16 September 2009

Dan Satu Lagi Pembaziran Peringkat GABAN!!

Malaysia akan mempunyai kereta lumba F1 dibawah syarikat milik Proton yakni Lotus. PM Najib mengumumkan keputusan ini semalam. Home ground F1 Lotus adalah di Litar F1 Sepang, cukup dengan kilang pembuatan dan pasukan penyelengaraannya sendiri. Lotus F1 ini akan menjadi Pasukan F1 100% di bina dan diselenggara dan di urus oleh rakyat tempatan, kecuali pengurus besarnya oleh oleh Mat Saleh dari Reynould...
Hmmmm... Najib memang pandai membazir... sementara ramai anak Felda dan rakyat pendalaman Sabah Sarawak dan di ulu2 Semenanjung mengikat perut tak berduit beli keperluan asasi Najib sedap2 belanja besar buat F1...Mahathir tentu suka...
Baca berita lanjut di sini...

Apa Jadi PR Di Sarawak...?

Pada hari Isnin lepas Sheikh Sambal sempat menghadiri satu pertemuan yang bersejarah antara parti-parti pembangkang di Sarawak; DAP, PKR, SNAP dan PAS. Pertemuan ini adalah julung-julung kalinya berlaku di dalam politik Sarawak. Objektif mesyuarat bersepadu itu ialah untuk menubuhkan satu pakatan antara semua parti pembangkang di Sarawak sama seperti yang berlaku di Semenanjung.
Perbincangan berlaku dengan baik dan mesra sekali. Walaupun semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh semua pihak amat baik baik, tetapi DAP berkeras dengan pendirian bahawa PR Sarawak hanya boleh wujud selepas persetujuan dicapai dalam pembahagian kerusi. PKR, SNAP dan PAS bagaimanapun sepakat setuju bahawa pembahagian kerusi boleh dibincangkan selepas PR Sarawak ditubuhkan. Jika ditolak DAP memang PR Sarawak boleh wujud tetapi apalah gunanya jika DAP tidak ikut serta kerana DAP mempunyai kekuatan yang padu di kawasan-kawasan bandar.
Sebenar DAP dan PKR perlu menyelesaikan masalah yang telah lama berlegar. Masing-masing sering berperang di dalam media. Stumbling Block kepada penubuhan PR Sarawak adalah kedua-dua parti tersebut. Perlu ada tolak ansur antara kedua2 mereka. Ada 71 kerusi DUN dalam Sarawak. DAP dan PKR masing-masing memegang 6 dan 1 kerusi yang dimenangi dalam PRU Sarawak pada tahun 2006. PKR kemudian menambah dengan kemasukan YB Gabriel Adit ke dalam PKR menjadikan PKR mempunyai 2 ADUN.
DAP nampaknya lebih degil dari PKR. Ini mungkin kerana mereka mempunyai YB yang ramai dalam DUN. Jadi semestinya ada rasa kerek di kalangan mereka. Olehitu PKR perlulah menunjukkan sedikit rasa hormat tentang itu. Jangan ingat PKR menang besar di Semenanjung maka PKR perlu berselera besar juga di Sarawak. DAP juga jangan besar kepala. Okaylah mereka ada ramai ahli DUN tetapi mereka perlu menghormati kekuatan yang ada pada PKR kerana PKR dapat diterima oleh berbagai lapisan masyarakat sedangkan DAP walaupun parti majmuk, hanyalah dilihat sebagai parti bangsa Cina.
PAS dan SNAP mungkin mempunyai pengaruh dan hasrat masing-masing dan tidak berapa bertindih dengan DAP dan PKR. PAS melihat kawasan yang majorit orang Melayu Islam dan SNAP pula lebih kepada kerusi yang majoriti Bumiputra Bukan Islam. PAS dan SNAP boleh dilihat sebagai penyejuk diantara PKR dan DAP.
Walaubagaimanapun seeloknya PR Sarawak perlu dibentuk secepat mungkin. Dalam kenyataan akhbar selepas mesyuarat bersama yang diadakan, semua parti tersebut bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Bersama yang kerap. Mesyuarat akan datang akan dianjurkan oleh DAP dalam masa 2 bulan lagi. Semangat untuk bersama memang telah terpahat cuma sedikit usaha lagi melicinkan pakatan ini.
Hanya perbincangan dan perjumpaan yang kerap dan mesra akan dapat menolong untuk merialisasikan tertubuhnya Pakatan Rakyat Sarawak. Janganlah disebabkan ego dan kerek ahli politik DAP dan PKR menyebabkan rakyat Sarawak terlepas peluang untuk membebaskan diri dari cengkaman Taib Mahmud/BN.
..SS..

