27 May 2010

Pakaian Terpakai Untuk Amal Charity Shoppe

Pada hari minggu lepas ahli-ahli AMAL Unit Miri sibuk memunggah, memilih dan menyusun kain baju terpakai yang disedekahkan oleh para penderma. Kain baju terpakai yang masih elok di susun lipat untuk dijadikan modal jualan kepada orang ramai. AMAL Charity Shoppe (ACS) telah kehabisan barang jualan terpakai setelah sekotak pakaian terpakai yang tersimpan selama ini telah disedekahkan kepada mangsa kebakaran di Kpg Pulau Melayu tempoh hari.

Ada 17 guni beras berisi pakaian terpakai telah diproses untuk dijual oleh ACS. Dari 17 guni itu, hanya 2/3 yang masih elok. Banyak juga pakaian yang koyak rabak disedekahkan orang. Ada juga spender roti kirai dimasukkan dalam guni-guni tersbut. Itulah yang memburaikan gelak sedang para ahli sibuk memilih.

Apalah pakaian koyak rabak dan pakaian dalam terpakai juga mahu disedekah. Bukahkan Allah dan Nabi menyarankan barang yang baik saja disedekah. Tapi mungkin para dermawan itu tak sempat nak pilih mana yang elok mana tak, maka dimasukkan semua dalam guni. Walaubagaimana pun begitu ACS mengucapakan ribuan terima kepada para dermawan atas segala pakaian yang disedekahkan.

ACS akan mencari masa dan tempat sesuai untuk menjadikan pakaian itu sebagai duit. Salah satu cara ialah membuka meja jualan dalam majlis aktivit AMAL. Pakaian terpakai tersebut akan dijual pada harga yang tersangat murah. Melihat pada kualiti pakaian yang diproses pada hari minggu itu mungkin harus dijual tidak melebihi RM2 sehelai. Ini sebenarnya sangat murah. Kita mengharapkan jumlah yang banyak dapat dijual. Dengan jumlah yang tinggi terjual, harga yang murah 'gila' itu akan dapat imbangkan

Konsep 'CAR BOOT SALE' jugamungkin dapat digunakan untuk menjual barang-barang terpakai ini. Semasa penulis belajar di England dulu, penulis selalu mengunjungi Car Boot Sale pada hujung minggu di sekitar Newcastle. Kawasan jualan tersebut biasanya dianjurkan oleh sesebuah badan yang akan memungut sedikit yuran untuk kos pentadbiran. Di situ sesiapa sahaja yang mahu menjual barangan terpakai mereka boleh berbuat begitu tanpa perlu memiliki premis dan lesen perniagaan. Mereka hanya perlu meletakkan barangan terpakai mereka dalam but kereta yang dibuka kepada orang ramai untuk memilih dan membeli. Yayasa AMAL mungkin boleh menganjurkan pesta jualan Amal begini setiap minggu berkonsepkan Car Boot Sale seperti yang penulis terangkan tadi. Cara ini ACS akan dapat menjual pakaian terpakai mereka disamping dapat juga mengumpul dana melalui yuran yang dikutip.

YAM melalui ACS juga akan dapt mendekati diri dengan masyarakat setempat. AMAL untuk semua akan mudah direalisasikan cara 'engagement' begini.

Segala dana yang terkumpul akan digunakan untuk membiayai berbagai aktiviti kebajikan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.

Semuga ACS maju jaya. ALLAHUAKBAR!!

.

.

19 May 2010

Anwar : A Traitor ? / Seorang Pengkhianat?

Para pengunjung sekelian,

Ana dapat email dari seorang kawan yang melampirakan sebuah artikel mengenai Anwar dan UMNO. Satu artikel baik untuk dibaca oleh semua baik UMNO dan bukan UMNO. Tulisan ini adalah pandangan seorang yang bernama Hussein Hamid. Sheikh Sambal hanya menempelkan ia di sini sebagai rencah perjuangan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>.....<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Anwar a traitor ?
Written by Hussein Hamid


If I am called a traitor for denouncing UMNO as failing to defend the special rights of the Malays and the Monarchy, then let me stand beside Anwar and BE A TRAITOR
UMNO defending the rights of the Monarchy?
Was it not your (UMNO) President Mahathir who stripped away the legal privileges of the Sultans - the hereditary and cultural symbols of the Malays? The Sultans to whom we all go for protection against political and administrative excesses?
And then you all have the audacity to put yourself on the same level as we had once had placed the Sultans on - but this time giving the Malays no access to protection from the excesses you have indulged in and now continue to indulge at the expense of the Malays?

