juga sedang dan akan diberikan semula. Kita sanjung KM P.Pinang Guang Eng, bila yang beliau terlebih dahulu melakukannya.
Kita amat bersyukur kerana diberikan kemenangan oleh Allah swt dan dengan kemenangan ini SAR akan lebih terjamin. Tak payahlah UMNO nak sibuk-sibuk bagi tau kita apa yang perlu kita buat. Kita dah buat pun, malah akan meningkatkan lagi usaha kita ke arah kecermelangan SAR. Apa yang patut UMNO lakukan ialah bertaubat kerana cubaan membunuh SAR dulu...

05 September 2008

Mari Berbalas Pantun
























Zahir berlian di sunyi hari
Jahauri pula hilang menyepi
memang benci dah jadi api
bercakap lebih hilanglah diri

Kelapa diparut dimakan sama
dicampur gula menjadi jelli
apa dihasut ditelan semua
segala media menjadi kuli

Anak tebuan seekor lari
mati ditembak petir nenggiri
eloklah tuan mengundur diri
hati sebak diulit hadhari

Jalan tersepak tali pencuci
baldi tumpah dirumah sewa
bukan perompak ganti pencuri
tetapi beramanah penuh taqwa

almurady
5 Ramadhan 1429

Dr Osman Dan Laporannya.

Hari ini keluar lagi cerita liwat. Dr Osman muncul dan membuat sidang akhbar bagi mempertahankan laporan pemeriksaan beliau ke atas Saifool. Beliau tegas mengatakan bahawa prosedur yang beliau lakukan adalah 'per-rectal examination' untuk mengenal pasti apakah Saifool diliwat atau tidak. Bercanggah dengan kenyataan majikannya, PUSRAWI, Dr Osman menegaskan prosedur itu adalah prosedur biasa yang semua doktor WAJIB tahu.


Kita tidak faham kenapa PUSRAWI bersungguh-sungguh mahu menidakkan laporan Dr Osman. Seharusnya PUSRAWI berkelakuan lebih professional dan membiarkan mahkamah memutuskan samada Dr Osman layak atau tidak membuat pemeriksaan liwat. Nampak sangat bukan profesionalisma yang penting tetapi menjaga kepentingan sesetengah pihak yang lebih utama.




Kes liwat dah masuk mahkamah, jadi biarlah mahkamah yang menentukan. Kita dah muak dengan cerita liwat, C4 dan sumpah. Lebih cepat kes ini selesai lebih baik untuk Malaysia. Kita perlu maju ke hadapan bukan menelek buntut Saifool!!






04 September 2008

Humorous Rumours... Percaya? (UPDATED)

Rumours memang banyak di Malaysia...dan sangat popular. Oleh kerana berita kita selalu di tahan-tahan maka rakyat suka mendengar gossip dan hearsay. Tapi banyak berita rumours jadi kenyataan. Contoh yang baik adalah masa Mahathir dan Anwar masing-masing kata hubungan mereka adalah baik sekali setelah keluar cerita kedai kopi kata mereka berkelahi. Tup-tup...tak lama kemudian Anwar kena halau dari kabinet dan UMNO!.
Cerita SMS ni masih lagi peringkat rumours... tapi kita harap akan jadi kenyataan.. Kita tak tau tau siapa yang hantar SMS ni. Walaupun dia kata dari MT PKR tapi MT PKR kata dio orang tak tahu menahu...(mmmm.. iya ka?) Walaubagaimanapun ia satu planning yang boleh berlaku. Kita tunggu sajalah...apa akan berlaku esok dan seterusnya...





Mari tunggu dan lihat...

>>>>>>>>>>>>>>>>>UPDATE<<<<<<<<<<<<<<<<<

Hari ni 5 Sep. - parti komponen BN Sabah& Sarawak masih belum isytihar keluar BN... ha ha ha.......masih percaya?? Tapi ahli MT PKR Badrul Hisham Shaharin menegaskan sasaran Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 16 September nanti masih berjalan lancar. Tunggu dan Lihat.

03 September 2008

Isyarat dari Sarawak

Saya dapat isyarat kecil hari ni, SUPP akan en-bloc masuk PR. Itu petunjuk dari bualbicara dengan pemerhati politik Sarawak. SUPP rata2 parti org Cina walaupun dia kata berbilang bangsa, macam DAP. Kalau SUPP tak ubah arah sekarang, pilihanraya negeri Sarawak akan datang pada 2010 akan menyaksikan SUPP hilang semua kerusi kerana org Cina akan undi DAP atau PKR. SUPP akan mulakan gelombang kemasukan MP-MP dari sebelah Sabah/Sarawak. Ia akan diikuti oleh MP-MP Umno di semenanjung kerana nak jaga periuk nasi. Mereka semua akan masuk PKR, dan jadilah PKR tong tempat simpan sampah. Anwar Ibrahim memang akan jadi lebih powerful... masa tu dia akan pelituk tangan PAS. PAS mesti berhati2....lainlah kalau geng MP Umno tu masuk PAS..skrip lainlah pulak!!

02 September 2008

Malaysia Baru Anwar

Anwar Ibrahim masih mengulangi 16 Sept 2008 akan ada Malaysia Baru. Konfidennya bukan main tapi keliling tak berapa nampak. Samada ini kerja gertak hebat Anwar atau pun memang ada gerakan melompat oleh MP BN kita tunggu 16 September...

