23 February 2016

Harga Minyak dan Bakal Mak Mertua...


















Dulu.. USD seratus lebih harga
Syarikat minyak banyak laba
Pekerja syarikat gembira-ria
Beli kereta menambah harta
Hendak Mak Mertua yang mana
Petik saja..

Tiba-tiba harga minyak merudum
Syarikat minyak mengira kantung
Banyak projek kena gantung
Pekerja syarikat.. kontrak tak sambung
Balik kampung tanam jagung
Hendak Mak Mertua labu Sayung
Tunjuklah muka
Kena pelangkung..

Kini dah masuk tahun baru
Harga minyak semakin haru
$20 setong dah terbau
Makin busuk makin celaru
Projek yang diharap disejuk beku
Pekerja tetap terasa kaku
Nama naik nak kena sapu
Harap-harap dapat pampasan bermutu..
Supaya bakal Mak Mertua masih sayangkan aku..


***
Doa sudah Solat pun sudah
Minta harga minyak naik bertimbun
Sedeqah sudah usaha pun sudah
Semuga Allah memberi ampun....
Supaya bakal Mak Mertua boleh tersenyum
Dapat menantu cun melcun....
Bolehkah???



Almurady
23Feb2016
Sitiawan



06 February 2016

TENTERA MERAH


Sudah 25 tahun usiamu Tentera Merah
Tiada kau kenal penat lelah
juga tidak meminta upah
ketika keringat dicurah
hanya mengharapkan berokah
dan redha Allah..

Tentera Marah
Semestinya ahli jamaah
yang beristiqamah
dibentuk dalam tarbiyah
yang diikat dengan bai'ah
dan disuntik dengan taujihah

Tentera Merah
Bukan calang-calang
jiwa penuh semangat juang
bila keluar tak menjangka pulang
kerana shahid cita tertinggi pejuang..

Tentera Merah
25tahun umurmu remaja dewasa
memikul tanggungjawab memperjuangkan agama
apa saja takaza akan diterima
apasaja arahan ketua
digengam erat sehingga terlaksana
dengan jaya..

Tentera Merah
taat dan wala' mu
hanya kepada para ulama
kepada warisatul anbiya
kepada Nabi
kepada Ilahi..

Tentera Merah
teruskanlah usaha yang tulus
semuga akhirmu nanti
di Syurga Firdaus....

Almurady
6 Feb 2016
Sitiawan




03 February 2016

TABUNG HAJI BUKAN TABUNG LEMBAGA



Alhamdulillah... sejak Lembaga Tabung Haji (TH) ditubuhkan hasil idea Prof Ungku Aziz pada tahun 1969, ia telah berkembang pesat dari hanya sebagai 'tabung' untuk bakal-bakal haji kepada   konglomerat yang menguruskan kerja ibadat haji dan dana gergasi terkumpul para penabung. (baca sini tentang sejarah penubuhan TH)

Sejak akhir2 ini TH telah panas dengan cerita2 sensani penyelewengan dan salah guna kuasa pihak atasan kerana menggunakan dana bakal2  haji untuk menyelamatkan 1MDB dan salah tadbir dana sehingga rizab TH menyusut menjadi negatif!. Mengikut peraturannya TH, dividen tahun lepas tak boleh dibayar jika rizab TH negatif. Bank Negara Malaysia (BNM) telah menulis surat kepada TH tentang hal ini.

Tapi benarkah begitu??

Untuk mendapatkan kepastian semestinya kita cuba mendapatkan berita sohih dari puncanya. Memang banyak blog mengutip berita  TH ini dan menjadikan ia berita untama.. Tanpa memeriksa (tabayyun) pula ramai lah orang percaya dan tidak sedikit pula 'pemberita jadi2an' ini menambah perisa kepada berita sensasi ini dan memviralkannya ke alam maya.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS iaitu Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pimpinan dan eksekutif Kanan TH. Pertemuan PAS dengan TH ini sangat sihat. Memang sepatutnya kita tidak mendapatkan berita dari pihak ke-3, ke-4 adan ke-5. Kita harus pergi ke punca dan mengkaji sendiri kesohihan berita yang kita dengar. Dapatkan maklumat dan kaji maklumat tersebut.Inilah yang dinamakan Tabayyun, seperti yang disarankan oleh Allah swt dalam Al Quran,


Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an, al-Hujurat ( 49 ) :6 ).

Syabas kepada PAS kerana mengamalkan politik matang. PAS tidak mengambil berita dari blog mahupun media pojok seperti TMI dan MKini untuk mengulas dan menambah sensasi berita-berita tersebut.
Rombongan PAS yang diketuai oleh TITM

Di samping menemui eksekutif kanan TH, PAS harus juga mengingatkan TH bahawa mereka memegang Amanah umat Islam Malaysia. Dana yang berbilion-bilion dalam TH mesti ditadbir dengan baik. Keputusan untuk melabur, membeli aset atau membelanjakan duit TH mestilah dilakukan dalam sebuah konsensus atau persetujuan ramai. Panel pelaburan TH mestilah orang yang benar-benar berkelayakan dan bukan orang-orang politik (baca: UMNO).

Untuk menambahbaikkan lagi, semua eksekutih kanan TH tidak boleh memegang jawatan di mana-mana badan dan syarikat lain, terutamanya syarikat 1MDB. Sesiapa saja wargakerja TH yang ada kaitan dengan 1MDB harus melepaskan jawatan. Itu saja yang saya nampak untuk mengambalikan keyakinan orang ramai kepada TH.

Jika TH terus-terusan.masih mengekalkan orang politik dalam pentadbirannya..maka tidak hairan suatu hari nanti TH boleh jatuh terbungkang bankrap?!!

Ingat, TH ialah TABUNG HAJI, bukan TABUNG LEMBAGA* !!

Sekian,

Sheikh Sambal.


p/s 
1. Lembaga = makhluk hantu yang berbadan besar yang suka mengcau manusia.






02 February 2016

Kemaskini Berita Terkini - Sheikh Sambal

Salam semua...

Memang sudah terlalu lama saya mengabaikan blog ini. Maaf kepada folowers dan pengikut setia.

Sementelah lama tak berentri
Elok juga kita kemaskan berita terkini

Aku kini di KL
Bukan lagi Miri
Dah ddua tahun lebih..
Masih dengan orang minyak
Tapi dah tak banyak

Setiap minggu aku berkelana
Dari Lumut ke Kotaraya
Menghadirkan diri mesyuarat segala
Bincang pasal kontrak
Mana yang bertambah
Bila skop kerja diubah..

Harga minyak pula merudum
Dari beratus dollar
Kini dah terduduk bawah roda..

Projek Minyak dan Gas banyak terbengkalai
Pekerja industri ramai kena salai
Mana yang tamat kontrak
Tak disambung..
Mana yang permanent
Boleh tercampak ikut bumbung...

Itulah realiti terkini
Harga minyak atas muka bumi
Satunya komoditi macam nak mati
Disebabkan permainnan Saudi dan Illuminati
Yang sakitnya ini negeri
Kerna terlalu bergantung
Kepada emas hitam
Yang kini kelam....

Tetapi..
Hidup ini kan ibarat roda
Sekejap di atas
Ada masa di bawah..

Yang Pasti..
Ia akan naik semula..

Tetapi..
Entah bila....

Sheikh Sambal