I did NOT hear of any Sultan taking Ringgit $500 million for services rendered.
I did NOT hear of Sultans using the Police to impose their will upon the Malays.
I did NOT hear of Sultans blowing up foreign nationals.
I did NOT hear of Sultans willing to allow the Malays to suffer economically as they do in KELANTAN, just because the people in that state choose to have, as their government, a party that is not UMNO.

....... And you call us traitors to the Malay cause? Are the people in Kelantan not Malays?

1. If they question Anwar's sincerity for not raising the matter when he was in power, then I too am not sincere because I was once one of those that look upon UMNO as our savior and never did denounce UMNO until now.
2. If what I say now shows disrespect to the Malays, then I rather do this, than to sit quietly while our Malay leaders enrich themselves through greed and corruption - as they continue to do today.
3. If I am guilty of showing disrespect to these Malay leaders - so be it , I plead guilty as charged.

I am sick to my stomach of UMNO leaders and their cronies taking, taking and taking for themselves what is rightfully for the Malays that they say they have been championing.. I now stand up and point my finger at them and say to myself:

If anything, I have been guilty of keeping quiet...because I, like Anwar, have had hopes that the aspirations of the Malay would have taken precedence over the greed of our leaders.

UMNO is greed. UMNO is deceit. UMNO is dishonor.

You Muhyiddin, You Najib, you Khir Toyo, you Mahathir, You Daim, ...and so many other UMNO cohorts have brought dishonor to UMNO and shame to us Malays..

You dare call Anwar a traitor. Then call ME one too....

There was a time when we had to expose the goings on in the award of tenders, privatization deals, projects failure...to make the people understand your misdeed while in power - NOT ANYMORE - that UMNO has become a bloated, corrupt and sleazy organization is a given fact - a fait accompli - a fact realized or accomplished - a decided fact - now days we can say that in your face and your leaders and past Presidents have accepted it as FACTS.

Let me say it again - it is a GIVEN fact that UMNO is corrupt. Whether Anwar and me are traitors is still to be decided!!

Our worry is this;
Now that you know that you will lose the next General Election - what will you do to win it? Or should the question be what will you NOT do to win the next General Election.

1. Murder most foul. You have done it.
2. Giving Ringgit 500 million for 'services rendered' to your running dog? You have done it.
3. Using the ISA indiscriminately separating our leaders from their loves one? You have done it.
4. I can name any evil under the sun and you have done it.
5. UMNO through its leaders, have done it...and you dare to call Anwar and traitors for speaking up?

I can only shake my head in disbelief when trying to work out what is that you will NOT do?
But this we pledge...whatever you do, do NOT think that you will be able to make us go away.... NEVER.

WE WILL be your worst nightmare - not money, not your might, not your threats not your gifts will deter us from doing the right thing...

We will keep our anger until the next General Election..

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA YB MAHFUZ OMAR

MARI RAMAI-RAMAI KITA MERIAHKAN MAJLIS MAKAN MALAM INI...!!

Bayaran masuk RM50. Sambil  makan sambil mendengar ta'limat Naib Presiden dan yang paling penting sambil menderma untuk perjuangan fi sabilillah di Sarawak 

ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!

18 May 2010

Siri Cinta Allah: Syukur

Syukur

Lelapku jaga,
Diamku bising,
Tenangku runsing,
Hidupku mati,
Senangku payah..

Laluku syukur
Dalam kurniaanMu
Ku pasrah....


Sheikh Sambal
17 May 2010
3 Jamadil Akhir 1431

.

Siri Cinta Allah: Bulan Bintang

Bulan Bintang
Tanda akbar Tuhan
Penenang hati insan
Dalam keluh ujian duniawi...

Bila ku lihat bintang
Nampak haibah ciptaan Ilahi
Bila ku lihat bulan
Nampak indah jiwa PASrah

Allah
KepadaMu aku berserah
Sujudku
Syukurku
Hanya untukMU


Almurady
4 Jamadil Akhir 1431
18 May 2010

Apa Erti Menang PR Di Sibu

Pakatan Rakyat menang besar(tolak undi POS) di Sibu. Apa maknanya?

