Kem PAS dan DAP masih menunggu dalam debaran. Calon siapakah yang akan terpilih untuk menyekel kepala BN Lee Kim Shin di DUN N65 Senadin. Masing telah menghujahkan kehebatan parti dan calon masing-masing, kini Majlis Presiden PR sedang menimbangkan keputusan akhir.
Sheikh Sambal amat berharap PAS akan mengukir sejarah di Miri. Gerak kerja PAS dan aktiviti kebajikan memang meriah di DUN Senadin. Saban minggu ada saja aktiviti dilakukan, samada 'engagement' dengan masyarakat atau kerja kebajikan atas nama NGO atau parti. Saban minggu ada saja orang besar PAS datang melawat dari Semenanjung. Harapan untuk bertanding sangat tinggi.
Walau apa pun keputusannya nanti PAS akan tetap menabur bakti di Miri. Kalau kita terpilih untuk bertanding, kita akan kerja bersungguh-sungguh. Manakala kalau tidak pun, kerja akan tetap berjalan, baik kepartian ataupun kebajikan. Lapangan da'awah untuk PAS amat luas. Itulah kerja sebenar PAS di sini.
PAS harus lebih tertumpu kepada da'awah. Jika PAS jadi meletakkan calon, ruang untuk da'awah akan lebih luas. Tetapi kalau PAS tidak dapat Senadin pun cabaran da'awah akan lebih manis.
Wahai para pejuang PAS sekelian, marilah teruskan berdoa. Bersyukur pada nikmat yang Allah telah dikurniakan. Bersabrlah pada segala ujian.
InsyaAllah, Allah bersama kita.
Sheikh Sambal.
No comments:
Post a Comment