ISU ISTERI MENUNTUT HAK KWSP

Isu KWSP semakin hari semakin panas. Kini ada pula beberapa persoalan berkaitan hak wang KWSP jika pencarum telah meninggal dunia. Berikut adalah antara persoalan dan jawapan. Moga perkongsian ini dapat membantu anda memahami serba sedikit berkaitan akaun KWSP anda.
SOALAN:
Arwah suami telah meninggal dunia pada bulan Februari lalu.Kami telah dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.Saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa.Arwah suami telah meninggalkan beberapa harta termasuk wang caruman KWSP.Apa yang menyedihkan, ibu bapa mertua telah mengeluarkan semua wang denganalasan saya dan anak-anak tidak berhak menerima wang KWSP tersebut.Ini kerana arwah suami telah menamakan ibunya sebagai penama terhadap wang caruman.Saya ingin tahu hak saya dan anak-anak terhadap wang KWSP dan harta-harta lain.
Ibu Tunggal,
Klang, Selangor.
JAWAPAN:
Perundangan Islam secara jelasnya telah menggariskan panduan bagaimana seseorang boleh membahagikan hartanya. Pembahagian harta bergantung kepadatatacara pembahagian dan berlandaskan hukum syarak dan undang-undang.
Secara lazimnya apabila ada ahli keluarga yang meninggal dunia,sudah tentu kita dihadapi dengan persoalan pembahagian harta pusaka. Pengurusan harta pusaka bertujuan untuk memberikan kepada yangberhak dan untuk membantu waris yang ditinggalkan. Lebih-lebih lagi bagi membantu isteri arwah untuk membesarkan anak-anaknya seorang diri.Antaranya mewujudkan kasih sayang, menanam semangat kemesraan, tolong menolong dan bertimbang rasadi antara ahli waris.
Merujuk kepada fatwa dan amalan semasa, wang simpanan si mati dalam KWSP adalah diiktiraf sebagai harta pusaka. Pengiktirafan tersebut adalah melalui Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada September 2000 iaitu wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid kerana wang itu dicarum si mati semasa hayatnya kepada KWSP maka wang itu adalah milik si mati. Maka wang milik si mati adalah harta pusaka.
Walaupun ibu mertua dinamakan sebagai penama untuk mengeluarkan dan menerima wang itu, wang yang diterima hendaklah dibahagikan kepada waris mengikutfaraid. Fatwa Kebangsaan juga memutuskan penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan si mati) mengikut hukum faraid.
Antara prosedur KWSP yang ditetapkan adalah dengan memberi peringatan kepada penerima seperti berikut: "Bagi ahli yang beragama Islam, penerima waran ini adalah sebagai wasiatau pentadbir dan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mentadbir danmembahagikan simpanan KWSP ahli mengikut undang-undang Islam (faraid)."
Bagi orang Islam, penamaan yang dilakukan di dalam akaun caruman KWSP hanya bagi membenarkan KWSP mengeluarkan wang itu kepada penama untuk diagihkan kepada waris yang berhak. Penama diamanahkan oleh orang yang menamakannya untuk mentadbir harta berkenaan supaya ia dapat diagihkan mengikut hukum faraid dengan segera.
Secara dasarnya, wang simpanan yang dikeluarkan oleh Penama dikehendaki menandatangani suatu aku janji bahawa beliau akan mengagihkan wang simpanan itu mengikut faraid. Kegagalan mematuhi aku janjiitu memberi kesan kepada penama dari sudut undang-undang. Tindakan menurut undang-undang boleh diambil terhadap Penama itu.
Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu mertua sebagai penama untuk membahagikan harta tersebut secara faraid kepada waris-waris yang berhak. Jelaslah di sini bahawa puan adalah salah seorang waris yang berhak terhadap harta-hartapusaka arwah. Maka, puan boleh menuntut wang caruman KWSP bagi kepentingan puan dan anak-anak.
Selain itu, puan juga berhak untuk menuntut harta lain seperti harta sepencarian terhadap harta-harta arwah. Tuntutan harta sepencarian boleh dilakukan selepas perceraian atau selepas kematian mana-mana pihak. Puan berhak menuntut harta tersebut sebagai harta sepencarian walaupunpuan tidak bekerja.Tuntutan terhadap harta sepencarian boleh dilakukan pada bila-bila masa tiada had masa yang ditetapkan. Tetapi, sebaik-baiknya dituntut dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarangkomplikasi.Bagaimana?
Moga info berkaitan isu KWSP diatas menjadi panduan buat anda. Anda juga boleh dapatkan ebook kami di sini:
dipetik dari email
En Razif Yusof

14 September 2009

Apa Jadi Dalam BN...?

