29 May 2009

Antara Sombong..Bongkak..Angkuh Dan Takbur

Tazkirah Jumaat...(di petik dari email seorang sahabat, Saif Ali)
Salam Ukhuwwah....
Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela @ keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga.

Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina (Al-Mukmin:60)

Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.

Imam Al-Ghazali berkata : Orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.

Takbur batin adalah membesarkan diri dalam hati dan ini maksiat hati yang dicela. Contohnya, iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam.Dengan angkuhnya ia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat iblis dan seluruh keturunannya. Takbur juga boleh dibahagi kepada tiga, iaitu takbur terhadap Allah, takbur terhadap rasul-Nya dan takbur sesama manusia. Takbur kepada Allah bermaksud tidak mempedulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.

Takbur terhadap Rasulullah s.a.w ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Ya Allah..hiasilah kami dengan sifat mahmudah.. dan jauhkan kami dari sifat mazmumah

Ya Allah tetapkanlah hati kami dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami

Amin……

27 May 2009

Mari Berkaraoke! Rock Serrrabai....

Aku dapat rock serabai ni dari seorang kawan. Rasanya elok diletak di sini untuk hiburan sahabat-sahabat dan para pengunjung yang pening dengan suasana politik dan demokrasi tanahair. Angaplah ini sebagai satu 'escapism' sahaja. Kepada rakan-rakan Tamil jangan ambil hati, sekadar gurauan manja.

Makhal Sakhti!!

26 May 2009

Wajah-Wajah Perang Di Pakistan

Graphic showing camps for internally displaced persons in Pakistan and areas worst hit by recent fighting between government troops and Taliban militias.(AFP)
Internally displaced girls, fleeing a military offensive in the Swat valley region, cook outside their family tent at the UNHCR (United Nations High Commission for Refugees) Jalozai camp, about 140 km (87 miles) north west of Pakistan's capital Islamabad May 24, 2009. Street fighting erupted in the main town of Pakistan's Swat valley on Saturday as security forces mounted a new phase of their offensive against Taliban militants, the military said.

Saving his family from the ravages of war. Fleeing the ongoing offences by the military is the only way to safety.
Pakistani displaced people line up as they wait their turn during a food distribution at Chota Lahore Refugee Camp in Swabi, Pakistan, Sunday, May 24, 2009. Hundreds of thousands of Pakistanis have fled fighting between the army and Taliban militants in a northwestern valley, raising the risk that public support could turn against an offensive Washington sees as a must-win battle
An internally displaced boy, fleeing a military offensive in Buner, plays outside his family tent at the International Aid Foundation refugee camp in Swabi district, about 120 km (75 miles) north west of Pakistan's capital Islamabad
An internally displaced girl, fleeing a military offensive in the Swat valley region, holds a pitcher with drinking water at UNHCR (United Nations High Commission for Refugees) Jalozai camp, about 140 km (87 miles) northwest of Pakistan's capital Islamabad May 25, 2009. Pakistani soldiers were moving from house to house on Monday as they battled militants in the main town in the Swat valley and were expected to take at least a week to secure it, the military said
Will there be food left for us??
Pakistani displaced children wait their turn during a food distribution at Jalozai refugee camp in Peshawar, Pakistan
Pakistani displaced children run behind a truck a they try to get their ration, during a food distribution at Jalozai refugee camp in Peshawar, Pakistan, Monday, May 25, 2009.
A resident of Pakistan's troubled Valley of Swat, Shahida Bibi, 23, who fled fighting in her hometown, shows her photograph which reads 'before an accident', in a house of her relatives in Rawalpindi, Pakistan on Friday, May 22, 2009. Bibi badly burnt her face and hand during a bomb striking her home, turning everything to ashes last year. Bibi complains that she cannot close her eyes due to stress and finds it difficult to have a peaceful night's sleep. (AP Photo/B.K.Bangash)

>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Perang ini adalah perang untuk memenuhi tuntutan Amerika. Inilah janji Obama bila beliau jadi Presiden AS, bahawa bala tentera AS akan bertumpu ke Afghanistan dan Barat Laut Pakistan untuk memusnahkan Taliban (Tentera Islam yang berserban hitam).
Nampaknya tidak perlu AS melepaskan tenteranya di sana tetapi Pakistan sendiri mengerahkan tentera untuk memerangi rakyat sendiri di Swat dan kawasan sekitarnya. Dengan hanya gula-gula bantuan kewangan, Presiden Asif Ali Zardari bergegas pergi membunuh orang Islam di Lembah Swat. Berjuta orang awam terpaksa lari menyelamatkan diri. Pasarana dan ladang musnah.
Mahukah AS memberi duit untuk membangunkan semula kawasan yang musnah? Alasan yang akan digunapakai adalah jika pasarana dan ladang dibina semula, Taliban akan kembali meengambil kesempatan.
Rakyat marheinlah yang sengsara. Kanak-kanak Pushton (penduduk peribumi kawasan sempadan Pakistan Afghanistan) telah lama menderita dihimpit kemiskinan dan kini ditambah lagi dengan bala bencana perang di Lembah Swat pula.
Sejahat-jahat Presiden Musharaf dulu pun tidak pernah memerangi rakyat sendiri secara besar-besaran.. India pasti tersenyum senang kerana kaum yang boleh menyusahkannya jika perang Pakistan-India meletus, sedang diperangi oleh bala tenteri sendiri.
Yayasan AMAL Malaysia harus menghantar sukarelawan segera untuk membantu pelarian yang semakin parah untuk meneruskan kehidupan mereka.
Sheikh Sambal

23 May 2009

AMAL: Ekspidisi Dakwah Di Ulu Kota, Pakan

Pada 1-3 May 2009, Yayasan AMAL Miri bersama dengan Bintulu Iqra' Centre (BIC) dan HIKMAH Cawangan Sarikei telah bergabung bersama dalam satu Program Ziarah dan Amal Kebajikan di Ulu Kota, Pakan, Sarikei. Ulu Kota ada satu perkampungan saudara baru dari kaum Iban yang memerlukan bantuan dan perhatian dari umat Islam Sarawak. 33 orang saudara baru dari 6 keluarga telah memeluk Islam dan mereka bertekad untuk memulakan kehidupan baru di kampung yang baru dibuka di Ulu Kota.

