29 March 2010

Soi Lek Menang Presiden MCA, Tiada Apa Lagi Yang Pelik Dalam BN

Anda pernah dikantoi dan didapati bersalah kerana rasuah politik/politik wang oleh Lembaga Disiplin Parti anda. Anda digantung dan selepas edah, anda memaksa dipilih menjadi calon YB, Masuk saja anda dalam proses pilihanraya/pemilihan, yakinlah, anda sebenarnya sedang dibersihkan dari daki dosa rasuah itu. Apabila anda masuk bertanding dan anda menang pula, maka ketahuilah, anda telah menjadi manusia paling bersih di alam fana ini.
Lihat situasi ini pula. Anda pernah terperangkap berlaku curang di dalam bilik hotel. Kamera dari pelbagai sudut merakam aksi anda yang boleh menjadikan diri anda dicemburui (secara diam) oleh rakan dan lawan.Oleh kerana anda seorang menteri kanan dan presiden sebuah parti bangsa utama dalam negara, anda terpaksa mengaku dan meletak jawatan. Anda dikecam kerana kesalahan moral peringkt tinggi. Akhbar dan musuh anda bertempek suka kerana anda menjadikan mereka amat laku.
Tetapi dek kerana sifat anda mengambil tanggung jawab atas ketelanjuran dan dosa anda, penyokong anda bertambah. Mungkin ada penyokong lelaki yang ingin mengikut jejak dan yang perempuan pula ingin mengajak, mungkin sahaja.. Pun begitu, parti anda tidak memberikan maaf pada anda. Anda dipecat tetapi kerana sokongan yang anda dapat, parti terpaksa akur dan melantik anda jadi orang kanan parti. Pun begitu, kedudukan anda dalam parti yang sepatutnya membolehkan anda menjadi menteri, tidak berlaku. Ini kerana muka anda berpalit arang...maka jadilah anda orang kanan parti tetapi pariah... anak buah jadi menteri anda jadi pemerhati..
Jadi apa perlu anda buat? Hah ha... betul... ikut cara yang diajar oleh UMNO, anda akan bersih seperti bayi baru lahir. Senang sahaja, panggil semula AGM, anda masuk bertanding. Oleh kerana ada proses pemilihan, maka itu juga proses pembersihan anda. Paksakan ada pertandingan atau pemilihan secepat mungkin. Jika anda menang maka, seperti kes di atas tadi, anda akan pulang sebagai manusia paling suci di alam fana ini.
Dan kini umum dah pun tahu... anda menang dalam pemilihan parti. Maka, dosa busuk anda kini dah jadi wangi..tak dapat tidak anda akan jadi MENTERI!!
Tahniah DS Chua Soi Lek...anda bukan sahaja hebat di ranjang,,, tetapi hebat juga di lapangan...






Sheikh Sambal.

27 March 2010

Earth Hour - Tutup Semua Lampu Untuk 60minit Malam Ni.!!


Mari kita menyokong usaha untuk mengurangkan impak pemanasan global..dengan menutup semua lampu malam ni. Satu jam kita bergelap di seluruh dunia pasti ada impaknya...sebatang lidi amat mudah dipatahkan..tetapi segenggam lidi amat kuat dan liat....memerlukan tenaga luar-biasa untuk mematahkannya...jadi mari kita sama-sama membuat perubahan...sedikit sedikit lama-lama jadi bukit...

http://www.earthhour.org/Homepage

Sheikh Sambal

23 March 2010

Konon Hina Istana: Antara PR Dengan BN

Di Dewan Rakyat DSAI dituduh hina Agong dan Sultan Perak (lihat sini) Di DUn Selangor pula Awang Selamat dan akhbar UMNO Utusan Malaysia pula didakwa berlaku biadab kepada Sultan Selangor (lihat sini). Kedua-dua tempat ini adalah tempat yang mulia dan andaian penghinaan juga kepada institusi yang mulia. Tapi apa beza antara kedua-dua peristiwa ini?
Di Dewan Rakyat, DSAI mempertikaikan prosedur penyediaan titah Baginda YDP Agong. Memanglah akhirnya jadi titah baginda tetapi ia ditulis dan disediakan oleh kerajaan BN. Secara halus pula menyebabkan baginda membaca dan minta rakyat contohi PM Najib. Inilah yang didakwakan bahawa DSAI hina Agong.
Di DUN Selangor pula, satu usul akan dibangkitkan untuk mengecam Utusan dan Awang Selamat kerana mengkritik Sultan Selangor kerana membatalkan kehadhiran baginda merasmikan mesyuarat agong pertama PERKASA (baca: perkosa..hic!).


