31 October 2008

Minyak: Filipina 13 Malaysia 4 (updated)

Kerajaan Filipina telah pun menurunkan harga minyak 13 kali sejak bulan Julai '08 dan semalam penurunan besar telah lakukan. Harga minyak mentah dunia hari ini adalah USD65.18 setong. Kemuncak kenaikan harganya adalah pada bulan Julai yang lalau iaitu USD149 setong. Harga minyak petrol dan diesel kita di Malaysia telah dinaikkan secara mendadak dari RM1.92 seliter kepada RM2.70 seliter. Alasan kerajaan ialah beban tanggungan subsidi yang melampau.
Walaupun kita tidak dapat menerima alasan bodoh ini (kerana kita adalah pengeksport bersih atau nett-exporter minyak), kita akur dan bersedia menolong kerajaan menampung subsidi minyak. Kita masih ingat di malam pengumuman Pak Lah bahawa minyak akan dinaikkan secara mendadak sebanyak 78sen bagi petrol dan RM1 bagi diesel mulai jam 12 tengah malam. Malam itu jalanraya menuju ke semua stesyen minyak di seluruh negara sangat sesak dan menyesakkan kerana manusia berlumba-lumba mengisi penuh tangki mereka sementara harga masih 'murah'.
Filipina bukan negara pengeluar minyak seperti kita tetapi dah 13 kali turunkan harga minyak. Malaysia baru 4 kali. Nampaknya Kerajaan Filipina lebih prihatin dan memahami keperitan yang ditanggung rakyat. Suasana politik di sana sentiasa bergolak mungkin sebab itu kerajaannya lebih mudah untuk menurut permintaan rakyat. Sekarang ini pun Dewan Senat Filipina sedang menghadapi 'impeachment motion' untuk menjatuhkan Presiden Gloria Aroyo. Di negara kita pula, politik yang agak stabil membuatkan kerajaan seperti tidak berapa dengar keluhan rakyat. Buatlah demonstrasi dan rapat umum mendesak harga minyak diturunkan. Harga minyak kita masih terlalu tinggi berbanding dengan harga minyak negara pengeluar minyak yang lain.
Datuk Shahrir Samad membayangkan bahawa sekiranya harga minyak dunia turun sebagaimana pada tahun 2006 iaitu dibawah paras USD 80 dolar setong, maka harga minyak Malaysia mungkin akan turun seperti sebelum ini iaitu RM 1.92 seliter. Ini mungkin sesuatu yang menggembirakan. Pada masa bayangan itu dibuat, harga minyak mentah dunia adalah di paras USD 106 setong dan kini harganya teluh mrudum ke USD65 setong. Jadi di mana janji manis Shahril hendak menurunkan harga minyak? Dengan harga sekarang, bukan setakat RM1.92 tetapi jauh lebih rendah boleh diturunkan!
Betullah kata DS Anwar semasa berdebat dengan Datuk Shabery Chik, harga minyak dunia sudah mencapai harga puncak dan akan menurun lagi. Tatkala debat itu harga minyak sekitar USD 145 setong DS Anwar berani menurunkan harga minyak sebanyak 50sen. Kini dengan harga USD 65 setong, sudah tentu kita mampu menikmati harga minyak sekitar RM1.50 seliter atau lebih rendah. Tetapi itu kalau Pakatan Rakyat memerintah.
Tampak jelas sekali, rakyat Malaysia diperbodohkan dengan harga minyak. Sampai bilakah kita akan menerima nasib begini? Semangat DS Anwar dan Pakatan Rakyat sudah mula kendur untuk mengam,bil alih kerajaan. Tumpuan sekarang adalah kepada ekonomi katanya. Harapan nampaknya tinggal harapan. Setelah digodam perasaan kita untuk mendapat angin baru di Putrajaya, kini dibiarkan kita tertanya-tanya.
Dari mula sebenar kita agak curiga dengan kebolehan DS Anwar untuk mendapatkan MP BN menjadi katak lompat. Tetapi keberaniannya membuat kenyataan demi kenyataan di khalayak antarabangsa membuatkan kita menyimpul harapan dan kepercayaa kuat. Tetapi dengan peristiwa Saiful Bukhari, pelarian ke Kedutaan Turki dan terkini kekecohan pemilihan UMNO dan pelan 'peralihan' kuasa PM, rencana DS Anwar seperti 'terbengkalai'. Benarkah begitu atau ada gerakan senyap DS Anwar yang kita tidak tahu. DS Anwar adalah pelaku politik yang ampuh dan licik. Kita tunggu sahajalah bagaimana rencananya membuka lipatan masa.
Sementara itu, selagi pelawak-pelawak BN Putrajaya masih berkuasa selagi itulah nampaknya kita akan terus membayar harga yang mahal dalam kehidupan kita.

(Numerical Facts updated 3/11/08)

30 October 2008

Hari Raya Orang Kita (UPDATE 4nov )

Orang Melayu sangat menghairankan. Sifat suka berseronok sangat berakar umbi dalam jiwa raga mereka. Pantang ada majlis mesti ada makan-makan dan nyanyi-nyanyian. Tidak kira samada majlis orang agama atau sekular, perkara yang seronok-seronok ini pasti ada. Cuma upacara pengkebumian saja yang tak ada nyanyian, makan-makannya tetap sama.
Kemuncak semua perayaan dalam kalendar orang Melayu adalah sambutan Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Puasa. Semakin moden orang Melayu semakin canggih sambutan ini. Aku masih ingat zaman aku kanak-kanak dulu, mercun paling hebat ialah mercun tepek sebesar jari. Ada 'moonraker' yang bagai polong terbang melolong sebelum meletup di kaki langit. Agak canggih sikit adalah bunga api 'dush-dush' yang memuntahkan bunga api yang berwarna-warni. Kini bunga api berbagai jenis dengan mercun yang berbagai bentuk, bunyi dan rupa. Walaupun diharamkan kerajaan, bunga api dan mercun amat mudah didapati samada di pasaran gelap atau terang.
Hiburan hari raya sangat melampau. Semua stesen TV berlumba-lumba untuk menayang berbagai program Hari Raya. Lagu Raya lama dan ,dimainkan semahu-mahunya. Hiburan yang melampau-lampau ini telah sampai ke tahap memuakkan dan ada juga memualkan. Namun orang televisyen nampaknya seakan-akan syok sendiri dalam mempersembahkan program-program hiburan mereka. Bermula dari malam Hari Raya sampailah ke Hari Raya yg ke-10. Television dan radio kita tidak jemu-jemu memaparkan rancangan bersukaria menyanyi-nyayan. Rakyat Malaysia disogokkan dengan hiburan demi hiburan, nyanyian demi nyanyian sehingga menimbulkan kebosanan. Seakan-akan lansung tiada kesan puasa lapar dahaga slama sebulan!.