Ketua Saudara Baru ini Sdr Azhar Abdullah telah mengajak kaum keluarganya untuk berpindah dari rumah panjang yang mereka duduki selama ini demi untuk menghayati kehidupan Islami yang lebih baik. Majoriti dari penduduk rumah panjang itu terdiri dari mereka yang menganut ugama datuk nenek dan juga ramai yang telah memeluk agama Kristian. Memandangkan aqidah para saudara baru yang belum mantap dan dikelilingi pula oleh suasana yang tidak Islami, maka Sdr Azhar telah membawa mereka keluar dari rumah panjang tersebut dan memulakan perkampungan sendiri di tanah yang diwakafkan oleh Sdr Azhar sendiri.


AMAL telah melakukan program ziarah yang pertama di kampung ini pada bulan Februari 2009 dan mendapati saudara-saudara baru ini perlu ditolong dan diberikan perhatian khusus agar mereka dapat hidup dengan lebih baik. Atas kesedaran ini, maka AMAL dengan gabungan mantap dari BIC dan HIKMAH sekali lagi mengadakan Program Ziarah Dan Amal Kebajikan di Kampung Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan.

Sheikh Sambal (SS) telah sempat bersama-sama para mujahidin AMAL, BIC dan HIKMAH dalam program yang amat berkesan ini. Berikut adalah laporan yang sempat SS nukilkan.



1hb Mei 2009
Miri 05:00hrs - 07:00hrs
Dari Miri, ahli-ahli AMAL telah berkumpul di rumah Pengerusi Yayasan AMAL Sarawak, Saudara Mukhtar Suhaili seawal pukul 5.30pagi. Satu tazkirah santai telah di berikan oleh Tuan Hj Masaat sementara menunggu semua ahli berkumpul. Taklimat ringkas oleh Sdr Mukhtar dan Doa Safar dan Jihad oleh Ustaz Harisan memulakan perjalanan AMAL dengan tiga buah kereta, 1 4WD Hilux ,1 Isuzu Pick Up (Jaini Plumbing) dan 1 salon ( yang kemudian ditukar dengan Triton 4WD di Niah - terimakasih Akhi Mustamin kerana meminjamkan Triton). Tepat jam 7.00pagi 9 orang mujahidin AMAL bertolak dari Miri dengan untuk beramal kerana Allah.

Kelihatan Setiausaha AMAL (berkain pelikat) yang tidak dapat bersama dalam expedisi kali ini (isteri sedang menunggu hari) sedang memberi sedikit taklimat dan pesanan akhir.


Destinasi Pertama: Bintulu.

Rombongan expidisi singgah di simpang jalan ke Bakun untuk menukar kereta Salon Sdr Muhammad dengan 4WD Triton kepunyaan Sdr Mustamin. Terima kasih kepada Akhi Mstamin kerana meminjamkan Triton baru untuk expedisi ini. Semuga Allah SWT membalasnya dengan syurga.
Dengan 3 pick-up rombongan Miri meneruskan perjalanan ke Bintulu untuk bergabung dengan BIC. Kami sampai di balai BIC lebih kurang pukul 11.30pg. Kerana menunggu agak lama di simpang Bakun dan ada sahabat yang perlu menunaikan qada hajat, rombongan agak lewat dari masa yang dirancangkan.
Sahabat-sahabat BIC menyambut AMAL Miri dengan hidangan ayam kari dan nasi beriani. Kebetulan Ketua Saudara Baru Ulu Kota pun ada di BIC. Ana pun berkenalan dengan Sdr Azhar. Beliau datang ke Bintulu dari Ulu Kota untuk menyambut rombongan AMAL.
Kebetulan pula, beliau baru sahaja kematian bapa hari sebelumnya di Bintulu. Bapa Sdr Azhar telah memeluk Islam pada tahun lepas. Alhamdulillah beliau meninggal dalam Islam. Tak tau kita macamana akhirnya nanti. Semuga Allah sentiasa lindungi aqidah kita. Amin. Sdr Azhar kini telah dilantik oleh SAO Sarikei sebagai Ketua Kaum (macam Ketua Kampunglah). Olehkerana beliau dan orang-orang Islam lain telah memulakan perkampungan baru, sangat moleklah beliau dilantik sebagai Ketua Kaum. Ini sudah tentu akan memudahkan urusan dengan kerajaan nanti.


Sahabat-sahabat BIC sungguh gumbira berjumpa sahabat -sahabat dari Miri. Lama menunggu tapi masih memberikan senyuman dan makan!


Kuning terang balai BIC yang baru di cat. Kalau tak nampak memang sah buta. Di sini pusat da'wah BIC di sekitar Bintulu.