Kelmarin, menulis dalam kolumnya di Mingguan Malaysia, Awang Selamat didakwa membayangkan bahawa kesediaan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk hadir di mesyuarat agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Sabtu ini - walaupun sibuk- adalah lebih baik daripada keputusan Sultan Selangor yang membatalkan kehadiran baginda di majlis itu.
Kalau kita tengok komplen DSAI ialah tentang prosedur penyediaan titah baginda YDP Agong. Bukan secara lansungnya mengkiritik baginda YDP Agong. Tetapi Awang dan Utusan secara terang membidas Baginda Sultan Selangor dan memuji Tun M. Bukankah Tun M juga yang menjadi pencetus krisis istana dengan kerajaan dulu pada hujung tahun 1980an. Sehingga Sultan-Sultan Melayu dijatuhkan maruah, dicerca sebegitu rupa media cetak dan eletronik dalam konspirasi untuk menghilangkan imuniti pihak Istana. Tun M dan UMNOlah punya kerja. Sekarang PERKASA, yang didalangi UMNO pula bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Institusi Istana kunun.


Apa yang berlaku di Perak seperti itulah julung-julung kalinya konon rakyat menyanggah Sultan. Bukankah rakyat meminta hak mereka untuk memperbaharui mandat kerajaan Negeri Perak. Bukannya mahu meminggirkan Istana atau meruntuhkan Istana. Tidak sama sekali. Dengan berbuat begitu sebenarnya Istana akan lebih sayang dan disanjungi rakyat jelata.


Eh...yang hairannya, yang berlaku di Terengganu sampai maki YDP Agong, "Natang" tu PERKASA tak bela? Begitu yang berlaku di Perlis, bila UMNO sanggah Sultan kerana Istana Perlis tak perkenankan Shahidan, PERKASA tak berdemo pun. Oh..mungkin masa tu PERKASA belum lahir lagi. Jadi dia tak boleh dipersalahkan. He he he.... tapi orang kuat dalam PERKASA tu semua ada depan mata Istana masa tu kan...


Pun begitu, Ibrahim Ali dan PERKASA tak nak buat demo bantah Utusan dan Awang Selamat kah? Marahlah kepada Awang Selamat dan Utusan kerana menghina Sultan Selangor. Tapi...Oh tak iya...manalah PERKASA mahu, dah Sultan tak mahu datang majlis dia...takkan hidung tak mancung, nak sorong-sorong pipi pula...tahu pula malu.


Ohya.....gerai Melayu diroboh di Labu, negeri Sembilan (lihat sini) sebab nak bagi laluan pada Program JUARA Umno, PERKASA lupa nak berdemokah? Atau sebab kat Negeri Sembilan ni Melayu punya gerai bukan mamak Melayu punya gerai. AAhhh..yang sebenarnya PERKASA cuma alat UMNO. Apa-apa saja yang boleh buat rakyat kepada benci Kerajaan PR dia akan tunggang habis-habisan. Tapi bila Kerajaan UMNO/BN yang buat kerja, senyap menikus macam tak dak telur!.... Chit! Pooodah!!



..

Ada Tangan Luar Yang Mendalang!

