21 February 2011

DHPP Sarawak Sudah Lahir

Semalam 19/02/2011 rasmilah sudah lahirnya Dewan Himpunan Penyokong Pas Negeri Sarawak. Konvensyen DHPP Sarawak yang pertama kali diadakan di Hotel Telang Usan Miri, dan telah berjaya melantik  saf kepimpinan DHPP Sarawak.

Majlis Makan Malam Bersama PAS pada malamnya telah diadakan di Park City Everly Hotel. YB Ustaz Nasharudin Ahli Parlimen Bachok Kelantan, merangkap Timbalan Presiden PAS telah sudi datang untuk meraikan Pelancaran DHPP Sarawak dan seterusnya merasmikan DHPP Sarawak.

Sheikh Sambal tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama PAS Sarawak dan DHPP Sarawak dalam sejarah yang gemilang ini. Sempat juga SS merakamkan beberapa gambar semasa majlis tersebut.

Tahniah PAS Miri kerana usaha keras kelian melahirkan DHPP Sarawak. Pengerusi DHPP Sarawak dan S/U orang Miri. Tahniah Mr Yeo dan En John Balam. Hampir 100 orang ahli DHPP Negeri Kenyalang ini, yang terdiri dari kaum Cina, Kayan, Iban dan lain2.

Semuga PAS dan DHPP Sarawak terus berkembang maju bagi memenangkan Pakatan Rakyat di Sarawak. Semuga Da'awah Islamiah terus subur dengan adanya sayap terbaru PAS di Sarawak ini.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


Wasalam.
Sheikh Sambal.












19 February 2011

Senang Je Nak Capai 'Negara Berpendapatan Tinggi' = Saman Berbunga!

Salah satu cara paling senang untuk meningkatkan pendapatan negara ialah pungut duit dari rakyat. Selain cukai seperti cukai pendapatan, cukai perkhidmatan, GST dan macam-macam lagi, saman adalah alat paling efektif untuk menambah pendapatan negara.

Kerajaan Najib sangat faham tentang sikap orang-orang Malaysia. Mereka suka memandu ke sana ke mari. Pemilik kereta di Malaysia pula adalah antara peratus yang tertinggi di dunia.Bila memandu kereta tentu ada perlangagaran undang-undang yang sedia banyak. Dari yang besar seperti perlukan lesen memandu sampailah kepada perkara kecil seperti memakai talipinggang keledar di tempat duduk belakang.

Kini Rejim Najib telah jumpa lagi satu cara untuk menaikkan Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi. Saman. Beberapa hari lepas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan menyatakan Kerajaan akan MENYELARASKAN kadar kompaun bermula pada 1 Mac 2011. Biasanya bila selaras maksudnya kadar akan naik. Bukan itu sahaja, kalau lambat bayar, saman itu akan meningkat jumlahnya. Macam skim bunga pinjaman Ah Long Bukit Beruntunglah.

Seperti biasa kerajaan akan menggunakan alasan yang lunak untuk menjustifikasikan kenaikan kadar baru tersebut. Katanya "matlamat agensi penguat kuasa itu bukan untuk mencari keuntungan tetapi mendisiplinkan pengguna agar menghormati undang-undang jalan raya". Hahahaha..... kelakar sungguh. Siapa percaya ini maka dia mesti percaya Kak Rosmah masih dara.

"Sebelum ini kerajaan memberi peluang untuk pesalah lalu lintas menjelaskan saman dalam tempoh enam bulan sejak Ogos tahun lepas, tetapi tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh orang ramai." katanya. Kata aku pula, "dah orang tak cukup duit nak belanja dapur, yuran sekolah, duit minyak dan bil api dan air, camana nak bayar saman ekor dan macam2 jenis  yang berjela-jela!"

