31 January 2011

.PAS Sebenarnya MEnang!

Seperti entri SS sebelum ini...Tenang akan memenangkan PAS. Memang dari PAS tidak menang PRK Tenang tapi PAS menang dalam kerja da'awahnya. Usaha PAS yang bersungguh bersama dengan semua bangsa dan agama dari PR sudah cukup menunjukkan kemenangan. Semangat setia kawan yang utuh dan pengaruh PAS yang semakin kuat di kalangan pengundi bukan Melayu memberikan PAS satu edge yang kuat utk mengembangkan syiar Islam.

Dalam PRK Tenang kita dah tonjolkan bahawa Muslimah PAS berupaya untuk menggoncang BN. Tidak sedikit kegentaran BN dalam menghadapi kuasa Muslimat PAS. Kita juga berjaya menunjukkan belang sebenar Chua Soi Lek yang anti-Islam.

Walaupun kalah PAS sebenarnya menang di hadapan Allah swt. Bertetapatan dengan apa yang Allah sebut dalam Surah Aali Imran ayat 169 - 170 :

169 Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki. 170 mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati

Ini pengubat hati bagi para pejuang Islam. Ayuh! Teruskan perjuangan kerana kita sentiasa menang walaupun nampak seperti kalah!!


Sheikh Sambal

29 January 2011

Cikgu Mala Akan Menang Di Tenang!!

Pejuang Islam akan tetap menang...kalau kalah pun menang juga!....Allah tetap akan beri ganjaran!!!

Masanya Telah Sampai - Hosni Mubarak Nyah Kau!!

Selepas Presiden Anwar Sadat mati dibunuh pada tahun 6 Oktober 1981oleh pejuang keadilan, Hosni Muibarak telah naik menggantikan beliau. Sadat yang anti Islam menghamabat ramai aktivis Ikhwanul Muslimin. Selepas dia mati Hosni Mubarak pula mengambil alih kerja menindas orang-orang yang pro Islam. Rakyat Mesir tidak ada peluang untuk mendapat kebebasan. Israel menjadi rakan Hosni untuk mengekang kebangkitan Islam.

Kini Hosni sedang dihambat pula oleh rakyat sendiri selepas 3 dekat memerintah Mesir secara kuku besi!. Presiden Zein Al Bedin dari Tunisia yang korup pun dah selamat dgulingkan olek rakyat Tunisia. Kini Hosni pula akan mendapat nasib yang sama.

Orang yang zalaim takkan lama. Bagaimana kau buat zalim pada rakyat sendiri dan rakyat Ghaza, demikianlah kau akan jatuh wahai Hosni!!

Semuga kebangkitan rakyat di Mesir mendapat kemenangan dan pertolongan ALlah!  Amin...Amin,,,Amin...

23 January 2011

"Saya tidak bermazhab Syiah, tetapi saya mencintai Husain!" - Hamka

Kata-kata di atas ku petik dari deskripsi tajuk blog Dr Faisal Tehrani... Memang sesungguhnya aku setuju.. Aku juga adalah seorang Sunni tapi aku cinta pada Ahlul Bayt... 

Kerana Ulama AHlul Bayt lah yang datang ke Nusantara pada abad ke-10 dan seterusnya....lalu mengislamkan nenek moyangku.Sejarah Kerajaan Melayu purba yang bersikap terbuka dan menghormati kedatangan mereka ke dunia sebelah Timur ini telah membuka jalan kepada Islam berkembang pesat di kalangan orang Melayu.

Jika para pendakwah Ahlul Bayt tidak datang mengislamkan nenek moyang kita dahulu, entah apalah agama kita sekarang ini agaknya.

Alhamdulillah....Selawat dan Salam kepada Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan kaum keluarga keturunannya dan para sahabat ajmain.....

Wasalam

Sheikh Sambal

22 January 2011

Usrah Ibarat "CHARGER" Iman dan Semangat Juang...

Hari ni ada program usrah gabungan di Miri. Walaupun sibuk dgn kerja untuk memenangkan PAS di Miri, usrah jgn dilupakan. Usrah ibarat "charge'' talipon. Kalau bateri lemah kita pun cepat2 carik charger. Begitulah usaha iman dan amal. Kalau terasa penat berjuang dan setan mulamenghasut, maka cepat2 cari majlis ilmu. Alhamdulillah progran usrah di Miri sentiasa ada walaupun kenkadang agak muram tapi tetap berjalan.

Sementelah Miri kini adalah anak angkat Selangor, setiap minggu ada pimpinan dari Selangor turun ke Miri untuk men'charging' semangat juang para mujahid PAS di Bumi Kenyalang sebelah sini.

Amat perlu pejuang2 Islam mengikuti usrah sentiasa. Bila ada kesempatan maka jangan diabaikan. USahakan diri untuk menambah ilmu dan kefahaman perjuangan terutamanya bila kita berusaha di tempat Islam adalah minoriti. Approach dan cara tak sama macam di tempat lain. Di kalangan orang2 Islam pun Islam ini asing macamana pulak nak berdakwah di kalangan orang2 non-muslim.

Itulah usrah penting. Dalam usrah kita dapat berbincang tentang approach yg terbaik. Pengalaman pimpinan yang datang dapat menolong untuk kita mencanai sau cara yg terbaik untuk kita menyemai benih dan dakwah Islamiah..

Ana menyerulah kepada semua sahabat/biah untuk teruskan perjuangan. Usrah jangan ditinggalkan. Solat jemaah di masjid dan baca Quran setiap hari jangan tinggal. Baca Quran biar faham...maksudnya baca terjemahan juga pada yang tak faham Bahasa Arab. Usahakan juga untuk kita faham Bahasa Arab walaupun tak dapat bercakap...

Akhirkata, ana ucapkan selamat berusrah kepada semua Mujahadeen Miri...

Wasalamua'laikum Warahmatullahi Wa Barakaatuh..
Sheikh Sambal.


13 January 2011

Dr Khir sudah...Datuk Seri Utama..bila pulak

Dr Khir Toyo dah lepaskan gelaran Dato Seri buat sementara waktu kerana menghadapi tuduhan rasuah pada bulan Disember lepas. Kerana tidak mahu gelaran yg diberi oleh Sultan Selangor itu terhina dalam mahkamah semasa perbicaraannya nanti. baguslah camtu ada fikir jugak tak nak menghina gelaran yg Sultan bagi, tapi masa jadi MB sedang berkuasa dulu ingat ke? Sampai kena tuduh-tuduh macam ni.
Ok lah tu Dr Khir...camana pun gua tabik jugak la sama lu.

Gelaran Datuk Seri Utama yang sedang hangat dibualkan pasal kes rogol amah camana pulak ye.  Katanya rela disiasat. Kalau begitu elok jugaklah digantung gelaran DSU tu. Rasanya kes rogol ni legih menjijikkan kerana ia melibatkan bahagian badan yang malu dan juga melibatkan mangsanya rakyat negara jiran...kira kes antarabangsalah.

Jadi memang sepatutnyalah gelaran yang diberi Sultan itu dilepaskan cepat. Sungguh memalukan..adoi...Tapi adakah beliau ini akan berbuat seperti Dr Khir. Tepuk dada tanya maruah....huhu..huhu..huhu..

Begitulah adanya.

Sheikh Sambal.

08 January 2011

Jambatan Baru ke Piasau Camp & Pulau Melayu.. ok , Jambatan ASEAN...ko

JKR sedang rancak membina jambatan baru dari Piasau ke Pulau Melayu, Miri,  untuk menggantikan Jambatan Shell yang telah tua tapi masih berupaya. Memang patut sangat jambatan tua ini diganti kerana
 1. memang umurnya dah tua,
 2. terlalu rendah untuk para nelayan dari Piaasau Utara berulang alik ke Muara sungai Miri.
 3. waktu puncak jambatan ni sesak.

Telah tiba masanya kerajaan mengambil alih laluan ke Pulau Melayu ini. Dengan kepesatan pembangunan Miri, jambatan yang sedia ada semakin tidak berupaya menanggung jumlah kenderaan yang menggunakan jambatan satu lorong ini. Penggunaan jambatan yang sedia ada juga terhad kepada kereta dan lori kecil sahaja. Saiz dan kapasiti jambatan Shell ini tidak mampu untuk menampung lori besar dan berat. JIka penduduk Pulau Melayu atau Piasau Camp memerlukan penggunaan lori besar, mereka terpaksa melalui Jambatan Lutong yang 3 kali ganda jauh perjalanannya ke Bandar Miri.

Kontraktor yang membina jambatan baru ini nampaknya Shin Yang lagilah. Begitulah lagaknya di Miri ni. Kalau ada sahaja projek kerajaan, maka Shin Yang sahajalah akan menang. Menurut rungutan (repekan?) orang-orang Miri, masuk tahun 2020 nanti, Shin Yang lah yang menjadi majikan kepada penduduk bumi Miri ini. Mahu taknya, halakan sahaja mata anda maka anda akan lihat pengaruh (baca: projek) di mana-mana!.

Kita tak kisah kalau Shin Yang buat, tetapi haruslah pada harga yang manasabah dan bermutu. jangan jadi seperti Jambatan Asean yang merentasi Batang (sungai besar; hic!) Baram. Dah sepuluh tahun  lebih Jambatan Asean tol RM10 pergi balik.Memang cekik darah Shin Yang kat sini. Dah kerajaan bagi tanah pada Shin Yang tapi masih tamak nak tekan TOL pada para pengguna. Memanglah majoriti penggunanya Orang Brunei yang datang ke Miri untuk membeli-belah, tapi tetap menyiksa poket rakyat tempatan.

