30 March 2011

Mat Sabu: Aku Tak Tergila Nak Tengok Video Tu!!!

harakahdaily -Fakhri Ali   
KULIM, 29 Mac: "Aku tidak tergila-gila nak tengok video tu macam pemimpim-pemimpin Umno," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu memulakan ucapannya ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa di Dewan Bandaran Kulim, malam tadi.
Intronya disambut tepukan gemuruh dan gelak ketawa hadirin yang telah memenuhi ruang dewan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula lagi.
Beliau yang merujuk kepada isu video seks lucah yang sedang diperkatakan mendakwa pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno dan BN kebelakangan ini.
Katanya lagi, adalah satu sejarah kepada negara apabila parti pemerintah menaja video lucah dalam negara, tetapi tiada tangkapan dan dakwaan yang dibuat samada terhadap pelakon, pengedar, pemilik maupun yang menayangkan video tersebut.
Menurutnya lagi, apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut.
"Kita boleh membuat perbandingan apabila mereka bersungguh-sungguh memaksa pimpinan dari PR untuk menonton video yang telah mereka-reka dan rencana itu. Mana mungkin tiada agenda kalau bermati-matian, memaksa orang lain supaya tengok video tu.
"Kerajaan jangan cuba memperbodohkan rakyat. Jangan cuba nak cucuk hidung kita dan ditarik tali. Rakyat boleh bezakan mana yang dirancang dan mana satu yang asli," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau juga menggesa kerajaan supaya segera melaksanakan keadilan dalam sistem pilihan raya dalam negara sepertimana yang menjadi tuntutan sehingga 1 Mei ini.
"Rakyat dah beri masa yang begitu cukup kepada kerajaan untuk menjalankan tugas mereka mengendalikan pilihan raya dengan cara adil dan telus. Empat perkara yang dituntut dalam pilihan raya mesti mereka tunaikan sepertimana tuntutan.
"Jika mereka engkar sehingga 1 Mei nanti, maka saksikan kebangkitan rakyat pada bulan Jun ini yang akan memenuhi ruang jalan-jalan raya menuntut supaya keadilan dilaksanakan terhadap sistem pilihan raya yang berat sebelah dalam negara, " ujarnya lagi.
Tegasnya lagi, demokrasi bukan milik Umno dan BN sahaja. Demokrasi mesti diterima pakai untuk semua rakyat negara ini. Ia perlu diaplikasikan secara total dalam semua aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan keadilan.
Katanya lagi sejarah yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya kini harus menjadi sandaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melihat bagaimana kemarahan rakyat boleh menumbangkan sebuah kerajaan yang telah lama memerintah.
"Tengok dan ambil iktibar apa yang berlaku di negara-negara tersebut. Jangan asyik beri amaran kepada rakyat. Lebih parah jika rakyat memberi amaran kepada pemerintah yang zalim seperti Umno dan BN," tambah beliau lagi.

29 March 2011

DUN Senadin, Pujut & Piasau (Parlimen Miri)

Angin PRN Sarawak semakin kencang. Pemilihan siapa jadi calon kini sedang hangat bertiup di kedua-dua pihak. PR masih berebut kerusi di beberapa tempat. BN juga tidak kurang menarikya. Parti komponen BN dan PR saling cuba meletakkan calon masing2 dalam DUN yang diminati.

Parlimen Miri mengandungi 3 DUN. Senadin, Pujut dan Piasau yang masing-masing disandang oleh YB Lee Kim Shin, YB Andy CHia dan YB George Chan yang semuanya dari Parti SUPP. Dengar khabar ketiga-tiga YB ini akan mempertahankan kerusi masing-masing. Eloklah tu...esok boleh tahu langit tinggi ke rendah..

PR hampir pasti akan selesai masalah pembahagian kerusi. Kita harap setiap anggota PR akan punya satu kerusi setiap parti. Walaubagaimanapun, kita serahklan kepada kebijaksanaan Majlis Presiden untuk menentukan siapa yang akan menggodak ketiga-tiga YB BN di Miri.

