27 August 2008

TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA!!!

I got this poster pic from MT commenter.... mob1900, August 26, 2008 21:01:42




26 August 2008

Permatang Harapan

Padamu ku sandarkan harapan
dalam doa dan munajat Ilahi
bersama titis keringat dan airmata pejuang
menjunjung segunung harap
mengandar sejuta rayu
minta islah para menteri
minta diringan derita petani

Padamu jelata memandang
menunggu reformis penuh janji
tiada lagi rasuah dan korupsi
rangsanglah ekonomi
ringankan derita si miskin
untuk mencari sesuap nasi

Permatang Pauh
dengar sini
hari ini
hari kau berjanji
untuk mengubah harapan
kepada realiti
angkatlah
anakmu jadi Perdana Menteri


almurady
24 shaaban 1429

25 August 2008

Imam Saksi Sumpah Saiful Mohon Maaf ..pulak!!

Pengakuan Imam Ramlang Porigi bahawa beliau tidak sengaja untuk menjadi saksi sumpah laknat Saiful pada 15 ogos 2008. Program sumpah itu diadakan secara adhoc, kebetulan Imam Ramlang berada di situ untuk menikahkan sepasang pengantin. Habis nikahkan orang beliau ditarik untuk menjadi saksi. WOW! sketsa ini menjadi semakin thrill dan suspense! Apa pulak langkah UMNO seterusnya? Kata pujangga, "satu penipuan akan cuba ditutup dengan seribu penipuan yang lain". Nampaknya Saiful sudah mula dimakan sumpah sendiri. Hidup tak tenteram dan orang makin tak percaya dengan dia.
Apa akan terjadi seterusnya? Mari kita saksikan..... Yang jelas, senjata ampuh BN/UMNO di Permatang Pauh dah jadi rapuh!!

22 August 2008

K.U & Isu Exco Kena Tangkap

K.U talipon aku tengah malam tadi, sedang aku asyik melayan novel "Tunggu Teduh Dulu" oleh Faisal Tehrani. Kacau betul tapi aku tetap layan waghih den nan sorang ni.. "Waghih, apo cerito Perak ni? 2 Exco kono tangkap BPR. Eden ponek kempen kato gomen PR beghosih dari rasuah..tup! tup! exco Perak kono tangkap! apo ni?" Berdesing telinga aku kena bombard dek K.U.
Aku suruh dia bertenang dulu. "bhai..kau tengok la.. macam ado bau politik jo. Ni kempen Permatang Pauh ni..." Aku bagitau K.U. Memang timing BPR buat tangkapan mencurigakan. Ditambah pulak dengan penafian MB Perak bahawa projek yang dilaporkan itu tak wujud dan kenyataan akhbar Tian Chua bahawa exco berdua tu telah diperangkap. Menurut Tian Chua, sedang mereka minum ada orang tak dikenali datang letak beg lalu pergi. Bila exco berdua tu tengok beg BPR terus serbu. Alangkah terperanjatnya dalam beg ada RM100k. "Iyoko...!!" tingkah K.U melongo. "Itulah mamat2 exco tu patut lebih berhati2..jgn ingat awak tu orang biasa lagi...main bukak je apo dopan mato", aku berleter pada K.U.
K.U hairan kenapa mudah sangat BPR serbu exco PKR tu. Laporan keatas ramai menteri dan exco UMNO berlampak tak diendahkan. "apasal lah BPR ni sibuk bona ngan gomen PR.. dulu ado laporan rasuah anak toyol tu tak diendahkan pun... siap dibagi bukti lai.. tak do pun tangkap2...ni kek Perak main ambush2 pulak...lahanat boto!!" dengus K.U sebelum memutuskan bicara malam tadi.
Aku rasa UMNO dah desperate nak tumbangkan gomen PR Perak. Cuba ajak PAS bersatu gagal. Bagi gula2 agar ADUN PR melompat tak jalan. Hantar Ezam pujuk pun tak jalan. Mungkin ini cara terakhir untuk merampas semula Perak. Yang pasti MB Perak dan seluruh kepimpinan PR Perak akan terus melaksanakan amanah rakyat. UMNO/BN sepatutnya berhenti memporakperandakan rumahtangga PR Perak. Eloklah muhasabah diri tu dan bersainglah dengan sihat untuk memaut hati rakyat. Hanya bila rakyat nampak BN lebih baik dari PR, baru BN akan dapan menawan Perak semula. Taktik kotor hanya akan menjauhkan mereka dari kasih sayang rakyat...

19 August 2008

Beberapa catitan tentang hukum Qazaf dalam Tulisan Ulama Jawi

..artikel ini dari Husammusa.com
“(Bermula ) zina yang wajib [hukuman] had itu iaitu orang yang melazimkan hukum [mukallaf] lagi mengetahui dengan haramnya [berzina] dengan memasukkan hasyafah [forehead] atau kadarnya [sekiranya zakar yang tidak mempunyai hasyafah] dengan faraj atau dubur yang haram bagi ‘ainnnya, lagi keinginannya pada tabiatnya [tidak dipaksa] dengan tiada syubhah…….”

Syaikh Daud menyambung dengan menyebut pengecualian daripada hukum, yakni tidak sampai dihukum dengan hukum hudud tetapi ditakzirkan:

“Tetapi tiada thabit [hukum had] dengan tiada masukkan [zakarnya] ke dalam faraj seperti bergurau-gurau jua atau dengan di wati isterinya pada masa haidhnya dan puasa atau di wati [disetubuhi] pada dubur[2] [isterinya] atau diwati sahayanya yang ada suaminya atau yang di dalam ‘iddah atau sahaya itu mahramnya atau diwati dengan tergagah [dipaksa] atau dihalalkan oleh orang alim [seperti fatwa ulama shiah tentang nikah mut’ah] atau diwati orang mati atau akan binatang, maka tiada [dilaksanakan] hukum had pada segala perkara itu” [m/s 300-301]

K.U & Sumpah Si Saifool

Waghih aku K.U, hantar sms malam 15 Ogos, " bhai, amacam? bulih pecayo ko si saiful tu?"
Aku balas "jangan percayo bang, fitnah tu" Sekajap saja K.U balas " tapi bhai, dio sumpah pakai Al Quran, dlm masjid lai!"
Aku hantar balik "kok kau den bagi RM5 juta suruh mengaku kono liwat dek Anwar, ndak tak? Duit den letak dopan mato!"
"alamak bhai, berpina mato den...duit boto ko tu! he he he...." K.U balas.
" takkan dio sanggup menipu dlm masjid bhai, siap pogang Quran lagi..tak takut kono panah potir ko?" K.U masih ragu-ragu.
Aku pun balas sms K.U tu dgn ceramah panjang " ala...kek masjid gak ado orang curi kasut, curi tabung masjid, curi sejadah pun ado.. bang, pado orang yang tak beriman, masjid tak do makno.. dio nampak cam tompek dio cari/curi makan jo... balasan tak semesti eh segoro..sok kek akhirat toruk la kono godam...". "dlm Islam tak ado sumpah pogang Quran, itu caro orang Barat..dio bukan bersumpah ikut caro syarie..! lagi pun apasal dio nak bersumpah pulak, dio yang menuduh patut dio bagi bukti bukan bersumpah! Nak short cut la tu... laporan doktor pun kantoi... sapo nak percayo! Bangang!" aku tambah lagi.
"he..he..he... kau memang layak jadi loyar Anwar bhai...loyar buruk..." usik K.U dalam sms yang terakhir.
Aku berfikir sejenak selepas K.U menghantar sms yang terakhir itu. Kalau orang macam K.U yang kuat proPR boleh tercuriga terhadap DSAI bila Saifool bersumpah dalam masjid pegang Quran, apatah orang kampung di Permatang Pauh yang hanya tengok TV3 dan baca Utusan. Nampak gayanya jentera PR perlu berkerja keras untuk menyampaikan berita yang sebenar dan penerangan kepada para pengundi di Permatang Pauh. Walaupun DSAI tetap akan menang tetapi kita mahu majoriti yang lebih besar dari yang diperolehi oleh DSWan Azizah. Majoriti yang begitu akan memberikan mesej yang jelas kepada MP2 BN bahawa inilah masanya untuk beralih kapal !!