Satu lagi penyakit Jambatan Asean Kuala Baram ni, pukul 12 tgh malam dia tutup. Tak ke haru. Ada kampung sebelah seberang sana tu. Kampung Masjid. Kalau ada darurat orang sakit atau ibu nak bersalin, kan ke susah. Perahu tambang pun tak ada malam2 buta. Pernah ada kes orang sakit tenat mati kerana tak dapat dibawa ke hospital. Nak ke Brunei, sempadan tutup, nak ke Hospital Miri, jambatan pula ditutup. Mati je lah. Ni Taib kena jawablah di akhirat esok. Kalu Taib surh Shin Yang buka pasti jambatan tu buakak...Shin Yang ngan Taib kan kamcheng!

Kita mahu pembangunan tetapi bukan yang menyakitkan rakyat. Kita mahu pembangunan yang menguntungkan rakyat. Kalau beribu ekar tanah diberi pada tokeh besar sebab buat jembatan, apa salahnya rakyat guna jembatan secara percuma.

Bila lagi tokeh-tokeh besar mahu menolong rakyat jelata yang selama ini menyokong perniagaan mereka. Satu lagi, JANGAN SEKALI-KALI TERFIKIR NAK PASANG PONDOK TOL di Jambatan Baru Piasau-Pulau Melayu!!

I rest my case.

Sheikh Sambal

07 January 2011

Pantai Sekitar Miri: Potensi Yang Diabaikan....

Kalau sesiapa pun pergi berjalan-jalan ke pantai sekitar Miri, yakni dari Pulau Melayu bawa ke Kuala Baram, pasti akan bersetuju bahawa ada potensi besar pantai di persisiran Bahagian Miri. Lihat sahaja di Esplanade Luajk. Dengan prasarana yang elok dan penyelenggaraan yang seadanya, pantai ini menjadi tumpuan rakyat Miri setiap minggu. Kita akan dapati setiap hujung minggu dan cuti awam, kereta penuh sesak dan manusia memenuhi pantai untuk berekreasi dan makan angin. Para penjaja sentiasa gembira kerana jualan mereka laris.
Malangnya cuma Pantai Esplanade, Luak ini sahaj yang di selenggara dengan baik, selain dari Pantai Tanjung Lobang yang sememangnya tempat tumpuan pelancung tempatan dan asing menikmati suasana pantai dan makanan warung.
Pantai di sekitar Miri mempunyai potensi untuk dimajukan. Ciri-ciri pantai yang baik ada di sini. Pasir yang putih dan landai menyenorokan kaki memijak. Kanak-kanak sangat suka bermain dengan pasir halus. Air laut Miri memang agak keruh sedikit kerana sungai-sungai yang masuk ke laut Miri berwarna hitam airnya kerana tanah gambut. Walaupun begitu, secara amnya air laut Miri tidaklah tercemar sangat.
Majlis Bandaraya Miri (MBM) sepatutnya mengeksploit kelebihan yang ada pada pantai Miri.
Seperti yang aku katakan awal tadi, pantai dari Pulau Melayu (Kuala Sungai Miri) sehingga ke Kuala Baram mempunyai potensi besar untuk diindahkan dan seterusnya menjadi tumpuan pelancung dan warga Miri. Pantai di hadapan Bayshore dan Lapangan Terbang Lama Shell di Lutong sangat sesuai di majukan . Pantai itu kini diserabuti oleh sampah balak. Industri kayu-kayan di sekitar Miri telah menyemakkan pantai-pantai Miri menjadi lambakan serpihan balak yang terbiar.

Selain dari sampah sarap dan serpihan balak, rumput gajah yang tinggi membuatkan keindahan Pantai Lutong ini terlindung. Kalaulah MBM cerdik sedikit dan memotong rumput gajah yang liar ini, Pantai Lutong akan menjadi tumpuan orang ramai seperti tahun 80an - 90an dulu. Masa aku bujuang dulu selalu akau lepak tepi pantai ini sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah. Berbalam-balam di ufuk Barat pelantar minyak dengan api yang menyala menambahkan lagi indah alam.
Aku pernah dengar MBM dan YB Miri ada beriya nak memajukan Pantai Lutong tetapi setakat ini berita ini hanya berstatus khabar angin sahaja. Apalah salahnya beri sedikit peruntukan untuk mengemaskan pantai yang cantik ini. Bila sampah balak diuruskan dan 'hutan' rumput gajah dan lalang ditebas baik, maka lihat nanti pantai ini jadi 'Esplanade' no 2. Kuranglah kesesakan hujung minggu di Luak sana. Adoii hai...ini pun Datuk Bandar Miri tak boleh nak fikir.

YB-YB Miri seperti Peter Chin, Andy Chia dan Lee Kim Shin toksah lah diharapkan. Mereka lebih sibuk memikirkan tentang undi dari potensi!

I rest my case.

Sheikh Sambal.