Destinasi Ke 2: Sibu > Sarikei
Selepas solat Jumaat di Masjid Darul Hidayah, rombongan expedisi bersiap-siap unuk meneruskan perjalanan ke Sarikei. Di sini 9 orang anggota BIC dengan 2 Hilux menyertai AMAL Miri untuk ke Ulu Kota. Akhi Zahari telah dilantik sebagai ketua kontinjen dalam expidisi ke Ulu Kota ini.
Mesyauarat dan ta'limat ringkas oleh Ustaz Ibrahim dan Hj Omar. Yang baju hitam membelakang kamera tu lah Akhi Azhar. Tulisan belakang baju tu.... "Ketua Kaum". Memang ada haibah!....


Doa lagi sebelum meneruskan perjalanan. Sahabat-sahabat yang tidak dapat pergi sama, mengaminkan doa pun jadilah.

Dari Bintulu perjalanan diteruskan ke Sibu dan kemudian ke Sarikei. Di Sarikei kami akan bergabung dengan sukarela HIKMAH dan akan terus ke Ulu Kota. Jangkaan waktu sampai di Sarekei adalah sekitar pukul 8 malam. Maka mesyuarat telah memutuskan untuk bermalam di Sarekei dan akan ke Ulu Kota selepas sarapan pagi esoknya.
Dalam perjalanan ke Sibu berkonvoi 5 kereta 4WD pick-up. Hj Omar (Ketua BIC) telah membekalkan 2 buah walkie-talkie untuk kemudahan perhubungan (Beliau juga mewakafkan Ford Rangernya utk expidisi kali ini). Satu diletak dalam kereta Akhi Mukhtar, yang mengetuai konvoi di depan sekali dan satu lagi di pegang oleh Akhi Zahari yang memandu di akhir konvoi. Olehkerana Akhi Mukhtar memandu agak laju, maka ekor konvoi jauh ketinggalan di belakang. Maka perhubungan dengan walkie-talkie tak berapa menjadi!.
Akhi Azhar dan Mukhtar berbual-bual jako Iban (bahasa Iban). Ana dan Zaidin (Zidane?) sengeh sahaja sebab tak faham. Cuma sikit-sikit sahaja yang ana dapat tangkap perbualan mereka. Kemudian Azhar bercakap dalam bahasa Melayu Sarawak, hah barulah faham. Sungguh rancak beliau berbicara tentang kampung barunya dan sayangnya pada Islam dan usaha da'wahnya di kalangan kaum Iban di rumah panjang.

Berita Gempar!
Sedang rancak berbual, Azhar menerima satu panggilan talipon dari isterinya di Ulu Kota. Bapa mertuanya pula meninggal dunia!! Bagaikan halilintar berita itu itu menghentak bundak Azhar. Kami yang lain dalam kereta terus terkedu senyap tak tahu nak kata apa. Apakah ujian yang menimpa ketua saudara baru ini. Baru semalam bapa beliau meninggal dunia dan kini bapa mertuanya pula!


Akhi Azhar sedang berdoa semuga roh bapa dan mertuanya dicucuri rahmat Allah. Beliau bersungguh-sungguh meminta isterinya bersabar dan menanti kepulangannya bersama rombongan AMAL malam itu juga. SS rasa seperti rombongan ini dihantar oleh Allah untuk menolong dan mengajar para saudara baru bagaimana untuk melakukan perngurusan jenazah.

Akhi Mukhtar terus menghubungi Ketua Kontinjen dan memaklumkan bahawa kita perlu masuk ke Ulu Kota malam itu juga kerana ada kematian di sana. Apalah yang saudara-saudara baru kta tahu tentang pengurusan mayat! Akhi Mukhtar cuma suruh Azhar memberi tahu isterinya supaya menutup mayat dengan kain dan diletakkan di serambi rumah. Mood Ketua Kaum itu terus merudum menahan kesedihan. Beliau jadi senyap melayan perasaan. Kami cuma dapat memujuknya dengan megatakan bahawa itu adalah ujian dari Allah dan meminta beliau bersabar banyak-banyak.

Sedih Tetapi Cekal Dengan Semangat Da'i
Sekali Azhar berkata beliau amat risau nanti orang-orang yang bukan Islam di rumah panjang akan mengatakan bahawa masuk Islam akan datang bencana, mati. "Nanti timbul fitnah kata masuk Islam nanti mati" kata Azhar. Rupa-rupanya Azhar amat risau usaha da'wahnya akan tergendala dengan kematian yang terbaru itu. Aduh! Sungguh cekal iman dan semangat da'wah dalam jiwa Azhar. Beliau baru masuk Islam 5 tahun tapi kental iman dan sifat da'inya!.

Akhi Firman sedang memberikan sedikit semangat kepada Azhar. Ini semua rancangan Allah. Sesungguhnya ada hikmah di sebalik peristiwa ini. Begitulah agaknya bisik Firman kepada Abang Azharnya.

Ana sungguh terasa rupa-rupanya expidisi AMAL kali ini memang rancangan Allah. Allah takkan membiarkan saudara2 baru yang belum tahu apa-apa menghadapi suasan genting ini sendirian di ulu sana. Kami datang seperti sebagai utusan Allah untuk melaksanakan urusan fardhu kifayah di Ulu Kota sana. Berhambur hati ana mengucapkan syukur dan rasa haibah tentang rancangan Allah. Ini Allah sedang mentarbiah kami dari AMAL. Ini Allah sedang mengajar kami tentang Iman. Allahuakbar!!
Olehkerana kami akan sampai di Sarekei lewat, Akhi Mukhtar telah menalifon Ustaz Mustajab(Pendakwah HIKMAH yang banyak berinteraksi dengan saudara baru Ulu Kota) supaya menyediakan segala kelengkapan untuk menyempurnakan jenazah. Nasib baiklah Ustaz Mustajab ada, klau tidak terpaksa pula kami mencari kain kapan di Sibu.
Rombongan berhenti di sebuah stesen minyak Petronas untuk bersolat Asar. Ana dan beberpa ahli AMAL Miri telahpun menjamakkan Asar di Bintulu tadi. Sahabat-sahabat dari Bintulu bersembahyang Asar secara qasar di surau stesen Petronas tersebut. Semuga segala ibadat diterima Allah swt.


