31 July 2009

Lagi Satu Pilihan Raya Kecil.....

Baru dapat email dari sahabat....

Al-Fatihah,

Berita dari adik arwah YB Haji Hamdan, ADUN Permatang Pasir (PAS), Pulau Pinang
meninggal sebentar tadi selepas komplikasi pembedahan di IJN.

Nampaknya satu lagi Pilihan Raya Kecil di Pulau Pinang.....

30 July 2009

UTUSAN MOHON MAAF PADA TGNA


PERMOHONAN MAAF
Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.
Nota: Tempelan dari Utusan Online 30/7/09
Sheikh Sambal - Mintak maaf mintak jugak...tapi dalam masa yang sama tak habis2 kutuk lagi TGNA lihat sini
Memang dasar pencacai UMNO!.

29 July 2009

Negara Kebajikan: Mana Dia???

Pakatan Rakyat berdegar2 mengatakan mereka lebih baik dari BN. Memang sepatutnya begitu kerana PR/PAS menjaja Negara Berkebajikan dalam PRU 12 yang lalu. Kini PR telah memerintah 5-1 negeri di Semenanjung Malaysia tetapi kita belum nampak Negara Berkebajikan ini di praktikkan seadil-adilnya.
Sheikh Sambal baru pulang dari kampung semalam. Lama dah tak balik. Bila balik sekali SS ambil kesempatan menemui rakan lama dalam PAS Hulu Langat dan juga Ketua Kampung PR yang baru di lantik.
Rakan lama SS dulunya seorang 'gedebe' UMNO yang menjadi orang hadapan dalam setiap perhitungan UMNO. "Samseng" UMNOlah senang cakap. Setelah lama duduk dalam UMNO beliau mendapat hidayah. Beliau masuk PAS pada tahun 2006 selepas tidak tahan melihat kebobrokan UMNO dalam membelasah wang rakyat.
Sejak masuk PAS beliau mewakafkan dirinya dalam perjuangan. Di mana sahaja adalah program PAS jika diminta beliau akan bekerja. Air kuning pancut dan pemedih mata FRU sudah biasa dengannya. Dalam apa juga demonstrasi, beliau adalah orang yang setia mengangkut 'mobile' PA sistem ke mana saja. Tanpa PA sistem itu, tentunya demo anti minyak naik di KL dulu tiada bisanya.
Kini PR telah menang di Selangor. Tapi orang yang berjasa seperti sahabat SS tadi tidak diberi penghargaan yang sebetulnya. Dulu masa Khir Toyo berkuasa beliau melawan BN tanpa mendapat apa-apa. Makan minum ank bini disara dengan beerja sendiri. Ambil upah sana-sini dalam apa saja projek yang ada.
Kini bila PR telah berkuasa, tidak bolehkah PR memberi beliau penghargaan atas jasa. Bukan beliau mahukan projek berjuta-juta, tetapi sekadar dapat menampung kehidupan cukuplah. Apalah salahnya berikan beliau kerja memotong rumput di jalan-jalan atau padang awam. Atau mengankut sampah dari taman-taman poerumahan yang banyak di Semenyih sana.
Yang hairannya kudrat beliau sentiasa dipinta. Kerja amal sana, kerja amal sini. Arahan pimpinan sana arahan pimpinan sini. Memang. Mengisi kemenangan memang lebih perit dari mendapatkan kemenangan itu. Tetapi dengan kuasa yang ada tentunya nasib orang-orang yang memerlukan seperti sahabat SS ini tentunya dapat dijaga. Lebih-lebih lagi bila kudrat dan kerja kuatnya masih dipinta.
Berilah kemudahan kepadanya bukan asyik meminta saja tetapi kebajikan kawan tu tidak terjaga. Kini van buruk yang beliau beli untuk kerja jemaah pun terpaksa disorok kerana sudah 6 bulan tidak dibayar. Motor kapcai yang dibeli di kedai Cina pun cukai jalan tak ada. PR Selangor sepatutnya memberikan perhatian terhadap pendokong-pendokong mereka selama ini. Jika bukan kerana penat jerih mereka, PR mungkin masih melalak depan di bangku pembangkang dalam DUN Selangor.
Ketua Kampung SS pun ada komplen tentang Kerajaan PR Selangor. Peruntukan yang dijanjikan belum dilaksana. Bajet untuk 2008 dah habis, katanya. Bukan banyak yang diminta. 4km jalan kampung yang perlu diturap dan meluruskan sungai kampung yang tak pernah diselenggara sejak 30 tahun dulu. Masalah orang kampung bukan susah sangat nak selesai. Peruntukan yang dah ada buatlah segera. Sungai yang bengkang bengkok kini merosakkan tanaman dan kebun orang kampung. Ban pasir yang dah roboh harus dibuat semula untuk mengelakkan banjir kilat bila ada hujan lebat. Ini soal keselamatan orang kampung. Bukan soal main-main. MB harus kembali ke akar umbi. Jika pengundi akar umbi tidak dijaga, nanti datang PRU13 lihatlah bagaimana mereka berbondong-bondong mahukan BN semula. Kononya BN lah yang pandai mentadbir negeri.
Contoh terbaik adalah email yang SS dapat dari seorang sahabat penggiat Sekolah Tahfiz di Selangor. Bacalah luahan hatinya mengenai sikap ahli politik dan pentadbiran Kerajaan PR. Semuga kita mengambil iktibar dan muhasabah diri. Jika berterusan begini, jangan harap PR akan dapat mengekalkan Selengor!!
.............................................>>>>>><<<<<<<................................................
From: Anne
To: Mekar_IDG@yahoogrou ps.com
Sent: Monday, July 27, 2009 7:50:42 PM