TS Musa Hassan kata ada pihak ketiga yang pandai-pandai arah polis buat itu ini. Betul ke? Baru sedar sekarang? Dulu pantang berdetik sikit orang UMNO polis terus melompat. Maka banyaklah ceramah parti pembangkang kena kacau dek polis. Alasannya ketenteraman awam. Anihnya bila dibawak ke mahkamah tak ada satu pun polis menang. Kes Mat Sabu ceramah di N9 dulu, buang kes. Akta Polis yang digunkan tak boleh pakai, sebab memang tak menganggu ketenteraman awam pun. Ceramah dalam premis persendirian.
Begitulah yang berlaku di Hulu Langat semasa Sheikh Sambal bergiat di sana dulu. Berapa kali polis datang kacau ceramah Pas yang dibuat di markas dan kawasan persendirian. Semuanya kerana ada orang ketiga yang tak senang PAS berceramah. Lalu polis pun dikerah untuk pergi kacau. Suasana aman jadi tak aman bila polis pula menunjuk terer.

Dalam pada itu kes jenayah yang berleluasa sana-sini terbiar tak selesai. Kes Nurin sampai sekarang tak selesai. Rompak dan samun semakin menjadi. Polis disibukkan dengan tekanan pihak ketiga. Siapa mereka ini. KDN perlu jawab, jangan beretorik melampau sangat. Jangan cakap saja. Tolong basmi pihak ketiga ini!!!

PAS Makin Menyengat Di Sarawak

PAS ada di sini. Sarawak sekarang sudah semakin meriah dengan adanya PAS. Miri dah ada Pejabat PAS. Dulu parti ini sangat asing. Kini ia dah mula menjadai buah mulut penduduk tempatan. Bukan setakat orang biasa, tetapi YB dan golongan atasan pemerintah BN.
Rasa gusar semakin terasa. Gerak kerja parti ini nampaknya semakin giat. Baru-baru ini telah diadakan Konvension ICT dan Pilihanraya. Kerja kebajikan pun banyak dilakukan. Pendekata, masyarakat sudah mula mengenali PAS.

Walau siapa pun bertanding untuk PR di Miri atau di mana-mana kawasan Sarawak ini, PAS akan memberikan impak dan kerjasama yang besar.

Bila dah ada alternatif begini maka ramailah orang yang dah bosan dengan status quo setempat, beralih kepada PAS dan PR. Hubungan erat PAS dan PKR juga DAP terutamanya di Miri, menyaksikan sambutan orang-ramai yang berbondong-bondong kepada parti alternaif ini. Sayugia, dengan isu-isu panas seperti tanah NCR dan kemudahan asas, PAS & PR kini menjadi penjuara kepada rakyat.

Juara rakyat bukannya setakat buat pesta suka-sukaan tetapi mendepani masalah dan menanganinya.


PAS kini sudah berjejak di Sarawak, yang tinggal lagi ialah menduduki DUN arawak bersama PR.


Sila lawat http://pas-miri.blogspot.com/ untuk maklumat lebih lanjut.


.


21 March 2010

Asrama Putera SMKA Miri Terbakar!!