1. BN bukan lagi parti pilhan rakyat.
2. Rasuah pilihanraya tak jalan di kawasan bandar
3. Mesej khas buat BN jangan perbodohkan rakyat dengan janji-janji manis
4. Sarawak bukan lagi 'insuran nyawa' BN
5. BN dah jumpa lawan yang ampuh, jadi jangan buat leceh
6. Pakatan PAS, DAP, SNAP dan PKR sangat menyengat
7. Kaum Cina kini telah dapat menerima PAS sebagai kawan yang luhur
8. Setia kawan PR menakutkan Taib dan BN di Sarawak
9. Faktor Anwar masih berbisa
10. Kebencian kepada Taib dan BN amat jelas
11. Kawasan Melayu/Melanau yang selama ini menyokong kuat Taib/BN makin mesra PAS/PR
12. Orang Melayu/Melanau tidak takut kepada DAP lagi
13. Selepas Sibu bandar besar lain seperti Miri, Bintulu dan Kapit boleh jatuh ke tangan PR
14. Nampaknya Pilhanraya Negeri Sarawak akan dilambatkan lagi sebab Taib masih bermimpi ngeri....



Sheikh Sambal

.

11 May 2010

Sibu: Masanya Nak Mintak Macam-Macam

Inilah masanya penduduk Sibu akan mendapat berbagai imbuhan dan janji manis. Pak Menteri itu dan ini sibuk merasmi sana dan sini. Ada saja jabtan kerajaan membuat majlis yang mesra rakyat. Tiba-tiba Pak Menteri menjadi terlalu penyayang dan lumayan pemurahnya. Ada saja sumbangan untuk apa saja persatuan.
Dan baru kita ketahui rupa-rupanya kerajaan ada banyak duit.

Naik taraf Lapangan Terbang Sibu RM150j(sini), projek tebakan banjir RM1b(sini), sumbangan RM500k kepada SMKA Sibu dan berbagai lagi. Itu belum kira berbagai projek 'mee segera' di sekitar Parlimen Sibu. Tak sempat sebut nak apa dah nak bagi. Mana prosedur biasa yang sepatutnya diikut? Demi untuk menang maka gula-gula pilhanraya ditabur sini sana. Ada-ada saja 'keperluan rakyat yang didahulukan'.
Ini maknanya kerajaan kita memang kaya tapi rakyat akan dapat menikmatinya kekayaan dengan segera bila  ada pilihanraya. Adakah kita perlu menunggu wakil rakyat kita mati baru dapat macam-macam? Kenapa tunggu wakil rakyat mati dulu baru janji-janji pilhanraya dulu disegerakan?

Oh ya... sekarang juga masanya kita akan lihat ramai ahli parti pembangkang baru sedar mereka rupanya salah sokong. Ada saja ahli parti pembangkang hantar borang mahu menyertai BN. Dulu tak sedar salah sokong ...sekarang baru nampak perjuangan pembangkang tidak membawa makna. Apa yang dia nampak sebenarnya? RM? Maka berbondong-bondonglah ketua itu ketua ini dan pengikutnya masuk BN (sini).

Patutnya rakyat Sibu buat macam saranan Tok Guru di Kelantan. "Bagi duit ambik, bagi kain pakai tapi undi tetap PAS!" Apa saja yang diberi ambil dan nikmatilah kerana itu memang rakyat punya, tetapi undilah untuk perubahan. Majoriti orang Sibu ialah orang Cina. BN bukan pilihan orang Cina di mana-mana sekarang. maka BN akan membuat berbagai janji dan sumbangan untuk mendapatkan undi kaum ini. Mereka kini anak emas, jadi jangan lepas peluang...


Sheikh Sambal.

08 May 2010

Lagenda Kung Fu - Wong Fei Hung @ Faisal Hussein Wong

Wong fei hong

22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Mazrina Mohd Mokhtar

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China.

Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan
jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.
 