Ramadhan seperti tiada manfaat pada budaya berhibur orang Melayu. Kita nampaknya seperti melepaskan dendam kesumat bila datang Syawal. Bukankah matlamat ibadah puasa supaya kita bertaqwa. Cara kita beraya, Taqwa seperti makhluk yang salah alamat.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa"
(Surah al-Baqarah:183)

Syawal 1429 baru sahaja berlalu. Semalam adalah hari terakhir bulan Syawal tahun ini. Tetapi jangan terperanjat kalau anda jumpa masih ada orang mengadakan majlis rumah terbuka pada hujung minggu ini. Boleh sahaja buat rumah terbuka dan panggil orang datang makan tetapi untuk bukan untuk meraikan Aidil Fitri. Jika niatnya untuk Aidil Fitri ini adalah sesuatu yang tidak kena, sesat. Lebih logik kalau rumah terbuka hujung minggu ini, adalah untuk meraikan Deepavali kerana Deepavali (Dewali) baru sahaja disambut dua hari lepas.
Tiada bangsa Islam lain di muka bumi ini melanjutkan sambutan Aidil Fitri selama sebulan penuh. Hanya bangsa Melayu Malaysia yang melakukannya dan budaya ini bukan datang dari turun temurun nenek moyang kita. Ia terbit sejak 10 ke 20 tahun kebelakangan ini. Baik puak-puak Islam UMNO mahu pun PAS, merayakan Aidil Fitri sepenuh-penuh bulan Shawal sangat berluasa. Dulu mungkin kita lihat hanya kebanyakan orang bandar yang balik dari kampung merayakan Aidil Fitri di rumah mereka pula. Sekarang Melayu kampung pun sudah mulai merayakan Aidil Fitri seperti orang bandar. Sebulan penuh.
Orang Melayu perlu kembali ke jalan sunnah. Kajayaan kita sebenarnya hanya berada dalam usaha kita menghidupkan sunnah di kala sunnah dipandang kuno oleh orang Islam sendiri. Para ulama dan ustaz-ustaz kita mesti memainkan peranan mereka memberikan ilmu yang hak kepada umat Islam. Jika tidak entah apa akan jadi pada generasi akan datang. Orgy di Hari Raya? Nau'zubillah.
Sekolah adalah tempat mula yang paling munasabah untuk membetulkan kembali minda umat. Kita perlu mengajar anak-anak kita bahawa hiburan berlebihan adalah salah. Hari Raya Aidil Fitri tidak sepatutnya disambut dengan berjoget dan bernyanyi-nyanyian yang melalaikan. Hari Raya sepatutnya dirayakan dengan takbir bersemangat seperti orang yang meraikan kemenangan. Bukan takbir yang mendayu-dayu sedih seperti orang meratapi sebuah kekalahan. Jiwa Melayu amat mendayu dalam takbir Hari Rayanya. (Satu kupasan analisis mengenai takbir sayu Melayu perlu dilakukan)
Anak-anak kita perlu diprogram semula agar generasi pelapis kita tidak melakukan kesalahan yang sama. Sekiranya anak-anak masih berbuat seperti kita sekarang, generasi akan datang akan lebih teruk lagi. Kita mungkin berhibur sakan dalam sepuluh hari pertama bulan Syawal, tetapi generasi kita nanti mungkin berdansa sebulan penuh di bulan Syawal. Kita mungkin mengadakan majlis rumah terbuka sapanjang Syawal, tetapi generasi akan datang mungkin merayakannya sebulan lebih awal dan sepenuh-penuh Syawal. Ingatlah, Shubahat pada hari ini besar kemungkinan akan jatuh kepada haram hari esok.
Akhirkata, Wahai umat Melayu Islam sekelian, keluarlah dari pelukan hedonisma ini kerana ia akan membawa kemusnahan. Isi lah dalam jiwa anak-anak kita dengan sunnah supaya generasi depan beroleh Falah. Itulah sebenarya kejayaan.

(Update 4 nov 08)
Betul tak aku cakap...ada lagi rumah terbuka aidil fitri pada 4 Zulkedah.. di lakukan oleh baik orang PAS atau pun UMNO.....majlis aidil fitri bersama exco kerajaan negeri pahang (BN) di Bukit Ibam dan majlis aidil fitri PAS/Parlimen Tumpat , kedua2nya diadakan pada hujung minggu lepas 2 nov 08 bersamaan dengan 4 Zulkaedah 1429...lihat link

25 October 2008

Rombakan Kabinet Aku.

