07 January 2011

Pantai Sekitar Miri: Potensi Yang Diabaikan....

Kalau sesiapa pun pergi berjalan-jalan ke pantai sekitar Miri, yakni dari Pulau Melayu bawa ke Kuala Baram, pasti akan bersetuju bahawa ada potensi besar pantai di persisiran Bahagian Miri. Lihat sahaja di Esplanade Luajk. Dengan prasarana yang elok dan penyelenggaraan yang seadanya, pantai ini menjadi tumpuan rakyat Miri setiap minggu. Kita akan dapati setiap hujung minggu dan cuti awam, kereta penuh sesak dan manusia memenuhi pantai untuk berekreasi dan makan angin. Para penjaja sentiasa gembira kerana jualan mereka laris.
Malangnya cuma Pantai Esplanade, Luak ini sahaj yang di selenggara dengan baik, selain dari Pantai Tanjung Lobang yang sememangnya tempat tumpuan pelancung tempatan dan asing menikmati suasana pantai dan makanan warung.
Pantai di sekitar Miri mempunyai potensi untuk dimajukan. Ciri-ciri pantai yang baik ada di sini. Pasir yang putih dan landai menyenorokan kaki memijak. Kanak-kanak sangat suka bermain dengan pasir halus. Air laut Miri memang agak keruh sedikit kerana sungai-sungai yang masuk ke laut Miri berwarna hitam airnya kerana tanah gambut. Walaupun begitu, secara amnya air laut Miri tidaklah tercemar sangat.
Majlis Bandaraya Miri (MBM) sepatutnya mengeksploit kelebihan yang ada pada pantai Miri.
Seperti yang aku katakan awal tadi, pantai dari Pulau Melayu (Kuala Sungai Miri) sehingga ke Kuala Baram mempunyai potensi besar untuk diindahkan dan seterusnya menjadi tumpuan pelancung dan warga Miri. Pantai di hadapan Bayshore dan Lapangan Terbang Lama Shell di Lutong sangat sesuai di majukan . Pantai itu kini diserabuti oleh sampah balak. Industri kayu-kayan di sekitar Miri telah menyemakkan pantai-pantai Miri menjadi lambakan serpihan balak yang terbiar.

Selain dari sampah sarap dan serpihan balak, rumput gajah yang tinggi membuatkan keindahan Pantai Lutong ini terlindung. Kalaulah MBM cerdik sedikit dan memotong rumput gajah yang liar ini, Pantai Lutong akan menjadi tumpuan orang ramai seperti tahun 80an - 90an dulu. Masa aku bujuang dulu selalu akau lepak tepi pantai ini sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah. Berbalam-balam di ufuk Barat pelantar minyak dengan api yang menyala menambahkan lagi indah alam.
Aku pernah dengar MBM dan YB Miri ada beriya nak memajukan Pantai Lutong tetapi setakat ini berita ini hanya berstatus khabar angin sahaja. Apalah salahnya beri sedikit peruntukan untuk mengemaskan pantai yang cantik ini. Bila sampah balak diuruskan dan 'hutan' rumput gajah dan lalang ditebas baik, maka lihat nanti pantai ini jadi 'Esplanade' no 2. Kuranglah kesesakan hujung minggu di Luak sana. Adoii hai...ini pun Datuk Bandar Miri tak boleh nak fikir.

YB-YB Miri seperti Peter Chin, Andy Chia dan Lee Kim Shin toksah lah diharapkan. Mereka lebih sibuk memikirkan tentang undi dari potensi!

I rest my case.

Sheikh Sambal.

No comments: