30 August 2010

Hati-Hati Berbuka Di Hotel!

Utusan Malaysia 18/8/10 melaporkan bahawa 70% hotel-hotel sekitar Lembah Kelang yang tidak mempunyai Sijil Halal JAKIM menawarkan BUFET RAMADHAN yang bercampur arak dalam hidangan makanan mereka. Lihat laporan di sini.

Ini amat mengerikan kerana Bufet Ramadhan amat popular di seluruh negara dan perkataan BUFET RAMADHAN itu sendiri membawa tanggapan bahawa semestinya makanan yang disediakan itu halal. Maklumlah kan makanan untuk Orang Islam berbuka puasa. Bila Orang Islam makan mestilah halal. Itu diketahui oleh semua orang. Malangnya kebanyakan hotel-hotel ini tidak memperdulikan sensitiviti pelanggan-pelanggan Muslim mereka. Contaoh terbaik adalah sos yang dicampur arak kononnya untuk menambah perisa (lihat sini).

Gambar di atas sekadar hiasan.
Pemantauan dari pihak JAKIM nampaknya telah membongkar isu halal ini. Tahniah kepada JAKIM kerana lebih agresif sekarang. Sepatutnya dari dulu lagi JAKIM berlaku garang begini.

Bufet Ramadhan menjadi kegilaan semenjak tahun 1990an. Bulan Ramadhan menjadi bulan yang ditunggu-tunggu oleh hotel-hotel dan kelab-kelab untuk membuat banyak duit dengan menyediakan perkhidmatan berbuka puasa kepada orang ramai. Kebanyakan tempahan bufet ini dibuat oleh syarikat-syarikat untuk meraikan pelanggan-pelanggan dan kakitangan Muslim mereka.

Kambing golek, antara hidangan yang amat popular dalam Bufet Ramadhan.
Bufet Ramadhan tumbuh seperti cendawan tetapi pemantauan kesucian serta kehalalan makanan yang disediakan amat kurang. Maka hotel-hotel yang hanya mengira kantung mereka tidak memperdulikan soal halal haram makanan yang disediakan. Yang penting hanya keuntungan dari kegilaan orang ramai mengisi perut setelah seharian berlapar dan dahaga.

Sejak Akta Halal yang akan diperkenalkan diwar-warkan, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri seperti terpanggil untuk menjadi lebih garang dalam pemantauan Sijil Halal. Akta Halal belum lulus tetapi boleh pula guna Akta Perihal Dagangan 1972. Adapun akta yang boleh diguna.... Kenapa tak pakai dari dulu?
Orang Putih kata 'better late than never' Semuga dengan lulusnya Akta Halal tak lama lagi, usaha membenteras makanan tidak halal disajikan kepada orang-orang Islam dapat dibuat dengan lebih kerap dan teratur. Pemakaian satu sahaja logo halal iaitu dari JAKIM juga akan memberi impak yang besar kepada kepatuhan para pengeluar makanan dan perkhidmatan di negara ini. JAKIM akan lebih bertaring untuk bertindak ke atas sesiapa saja yang mempamirkan logo halal selain dari logo halal rasmi JAKIM.

Syabas JAKIM .

29 August 2010

18 Ramadhan: Taklimat PRN, Cula Undi dan Kumpul Duit Jualan....

Hari ni tadi 18 Ramadhan...penuh aktiviti. Dari pagi seawal pukul 9, berkumpul di Markaz Miri merangka program bersama Timbalan Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia, yang dalam program Roadshow ke Sarawak dan Sabah. Malangnya beliau cuma berada di Miri selama 12 jam. Sampai Miri pukul 10pagi dan terpaksa bergegas ke Sabah pula pada pukul 10mlm.

Walaubagaimanapun program dengan Pak Jamal berjalan lancar baik disebelah pagi petang dan malam. Program Karnival AMAL 2010 ditutup dengan ceramah Bersamamu Palestin. Sheikh Sambal sempat meluangkan masa untuk mendengar taklimat Pak Jamal pagi tadi sebelah petangnya bersama-sama Pemuda dan Muslimat Miri membuat culaan di Permyjaya, dalam DUN Senadin.

Apa yang menarik atau lebih tepat mengejutkan adalah status daftar pemilih para penduduk sekitar Permyjaya yang kami cula. Kebanyakan mereka, boleh dikatakan 75% masih belum mendaftar sebagai pemilih. Kesensitifan terhadap proses pilhanraya sangat minimal. Ada menerima saja apa yang dihidangkan oleh Kerajaan BN di sini. Ada yang mengatakan kami undi atau tidak, takkan memberi apa-apa makna. Dengan sedikit sumbangan Bubur Pedas dengan selitan penjelasan, rambongan SS yang terdiri dari Ir Hazidi dan Sdr Pijan, berjaya sedikit sebanyak memberikan penjelasan betapa peri pentingnya mendaftar sebagai pemilih. Rata-rata orang kami jumpa adalah golongan 'atas pagar' dan cuma akan membeuat keputusan pada masa hari mengundi! Tapi bangaiman mahu mengundi jika tidak mendaftar! Pas Miri harus mendaftarkan bakal-bakal pengundi yang kami temui petang tadi.

Kami semua berbuka di Masjid At Taqwa Miri. SS bertanggung-jawab menguruskan Karnival Jualan AMAL seperti yang kami lakukan tahun lepas. Alhamdulillah banyak barang2an yang terjual. Hasil jualan setelah selesai program menjangkau RM2000. Program anjuran bersama YAM dan Task Force Miri untuk malam ini dianggap sangat berjaya.
Ir Hazidi; sedang menjaga meja jualan AMAL & membeli sambil menderma..

InsyaAllah Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak harus mengadakan lebih banyak program yang serupa, walaupun di luar bulan Ramadhan. Dengan cara ini keperihatinan masyarakat terhadap keperitan hidup dan mengharungi peluru dan misille. Diharap para Ahli Yayasan AMAL Malaysia tak percaya.

22 August 2010

Bantuan Segera Untuk Pakistan!



Bilakah Kerajaan Malaysia akan menghantar bantuan kemanusiaan ke Pakistan. Negara Islam Pakistan adalah negara saudara yang sangat akrab dengan kita. Ramai orang Melayu yang berketurunan Pakistan. Dan ramai orang Pakistan datang mencari rezeki dan menetap di Malaysia, terutamanya Sabah. Malah Ketua Menteri Sabah juga dikatakan berketurunan orang Pakistan.

Sekarang mereka mengalami suasana yang sangat parah. Banjir besar yang melanda mereka merupakan malapetaka yang lebih besar berbnading Tsunamai 2004 dan berbagai gempa bumi yang berlaku selepasnya. 8 juta umat Islam Pakistan telah kehilangan tempat tinggal dan hidup mereka dihimpit sengsara setiap hari. Penyakit taun sedang menular dengan hebatnya kerana sumber air tercemar. Masalah makanan sangat kronik. Air bersih sangat sukar. Kini telah ada yang mati disebabkan oleh kebuluran!
Tadi Sheikh Sambal dengar radio Brunei, mereka telah menubuhkan Tabung Mangsa Banjir Pakistan. Malaysia bila lagi. Soal Palestin kita sangat sensitif. Ya memanglah sepatutnya kerna Baitul Muqaddis adalah tempat ke-3 suci dalam hati orang Islam. Tetapi, bukan Palestin sahaja yang patut kita tengok. Kita adalah umat Rahmatul 'alamin, olehitu, pandangan dan sensitiviti kita haruslah berbentuk global. Lebih2 lebih lagi bila membabitkan saudara seIslam kita.

Kini Pakistan amat memerlukan bantuan. Maerika dan Eropah telah mula memberi bantuan. Bahkan merekalah orang yang pertama datang memberi bantuan, manakala kita masih sibuk dengan berita hu ha hu ha tentang Kelab Putera 1 Malaysia pergi ke Palestin untuk membantu di sana. Pakistan seolah-olah hanya masalah lalat hingggap di hidung yang tidak perlu dilayan sangat, cukup dengan menepis sahaja.

Ayuh, wahai rakyat Malaysia. Bangkit kita menolong saudara kita Umat Islam Pakistan. Mana Yayasan AMAL Malaysia. Mana Lujnah Kebajikan PAS Pusat. Mari kita dulu menjuarai nasib umat Pakistan yang sedang sengsara. Yayasan AMAL Malaysia telah menghantar pasukan tapi hanya kecil-kecilan. YAM harus lebih agresif bergeraka seperti usaha kita di Acheh dulu.

Terlampau banyak yang perlu kita lakukan di Pakistan. Mari sama-sam kita gembeling tenaga dan punca untuk membantu mereka.

19 August 2010

Di sini, Dinar dan Dirham : Di sana, Dengki dan Dendam

by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Wednesday, 18 August 2010 at 16:07

Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya,seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulahnilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apapula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkandengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbanganyang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duititu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usahakerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnisyang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'.Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagiwanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud :

"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."


Salam Ramadhan.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos2010M

17 August 2010

Kaedah Penggunaan Emas : Penyimpan Nilai Terbaik!

Salam sejahtera,
Pertama sekali kaedah ini hanya utk mereka yang mempunyai emas jongkong sahaja sebab Ar-Rahnu hanya terima emas fizikal, bukan emas dalam buku akaun seperti GIA atau Maybank Gold Investment.


Ok, mari lihat senario ini; saya memerlukan wang untuk membiayai perbelanjaan membuat grill tingkap, pintu dan sebagainya yang memerlukan belanja kira-kira RM3,500. Since saya tidak mempunyai cash, saya menggunakan emas 50 gram yang ada ditangan utk dipajak gadai di Agrobank supaya memperolehi cash di tangan.

So saya pergi ke Agrobank, setelah bersetuju dengan nilai pajakan sebanyak 60% daripada nilai marhum emas tersebut maka saya pun memperoleh cash di tangan sebanyak RM3,780.

Setelah itu saya pun menyelesaikan urusan bayaran grill rumah. Settle part bayaran grill rumah. Lega!~

Persoalannya, kenapa saya nak pakai teknik pajak gadai, kenapa tidak apply loan sebanyak RM5,000 dengan bank yang menyediakan pinjaman peribadi?
Untuk persoalan ini saya mempunyai beberapa jawapan:
  1. Saya nak cash cepat, so bawa emas fizikal ke Agrobank tak sampai setengah jam dah dapat pinjaman. Tak perlu sign boss/ketua jabatan, tak perlu cop or bawa slip gaji. Hanya bawa ketul emas & sijil ketulenan. 
  2. Nilai pinjaman saya kecil, kalau loan bank kemungkinan interest tinggi atau tak di approve langsung.. (fuh masalah ni)..
  3. Tak nak mengamalkan Riba

Biasanya kalau kita buat personal loan, yang untung adalah semestinya pihak bank disebabkan caj interest mereka kita bayar lebih dari pinjaman kita.. At the end of contract kita sendiri boleh kira (12 bulan x RM*** x ** Tahun)..

So dipendekkan cerita, berikut adalah kiraan pajak gadai rate emas 999.9 di Agrobank (setiap bank yang ada Ar-Rahnu mempunyai rate mereka sendiri.. Nak tahu berapa rate, call dulu bank).. Bukak kalkulator anda:



Berdasarkan rate daripada Agrobank;


So daripada kiraan ini, bayaran balik untuk tempoh 11 bulan (Agrobank 6+3+2 bulan), saya hanya perlu membayar RM381.44 termasuk dengan upah simpan untuk menebus balik emas 50 gram saya tadi. (RM4,195.80 bahagi 11 bulan)

So, mana untungnya???


Untungnya adalah, takkan dah lupa kot setahun emas naik secara purata dalam 30% setahun..

Kalau berdasarkan kiraan nilai emas semasa Public Gold iaitu RM6,900 (semasa membeli) x 30%… Nilai emas akan meningkat kepada RM8,970.00!!!~ Walaupun kita bayar balik bulan-bulan tambah dengan upah simpan seolah-olah kita rugi bukan? Tapi hakikatnya kita still untung!`

Pelik bukan, walaupun dlm keadaan berhutang pun nilai emas kita tetap naik.. Setelah menebus balik emas, kita dapat emas yang nilainya dah bertambah sebanyak 30% !!! Best tak simpan emas?? Bestttttt…….

p/s: kita bandingkan kalau kita loan RM4,000 daripada bank A… Dengan kadar caj 5-6% setahun maybe total yang kita perlu bayar adalah RM4,200 sahaja.. Tapi setelah itu, kita tak dapat apa pun.. Sekadar berjaya membayar hutang.. =)

Tapi dengan emas, setelah membayar sepenuhnya tebus balik emas.. Kita dapat balik emas yang nilainya 30% lebih daripada asalnya… Kalau tolak kos upah simpan sekali pun kita still untung 25% sebab kenaikan harga emas =)

Dah decide nak beli emas sekarang? Sila hubungi saya segera.. Stok Gold Bar 20g, 50g & 100g available.. SMS or call saya di talian 013-3640105 atau tinggalkan komen anda di sini..

Terima kasih

 
(Artikel dipetik-cedok dari Public Gold Sarawak )
 

12 August 2010

Kelantan Lancar Matawang Syariah Dinar, Dirham

KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.

Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).
Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.
(Gambar: Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.)

Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.
Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.
Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.

Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.

Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.
Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 telah dibeli orang ramai.

Berita Gembira Dari Ulu Kota!!

Gambar bulan awal bulan Julai 2010: Masih dalam pembinaan.
Alhamdulillah... Sheikh Sambal terima satu berita gembira dari Ustaz Ibrahim, Pengurus Projek Surau Al Azhar AMAL , Perkambungan Saudara Kita, Ulu Kota Pakan. Hari ini adalah hari meletakkan jubin terakhir bagi Surau Al Azhar AMAL. Ketua Kaum Islam, Sdr Azhar dari Ulu Kota pagi-pagi lagi telah menalipon Ustaz IBrahim untuk menyampaikan berita bahawa surau yang pertama di Ulu Kota siap dan boleh digunakan.

Gambar ini diambil semasa lawatan siri 7 ke Ulu Kota....projek terbengkalai sekejap disebabkan bahan binaan tak cukup dan masalah dgn kontraktor. Dalam lawatan ini, masalah bahan binaan dan kontracktor telah diselesaikan dan projek surau ini diteruskan utk disiapkan sebelum Ramadhan. Overshot 2 hari...tak pe lah...kini telah pun siap... Gambar terbaru...kena tunggu lawatan siri 8 pula.insyaAllah.
Hari ini, 2 Ramadhan 1431, merupakan hari bersejarah bagi Umat Islam Iban Ulu Kota. Mereka akan merasmikan Surau Al Azhar dengan mengadakan Majlis Sungkey (Buka Puasa) pada ptg ini. Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Kita sama-sama doakan mudah-mudahan Allah menjadikan Surau Al Azhar ini sebagai titik bermulanya Sinar Islam gemilang di kawasan pendalaman Sarawak. Walaupun telah ada beberapa surau dibina oleh kerajaan di kawasan Saudara Baru, tetapi Surau Al Azhar AMAL ini punyai signifikan tersendiri. Ia merupakan hasil pungutan sedkah dari umat Islam sekitar Bintulu, Miri dan Kuching dan tempat2 lain juga.

Pembinaannya diselenggara oleh AMAL, HIKMAH dan JAIS, tetapi masyarakat tempatanlah yang banyak memberikan tenaga kerja dan keringat. Kontraktor telah bertukar dua kali, di mana kedua-duanya adalah terdiri dari Orang Iban tempatan yang belum Islam.

Lawatan dan pengurusan AMAL, terutamanya dari Pengerusi AMAL Sarawak, Sdr Muhtar Suhaili dan Ustaz Ibrahim selaku Pengurus Projek, amat membanggakan. Semuga kita dapat lagi menjayakan projek yang seumpamanya di tempat penginapan Saudara Kita (Baru) yang lain..yang banyak berselerak di pendalaman Sarawak ini.

Tahniah kepada Sdr Azhar dan seluruh penduduk Kampung Saudara Kita, Ulu Kota, di atas kurniaan Allah ini. Semuga surau ini akan dimeriahkan seperti yang sepatutnya. Kita percaya dan berharap, 2 pelajar dari kampung ini, yang dihantar ke Pusat Tarbiah BISMIC di Bangi, Selangor akan balik dan meneraju Surau Al Azhar AMAL di Ulu Kota sebagai Pusat Penerangan Islam di rantau sana. Amin...Amin..Amin.. Ya Rabbil A'lamin..

10 August 2010

RAMADHAN MUBARAK!!

“Barangsiapa Yang Berpuasa Ramadhan Kerana Keimanan Dan Mengarapkan Rahmat Allah, Maka Diampunkan Dosa-dosanya Yang Terdahulu” – Hadith Riwayat Bukhari

Sheikh Sambal ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga amalan dan ibadah kita di bulan yang penuh rahmat ini diterima dan diberkati olehNya…..Amiin Ya Rabb!.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu 'al-Rayyan' yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Ditanyakan (oleh pintu tersebut): 'Di manakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak akan ada lagi yang masuk melaluinya."
 (HR. Muslim, dari Sahl Ibn Sa'd).

Antara persiapan yang perlu dilakukan menjelang Ramadan ialah :

IMAN:

1. Bertaubat dengan taubat yang bersungguh-sungguh.

2. Berazam meninggalkan segala maksiat.

3. Sentiasa berdoa “Allahumma Ballighna Ramadhan”.

4. Perbanyakkan puasa di bulan Syaaban.

5. Membaca Al-Qur’an (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).

6. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).

7. Berzikir setiap masa.

8. Membaca Al-Ma’thurat pagi dan petang.

ILMU:

1. Mempelajari hukum-hukum dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan ibadah puasa, agar ibadah puasa itu dapat dijalankan dengan betul dan diterima oleh Allah SWT.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.

3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.

4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmum di bulan Ramadhan.

DAKWAH:

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ ceramah tentang kelebihan bulan Ramadhan.

2. Meluangkan masa menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.

3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.

4. Menyediakan risalah/ majalah kecil untuk orang ramai tentang persediaan menyambut Ramadhan.



KEAZAMAN:

1. Membuka amalan baru yang jauh lebih baik.

2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.

3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.

4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya.

5. Sentiasa berlapang dada.

6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.



JIHAD:

1. Merealisasikan matlamat “bersungguh-sungguh melawan nafsu”.

2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (pakaian, tidur).

3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.

4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.

5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

“Allahumma Ballighna Ramadhan” merupakan doa dan harapan, menunjukkan betapa hamba-hamba yang soleh mengidam dan tamakkan limpahan Allah (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka) dalam bulan ini. Para ulamak dan solihin terdahulu bersiap menunggu kedatangan Ramadhan bagi tujuan mengharapkan keampunan Allah pada sepanjang Ramadhan. Oleh itu, kita hendaklah menghargai bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi ini dan tidak mensia-siakannya dengan membiarkannya berlalu tanpa dimanfaatkan.

Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari Ramadhan yang sebelumnya...

 
Oleh itu, dengan persediaan ini kita sematkan azam masing-masing untuk mencantikkan dan sempurnakan amalan fardu yang wajib dan membanyakkan amalan sunat pada Ramadan.
Ramadhan Mubarak




Nota: Ihsan dr PKPIP

09 August 2010

Chua Soi Lek terlampau

Nasrudin Hassan 


Merujuk kenyataan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dalam Konvesyen Tahunannya ke 33 di Alor Star Kedah semalam (6 Ogos), jelas menunjukkan beliau masih mengalami tekanan dan gangguan mental "Islamophobia" yang parah. 

Tambah malang beliau membuat rujukan yang lemah dan mentah mengenai Islam dan penganutnya apabila hanya menjadikan tulisan Syed Akbar Ali (Malaysia and the club of Doom) sebagai asas study casenya tetapi tidak pula merujuk kepada para alim ulamak atau cendikiawan Islam yang muktabar. 

Malang berganda malah agak keterlaluan apabila Chua Soi Lek sekali lagi membuat kesimpulan bahawa negara-negara yang majoriti ummat Islam lah banyak mengamalkan rasuah. Saya lihat ini adalah kesan Chua Soi Lek berada lama di dalam BN bersama dengan Umno yang melihat dari dekat bagaimana rasuah itu berlaku secara berleluasa sehingga rasuah itu hanya melintas dari celah paha mereka. 

Chua Soi Lek gagal membezakan Islam yang diperjuangkan oleh PAS berbanding Umno yang hanya mengaku Islam tetapi tidak mengaplikasi Islam dalam sistem pemerintahan mereka. Sehingga satu ketika dulu Umno kelihatan begitu parah dijangkiti virus rasuah. Sedang negeri yang ditadbir oleh PAS seperti di Kelantan hampir tiada tuduhan atau dakwaan rasuah malah belum ada satu kes pun kepimpinannya disabitkan kesalahan rasuah. 

Chua Soi Lek juga dilaporkan bahawa beliau berkata, "di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara". 

Kenyataan ini sangat tidak adil dan sekali lagi menunjukkan beliau tidak cermat membuat kenyataan sedang negara yang dipimpin oleh BN di mana Umno dan MCA sebagai anggotanya sejak 50 tahun yang lalu, menyaksikan runtuhnya institusi sosial malah Datuk Chua sendiri pernah menggemparkan negara apabila turut tergelincir dalam kancah keruntuhan sosial yang beliau bimbangi. 

Pembangunan ekonomi negara juga mengalami tahap surut yang agak mencemaskan negara dan rakyat. Fenomena ini turut menghakis keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara kita. Tidak hairanlah FDI negara kita merudum teruk separas lebih rendah dari Indonesia. Realitinya, negara ini masih diperintah oleh BN dan MCA adalah anggotanya. Kenapa pula beliau cuba mengheret PAS dalam keruntuhan nilai ini. 

Saya yakin kenyataan Chua Soi Lek ini adalah satu kenyataan murahan yang cuba meraih publisiti baru dan tumpuan rakyat kepada MCA dan kepimpinan beliau setelah MCA mengalami ribut tsunami yang memecah belahkan kesatuan parti mereka. 

Saya nasihatkan Chua Soi Lek terlebih dahulu mengurus MCA dengan baik serta gilap kembali nilai integriti diri agar dirinya benar-benar diterima oleh MCA dan rakyat. Langkah beliau mempertikai atau mempersoal perjuangan PAS adalah dilihat sebagai satu tindakan escapism. 

Sewajarnya beliau merujuk terus kepada dasar perjuangan dan Kepimpinan PAS dalam membuat nilaian terhadap agama Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Janganlah beliau membaca atau menilai Islam melalui kamus Umno walau mereka juga mengakui sebagai parti orang Islam, tetapi hendaklah melihat kepada realiti perjuangan Islam yang tulen sebagaimana yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan kini ianya disambung oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

08 August 2010

Karnival AMAL 2010 : FUTSAL Meriah Dengan Gol!

Siang tadi berlansung acara pertama dalam siri Karnival AMAL/Ihya Ramadhan 2010; Futsal di padang Futsal IKBN, Miri. Karnival yang dibuat setiap tahun pada bulan Ogos ini sudah masuk siri ke-3. Alhamdulillah, tahun ini kita bermula dengan permainnan futsal dan diikuti oleh Kuliah Maghrib sebelah malamnya dan Qiyamullail pada dinihari-subuh esok.

Ustaz Abu Bakar bekas pegawai agama pasukan tentera Malaysia, KAGAT, telah bermurah hati datang ke Miri untuk memberi ceramah Maghrib, memimpin sessi Qiamullail, Kursus Pengurusan Jenazah pada Ahad 8hb Ogos. Semua proram in diadakan di Surau IKBN Miri. 

Manakala sebelah malam 8hb pula Program Ehwal Islam dengan para panelisnya Ustaz Rosli Hj Arup ( Pen Pengarah Kanan JAIS), Ustaz Sarip Adol ( Universiti Malaysia Sabah ) dan dimoderatkan oleh Ustaz Malsiron Rongikin (Pegawai JAIS Miri)

Dalam Pertandingan Futsal siang tadi sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian iaitu;

  1. Yayasan Amal Malaysia
  2. Jabatan Agama Islam Sarawak
  3. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) A
  4. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) B
  5. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) C
  6. Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  7. Muazzin
  8. Petronas (CBM)
  9. SMK Merbau
  10. Kolej Komuniti  

Pasukan IKBN A (Staff IKBN belaka) telah memenangi tempat pertama. Tempat Kedua ialah Pasukan IKBN C (golongan pelajar). Tempat ke-3 pula dimenangi oleh Pasukan IKBN B dan pasukan JAIS Miri pula mendapat tempat keempat. 
Majlis penyampaian hadiah akan diadakan semasa Majlis Perasmian Karnival AMAL 2010 yang akan diadakan selepas Program EHwal Islam di Masjid An Nur Pujut Tanjung Batu, Padang Kerbau. Untuk pengetahuan, Tempat Pertama memperolehi Piala Karnival dan wang tunai RM300. Tempat Ke-2 pula mendapat piala pusingan dan duit tunai RM200. Tempat Ke-3 ialah RM100. Semua pemenang juga mendapat sebuah hamper bernilai RM50. Manakala tempat Ke-4 pula hanya mendapat sebuyah hamper sahaja sebagai hadiah sagu-hati.

Di bawah ini dilampirkan gambar-ganbar Pertandingan Futsal  Karnival AMAL 2010;
Para Usrusetia sibuk berteduh dari bertugas,.....

Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cwg Sarawak, Sdr Muhtar Suhaili, becok mengacara sambil mengomen permainan yang sedang berlansung.


Sedang melepas penat sambnil bincang strategi untuk belasah YAM
Sedang rancak bermain.




Jaga-jaga-jaga aku nak skor nih!

GOAL!!!
Goalie: Eh..eh..eh... mano bola nih? Tau-tau dah dok belake..

Lepak santai sambil menunggu gilirin bermain... YAM berjaya menganjurkan Futsal Islamik dgn semua pemain memaki seluar menutupi lutut (kecuali sorang dua uyang ingat seluar dia cukup panjang.........
Ketua LE Muslimat & side kicknya sedang melayan pelanggan yg sgt suka keropok sira...

Tidak ketinggalan jualan produk TG juga...tapi tak berapa jalan sbb tak sesuai dgn suasana...tak pe..ini kira program pengenalan produk pada para remajalah....



05 August 2010

Allah hi Allah Kiya Karo

Allahi Allah kiya karo
Dukh na kisi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam ussi ka liya karo.
Allah hee Allah…
Allahi Allah kiya karo
Dukh na kissi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam usi ka liya karo.
Allahi Allah…
Just like a sunrise can’t be denied
Oh, just like the river will find the sea
O Allah, You’re here and You’re always near
And I know without a doubt
That You always hear my prayer
Such ki raah pay chala karo
Dukh na kisi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam ussi ka liya karo.

Allah hee Allah..
Allah hee Allah kiya karo
Dukh naa kisi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam usi ka liya karo.
Allah hi Allah
So many bright stars
Like diamonds in the sky
Oh, it makes me wonder
How anyone can be blind
To all the signs so clear

Just open your eyes
And I know without a doubt
You will surly see the light
Aisa zulm na kiya karo
Dukh na kisi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam usi ka liya karo.

Allah hee Allah

Allah he Allah kiya karo
Dukh na kisi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam ussi ka liya karo.

Allah Hi Allah Kiya Karo
Dukh Na Kissi Ko Diya …