Pak Lah dikatakan akan merombak kabinet. Ini berekoran dari kemenangan Chua Soi Lek dan rakan2 dalam MCA. Terus, ini jadi alasan dan peluang paling baik baik untuk Pak Lah merombak kabinet yang ada sekarang. Aku memang suka kalau kabinet yang ada hari ini dirombak. Kalau aku jadi PM, nombor satu yang aku nak rombak ialah diri aku sendiri. Aku nak gantikan diri aku dengan TG Abdul Hadi Awang. Biar Malaysia ini ada sentuhan ulama pewaris nabi bukan Islam Hadhari yang tidak berapa menjadi. Anwar dengan Najib aku tak mahu sebab dia orang berdua ni sibuk bergaduh. Lagi pula seorang banyak sangat cakap beretorik dan seorang lagi pula calar balar dengan kontroversi yang tak kunjung habis. Jadi elok kalau kedua-duanya aku rehatkan sahaja. . ..
Untuk TPM aku nak lantik Lim Guan Eng dengan Muhyidin Yasin. Hah betul...Ada dua TPM. Seorang sangat praktikal dan rendah diri dan seorang lagi banyak pengalaman dalam pentadbiran negara. Aku percaya dengan ada dua orang ini menolong PM, tentu Malaysia akan bertambah maju serba - serbi. KM Pulau Pinang aku nak mintak PR cari orang lain jaga.
Menteri Kewangan aku akan jadikan satu sahaja bukan dua seperti sekarang. Jadi TS Nor Mohd Yaakob aku buang je lah. Menteri Kewangan yang baru aku akan lantik Dato' Jamaludin Jarjis. Dulu dia tak sempat nak tunjuk kebolehan dan kena tukar. Aku percaya beliau boleh jadi Menteri Kewangan yang baik.
Menteri Pelancongan dah tentu aku tukar dengan YB Zulkifli Nordin. Beliau memang orang kuat PKR tapi dia agak Islamik sikit. Aku ada idea nak galakkan Sistem Pelancongan Islam di negara ini. Jadi dengan ada Yb Zulkifli, aku rasa sistem ini boleh diketengahkan. Dia vokal terhadap isu Islam jadi dia boleh tone down sikit agenda sekular terhadap industri pelancongan kita. Lagipun yang ramai datang melancong sekarang orang Arab, tentunya kita mahu mereka selesa datang melancong ke sini.
Menteri Penerangan aku rasa aku bagi peluang untuk menteri yang sedia ada teruskan khidmatnya. DS Chua Soi Lek aku rasa tak mungkin aku akan lantik jadi Menteri Kesihatan. Aku maintainlah dengan Dato' Liow Tong Lai. Dia nampak berkerja dengan baik tanpa kontroversi moral. Kalau dia pulak buat video baru, biarlah nanti TG Hadi fikir apa nak buat.
Aku nak buat satu potfolio baru iaitu Menteri Kehakiman. Dan untuk kementerian ini aku akan lantik YB Sivarasah. Dia ini memang seorang peguam yang cekap dan berprinsip. Aku yakin krisis keyakinan terhadap badan Kehakiman akan selesai dengan perlantikan beliau.
Menteri Kerjaraya pula aku akan tukar kepada YB Govindh Singh Deo. Govind akan tentukan bahawa semua projek Kerajaan akan dilaksanakan dengan cekap dan telus. Kita tidak akan dengar lagi penyelewengan dalam projek-projek kerajaan bahkan semuanya akan mengikut spesifikasi dan jadual yang ditetapkan. Karpal Singh aku suruh jadi penasihat pada anak dia, si Govindh ni. Oh ya, Lim Kit Siang pula jadi penasihat pada TPM.
DS Dr Wan Azizah aku akan lantik jd Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggantikan Datuk Dr Ng Yen Yen. Timbalannya pula aku lantik YB Nurul Izzah sebab DS Wan Azizah bukan muda sangat, jadi nanti bila DS Wan Azizah nak pencen, senanglahYB Nurul ganti. Lagi mereka anak beranak kalau nak bincang pasal kerja sambil potong bawang di dapur pun boleh.
Menteri Pelajaran adalah menteri yang paling penting kerana kementerian ini bertanggung jawab untuk membina arahtuju minda generasi muda. Jadi DS Hishamudin yang dah lama duduk di sana aku ganti dengan YB Saifuddin Nasution. Saifuddin adalah seorang strategis dan rajin membuat penyelidikan. Aku percaya minda anak-anak kita lebih terjamin dengan adanya YB Saifuddin mengepalai kementerian yang amat penting ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna aku nak berikan kepada YB Dr Hatta Ramli. Dia selalu sangat buat demonstrasi menentang kenaikan harga minyak dan barang-barang, jadi aku rasa dia patut jadi menteri bahagian kepenggunaan ini. Dia ada banyak idea macamana nak turunkan harga barang-barang. Dato' Shahrir aku pencenkan sajalah.
Kementerian Pertahanan yang aku pegang sekarang nak bagi pada Sdr Mohd Sabu. Malangnya dia bukan MP, jadi aku akan serah kepada YB Ustaz Mujahid Rawa. Aku nak suntik semangat jihad sejati dalam kalbu perajurit kita. Menteri Pertahanan dulu tak berapa kesah tentang semangat jihad dalam jiwa askar-askar kita. Dia sibuk beli kapal selam dengan jet sahaja. Ada kor agama tapi macam kelas tiga. Jadi, Ustaz Mujahid tentulah orang yang sesuai sebab dia memang arif soal perjuangan dan jihad. Lagipun nama dia pun dah Mujahid, keturunan Rawa pulak. Memang sesuai sangatlah tu.
Lain-lain kementerian tu aku maintain yang sedia ada. Kalu ada yang tidak puas hati aku akan rombak lagi. Tengok siapa pulak yang aku tukar siapa yang kena rehat!.
Nampaknya ramai menteri baru yang aku lantik ni ramai dari orang Pakatan Rakyat. Aku sengaja buat begini sebab aku dah jelik dengan orang-orang aku sendiri. Aku namakan kabinet aku sekarang sebagai Kabinet Perpaduan.
Tapi sebelum aku berundur aku nak lantik menantu kesayangan aku tu jadi Duta Khas Malaysia ke PBB macam Dato' Ahmad Razaly dulu. Biar dia belajar kat sana dulu sebelum jadi PM pada umur 40. Aku harap nanti bila aku dah pencen dan menetap di Australia dia akan selalu datang jenguk aku dan Jeanne di sana.
Aku percaya Malaysia akan selamat dengan kabinet yang baru ini.