Apa yang perlu sekrang kempen dirancakkan. Tolong menolong sesama komponen PR. BN amat takut dengan kesepakatan PAS, DAP dan PKR. Biarkan mereka terketar dengan kesatuan PR. PAS telah dapat diterima bukan sahaja masyarakat Melayu tetapi oleh kaum Tiong Hua dan Dayak (Iban, Melanau, Orang Ulu  dan Bidayuh)

DUN Senadin , Pujut dan Piasau akan bergegar dalam PRN ke-10 Sarawak ini. Kebiasaan yang lalu di mana BN akan menang mudah sudah berlalu. Ini dapat dilihat dengan kekerapan pemimpin BN tertinggi datang 'melawat' Miri semenjak dua menjak ini...

Mari Berubah...kepada kerajaan baru..Kerajaan PR Sarawak.

25 March 2011

PAS Lawan BN di Senadin!

SMS dari Ustaz Nasha petang tadi menggembirakan Warga PAS Miri. Kini pasti sudah PAS akan meletakkan calonnya di DUN N65 Senadin. Da para duat nampaknya dimakbulkan Allah yang Maha Esa.

Sheikh Sambal turut bersyukur dengan kemenangan pertama ini, iaitu meletakkan calon PAS di kubu BN. Ramai juga akan bersyukur dengan perkembangan ini. Tentunya pencinta Islam di daerah sini. DAP pun telah berjanji akan turut berkempen untuk memenagkan calon PR/PAS. Penduduk Senadin pastinya kini berpeluang untuk memberi mandat kepada PAS/PR untuk mewakili mereka dalam DUN Sarawak. 

PAS sejak 2 tahun lepas telah turun ke lapangan di DUN Senadin. Menjenguk keperitan penduduk di Tudan, Kg. Sealine, Kg Wireless, Permyjaya, Kg Muhibbah & Kg Masjid Kuala Baram. Mereka ini kebayakannya mengundi BN apda pilihanraya ke 9 pada 2006. Janji BN untuk meningkatkan taraf hidup mereka hanya tinggal janji.  Jurang kemiskinan mereka amat jauh dibandingkan dengan para taukeh di Luak Bay.

Taib dan BN/SUPP kini akan digegarkan oleh PAS/PR di Senadin. Jentera PAS/PR telah memulakan langkah perjuangan. Kemenangan adalah pasti. Jika menang undi wakil kita akan jadi YB. Kalau kalah undi pun masih menang juga di sisi Allah dan PAS akan lebih dikenali di Negeri Kenyalang ini.

Para pejuang, ayuh kita ke medan. Ini perang pilihanraya. Ini jihad kita. Kalau kta mati dalam jihad ini, mati kita mati SHAHID.

 Sheikh Sambal.

23 March 2011

N65 Senadin...PAS or DAP?

Kem PAS dan DAP masih menunggu dalam debaran. Calon siapakah yang akan terpilih untuk menyekel kepala BN Lee Kim Shin  di DUN N65 Senadin. Masing telah menghujahkan kehebatan parti dan calon masing-masing, kini Majlis Presiden PR sedang menimbangkan keputusan akhir.

Sheikh Sambal amat berharap PAS akan mengukir sejarah di Miri. Gerak kerja PAS dan aktiviti kebajikan memang meriah di DUN Senadin. Saban minggu ada saja aktiviti dilakukan, samada 'engagement' dengan masyarakat atau kerja kebajikan atas nama NGO atau parti. Saban minggu ada saja orang besar PAS datang melawat dari Semenanjung. Harapan untuk bertanding sangat tinggi.

Walau apa pun keputusannya nanti PAS akan tetap menabur bakti di Miri. Kalau kita terpilih untuk bertanding, kita akan kerja bersungguh-sungguh. Manakala kalau tidak pun, kerja akan tetap berjalan, baik kepartian ataupun kebajikan. Lapangan da'awah untuk PAS amat luas. Itulah kerja sebenar PAS di sini.

PAS harus lebih tertumpu kepada da'awah. Jika PAS jadi meletakkan calon, ruang untuk da'awah akan lebih luas. Tetapi kalau PAS tidak dapat Senadin pun cabaran da'awah akan lebih manis.

Wahai para pejuang PAS sekelian, marilah teruskan berdoa. Bersyukur pada nikmat yang Allah telah dikurniakan. Bersabrlah pada segala ujian.

InsyaAllah, Allah bersama kita.


Sheikh Sambal.