18 August 2008

PAS: Gerakan Islam Yang Matang

Alhamdulillah, Muktamar PAS ke-54 yang telahpun berakhir dengan jayanya di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak. Segala isu-isu yang menghantui ahli-ahli PAS dan rakyat jelata telah dirungkai dan dijelaskan sejelas-jelasnya. Impian musuh-musuh Islam untuk melihat PAS berpecah-belah berkecai apabila PAS keluar dari muktamar ini dengan perpaduan yang lebih cemerlang!.
PAS adalah parti politik yang matang dan berprinsip. Ia adalah satu gerakan Islam yang berjalan dalam rukun da'awah. Matlamat PAS adalah untuk mencapai redha Allah. Segala gerakerja dan aktiviti dirancang dalam kerangka syariah. Selagi prinsip ini didokong oleh semua peringkat PAS akan terus kukuh di persada da'awah dan politik tanahair.
Organisasi PAS amat jelas dan pengisiannya dilakukan mengikut perlembagaan PAS yang berdasarkan Quran dan Sunnah. Pelan organisasi yang mantap ini pula diladung dengan tarbiyah Islamiah. Setiap ahli PAS ada program pentarbiyahnya. Ahli yang baru didoktrinkan dengan doktrin perjuangan PAS melalui program Usrah dan Majlis Ilmu. Semangat sahaja tanpa doktrin yang betul akan mendatangkan banyak fitnah. Olehitu, di samping silibus politik PAS harus memantapkan lagi faham gerakan Islam dalam jiwa setiap ahli. Bukan sahaja diperingkat ahli biasa tetapi juga dalam saf pimpinan di semua peringkat.
Akhlak Islami adalah tulang belakang PAS. Tanpa akhlak ini PAS akan jadi tidak ubah seperti UMNO atau parti sekular yang lain. Salah satu ahklak yang paling penting dalam sebuah gerakan Islam adalah Wala' atau Taat kepada pimpinan. Segala ketetapan yang telah di buat oleh pemimpin mestilah ditaati tanpa soal. Tetapi harus diingat bahawa keputusan yang dibuat oleh pimpinan adalah berdasarkan mesyuwarah. Ini sangat bertepatan dengan sebuah athar yang bermaksud "Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365)". Di dalam mesyuarah segala pendapat dan hujah dari segenap sudut dibentang, didebatkan dan akhirnya keputusan yang terbaik disepakati. Keputusan itu akan dibawa kepada kelompok sasar dan terus ditaati. Inilah Wala'. Sesuatu ketetapan haraki itu tidak diselimuti oleh kepentingan individu tetapi kepentingan jamaah. Itulah PAS.
Badan tertinggi dalam PAS ialah Majlis Syura Ulama'. Bila Majlis Syura memutuskan bahawa PAS akan terus bermuqabalah dengan sesiapapun demi kepentingan Negara dan Islam, semua ahli PAS akan akur. Perkara ini telah jelaskan oleh Majlis Syura dan Dato' Presiden telah menyebut lagi kepada media selepas memberi ucapan penggulungan menutup muktamar semalam. Jangan lagi ada suara-suara yang menentang usaha ini. Semua ahli PAS wajib wala' dengan keputusan Majlis Syura.
Satu lagi akhlak gerakan Islam ialah Jihad. Pintu Jihad tidak akan tertutup sehingga hari kiamat. Dengan bertunjangkan Jihad PAS akan terus menjunjung perjuangan Islam. Da'awah PAS tidak hanya bersandarkan ibadat ritual tetapi berangkai ke dalam aktiviti masyarakat. Mujahid-mujahid PAS harus terus berusaha dan berkorban untuk kemenangan Islam. Sementelah PAS berpadu dengan Pakatan Rakyat, maka selagi Pakatan Rakyat itu memberi faedah untuk negara dan Islam, maka setiap ahli PAS harus berjihad memenangkan Pakatan Rakyat.
Permatang Pauh adalah medan jihad PAS untuk pilihanraya kecil P044. Selagi PAS dan PKR bersama dalam Pakatan Rakyat maka menolong PKR memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah jihad. Setiap ahli harus berusaha dengan apa saja yang mampu samada dari segi keringat, dana, idea dan doa untuk memenangkan calon PKR di Po44. Permatang Pauh. Memang kadang-kadang kedengaran suara-suara tidak puas hati di kalangan ahli kerana mereka yang lebih berkerja daripada PKR di kawasan yang PKR bertanding (tetapi tidak mempunyai jentera pilhanraya yang baik). Ini berlaku dalam beberapa PRU yang lalu. Tetapi ahli PAS tetap bekerja keras untuk kemenangan rakan kerana itulah arahan pimpinan. Wala' dan terus berjihad.
Doktrin berjihad kerana Allah memang telah terpahat dalam hati pejuang-pejuang PAS yang telah ditarbiyah dengan baik. Sekiranya kita menang, ia adalah bonus. Dan sekiranya kita kalah, sebenarnya kita menang di hadapan Allah.
Kepada para mujahidin PAS, selamat berjihad di bumi Permatang Pauh.
Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

13 August 2008

Selamat Bermuktamar PAS

Muktmar PAS akan bermula esok dengan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimah akan bermuktamar. Banyak perkara yang akan dibincangkan terutamanya isu-isu panas mutakhir ini. Isu muqabalah/muzakarah sudah tentunya akan menjadi isu penentu perjalanan muktamar kali ini. Walaupun banyak isu lain, isu pimpinan tertinggi menemui UMNO secara sulit akan menjadi isu yang paling hangat. Jika Ustaz Nasharuddin dan geng tidak dapat menangkis hujah-hujah berapi yang akan dilemparkan kepada mereka, sudah pasti kredibiliti mereka akan terjejas teruk dan akan menggugat kedudukan mereka sekarang.
Pemuda PAS akan membincangkan penubuhan satu badan pelobi umpama SUQIU yang diangotai oleh badan NGO Islam untuk memperjuangkan nasib umat Islam. Usaha ini patut disokong oleh semua pihak. Kita percaya dengan adanya badan pelobi yang kuat, kerajaan akan lebih sensitif dengan keperluan umat Islam dan musuh-musuh Islam akan lebih berhati-hati dalam mendepani isu-isu Islami.
Dewan Muslimat juga akan membincangkan soal penubuhan "Dewan Muslimat Muda" atau "Puteri PAS". Usul ini dijangka akan hangat diperdebatkan. Apakah ada keperluan kepada penubuhan satu sayap baru dalam PAS? Ia seolah-olah meniru UMNO menubuhkan Puteri UMNO, maka akan berkokoklah orang UMNO bahawa PAS meniru jejak mereka. Kita rasa Dewan Muslimat sudah memadai sebagai sayap kiri PAS. Muslimat Muda patut digerakkan tetapi dalam satu sayap kepada Dewan Muslimat itu sendiri. Biarlah Muslimat Muda jadi pelengkap kepada Dewan Muslimat bukan sebagai pesaing seperti apa yang berlaku kepada Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO, yang akhirnya bercakaran sesama sendiri.
Apa yang patut Dewan Muslimat perkasakan ialah Amal Nisa'. Biar Amal Nisa' setanding dengan Unit Amal Dewan Pemuda. Setelah Amal Nisa' benar-benar mantap, barulah boleh melangkah untuk menubuhkan sayap baru. Rata-rata kita lihat, Amal Nisa' tidak berfungsi. Ketuanya mungkin ada tetapi hanya pada nama. Realitinya Amal Nisa' tidak berjalan. Sejak Amal Nisa' membuat penamaan semula tempoh hari, ia hanya tinggal ada nama dan unifom sahaja. Pergerakan yang efektif amat jauh sekali dari kelihatan. Mungkin pendedahan yang amat sedikit oleh media PAS, Harakah atau memang tidak ada aktiviti yang berbaloi untuk dipaparkan. Kita harap Dewan Muslimat patut melihat isu ini dengan serius!.
Dewan Ulamak pula harus terus melakukan check and balance ke atas semua sayap-sayap PAS. Ulamak adalah waris para nabi, olehitu haruslah Dewan Ulamak mendepani segala isu-iau dengan kacamata Nas dan Ijmak Ulamak. Dewan Ulamak tidak patut menjadi rubber stamp kepada usaha atau keputusan yang dilakukan oleh pimpinan. Dewan Ulamak mesti mendaulatkan Islam lebih dari yang lain kerana mereka adalah golongan yang lebih memahami Islam. Pentarbiahan kader-kader PAS mesti terus dilakukan. Program Usrah untuk segenap lapisan samada pimpinan atau akar umbi mesti dimantapkan. Kita tidak mahu kader-kader PAS bercakap atau berceramah berdegar-degar tetapi solat jemaah ditinggalkan. Kita tidak mahu ada pimpinan kita bercakap sahaja pandai tetapi dalam perlakuan tidak banyak bezanya dengan UMNO. Sehingga kini belum ada pemimpin PAS didakwa kerana rasuah atau salah guna tetapi jika Tarbiah Islamiah dilalaikan, jangan hairan jika suatu hari nanti ada pimpinan PAS yang merengkok dalam penjara kerana kesalahan rasuah dan sebagainya. Nauzubilallahi min zaalik!.
Dewan Ulamak perlu melakukan sesuatu untuk menambat hati para ulamak muda. Ramai ustaz-ustaz lepasan Al Azhar atau lain-lain institusi Islam tidak mahu menyertai Gerakan Islam. Malah ada yang berfikiran sama seperti orang sekular yang lain bahawa Islam adalah hak individu. Maka lebih seronok bekerja makan gaji dan tidak melibatkan diri dengan gerakan. Dewan Ulamak harus mencari satu formula untuk menarik ustaz-ustaz/ustazah-ustazah ini untuk berjuang bersama PAS. Gerakkan mereka dari tidur lena, kita akan lihat Islam akan lebih tersohor. PAS akan lebih cemerlang!.
Walau apa pun isu-isu yang akan diperdebatkan, PAS akan keluar dari Muktamar kali ini lebih kuat dan mantap. PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat dan akan menyokong Anwar Ibrahim dalam Pilahanraya Kecil Permatang Pauh. Walaupun begitu PKR dan DAP, jangan ambil kesempatan terhadap PAS. Don' take PAS for granted. Selagi Islam dimuliakan dan diletak di tempatnya, PAS akan tetap bersama mereka. Ingat! jika Islam dipinggirkan, kita tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan pakatan yang tidak memberi kita faedah!. Ingat itu!!

11 August 2008

Pertunjukan Bungapi Beijing 2008 Palsu?

Pertunjukan bunga api semasa majlis pembukaan sukan Olimpik Beijing 2008 tak semuanya benar. Banyak yang di rakam dan di berikan suntikan kesan khas menggunakan imej komputer. Begitulah tuduhan sebuah laporan dari akhbar LondonTelegraph.
Ahh...begitulah perangai mat saleh. Tak boleh orang lebih dari dia, maka orang itu salah. Dia je yang betul.

Sebagai warga asia, kita tumpang berbangga kerana Negara China telah memberikan persembahan yang terhebat dalam pembukaan sukan olimpik. Sebagai negara Komunis, disiplin rakyat diikat seperti sebuah kem tentera yang besar. Persediaan sukan olimpik 2008 ini telah bermula sejak Beijing memenangi undi penganjuran sukan yang paling berprestij di dunia ini. Tujuh tahun dulu. Rakyatnya telah dikerah untuk menjayakan sukan dunia ini supaya mencapai tahap sempurna.Tanpa disiplin dan pengurusan ala tentera susah pencapaian yang begitu cemerlang dapat digapai.
Memang mudah menuduh mereka menggunakan animasi komputer untuk pertunjukkan bungapi yang dipancarkan ke seluruh dunia. Tapi bagaimana dengan persembahan padang dan skrin tablet yangdipancar dari tengah padang Stadium Sarang Burung?. Adakah pemuda-pemuda yang berpanas dalam kotak kanvas(??) yang menolak, menarik, turun dan naik untuk membentuk berbagai kombinasi adalah terbitan kesan khas komputer juga. Bagi saya itu lebih hebat dari pertunjukkan bungapi.
London Telegraph memang jelas cemburu dengan pencapaian orang-orang China dalam menganjurkan Olimpik 2008 ini. Mereka tahu mereka takkan dapat menyaingi China dalam soal ini, jadi jalan mudah untuk merasa tidak rendah diri adalah dengan merendah-rendahkan China dan menuduh senua itu adalah palsu belaka!. Bila dah bercakap begitu baru hati puas dan boleh kembali mengkhayalkan diri adalah yang terhebat di dunia. Aku dulu dan kini adalah Great Britain!!
Sungguh memualkan..

Forum Tamat Awal, Majlis Peguam Gagal?

Forum Memeluk Islam akhir ditamatkan 3 jam sebelum ia sepatutnya tamat. Dari mula lagi kita tahu forum itu akan gagal kerana ia sangat sensitif, menyentuh persoalan ugama Islam oleh orang bukan Islam. Sejak dari kontroversi IFC lagi Majlis Peguam dilihat sangat berdendam dengan Islam. Dalam negara yang majoritinya umat Islam lebih dari 60%, Majlis Peguam amat tidak sensitif. Menganjurkan forum terbuka seperti itu amat tidak bertanggungjawab oleh Majlis Peguam. Apakah yang dimahu oleh Majlis Peguam dalam menganjurkan forum itu? Kestabilan dan keharmonian masyarakat sudah tentun bukan matlamatnya.

Yang saya nampak adalah ini adalah provokasi Majlis Peguam kepada kerajaan dan umat Islam. Test market sebenarnya. PM Abdullah sepatutnya bertegas dalam hal-hal seperti ini. Sejak beliau naik jadi PM ada saja tuntutan-tuntutan yang menyanggah kedudukan ugama Islam terbit. Dari memorandum 10 Menteri bukan Islam, IFC, gerakan mansuh artikel 121A dan sekarang forum memeluk Islam. Kita hairan bila orang Islam nampak radikal sedikit terus sahaja disumbat ke dalam Kemunting kerana menggugat keselamatan negara. Tetapi bila orang bukan Islam berforum secara terbuka menyoalkan hak Islam, tiada apa yang berlaku kecuali nasehat dan gertak-gertak kosong. Bukankah tergugat keselamatan nanti bila orang Islam keluar beramai berdemontrasi menentang forum itu? Apa jadi jika kumpulan -kumpulan Islam itu menjadi tak terkawal dan bertukar ganas. Rusuhan kaum/ugama boleh tercetus. Jika itu berlaku siapa yang harus disalahkan? Majlis Peguam, NGO-NGO Islam atau kerajaan? Bekas-bekas Mujahidin yang pernah memerangi USSR di Afghanistan baru berjumpa dan berbincang dah ditangkap, kenapa tidak para kafir harbi yang berniat jahat tidak diambil tindakan yang sama.

Mungkin Majlis Peguam ada genuine concern tentang banyak hal bila ada saudara baru memeluk Islam. Tetapi buka caranya membincangka isu itu secara terbuka. Majlis Peguam perlu sedar sistem demokrasi Malaysia bukan sebebas Amerika. Penduduk malaysia masih amat sensitif dengan perkara=perkara yang menyentuh ugama dan adat resam mereka. Jadi eloklah dibincangkan dengan cara tertutup dengan pihak yang mempunyai authority dalam hal itu. Jika mahu juga berforum juga maka eloklah ikut saranan TG Nik Aziz agar dilaksanakan perbincangan bagi menilai logik antara Islam dan bukan Islam, dan dialog itu tidak harus hanya memfokus kepada perundangan Islam semata-mata bahkan melihat Islam dan segenap ruang lingkupnya berbanding dengan agama lain.

Mahukah Majlis Peguam menyahut saranan TG Nik Aziz itu? Kita tunggu apa reaksi mereka.




08 August 2008

Lawak Terhebat Abad Ini !!

Berikut adalah Kertas Perlawakan terhadap Anwar:

"Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Sekiranya disabitkan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan."


Maka aku pun gelak terguling-guling , sambil menekan perut tak tahn sakit perut gelak.... HAR! HAR! HAR!

07 August 2008

Ramalan Almuradus

Anwar akan menang dengan majoriti yang lebih besar di Permatang Pauh. Calon BN akan nyaris hilang wang pertaruhan. Faktor konspirasi kes liwat menjadi pemangkin kepada sokongan yang lebih padu dari rakyat Permatang Pauh kepada Anwar. Pendengaran kes liwat no 2 ini tidak akan berlarutan lebih dari 6 bulan kerana Anwar akan menjadi PM pada hujung tahun ini. Sebagai PM dia akan disegani oleh mahkamah dan akan didapati tidak bersalah (berdasarkan bukti dan hujah mantap para peguam Anwar). Saiful akan hilang entah kemana seperti hilangnya Ayah Pin. Mungkin naik ke langit ikut Ayah Pin.

Ahli Parlimen BN yang melompat ke PR bukan 3o tetapi lebih lagi. Kebanyakan dari Sabah dan beberapa dari Semenanjung. Najib akan pencen awal dan balik Pekan sambil berulang-alik ke Putrajaya untuk menghadiri perbicaraan kes Altantunya.

Abdullah dan Jeane bercuti ke Australia sambil menikmati hidup bulan madu hingga akhir hayat.

TG Hadi Awang akan jadi TPM No1 dan Orang Sabah jadi TPM No2. Lim Guan Eng masuk Islam dan tukar nama kepada Umar Abdul Aziz Lim. Karpal Singh tetap marah dengan Negara Islam.

Nurul Izzah dapat anak nombor dua.

06 August 2008

Harakah: Lebih Kerap Lebih Bagus??

Mulai 15 Ogos ini Harakah, akhbar kesayangan ramai samada ahli PAS atau tidak, akan kembali dengan cetakan 2 kali seminggu, iaitu edisi Jumaat dan Isnin. Apa yang membuat kerajaan berubah hati untuk membenarkan Harakah terbit 8 kali sebulan. Selama ini 2 kali sebulan pun puak-puak UMNO tak tidur malam.? Iya ke?

Janganlah cepat termakan dengan 'jasa baik' Hamid Albar ini. Kenapa saya kata begitu? Ini kerana penerbitan Harakah 2 kali atau 8 kali sebulan sebenarnya tidak banyak memberi impak lagi. Kalau ia dilakukan 10 tahun dahulu impaknya memang besar dari sekarang kerana dulu cuma ada Harakah. Sekarang telah banyak akhbar politik pro-pembangkang seperti Siasah, Sinar Harian, Suara Keadilan dan lain-lain tersebar di seluruh negara, dengan penerbitannya berselang-seli dengan Harakah. Jadi dalam kata lain cuma selang beberapa hari ada saja edisi baru akhbar politik yang terbit. Penambahan Harakah kepada 8 kali sebulan sudah tentunya akan memeriahkan lagi suasana laporan politik tanahair tetapi dengan kesan yang sedikit.

Akhbar politik edisi internet seperti Harakahdaily, Tranungkite, Malaysia Today, Malaysian Insider dan beribu-ribu blogs (tidak ketinggalan Sambal Tumis) dalam internet telah banyak melakar perjalanan politik tanahiar. Tidak dinafikan impak berita internet telah secara lansung menjadi faktor besar kepada kekalahan BN dalam PRU12 yang baru lalu. Jadi dalam suasana berita politik dari sebelah pembangkang yang dapat dicapai dengan mudah oleh khalayak, penerbitan Harakah 2 kali seminggu takkan banyak memberi kesan kepada warga kota dan kawasan sekelilingnya.

Mungkin ada lebih impak kepada warga luar kota tapi ia bergantung kepada pengedaran dan harga Harakah senaskah. Kalau pengedaran kurang berkesan, tidak ramai orang akan dapat membaca Harakah. Begitu juga harganya. PAS perlu menurunkan harga Harakah. Jika harga RM 2.50 senaskah masih diteruskan, bermakna sebulan seseorang pembaca Harakah perlu berbelanja sebanyak RM20.00 sebulan. Satu jumlah yang besar dalam keadaan rakyat Malaysia tercari-cari sumber ekonomi tambahan untuk menampung kenaikan kos seharian. Benar kos operasi dan kos penerbitan telah naik tetapi pengurusan Harakah perlu mencari jalan supaya harga Harakah diturunkan. Mungkin akhbar sisipan 'Fikrah' dalam Harakah perlu dibuang atau dijadikan satu edisi Harakah yang lain.