23 October 2008

The Loading Out Of F23LQ Module

This is F23LQ Module. A story by itself in a different forum but the pictures below state a job satisfaction of a hardworking team. A constant headache for nearly one and a half year. With a lot of dedication and sacrifice, the module is finally ready for Load-Out i.e transferring the module from its construction place to the awaiting barge, to be transported to its resting place offshore.
The module being loaded on the barge, at its final stage. Note the water being pumped out. That is the ballasting work that is necessary to stabilise the barge and its load. As more loads are introduced onto the barge, more water is pumped out from its ballasting compartment in order for it to have more floatability. The tug boat at the end of the barge is working hard pushing the barge against the high tide water flow. It is exerting force to stabilise the barge against the current, so that oncoming module (on green boogies) could safely enter piggy-backed on the barge.
The module is finally reached its intended position and ready to be sea-fastened. From now on the sea-fastening team will be working night and day to ensure the module is adequately fastened to the barge and could safely stand its voyage to its final resting place at Central Luconia, Bintulu. It has been a hell of a job to construct this monster but it's a job well done. The satisfaction in seeing this baby on that barge is pure heaven.

This is the team that made it happened. Both SSB and BDEWC team were working hard to realize the project. There were curses, shouts, letters and threats as well as hugs and kisses in between but all is well at the end. Well done, Boys!!


22 October 2008

KWSP Kena Lanyak Lagi!

RM5b nak kena lanyak lagi untuk menyelamatkan saham syarikat2 yang 'undervalued'. Bukan main besar lagi jumlah itu. 5 ribu juta = 5,000,000,000.00...itu bilang dengan ringgit, kalau rupiah? Jenuhlah!
Aku bengang setiap kali syarikat besar ada masalah duit KWSP jugak yang di kobok! Nanti bila syarikat tu semua dah sihat, harga barang atau perkhidmatan depa tak juga turun. Lagi mau naik ada. Contoh TNB dan pemegang konsesi lebuhraya. Masa depa sakit kita rakyat dok bantu, bagilah kat depa duit simpananhari tua kita. Tapi bila dah sihat, tangan kita depa pulas suruh bayar itu dan ini.

KWSP baru naik sikit bagi dividen tahun lepas. Tapi rasanya tahun ni, dividen kita turun baliklah nampaknya. Kita dipaksa mencarum dalam KWSP tapi tidak diberi kuasa untuk menentukan apa kita boleh buat dengan duit itu. Seeloknya, dalam panel pelaburan KWSP ada wakil dari pencarum untuk bersuara. Dia mungkin boleh dilantik dari persatuan pengguna atau NGO atau orang akademik. Penal pelaburan KWSP itu akan menentukan polisi dan arah tentunya pelaburan yang dibuat. Jika kerajaan memerlukan bantuan KWSP, ia perlu melalui proses pengesahan dari panel tersebut. Dengan cara ini sahaja dapat membendung pengambilan sesuka hati oleh pihak kerajaan untuk membela syarikat2 kroni yang sakit.

Dulu masa menaikkan harga petrol kerajaan mendakwa dapat menjimatkan RM4b dan duit itu akan dilaburkan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam Malaysia. Tapi sampai sekarang kita tak nampak sistem pengangkutan awam kita meningkat mutunya. Kemalangan jalan raya tak reda-reda pun. Ramai yang mati disebabkan oleh faktor jalabraya yang merbahaya!.
Jadi mana perginya RM4b dulu. Ghaib! Ada yang kata dah dimakan dek harga minyak dunia yang melambung. Ada gak yang kata dah kena tibai dek kaki sapu dalam gomen. Yang tentunya kita rakyat melopong sambil bayar tol, minyak, beras, gula , ikan dll dengan harga yang lebh mahal. Daripada bagi RM5b tu pada syarikat yang dah memang kaya, kenapa tidak diberikan pada rakyat marhein. Dengan cara menggunakan duit itu untuk membendung kenaikan harga barang keperluan. Naikkan jumlah subsidi untuk barangan ruji kita. Kuranglah sikit penderitaan kita nanti. Tapi itu cuma tinggal harapan sajalah......



21 October 2008

Kemahiran Berunding Kita Lemah?

Brazil beli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta sebuah. Kontrak Brazil itu juga mewajibkan Eurocopter memindahkan teknologi ke kilang di Brazil tetapi pembelian di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang asas timbal balik yang mendatangkan keuntungan buat Malaysia sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang. Begitulah bunyi laporan polis yang dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan(AMK) semalam.
Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas. Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."
Laporan polis telah dibuat dan kerajaan juga telah menyerahkan kes pembelian ini untuk diteliti oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi memperhalusi isu pembelian Eurocopter EC-725 itu bagi menggantikan helikopter Nuri. Biarlah siasatan dibuat, kalau salah hukum dan kalau tidak lepaslah.
Kita sebenarnya patut belajar dari Eurocopter dan Brazil. Eurocopter sebagai penjual memang seboleh-bolehnya cuba membuat keuntungan sebanyak mungkin. Kalau dengan Brazil dia untung sedikit tetapi transaksinya dengan Malaysia Eurocopter nampaknya untung besar. Brazil pula amat pandai dalam dalam tawar menawar. Brazil beli 50 buah helicopter dengan harga RM4 bilion bersama dengan pemindahan teknologi berbanding dengan Malaysia 12 buah pada harga RM2 bilion tanpa ada apa-apa keuntungan timbal balik.
Kedua-dua Eurocopter dan Brazil mempunyai negotiation skill yang hebat. Kenapa Malaysia amat kurang dalam skill ini. Banyak transaksi antarabangsa kita membuat kita kelihatan bodoh. Baru-baru ini Sime Darby rugi lebih RM80juta dalam urusan menjual minyak sawit ke China. Dulu kita pernah beli jet pejuang tapi tersadai kat padang pasir. Kita tempah kapal perang dengan syarikat dalam negeri pun boleh rugi. Bayar dah berlebih tapi siapnya idak.
Apakah sebenarnya yang terjadi? Kalau kemahiran berunding kita lemah, kita pernah melarikan Guthrie dari bawah batang hidung mat salleh London dan bawa balik ke Kuala Lumpur. Itu bukan kecil anak punya kemahiran. Mat salleh pun terlelan. Itu bukti orang kita memang pandai berunding.
Jadi bukanlah kemahiran berunding yang kita lemah sebenarnya. Ada perkara lain yang kita lemah dan menyebabkan kita membayar lebih dari yang sepatutnya. Apakah perkara itu? Hah...itulah yang AMK cuba cungkil dan PAC patut siasat.