20 March 2011

PAS Ajak Rakyat Sarawak Buat Perubahan!

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 20 Mac: PAS mengajak seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.
“Kita semua sudah sedia maklum bahawa saat yang dinantikan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun diketahui,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, sejak berbulan lamanya PAS telah pun menggerakkan jentera parti dalam menyediakan petugas, ahli dan penyokong bagi berhadapan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal tiba nanti.
“Sehubungan dengan pembubaran ini, maka saya menyeru kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, jentera Pilihanraya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Sarawak dan negeri-negeri yang akan membantu agar mula turun ke gelanggang dengan petugas-petugas anak tempatan yang penuh bersemangat untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak,” katanya yang juga ahli Parlimen Marang.
Petugas parti juga, ujarnya perlulah meneliti dan mengikuti arahan pimpinan di peringkat masing-masing supaya dapat bertugas dengan efisyen nanti.
Beliau menambah, selain dari cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik dari kepiminan BN yang ada pada hari ini.
“Cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak,” katanya.
Menurutnya lagi, selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali dari berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat.
Kesimpulannya, kata beliau ialah BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan  rakyat di luar bandar telah dipinggirkan selama puluhan tahun ini.
“Hakikatnya ialah, kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik dari keadaan di bawah BN selama ini,” katanya

DUN Bubar Esok - Perang Pilihanraya Sarawak Bermula..


CM Taib Mahmud dijangka akan mengumumkan pembubaran DUN Sarawak esok. Maka bermulalah peperangan merebut kerusi DUN Sarawak. BN seperti biasa akan meletakkan calon-calon mereka di semua kerusi. Kalu dahulu lawan BN boleh diangggap tiada, tetapi sejak pilihanray 2006  dulu, PR telah mula menapak di Sarawak. 

DAP memang sudah bertapak lama dan mempunyai penyokong di kawasan bandar-besar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. PKR telah pun ada satu kerusi di DUN Sarawak. PAS telah lahir di Sarawak sejak akhir 90an tetapi kurang mendapat sokongan. Tetapi sejak PRU 2008, PAS Sarawak mula mengorak langkah yang lenih teratur.

Kini PAS Sarawak telah mempunyai kawasan (bahagian) di Kuching, Batang Lupar, Bintulu dan Miri. Dalam pilihanraya 2006, PAS hampir menang di Beting Maro. Cuma kalah 800 lebih undi sahaja. Akhir-akhir ini sokongan terhadap PAS semakin bertambah. Bahkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) pun telah dilancarkan di Miri oleh Timbalan Presiden Pas Ust Nasharudin Mat Isa. Keahlian DHPP di Miri sahaja hampir menjangkau 100 orang dan semakin bertambah menjelang pilihanraya.
Parti Dayak, SNAP pun telah hidup semula dengan keputusan Mahkamah tempoh hari. SNAP adalah parti yang telah lama di Sarawak. Jika PAS, PKR dan DAP berasal dari Semenanjung, SNAP adalah parti tempatan. Hubungan yang mantap antara semua parti-parti dalam PR akan memberi saingan hebat kepada BN.
BN kini perlu bekerja keras untuk mendapatkan undi. Jika dulu ramai calon BN boleh menang percuma, kini tidak lagi. Berbekalan banyak isu penyelewengan, janji kosong dan tanah NCR, PR akan berpotensi untuk melumpuhkan BN dan seterusnya memegang tampok pemerintahan Sarawak. Rakyat terutamanya yang berada di luar bandar telah mula celik terhadap hak mereka. Janji pembangunan yang dibawa oleh BN saban kali pilihanraya sudah tidak dipercayai lagi oleh penduduk tempatan.

Sarawak yang sepatutnya lebih kaya dari Selangor dengan hasilbumi dan kekayaan semulajadi adalh negeri ke-4 tercorot miskin dalam Malaysia. Pergilah ke kampung2 disekitar mana bandar, anda akan dapati suasana kehidupan seperti Semenanjung tahun 60an- 70an. Tiada api letrik, tiada air paip dan jalan kampung yang hanya tanah merah. 