Atau semua tak menjadi dalam BN... MCA kacau dengan kes perebutan kuasa. Orang no.2 Dr Chua Soi Lek di kikis dari jawatan. Dalam MIC Datuk Subramaniam yang kalah pula akan dihadapkan ke lembaga disiplin parti. Parti Gerakan dilihat sebagai api dalam sekam.
Dalam UMNO pula mungkin nampak cool dalam clique Najib tapi bergelodak di luar. Pemilihan calon Bagan Pinang dah menampakkan perpecahan yang tak dapat disorok lagi.
Bahagian Telok Kemang sebulat suara mencalonkan bekas MB Dato' Seri Isa Samad tapi Mahyudin dan Najib pula tidak berkenana. Maklumlah Isa kan bawak beban kes politik wang. Najib/Muhyidin tidak mahu UMNO masuk bertanding dengan imej yang tercalar. Pengalaman Permatang Pasir sangat memilukan mereka. Tapi UMNO Teluk Kemang adalah tuan rumah PRK kali ini. Mereka berkeras mahukan Isa Samad. Mahu tidak mahu suara mereka sangat perlu didengar.
PM Najib berkokok membawa kempen Satu Malaysia tapi dalam realiti BN tidak lansung ada erti Satu itu. Memanglah dari dulu BN tak pernah bersatu sebenarnya. Politik suku kaum yang mereka amalkan takkan dapat membawa kepada persatuan itu.
PR dalam tidak mengamalkan politik suku kaum. Sememangnya semua parti dalam PR berlandaskan parti majmuk. DAP dan PKR adalh parti majmuk. Begitu juga PAS. Dalam PAS semua bangsa ada kerana PAS Untuk Semua!.
Drama Bagan Pinang sedang membara....setiap ahri akan menyebabkan UMNO?Bn pening kepala. Mungkinkah PAS berpeluang untuk mermpas Bagan Pinang. Memang ia kubu kuat UMNO tapi kalau tentera dalam kubu itu sibuk berperang sama sendiri, PAS mungkin dapat masuk dengan hanya mengalahkan pengawal yang bertugas di pintu gerbang.
Walaupun begitu PAS/PR perlu bekerja keras kerana walaupun hanya pengawal, mereka ada BOM duit!!.....
PAS/PR selamat berkempen di Bagan Pinang.

11 September 2009

Selamat Datang Blogger baru! Lintah@Kuching

Selamat datang Sheikh Sambal ucapkan kepada blog baru...


sebuah blog yang memaparkan kisah suka duka menternak lintah secara komersial berskala kecil di Kuching Sarawak.

Mari sama-sama kita doakan semuaga Lintah Kuching berjaya dalam Lintah di Bumi Kenyalang!!







04 September 2009

PRK Di Negeri Sembilan Pulak!!

Nampaknya negara akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil iaitu pilihanraya kecil yang ke-9 apabila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi.

DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang.

Pada pilihanraya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.

Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.

Menurut laporan awal, kematian Azman adalah disebabkan serangan jantung. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang di Hospital Seremban Specialist Center. Azman berusia 55 tahun.

Kerusi DUN Bagan Pinang secara tradisinya adalah kubu BN. Sebelum ini calon BN, Mohd Faizal Ramli memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi.
(dipetik dari Mstar)
Ayuh sumo waghih den kek N9....ini maso eh mengajar UMNO. Hari Pulau Pinang ni jam kek tompek kito lak... apo lai ..asah pensel tajam2! pangkah PAS!!

Mari Masuk Syurga Ikut Pintu Al Rayyan!!

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di Syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka. Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum - no: 1896)

01 September 2009

Selepas Hujan Lebat - Bila Culvert Tak Cukup Menampung Air..

Hati-hati selepas hujan lebat. Jika terlihat ada pusaran air di tepi jalan itu mungkin mala petaka sedang membina. Seperti video klip di atas, walaupun jalan baru dengan culvert baru tetapi bila datang air begitu banyak, kapasiti tidak cukup untuk menampung kemaraan air. Mungkin culvert yang dibina tidak mengikut spesifikasi atau jurutera perunding salah design...