19 October 2008

Semakin Muda....

Yesterday I received an email from an old friend through our "Mekar_IDG yahoogroup" . What he wrote was very troubling but to some extend it actually reflects the state of our children... below is the email in full..

Kalau tengok tajuk email saya ni mungkin ramai akan merasakan bahawa saya bercadang nak mempromosi ubat awet muda atau juga ubat "kuat". Sorry siapa yang beranggapan begitu tersilap! Kalau anda masih ingat, beberapa bulan yang lepas saya ada fwd.kan email yang memaparkan gambar2 pelajar-pelajar sekolah di Terengganu yang cedera parah kerana kes bergaduh sesama sendiri. Ada yang sampai tercabut kepala lutut.

Semalam selepas majils hariraya di madrasah saya, saya dikejutkan dengan bunyi bising di kawasan perkarangan madrasah. Beberapa orang budak dari luar (orang kampung persekitran) telah masuk kawasan madrasah untuk mencari pelajar-pelajar tertentu dengan tujuan untuk mengajak mereka bergaduh. Dari jendela pejabat madrasah, saya lihat seorang bapa pelajar sedang bercakap dengan budak kampung tersebut dan cara budak tersebut respon dengan orang dewasa yang cuba meleraikan kes itu sememangnya amat kurang ajar. Umur budak itu? 12 tahun!

Saya turun dari pejabat madrasah dan masuk campur. Memang saya kenal sangat dengan budak kampung yang menjadi kepala budak-budak tersebut kerana telah beberapa kali melihatnya berlegar dalam kawasan madrasah dan telah juga beberapa kali bertegur sapa dengannya dengan maksud untuk membuka ruang agar dapat memberi nasihat sedikit sebanyak. Dia memang kerap ponteng sekolah.

Semalam dengan rantai di leher dan rambut ala komando, memang tak ubah macam rupa samseng. Namun apabila dia melihat saya, nadanya agak perlahan sedikit. Diselidik, rupanya budak kampung tersebut telah beberapa kali menjalankan aktiviti peras ugut pelajar2 madrasah yang melalui kawasan flet tempat tinggalnya. Kes tersebut diselesaikan dengan budak2 kampung itu diberi amaran keras oleh saya. Kebanyakkan budak2 kampung dipersekitran madrasah memang mengenali saya kerana telah beberapa kali saya terlibat dalam kerja pemberentasan aktiviti2 tidak sihat yang dilakukan oleh remaja dan juga KANAK-KANAK di kawasan persekitraan. Antaranya merokok, berkelakuan sumbang lelaki & perempuan. Ugutan2 oleh budak2 kampung ini juga telah beberapa kali disampaikan kepada saya melalui pelajar2 madrasah tetapi biasalah, budak2 samseng melayu ni lebih banyak cakap dari buat.

Semakin hari saya melihat tahap umur budak2 melayu yang terlibat dengan kerja2 tak sihat semakin turun. Itu yang saya maksudkan dengan tajuk "semakin muda". - Alaq [alwan67@yahoo.com ]

My comment;
Dua tiga hari lepas di Perlis pelajar tingkatan dua (14 thn) menendang dan memukul cikgunya. Di tempat saya pula di Petrajaya, Kuching, 2-3 rakan sekelas anak saya (12 thn) biasa saja menghisap rokok dan perkara ini dilakukan semasa program ko-korikulum di padang sementara menunggu guru ko-ko datang. Budaya samseng juga tidak asing di sini dan Langkau (sejenis arak murahan) telah menjadi perkara biasa dalam bualan budak2 sekolah. Pil khayal pula hanya bahan mainan buat mereka. Dan yang paling sedihnya ialah majoriti murid2 yang terlibat adalah anak2 Melayu Islam.

Jelaslah ,ada yang tidak kena pada sistem pendidikan kita samada pendidikan formal ataupun tidak. Suatu rombakan besar dan drastik perlu dilakukan. Sistem kita perlu dikaji semula. Sudah jelas sistem kita lebih banyak menghasilkan orang2 yang negatif sifatnya. Anak2 adalah produk masyarakat dan kita lihat akhlak masyarakat
semakin hari semakin tipis.

Sebenarnya segala masalah yang kita hadapi sekarang adalah berpunca dari masalah Iman dan Taqwa. Manusia sudah tidak takut kepada Tuhan kerana iman dan taqwa mereka telah menjadi sangat nipis. Sekali carik pasti terkoyak. Perlanggaran kepada hukum Allah sudah tidak memberikan apa-apa kesan dalam hati manusia kerana takut pada Allah sudah hampir pupus. Maka biasa saja sekarang kita dengar tentang masalah disiplin pelajar di mana2 sekolah. Modal Insan yang di war-warkan oleh Pak Lah nyata gagal kerana tidak berupaya membendung masalah akhlak, bahkan ia semakin membarah.

Olehitu, inilah masanya kita kembali kepada Islam. Sistem tinggalan British yang ada perlu diganti dengan sistem yang bertunjang kepada Iman dan Taqwa. Hanya insan yang beriman dan bertaqwa sahaja berupaya menjadi Modal Insan yang berguna pada masyarakat dan negara.

Iman dan Taqwa pula hanya boleh didapati dengan ilmu dan mujahadah. Sebagai langkah pertama, mari kita semua jadikan diri masing lebih berilmu, beriman dan bertaqwa. Bila kita secara individu telah meningkat iman dan taqwanya, maka secara automatik masyarakat menjadi lebih beriman dan bertaqwa. Barulah nanti anak2 kita berupaya menjadi modal insan yang hebat.