Assalamu'alaikum Alaq,

I nak tanye sikit... sebab I nak tau.
You selalu berurusan dengan JAIS, LZS, MAIS (semua nye dibawah Kerajaan Negeri Selangor... bukan kerajaan persekutuan) , you nampak ada ke perbezaan ke di antara kerajaan selangor dulu (BN) dengan kerajaan selangor hari ni (Pakatan Rakyat). Sama 2X5 ke... lagi okay ke... lagi teruk?
Account MQU: Muamalat 14 05000 2280 716, betul kan?

- anne
...............
From: Alaq
To: Mekar_IDG@yahoogrou
ps.com
Sent: Monday, July 27, 2009 8:23:49 PM
Waa'laikumussalam wa rahmatullah Sdri. Anne,
Untuk saya (yang bukan kroni) mereka adalah 2X5 malahan semasa kerajaan BN, untuk kami (PITAS) berurusan dengan Datuk Rahman Pahlil (UMNO) exco agama di era Khir Toyo adalah jauh lebih baik kerana dia:
1. tak bagi false hopes
2. tak lambat bila dijemput ke majlis
3. untuk buat appointment dengan dia lebih mudah
4. bila kami bercakap, dia dengar dan tidak mengelamun

Antara JAIS dengan MAIS, MAIS baik sikit dari segi kerjasama tetapi kesinambungan tak ada i.e bila meeting tak pernah ambik minits (JAIS&LZS pun sama).At first kami ingat ada mungkin seorang exco kerajaan negeri yang boleh di pakai i.e YB Dr.Halimah Ali (Pendidikan Tinggi), tapi it turned out, theory "kalau orang politik, politik jugak!" still stands.
Cuma ada one good thing out of Pakatan Rakyat memerintah, ALLAH has developed in me an attitude kalau nak belasah cakap dengan pemerintah-belasah aje. No diplomacy needed, just say what you feel is right (with facts of course). Masa BN memerintah dulu sikap ni tak ada sebab kita lahir-lahir celik mata BN dah memang memerintah, kita grew up developing status quo attitude, status quo orang ditindas!.
-Alaq

Sheikh Sambal: Pimpinan PR tolong ambil peduli dan perbetulkan apa yang tak kena!!