Sekumpulan geng motor besar juga berhenti di situ untuk berehat. Bezanya kami berhenti untuk melunaskan perintah Allah tetapi mereka berhenti untuk berehat santai. Nampak gayanya seperti geng Cina Sibu.

Singgah Sibu
Sesampai di Sibu Saudara Yunus sudah menunggu untuk menyertai kami. Rombongan expidisi agak lama singgah di Sibu Agape Centre kerana membeli belah berbagai barangan keperluan seperti beras dan lauk pauk untuk kegunaan dan untuk disedeqahkan kepada saudara-saudara baru kita di Ulu Kota.
Sementara para sahabat membeli barangan keperluan dan juga ada yang menunaikan menunaikan qada hajat, penulis ambil kesmpatan berbual-bual dengan saudara Yunus dan sahabat beliau yang baru posting ke Sarawak dan juga Ustaz Ridhuan, seorang pendakwah bebas yang berbangsa Iban. Ustaz Ridhuan ini telah banyak membuat breakthrough usaha dakwah di kalangan masyarakat Iban. Beliau tidak dapat turut serta dalam expidisi kali ini kerana ada program dengan saudara baru di tempat lain. Semuga usaha-usaha murni Ustaz Ridhuan diberkati Allah swt.

Pusat HIKMAH Sarikei
Rombongan expedisi bertolak semula menuju Sarikei waktu Maghrib. Amir rombongan memutuskan untuk Solat Maghrib dan Ishak (Jamak Takhir) di Sarikei. Perjalanan lancar sahaja dan kami sampai di pusat komuniti HIKMAH pada pukul 9pm lebih. Di sana Ustaz Mustajab telah sedia menunggu bersama dengan beberapa sukarela HIKMAH yang akan menyertai kami. Sambil menunggu makanan sampai, Akhi Zahari telah memanggil semua ahli rombongan untuk bermesyuarat bagi menetapkan aktiviti di Ulu Kota. Selepas majlis ta'aruf, Akhi Mukhtar memaklumkan bahawa bapa Mertua Azhar telah sedar tak jadi mati!. Apai Tajang telah sedar semula selepas 3 jam pengsan. Berita itu sungguh memeranjatkan tetapi kami semua bersyukur kerana Allah telah memudahkan lagi keadaan kami. Jika betul Apai Tajang meninggal, kami terpaksa meneruskan perjalanan malam itu juga ke Ulu Kota.
Menurut Ustaz Mustajab yang telah beberapa kali kesana, jalan balak yang perlu dilalui amat sukar lebih-lebih lagi pada waktu malam. Dengan perbincangan yang agak panas mesyuarat telah memutuskan agar keputusan mesyuarat di Bintulu diguna pakai kerana suasana kembali kepada asal di mana tiada kematian berlaku di Ulu Paka dan hari telah jauh malam untuk rombongan meneruskan perjalanan ke sana. Selepas makan malam dan solat Maghrib/Ishak, para anggota expedisi berehat untuk menyiapkan diri untuk meneruskan perjalanan yang khabarnya sukar ke Ulu Kota.

2hb Mei 2009
Destinasi Akhir: Ulu Kota, Pakan
Selepas solat subuh di Masjid Daerah Sarekei, kuliah Subuh oleh Ustaz Harisan sangat menyegarkan jiwa. 1 jam rasa cuma seketika seperti rerama hinggap di bunga!. Ana lihat semua ahli expidisi bersemangat untuk merempuh segala halangan yang bakal mendatang demi memertabatkan Islam di atas segala-galanya.

Ustaz Harisan (4 dari kiri) sedang menggilap semangat jihad peserta expidisi. Kalau begini selalu apa saja halangan terasa ringan saja!

Selepas tazkirah satu kereta dihantar ke Bintangor (+- 20km dari Sarikei) untuk mengambil 6 buah tangki air yang telah dibeli oleh Saudara Azhar untuk dibawa balik ke kampungnya. Ustaz Hussain dari HIKMAH telah berusaha mendapatkan sumbangan sebanyak RM1ok untuk menyediakan kemudahan asas di Kampung Saudara Kita (nama kampung saudara baru). Sementara itu para peserta lain menjamah sarapan disediakan HIKMAH dan kemudian bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan ke destinasi akhir; Kampung Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan.Persiapan terakhir sebelum bertolak ke Ulu Kota. Ustaz Harisan periksa apa lagi tu. Semua barang-barang dah masuk?

Cabaran Pemanduan 4WD

Menurut Akhi Firman yang menyertai expidisi AMAL yang pertama dulu, jalan ke Ulu Kota terbahagi kepada 3 peringkat. Peringkat 1 adalah jalan arah Ulu Krian yang masuk dari simpang jalan besar Sarikei - Sri Aman - Kuching. Jalan ini talan bertar bertaraf jalan persekutuan. Peringkat 2 adalah jalan tar yang telah dipecah-pecahkan dan diletak batu gravel. Jalan ini seperti jalan yang sedang dalam proses naik taraf. Peringkat 3 adalah jalan tanah merah laluan lori balak atau lebih dikenali sebagai jalan balak. Kami yang pertama kali sampai ke sini belum nampak atau faham benar apa yang dimaksudkan oleh akhi Firman dan juga Ustaz Mustajab. Perasaan agak berdebar juga dengar cerita dari mereka berdua. Walaubagaimanapun, semangat jihad tetap utuh. Biar apa saja yang mendatang akan dirempuh!

