11 March 2012

Piasau Syurga Nyamuk Aedes

Setiap kali penulis datang berziarah ke Piasau terutamanya Piasau Jaya + Piasau Garden, tangan sentiasa saja tepis menepis dan menepuk nyamuk yang mengerumuni kulit yang terdedah. Sekejap sekejap ada sahaja nyamuk yang mendarat dan menghisap darah dengan rakusnya.


Piasau adalah kawasan perumahan yang terawal di Miri. Dulu kawasan ini adalah kawasan kampung tradisi Melayu tetapi kini telah menjadi kawasan pinggir bandar yang amat strategik. Ia berada di tengah-tengah antara Lutong dan Bandar Miri sebelah Utara dan Selatan dan juga antara Pujut dan Pulau Melayu /Sungai Miri sebelah Timur dan Barat.

Tempat yang strategik seperti Piasau ini sepatutnya diberikan perhatian yang istimewa oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM). Sistem longkang dan perparitan yang lama sudah seharusnya dimodenkan. Disebabkan parit dan longkang terbuka dan banyak yang tersekat oleh sampah sarap dan runtuhan, menyebabkan air bertakung. Air bertakung inilah yang memberikan habitat terbaik untuk  nyamuk terutamanya aedes membiak.

Kanak-kanak yang belajar di beberapa tadika dan taman asuhan yang berdekatan selalu sahaja menjadi mangsa gigitan nyamuk. Asyik menggaru sahaja budak-budak yang sedang belajar. Masuk sahaja kelas, pintu perlu segera ditutup. Jika tidak sang nyamuk akan masuk mengerumuni kanak-kanak ini.

MBM harus ambil perhatian tentang masalah nyamuk. Janganlah sampai ada yang mati disebabkan oleh  DENGGI barulah nak bertindak. Fogging harus dilakukan secara berkala dengan kerap.

MBM bertindaklah sebelum terlambat!!

06 March 2012

PENCEMARAN DISEL, ADA STOP WORK ORDER?

Kejadian tumpahan minyak disel ke dalam Sg Liku yang menyebabkan pencemaran teruk kepada bekalan air kepada 300,000 penduduk Miri amat dikesalkan. 14,000 Liter minyak disel tumpah ke dalam sungai bukan perkara kecik anak. Ia ibarat kes Altantunya pada alam semulajadi. 

Akhbar tempatan dan nasional cuma menyatakan sebuah syarikat pembinaan jalan punya angkara. Kalau syarikat yang bina jalan di Sarawak tidak lain dan tidak bukan adalah Cahaya Mata Sarawak (CMS). Hampir semua projek pembinaan dan penyelenggaraan jalan CMS atau anak syarikatnya yang sapu. Dan bagaimana sebuah syarikat yang besar begini boleh cuai ditempat yang sangat sensitif, iaitu kawasan tadahan bekalan air ke Loji Air LAKU Miri.

Mana Environmental Impact Analysis (EIA) CMS dalam projek pembinaan jalan di tempat kejadian. Apakah CMS main bulldoze sahajakah? Kalau ada bagaimana tumpahan boleh berlaku begitu mudah. 14,000 liter bukan sedikit. Jumlah ni sama macam satu lori tangki minyak.

Peristiwa ini boleh dikira sebagai satu malapetaka. Dan ia berlaku atas kecuaian pihak syarikat. Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan  Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) harus bertindak. Kalau ikut prosedur biasa, bila ada peristiwa yang mengancam keselamatan awam dan alamsekitar, satu arahan BERHENTI atau STOP WORK harus diperintahkan kepada syarikat yang melakukan kesalahan cuai itu. Siasatan menyeluruh mesti dilakukan supaya perkara yang sama tidak berulang kembali.

Seingga siasatan tamat, syarikat tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan di tempat kejadian. Siasatan mestilah menyeluruh dan tepat. CMS sendiri mesti mengambil tanggungjawab. Sebagai sebuah syarikat konglomerat yang amat besar, peristiwa pencemaran disel ini adalah satu tanda yang amat tidak sihat kepada CMS. Bagi membersihkan namanya dan alamsekitar CMS harus mengadakan siasatan dalaman dan ambil tindakan sewajarnya. CMS juga harus memberikan kerjasama yang baik kepada para penyiasat.

Walauapapun, Stop Work harus keluar dulu, sebelum siasatan besar dilakukan.