"Matlamat utama kami bukan untuk cari untung tetapi bila kita buat salah, kenalah selesaikan, itulah peraturan namanya. Sebagai contoh, kalau kita makan nasi di restoran kita mesti kena bayar," katanya di sini hari ini. Makan nasi dengan saja cari kesalahan orang sama ke Datuk? Orang makan nasi nak hidup, kau cari salah orang nak menginiaya orang (membunuh cara perlahan-lahan)

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan di bawah peraturan baru mulai 1 Mac depan, kompaun lalu lintas akan diselaraskan iaitu kompaun RM150 dinaikkan kepada RM200 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 15 hari dan RM300 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

Tu dia...tanpa malu-malu lagi Rejim Najib menekan orang ramai. Mentang2lah pemilik kereta di Malaysia berjuta-juta, sedikit kenaikkan dan ditambah pula dengan KADAR BUNGA yang tinggi, senanglah Malaysia jadi Negara Berpendapatan Tinggi.

Negara lain capai taraf pendapatan tinggi dengan berniaga dan bekerja lebih baik dan bijak mengatur kewangan, tapi Najib ambik jalan mudah jer...nak ambik duit pertukaran asing payah, ambil jer duit rakyat! 

Cara terbaru;  saman yang berbunga!! 



Sheikh Sambal



12 February 2011

Mesir Selepas Mubarak...



Tepat pukul 12:00 tengah malam waktu Malaysia, Naib Presiden Mesir Omar Sulaiman, mengisytiharkan bahawa Presiden Hosni Mubarak akhirnya melepaskan kuasa dan menyerahkannya kepada Majlis Pemerintah Tentera. Kenyataan pendek Omar Sulaiman itu sudah cukup untuk meletupkan suasana gumbira tahap gaban.
Kuasa Rakyat Kuasa Keramat!!
Sorakan orang ramai di seluruh Mesir sungguh membingitkan. Ada yang terus bersujud syukur dan tak kurang yang menagis kegembiraan.

Tiada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kegembiraan yang sedang dikecapi oleh rakyat Mesir. Dah satu jam setengah mereka masih meraikan kemenangan rakyat dengan hiruk pikuk gembira. Saya terpaku depan komputer penuh syukur pada Allah Azzawajalla. Sejak pukul 8 tadi saya mengikuti keadaan di Mesir dari skrin PC. Aljazeera memberikan laporan lansung dari Mesir. Revolusi rakyat Mesir yang ajaib, penuh aman dan bertamadun akhirnya berjaya meruntuhkan satu rejim yang kejam.
Kecil besar tua muda rakyat semua peringkat meraikan kemenangan revolusi rakyat!

Pun begitu lebih 300 orang hilang nyawa mereka sebelum revolusi ini berjaya. Nampaknya darah mereka yang terkoraban tidak sia-sia. Sejarah yang gem
ilang di Mesir berkocak lagi dengan revolusi rakyat ini. Bermula di Tunisia, rakyat Mesir menyambung pergerakan rakyat marhein untuk melawan kezaliman. Dengan pengorbana yang besar ini akan membawa Mesir dan juga Tunisia ke hadapan dengan lebih cemerlang.

Apa makna kemenangan ini. Satu, rakyat Mesir akan menikmati demokrasi dan akan berupaya memilih kerajaan mereka sendiri. Dua, dengan adanya demokrasi yg adil, Mesir akan bebas dari korupsi. Kerajaan yang dipilih akan lebih bertanggung jawab dan menjaga rakyat bukannya pemerintah dan tokeh besar. Tiga, sekatan keatas Gaza akan diangkat. Selama ini sekatan ke atas Gaza adalah kehendak Zionis Yahudi dan Amerika untuk mengekang Hamas. Mesir yang baru dengan Ikhwanul Muslimoon memainkan peranan penting, pintu ke Gaza akan dibuka seluas-luasnya. Israel tidak lagi punya sahabat baik (anjing suruhan sebenarnya) sebagai pemerintah Mesir. Israel kini dalam ketakutan.
Biasanya orang takut akan membuat perkara yang terdesak.Dan biasanya ia ganas. Pilahanraya Mesir yang adil akan menaikkan Ikhwanul Muslimoon(IM) kerana IM sangat popular dikalangan rakyat biasa. Hamas adalah satu gerakan Islam yang berpaksi dengan doktrin IM. Israel akan cuba untuk memutuskan hubungan Hamas dan IM. Caranya mungkin mereka akan menggunakan cara yang sama bila Parti Islam memenangi pilhanraya Aljeria. Tentera digunakan untuk menumbangkan kerajaan pilhan rakyat. Kalau ini berlaku saya fikir perang duni ke-3 akan meletus kerana Islam disekat dari hak memerintah sendiri.