Ini baru jalan Peringkat 2. Kira cantik lagi nih. Ada lagi 2 jam nak sampai nih.
Benarlah kata Firman, jalan ke Ulu Kota memang mencabar. Peringkat 1 dan 2 tidak menjadi masalah bagi semua kenderaan 4WD kita. Ada kereta Kancil pun masuk jalan ini. Mungkin ada orang Iban tinggal berhampiran menggunakan Kancil untuk keluar masuk. Tapi rasanya kalau hari-hari Kancil tu masuk situ, mungkin ada skru yang tercabut!.
Bila masuk saja jalan Peringkat 3, amir expedisi mengisharatkan agar semua kenderaan mula menggunakan gear 4WD. Aduh... memang benarlah cerita Firman dan Ustaz Mustajab. Jalan Peringkat 3 memang boleh masuk kategori Camel Adventure Gear. Ana ditugaskan memandu Triton Akhi Mustamin yang sarat dengan pelbagai barang yang akan digunakan dan diagihkan di sana nanti. Ini adalah kali pertama ana memandu 4WD dalam keadaan yang mencabar. Bersama ana dalam Triton ialah Ustaz Harisan, Firman dan Akhi Muhammad, pensyarah IKBN. Seronok juga berkelana dengan depa ni, kecek Kelate sesajo. Banyok cerito weh....Tak boring sebab demo tu panda berlawok. Tapi bila sampai kawasan jalan yang berbahaya dan mencabar, Zikrullah tidak lekang dari mulut. Berkat doa kawan-kawan segala bahaya dapat ditempuhi dengan selamat. Dada memang berdebar. Doa banyak dipanjatkan kepada Allah. Rupanya mencari iman bukan senang.
Jalan peringkat 3 baru bermula. Bukit itu tinggi dan curam. Nasib baik juga baru ditolak. Jika hujan, pasti penumpang terpaksa menapak ke atas bukit. 4WD tak larat mendaki jika ada muatan. Begitulah kata Sdr Firman. Dalam expidisi pertama dulu, jalan ini lebih teruk. Para Muslimah yang ikut sama terpaksa berjalan kaki mendaki bukit itu. Itu kelihatan Hj Junaidi sedang menguji lutut, boleh sampai ke atas tak?


Mukhtar: "Zaidi, enta okay? Ni jauh lagi ni. Kalu nak balik, enta jalan kakilah....." Zaidi: " Ana okay, cuma ada rindu sikit sama A'ishah la... balik? Ish!..Tak boleh...kang mamat sebelah ni pelangkung ana!.he he he..."


Bergambar dulu. Takut kot tak sampai ke puncak, ado gak gambar konang-konangan.


Yang tukang ambik gambar nak jugak, baru adil. Inikan AMAL For All !

Setelah hampir 3 jam merempuh jalan ke Ulu Kota, akhirnya rombongan expidisi sampai juga akhirnya. Trek balak yang kami ikuti agak mencabar. Ada tempat-tempat yang memerlukan doa yang banyak dan skill memandu yang tinggi. Jika silap pusing stering kereta boleh menggelungsur ke kiri dan kanan. Boleh juga menggelungsur masuk gaung!

Sampai Di Kampung Saudara Kita
Hampir jam 1 tghari, baru rombongan AMAL sampai ke tempat yang dituju. Penduduk Kampung Saudara Kita telah lama menuggu. Mereka sungguh gembira menyambut tetamu yang lebih ramai dari mereka. Kami difahamkan kebanyakan budak-budak yang bersekolah di Pakan tidak pulang dan ada juga orang kampung yang pergi menziarahi sanak saudara di keliling negeri.
Penulis agak terperanjat bila ternampak ada muslimat sudah samapai dulu dari kami. Hairan pula. Bila pulak muslimat ikut serta program kali ini. Rupa-rupanya wanita-wanita yang bertudung labuh itu adalah isteri Akhi Azhar dan saudara baru perempuan yang lain. Kanak-kanak perempuan pun taat bertudung. Hebat mereka ini. Walaupun hidup dhaif tetapi semangat untuk mendokong Islam amat ketara.

Sampai jugak akhirnya. Masing-masing keluar meninjau keadaan sekeliling. "Tu gaung tu Firman, bebaik kang kok terkelicik!" pesan Sheikh Sambal pada Firman dan lain-lain yang tak pernah tengok gaung yang curam!.




Rumah Saudara Azhar, Ketua Kaum Kampung Saudara Kita. Inilah Pusat Islam setempat! PM Najib tengok nih pasti tangkap nangis. Maklumlah PM rakyat! Jika rakyat hidup dhaif begini sudah tentu PM rakyat akan terasa pedinya.
Gotong royong mengangkat barang-barang masuk ke rumah Ketua Kampung. Jimat masa da tenaga cara berantai begini. Sekejap sahaja semua selesai.


Apa-apa hal kita minum dulu!. Keramahan dan gembira jelas terpancar di muka tuan rumah.


Saudara baru paling kecil, Abu 5 tahun, di pangkuan ibunya. Terlekat di dinding ialah maklumat waktu solat dan senarai AJK saudara baru.