 

06 May 2010

PM dituntut perjelas serah Wilayah pada Brunei

21 Jamadil Awal 1431 H
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dituntut mendedahkan kepada awam semua perrhubungan antara Putrajaya dan Brunei, Sabah, Sarawak dan Petronas sehingga berlakunya peristiwa penyerahan sempadan laut Malaysia kepada Brunei.
Ketika membuat tuntutan tersebut, pemimpin PAS yang juga exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa juga meminta perdana menteri mendedahan semua keputusan kabinet mengenai perkara itu.
"Atau menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja yang bebas dan telus untuk menyiasat isu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Husam berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah moden negara ini kejadian yang sama berlaku selepas negara merdeka.
"Maka, demi kepentingan negara dan kepentingan awam, kejujuran, keterbukaan dan ketelusan oleh kabinet dan perdana menteri adalah sangat diperlukan," tegasnya.
Katanya, tindakan mengeluarkan sempadan negara, kemudian mengeluarkannya tanpa mengikut tatacara berperlembagaan dan bersifat unilateral dari kerajaan pusat, akan mengakibatkan terlalu banyak implikasi kepada negara.
"Satu darinya ialah integriti dan kedudukan Petronas sendiri sebagai badan multinasional yang terpaksa membatalkan kontraknya dengan pihak lain yang akan menunjukkan kontrak-kontrak dengan Petronas adalah tidak terjamin sekaligus akan melemahkan Petronas.
"Selepas satu tempoh yang memuaskan berlalu tanpa sebarang tindakan seperti yang saya cadangkan di atas, saya mencadangkan sebilangan rakyat Malaysia memfailkan saman awam warga negara Malaysia ke atas Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan pengisytiharan penyerahan ini adalah tidak sah dan bertentangan dengan kehendak Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan seperti yang saya sebutkan.
"Saya berharap ahli Parlimen, para peguam, NGO, dan orang perseorangan, termasuk dari Sabah dan Sarawak, boleh bersama saya nanti memfailkan kes ini di mahkamah.
"Saya juga akan menulis surat kepada semua ADUN Sabah dan Sarawak untuk mencadangkan kepada mereka agar menyatakan pendirian mereka dalam isu ini dan memanggil satu sidang DUN khas untuk membahaskan isu ini," tambahnya.
Menurut Husam lagi, kedaulatan wilayah adalah penting untuk setiap negara dan sepanjang sejarah, banyak perselisihan wilayah berlaku antara negara-negara yang telah mengakibatkan perang.
'Pengasas negara Malaysia memberikan penghormatan yang tinggi untuk melindungi wilayah kita dengan menyediakan peruntukan dalam Artikel 1 dan 2, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara ini," tegasnya.
Berasaskan latarbelakang ini, tambah Husam, pendedahan tentang urus keluar wilayah Malaysia kepada Brunei adalah memeranjatkan.
"Tidak kira betapa berkuasanya seseorang perdana menteri itu, namun Perlembagaan Persekutuan tidak sekali-kali membenarkan seseorang perdana menteri Malaysia menyerahkan sesuatu wilayah Malaysia kepada negara lain sama ada di daratan atau lautan.
"Perbuatan demikian adalah sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan hanya dengan persetujuan Parlimen melalui rang undang-undang yang dibentang dan diluluskan oleh Parlimen sahaja sempadan negara boleh diubah," tegas Husam lagi.
Malaysiakini/-
 