Pagi tadi semasa Sheikh Sambal sedang menghadiri Konvension ICT dan Pilihanraya PAS Sarawak, Sheikh Sambal dapat satu mesej dari Yang DiPertua PIBG SMKA Miri, Encik Meor Rosazman, tentang kebakaran yang sedang berlaku di Asrama Putera sekolah tersebut. Waktu tu pukul 9.50pagi. Sheikh Sambal bersama-sama dengan Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia (Cawangan Sarawak), Sheikh Muhtar Suhaili bergegas ke tempat kejadian untuk memeriksa apa yang berlaku.
Ada 3 trak BOMBA telah berada dan sedang memadam kebakaran tersebut semasa kami sampai. Api telah pun dapat dikawal. Cuma ada satu dua tempat saja yang masih bernyala. Bumbung Blok B habis musnah.
Nasib baik kebakaran ini berlaku semasa pelajar-pelajar bercuti. Hari ini adalah hari semua pelajar akan balik ke asrama. Syukurlah ia berlaku semasa tiada pelajar di sana. Asrama ini 3 tingkat dan yang terbakar ialah tingkat teratas sekali, yakni dorm pelajar-pelajar tingkatan satu. Kalaulah ia berlaku waktu malam semasa pelajar-pelajar sedang tidur, tentu perkara lebih buruk akan berlaku. Syukur...syukur....
Anak Sheikh Sambal ada 2 orang bersekolah di sini. Dorm anak yang lelaki tingkatan 2 tidak terbabit sebab dorm dia di blok bertentangan. Blok perempuan ok, jadi anak sulung Sheikh Sambal boleh teruskan hidup di asrama tanpa gangguan.
Menurut Pengetua, pelajar lelaki yang rumah berdekatan akan berulang dari rumah setiap hari. Yakni, jadi pelajar harianlah. Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar yang rumahnya jauh dari sekolah seperti Bintulu, Bekenu dan Limbang.
Tak kesah lah. Apa-apa pun yang penting pelajar-pelajar yang terbabit boleh meneruskan pembelajaran mereka. PIBG dan pihak sekolah perlu memainkan peranan untuk memastikan pelajar-pelajar tidak terganggu sangat pembelajaran dan kehidupan mereka.
Hairan... apakah hikmah dan pelajaran yang Allah nak sampaikan kepada kami. Rumah Sheikh Sambal baru terbakar ngam-ngam sebulan yang lalu, yakni pada 22/02. Ini 21/03, asrama anak pula yang terbakar. Semuga Allah jadikan ini sebagai kifarah dan faktor keampunan untuk kami sekeluarga dan warga SMKA Miri am nya.
Kita minta Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementerian Pelajaran memberikan peruntukan darurat untuk membina semula asrama yang rosak. Jangan ada birokrasi yang melampau dalam mengeluarkan bajet untuk projek pembinaan semula ini. PM Najib dan KM Taib harus mengambil inisiatif awal dan segera bagi membantu para pelajar dan keluarga yang terbabit. Menurut anggaran awal kerugian pihak sekolah ialah RM1.2juta. Itu sekolah. Bagaimana pula pakaian, buku-buku dan berangan peribadi pelajar tersebut. Kita minta pak-pak menteri ini memberikan bantuan segera kepada mereka.
Mungkin JAIS sebagai jabatan yang bertanggung jawab ke atas sekolah-sekolah agama di Sarawak segera menjadi penggerak kepada proses pembaikpulihan SMKA Miri. Ini sekolah agama. Tempat anak-anak kita belajar Quran dan Sunnah. Cepatlah kita bertindak. Jangan biarkan anak-anak kita menunggu-nunggu bila mereka boleh mengharungi hidup seperti biasa.

Kita ucapkan terima kasih kepada pasukan BOMBA yang bertungkus lumus memadam dan mengawal api dari terus merebak ke Blok A. Juga kepada para guru dan pelajar-pelajar dari Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) SMKA Miri yang menyedari kebakaran tersebut.

Juga kepada PAS Kawasan Miri yang membuat kutipan kilat untuk diserahkan kepada PIBG bagi meringankan penderitaan pelajar-pelajar yang musnah barangan peribadi mereka.



18 March 2010

Air gula pengganti susu ; Apa Taib Mahmud Nak Jawab ni?

by Mohd Hafiz Arshad March 18, 2010, Thursday

KOTA SAMARAHAN: Akibat dihimpit kemiskinan Rabuyah Narawi, 32, hanya mampu memberikan air gula sebagai pengganti susu untuk membesarkan anak bongsunya yang berusia dua tahun.


DAIF: Rabuyah bersama empat orang anaknya mengharapkan bantuan serta pertolongan daripada pihak yang sudi menghulur bantuan.