Selesai mesyuarat dan suai kenal di rumah Ketua Kampung, satu group pergi tengok tempat orang kampung ambil air. Tidak jauh sangat tapi sungguh mendera otot kaki dan pinggang. Turun bukit naik bukit jalan denai tepi gaung baru sampai. Letih betul. Lenguh betis, lutut dan belakang. Tercungap-cungap. Bila sampai rasa agak berbaloi sebab air bukit yang sejuk dan bersih segar. Boleh minum terus dari sumber.

Berpeluh gak nak sampai ke tempat ambil air. Baik-baik Bang Jaini, denai tu licin dan curam tu!.

Akhi Kamarul dengan gaya stunt panjat lereng curam sambil balancing act.
Air bukit itulah sumber air utama kampung Azhar. Mereka terpaksa meredah denai dan lrong tikus untuk sampai ke situ. Jaraknya dari rumah ketua kampung ke sumber air itu lebih kurang satu kilometer turun naik bukit yang agak curam. Bayangkan, berapa baldi yang hendak di angkut untuk kegunaan memasak dan cuci mencuci. Kampung Saudara Kita berada di puncak bukit jadi air adalah masalah utama. Nak harapkan paip air kerajaan mungkin lagi 20 tahun baru sampai. Mataair bukit adalah sumber yang utama. Ia bersih dan segar. Masalahnya ialah jauh dan terpaksa melalui jalan berliku turun naik bukit.Air bukit yang sejuk dan menyegarkan.

Sapa pulak hamba Allah tu....reki bukit ke cari tempat nak melepas hajat?

Abang Jaini (kontraktor paip Miri yang tersohor) yang turut sama dalam expidisi ini ditugaskan khas untuk menyelidik bagaimana air dapat disalurkan ke kampung dari punca yang terdekat dengan menggunakan daya graviti semulajadi. Beliau, Sdr Kamarul dan Saudara Baru Ismail telah pergi membuat reki dan memeriksa bagaimana air dapat disalurkan terus ke kampung dan surau yang bakal didirikan.

Setelah kembali dari meninjau tempat punca air dan laluan yang sesuai di bukit, Abg Jaini bagitau sumber air sangat baik, cuma sedikit kerja empangan dan paip air boleh ditarik terus dari sana ke setiap rumah dan bakal surau. Tetapi menurut Sdr Azhar, paip tersebut akan melalui tanah seorang yang tidak mahu berkompromi dengan golongan yang baru masuk Islam ini. Alasan yang diberikan adalah, mereka mahu menginang (membela) babi dihulu anak air masa hadapan, yang akan menyebabkan orang Islam tidak dapat menggunakan air yang tercemar oleh najis babi. Hairan sungguh. Rumah panjang mereka agak jauh dari sumber air ini, kenapa pula mahu menginang babi jauh dari kebiasaan yang membela babi dikandang kecil belakang rumah panjang.
Sebelah petang kami cuba untuk berjumpa dengan Tuai Rumah untuk berunding tentang isu air tapi tidak diberi kesempatan. Abag Jaini mengusulkan agar perkara ini dibincangkan di Sarikei/Bintulu oleh AJK yang dilantik. Ada cara untuk mendapatkan persetujuan tuan tanah agar laluan paip boleh menggunakan tanahnya.

Selesai cerita air. Satu lagi tujuan expidisi ini adalah untuk melihat dan memeriksa tapak surau yang bakal dibina. Surau Al-Azhar telah dilancarkan tabung pembinaannya di Bintulu beberpa minggu dulu. Kini tabung itu berjumlah lebih kurang RM27k. Jumlah yang kecil untuk dapat membina satu surau yang selesa kerana masalah logistik. Segala barang perlu di bawa melalui jalan balak. Jadi harga barang binaan amat tinggi di ulu sini.

Hj Rahim, Hj Junaidi, Akhi Azhar dan ana sendiri ditugaskan untuk meninjau kawasan yang dicadangkan untuk membina Surau Al Azhar itu. Cadangan tapak surau ini lebih kurang 300m dari puncak bukit di mana rumah Akhi Azhar yang terletak di puncak. Kalu jadi boleh nampak jauh di bawah sana dari tepi jalan. Dicadangkan di situ sebab lebih dekat dengan mataair yang ada dilembahnya. En Jamung tuan tanah tempat anak air itu telah setuju untuk Azhar menggunakannya sebagai sumber air untuk surau kelak.

Tempat ni okay ada sumber air tapi kena pakai pam untuk bawak 30m ke atas sana. Okay ke? Kata Hj Junaidi. Kelihatan Jamung dan Wilson melihat dari jauh. Jamung dan Wilson masih belum memeluk Islam tetapi memberi sokongan kepada Azhar. Harap-harap mereka juga mendapat hidayat.

Serius Hj Rahim dan Hj Junaidi meninjau kawasan curam bukit yang menuju kek cadangan tapak surau lebih kurang 30m -40m di atas sana. Yang ini sebenarnya tanah En Jamung tetapi beliau setuju supaya Azhar boleh mengambl air dan mengepam ke atas.


Ada sedikit tanah rata di sebelah atas yang berda dalam tanah Akhi Azhar. Beliau mahu mewakafkan tanah itu untuk surau jika sesuai. Tetapi sebenarnya ada tanah yang lebih cantik untuk surau dan tempat itulah yang dicadangkan oleh Akhi Azhar pertama-tamanya. Tetapi masalahnya ialah sumber air. Jika air bukit dapat di salurkan, tempat itu sangat sesuai untuk dibina surau. Lagipun ia tidak jauh dari 6 buah rumah orang Kampung Saudara Kita. Harap-harap SAO Sarikei dapat menolong dan laluan paip air dapat dibuat.