22 July 2009

Gerhana Matahari Melintas Asia


Gerhana Matahari yang terjadi hari ini adalah yang terpanjang masanya dalam kurun ini. Bermula dari Pakistan dan India merentas Benua Asia sehingga ke China dan Jepun dan tamat di kawasan Pasifik.
Dengan tamatnya gerhana hari ini maka terbuktilah bahawa dakwaan yang kononnya gempa bumi besar yang mengakibatkan Tsunami akan berlaku adalah BOHONG sama sekali. Khabar angin tentang Tsunami ini bertiup kencang selama beberapa bulan sebelumkejadian gerhana ini. Ramai orang yang terkesan dengna berita palsu itu sehingga menyebabkan tindakan yang tidak rasianal dilakukan seperti membeli bahan makanan untuk disimpan dan mencari tempat tinggi untuk lari dari tsunami khayalan itu.
Ramai yang tergangsu emosi kerana terlampau risau dan takut tsunami ala Acheh akan berlaku. Anak-anak tidak dibenarkan pergi sekolah kerana takut sekolah akan dilanda tsunami. Ramai yang bermaaf-maafan juga kerana bimbang maut disebabkan tsunami ini.
Seperti yang Sheikh Sambal tulis semalam, semua kebimbangan dan ketakutan ini tidak berasas. Hari jelas gerhana matahari yang kita lihat merentas asia sangat menakjubkan. Ia adalah salah satu tanda kebesaran Allah swt.
Di bawah ini Sheikh Sambal nukilkan gambar-gambar gerhana Matahari yang datang melawat Asia. Sekali lagi gerhana panjang seperti ini akan berlaku pada tahun 2132. Beruntungllah kepada orang-orang yang dapat melihat fenomena ini.





Berbagai-bagai gaya manusia rantau Asia menikmati keindahan fenomena alam ciptaan Allah.
Baby lihat gerhana, Jepun.

Anjing laut pun tak mahu ketinggalan tengok fenomena alam ini.

Sessi penerangan tentang gerhana matahari di China.

Melihat gerhana matahari di Jepun....canggih.

Gaya hensem sami Hindu tengok kebesaran Allah swt.

Awek Filipina, Chipsmore dan Gerhana.... mmmm..

Satu keluarga Melayu Mindanao tidak lepas peluang menikmati pemandangan gerhana. Solat sunat dah buat ke bang...?

Gelagat koporat Seoul dengan gerhana...

Manakala di Thailand... tiada tali, akar pun berguna...


"Ahh... kaca pun kaca lah..." ni di Hoabeng, China.

Menyaksikan gerhana secara berjemaah di Hong Kong...



Cincin permata alam.....

Gerhana di balik minar masjid di Bangladesh.


Penganut Hindu merayakan gerhana dengan mandi dan berdoa di Sungai Ghanges, India.



Melihat gerhana di Beijing.


Nota: Gambar-gambar di atas di petik dari sumber AP dan Reuters

21 July 2009

Tsunami 22 Julai 09 : Dakwaan PALSU!!