Ingin saya berikan ingatan buat pihak pengurusan Harakah, bahawa pengisian Harakah perlu lebih berwibawa. Berita yang dibawa oleh Harakah mestilah tuntas dan berauthority. Jika Harakah dibiarkan menyiarkan cerita-cerita pojok dan berbau mala-fide, ia akan jatuh ke tahap akhbar hiburan yang cuma menyelitkan cerita-cerita gosip politik yang tidak dapat dipercayai. Pasukan editorial mesti memastikan berita-berita dalam Harakah adalah benar dan berlandas perkara-perkara yang haq.

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian serius oleh pengurusan Harakah ialah iklan-iklan yang disiarkan di dalam Harakah. Olehkerana iklan adalah sumber utama pendapatan setiap penerbitan, kawalan yang longgar akan menyebabkan iklan-iklan yang tidak sesuai akan tersiar. Harakah adalah lidah rasmi PAS, gerakan Islam di Malaysia. Olehitu, iklan-iklan yang disiarkan mesti menepati syara' dan hukum Islami, bukan iklan-iklan yang meronton nafsu shahwat dan khurafat!.

Walaubagaimanapun, TAHNIAH diucapkan kepada Harakah kerana telah berjaya menjadi akhbar politik yang berpengaruh dan kini dengan kekerapan 2 kali seminggu diharap Harakah akan menjadi lebih hebat dalam membimbing minda rakyat. TAHNIAH WA MABRUK!!