Justeru, dia tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat anaknya itu memberontak dan menangis kerana menginginkan susu.
Ibu kepada empat orang anak ini telah mendirikan rumah tangga sejak 2002 dan menetap di Kampung Sambir, Asajaya di sini bersama ibu mertuanya yang sudah menjangkau usia 70 tahun.
“Saya tidak dapat menahan sebak di hati bila melihat anak saya yang paling kecil menangis kerana inginkan susu.
“Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Budak kecil bukannya tahu erti kehidupan tapi apalah yang mampu saya buat untuk mereka,” katanya pasrah dengan nasibnya.
Suaminya, Sahari Arbi, 42, hanya bekerja mengambil upah menjaga kambing orang kampung dan memperolehi pendapatan RM5 sehari untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Selain itu, Sahari turut menambah pendapatan dengan mengambil upah memetik buah kelapa dan menebas rumput kebun-kebun penduduk kampung.
Bagaimanapun masalah kesihatan yang dihadapi Sahari menjadi penghalang untuk mencari pekerjaan lebih baik.
Sahari kini menghidap penyakit darah tinggi yang serius dan masalah rabun mata kanan akibat katarak yang menyelaputi mata hitamnya.
Rabuyah pula pernah menjalankan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan berhampiran dan disyaki menghidap ketumbuhan dalam hidung tapi tiada pemeriksaan lanjutan dibuat kerana masalah kewangan.
“Bukan saya sengaja membiarkan sakit saya berlarutan tapi kesempitan yang kami alami ini menghalang saya meneruskan pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak.
“Saya lebih rela tempuh semua ini daripada melihat anak saya tidak makan,” katanya sebak mendukung anak bongsunya.
Menurut Rabuyah pernah juga keluarga mereka berlapar kerana tiada duit untuk membeli keperluan dapur seperti beras.
Selain itu, beliau sanggup menyimpan rasa malu datang mengetuk rumah jiran tetangga bagi mendapatkan sesuap nasi untuk anak-anaknya.
“Saya tahu apa yang saya buat ini sangat memalukan tapi saya tidak sanggup melihat anak saya menangis kelaparan,” ujarnya.
Bagaimanapun, Rabuyah tidak menjadikan kesempitan hidup yang mereka alami sebagai alasan untuk anaknya ketinggalan dalam pelajaran.
Anak sulungnya Norfazira yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.
Menurut Norfazira, dia ingin melihat dan mengubah kehidupan keluarga mereka serta membalas budi kedua-dua orang tuanya.
Walaupun di sekolah dia sering diejek oleh rakan sekelas tetapi dia tetap kuatkan diri menghadapi semua itu kerana dia tahu pelajaran sahaja yang dapat mengubah segalanya.
“Di sekolah saya lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains.
“Sukar untuk saya mendapatkan rujukan yang lebih dalam membantu untuk meningkatkan penguasaan saya dalam mata pelajaran tersebut,” katanya semalam.
Bagaimanapun Norfazira tetap akan meneruskan pembelajaran dalam menghadapi UPSR yang semakin dekat walaupun dalam serba kekurangan.
Dalam kegembiraan melihat semangat anak sulungnya, Rabuyah tetap berasa risau dengan masa depan pelajaran anaknya.
Tahun ini, anak sulungnya tamat persekolahan di sekolah rendah dan akan meneruskan pembelajaran di sekolah menengah.
Terdetik di hatinya bertanya, adakah dia dan suaminya mampu meneruskan pembelajaran anaknya ke peringkat yang lebih tinggi?
Jika diberi peluang Rabuyah sanggup mengambil upah untuk menjahit baju atau membuat sulaman tetapi semuanya memerlukan duit untuk membeli peralatan.
Menurut Rabuyah setakat ini belum ada satu bantuan pun yang mereka terima daripada mana-mana badan kebajikan.
“Tahun lepas ada pihak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat datang melihat keadaan keluarga kami tapi sampai sekarang belum ada bantuan yang diterima.
“Bukan mengharap tapi kalau ada peruntukan untuk kami apa salahnya menerima,” katanya.
Rabuyah berkata pernah juga Pegawai Daerah datang melihat keadaan rumah kami tapi belum ada sebarang tindakan susulan dibuat dalam membantu keluarga kami.
Selain itu, suaminya pernah pergi memohon bantuan di Pejabat Daerah Samarahan untuk mendapatkan rumah baru bagi menggantikan rumah mereka yang sungguh usang.
Pegawai yang bertanggungjawab pernah datang mengambil gambar dan memeriksa keadaan rumah kami sebelum permohonan diluluskan.
Bagaimanapun, tiada satu perubahan pun yang dilakukan bagi membantu keluarga kami.
Rabuyah sekeluarga berharap agar ada pihak yang sudi datang menghulurkan bantuan bagi membantu mereka sekeluarga.