Sekarang kecoh satu Sarawak terutamanya di kawasan pesisir pantai Miri dan Bintulu kononnya satu Tsunami besar berlaku di Laut China Selatan. Email dan SMS bertiup kencang bak api semarak memakan lalang kering.
Ramai orang yang terpercaya dengan dakwaan KARUT ini. Ada yang telah menyimpan dan membeli barang makanan dan susu untuk anak2 sebanyak-banyaknya. Ada yang takut mahu menghantar anak-anak ke sekolah. Kononnya kalau Tsunami berlaku biarlah dihadapi bersama. KALAU NAK MATI BIARLAH BERSAMA! Ya!! Sehingga begitu sekali!!.
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.."
( al-Qur'an, al-Hujurat ( 49 ) :6 ).
Dari awallagi sejak email Tsunami ini muncul dalam inbox penulis pada awal May 09 dulu, penulis istiqamah menyatakan bahawa ini adalah berita palsu.
Mengapa ia palsu?
1. Kerana ia adalah email yang di'forward'kan banyak kali. Jadi ia tiada kredibiliti.
2. Kerana berupa dakwaan benda akan datang. Hanya Allah swt Ta'ala sahaja yang tahu perkara yang akan datang. Cara email itu ditulis seperti penulisnya adalah tuhan!
3. Saintis terkemuka telahpun menyanggah dakwaan palsu ini.. lihat sini..
4. Cara email ini ditulis hanya dengan tujuan untuk menakut-nakut orang ramai. Orang yang beriman sepatutnya tidak terpengaruhi dengan perkara seperti ini.
5. Dakwaan tersebut adalah berdasarkan gerhana matahari penuh yang akan berlaku besok di China. Tarikan graviti akan berada di tahap maksima dan ketika inilah kononnya akan berlaku gempa bumi besar yang menyebabkan Tsunami... Tahukah anda bahawa gerhana matahari dan bulan berlaku setiap tahun dan tidak pernah pun menyebabkan gempa bumi walaupun kecil. Tarika memang berlaku tetapi hampir tidak dirasai sebenarnya.
Brian Shiro, seorang saintis dan ahli geology, dalam menangkis dakwaan ini mengatakan...
" While researchers have and continue to investigate any (weak, if any) relationship earthquakes have with the tides, the scientific consensus is that great earthquakes cannot be triggered by the very weak tidal forces imposed on them, even when these forces are at their maximum during eclipses. (Tiny earthquakes may sometimes correlate with the tides, but those are never dangerous and certainly not tsunamigenic.) The July 22 prediction is simply speculation and is NOT based on science. This type of hoax preys upon people's fears and spreads unnecessary and perhaps even dangerous false alarm. "
Sheikh Sambal ingin menyeru kepada semua lapisan masyarakat supaya tidak mempercayai dakwaan tsunami palsu ini. Jika anda mempercayainya maka sesungguhnya anda tertipu!!

20 July 2009

Peranan Harakah Mengalih Arah...

Semalam Sheikh Sambal(SS) berpeluang melawat seorang pakcik, yang SS pangil Pak Usu. Beliau pencen pegawai kerajaan dan seorang ketua masyarakat setempat. Beliau bukan sahaja di hormati oleh masyarakat setempat, malah mendapat kepercayaan dan dipandang tinggi oleh penguasa politik tempatan. Malah menurutnya Pak Menteri sendiri secara spontan melantiknya menjadi pengerusi JKKK di hadapan orang-orang kampung bila beliau menyakinkan Pak Menteri tersebut tentang sebab-sebab mengapa undinya merosot pada pilihanraya DUN Sarawak yang lepas.

Rumah beliau adalah bilik gerakan BN/PBB semasa pilihanraya dan menjadi pusat aduan tentang hal-hal setempat. Jika Pak Menteri datang ziarah kawasan wajib singgah di rumahnya. Bak kata orang kamchenglah Pak Menteri ni dengan Bang Aji (panggilan mesra Pak Menteri dengannya) ni.

Apa yang Sheikh Sambal nak ketengahkan di sini ialah minda Pak Usu ni yang tak terpengaruh dengan media mainan BN. Semua isu semasa yang hangat diperkatakan di dada-dada akhbar dan TV tidak diterimanya bulat-bulat. Beliau akan membuatpenilaian sendiri setelah membaca atau mendapatkan berita dari pihak yang satu lagi.

Walaupun bukan ahli PAS atau Keadilan, akhbar Harakah, Suara Keadilan dan Siasah yang terbaru sentiasa sahaja ada di rumahnya. Bila berbicara dengannya tentang hal-hal semasa, kata-katanya seperti Tok Guru. Dengan SS beliau mengaku bahawa jiwanya PAS tetapi luarannya nampak seperti orang Pak Menteri.