Wasalam,

Sheikh Sambal


05 March 2012

Miri Panik Beli Air Botol Macam Nak Perang!

Berita mengatakan LAKU Management Sdn Bhd, syarikat yang mengawal dan berniaga air di Miri, akan menutup loji penapisan airnya selama 3 hari telah menyebabkan suasana umpana waktu perang melanda Miri. Loji air itu khabarnya terpaksa ditutup kerana ada tumphan minyak disel ke dalam sungai yang membekalkan air ke loji LAKU. Ada desas desus khabar angin mengatakan bahawa ada orang buat sabotaj curah minyak dalam loji. Gila! Memang kerja orang gilalah kalau itu benar!
LAKU  -  tak ada air!!!


Berita mula tersebar pada tengah hari. Dengan adanya media baru dan sistem telekomunikasi yang canggih berita yang mulanya sepoi-sepoi bahasa bertukar menjadi ribut puting berliung dalam sekejap masa. Orang ramai bergegas membeli segala air minuman dan air mineral dalam botol ada di pasaraya dan kedai0kedai runcit. Tidak sampai 3 jam, semua air di pasaraya besar habis dibeli manusia yang panik takut mati kehausan dalm masa 3 hari LAKU memberhentikan pengeluaran air bersih.

Suasana berebut-rebut berlaku di sana-sini. Sampai ada yang berkelahi merebutkan botol air mineral. Di kedai plastik dan kedai hardware, segala jenis baldi dan besen juga habis dibeli orang. Air hujan pula menjadi harapan untuk mereka yang tidak sempat membeli air botol.

Pukul 11 malam penulis yang baru balik dari KL singgah di kedai 24jam di Pelita Commercial Centre, untuk menjenguk kalau air mineral dari Bintulu dah samapai. Memang ada. Baru sahaja sampai kata pekerja kedai tu. Tapi harga telah melambung dari RM24/kotak menjadi RM36/kotak. Walamak!! Memang macam suasana perang da! Bila bekalan barang tidak mencukupi harga barang akan melambung tinggi. Dalam keadaan begini orang tak tidak ada kemampuan akan menderita.

Katalah bukan sahaja air yang kurang tapi semua barang makanan bekalannya terjejas oleh sesuatu malapetaka. Di waktu itu inflasi akan naik mendadak.Duit kertas akan makin tidak bernilai. Kalau sekotak air mineral naik harga 50% dalam masa beberapa jam sahaja, barang-barang begitu juga. Bahkan boleh menjadi berkali-kali ganda sehingga beribu kali ganda. Itu hyperinflation, seperti yang berlaku di Zimbabwe tidak berapa lama dahulu. 3 biji telur berharga 100billion dolar Zimbabwe!!

Beruntunglah mereka yang menyimpan komoditi bernilai pada waktu begini. Wang kertas akan menjadi sangat tidak bernilai, Hard cash adalah komoditi sebenar seperti beras, gandum, kurma, bijirin atau apa sahaja yang mempunyai nilai inti. Barter trade akan kembali. Tapi takkanlah nak pikul beras merata-rata untuk ditukarkan dengan sayur atau daging. Jadi alternatifnya adalah DINAR EMAS atau DIRHAM PERAK.
Dinar emas dan Dirham perak sebagai penyimpan nilai  yang hakiki.

Suasana panik seperti yang berlaku di Miri pada hari ahad 4/3/12 boleh menuju ke suasana hyperinfaltion jika panik berterusan dan ekonomi merudum oleh sebab perang atau salah tadbir (seperti di Zimbabwe). Untuk melindungi diri dan keluarga,  kita harus menyimpan harta dalam bentuk yang imun inflasi. Apa dia? Itulah simpanan emas dan perak. Tukarkan duit simpanan dalam bank kita kepada emas dan perak. Itu sahaja yang akan menyelamatkan nilai harta kita dari dibaham oleh INFLASI!!

Kerajaan BN tidak akan dapat menolong anda.  Bahkan boleh jadi macam Zimbabwe jika dibiarkan terus mentadbir negara ini. Sekarang pun kita dah terasa sangat kenaikkan harga barang-barang keperluan!!.

Kalau pembaca mahu membeli dinar dan dirham, sila tinggalkan no telepon atau emel di ruangan komen.

Wasalam,

Sheikh Sambal.