05 March 2010

JAIS haramkan sijil halal dikeluarkan syarikat swasta

SHAH ALAM 5 Mac – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengharamkan penggunaan sijil halal yang dikeluarkan syarikat swasta berkuat kuasa serta merta.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi. – Utusan


**********************


Memang sepatutnya dulu lagi dah haramkan. Dah berapa banyak syarikat swasta ambil peluang buat duit keluarkan tanda HALAL. Dulu JAKIM sendiri yang menswastakan 'Pensijilan Halal'... Kroni dapat buat duit.. lepas banyak penyelewengan (jual sijil) baru mansuh balik. Sekarang masih ada lagi syarikat swasta yang berniaga sijil halal dan banyak syarikat yang ambil sijil dari mereka.


Pasaran halal sangat besar dan seluas dunia. Mana-mana kita pergi ada orang Islam dan orang-orang Islam sangat sensitif dengan apa yang mereka makan. Jika ada unsur tidak halal sahaja, maka benda itu akan ditinggalkan. Maka logo halal pada pembungkusan sangat penting. Bila ada logo halal, perasaan ragu-ragu dan was-was akan hilang.


Walaubagaimanapun, kewibawaan badan pengeluar logo itu juga amat penting. Pada yang sensitif, badan pengeluar loga akan diperiksa. Maka perlulah satu badan yang berautoriti sahaja yang dibenarkan untuk mengeluarkan sijil. Bukan sembarang syarikat atau mana-mana badan sahaja boleh. Maka perkara ini perlu kepada undang-undang.


Malaysia sebagai negara Islam (negara orang-orang Islam) yang dihormati dunia harus mendepani perkara ini. JAIS telah memulakan langkah untuk memantapkan pensijilan HALAL. Langkah seterusnya adalah memaktubkan perkara ini sebagai AKTA HALAL di Parlimen Malaysia. JAKIM mesti mengambil tanggung jawab ini.


Sheikh Sambal pasti semua Ahli Parlimen Muslim dari BN atau PR akan menyokong AKTA HALAL di mana hanya Logo Halal JAKIM shaja yang boleh dipakai. Sesiapa yang memakai logo selain JAKIM adalah melanggar undang-undang boleh dihukum. Hanya dengan ini sahaja sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM (atau Jabatan Agama Islam Negeri )akan mempunyai kredibiliti dan wibawa yang tinggi.


Sijil HALAL bukan barang jualan. Ia mesti dijaga dan dikuat kuasakan seperti undang-undang yang serius.


Sheikh Sambal
p/s Rujuk di sini untuk melihat gambar sijil halal dari negara-negara lain.


.

04 March 2010

Lawak Musa: Polis Tiada Kaitan Dengan Parti Politik

Polis tiada konspirasi dengan parti politik - Musa
04/03/2010 3:51pm
PULAU PINANG 4 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis tidak pernah berkonspirasi dengan mana-mana parti politik dan akan menyiasat siapa saja jika ada laporan yang dikaitkan dengan mereka.
"Jika anda bersalah kita siasat, termasuk ahli politik Barisan Nasional.
Kita tidak terlibat dengan mana-mana parti politik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang mendakwa BN berkonspirasi dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan pemimpin pakatan pembangkang. -
Bernama
*************************
Malam tadi SS borak-borak dengan seorang pemerhati politik yang sangat rapat dengan ramai poliTIKUS BeEND. Kami borak pasal Kes DSAI dan kes-kes ramai ahli politik lain. Maklumat yang SS dengar amat berlainan dari lawak Musa. Tapi, ialah cakap kuda dengan penunggang mana sama. RPK tentu gelak pecah perut. Hurrmmmm...... :{)=
.

Satu Lagi Kes Janji Gula-Gula Pilhanraya!!

Where’s the proposed Ba Kelalan project?
Borneo Post Online
March 4, 2010, Thursday
BA KELALAN: Lun Bawangs in Ba Kelalan are wondering when the government will actually start their micro hydro-electric project.

POSER ON MICRO-HEP: Tadam (right) and Frederick show pictures of the pipes that are supposed to be used for the micro-hydro electric project in Ba Kelalan.