05 May 2010

Pengurusan Harta Pusaka

Kalau tuan tuan pergi jalan-jalan ke Seri Menanti atau Kuala Pilah, tuan-tuan akan lihat banyak rumah kampung yang usang dan tidak terurus. Laman yang semak dan rumah tua yang dibalut belukar adalah pemandangan yang biasa. Kebanyakan rumah dan tanh yang terbiar ini adalah peninggalan harta pusaka yang tidak diurus dengan baik. Negeri Sembilan khasnya mempunyai sistem adat tanah yang unik. Tanah pusaka hanya boleh turun kepada anak perempuan sahaja.
Niat pengasas Adat Perpatih dulu sememangnya murni untuk membela nasib orang perempuan Minangkabau. Kerana orang lelaki mereka suka merantau, maka biarlah orang perempuan yang tinggal di kampung menjaga kebun dan rumah halaman mereka. Orang lelaki Minangkabau adalah perantau yang hebat. Mereka berdagang dan membina ekonomi di perantauan. Olehitu difikirkan mereka tiada perlu kepada harta pusaka. (Lihat saja di Chow Kit Road dan sekitar KL.. majoriti peniaga Melayu di sana adalah orang Minangkabau)
Walaubagaimana pun sistem ini tidak lagi relevan pada zaman sekarang. Orang perempuan Melayu/Minang sudah ramai yang berhijrah ke merata pelusuk dunia. Samada mengikut suami atau mencari rezeki sendiri. Maka tinggallah tanah pusaka dan Rumah Gadang atau Rumah Induk usang terbiar. Tanah pusaka yang tidak boleh diturunkan kepada anak laki-laki menjadi semak samun yang membiak ular dan nyamuk.
Maka di sinilah kita lihat peri pentingnya Pengurusan Harta Pusaka yang baik. Agar rumah dan tanah pusaka tidak terabai dan tidak memberi apa-apa faedah kepada para waris.
Amanah Raya Berhad(ARB) memainkan peranan penting dalam hal ini. Masyarakat perlu disedarkan bahawa mereka perlu menulis wasiat dan tulis dengan sempurna. Dengan adanya wasiat yang baik, yakni, berdokumen dan ditadbir secara professional, maka perbalahan tentang harta pusaka peninggalan orang tua akan dapat dielakkan. Rumah-rumah usang dan tanah terbiar yang banyak bertaburan di seluruh negara mungkin dapat dimanfaatkan dengan baik.
Satu akta baru perlu difikirkan bagaimana untuk menjadikan Penulisan Wasiat menjadi satu sabjek di sekolah-sekolah dan pusat pengajian. Adat-adat berkenaan tanah dan pusaka yang sudah lapuk harus ditukar. Orang Islam perlu kembali kepada Sistem Perwarisan yang termaktub dalam Al Quran. Begini sahaja akan dapat mengelakkan masalah harta beku. Menurut ARB, RM40B harta umat Islam di Malaysia beku kerana pengurusan harta pusaka yang tersangkut. Antara masalahnya ialah tiada wasi (pemegang amanah) yang professional dan waris-waris yang hilang entah ke mana. Proses untuk menguruskan harta pusaka jika tidak ada wasi yang professional amat lambat dan terpaksa menghadapi sistem birokrasi yang teruk. Para waris terpaksa turun naik mahkamah untuk mendapatkan kuasa dan membahagi-bahagikan harta pusaka. Bagaimana nasib anak-anak yatim dan para yang perlu menyambung kehidupan? Semasa ayah masih hidup mereka mungkin hidup senang tetapi oleh kerana si ayah tidak menulis wasiat secara sistematik, nasib keluarga yang ditinggalkan menjadi caca merba.
Mahukah kita menjadi tidak tenteram di dalam kubur kerana harta peninggalan kita (dan hutang) tidak diurus dengan baik. Anak isteri jatuh miskin papa walaupun harta pusaka si ayah banyak. Mana pula orang yang bukan waris yang betul mengaut rezeki anak yatim yang kita tinggalkan. Adik beradik bergaduh berbutkan harta peninggalan kerana ayah tidak membuat wasiat. Dan berbagai-bagai lagi masalah yang banyak kita dengar.
YAYASAN  AMAL MALAYSIA (Cawangan Sarawak) (YAM) akan mengadakan Seminar Ekonomi Islam yang akan membicarakan tentang pengurusan harta pusaka ini pada 8hb May 2010 di Dewan Masjid Asyakirin, Bintulu dan pada 9h b May 2010 pula di Dewan Seminar Masjid An Naim, Lutong, Miri. Ini adalah usaha YAM untuk meningkatkan kesedaran umat Islam tentang kepentingan menulis wasiat secara sistematik. Program ini dianjurkan bersama dengan WARISAN MUKMIN SDN BHD, sebuah syarikat AGEN ARB. Selain pembentangan tentang Pengurusan Harta Pusaka, peserta juga akan didedahkan dengan pengurusan kewangan peribadi secara berhemah dan jihad bisnis.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengadiri program ini sila hubungi En Hafiez (0192799681) di Bintulu dan En Ali Murad (0133640105) di Miri. Atau boleh sahaja melawat laman web Warisan Mukmin untuk maklumat lanjut tentang penurusan harta dan pusaka.

Marilah beramai-ramai kita tingkat ilmu tentang pengurusan harta dan pusaka....


.