SMS dari Ustaz Nasha petang tadi menggembirakan Warga PAS Miri. Kini pasti sudah PAS akan meletakkan calonnya di DUN N65 Senadin. Da para duat nampaknya dimakbulkan Allah yang Maha Esa.
Sheikh Sambal turut bersyukur dengan kemenangan pertama ini, iaitu meletakkan calon PAS di kubu BN. Ramai juga akan bersyukur dengan perkembangan ini. Tentunya pencinta Islam di daerah sini. DAP pun telah berjanji akan turut berkempen untuk memenagkan calon PR/PAS. Penduduk Senadin pastinya kini berpeluang untuk memberi mandat kepada PAS/PR untuk mewakili mereka dalam DUN Sarawak.
PAS sejak 2 tahun lepas telah turun ke lapangan di DUN Senadin. Menjenguk keperitan penduduk di Tudan, Kg. Sealine, Kg Wireless, Permyjaya, Kg Muhibbah & Kg Masjid Kuala Baram. Mereka ini kebayakannya mengundi BN apda pilihanraya ke 9 pada 2006. Janji BN untuk meningkatkan taraf hidup mereka hanya tinggal janji. Jurang kemiskinan mereka amat jauh dibandingkan dengan para taukeh di Luak Bay.
Taib dan BN/SUPP kini akan digegarkan oleh PAS/PR di Senadin. Jentera PAS/PR telah memulakan langkah perjuangan. Kemenangan adalah pasti. Jika menang undi wakil kita akan jadi YB. Kalau kalah undi pun masih menang juga di sisi Allah dan PAS akan lebih dikenali di Negeri Kenyalang ini.
Para pejuang, ayuh kita ke medan. Ini perang pilihanraya. Ini jihad kita. Kalau kta mati dalam jihad ini, mati kita mati SHAHID.
Sheikh Sambal.
No comments:
Post a Comment