They have waited long for the project but it has not taken off. The project which is meant to benefit about 1,000 Buduk Nur and Long Langai villagers, was approved by the federal government to ease their dependence on diesel generators.
That is well and fine, but today the village development and security committee (JKKK) of Buduk Nur is unhappy because the contractor has yet to turn up in the highlands.
A member of the JKKK, Tadam Arun, said the government has allocated a big fund for the project and it should have taken off by now.
Accompanied by chairman of Sarawak Lun Bawang Association chiarman, Frederick Lalung Ngilo, he said optimism has turned into suspicion and scepticism in the two villages.

“What we saw are only pipes piled up in our area but there has been no signs of work starting and the villagers want to know what the problems are,” he said.

The villagers are willing to undertake it on ‘gotong-royong’ (voluntary communal) basis if the contractor is unwilling to proceed with the project.
Tadam, who is also PBB Ba Kelalan Youth secretary, said locals have yearned for the project for years so the delay was heart-breaking to them.
Electricity and roads have topped the list of their requests to every top government official.
He pointed out that the proposed mini hydroelectric dams at Kampung Buduk Nur and Long Langai are regarded as a lifeline and hence have long been part of the development plans for them.
The area also has a primary school and health clinic which could be powered by the micro-HEP dams.
Tadam also pointed to the water piping system which has failed since June last year. It has yet to be rectified. Locals are currently depending on their old gravity-feed water supply systems.
=======================
Sheikh Sambal dah banyak kali kata, janji projek hanya gula-gula kepada penduduk kampung. Janji macam-macam projek pembangunan dan infrastruktur, tunjuk sikit kerja seperti hantar paip, cacak tiang dan kumpul batu-bata. Selepas itu senyap. Ke mana duit peruntukan pergi kita pun tak tahu. Mungkin ini sebahagian daripada kes ketirisan 60% projek kerajaan yang di laporkan oleh SPRM Sarawak beberapa bulan dulu.
Kes di Ba Kelalan ini adalah kes biasa yang kita boleh dapat dari banyak tempat di kawasan pendalaman. Tunggulah sehingga musim pilihanraya sekali lagi baru ada kerja sikit. Selepas BN menang, tinggalah projek terbengkalai sehingga datang musim pilihanraya baru. Sementara itu, mana-mana projek yang boleh disonglap, songlaplah dulu!....
(Baca juga entri terdahulu pasal janji-janji pilihanraya)
.
.

03 March 2010

Apa Perlu Masuk Bila PBB = UMNO

Tak heran lansung. Itu saja komen Sheikh Sambal. Sebab UMNO dengan PBB sama saja. Tingkah laku dan mentaliti sama. Perwatakan dan akhlak pun sama. Sebab tu kita tengok Sarawak masih antara negeri termiskin walaupun negerinya mempunyai hasil mahsul yang lumayan.
Sarawak ada minyak, ada gas, ada balak, ada sawit dan sumber manusia yang murah dan ramai. Tetapi negeri masih mundur. Jangan tengok di bandar-bandar. Tengok kawasan pendalaman. Tak payah pun pergi jauh masuk ke ulu-ulu, cukup sekadar dalam linkungan 30 km dari kawasan bandar. Jalan hanya tanah merah. Kalau musin hujan jadi bubur lumpur dan dalam musim kemarau pula, debu merah naik sampai pucuk kelapa.
Air paip dan api letrik toksah cerita. Air paip ada tapi bukan yang dirawat tetapi air sungai atau air bukit yang diempang. Kadang-kadang air telaga yang dipam. Itulah sumber air mereka. Api letrik pula dari 'genset' itu pun siapa yang berada sikit. Kalau tidak pelita atau lampu minyak gaslah jadi rakan membaca buku buat anak-anak kampung atau rumah panjang.
Sepatutnya kalau diurus dengan baik sumber kekayaan tanah kenyalang ini, seluruh negeri terang benderang dengan lampu neon dan setiap penduduk boleh dapat rumah seorang sebuah.
Sistem jalanraya antara bandar boleh lebih canggih dari Lebuhraya PLUS dan percuma tanpa tol. Setiap anak-anak penduduk dapat bersekolah sampai ke peringkat universiti percuma.
Sebab PBB sama saja dengan UMNO, semua kemudahan itu terlalai. Yang kaya dan senang lenang hanya segelintir golongan elit dan kroni. Kalau di Semenanjung ada UMNOPutra, di Sarawak pula ada PBBPutra lah.
Sebab tu Najib beri jaminan UMNO takkan masuk Sarawak. Apa guna menyusahkan diri bila dah ada orang yang buat kerja macam mereka.