Pak Usu SS ni juga ketua kumpulan Dikir (Zikir Marhaban) kampungnya. Setiap minggu mereka berlatih berdikir di rumahnya. Ahli kumpulan Dikirnya semua orang PBB, tapi itu dulu masa mula-mula tubuh kumpulan Dikir 4 tahun lepas. Kini, katanya pada SS, semua mereka adalah pemangkah PR.

Begitulah Harakah memainkan peranan memberi penerangan kepada rakyat. Kata Pak Usu, jika semua orang baca Harakah, insyaAllah BN akan runtuh dalam PRU akan datang. Benarlah kata Pak Usu tu. Kawan-kawan kumpulan Dikirnya yang semuanya dulu penyokong kuat Tok Uban kini telah beralih arah. Bukan senang menukar mind set orang tua, tapi Pak Usu dengan hujah Harakahnya telah dapat menambahkan undi kita.

SS rasa biarlah dia bergerak dikalangan masyarakt BN totok di sana. Sebagai figure head dengan Minda Harakahnya, tentu sekali beliau amat berguna dapat mengalih arah Votes Base mereka.

Takbir!!

18 July 2009

SPRM mahu rampas kerajaan negeri Selangor?

MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.

Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.

Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Jawapan tegas

Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.

Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.

Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini. (17 Julai)

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh:

Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan

Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP

17 July 2009

The Wrath Of The "Powerful"

Yesterday the setpol for Selangor Exco Ean Ean Yong Hian Wah was found death at SPRM Selangor. He was taken to the SPRM office for questioning regarding the accusation of misuse of state government fund for ADUN among the PR legislators.

Now let our police carry out the proper investigation to find out what realy happened to the late Teo Beng Hock, 30.


There is something fishy about the whole episode. The sudden spates of investigations came after Khir Toyo and his gang were suspended from the DUN with all benefits of an ADUN revoked during the suspension time which is from 6 to 12 months.


ADUN and MP have allocations from the government to distribute in the constituency in the interest of the rakyat welfare. RM500k is allocated to each ADUN every year. The money shall be used to help the communities the serve regardless of political inclination or class.


Misappropriations of the fund happen and investigation must be conducted and if found guilty, the person or persons in charge must be penalised. However, selected prosecutions must not be practised.


If SPRM wants to investigate, do go ahead but investigate also the various reports submitted by the opposition during the Khir Toyo era. Why only now the SPRM (formerly BPR) acts so promptly to reports but previuoly did not. What happen to the many documents submitted by one Ahmad Lotfi accusing Khir Toyo corrupt practices.


Wah... when Khir Toyo and his men were sentenced to 6-12 moths suspension, suddenly SPRM swing into action to start investigation on PR Wakil Rakyat. Was SPRM acted on demand of revenge by certain quarters??


Let us be fair, Mr SPRM. Please continue your investigations on the PR ADUNs but also open your investigation on the fund distributions during Khir Toyo MB terms. From what we gathered when PR took over the Selangor state government in March 2008, the funds were nearly finished. In 3 months RM500k allocations for each ADUN were nearly dried up. In 3 months!. BN ADUNS must be very efficient in distributing these monies, yeah!.


SPRM must not let themselves to be a tool for UMNO to get even on the PR. Is this UMNO revenge?


There is a very good read from Malaysia Today. Check out what happend according to RPK report.






15 July 2009

Apa Ertinya Menang Di Manek Urai?