17 October 2008

Kenyataan khas Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-215

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.
"Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.
"Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.
"Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.
"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.
Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak paus hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.
"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.
"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.
"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.
Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.
"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.
"Majlis Raja-raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.
"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."
(Di petik dari HarakahDaily.Net)

Presiden Amerika Maharaja Iraq

Laporan dari Friends Comittee on National Legislation FCNL mengatakan bahawa President Amerika mempunyai hak ke atas sumber minyak Iraq memang telah kita jangkakan. Dalam laporan itu Presiden Bush dikatakan telah menandatangani satu kenyataan yang menekankan kuasanya ke atas telaga minyak dan kawalan lansung kepada minyak Iraq. Itulah sebenarnya tujuan Amerika menjajah Iraq bukan sebab Saddam Hussain dan senjata pemusnah besar-besarannya. Alasan itu sudah lama terkubur dengan terkubur Prsiden Saddam Hussain.
Seperti maharaja zaman purba yang menjajah sesebuah negeri, Bush telah memusnahkan Iraq dari segi sosio ekonomi, poltik dan budaya Iraq dan kemudian mengaut untung dari "pembangunan semula" Iraq dengan menggunakan dan mengawal hasil minyak bumi Iraq.
Tentera Amerika bersama dengan kontraktor mereka menjarah bumi Iraq secara sistematik. Kata-kata demokrasi dan pemerdekaaan Iraq adalah alasan dijadikan justifkasi ampuh untuk tujuan ini.
Bakal presiden Amerika yang sedang bergasak sekarang akan terus menjarah Iraq. Obama nampaknya seperti mahu keluar dari Iraq dan McCain pula seperti mahu terus berda di Iraq. Apapun hakikatnya Amerika tidak akan melepaskan Iraq dari cengkamannya. Harga Iraq terlalu besar untuk dilepaskan. Persoalan tentang nasib rakyat Iraq yang menderita buakan penting. Yang maha penting bagi Amerika adalah minyak Iraq. Bom dan peluru berpandu Amerika cuma untuk tujuan ini bukan untuk menyelamatkan Iraq dari Saddam Hussain atau Al Qaida.
Lebih banyak bom yang meletup di Baghdad adalah lebih baik untuk Amerika kerana ia menjadikan alasan untuk mereka menetap di Iraq. Agen Amerika dan Yahudi tidak puas-puas melagakan puak-puak yang bertelagah di Iraq. Hubungan Sunni dan Syiah semasa era Saddam Hussain adalah baik. Perkahwinan antara dua puak ini adalah perkara biasa. Namun selepas Amerika masuk pertentangan Sunni-Syiah dimanipulasi secukup-cukupnya supaya dua puak ini saling berbunuh-bunuhan. Keadaan huru-hara beginilah yang memang dikehendaki oleh Amerika untuk terus menjajah bumi Iraq.
Sekumpulan mujahidin masih tetap berjuang di bumi Iraq. Walaupun senjata mereka tidak canggih tetapi pukulan mereka tetap dirasa oleh Amerika. Mujahidin Iraq ini berjuang untuk membebaskan Iraq dari cengkaman kafir Amerika tetapi ramai juga munafikin di kalangan rakyat Iraq yang melengahkan kemenangan mereka. Sungguhlah kemiskinan dan kepapaan mereka menjuruskan ramai dari mereka untuk bersengkongkol dengan Amerika dan agen mereka.
Kita doakan perjuangan para mujahidin ini diberikan pertolongan oleh Allah dan diterima jihad mereka sebagai amal soleh. Telah banyak darah syuhada menyembah bumi Iraq dan pastinya perjuangan di Iraq menuntut korban lebih banyak sebelum Islam menang di sana.



13 October 2008

Nilai Sebuah Darjah 'Datuk"

Pangkat atau Darjah kurniaan selalunya dianugerahkan kepada orang yang sangat berjasa kepada negeri atau negara. Tetapi apa yang dah jadi di Melaka hingga darjah "Datuk" sudah menjadi terlalu murah. Orang yang bukan warga negara dan tiada kena-mengena pada negeri Melaka telah diberikan pangkat Datuk.
Apa sangatlah buat filem sikit tunjuk gambar A Famosa dan Bandar Hilir. Kalau itu ukuran jasa besar Shah Rukh Khan (SRK), semua pembuat filem cereka atau dokumentari mesti diberi pangkat Datuk. Gavin Menzies dalam buku "1421-The Year China Discovered The World", banyak kali menyebut Melaka sebagai pusat perdagangan antara China dan negeri-negeri sebelah Barat dan betapa Melaka adalah asas kepada munculnya Malaysia. Buku Gavin Menzies adalah sebuah buku Best Seller seluruh dunia. Jadi kalau ikut hujah DS Ali Rustam, Gavin amat layak untuk diberikan darjah Datuk.
Siapakah SRK sehingga Tun Khalil Yaakob dan DS Ali Rustam terhegeh-hegeh nak berikan dia 'Datuk'. SRK pun tak endah nak mencemar duli datang ke Melaka untuk menerima darjah kebesaran tersebut. Bukankah ini amat memalukan.
"Dan sekarang dipersilakan En Shah Rukh Khan untuk menjunjung kasih tampil menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk" "Dipersilakan En Shah Rukh Khan...." "En Shah Rukh Khan...di persilakan naik ke pentas..." "Ada..ada?" " ok kalua tak ada silakan wakil naik...ke pentas untuk menerima darjah kebesaran...." 'Wakil...tolong naik...wakil ada?..." Ada...ke tak?"..
Ha ha ha... SRK hairan pun tidak untuk datang ke Melaka dan menerima darjah hebat dari Tun Khalil.
OKlah kita kata SRK banyak jasa pada Melaka. Tapi dari segi akhlak macamana? Aqidah pun bercalar balar. Isterinya Hindu. Lakonannya menjolok mata. Adakah SRK boleh menjadi contoh ikutan remaja di Malaysia (baca Melaka)? Yang oleh meningkatkan jatidiri dan modal insan remaja? Hmmm....hampeh...
Apa lagi nilai yang ada pada "Datuk" dari Melaka? Terlalu mudah dan ramai yang dapat. Jika dibaling seketul batu di tengah-tengah Kuala Lumpur, peluang untuk batu itu kena kepala seorang "Datuk' amat besar dan besar kemungkinan ia dari Melaka.
Sekarang orang perempuan pun boleh dapat "Datuk". Pangkat dah jadi unisex dan nilainya pun hancur. Kenapa tidak dicipta satu pangkat untuk orang perempuan yang bayak jasa? Margaret Tatcher mantan PM Britain yang banyak jasanya pada Britain dan dunia pun tidak diberikan "Sir" oleh Queen Elizabeth. Dia dikurniakan "Baronness" (Baron untuk lelaki). "Sir" tetap untuk lelaki. Sepatutnya begitulah juga gelaran "Datuk".
Saya fikir daripada diberikan 'Datuk" kepada SRK, adalah lebih molek diberikan kepada Lim Guan Eng, anak Melaka yang menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang atau pun Lim Kit Siang yang berdekad memberikan jasa sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia.Tapi fikir-fikir balik, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tidak pandai menyanyi dan menari-nari ditepi tasik dan gunung-ganang dalam taman empat musim. Iyalah...mana layak nak dapat "Datuk"!!