Walau apa pun kita berdoa lah agar keamanan kekal. Israel perlu lebih berlapang dada dan menerima pilihan rakyat. Berikan hak Palestin dan semua akan tenang..

Tahniah kepada rakyat Mesir. Bebaslah engkau dari US dan Israel dengan sebenar-benar bebas. Dan tolonglah saudara kalian di Gaza dan Tebing Barat.


Wasalam.

Sheikh Sambal.

10 February 2011

Cerita Pasal SUBSIDI

The story about 'subsidy' :


A man called Maha owns a farm which can produce 10 apples every day. He has 5 workers to operate the farm. Each of them eats 1 apple daily and it is enough to keep them operating the farm normally.

The remaining 4 apples, the landlord sells them at RM10 each and he earns RM40.

He uses the RM25 to improve the farm operation and facilities.

He gives RM2.00 to each of his workers and he keeps the remaining RM5.00 as profit.

Day by day, the farm is well developed and all of the 5 workers are happy with the money they can save.

When Maha passed away, a new landlord, Abdul, comes to continue the farm operation.

He says to the workers: 'We need to improve the farm quality and redefine our way of thinking. From now on all of you only need to pay RM1.00 for each apple you eat. It is very cheap as the price is RM10 each outside the farm.'

The workers have no choice but to pay RM1.00 for the apple they eat daily. Their earnings decrease from RM2.00 to RM1.00 per person.

As usual, Abdul sells the 4 apples and he gets RM40. He uses RM25 for farm improvement and pays RM10 to his 5 workers. He gets RM5.00 as profit. On top of that, he gets another RM5.00 from the apples that he sells to his workers. In total, he gets RM10 as profit every day.



Now ... soon, the apple price increases to RM20 each.

The new landlord gets a higher profit as he gets RM80 for the 4 apples he sells daily.

Then, he decides to give the farming improvement contract to one of his close friend, Samy.

Samy says: 'Apple cost naik, improvement cost also misti naik.'

So, the farm improvement cost increases from RM25 to RM50. In actual fact, the improvement only cost RM30. The remaining RM20, Abdul and Samy share evenly between themselves.

Let's calculate how much Abdul gets daily:

RM10 (from farm improvement cost)

RM20 (Net profit by selling 4 apples: [Gross profit, RM80] - [Improvement cost, RM50] - [Wages RM10] = RM20)

RM5 (from selling apples to his workers)

In total, Abdul gets RM35 daily compare to RM10 initially when he took over the farm from Maha. His profit increases RM25 and the workers are still getting RM1.00 daily per person.



The greedy Abdul does not want to stop there :

One day, he says to his fellow workers: 'You see ah, the current market price for one apple is RM20 and you are only paying RM1.

See how lucky you are! I have to SUBSIDISE RM19.00 for each of the apple you buy. In total, I need to SUBSIDISE RM95.00 for the apples you buy.

This will greatly burden the farm and we might go bankrupt if we continue like this.

In order to avoid bankruptcy, I need to increase the apple price that you buy from RM1.00 to RM1.50 and I will bear the remaining RM18.50 per apple as my subsidy to you all. '

So, greedy Abdul adds another RM2.50 to his current profit and the number becomes RM37.50.

After you have read the story, I am sure you have already understood the meaning of 'SUBSIDY' given by the government.

The RM95 subsidy never existed in the first place and so was the RM52 billion fuel subsidy generously 'given' by the government

Cutting fuel subsidy is actually just a reason to steal money from your own pocket ..

Greed knows NO bounds .... ! ! !