PAS menang Manek Urai dengan majoriti 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi manakala BN mendapat 5,283 undi. Pada PRU 12 Mac 2008 yang lalu PAS menang dengan majoriti 1,352 undi. Tapi pada PRU 11 tahun 2004 BN menang 53 undi.
Majoriti PAS merudum dari 1352 undi kepada cuma 65 undi. Dalam PRU 12 Mac 2008 majorit undi PAS meroket naik dari kalah 53 undi kepada menang 1352 undi. Apa ertinya semua ini?
Manek Urai memang bukan kubu kuat PAS. Penduduk di sana bebas mengundi siapa saja. Memang PAS mahu pun BN mempunyai 'base' pengundi yang tidak akan beraleh ke mana-mana. Kedua-duanya mempunyai lebih kurang 40% undi. Kemenangan sebenarnya ditentukan oleh 20% pengundi 'pragmatis'. Mereka ini kebanyakannya orang muda 40 tahun kebawah. Mereka tidak taksub kepada mana parti tetapi mereka akan melihat siapa calon dan apa yang mereka dapat jika mengundi calon tertentu.
Pengundi pragmatis ini boleh sahaja beraleh arah dalam masa sekelip mata. Faktor Tok Guru dan Tok Pa (Dato' Mustapa Muhammad) tidak lekat dengan mereka. Mereka mahu perubahan dan pembangunan tetapi masih dalam ruang lingkup Islam. Golongan pengundi pragmatis boleh sahaja terpengaruh dengan janji manis pembangunan. Janji jembatan baru sudah tentunya menarik pada mereka.
Bawalah seribu poster gambar Tok Guru Nik Aziz menagis dalam munajat kepada Allah swt, para pengundi pragmatis ini takkan rasa apa-apa. Lain kesannya pada ahli PAS tegar. Gambar itu tentunya akan digantung tinggi di tengah rumah.
BN berkokok mengatakan kini perubahan besar sedang berlaku di Kelantan. Rakyat Kelantan sudahmeluat dengan PAS kerana itulah majoriti PAS merudum. Tapi ingat, PRU 11 PAS kalah 53 undi dan pada PRU 2008 melonjak kepada majoriti 1352 undi!.
Rakyat Kelantan sebenarnya bijak memilih. Jika PAS mula nampak bermasalah dalaman dan calon yang kurang menarik dari BN, maka mereka akan memilih BN. Tetapi bila BN buat hal tak tentu maka mereka akan mengundi PAS pula.
Oleh kerana itu, PAS perlu memperbaiki masalah imej mereka yang tercalar disebabkan pergolakan PAS Kelantan dan PAS Pusat. Isu lapok (walaupun masih segar bernyawa sebenarnya) seperti rasuah, pengundi hantu, penggunaan jentera kerajaan dan SPR yang berlagak seperti cawangan UMNO bukan perkara utama yang harus di'post mortem' oleh PAS.
Muhasabahlah diri. Banyak kelemahan PAS yang harus diperbaiki. Setiakawan dan perpaduan dengan parti Pakatan Rakyat yang lain mesti di'gamgajah'kan. Para pemimpin mesti berhati-hati dalam membuat kenyataan. Sedikit angkuh akan menyebabkan beribu-ribu undi lepas kepada lawan.
Pembangunan Bersama Islam bukan setakat slogan yang gah tetapi harus benar-benar dijalankan. Kemudahan asas mesti diberi kepada rakyat. Alasan tidak ada peruntukan dan kekurangan duit tidak akan diterima. Sebagai pemerintah MB dan exconya perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah kewangan kerajaan negeri. Royalti minyak Kelantan mesti terus dituntut. Jika perlu dibawa ke Mahkamah, pergilah tuntut keadilan. Isu royalti akan menjadi isu penentu dalam PRU 13 nanti.
PAS mesti terus memberi khidmat kepada rakyat. Tempat seperti Manek Urai adalah tempat tumpuan BN untuk merampas Kelantan dari PAS. Para pimpinan PAS jangan leka dari mengunjungi rakyat di sana. Rapati dan fahami masalah mereka. Berikan penyelesaian yang terbaik kepada masalah rakyat. Rakyat akan tentu memilih pemimpin yang prihatin kepada mereka. Hanya cara ini sahaja dapat mengekalkan para pengundi pragmatis kepada PAS.
Jika PAS silap langkah, dengan sekelip mata sahaja para pengundi ini akan berkampung dalam pelukan BN!!.