Penduduk Sarawak terpaksa membayar harga yang amat mahal dengan mengundim BN.Taraf kehidupan yang dibawah taraf kemiskinan tegar dan kos keperluan harian yang juga mahal. Tidak disyaki lagi semua kekayaan itu dipunggah oleh pemimpin Bn dan kroni mereka. Lihatlah kekayan mereka. Amat melebihi gaji yang mereka terima. Syarikat2 kroni mendapat segala habuan dari pemimpin yang korup.

Kini rakyat Sarawak akan berpeluang untuk mengajar pemimpin2 yang korup ini. Jangan undi lagi BN. Beralihalah kepada Pakatan Rakyat. Contohi Kedah, P. Pinang, Selangor, Kelantan dan Perak. Mereka berani memangkah kepada perubahan. Undilah Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR dan SNAP).

Selamat berkempen dan mengundi kepada perubahan. 

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


16 March 2011

Terkejut Besar Orang Malaya!

Dalam dua tiga hujung-minggu ni ramai rombongan dari Semenanjung bermusafir ke Miri. Ada yang memang tugas rasmi parti dan ado juga atas jemputan. Setiap kali ada tetamu dari Malaya (kata orang Sarawak untuk Semenanjung Tanah Melayu) datang, maka ada saja program yang PAS Miri buat untuk mengisi masa mereka di sini. Salah satu programnya adalah ZIARAH FAKIR MISKIN dan pemberian sumbangan ikhlas dari para penderma berupa barangan keperluan seharian.
Mereka akan dibawa masuk kampung keluar kampung masuk rumah panajang keluar rumah panjang. Sambil mereka beramah mesra dengan penduduk tempatan mereka juga ditaklimatkan tentang keadaan penduduk setempat.

Di Miri ada banyak kampung setinggan dan juga kawasan penempatan semula orang kampung yang tanah kena ambil paksa-rela oleh kerajaan. Itu di keliling bandar Miri sahaja. Keluar sedikit dah kira pendalaman di mana banyak rumah-rumah panjang kaum Iban didirikan.

Dan setiap kali kami bawa orang-orang Malaya ini melawat kampung-kampung dan rumah-rumah panajang mereka akan terkejut besar mendapati kehidupan masyarakat kampung yang dhaif dan miskin. Rumah yang dibina di tepi sungai dalam paya adalah pemandangan biasa. Air tenang bergenang dibawah rumah busuk dengan sampah sarap. Mereka tidak punya wang untuk menambak tanah tapak rumah jadi hiduplah dalam paya.
Lebih menyedihkan orang-orang kampung yang ditempatkan semula setelah kerajaan mengambil tanah kampung asala mereka untuk dibangunkan menjadi kawasan pernigaan atau bandar baru. Sudahlah pampasan ciput, tanah gantian pula diberi di kawasan paya dan perlu dibeli atau dibayar premiumnya. Mereka ini rata-rata orang miskin. Premium RM10 ribu amat tinggi bagi mereka. Duit pampasan telah lama habis dibelanjakan untuk menampung kehidupan yang semakin menyengat dengan segala harga yang asyik naik.

Ada yang sampai menitiskan airmata melihat keadaan masyarakat ini. Negeri mereka kaya raya dengan hasil mahsul bumi yang melimpah ruah. Negeri Sarawak sangat luas. Hampir sama atau mungkin besar sedikit dari keluasan Semenanjung Tnah Melayu. Umatnya sedikit, lebih kurang dua juta sahaja. Kalau ikutkan jumlah penduduk dan kekayaan negeri, sepatutnya orang Sarawak adalah yang terkaya di dunia!! Tapi hakikatnya mereka antara yang termiskin.!

Banding dengan Malaya, taraf kehidupan masyarakat ini terkebelakang 30 tahun. Api letrik dan air paip adalah suatu yang asing jika anda berada di luar 30km radius dari bandar. Bahkan setinggan yang dalam kawasan bandar seperti Kpg. Pasir, Lutong, Miri pun tiada api letrik.Mereka terpaksa menggunakan mesin janakuasa (genset) untuk mendapatkan tenaga letrik. Dengan harga petrol yang tinggi, belanja minyak petrol untuk genset itu menjangkau sehingga RM350 sebulan. Begitulah kata penduduk Kpg Pasir malam tadi semasa Sheikh Sambal mengiringi rombongan Ustaz Idris (Ketua Penerangan PAS Pusat).