Cadangan tapak surau yang asal. Dipuncak bukit. Ia agak rata dan banyak angin. Tak perlu pakai kipas macam surau dan masjid kita di bandar sana.

Pmandangan dari tapak surau asal di puncak. Jika azan dikumandangkan, sudah tentu seluruh alam di Ulu Kota ini mendengarnya. Begitu hebat syiar Islam.

Abang Jaini (bersinglet) pasti masalah air dapat diselesaikan. "Kalau tak ada air paip bukit pun, air hujan ada, kita tadah lah.."; kata Azhar. Beliau amat berharap sebenarnya agar surau di bina di sini. Bikan di cerun lembah sana.Soal tapak surau ini akan dibawa ke mesyuarat AJK pembinaan surau di Bintulu. Harap Hj Omar berkenan.

Sementara kami sibuk mereki sumber air dan cadangan tapak surau, ahli jemaah yang lain sibuk mengadakan program pengisian ilmu dan solat praktikal. Saudara baru kita di sini sangat perlukan pembelajaran yang sistematik. Anak-anak yang bersekolah di sekolah kebangsaan yang tidak jauh dari rumah panjang tidak ada guru agama yang mengajar mereka. Diharap kerajaan akan menghantar seorang guru agama di sana. Kalau ikut keperluan, bila murid Islam dari sesebuah sekolah melebihi 5 orang, maka kerajaan akan mengadakan seorang guru agama. Jadi keperluan guru agama memang patut di sana kerana anak-anak saudara baru lebih dari 5 orang bersekolah di sana sekarang.

Antara program pengisian yang dibuat adalah mengajar saudara baru termasuk anak-anak mereka tentang kalimah tayyibah dan maknanya, praktikal wuduk dan solat.

Selepas Asar program seterusnya adalah melawat rumah panjang bekas rumah para muslimin di Ulu Kota ini. Rumah panjang ini adalah tipikal rumah panjang. Yang cantiknya ia ada sungai ataupun jeram dengan batu-batu bulat dan air yang jernih dan sejuk. Ada sebuah dewan orang ramai yang baru dibina dan ada tempat memproses getah keping. Ada juga sebuah gelanggang sepak takraw. Kami telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan para remaja rumah panjang ini. Team AMAL kalah straight set dengan team rumah panjang. Harapan kami semuga pendekatan begini menjadi satu outreach yang berkesan dengan mereka.

Rumah panjang yang damai dari kejauhan.


Tempat memproses getah keping di sebelah rumah panjang.

Cuba teka apa dalam kandang kecil di belakang rumah panjang ini?....ia bulat hitam berkilat dan ekor bergulung ligat.

Sementara team sepak taktraw AMAL berhempas pulas cuba tidak dibelasah teruk, ahli AMAL yang lain bersantai dengan para penduduk. Sayang... kalau Ustaz Ridhuan ada tentu kita dapat buat program dalam rumah panjang. Beliau pernah datang berceramah disitu dulu semasa Azhar dan anak-anak buahnya pindah. Orang-orang Iban di sini sangat peramah dan suka mendengar. Mereka hormat dengan orang luar.

Hilux masuk sungai untuk mengisi air dalam tangki. Sungai berbatu batu ini sungguh segardan sejuk airnya.

Ada seorang kakak bertanyakan kenapa muslimat tidak datang bersama. Nampaknya kedatangan muslimat smasa ziarah yang pertama dulu sungguh membri kesan yang mendalam. Mungkin expidisi akan datang kita boleh fikirkan hal ini. Lebih mudah kalau muslimat ada. Mengajar solat pada wanita oleh muslimin agak terbatas, lainlah kalau muslimah ada. Salah satu kesan dakwah muslimah dulu ialah saudara baru wanita sudah pandai menutup aurat. Bukan sahaja wanita, kanak perempuan pun bersungguh menutup aurat mereka.

Rombongan melawat rumah panjang, sambil main air.

Membasuh pinggan mangkuk dalam sungai yang mengalir di sebelah rumah panjang.

Kami mandi sungai dan mengisi air dalam 2 buah tangki yang dibawa untuk kegunaan kami dan penduduk-penduduk kampung.

Outreach program bersama remaja rumah panjang. Team AMAL cuba nak menang!!

Pada sebelah malam diadakan kuliah maghrib dan kursus ringkas pengurusan jenazah oleh Ustaz Hussain. Ustaz Hussain adalah bekas komando tetapi ilmu agamanya mantap. Penjelasanannya tentang pengurusan jenazah sangat mudah difahami oleh kami dan lebih lebih lagi oleh para saudara baru. Terimakasih kepada Akhi Zahari kerana mewakafkan badannya sekejap untuk jadi model.

Selesai belajar tentang jenazah, masing-masing mencari tempat yang sesuai untuk melabuhkan badan yang letih. Ada yang tidur bersusun di 'ruai' dan ada yang memilih untuk tidur dalam kereta. Sheikh Sambal tidur di ruai sahaja. Nyaman sungguh cuaca malam. Hebat ciptaan Allah. Tiada perlu aircond. Udara bersih dan segar. Pukul 4.15 pagi ana tersedar. Hj Masaat sedang bertahajjud di sebelah. Seperti baru tadi sahaja rasanya dengkurannya umpama muzik indah di tengah malam.

