21 December 2010

Melayu Islam Dan Melayu Syiah

Melayu sememangnya Islam. Sejak Pendakwah Ahlul Bayt datang ke Nusantara mengembangkan da'awah seawal abad ke-9 dan terus rancak dalam abad ke-12, 13 dan seterusnya. Orang-orang Arab datang berda'awah sambil berdagang di Nusantara secara berterusan di daerah bumi Timur ini dan kemuncaknya atas perintah Sharif Makkah, seorang Sayyid dihantar ke Samudra Pasai lalu mengislamkan Raja Pasai ketika itu. Maka bermula zaman kegemilangan Islam di Alam Nusantara. Orang Melayu Samudra (kini Sumatra) berbondong-bondong memeluk Islam.

Tak lama kemudian Raja Melaka pula memeluk Islam juga di tangan seorang pendakwah Ahlul Bayt yang mendarat di perlabuhan pantai Melaka. Maka Melayu Melaka dan segenap daerah jajahannya pun memeluk Islam. Tatkala Islam Islam tidaklah asing sangat keran orang Islam telah ada bermestaution di Melaka dan Kepulauan Melayu.

Orang-orang Arab yang datang dari Hadhramaut kebanyakannya adalah keturunan Sayidina Ali dari jujuran Al Hussein. Mereka berpegang kepada Mazhab Imam Shafie kerana Imam Shafie sendiri adalah ahlul bayt (ibu beliau cucu Hassan Bin Ali Bin Abu Thalib) dan sangat bersimpati dan kasih pada ahlul bayt. Maka Mazhab Shafie pun berkembang ke Nusantara. Jadilah Melayu Islam mazhab Shafie.

Kedatangan gelombang Ahlul Bayt yang pertama berjaya menukar agama datuk nenek Orang Melayu dari kepercayaan anamisme bercampur Hindu dan Budha kepada Islam. Sebatilah Islam dalam masyarakat Melayu dengan gelombang ahlul bayt yang pertama berasimilasi dalam masyarakat Orang Melayu sehinggakan ramai Orang Melayu yang berketurunan ahlul bayt tapi tidak sedar akan hakikat itu kerana sebati dan mesranya darah Melayu dan Arab bercampur dalam tubuh Bangsa Melayu. Reduplah Tanah Nusantara ini dengan ramainya keturunan Nabi berkembang biak tanpa mereka sedar.

Itulah sebatinya makan beratus-ratus tahun. Sebab itulah kadang-kadang kita nampak Orang Melayu macam ada iras-iras Arab tetapi hidungnya kembang... :) Satu-satunya bangsa di dunia yang mempunyai wajah yang berbagai ialah Bangsa Melayu. Dan satunya-satunya bangsa di dunia yang takrifan bangsa dan Islam itu sama ialah Bangsa Melayu. Bila sebut Melayu dia pasti itu Islam dan bila sebut Islam dia itu Melayu.

Olehkerana  rapatnya orang Melayu dengan golongan ahlul bayt, mereka boleh dikira syiah dalam ertikata pencinta keluarga Nabi s.a.w. Tetapi mazhab mereka tetap Shafie kerana Imam Shafie pernah berkata dia rela dianggap Syiah kerana cintanya dia kepada Ahlul Bayt. Begitulah Orang Melayu. Syiah Melayu tidak sampai kepada mentuhankan Sayidina Ali. Syiahnya orang Melayu adalah kerana sayang pada Nabi dan Keturunannya.

Memang banyak syiah yang melampau. Di daerah Timur Tengah dan Benua Asia Selatan melampunh Syiah sesat. mereka sesat kerana jahil dan dhaif. Mengikut sahaja apa kata Pir atau Tok Guru mereka yang punya agenda tersendiri. Juga tidak dinafikan Orang Melayu pun ramai begitu. Kalau tidak masakan ajaran Ayah Pin dan Hasan Anak Rimau boleh berkembang.

Rata-rata Syiah Melayu majoritinya adalah atas sayang dan kasih mereka kepada Ahlul Bayt bukan atas fahaman Syiah Rafidhah yang melampau. Kerajaan nak pantau, pantau yang melampau ini. Tetapi kalau setakat mendengar ceramah di dalam surau atau rumah, apakah rasionalnya mahu ditangkap dan dizalimi. Mereka bukannya berdemo merusuh di jalanan menghentam diri sampai berdarah-darah. Mereka bukan juga pengebom berani mati yang menyusup ke PWTC. Syiah Melayu cuma mendengar ceramah dan menangisi kezaliman ke atas apa yang terjadi pada cucu-cicit Nabi s.a.w

5 comments:

Anonymous said...

setuju sangat syeikh...aku pun rasa syiah malaysia ni mana ada yang mengancam keselamatan pun..

Abu Ajwad said...

Salam sejahtera, memang SETAKAT ini tidak ada ajaran Syiah yg mengancam keselematan di M'sia. Cuma pada pendapat saya, tangkapan@pencegahan perlu bagi memelihara masyarakat Islam d M'sia dari terjebak dgn pergaduhan mazhab d masa akan datang. Bukan apa, kalu kita meneliti fahaman dan ajaran Syiah, maka kita akan dapati ianya amat jauh dan cukup berbeza dgn fahaman dan amalan ahlus sunnah wal jamaah, khususnya Syafiei yg kita amalkan d M'sia. Adakah kita boleh menerima pndgn dan pndpt mazhab Syiah? Ya, boleh. Tetapi hanya dalam bab fiqah. Itupun sekadar utk dibuat perbandingan. Boleh rujuk kitab2 fiqh 4 mazhab, di mana ada mencatatkan pandangan2 dr mazhab Syiah. Ingat !!! Sekadar tk dibuat perbandingan BUKAN amalan. Manakala pandangan@pendapat mazhab Syiah dlm bab Akidah, samasekali tidak dpt dtrima. Ruang d sini tidak memungkinkan utk saya menerangkan pnjg lebar berkaitan Akidah Syiah, cuma mungkin yg saya boleh bg pendapat peribadi ialah, pegangan Mazhab Syiah hampir sama dgn pndgn Agama Yahudi. Mungkin ada yg marah, namun itulah kesimpulan@pndpt@pndgn saya berdasarkan bacaan drpd beberapa kajian berkaitan dgn mazhab Syiah. Sekadar itu dahulu... Wassalam..

Hati Ahmadi said...

http://ahmadisufi.blogspot.com/2010/12/shiites-security-threat.html

Sheikh Sambal said...

Ano, Syiah kat Malaysia ni kebanyakannya dari ikutan... macam orang Melayu suka ikut gaya Orang Putih... tak mengancam kan kan kan...

Sheikh Sambal said...

Abu Ajwad;
Ana faham apa yang enta maksudkan dan ana sutuju. Pengaruh Syiah (baca: kasih sayang terhadap) Ahlul Bayt sudah lama berakar umbi dlm masyarakat orang Melayu..tengok jampi mentera orang melayu, mesti tutup dgn ...."berkat doa Saidina Ali"
Tu belum kira Tongkat dan Kacip Fatimah.
Sementelah, Malaysia kita dah memang berpegang pada Mazhab Syafie..Syiah takkan berkembang pesat menjadi satu kekuatan besar..
Jadi tak perlu takut..tak perlu tangkap dan tindas mereka..
Dan sifat orang Melayu sendiri adalah lindungan dari kita berbunuhan seperti di Iraq.. Orang Melayu byk diplomasinya, susah sangat kita bertekak pakai senjata...
Memanglah, kita tak terima akidah mereka, juga fiqh mereka..tapi semangat mereka elok ana rasa kita tiru..walaupun mereka syiah