09 July 2009

Bangunan Baru DUN Sarawak: Pembaziran Atau 'Masterpiece'?

Bangunan DUN Sarawak yang baru siap. Akan dirasmikan pada hujung julai dan pertama kali akan digunakan untuk Persidangan Raja-Raja Melayu hujung bulan ni.

Nota: Bangunan putih sebelah DUN itu ialah Astana bekas tempat kediaman Rajah Brooke, kini diduduki oleh TYT Sarawak

Sore di tebingan Sungai Sarawak

Mentari makin berlabuhdi balik Gunung Serapi

Pemandangan DUN Baru Sarawak waktu senja.... di tebingan Sungai Sarawak yang mengalir manja..



DUN baru
Tampak dari kamarku...
Aku pun terfikir
Bagaimanalah nasib nelayan di sebelah tebing sana
Hidup miskin dihimpit fana
Berjirankan DUN mewah melata
Sepinggan nasi terpaksa dikira
Tapi negeri kaya raya
Punya DUN baru
Yang berharga beratus juta
Nelayan Sungai Sarawak
Mata sedap memandang
Hati geram
Nasi hari ini
Berlauk apa...
Ikan masin? Kalau ada..
Mungkin juga Siput babi
Di celah paya.....
.
.
.
.
.
Sheikh Sambal
16 Rejab 1430












08 July 2009

RWMF: Risiko Penularan Besar Selsema Babi


Rainforest World Music Festival (RWMF) akan bermula esok di Kampung Budaya, Damai, Kuching. Di jangka lebih 20,000 orang yang rata-rata pelancung asing akan menghadiri pesta muzik ini. Tahun ini adalah tahun ke-12 pesta muzik tradisional dari kawasan hutan hujan seluruh dunia. Selain itu ada juga persembahan muzik tradisi dari tempat-tempat seperti Amerikas, Eropah, India dan China.

Setiap tahun pengunjung datang untuk menikmati RWMF di Kuching. Kini ia telah menjadi satu tarikan pelancung yang dimanipulasi sungguh oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk menarik tukaran wang asing yang lumayan.

Dalam keadaan Selsema Babi menular secara exponential, kerajaan sepatutnya mengambil langkah yang lebih bertanggungjawab, iaitu membatalakan RWMF!. Bukankah kemasukan Selsema Babi H1N1 ke Malaysia disebabkan oleh para pelancung atau rakyat kita yang balik dari negara-negara yang menghadapi penularan serius penyakit ini.

Kerajaan baru-baru ini menyuruh para pelajar Malaysia supaya tidak balik ke Malaysia kerana takutkan penularan Selsema Babi yang lebih teruk. Tetapi bila ada kepentingan kewangan (pertukaran wang asing dari para pelancung), sanggup pula mengambil risiko untuk menggalakkan para pelancung datang untuk meramaikan RWMF di Kuching.
Sedangkan pelancung yang datang pada kadar biasa pun ramai pembawa H1N1 bolos lalu menjangkiti orang tempatan, inikan pula dengan kedatangan pelancung secara beramai-ramai pada satu masa. Sarawak setakat ini telah ada 16 confirmed cases Selsema Babi. Kita takut selepas RWMF ini kes-kes baru Selsema Babi akan melonjak tinggi.
Apa persiapan Sarawak untuk menghadapi kemungkinan ini? Yang kita tahu persiapan yang sedang lancar di buat ialahpersiapan untuk mengaut duit dari para pengunjung RWMF!.



03 July 2009

Angkara BABI!!