01 September 2008

Ramadhan, Bazaar & Peniaga Segera

Selamat Menyambut Ramadhan. Bulan ini bukan setakat bulan puasa tetapi ia adalah bulan ibadat dan bulan kebajikan. Ramai yang beranggapan bahawa bulan ini ini khas untuk puasa saja, tapi perlu diingat bahawa ibadat puasa boleh dilakukan dalam bulan-bulan lain juga. Puasa sunat Rejab dan Shaaban ramai yang amalkan. Juga puasa sunat hari Isnin dan Khamis sepanjang tahun. Cuma bulan Ramadhan ini istimewa kerana puasa pada bulan ini adalah WAJIB.
Dan sesiapa yang ditangkap makan di khalayak ramai akan didenda. Maka bila dah jadi wajib adalah orang yang suka melanggarnya. Ini sifat manusia yang ada sakit dalam hatinya. Lagi disuruh lagi suka dia membantah. Maka sibuklah penguatkuasa jabatan agama membuat rondaan keliling negeri, mengintip dan mencari gerai yang dibuka ikut pintu belakang. Siapa yang tertangkap, nasiblah kena bawa pinggan dan cawan ke Mahkamah Shariah sambil tutup muka malu kerana langgar perintah Allah.
Telah menjadi adat pada bulan ini ramai orang Melayu ramai jadi peniaga segera. Lihatlah bazaar Ramadhan yang banyak bercambah di seluruh negara, ada yang berlesen ada juga yang tidak (jangan kata bazaar haram sudah lah). Bermacam-macam kuih muih dan berjenis-jenis makanan dan minuman boleh ditemui di bazaar Ramadhan ini. Kuih muih yang kita tak pernah jumpa pada bulan lain akan muncul pada bulan ini seperti kuih tahi itik, kuih kartun, badak berendam, abang balik gelisah, che abang guling dan lompat tikam. Benarlah, bulan Ramadhan juga adalah bulan rezeki. Benda-benda yang kita susah jumpa di masa lain akan kita temui pada bulan ini.
Tetapi janganlah kita jadikan bulan Ramadhan ini bulan pembaziran! Ramai orang berpuasa tapi hanya pada mulut bukan pada mata. Beli barang untuk berbuka bukan ikut keperluan tapi ikut sedap mata. Bila makanan tak larat nak dihabiskan, ditinggalkan basi dan dibuang begitu saja. Lihatlah di dalam tong sampah orang melayu dalam bulan ini. Kalaulah makanan yang dibuang itu dilihat oleh orang-orang Dafur atau Somalia, tentulah mengucap panjang mereka. Meleleh airmata mereka melihat makanan yang dibuang membusuk dan berulat dalan tong sampah orang-orang kita. Sedangkan mereka terpaksa berebut bermati-matian untuk mendapatkan sedikit kudapan.
Ramai peniaga segera yang muncul pada bulan ini lebih cenderung untuk mengaut keuntungan semata-mata. Kualiti dan kebersihan tidak berapa diendahkan dalam jualan mereka. Saya telah banyak kali melihat dan juga menegur para penjual roti canai dan murtabak bazaar Ramadhan yang tidak membasuh telur yang digunakan. Kebersihan telur ini pernah saya sentuh dalam posting yang lalu. Telur ayam yang masih dalam tray kertas itu biasanya datang terus dari ladang dan tidak bercuci. Kita akan nampak tompok-tompok najis masih melekat pada kulit telur itu terutamanya telur yang rendah grednya.
Perlu diketahui bahawa telur ayam keluar melalui saluran yang sama dengan tahinya itu keluar. Jadi telur ayam perlu dibasuh sebelum digunakan. Kalau tidak tahi ayam yang berpalit pada kulit telur itu akan teruli dengan doh roti canai atau murtabak bila penebar roti tersebut mengambil telur dengan tangan dan memecahkannya itu untuk dibuat roti telur atau murtabak (murtabak ramadhan biasanya lebih banyak telur dan bawang dari daging!) Maka orang yang telah berpusa sehari suntuk akan berbukalah dengan NAJIS.
Ramai orang tidak ambil kesah dengan hal ini munkin kerana ia remeh temeh tetapi ketahuilah bahawa makanan yang terpalit najis itu akan memberikan kesan yang buruk pada badan dan iman kita. Jadilah bulan Ramadhan kita tidak memberikan apa-apa kecuali letih dan dahaga, baik kepada penjual mahupun pembeli.
Olehitu kepada para peniaga bazaar Ramadhan sekelian, janganlah memikirkan untung sahaja. Jadikan usaha berniaga pada bulan ini sebagai ibadah dan khidmat kepada orang yang berpuasa. Banyakkanlah bersedekah, (kira lebih kurang sudahlah) kerana itu membawa berkah. Jagalah kebersihan dan kualiti kerana itulah sebenarnya penambat hati para pembeli. Jika hati telah suka ke situ jugalah pembeli akan menyua. Bersihkan hati dan maniskan muka, insyaAllah keuntungan akan berlipat ganda.
RAMADHAN MUBARAK & SELAMAT BERNIAGA