Ana bangun dalam suasana gelap. Rupanya gen-set dah lama padam. Dengan bersuluhkan lampu telefon bimbit, mencari sandal tapi hanya sebelah yang jumpa. Takut anjing gonggong bawa lari. Di sini mereka masih membela anjing tujuan keslamatan dan memburu. Budaya orang Iban memang bela anjing di rumah. Setelah agak lama mencari ana pinjam selipar seorang sahabat dan pergi mencari tempat yang sesuai untuk qadha hajat di alam yang luas. Malam sungguh indah dengan bintang yang bertaburan menghiasi langit. Subhanallah..Subhanalah tak putus hati memuji kebsaran Allah swt. Istimewa di sini kerana tiada lampu jalan yang memijarkan mata untuk melihat ke langit. Terasa betapa kerdil kita ini dan Allah mahabsar dengan ciptaan yang sungguh menakjubkan.

Selesai berwuduk ana bergegas kembali ke atas rumah. Gen-set telah dihidupkan semula. Lampu kini terang di laman. Terperanjat ana melihat sepasang sandal ana cantik tersusun di depan pintu siap berbasuh lagi. Terhambur lagi ucapan syukur dalam hati. Biarpun nampak kecil tapi ana rasa ini adalah pertolongan Allah. Tadi memang hilang sungguh. Mearata ana cari. Tup tup ada orang jumpa sebelah lagi dan pakai pergi ambil wuduk. Alhamdulillah....

Solat subuh diimamkan oleh Imam Besar AMAL Ustaz Harisan. Suara merdunya membaca surah memecah hening pagi subuh yang suci. Waktu itu jam pukul 5 pagi. Suasana sejuk menikam. Kantuk hilang terus dibasuh oleh bacaan surah Al Quran tuan imam.

Subuh hening juga menghayati tazkirah subuh. Warna kelam menunggu mentari terbit.

Kuliah Subuh diberikan oleh wakil Sibu, Ustaz Yunus. Orangnya kecil dan masih bujang. Dalam perjalanan semalam dia mabuk kereta tapi pagi itu tazkirah yang diberikannya sunguh mantap dan "keras". Ana perhatikan beliau sangat komited dalam usaha dakwah. Walaupun kepala pening dalam huyung hayang kereta merempuh jalan balak, semangat jihadnya tidak luntur. Semasa mengajar wuduk dan solat ditariknya semua orang kampung masuk. Wilson yang belum masuk Islam pun duduk belajar kalimah dan praktikal solat dengannya.

Kuliah subuh Ustaz Yunus. Dalam tazkirah yang lembut dan mantap ada "keras"nya.

Pagi itu selepas sarapan nasi padi huma dan teh kosong, program setrusnya adalah cara menyembelih ayam. Akhi Azhar menyediakan dua ekor ayam untuk disembelih. "Ayam sabung arwah bapak. Dulu dia suka bersabung ayam. Kini dia sudah meninggal, eloklah ayam ini disembelih" katanya.

Ustaz Hussain sekali lagi diamanahkan untuk mengajar Akhi Azhar dan abangnya Ismail cara menyembelih ayam cara syariah. Kami ahli AMAL semua mengambil kesempetan untuk mengulangkaji. Hj Masaat, tukang sembelih ayam di Pusat Halal Miri, juga memberi tunjuk ajar di sambing menambah ilmu dengan Ustaz Hussain.

Program belajar sembelih ayam itu adalah program terakhir AMAL di Ulu Kota. Kami semua bersiap-siap untuk kembali pulang ke Pusat HIKMAH di Sarikei. Jangkaannya selepas zohor rombongan akan balik ke Bintulu dan seterusnya Miri.

Bergambar kenang-kenangan sebelum berpisah.

Sungguh pilu waktu berpisah. Walaupun 2 hari 1 malam kami bersama dengan masyarakat Islam di Ulu Kota ini, rasanya seperti sudah bersaudara lama. Saudara baru Ishak akan ikut Abang Jaini balik ke Miri. Abang Jaini kata di nak beri pekerjaan pada Ishak di Pusat Halal Miri. Eloklah begitu, sambil bekerja dapatlah beliau belajar tentang Islam dengan lebih mendalam.

Selamat tinggal saudara-saudaraku. InsyaAllah, kami akan datang lagi ziarah dilain kali.

Kami bersalaman dengan Akhi Azhar dan anak-anak buahnya. Janji kami akan datang lagi menziarahi mereka dimasa akan datang. Sesungguhnya Ulu Kota memberi pengajaran yang sungguh berkesan di hati kami. Kesusahan hidup dan kekurang pasarana tidak mematahkan semangat para saudara baru ini untuk hidup dalam Islam. Teringat ana pada luahan perasaan Akhi Azhar malam tadi sebelum program pemberian sumbangan dari AMAL, beliau mengatakan bahawa segala apa harta di dunia ini takkan dibawa masuk kubur kecuali amalan kebajikan. Katanya apalah sangat nilai empat lima batang anak sawit dikorbankan untuk mendirikan Surau Al-Azhar dipuncak bukit itu dibandingkan dengan syiar Islam dan amal ibadat yang bakal didirikan disana. "Hanya amal ibadat yang dibawa mati bukan harta wang ringgit", katanya.

Semuga Allah menetapkan kita semua dalam Iman.....

Dengan pesanan yang terngiang-ngiang di bundak hati, Sheikh Sambal dan angkatan AMAL menyelusuri jalan balak, balik ke kota Sarikei, Bintulu dan Miri. Dalam hati berkata, aku akan datang lagi di sini.