Rajuk DAP di Kedah dah sampai ke puncak. Katanya PAS Kedah tak bagi layanan baik pada dia. Bila Kerajaan PAS Kedah robohkan tempat sembelihan BABI maka DAP tak tertahan lagi lalu merajuk keluar Pakatan Rakyat. Walaupun DAP Pusat tak kata apa lagi DAP Kedah buat keputusan sendiri keluar PR. Mana tidaknya, tempat sembelihan binatang yang DAP suka makan kena roboh!. Memang DAP Kedah kata perobohan pusat penyembelihan BABI itu bukan sahaja sebabnya DAP Kedah melenting. Ada banyak isu lain (Apa??!!). Tapi BABIlah pemangkin yang membuatkan DAP Kedah tak tahan lagi engan PAS.


Bukan setakat DAP Kedah yang disakat BABI, bahkan satu dunia sekarang kena sakat. Swine Flu atau Selsema BABI atau nama kelirunya Influenza A (H1N1) mengganas dihampir seluruh pelosok dunia. Asalnya dari BABI yang kena selsema, virus H1N1 yang menyerang BABI itu bertukar (mutate) menjadi sejenis virus yang boleh menjangkit kepada manusia. Berbeza dengan virus SARS (Selsema Burung), virus yang berasal dari BABI ini berupaya untuk berjangkit dari seorang manusia kepada manusia lain. Selsema Burung susah dikawal kerana burung boleh terbang kemana sahaja tetapi penulran antara manusia kepada manusia yang lain tidak berlaku. Ia habis di situ sahaja.


Tidak dengan BABI. Selagi kita tak jumpa vaksin untuk Selsema BABI ini maka manusia akan tetap disusahkannya. BABI selsema manusia pulak yang sengsara.

Dulu BABI juga yang buat hal di Bukit Pelanduk. Mula-mula JE, kemudian terbit Nipah Virus. Nipah virus ini disahkan timbul di kawasan ini. Tempat lain tak ada, sebab ternakan BABI terlampau huru hara di sana. Tiada penjagaan kebersihan yang sepatutnya. Najis dan kumbahan BABI bergelumang seadanya dan disalurkan terus sungai. Nyamuk gigit BABI dapat virus dan gigit pula manusia hantar virus. Manusia sakit lalu mati. Satu Malaysia kecuh. Maka Tun Abdullah Badawi (masa tu TPM) pun diarah untuk mengawal suasana.

Mat Sabu kata 'Badwi di negara Arab jaga unta tapi badawi di Malaysia jaga BABI'. Berjuta BABi di Bukit Pelanduk (Bukit Babi sepatutnya....sic) pun dibunuh untuk selamatkan manusia. Negeri Sembilan Darul Khusus nyaris ditukar nama jadi Darul Khinzir!.

Dulu penulis pernah terbaca berita akhbar tentang satu kejadian di sebuah ladang sawit di Sarawak. Seorang pekerja Indonesia magti dirodok oleh seekor BABI hutan jantan (Wild Boar). Kawannya sempat memanjat pokok. Dari atas pokok itu dia lihat bagaimana kawannya dirodok-rodok oleh BABI jantan tersebut. Habis perut terburai. Dah tu BABI tu dengan pelahapnya memakan isi perut mangsanya. Nampaknya bukan buaya saja makan orang!

Kerajaan PR Negeri Selangor yang baru mengambil alih negeri beberapa bulan yang dulu pun hampir goyang oleh sebab isu BABI. Walaupun UMNO punya cadangan asal untuk meladang-modenkan penternakan BABI dengan kroninya jadi tonggak utama, kerajaan PR yang dituduh mahu memBABIkan kawasan orang Melayu!. Hampeh!!

Itulah hikmahnya Allah haramkan memakan BABI penajis mughalazah. Masalah BABI selesai kalau orang tak makan BABI lagi. Tak ada penyakit yang pelik-pelik dan dunia akan jadi lebih bersih dan harum.

Bolehkah ini berlaku? "Tentu saja", kata guruku. "Kalau satu Malaysia masuk Islam. Tak ada lagi orang yang nak makan BABI, tak adalah BABI diternak lagi maka segala masalah yang berkait dengan binatang ini pun hapus..."

Mmmm...... Impian 1 Malaysia...