06 February 2011

Melawat Medan Tempur Politik Di Merlimau


Oleh Zulkifli Sulong Gambar Luqman H
MERLIMAU, 6 Feb: Masuk sahaja ke pekan Merlimau, anda akan saksi satu projek pembangunan rumah kedai yang sedang giat dipersiapkan.

(GAMBAR ATAS: Pekan Merlimau yang bakal menjadi medan tempur politik Malaysia)
Selepas itu, anda akan bertemu dengan sebuah masjid yang tersergam indah, Masjid Asy-Syuja'ah, Kariah Merlimau Utara. Nampaknya ia baru sahaja disiapkan.

Untuk sampai ke sana, anda hanya perlukan kira-kira 30 minit sahaja perjalanan dengan kereta dari bandaraya Melaka dengan melalui Lebuh AMJ. Selain itu, ada dua lagi jalan alternatif ke pekan Merlimau.
(GAMBAR: Masjid Asy-Syuja'ah di pekan Merlimau)
Inilah kawasan yang bakal menjadi pusat tempur baru politik Malaysia selepas bertenang di Tenang. Ia bakal menjadi medan pilihan raya kecil ke 14 selepas pilihhan raya umum 2008.

Jika digunakan pembahagian kerusi pilihan raya umum 2008, PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini. Jika PAS bertanding, pimpinan PAS telah dikemukakan empat nama untuk dibuat pilihan.

Dalam pilihan raya umum 2008, Major (B) Jasmee Tompang, 63, telah menjadi calonnya. Jasmee, bekas perwira negara selama 23 tahun di unit Renjer, adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin. Beliau juga adalah Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN) Melaka.
(GAMBAR: Bertemu dengan Jasmee (kopiah puteh), YDP PAS Jasin di Merlimau)

Dalam pilihan raya umum 2004, Jasmee bertanding di Parlimen Jasin. Namun, apabila PKR mengatakan mereka mahu meletakkan ketua pemudanya, Syamsul Iskandar Mohd Akin di situ dalam pilihan raya umum 2008 , PAS mengalah.

Namun, apabila Syamsul yang juga Pengerusi PKR Melaka tidak jadi bertanding di situ tetapi bertanding di Parlimen Dungun, Terengganu, PAS Melaka terasa sedikit terkilan.

Ini kerana, PAS memberikan laluan untuk Syamsul, pemimpin kanan PKR tetapi yang bertanding adalah muka baru yang mereka langsung tidak kenali.

Merlimau adalah salah satu dari lima Dun dalam Parlimen Jasin. Kesemuanya dimenangi oleh BN termasuk Parlimennya.
Dalam PRU 2008, PAS bertanding di tiga Dun iaitu Merlimau, Sungai Rambai dan Serkam. PKR bertanding di Parlimen Jasin dan Dun Rim manakala DAP bertanding di Dun Benbam.

Bagi PAS, Merlimau adalah antara lapan Dun terbaiknya di Melaka. Dun ini mempunyai 64 peratus pengundi Melayu, 22 peratus Cina dan 14 peratus India.
Mengikut rekod terbaru dalam SSDP (sistem komputer PAS), ada 10,741 pengundi berdaftar di sini sekarang iaitu pertambahan seramai 270 pengundi baru berbanding PRU 2008.
(GAMBAR: Umno mula bersiap untuk hadapi pilihan raya Merlimau)
Ia dipecahkan kepada tujuh Unit Peti Undi (UPU). Pada PRU 2008, calon PAS, Jasmee mendapat 37 peratus undi di sini berbanding calon PKR mendapat 16 peratus undi pada PRU 2004.
Sebahagian besar penduduk Melayu di sini adalah penoreh getah di samping menjadi pegawai kerajaan. Cina pula adalah peniaga manakala India pekerja estet dan lain-lain pekerjaan.