10 October 2008

Anwar Lawan Murugan Di Batu Caves




Batu Caves kini mempunyai satu lagi mercu tanda, replika (patong?) Anwar Ibrahim, selain berhala besar Lord Murugan yang terang menyala di pintu gua.
Berhala Murugan dengan ketinggian 42.7m dibina oleh penganut hindu dengan kos RM2.5juta. Telah dirasmikan oleh Bekas Menteri Kerjaraya DS Samy Vellu pada 29 Jan 2006.
Replika Anwar Ibrahim dengan ketinggian 12.2m dibina oleh penyokong-penyokong PKR dan penduduk Dun Batu Caves dengan kos sebanyak RM5000 untuk memeriahkan semangat hari raya. ADUN Batu Caves, Amirudin Shari, bersama Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, R Sivarasah (Subang) dan William Leong (Selayang) hadir selaku tetamu kehormat pada majlis merasmikan pemasangan replika gambar Anwar oleh penduduk Batu Caves pada 28 September 2008.
Maka berkokoklah puak UMNO dan BN mengatakan perbuatan membina replika Anwar itu membazir. Eloklah wang RM5000 itu diberikan kepada fakir miskin yang ramai disekitar Batu Caves. Para alim ulama PAS pula dicuit supaya membising mengutuk perbuatan itu. Sesungguhnya replika itu patong dan patut diharamkan, begitulah hujah juak-juak UMNO itu.
Tetapi hairan, pada hujung Januari 2006 semasa tabir Berhala Murugan di angkat, tiada pula bunyi bising juak-juak ini mengatakan RM2.5juta patut diberikan pada fakir miskin. Dan tiada juga para alim ulama di Jakim disaran untuk memfatwa itu ini. Nampaknya apa saja pasal Anwar salah dan patut dibenteras.
Replika Anwar sebenarnya bersifat sementara selagi permit iklannya hidup tetapi Berhala Murugan adalah kekal sampai bila-bila. Sehingga kini tiada fatwa haram dari mana-mana pihak seperti yang berlaku pada cadangan pembinaan patung gergasi Quan Yin di Sabah. Malah ada yang berbangga bahawa Berhala Murugan telah menjadi satu lagi tarikan pelancung yang ampuh dalam Negara Islam Malaysia (sic).
Kedua-dua patong Anwar(replika) dan Berhala Murugan adalah hasil dari pendewaan manusia pada tokoh. Taksub yang membawa kepada pemujaan. Bezanya Anwar masih hidup dan mahu diberi kepercayaan manakala Berhala Murugan pula 'hidup' dalam kepercayaan.
Anwar lawan Murugan. Siapa menang?.... terpulang kepada kepercayaan anda.

08 October 2008

Majlis Ulama Umno (MUU)

Saranan SS Dr Asri Mufti Perlis supaya diadakan satu Majlis Ulama dalam Umno sebenarnya tidak keterlaluan jika dilihat dalam konteks yang positif. Pandangan ini mungkin tidak serasi dengan pendapat TGNA tapi mari kita keluar dari kotak PAS dan membaca saranan Dr Asri dari sudut nilai tambah gerakan Islam.

Majlis Ulama Umno (MUU) akan di barisi oleh para bijak pandai dalam bidang agama. Misalkan saja MUU ini akan jadi satu sayap kepada Umno setaraf Pemuda, Wanita dan Puteri (tapi bukan Putera sebab masih belum mumayyis dalam UMNO). MUU akan menjadi satu pressure group yang sangat berpengaruh. Ini disebabkan persaingan UMNO dan PAS untuk meraih sokongan umat Melayu Islam.

Kefahaman para ulama dalam soal agama adalah lebih tuntas dari orang biasa dan mereka lebih faham mana yang haq dan mana yang bathil. Memang ada ramai Ulama Suk (ulama jahat) tapi masyarakat akan punya pilihann antara UMNO dan PAS. MUU dan PAS akan saling bersaing untuk mendapat sokongan khalayak Melayu.
Masyarakat moden kini adalah lebih bermaklumat oleh itu, Ulama Suk akan mendapati agak sukar untuk mempengaruhi masyarakat dengan dakyah kotor. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyatakan apa yang benar dan haq. Dalam kata lain, MUU akan semestinya mengesahkan kebenaran PAS, kerana yang haq itu hanya satu. Jadi tidak kita tidak perlu takut, kerana MUU hanya akan menguatkan lagi PAS.

Dari sudut lain pula, dengan tekanan yang dikenakan oleh MUU dalam UMNO, sedikit demi sdikit akan mengubah dasar UMNO untuk menjadi lebih Quran & Sunnah Compliance. UMNO akan terpaksa menukar dasar partinya demi mendapatkan sokongan majoriti Melayu. Melayu agamanya Islam, walaupun dia tidak pernah sembahyang atau puasa, pantang Melayu dicap kafir. Dan Melayu kebanyakannya suka dicap sebagai pendokong Islam, contoh terbaik Pekida (walaupun banyak kelakuan mereka seperti samseng). Jadi.. ingat, siapa yang dapat sokongan padu Melayu akan jadi tuan di nusantara sebelah sini.
Bila Umno jadi Quran & Sunnah Compliance, Umno sebenarnya telah bertukar menjadi 'PAS'. Bila ini berlaku tidak apa lagi yang menghalang penggabung antara UMNO dan PAS. Seperti kata TGNA, letaklah nama apa pun, yang penting dasarnya Quran dan Sunnah. Dengan ini, Islam akan sangat kuat bila PAS dan UMNO menjadi satu parti atas dasar Islam. Islam Itu Tinggi dan Tidak Ada Apa Pun Yang Lebih Tinggi Darinya.