05 August 2008

Aura Perubahan Di Kampungku

Aku ballik kampung pada hujung minggu lepas. Dah lebih dua bulan tak mejenguk orang tua dan kampung halaman, tempat aku belajar menjadi orang. Alhamdulillah, Omak dan kaum kerabat semuanya sihat.
Temponar dalam arus perubahan.
Sejak Pakatan Rakyat menang di Selangor, tidak banyak perubahan fizikal kelihatan, kecuali di kampung sebelah iaitu Temponar (Kg Batang Benar) yang nampak ada perubahan ketara. DAP buat pertama kalinya telah menang di sini, DUN Nilai (dalam Parlimen Seremban). Jalan sempit yang selama ini menghantui penduduk kampung dan pengguna jalan singkat yang hendak ke Nilai, telah dilebarkan dan dibina retaining wall di tebing-tebing yang merbahaya. Sedikit sebanyak ia telah membuka mata orang-orang kampung yang rata-rata penyokong kuat UMNO bahawa tidak mengapa mengundi pembangkang, keamanan tetap terpelihara dan pembangunan masih berjalan. Bahkan lebih baik lagi kerana kerajaan BN telah ada pesaing untuk dilihat siapa yang lebih menonjol membuat kebajikan kepada masyarakat.
Persaingan Sihat BN/PR
Sikap menunjuk-nunjuk kapada masyarakat bahawa mereka lebih baik dari yang lain, memberikan impak yang positif pada kawasan yang direbuti. Pembangunan infrastruktur diberikan keutamaan dan wakil rakyat (dan juga pesaingnya) akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakyat untuk membela mereka. Tak kesahlah samada wujud keikhlasan atau tidak, yang pentingnya masyarakat setempat mendapat manafaat.
Itu kampung sebelah. Di kampung aku, BN yang mengekalkan kerusi DUN Semenyih. Kini dah 51 tahunn BN menguruskan kampungku. Ada pembangunan tapi banyak lagi yang perlu dibuat. Memanglah jalan di sini lebih lebar dari Temponar tapi penyelenggaraannya agak longggar. YB Johan Aziz yang baru menang di sisi, perlu melihat perkara ini dengan lebih teliti. Ada satu jalan yang menghubungkan Kg Kuala Pajam (kampung aku) dengan Kg Sesapan Batu Kelubi, yang melalui Kg Sg Semata, agak dhaif keadaannya. Jalannya kecil dan berlubang-lubang. Jalan ini adalah jalan pintas bagi kebanyakan penduduk kampung kerana ia lebih dekat untuk ke Semenyih dan tidak banyak bumper. Wakil rakyat BN mesti prihatin dengan keadaan begini di semua kampung-kampung dalam DUN Semenyih. Kalau tidak pesaingnya dari geng PR dengan YB Ahli Parlimen PAS Hulu Langat akan mengalahkannya dalam menambat hati pengundi-pengundi DUN Semenyih.
UMNO Yang Parah
Di kampung aku, perubahan dari segi fizikal tidak berapa kelihatan tetapi aura perubahan memang ada. Walaupun DUN Semenyih dimenangi oleh BN tetapi YB Semenyih adalah pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Rasa diri sebagai orang menang dan orang kalah tetap terasa di kampung aku ni. Sejak awal pagi 9 Mac lagi suasana begitu sudah dirasai. Puak-puak UMNO yang selama ini menyangka mereka akan kekal memerintah Selangor terpangu-pangu kebingungan. Umpama orang yang mamai bangun dari tidur yang panjang yang dikejutkan dengan mimpi yang sangat ngeri, mereka mula mengelabah memindahkan segala perkakas dan barang-barang dalam stor surau ke rumah pengerusi surau. Sudah tentu segala barang dan perkakasan tersebut adalah milik awam atau harta wakaf tetapi fahaman mereka harta wakaf untuk UMNO sahaja.
Dengan fahaman begitu mereka menyangka PAS yang baru memenangi Selangor bersama PKR dan DAP akan mengambil alih pemilikan barang-barang surau itu. Sebab itulah mereka bergegas menyelamatkan 'harta' mereka dari dirampas oleh puak-puak PAS. Biar penduduk-penduduk kampung tak dapat menggunakan perkakas surau itu asalkan jangan sampai jatuh ke tangan orang-orang PAS. Sungguh jelek pemikiran mereka. Oleh kerana terlampau lama mengeksploitasi harta awam bagai harta sendiri, mereka sudah tidak dapat lagi membezakan mana wakaf mana persendirian.
Apa yang puak-puak UMNO ini fikirkan? Mereka takut PAS akan merampas harta wakaf dan menjualkannya kepada peniaga besi lusuh yang bersepah di sekitar Beranang? Demi Tuhan, PAS adalah parti Islam, parti yang mengutamakan halal haram sebelum bertindak. Parti yang berlandaskan hukum nas dan ijmak ulamak. Mana mungkin PAS akan melakukan seperti apa yang mereka sangkakan. Impak kekalahan pada malam 8 Mac memang telah menumpulkan daya fikir mereka. Lalu mereka membuat kesimpulan bahawa PAS akan melakukan seperti apa yang mereka biasa lakukan, merompak hak rakyat. Sebab itulah segala perkakas dan harta awam (baca harta mereka) hendak diangkut mereka ke tempat 'selamat'. Hal ini bukan sahaja berlaku di kampung ana tapi di berbagai tempat dalam negeri-negeri yang dimenangi oleh PR. Sungguh menjelekkan.
JKKK vs JKKP
Kabinet kampung telah mula dirombak. Kabinet ketua kampung yang selama ini bertonggakkan kebobrokan UMNO kini telah diganti dengan orang yang lebih berwibawa dan telus. Kerajaan Negeri Selangor telah menemuramah semua bakal-bakal ketua kampung yang baru dan melantik orang yang benar-benar layak dan komited untuk berkhidmat untuk rakyat disamping mendukung aspirasi kerajaan negeri. JKKK juga dilantik dari pelbagai lapisan masyarakat yang benar-benar mahu berkhidmat untuk masyarakat kampung.
Walaubagaimanapun Kerajaan Persekutuan BN tidak mahu menyokong iltizam dan usaha Kerajaan Negeri di bawah PR. Di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah yang di terajui oleh Mat Tyson, kerajaan Persekutuan menubuhkan JKKKP di dalam negeri-negeri PR. Kata Mat Tyson JKKKP ini ditubuhkan untuk memastikan kemajuan kampung berjalan lancar tapi sebenarnya ia adalah pertubuhan yang tidak sah.
Cuma ada satu sahaja JKKK dalam sesebuah negeri yang dilantik mengikut undang-undang negeri, bukan JKKKP yang dilantik oleh Mat Tyson untuk menyibuk dalam pentadbiran negeri. Mat Tyson telah menyalahi semangat federalism dengan melantik JKKKP yang rata-rata adalah orang kuat UMNO kampung. Diberikan pula elaun dari duit rakyat untuk JKKKP yang hanya akan memecah-belahkan rakyat. JKKK dan JKKKP akan bercanggah dalam banyak hal dalam pentadbiran kampung dan ini sesungguhnya akan merugikan orang-orang kampung sendiri. Inikah yang sebenarnya dikehendaki oleh Mat Tyson dan UMNO ; memecahbelahkan masyarakat?
Harapan Rakyat
Dengan kemenangan PR di Selangor, aku harap pengurusan negeri lebih teratur dan berintegriti. Pertangungjawaban diberikan keutamaan dalam segenap hal. Ekonomi negeri perlu dipacu dengan lebih baik dan tidak ada hanky-panky dalam melaksanakan amanah yang dimandatkan oleh rakyat.
Kita yakin Kerajaan PR Negeri Selangor dapat menunaikan amanah ini dengan baik, begitu juga dengan semua kabinet peringkat kampung yang baru dilantik.