Boleh dikatakan, Merlimau adalah satu kawasan pilihan raya yang terjaga dengan baik dari segi infrastruktornya. Inilah persepsi yang ada apabila buat pertama kalinya melawat kawasan ini. Projek pembangunan berjalan lancar manakala untuk orang Melayu, masjid mereka tersergam indah.
Persoalannya sekarang adalah, setakat manakah peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. Semua yang ditemui berkata, ia agak rendah hatta untuk meningkatkan jumlah undi.

Namun sebagai medan latihan menuju PRU 13 ia sangat baik sebagaimana Ijok di Selangor telah menyediakan medan yang baik untuk Pakatan Rakyat menawan Selangor pada tahun 2008 lalu.

Ekoran dari diskusi inilah, ada tiga pilihan untuk PAS dan Pakatan Rakyat pertimbangkan menjelang pilihan raya ini. Pertama, sebagaimana status qou 2008, PAS bertanding di sini.

Ia nampaknya pilihan yang sangat dikehendaki oleh PAS Melaka. Mereka mahu berusaha untuk memecahkan telor kerusi mereka dalam Dun Melaka. Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman adalah pihak yang paling mahu ianya dilakukan. "Malu aku bila bercakap dengan lain-lain pimpinan PAS, bila kita kosong begini," Ustaz Ghani didengar selalu berkata begitu.
(GAMBAR: Salah satu kuil Hindu di Merlimau)

Pilihan kedua adalah memberikan kerusi ini ditandingi calon PKR, Syamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi PKR Melaka. Beliau memang pun sangat beriya-iya mahu bertanding di sini. Namun bagi PAS, pilihan ini terlalu negatif bagi mereka. Lihatlah dari perpektif manapun, ia akan membuatkan PAS Melaka marah.

Pilihan ketiga adalah memberikan peluang kepada calon BN menang percuma dalam pilihanraya ini. PR buat persiapan untuk PRU 13 yang sudah tidak berapa lama itu. Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Katiga-tiga pilihan ini ada buruk dan baiknya. Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu mempertimbangkannya.
Namun, pihak yang paling gembira jika pilihan raya ini berlaku adalah pekedai di Medan Ikan Bakar di Umbai Melaka kerana gerai mereka akan sentiasa penuh nanti.

05 February 2011

Sampai Bila di Tahrir Square?

Jutaan rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah. Begitu juga di Iskandariah. Juga di bandar-bandar lain tidak kurang hebatnya. Hari ini adalah hari yang dikatakan "Hari Berangkat Keluar (Day of Departure)" Hosni Mubarak. Rakyat Mesir bertekad untuk menghalau Mubarak dari kerusi Presiden. Beliau telah terlalu lama mencanai Mesir dan mengipas punggung Israel.
Dataran Tahrir pada hari Jumaat 4hb Feb 2011. Day of Departue...sampai malam berdemo tapi Hosni Mubarak masih buat bodoh dalam Istana Presiden

Dari siang sampai ke malam berjuta-juta manusia masih lagi tidak berganjak. Keadaan tegang dan penuh bercas. Walaupun begitu, boleh dikatakan demonstrasi berjalan dengan baik. Semua peringkat masyarakat ada. Muslim dan Koptik sama-sama berdemo mendesak Mubarak supaya berundur segera. 

Sampai bila agaknya demontrasi ini akan berjalan. Mubarak nampaknya buat bodoh jer. Tak macam bekas Presiden Tunisia yang beralah dengan rakyat yang tak mahu dia lagi. Mubarak sebijik macam sesetengah pemimpin kita di sini. Walaupun orang dah tak mahu tapi buat bodoh jer duduk atas kerusi menteri. 
Simbolik kasut untuk Mubarak. Tanda benci yang teramat-amat!

Nampaknya para demontrans masih bersemangat. Tapi kalau lama sangat Mubarak buat bodoh...orang ramai mungkin makin marah dan menyerang Istana Presiden atau pun yg lebih parah...letih dan balik rumah masing2.  Kita tak mahulah korban demo terbaru ini jadi sia2. Eloklah Mubarak belah cepat...beri kepimpinan kepada rakyat Mesir...
Cukuplah Hosni Mubarak memerintah secara diktator selama 30 tahun!.