02 March 2010

Miri Jerebu Tahap Darurat! UPDATE @11AM 2MAR2010

Ini gambar terbaru suasana jerebu di Miri...nampaknya keadan semaikn pulih. Mungkin sebab matahari semakin naik, suhu yang panas dan angin mengalih dan mengangkat zarah/partikel jerebu ke tempat lain.





Tapi Sheikh Sambal jangka jerebu akan berulang lagi sebab banyak kawasan belukar dan hutan sekunder di sekeliling Miri sedang terbakar. Cuaca panas dan kemarau sekarang jadi faktor utama kebakaran mudah berlaku.

Sikap perokok yang suka membuang puntung rokok merata tempat adalah faktor utama banyak kawasan tepi jalan terbakar. Jalan antara Miri Bintulu sangat banyak pemandangan hangus yang disebabkan oleh puntung rokok.

Selain itu sikapa para petani yang suka membuat pembakaran terbuka untuk menerangkan kawasan mereka juga antara penyebab besar. Paling malang kawasan tanah gambut. Tahun lepas SOP telah kerugian beratus ekar tanah ladang disebabkan tanah gambut yang terbakar. Api tak nampak tapi asap pekat keluar dari tanah. Sekarang perkara yang sama berlaku terutamanya kawasan yang sekeliling Suai-Nyalau.

Penguatkuasaan larangan pembakaran terbuka perlu diperketatkan. Syarikat dan ladang-ladang yang menjadi 'culprit' jangan sekali dilepaskan.


Miri Jerebu Tahap Darurat!

Pagi ini Miri dilanda jerebu teruk. Malangnya kerajaan negeri masih mendiamkan diri. Tidak ada berita tentang pencemaran udara terburuk sejak beberapa tahun lalu. Sheikh Sambal sesak nafas melihat keadaan sekeliling. Bukan itu saja rasa panas dalam dada. Sungguh tidak sihat!!
Berita dalam radio Sarawak lansung tidak cerita pasal keadaan jerebu teruk di Miri. Ramalan cuaca pagi tadi dalam Radio Sarawak mengatakan cuaca baik seluruh Sarawak!. Hairan sungguh. Takkan Jabatan Meterologi di Miri tutup kedai sehinggakan berita tentang cuaca buruk ini disenyapkan!. Sepatutnya kerajaan sudah mengumumkan darurat di Miri. Semua sekolah patut di tutup dan sebuah jawatan kuasa khas patut di tubuhkan untuk memantau keadaan semasa. Hospital dan jabatan kesihatan dalam keadaan berjaga-jaga dan siap siaga untuk merawat pesakit dan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.
Di sini Sheikh Sambal paparkan gambar-gambar yang diambil pada pukul 6.45am sewaktu Sheikh Sambal mahu menghantar anak-anak ke sekolah. Di Sarawak pada waktu ini, matahari telah naik terang benderang.
Memandangkan keadaan yang sangat tidak sihat, Sheikh Sambal memutuskan untuk men'darurat'kan sendiri keadaan. Anak-anak tak jadi masuk sekolah. Mereka dihantar balik untuk duduk dalam rumah sahaja. Topeng muka pun tak ada macamana nak bersekolah begini.
Dikatakan sebab jerebu ini adalah pembakaran terbuka yang dilakukan oleh syarikat perladangan yang mahu membuat 'clearing' tanah hutan sekunder yang baru di buka. Entahlah, kerajaan dan BOMBA perlu membuat siasatan yang terperinci.