Walaubagaimanapun perkara ini akan mengambil masa untuk berjaya. Tetapi, peluang harus diberi kepada MUU untuk ditubuhkan. PAS dari satu pihak eloklah mengalu-ngalukan penubuhan MUU. Selain dari memberikan suasana persaingan yang sihat, ia akan membuka ruang kepada muzakarah yang dapat meleraikan kekusutan maslahat umat Islam.

Ramai ulama dalam UMNO yang sebenarnya kepingin untuk memperjuangkan Islam tetapi takut akan menjejaskan kepentingan dan periuk nasi mereka. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menjadi pak angguk kepada golongan sekularis. Tetapi dengan adanya MUU, para ulama akan lebih berbisa dan menekan golongan sekular dalm UMNO untuk menerima Islam yang haq (baca, PAS).

Sekali lagi syabas kepada Dr Asri kerana berfikir selangkah kehadapan juga satu tepukan untuk MUU. Claps..Claps..Claps... (ada faham kah??)





07 October 2008

Seruan Kepada Islam

Kepada semua sahabat yang membaca blog ini yang belum Islam, saya menyeru tuan tuan dan puan puan supaya memeluk Islam.
Untuk memeluk Islam mudah sahaja.
Tuan puan isytihar dengan menyebut:
لا إله إلا الله
Transliterasi: La ila ha illal lah
Terjemahan: Tiada tuhan melainkan Allah
محمد رسول الله
Transliterasi: Muhammadur Rasullullah
Terjemahan: Muhammad itu pesuruh Allah
Untuk menjadikan ia formal, sedikit penambahan diletakkan diawal perkataan tersebut:
أشهد أنلا إله إلا الله
Transliterasi: Asyhadu al la ila ha illallah
Terjemahan: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang sisembah melainkan Allah
أشهد أنمحمد رسول الله
Transliterasi: Asyhadu anna Muhammadur rasulullah
Terjemahan: Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah
Apabila anda menyebut perkataan perkatan tersbut dengan penuh kesedaran dan dengan penuh rela, anda telah memeluk Islam. Apa yang saya janjikan kepada tuan2 & puan2? Saya tidak menjanjikan apa apa kepada tuan puan, Tetapi Allah menjanjikan kepada tuan puan syurga.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh mereka itu adalah sebaik-baikmakhluk.(QS.98:7)
Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga Aden yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang-orang yang takut kepada Tuhannya.(QS. 98:8)
Mudah mudahan posting ini meresap ke sanubari tuan2 & puan2 dan mendapat hidayah dari Allah swt.
(Dipetik dengan izin dari Blog Dr Himirdin)

Hindraf: Selamat Hari Raya Pak Lah (uhuk! uhuk! uhuk!)

Pak Lah marah geng Hindraf datang beratus-ratus tapi yang ucap selamat hari raya pada dia cuma seorang.
“Daripada ratusan ahli kumpulan berkenaan, hanya ada seorang yang sudi mengucapkan 'Selamat Hari Raya' kepada saya.
“Selebihnya hanya menyebut, ‘Hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ‘Lepaskan Hindraf’, ‘Hapuskan ISA’, ‘Lepaskan Hindraf’.
“Itu sahaja yang dia nak cakap pada saya, jadi tiadalah semangat hari raya,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini. -(Utusan Online)
NampaknyaPak Lah tidak faham tentang semangat hari raya yang sebenar. Bagi dia nampaknya hari raya hanya makan kuih , salam, ucap selamat hari raya dan hulur angpau raya.
Hari raya sebenar membawa manusia kembali pada fitrah kejadiannya selepas menjalani proses pembersihan selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Bagaimana manusia mahu kembali kepada fitrah jika dia dizalimi oleh undang-undang drakonian. Tanpa dakwa bicara orang yang dipenjara tanpa pendakwaan itu terus-terusan tidak mengetahui apa sebenar kesalahannya.
ISA memang tidak ada semangat hari raya. Kebesasan untuk menikmati kehadiran Ramadhan dan Shawal telah dirampas dari mangsa ISA. Mangsa ISA pula bukan sahaja orang yang ditahan tetapi seluruh anggota keluarga dan orang yang disayanginya. Bukan seorang sahaja yang terzalim tetapi jauh lebih ramai. Apakah dosa mereka sehingga disiksa begitu?
Pak Lah marah pada Hindraf kerana tidak mengucapkan selamat kepadanya tetapi lansung tidak kesah pada kesusahan mangsa ISA yang tidak dapat berhari raya. Ada mangsa yang sudah masuk 7 tahun tak dapat menyambut hari raya, itu Pak Lah tak nampakkah? Anak-anak yang menderita kerinduan untuk meyambut hari raya bersama ayah tercinta. Kemiskinan menghimpit kehidupan mereka. Mereka ini tidak pernah dapat menyambut hari raya dengan gembira kerana ayah dipenjara tanpa bicara. Pak Lah tidak terfikirkah tentang penderitaan anak-anak ini? Bayangkan kalau Khairy Jamaludin dipenjarakan tanpa sebab undang-undang. Bagaimana agaknya Nuri dan bayi kecilnya nak menyambut hari raya ini? Tidak sedihkah Pak Lah menatap cucunya beraya tanpa ayah di sisi?
Itulah yang mahu dibawa oleh Hindraf tatkala mengunjungi rumah terbuka PM di PWTC. Tapi Pak Lah dan para menteri pengampunya tidak mahu faham atau buat-buat tidak faham. Bagi mereka hari raya hanya untuk makan dan kumpul angpau!!