Ikhwanul Muslimin sudah lama bersedia untuk meneraju Mesir. Mubarak selama ini sangat takut pada Ikhwan. Sebab tulah sebenarnya dia tak mahu berundur. Tuangnya Israel yang suruh Mubarak mengekang Ikhwan. Sekarang rakyat Mesir sudah bosan dengan Mubarak dan Israel. Sbb tu mereka turun berdemo dan menghalau Mubarak. 
Muhammad Badie - Pemimpin Ikhwanul Muslimun. Berupaya membawa Mesir menjadi  Negara Islam yang  dinamik dan bebas dari Israel?

Kita mahu melihat Mesir yang kuat dan bukan pencacai Israel. Kita Mesir yang dipimpin secara adil dan saksama. Hanya Ikhwanul Muslimin dapat memberikan keadilan dan kemanan di Mesir. Amerika mungkin tak berapa tenang dengan Mesir di bawah Ihkwan tetapi pilihan rakyat Mesir. Amerika yang kononya penjaga suara rakyat dan demokrasi mesti memberi peluang kepada rakyat Mesir memilih. Selama ini hipokrit Amerika membiarkan 'yesman' nya si Mubarak kekal memerintah Mesir secara diktator. Kini tidak lagi!. Rakyat Mesir sudah bersuara. Warga dunia perlu menyokong teriakan keramat mereka...

Undur! Undur! Mubarak undur!!!


Sheikh Sambal.

03 February 2011

Isu Nasionalisme : Jawapan TGNA Untuk Tun Mahathir


Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?”

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. 

Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. 

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.  Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. 
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. 

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? 

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. 

Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. 

Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? 

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas  wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? 
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama  jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? 

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?  Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. 

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta  menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.  

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. 

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.  

Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. 

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

GONG XI FA CHAI!

Selamat Menyambut Tahun Baru Arnab kepada semua pengunjung dan sahabat2 kaum Tiong Hua.... terutamanya geng2 Dewan Himpunan Penyokong PAS dari semua pelusuk dunia.. Semuga tahun baru ini membawa berkat dan hidayat kepada semua kita...

Sheikh Sambal

02 February 2011

Kebangkitan rakyat Mesir: Saat sekutu Israel dijatuhkan Allah

Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut. Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam. Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas). Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini? Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa. Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat. Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.

Sekian, wasalam.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M

01 February 2011

Tenang Bergenang..PAS Bertenang

Orang Melayu Felda dan pendalaman Johor nampaknya masih pekak darah UMNOnya. Undi mereka tak menang dek PAS. Walaupun PAS datang dengan calon yang terbaik berbanding calon BN yg berbeban dengan kes mahmakah dan tuduhan salah guna kuasa. Pun begitu BN/UMNO menang dengan majoriti yang bertambah.
Walaupun kawan selimut UMNO, Si Mamat Soi Lek berjuih mengutuk Islam, Melayu Felda di Tenang tidak nampak celanya Soi Lek berbuat begitu. Undi mereka pada UMNO tetap bertambah. Berlainan dengan Cina Labis. Mereka menyokong PAS walaupun sebahagian besar mereka tak dapat pergi mengundi kerana BN/UMNO menggunakan jentera kerajaan untuk tidak mengangkut mereka ke tempat mengundi dalam banjir yang melanda.
 Penghinaan Soi Lek yang dibiar dek UMNO, maka bala pun turun. Bergenang Tenang dalam Banjir. Habis Johor, Segamat, Kota Tinggi, JB dan Labis. Tak sempat habis hari mengundi. Banjir menyesak. Bergenang.

PAS tetap tenang menghadapi ujian Allah. Dah memang biasa kalah. Jadi kalah kali ini bukan susah didepani. Tenang tenang sahajalah... kerana sebenarnya PAS menang di sisi Allah. Bukan keputusan yang penting tetapi usaha untuk mendaulatkan Kalimah Allah di Bumi Labis. Itu yang sebenarnya.

Tenang bergenang dengan banjir...tetapi PAS tetap tenang menghadapi ujian....

Sheikh Sambal