Bayangkan. RM350 sebulan untuk tenaga letrik. Kalau kita boleh pasang air-cond 12 jam tanpa henti. Sejuk hingga mengelatuk. Kalau genset rosak, kenalah seribu dua untuk membaikinya pula!.

Begitulah kehidupan masyarkat miskin bandar dan luar bandar di Miri. Keadaan yang sama jika anda pergi di mana sahaja di Sarawak ini. Tak jauh juga bezanya di Sabah. Sebab itulah setiap kali orang Malaya datang melawat, mereka tentu akan terkejut besar!

Sheikh Sambal.

10 March 2011

Pilihan Raya Negeri Sarawak - April!

Sah dah! Semalam (9/3) pembantu SPR telah dilantik dengan rasminya dan mereka akan mula bertugas pada 25/3 ini. Maknanya, awal April lah PRU Sarawak. Takkanlah buat lantikan sekarang tapi pembantu SPR ini akan menunggu sampai Jun baru nak setel pilihan raya. Tentulah cepat lantik cepat kerja cepat siap. Maka khabar angin yang mengatakan 9 April adalah tarikh pilihan raya DUN Sarawak semakin sah.

Janggut Bang Taib pun semakin panjang. Memang begitulah setiap kali hendak menentukan tarikh pilhan rayaBang Taib akan simpan janggut. Macam tanda dunia nak kiamat.SImpan janggut tu macam alamat besarlah, selain dari pak-pk menteri sibuk turun kampung dan hutan bertanya khabar.

Konvensyen BN Sarawak hujung minggu lepas pun bengkeng semacam jer Bang Taib. Tu pun satu lagi petanda besar. Dah biasa pilhan raya macam makan kacang sambil tabur pada ayam bagi ayam makan sebelum tangkap sembelih. Behitulah pilhan raya Sarawak sebelum ini. Rakyat digula-gulakan sebelum mereka dikerah undi BN dann selepas itu dah menang mampus pi lah kat hang! Tanah NCR pun kena rampas. Kununya untuk kemajuan rupanya untuk kembungkan poket sendiri dan kroni.

Kalau baca Borneo Post dan klebanyakan akhbar Cina, PAS akan bertanding di 6 kawasan. Inilah kali pertama PAS akan meletakkan calon di 6 kawasan DUN, yakni, Stupong (Kuching), Sebuyau, Sadong Jaya, Beting Maru, Jepak (Bintulu) dan Senadin (Miri). Walaupun PAS dikira parti baru di Sarawak, tetapi gerak kerja mereka terutamanya di Senadin dan Jepak, amat memberansangkan. Setiap minggu ada sahaja orang besr PAS yang datang. Lepas sorang, sorang. Ada yang datang berkumpulan dan ada juga yg datang solo. PAS tempatan tetap memberikan layanan yang sepatutnya, yakni, menggunakan mereka yang datang untuk menjadi penceramah di masjid-masjid, surau-surau, tempat2 awam dan juga di ceramah umum.

Kalau Bang Taib mengishtiharkan tarikh pilhan raya pada bila-bila masa pun sekarang, PAS dan jenteranya sudah bersedia.Pakatan Rakyat telah bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah pembahgian tempat bertanding dan calon.calon. Di Miri, setakat ini DAP mmenyatakan hasrat beliau untuk bertanding di semua kawasan DUN termasuk Senadin. Dari segi gerakerja akar umbi PAS memang mantap di Senadin tetapi DAP pula mantak dalam gerakerja poltik. Hanya wibawa calon-calon sahaja yang akan menentukan parti mana yang akan bertanding. PAS ada 6 bakal calon yang terdiri dari peguam, peniaga, jurutera dan juga calon wanita. Keputusan akhir akan ditentukan oleh mesyuarat peringkat negeri.

Kita tak kesahlah sapa yang bertanding nanti. Yang pentingnya satu lawan satu. Kita tak akan bagi BN menag percuma. Kita akan bagi mereka sakit dalam pilhan raya kali ini.

Cukup-cukuplah tu Bang Taib. Rakyat dah meluat dah... udah lejuk dah...!! Rakyat Sarawak mahu Ketua Menteri baru selepas pilhan raya DUN kali ini dan dia bukan orang BN...amiinn...


Sheikh Sambal.